Copyright© All Rights Reserved akubukannovelis.blogspot.com

6 Mar 2012

Cerpen : hanya untuk emak..


Hanie Hidayah tersenyum memandang wajah tua emaknya. Sejak dua tahun yang lalu emak mengalami lumpuh semasa kemalangan di jalan besar kampung sebelah bersama ayah. Ayah meninggal di tempat kejadian.

Hanie mengejutkan emaknya perlahan. Hanie minta maaf emak, kesian dekat emak kena bangun awal-awal. Bisih Hanie di dalam hati.

“Emak.. bangun la mak.” Hanie goyang perlahan badan emak.

Senyap.

“Emak dah pagi ni mak, jom mandi, Hanie dah panaskan air nie.” Aku tepuk perlahan tangan mak.

Mata emak terbuka sedikit. Hanie tersenyum memandang emak.

“Ooo..mak mimpi Sam erh semalam? Sebab tu la mak tak nak bangun kan?” Hanie giat mengusik emak pagi-pagi begini.

Bukan Hanie tak tahu yang emaknya memang sukakan Sam . bila saja ada cerita yang Sam berlakon pasti dia akan buka untuk emaknya.

“Bu..aaan..emm..emmak.. s..s..sa..aa..aa..ba…unn..bat..”(bukan..emak saja la bangun lambat.) Emak yang lumpuh separuh badan  terkial-kial untuk becakap.

Hanie sapu mulut emaknya yang terleleh air liur dengan jarinya.

“Jom mak kita mandi.” Hanie cuba sedaya upaya mengangkat emaknya ke atas whell chair dengan kudrat yang ada.

Itulah kerja Hanie saban harian, seawal lima setengah pagi dia akan bangun untuk basuh baju, masak air untuk emak mandi, sediakan sarapan pagi dan kemas rumah.

Namun, Hanie sedikit pun tidak pernah mengeluh baginya inilah pengorbanan Hanie sebagai seorang anak. Cinta dan kasih sayangnya terhadap emak begitu mendalam.

Tepat jam tujuh dua puluh minit pagi Hanie bersiap-siap untuk ke sekolah. Uniform sekolah di betulkan. Hanie lipat kiri dan kanan tudungnya.

“Emak Hanie nak pergi dah ni, Hanie nak pergi jadi doktor..”  Hanie salam tangan emaknya.

Emak yang duduk di atas wheel chair mengangguk-angguk. Sekali lagi Hanie sapu air liur emaknya dengan baju sekolah. Pipi kiri dan kanan emak di kucup lembut.

“Aa…lan.. lok..lok..” (Jalan elok-elok.) emak berpesan.

Hanie yang sedang memakai kasut terseyum. “ye la mak nanti Hanie bawak balik menantu untuk emak.”

“Nie..gg..gaa..al..” (Hanie gatal.)

Hanie ketawa terbahak-bahak. Bukan selalu dia usik emaknya.

“Hish! Budak ni.. asyik nak kacau saja emaknya tu.” Mak som yang entah datang dari mana bercekak pinggang.

“Ala mak Som,  cer bawak bertenang dulu. Hanie ni bukan senang nak bawak balik menantu, ala sekali sekala tak apa kut kan mak?” Hanie berdiri di luar rumah bersiap-siap untuk ke sekolah.

“Alamak dah lambat! Bye mak I love you.. I will miss u. jangan duk rapat sangat dengan mak Som tu, mak Som tu busuk tak mandi lagi.”Hanie berlari-lari anak meninggalkan perkarangan rumah.

“Hey! Aku mandi la, wangi lagi nie siap pakai minyak wangi lagi ni.” Mak som terjerit dari luar rumah.

Emak tersenyum kecil, berbunga-bunga hatinya dengan perangai Hanie Hidayah. Lima belas tahun dia tunggu untuk dapat cahaya mata dan Alhandulillah hasil kesabaran dia dan suami mereka di kurniakan Hanie Hidayah.

Emak tidak pernah pun mendengar keluhan dari mulut Hanie Hidayah. Atau pun caci maki saat Hanie Hidayah menguruskan emak ketika emak membuang air besar. Hati emak sebak tiba-tiba.

*****************************************

 “Hey! Kau pergi tak karnival jom masuk U.” Emma yang sedang ralit menyalin nota bersuara.

“Bukan untuk form 5 saja ke? Kita kan baru form 4.” Hanie memandang muka Emma.

“Untuk form 4 budak-budak top 20 saja yang dapat pergi. Kau mesti tercalon punya kau kan top 10.” Emma tersenyum kecil.

“Ala dapat ke tak aku tak pergi jugak. Emak aku siapa nak jaga?” Hanie soal Emma balik sambil menyuap roti masuk mulut.

“Mak som kan ada.”

“Mak aku biar aku jaga..”

“Kau tak penat ke jaga mak kau? Awal-awal pagi bangun dah, tengahari pulak kau pergi kerja malam pulak kau uruskan lagi emak kau. Untung la mak kau kan.”

“Mak aku lagi penat usung aku dalam perut 9 bulan lepas tu dia nak beranakkan aku lagi.. lagi sakit kut. Aku ni setakat jaga mak aku macam tu saja nak penat apanya?”

“Kau ni kan aku tengok bertenaga sahaja hari-hari, kalau orang lain dah tidur dah dalam kelas apa.” Emma berhenti menulis sambil merenggang-renggangkan badan.

“Aku ni dah biasa la dari tingkatan dua lagi. Jadi benda tu semua dah sebati.” Hanie tersenyum kecil. Ye dah sebati dah.

Kringgggggggg!

Bunyi loceng menandakan rehat sudah tamat berbunyi. Hanie dan Emma cepat-cepat bangun dan beredar menuju ke kelas.

*************************************************
“Tadi mak Som ada buli emak tak?” aku duduk di sisi emak sambil menekan kalkulator untuk soalan matematik tambahan.

“Taa.. daa..” (tak ada)

“Haa..apa mak? Ada? Nak kena mak Som ni. Nanti Hanie rotan-rotan mak Som tu.” Hanie buat-buat muka serius. Bukan sengaja dia nak mengusik mak.

“Taa..da..la..”(tak ada la.) kali ni lebih kuat.

Hanie ketawa terbahak-bahak.

“Nanti Hanie jadi doktor ,Hanie tolong rawat mak okey?”

“Maa..mak.. ss.. lu.. do..a..kan..” (mak selalu doakan.)  mak yang duduk terbaring di atas katil memandang Hanie sekilas.

Dia sentiasa berdoa untuk Hanie. Walau di mana jua anaknya berada.

Hanie pandang jam di dinding.

“Dah pukul 10 malam la mak. Hanie nak roti dengan milo panaskan. Kejap ye Hanie ambil.” Hanie berjalan menuju ke dapur.

Sepuluh mimit kemudian Hanie membawa roti gardenia perisa jagung dan air milo panas.  Hanie dudukkan emak yang tengah terbaring.

“Bismillahirohmanirahim.” Hanie menyuapkan roti ke dalam mulut emak.

“A..ni..maa..maa.kaan.. laa.. li..” (Hanie makan la sekali.) emak bersuara.

“Mak..makan la dulu.” hanie tiup milo panas di dalam sudu kemudian dia supakan di mulut emak.

“Mak..makk.. sel..la..lu.. su..su..sah..kan..aa..nie..” (mak selalu susahkan Hanie.) mak tarik nafas kemudian mak sambung lagi.

“Maak..mak..min…min.taa..af.. maaa..min..aa..aff..”(mak minta maaf..minta maaf). Air mata mak jatuh di pipi.

Hanie tersentak. Dia paling tak suka bila mak mengalirkan air mata. Hati kecilnya pasti merasa sebak juga.

“Mak.. jangan cakap macam tu.. Hanie ikhlas mak..mak ni..” Hanie tahan air matanya. Dia tidak mahu emaknya turut melihat dia menangis.

“Ma..maa..kk..sss..say..ag.. a..ni..” (mak sayang Hanie.)

Hanie letak kepala di pangkuan emak. Sejenak dia memejam mata.  “Hanie lagi sayang dekat emak.”

Kepala Hanie di angkat. “Dah la mak.. jangan nangis tau nanti Hanie belanja mak choki-choki.” Hanie sapu air mata yang maih berbaki di mata emak.

Hanie pandang emak lama. Hatinya jadi sayu. Macam mana kalau emak tak ada nanti, dia tak mampu hidup tanpa mak.. Hanie sayang mak. Selagi Hanie hidup.. mak la segalanya.

************************************************
Pantas masa berjalan., kini Hanie Hidayah di tingkatan lima. Memburu impian menjadi doktor demi merawat emak tercinta. Tapi yang paling merisaukan Hanie kesihatan emaknya semakin membimbangkan.

Dia lebihkan masa bersama emak. Dia tidak tidak kisah andai tidak pergi tuisyen sekali pun. Yang penting dia mampu menjaga emaknya. Kasihnya buat emak tidak pernah kurang. Sepenat mana pun dia, sedikit pun tiada keluhan keluar dari mulut.

Dia bersyukur di kurniakan emak. Baginya emak adalah segala-galanya. Biarpun dia terpaksa menjaga emak dalam keadaan macam ni tapi dia rela dan redha.

“Emak.! Selamat pagi..” Hanie buka tingkap membenarkan bayu pagi menapak ke dalam rumah. Rambutnya di ikat sanggul.

“Emak.. bangun la.. doktor Hanie dah nak jemput emak mandi.” Emak tergerak sedikit.

Saat emak membuka mata Hanie tersenyum. Hanie dapat merasa emaknya semakin lemah. Dia sentiasa berdoa agar Allah panjangkan usia emak, kerana pengorbanan yang dilakukan ti dak cukup.
“Emak kita mandi ye.. Hanie masak mee sanggul hari ni. Mak sukakan.” Hanie betulkan emak. Dengan kudrat yang sedikit Hanie gagahkan diri untuk angkat emaknya.

“Maak.. na..na..k.. mee..” emak bersuara perlahan. Mata emak pun seolah-olah tak larat nak buka. Ya Allah jangan ambil emak lagi dari hidup aku. Sungguh! Aku tak mampu! Desis hati kecil milik Hanie Hidayah.

Okey mak.. mak mandi dulu lepas tu solat tau lepas tu baru kita makan tau. “ Hanie tolak wheel chair ke bilik air.

Entah kenapa dari semalam hatinya tidak sedap. Semakin banyak dia berdoa. Semakin berdebar hatinya.

*******************************************
Hanie yang baru pulang dari sekolah, memandang emak yang terbaring lesu di atas katil. Hanie pandang mak Som sekilas. Kemudian, dia pandang emak semula. Pucat sungguh wajah emak, nafas emak juga turun-naik, turun-naik.

“Mak kamu ni tak makan apa-apa pun Hanie, puas mak Som suruh.” Mak Som bersuara. Mak Som memang baik, dari dulu lagi dia akan jaga emak bila Hanie ke sekolah.

“Terima kasih la mak Som. tak apa biar Hanie pujuk pulak.” Hanie pegang mangkuk kanji.

“Mak.. Hanie in the home ni, dok tor Hanie nak suap makanan ni.. buka mulut cepat.” Hanie sudah memegang sudu.

Emak menggelengkan kepala perlahan.

“Sikit saja mak.. Mak sayang Hanie kan..” Hanie masih mencuba.

Mak som yang duduk di hujung katil, mengesat air mata yang jatuh. Sungguh besar pengorbanan Hanie untuk kau Mah! Ucap hati kecil mak Som perlahan.

Emak buka mulut sedikit. Hanie tersenyum. kemudian Hanie suap pula air ke dalam mulut emak.

“Emak jangan tinggalkan Hanie tau. Hanie sayang dekat mak sangat-sangat. Nanti Hanie jadi doktor mesti emak akan pulih balik kan.”

Emak masih kaku.

Ya Allah ya tuhanku tabahkan la hati aku andai kau ingin mengambil balik emak dari aku. Doa Hati sendirian.

Sekilas dia memandang mak Som.

“Mak Som boleh tolong Hanie panggil orang surau tak? Tolong bacakan Yassin. Nanti suruh Izat telefon doktor hujung kampung tu suruh dia datang check keadaan emak. Bolehkan mak Som?”
Hanie memandang sayu wajah Mak Som.

Mak som memandang wajah Hanie sekilas, kemudian dia angguk.

“Terima kasih mak Som.” Hanie peluk mak Som. sudah tidak tertanggung kesedihan yang di hadapi.

“Kau kena redha Hanie, dah sampai masanya untuk mak kau kembali kepada tuannya nak.” Mak Som sudah tersedu-sedu.

Hanie pejamkan mata rapat. “Hanie redha mak Som..”

Tanpa sedar emak pun mengalirkan air mata juga. Sebak hatinya seketika. Emak teringat kembali susah payah Hanie menjaga dan merawat dirinya. Ya Allah kau tempatkan lah anak ku di kalangan anak-anak yang solehah.

**********************************************
Bunyi bacaan Yassin memenuhi ruang rumah. Hanie gagahi diri agar tidak menangis. Dia harus kuat dan tabah. Sesekali dia nampak nafas emaknya turun naik. Hanie yang duduk di tepi emaknya membasahi bibir mak dengan air masak.

“Hanie sayang mak tau..Hanie anak mak tau dunia akhirat.. Hanie redha andai Allah inginkan emak kembali. Hanie minta ampun dari hujung rambut sampai hujung kaki..” Hanie terhenti seketika, menahan sebak yang melanda.

“Halalkan setiap susu mak yang Hanie minum masa kecik-kecik dulu.Mak tak pernah menyusahkan Hanie mak.. Hanie sayang dekat mak..” hanie menyapu air mata yang hampir jatuh.

Nafas emak berombak.

“Ikut Hanie ye mak..” Hanie memegang tangan mak yang sejuk itu.

“Asyhadu.. Allah.. ila.. ha..illalah..” aku bisik di telingan sebelah kanan emak.

Emak turut ikut tapi nafas emak masih berombak.

“Wa..asyhadu,,anna..Muhammadan..rasulullah”

Buat kali terakhir.. tiada lagi nafas yang berombak.. aku pandang muka mak Som. kemudian aku gelengkan kepala.

Mak Som menagis tersedu-sedu. Hanie terkaku. Kini dia anak yatim piatu dan selama-lamanya. Mak…!
*********************************************
Hanie terjaga jam  6.30 pagi. Ya Allah emak!. Dah pukul berapa ni? Kesian dekat emak kalau masa-masa macam ni mak tengah mandi ni. Hanie bergesa bangun dari baringnya dan memandang katil kosong milik emak.

Dia kemudian beristifar di dalam hati. Dia kemudian menangis tersedu-sedu di birai katil milik emak. Emak.. kenapa emak tinggalkan Hanie. Hanie nak mak tengok Hanie.. Hanie sayang emak..

Emak..balik la.. Hanie nak mak..! Hanie sayang mak! Hanie sunyi mak.. Hanie sayang mak.. Mak,,! Balik la.. macam mana Hanie nak ambil SPM kalau mak tak ada.. Mak.!

Hanie menangis sepuas-puasnya kini baru 3 minggu emak pergi meninggalkan Hanie tapi Hanie terasa bagaikan baru semalam dia mandikan emaknya.

Hanie sapu air mata yang kian deras mengalir. Seketika dia beristifar kembali. Ya Allah! Kau tempatkanlah emak di kalangan insan-insan yang beriman. Kau ampunilah segala dosa-dosa emak ya Allah.

“Hanie..buka pintu ni nak..” mak Som mengetuk pintu.

“Ye mak Som..” Hanie berjalan menuju ke pintu.

Hanie salam tangan Mak Som.

“Kamu nangis ye?” mak Som menegur sebelum menapak ke dalam rumah.

Hanie tersenyum. dibiarkan saja pertanyaan Mak Som.

“Kamu kena redha.. ye la memang susah nak terima, tapi kamu tu nak ambik SPM kurang dari 3 bulan.  Kamu kan nak jadi doktor..” mak Som usap bahu aku.

“Susah la mak Som.. Hanie dah jadi anak yatim.”

“Mak Som kan ada.. mak Som ni mak Hanie jugak.. Hanie kena mulakan hidup baru mulai hari ini demi emak kamu dan juga Mak Som. boleh?” mak Som pandang Hanie.

Hanie tersenyum.  kemudian menganggauk. Dia peluk mak Som erat.

“Ada bau hangit la mak Som..” Hanie mengembang kempiskan hidungnya.

“Kamu masak apa?” mak Som turut sama mengembangkan hidungnya.

“Bau ketiak la mak Som.” Hanie tergelak kecil.

Mak Som bercekak pinggang. “Bertuah punya budak.. ooo..main-mainkan orang ye.”
Hanie ketawa terbahak-bahak. Mak Som pun turut serta. Dalam hati mak Som memanjatkan kesyukuran. Hanie masih boleh bermesra seperti dulu.

Hanie tekad selepas ini dia akan mulakan kehidupan yang baru. Dia mahu arwah emaknya bangga dengan dia. Emak Hanie buat semua ni hanya untuk emak.. Hanya untuk emak!


-TAMAT-



*sayangilah ibu kita selagi hayatnya. Jangan Persia-siakan ibu anda.. kerana tanpa ibu siapalah anda..*




















10 comments:

  1. mak ai...
    air mate ni mengalir2x..abes keyboard basah..
    sedihnye......the best la..

    buat lagi?? hehe

    ReplyDelete
  2. cik zati,lps ni buat sambungan hanie pi belajar kat u plok eh...i wait2

    ReplyDelete
  3. nadrah > boleh jew nanti la yew.. sbb i kena ada feel wat citer sedih... hahahaha

    ReplyDelete
  4. cik zu > tu e- novel dia popular di hatiku... itu la sambungan citer hanie hidayah... nanti i post ye

    ReplyDelete
  5. ouh..nanti cari feel tuh ek..! good luck

    ReplyDelete
  6. waahhhh sedih giler kak zati oiiii...
    the best laa.. thumbs up ! :)

    ReplyDelete
  7. Ayu > hehehehe.. sedih ke? hehehe..tq2...

    ReplyDelete
  8. sob3x..nangis kite bace ni,da la kt opis huhu,teringat ummi kt kg :(


    thumbs up :)

    ReplyDelete
  9. afikah > jgn la nangis.. nah tisu.. sob..sob

    ReplyDelete
  10. adoyai, banjir mata ni.....
    mmg terbaik la zati.....
    tahniah.......

    ReplyDelete