Copyright© All Rights Reserved akubukannovelis.blogspot.com

1 Aug 2012

CERPEN : KAMU! KING OF HEADSPIN



1..2..3..4..5..

“Arrgh!.” Hafiz jatuh terduduk. Gaya handstand gagal lagi di lakukannya.

“Dah..dah  la tu.. ko pandai buat headspin aje.” Nizam tepuk perlahan bahu Hafiz.

“Tak boleh wei.. battle dah dekat ni.” Hafiz duduk sambil memegang kedua belah  lututnya. Dari jauh group owsem crew sedang membuat latihan untuk pertandingan street bboyz dance in Asia.

Kali ni Hafiz kena akur, pertandingan peringkat Asia ni banyak peraturannya. Dan dia harus mengekalkan kejuaraan dengan mengekalkan status sebagai king of headspin Asia.

“Ala kau kena percaya dekat kami dorh.. aku tau tahun lepas kita dapat tempat ketiga je kalah dengan Wakaka crew dengan group dari China tu. Tapi kali ni kita buat betul-betul punya.” Nizam bagi semangat. Mana taknya, tahun lepas mereka frust menonggeng sebab dapat tempat ketiga hanya kerana handstand yang Adam buat gagal untuk mengimbangkan  badan selama 10 saat.

“Jatuh kau tau saham aku.” Hafiz tersenyum. Mana ada jatuh saham. Naik lagi saham ada la. Siapa tak kenal Bboyz Hafiz.

“Menipu je kerja kau. Jatuh la sangat. Aku tengok berlambak-lambak awek ajak kuar, lagi mau tipu ke?” mereka sama-sama tersesengih.

“Kau rasa kali ni kita boleh menang tak?” Nizam tengok Hafiz. Hafiz tengok Nizam.

“Agak-agak kau?” Hafiz tanya balik.

“Tak tau la wei. Peluang nak menang tu ada la kut.”

“Yoo..korang ni berlatih ke tak?” Adam ambil tempat di tepi Hafiz. Ciro di sebelah Adam, Siput di tengah manakala Abu di tepi Nizam.

“Dah bengkak tangan aku nak buat handstand.” Hafiz tunjuk tangan dia yang kemerah-merahan tu.

“Aku buat handstand 20 saat kut.” Siput mencelah.

Semua mata ke arah Siput. Giler budak ni!

“Betul ke?” Nizam macam tak percaya.

“Ni bboyz siput la.” Tangannya menepuk dada perlahan.

Hampir semua geleng tak percaya.

***************************************************************

Hari ni hari yang di tunggu semua bboyz di Malaysia. Acara yang paling di nanti-nantikan untuk mengukur tahap kehebatan dan kepakaran masing-masing dalam tarian street dance.

Owsem crew kini sudah bersedia dengan Hafiz sebagai ketua.

“Sisters and brothers.. today two amazing crew will battle in this stage and the winner will win 200,000 US Dollar.”

Semua bersorak sangat. Senyum di wajah Hafiz makin melebar. Sedap dapat 200,000 US Dollar ni.

“And the  two crew is....” drum di mainkan. Masing-masing mula berdebar. Bukan senang nak masuk top two dan yang pasni crew yang akan berentap ni bukan calang-calang crew.

“Coklat crew..” satu crew yang memiliki hampir tujuh orang crew bersorak dan naik ke pentas.

“And the last one is owsem crew..!”

Hafiz, Nizam, Adam, Ciro, Siput dan Abu bersorak gembira. Tak sia-sia mereka berlatih hampir tiga bulan.

“Owsem crew! Owsem Crew! Owsem crew!.” Para peminat, penonton dan rakan-rakan melaungkan nama mereka.

“You have one minutes to battle. Respect each other. Are you ready Coklat crew?”

“Ready.” Coklat crew bersuara.

“Are you Ready Owsem crew?”

“Ready.” Mereka pula menjerit.

Lampu mula di malarkan.

5..4..3..2..1

Mereka mulakan tarian. Hafiz yakin dengan dirinya. King Of Headspin tak mungkin takutkan sesiapa.

Owsem crew dimulakan dengan  bboyz Siput gaya handstan dengan sebelah tangan  dan  kakinya digerak-gerakkan.. 1..2..3..4..5..6..7..8..9..10..11..12..13.. jatuh..

Hampir semua bersorak.

Di balas balik dengan Coklat crew bboy Ajak membuat turtle.

Owsem crew tepis dengan jump.. hampir-hampir Nizam hendak berlaga dengan pihak lawan dengan lompatannya itu.

“Respect yoo..respect..” Mc mula bersuara. “You have 30 second.”

Masing-masing menunjukkan taring mereka. Tinggal 20 saat terakhir. King of headspin mula menyinga.

Helmet di sarungkan dikepala. Dengan gaya juara. Hafiz memutarkan kepalanya. Itu dia king of headspin. Semua bersorak.

Akhirnya battle di juarai oleh Owsem crew. Dan bboyz Hafiz masih la mengekalkan status King Of headspin.

Matanya terpandang kelibat gadis betudung putih memandangnya dari bawah pentas. Dia turut membalas pandangan gadis itu. Anak mata yang cantik.

“Oit Hafiz ambik gambar jom.” Adam tepuk bahu Hafiz.

“Haa okey.” Hafiz menoleh pada Adam. Saat kepala berpaling ke hadapan. Kelibat gadis itu sudah hilang. Mata dia cantik sangat.

***************************************************
“Jom lepak starbuck jap.” Adam berjalan dahulu.

Saat mereka mengambil tempat mata Hafiz berpaling pada si tudung putih tadi. Dia tersenyum.

“Wei order jap.. nanti aku datang balik.” Kaki Hafiz di hayun ke arah gadis yang sedang membaca buku tersebut.

“Boleh saya duduk.?”

Gadis itu menggelengkan kepala.

“Tak boleh!”

Gulp! Hafiz telan air liur.. perempuan ni bukan calang-calang ni.

“Awak kan tadi yang asyik pandang saya dekat atas stage tadi?” hafiz masih lagi mengumpan.

“Ada bukti?”

Err.. Hafiz kelu.

“Tapi saya nampak.”

“Bercakap tanpa bukti tak ada siapa pun akan percaya.” Gadis tu lawan balik.

“Saya Hafiz.” Hafiz hulur tangan.

Sayangnya tangan tak bersambut, gadis tu buat-buat tak tahu.

Hafiz berlalu ke tempat duduknya. Hampa!

*********************************************************

Hari ni mereka di jemput untuk satu acara kemuncak bagi memperkenalkan perisa terbaru 100 plus. Dan seperti biasa Hafiz masih lagi menjadi tumpuan. Dan kali ni Hfiz ternampak gadis yang sama. Tanpa di sangka-sangka laju saja tangan Hafiz mengeluarkan camera.

“Siput. Meh sini.”

“Kenapa?” siput jalan mendekati Hafiz.

Pantas Hafiz membisikkan sesuatu.
“Ok” siput tersenyum.

******************************************

“Awak!” Hafiz kejar gadis tu dariu belakang.

“Awak peminat saya ke?”

Gadis tu berpaling.

“Me? Oh please.” Terus laju langkah di atur.

“Awak asyik pandang saya sahaja dan di mana ada saya kat sini jugak awak ada kan.”

Gadis itu terhenti.

“Bercakap tanpa bukti........

“Tiada siapa pun akan percaya.” Hafiz tersenyum. Mana taknya ayat tu yang di ulangnya.

“Kalau saya ada bukti? Apa awak nak buat.?” Hafiz tanya lagi.

Gadis tu tersentak.

“Saya tunaikan permintaan awak.” Gadis tu tersenyum sinis. Boleh ke bagi bukti?

“Nah!” Hafiz tunjuk gambar-gambar yang siput ambik.

“Haaa..errr.”

“Saya Hafiz..awak?”

“Ira.”

“Jom lepak dulu minum-minum.”

“Tak apa la.. saya sibuk sikit ni.”

“Janji tetap janji kan.?”

“Ye la.” Dengan malasnya Ira menyambut.

****************************************************

“Awak peminat saya erh?” Hafiz tanya Ira.

“Mana ada..”

“Awak suka saya erh?”

“Lagi la tak!” Ira menyangkal.

“Habis tu awak asyik ikut saya je.” Hafiz tersenyum.

“Bila pulak saya ikut? Awak yang suruhkan. Awak suruh saya tunaikan janji.”

“Memang la..siapa suruh awak pandai berjanji.” Hafiz pandang Ira. “Bila awak selalu ikut saya, saya makin suka dekat awak pulak.”

Ira tersentak. Rasa berdebar jantungnya.

“Gila la awak ni.”

“Memang la.. saya gilakan awak. Sangat-sangat.”

Gulp! Ira telan air liur.

“Dah la saya nak balik. Janji kita sampai hari ni saja.”

“Ira! Awak tahu kan saya suka kan awak.”

“Saya tak nak ambik tahu.!”

“Ira..”

“Budak bboy macam awak ni tak ada masa depan.”

Terus Ira berlari meninggalkan Hafiz.

Hafiz terkedu. Sampai hati dia cakap macam ni.

***********************************************************
“Yo! Aku tengok Hafiz tu macam orang hilang bini ni kenapa?” Adam duduk di tepi Nizam.

Studio Owsem bingit dengan suara mereka. Studio ini kepunyaan mereka. Tempat mereka melatih sesiapa yang ingin menjadi bboy seperti mereka.

“Entah aku tak tahu la.” Nizam jungkit bahu.

“Ira mana Ira?”

“Ira dah blah dah.”

“Patut la Hafiz jadi macam tu.”

“Sunyi pulak Ira tak ada.” Nizam mengeluh perlahan. Kalau ada Ira kan seronok. Ira yang sediakan macam-macam. Makan, minum semua Ira buat. Katanya seronok tengok orang makan apa dia masak.

“Aku nak quit dari pertandingan tu.” Hafiz meraup rambutnya kebelakang.

“Pertandingan mana?” Nizam dan Adam tersentak.

“World champion street dance tu.”

“Kau jangan jadi gila. Kau nak jadi gila dekat tempat lain.”

“Ira cakap...”

“Ira cakap apa?” cepat Siput memintas.

“Ira cakap bboy macam aku tak ada masa hadapan.”

“Habis dia cakap macam tu pun kau dah gelabah?”

“Aku dah mula suka dia la.”

“Payah kalau masalah cinta ni.” Abu pulak mencelah.

“Aku tak nak tahu apa-apa.. lagi dua minggu kita fly pergi texas.” Nizam berlalu pergi.

******************************************************
Dalam dua minggu hidup Hafiz sunyi tanpa Ira di sisi.
Semua pakaian sudah di masukkan dalam luggage. Kakinya berat melangkah. Hais! Ira..ira..

Kakinya terhenti di hadapan pintu masuk untuk berlepas. Mana budak-budak ni.

“Hoi bboy yang tak ada masa hadapan. Nak pergi mana?”

Hafiz pusing belakang. Dia tersentak. Ira.

“Oit..nak blah senyap-senyap. Apasal tak text?”

Hafiz masih lagi terpaku. Tak percaya.

“Betul la depan kau tu Ira. Kami masuk dulu.” Nizam tepuk bahu Hafiz. Yang lain hanya tersenyum.

“Minta maaf la Hafiz ayah saya dapat tahu saya kawan dengan awak. Dia tak bagi saya jumpa awak lagi sebab tu saya terpaksa cakap macam tu dekat awak.”

Ira menunduk.

“It’s okay girl.” Hafiz tersenyum.

“Saya datang dengan ayah.. tu ayah.” Ira tunjuk seorang lelaki yang sudah agak tua.

“Ayah awak tak marah jumpa saya?”

Ira geleng.

“Ira cakap Hafiz nak masuk meminang Ira.”

Hafiz tersedak. Ira ketawa.

Pengumaman kali terakhir sebelum penerbangan berlepas.

“Tunggu Hafiz balik. Kita kahwin.!”

Ira melambaikan tangannya.

Hafiz tersenyum. Cintanya mekar semula.
    
                                                               -TAMAT-

Aku rasa macam pe je tulis citer ni.. al-maklum la.. hidup aku tak ada kaitan dengan bboy segala.. memang giler la nak jadi lelaki pastu bboy pulak tu. minta maaf la sebab tak best..huahauahaua... kan..kan.. mengaku je la..

lepas ni cerpen salahkan aku. dengan BILA BLOGGER JADI MAID special ramadhan. hahaha.. macam buffet dekat hotel pulakkan.

BBJM akan di update soon..hehehe.. 

k bye!

















3 comments:

  1. manarik sesangatt... thumbs up... aja aja fighting!

    ReplyDelete