Copyright© All Rights Reserved akubukannovelis.blogspot.com

8 Feb 2012

Bila blogger jadi maid ep 6


Aimie tersedu-sedu di atas katil hospital swasta tersebut. Nak meraung? Nak menangis? Semua dah terlambat nasi dah jadi bubur campur hangit.. memang tak boleh buat apa pun. Lagi beberapa jam dia sah menjadi isteri namun semua tu musnah dalam sekelip mata.. Dilla yang memandang Aimie dengan perasaan kesal. Baru nak berbangga malam ni. Nak mengorat sepupu-sepupu Ash yang sama kaya dengan Ash tapi ermm hampeh!
“Kau okey tak?” Dilla mendapatkan Aimie yang berbaring lesu. Kepala Aimie diusap perlahan.
“Kau nampak aku okey ke? Kau kenapa tak siap lagi? Nanti lambat aku nak makeup..” Aimie cuba bangun dari pembaringan namun gagal.
“Kau nak pergi mana lagi? Nak kahwin? Lagi beberapa jam saja lagi Aimie kau nak kahwin..” Dilla cuba mengangkat Aimie untuk duduk.
“Tak apa sempat lagi..” Aimie cuba untuk bangun namun gagal..
“Tak payah bangun kau sakit lagi ni..” Dilla menahan Aimie untuk bangun.
“Aku kena Kahwin dengan Ash juga..” Aimie menolak tangan Dilla.
“Aimie dengar sini aku nak cakap.. kalau kau tak gugur tak adanya nak jadi macam ni.. anak siapa ni Aimie..” Dilla cuba memujuk. Sungguh Dilla tak tahu yang Aimie tengah mengandung. Mungkin kalau bukan sebab ni, dia sendiri pun tak tahu. Allah itu maha besar.
Aimie mengeleng kepalanya perlahan. “Aku tak tahu..” semakin laju air mata yang mengalir.
“Anak Ash?” Dilla menduga.. bukan dia tak tahu yang Ash selalu juga masuk apartment Aimie. Tapi apa mereka lakukan dia tak tahu.
Kepala Aimie di geleng lagi..tak dapat nak mengagak anak siapa..
“Kalau bukan anak Ash kau tak payah la kahwin dengan dia.. kau nak jadikan dia pak sanggup kau? Sanggup kau erh..” Dilla mendengus kasar..
“Aku tetap juga nak kahwin dengan Ash.. aku tak peduli.. aku nak kahwin juga dengan Ash..” Aimie cuba lagi untuk bangun. Mukanya pucat menahan sakit. Dilla menahan.
“Lepas la..aku nak kahwin nie.. lepaskan aku..” Aimie menjerit kuat.. meronta-ronta minta dilepaskan..
“Doktor..doktor..” Dilla gelabah melihat Aimie dah macam orang gila.
Selepas doctor masuk dan mencucuk ubat penenang Aimie rebah..
Dilla mengambil telefon bimbit Aimie dan menghantar sesuatu kepada Ash..
******************************************************************************
“Mana Aimie ni Ash?” Tan Sri Radzman menepuk belakang Ash yang dari tadi ralit mengusik Anis.
“Entah ondaway kut..” Ash memandang ayahnya yang segak bergaya dengan baju melayu dan sampin lengkap..
“Cuba call tengok.. tanya dekat mana.. takut lambat nanti..” Tan Sri memandang anak lelakinya.
“Baik boss” Ash mentabik papanya..
“Biasa la ayah orang glamor memang macam tu.. lembab!” Yusra berkata selamber. Amboi mulut budak ni.. boleh tahan.
“Oit agak-agak la nak mengata bini orang” Ash memandang Yusra tajam.
“Hello! Belum jadi bini lagi ok.. gelojoh betul..” Aku yang dengar Yusra cakap macam tu hampir tergelak.. kelakar la budak ni.
“Oit! Agak-agak la cakap orang gelojoh.. awak tu budak lagi.. buat cara budak..” Ash bercekak pinggang. Kalau nak lawan bertengkar dengan Ash memang tak boleh menang.
“Whatever!” Yusra mencebik. Aku tak tahu kenapa Yusra tu tak suka sangat dengan Aimie. Aimie tu kan cantik, model lagi tu.
“Hak eleh budak ni.. cepuk karang.. nak?”
“Talk to the hand..”
“Sudah la tu..” Puan sri pula menyampuk.. masing-masing mendiamkan diri.. ayook! Tak tahu..
“Saya tengok Anis ni diam dari tadi kenapa?” Puan Sri pula berpaling ke arah aku.
“Rasa tak syok la..” aku berkata sambil tengok muka bonda dan abah.
“Dia jelous tengok Ash kahwin la bu..” Ada je benda yang mamat ni nak menyampuk. Aku menjeling Ash yang dah tersengih-sengih.
“Anis ni tak ada someone ke Jasmin? Kalau tak ada boleh la jodohkan dengan anak sedara saya..” belum sempat bonda menjawab. Aku memintas.
“Ada Puan Sri.. saya dah berpunya..” ya! Cinta aku hanya untuk dia.. seketika wajah insane yang aku cinta muncul di ruang wajah. Aiman!
“Asal aku tak tahu pun.?” Aku tengok Ash yang dah siap bersampin dan bersongkok.
“Aha la.. asal Yusra tak tahu pun..” Yusra duduk sebelah aku. Minta kepastian.
“Ala orangnya dekat mesir.. sambung degree syariah dekat sana..” Aku tersenyum menandang Yusra. Kemudian aku alihkan pandangan dekat bonda. Bonda tersenyum kelat.
“Waw! Ustaz ke? Bila balik sini?” Yusra bertanya lagi..
“Bulan depan..” aku tersenyum. Erm.. bulan depan. Tarikh yang aku janji dengan Aiman untuk menjemputnya.. di Bayan Lepas.
Aku meraba-raba sekeliling mencari handphone.. alamak kes tinggal dalam kereta la ni..
“Abah nak kunci.. nak ambil handphone” aku terus berjalan keluar.. meninggalkan mereka dengan tanda tanya siapa Aiman.. hanya bonda dan abah sahaja yang tahu.
******************************************************************************
Setelah mengambil handphone.. aku nampak Ash berlari mendapatkan aku. Apahal nie? Masalah Negara ke apa?
“Awat?” aku memandang Ash yang tercungap-cungap.
“Awak kena tolong saya..” Ash mengeluarkan balckberrynya dan disuakan kepada aku..
Aku melihat meseg yang dah tertera di skrin blackberry Ash

>Honey<
~~ sorry Ash.. mungkin jodoh kita tak panjang.. Aimie rasa berkahwin dengan Ash satu kesilapan besar yang Aimie buat.. salam kemaafan daripada Aimie.. maafkan Aimie Ash.. kita batalkan majlis ni.. ~~

Aku pandang muka ash “so nak saya buat apa?” aku kembalikan blackberry kepada Ash.. “Semua dah tahu..?” Aku bertanya lagi.
“Semua tak tahu.. awak kahwin la dengan saya..” Ash seakan merayu.
“WHAT! Tengku ni gila apa?” suara aku seakan menjarit namun dapat dikawal.
“Tolong la..”
“No way! Tengku ni call la Aimie tu.. entah-entah dia main-main sahaja kut.” Aku cuba menyakinkan dia.
“Dah tapi tak dapat” belakang badan Ash disandar kereta abah.
“Habis tu.. macam mana?” aku pun turut sama pening. Masalah la Aimie ni..
“Awak kahwin la dengan saya..” Suara Ash seakan memujuk. Ooo.. kalau nak pujuk nak minta tolong dok berawak-awak selalunya beraku-aku.
“Mana boleh.. Aiman tu saya nak letak mana?” aku bercekak pinggang.
“Awak tu ada berhutang nyawa dengan saya.. ingat sikit..” Ash bersuara keras. Nak ingatkan la tu.. tak payah la Ash aku selalu ingat..
“Habis Tengku ingat saya ni apa? Suka-suka hati ajak kahwin macam tu saja.. agak-agak la Tengku mak bapak saya lagi kut.” Aku nak marah la ni..
“Tolong la Anis.. apa sahaja awak nak saya bagi..” Ash masih lagi merayu.
“Tengku ingat ni kisah novel ke? Fairy tales? Jangan samakan reality dengan novel Tengku.. Novel lain.. Realiti lain..”
“Laa.. novel macam ni ke?” dia pandang aku dengan muka blurr..
Aku tepuk dahi.. penat cakap dengan orang macam ni.. “Tengku minta la tolong siapa-siapa.. sepupu Tengku kan ramai..tak pun kawan facebook Tengku ke..” harap-harap la cadangan aku Tengku Ashraf ni terima. “dah la saya nak naik..” belum sempat aku berjalan pergi Ash dah tarik tangan aku.
“Tolong la Anis.. pleaseeeee.. kalau awak nak nanti lepas kahwin seminggu ke..sebulan ke saya ceraikan awak”
“Nak suruh saya jadi janda? Lagi saya tak nak..” kepala aku geleng laju sambil cuba melepaskan pegangan tangan Ash.
“Ok..ok.. kita kahwin terus..” genggaman Ash makin kuat..
“Tak nak.. tolong la Tengku saya tak nak kahwin dengan Tengku..” aku merayu sambil air mata dah bertakung di kelopak mata..
“Kahwin juga.. saya akan pastikan Aiman tak kisah awak tu tak tahu pasal ni..” Ash dah tarik tangan aku untuk naik ke tingkat atas. Aiman tak kisah dia panggil.. kureng betul!
“Tengku.. tolong la.. saya tak nak kahwin dengan Tengku..” Air mata aku semakin deras. Ash tak pedulikan aku lagi..

Saat sampai dalam bilik hotel semua mata memandang kami.. disuruhnya Yusra menjaga aku.. dan Ash masuk ke bilik persalinan bersama bonda, abah, Puan Sri, Tan sri dan abang Yuzril. Aku tak tahu apa yang diorang sedang bincangkan.. otak aku dah blurr.. tak boleh fikir.. oh tuhan tolong la.. Aiman tolong Risya Aiman..
Setengah jam kemudian mereka keluar dan mendapatkan aku. Puan Sri menggenggam erat tangan aku. Bonda pun tersenyum mesra dekat aku.
“Semoga Risya dapat lupakan Aiman” bonda berbisik lembut.. apa ni bonda.. Ash dah cakap apa? Komplot apa ni? Apa semua ni!! Aku Nampak Ash tersenyum gembira.. seronok? Seronok sangat?
Aku tarik tangan bonda ke arah lain.
“Apa ni bonda.. Risya tak nak kahwin la dengan orang tua tu..” aku mencebik sambil memeluk tubuh.
“Tak tua pun bonda tengok..” Bonda tersenyum lagi..
“Risya tak nak la kahwin dengan dia bonda.. Aiman macam mana?” Aku bertanya lagi.. tepat memandang anak mata bonda..
“Lupakan Aiman.. Risya kena lupakan dia terus..” Aku menandang ke arah luar tingkap..
Peristiwa dua tahun lepas kembali di ingatan..
*****************************************************************************
-2009-

“Pesawat dari Kuala Lumpur ke Mesir dikatakan terhempas di lautan Laccadive menyebabkan penumpang dan anak-anak pesawat mati di tempat kejadian. Punca kemalangan masih disiasat” cawan yang aku pegang terhempas.. masih teringat kata-kata terakhir Aiman sebelum melangkah pergi.
“Aiman pergi sana jangan gatal-gatal tau..” Aku tersenyum mesra.. buah hati nak pergi jauh mesti la kena pesan macam-macam.
“Ala.. tak gatal pun Risya kan selalu dekat hati Aiman..” Aiman bersuara manja tak puas untuk menatap wajah Risya yang comel itu..
“Ala.. bajet sweet la tu..” aku muncungkan mulut..
“Balik Malaysia nanti kita kahwin erh.. “ Aiman tersenyum mesra.. aku mengangguk setuju..
“Risya tunggu ustaz Aiman balik..” aku tersenyum.. kami dah kenal dari time sekolah dan masa tingkatan empat Aiman bersekolah dekat Al-mashoor lelaki masa tu Aiman merisik-risik aku,, lama tau kami kawan.
“Jangan rindu dekat Aiman..” ayat terakhir Aiman sebelum berangkat ke Mesir.
Aku rebah dalam tangisan.

“Bonda tadi Risya mimpi Aiman mati..” Aku bangun dari tidur sambil memisat-misat mata. Bangun je dari tidur dah ramai orang dekat tepi. Parents Aiman pun ada sekali.
“Aiman dah tak ada sayang..” bonda peluk erat aku. Aku masih lagi terkaku. Bonda pun memang Aiman tak ada kan dia pergi Mesir.
Aku tersenyum memandang bonda.. “Memang la..bonda baru tahu ke?” aku kalihkan pandang pada makcik Rosmah mak Aiman..
“Betul Risya.. Aiman dah pergi..” Aku menagis teresak-esak.. tadi bukan mimpi tapi kenyataan.. sampai hati Aiman pergi tinggalkan Risya.. Aiman janjikan nak kahwin dengan Risya.. Aiman jangan la tinggalkan Risya.. Aiman tak mati lagi kan?? Selagi Risya tak jumpa jenazah Aiman maknanya Aiman tak mati lagi.. Risya tunggu Aiman…
*****************************************************************************
“Maaf cik.. kami nak makeup Cik sekejap..” lamunan aku terhenti.. hilang semua bayangan Aiman.. hilang kisah dua tahun yang lepas.
“Haa.. err..” belum sempat aku berkata tangan aku ditarik oleh salah seorang juru makeup.. aku terkaku tapi masih mengikut rentak keadaan..
Aku tak boleh nak menduakan cinta Aiman. Tak boleh..

Aku dihias bagaikan puteri. Dihujung sana aku nampak Ash termenung mungkin rasa bersalah paksa aku kahwin dengan dia.. atau mungkin masih fikirkan Aimie. Sesekali mata Ash melirik dekat aku. Bukan aku tak nampak.. tapi saja aku buat-buat tak nampak.. yang aku pelik kenapa bonda dengan abah boleh terima semua ni?  Tahu tak lepas ni anak bonda dengan abah akan jadi janda.. janda berhias.. oh good.. tolong la aku..

“Kak Anis ok?” Yusra mengenggam erat tangan aku.. aku mengangguk perlahan. Okey ke?? Argh! Apa la nasib hidup aku.. aku benci Tengku.. Benci sangat...!
“Yusra buat apa dekat sini?” aku bertanya..
“Saja teman akak” aku tersenyum.
“Ok..” ermm..mungkin Ash risau..mana taknya..lepas sahaja bersiap tadi semua dah keluar.. tinggal aku sorang-sorang dalam bilik hotel ala-ala apartment nie. Mana semua pergi..bukan masalah aku, masa tinggal kurang dari 45 minit.
“Yusra nak pergi toilet la kak..” aku angguk perlahan. Pergi la mana nak pergi pun.

Aku membelek diri aku seketika dihadapan cermin.. pusing ke kiri..pusing ke kanan ala macam cinderella selalu buat tu..baju yang ala-ala jubah tak ketat dan tak longgar sangat.. Cuma labuh sedikit yela sebab Aimie tu kan tinggi aku ni pendek.. aku terdengar suara Ash memanggil aku diluar.. syhhh..diam.. baik aku nyorok kut-kut nanti terlepas majlis nikah tu tak jadi kahwin..yes!
Aku cepat-cepat buka pintu almari yang besar gila tu.. aku masuk  dan menyorok di dalam.. aku duduk sambil memeluk lutut. Jangan sampai kantoi.. habis senget-benget tudung aku. Tudung mahal ni.
“Nampak kak Anis tak?” aku dengar Ash bertanya dekat Yusra..
“Entah la Yusra tak tahu la.. tadi ada dalam bilik..” Yusra berjalan masuk dalam bilik.. haha..aku rasa macam nak gelak guling-guling saja sebab cari aku tak jumpa.
“Cari la kak Anis sampai jumpa..” Ash seakan merayu.
“Kak Anis tu comel tak?” Aku dengar Yusra cakap macam tu dekat Ash..
“Comel giler tapi kasar la..” amboi sedapnya mulut..cakap aku kasar..
Tiba-tiba aku tak dengar apa-apa dah.. senyap sunyi sahaja.. mesti dah keluar ni..
Aku buka pintu almari tu.. fuhh! Lega dapat udara..
“Seronok menyorok?” Aku dengar Ash dekat belakang aku. Disebabkan terperanjat aku hampir terjatuh dan Ash selamat menyambut aku. Mata kami bertentang lama..
“Ehem..ehem..” Yusra mengejutkan aku, “nak nyorok pun agak-agak la.. kain tu masuk la betul-betul..” baru aku tahu.. kain yang meleret panjang tu teekeluar sedikit. Aduh! Benci.
“Lain kali bagi salam boleh?” aku mencebik marah. Hish kacau!
“Bagi IC..” Ash berlagak selamber..
“Tak bawak..” aku bersuara sahaja.. bosan tengok muka mamat ni. Aku memang tak suka bawak IC pun kalau keluar.
“Habis tu macam mana? Bagi jela number IC” lepas sahaja aku bagi number IC aku terus Ash berjalan keluar.. aku tak nak kahwin dengan mamat ni.. kalau dengan Johan Asari tu nak la.. dah la handsome.. macho je tengok muka..
“Akak..jom turun..buat macam raptai hari tu tau..” Yusra dah tarik tangan aku untuk keluar.. aku rasa berat saja nak melangkah..
“Tak nak la..” aku geleng kepala laju-laju. Rasa nak buang air besar.. air kecil.. semua ada ni..
Yusra terus tarik tangan aku.. turun ke royal ballroom.. redha  je la.










3 comments:

  1. hahahaha..xde tmpat lain ke nk myrok..

    ReplyDelete
  2. handsome sgt ke johan botak tu?

    ReplyDelete
  3. kenape kt sini dia panggil kak anis ok tapi dalam novel dia kata kak risyia ok...nape lain??

    ReplyDelete