Copyright© All Rights Reserved akubukannovelis.blogspot.com

11 Jun 2013

CERPEN : JANGAN SEBUT NAMAKU (HORROR)



 Aku berjalan melintasi taman. Sunyi.. gelap. Aku telan air liur sambil mengosongkan fikiran. Beristifar banyak di dalam hati. Sampai saja di dalam kelas di mana setiap pelajar asama harus mengulang kaji aku cepat-cepat mengambil tempat sambil tersenyum kepada beberapa orang kawan yang lain.

Aku dapat merasa kelainan malam ini. Malam yang sunyi.. malam yang penuh dengan pelbagai rasa. Aku pandang sekeliling.. aku terpandang padang sekolah yang gelap gelita. Sekali imbas aku terperasan seorang perempuan. Aku kalih pandangan sekali lagi tapi malangnya tiada. Mungkin perasaan aku saja.

Tiba-tiba terasa… hembusan di tepi telingan aku. Serta merta bulu roma aku menegak. Aku telan air liur.. cepat-cepat aku membaca ayat kursi supaya tiada perasaan takut menyelubungi aku.

“Arggggh!”

Aku kalih pandangan kepada Zila.. Zila kelihatan sangat takut sambil menutup muka dengan kedua belah tangannya.

Aku cepat-cepat mendapatkan Zila. Belum sempat aku bangun Zila sudah mengilai ketawa. Aku pandang sekeliling. Kelas yang menempatkan 20 orang pelajar sunyi sekali, jelas mereka ketakutan.

“Na..na..na…na..” suara Zila mengalun merdu.. gayanya seperti menidurkan seorang bayi.

Tepat pandangan Zila ke mata aku. Cepat-cepat aku kalihkan pandangan. Takut! Rasa seperti mahu larikan diri sahaja. Berulang kali aku membaca ayat kursi entah betul entah tunggang langgang pun aku tak pasti.

Tiba-tiba Zila menangis.. tangisannya kuat sekali.. hingga menyebabkan beberapa pelajar menjeit sama. Aku kaku. Rasa seperti menontan wayang ceita hantu pula.

“Allahuakbar!” warden dari asrama lelaki yang merupakan ustaz sekolah aku melaungkan azan. Ustaz Suhaimi.

Cikgu Salma juga waden asrama perempuan memegang erat Zila. Manakala ketua asrama dan beberapa orang temannya memegang beberapa pelajar yang menjerit tadi.

Zila mengelupur minta dilepaskan.

“Tolong cikgu.!” Cikgu Salma meminta pertolongan aku.

Aku terus duduk sebelah Zila sambil memegang bahu dan tangan kanannya. Aku dapat rasakan kekuatan Zila lain macam. Patut la Cikgu Salma yang berbadan saiz Xl pun tak mampu nak memegang Zila yang bersaiz S.

Aku tahu mata Zila tepat memandang aku sambil terseyum. Aku buat-buat tidak perasan. Ya Allah cepatkanlah semua ini. Bibir aku tak henti-henti menyebut pekataan Allah.

“Jangan sebut namaku.” Zila memandang aku. Aku tahu itu bukan Zila kerana suaranya berlainan sekali.

“Jangan sebut nama aku!! Jangan panggil aku!!”  Zila meronta-ronta minta dilepaskan…

Aku mahu saja melepaskan Zila dan berlari masuk ke asrama. Menyelubungi diri dengan selimut. Sungguh aku takut. Kalau la.. bukan kerana Cikgu Salma sudah tentu aku cabut.

Rontaan Zila semakin kuat, hinggakan pegangan Cikgu Salma pun terlepas. Zila meluru ke arah aku. Matanya dijegilkan besar. Merah menyala.

“Jangan panggil aku! Jangan panggil namaku!” bahuku di cengkam kuat.
               
Hampir menangis aku jadinya. Bukan kerana sakit tapi kerana aku ketakutan. Mata Zila menikam aku.

Ya Allah! Ya Allah! Ya Allah.. tak habis-habis mulut aku melaungkan nama penciptaku. Hampir saja aku terkucil di dalam seluar.

“Allahuakbar!” Ustaz suhaimi memegang hujung kaki Zila.

Aku hanya tersandar di dinding. Sungguh ini kali pertama situasi begini terjadi pada aku. Hanya tuhan yang tahu.

Setelah selesai kesemuanya, Zila diusung ke rumah warden Cikgu Salma. Aku masih tepaku. Seketika kemudian aku dipanggil oleh Cikgu Salma dan Ustaz Suhaimi.

“Nor, Kenapa jadi macam nie?” ayat pertama Cikgu Salma buat aku.

Aku geleng kepala, sungguh aku tak tahu.

“Ada kamu buat apa-apa yang boleh mendatangkan kemarahan dari alam lain?” Ustaz Suhaimi pula berkata.

Lain macam saja ayat Ustaz kali nie.

“Tak ada Ustaz.. betul saya tak tahu apa-apa.” jujur aku katakan.. aku memang tak tahu apa-apa.

“Baiklah kamu boleh pergi.”

***************************************************

Pagi tu kecoh dengan cerita Zila kena hysteria.. malam semalam jugak keluarga Zila bawak dia balik..

Aku rasa masih tak sedap hati bila ada cakap-cakap yang mengatakan akulah punca Zila terkena Histeria semalam.

Namun aku sikit pun tak terasa kerana siapa yang ada semalam yang tahu kisah sebenar. Dan ustaz Suhaimi tidak membenarkan sesiapa membuka mulut mengenai hal semalam.

Malam itu selepas sembahyang maghrib di surau.. aku bergegas ke asrama kerana tertinggal surah Yassin di dalam laci.

Aku tekan punat lampu. Laaa kenapa tak nak menyala nie.? Nasib baik lampu luar di koridor tidak membuatkan bilik gelap sangat.

Kakiku langkah perlahan berhati-hati takut tersadung..

“Nor..Nor..”

Aku telan air liur tu macam suara Nia aja..

“Nia kau ke tu?”

“Nor tolong aku Nor..tolong..”

Aku berjalan merapati Nia yang duduk di atas katil tingkat atas.

“Nor apa yang lama sangat ambik surah Yasin tu?”

Aku pusing mengahdap pintu. Cerah lampu tepasang dan aku nampak Nia di muka pintu.. habis yang aku cakap tadi dan mintak tolong tadi siapa? Bukan Nia ke?

“Errr..tadi bukan ke kau….” Belum sempat aku nak habis cakap cepat Nia tarik tangan aku.

Masa dekat makmal nak melintasi surau tiba-tiba aku tak sedap hati. Terasa lain macam sangat malam nie.

“Nia kau ada rasa apa-apa tak?”

“Kenapa kau rasa nak period ke?”

“Hish tak la.. aku rasa macam lain macam sangat malam nie.. rasa macam.. ada yang tengah tengok kita..”

“Kau nie buat aku seram je la.”

Tiba-tiba langkah kami terhenti bila ada sesuatu yang melintas..  aku pandang Nia, Nia pandang aku dan masing-masing terdiam..

kami memandang ke bawah bila terdengar ada bunyi benda mengesot.

Ya Allah!

Terus Nia terjerit-jerit.. aku kaku, badan aku mengeras.. terus Yasin di tangan terlepas..

“Aghhh! Arghhh!” aku terjerit sama..

Matanya bulat, besar dan merah.. baunya begitu hanyir sekali… baju putihnya penuh dengan kotoran tanah.. rambutnya kusut…

“Nor..Nor.. jangan panggil namaku…”

Lagi aku ke belakang.. lagi dia menghampiri.. hingga muka kami terpisah 4 inchi..



Kepalanya terliuk lentok kiri dan kanan memandang aku..aku dapat merasai kukunya yang panjang memegang pipi ku…

“Nor..Nor..” berkali-kali nama aku di panggil.

Aku terjerit minta dilepaskan… kaki dan tangan ku terkunci…

Hanya satu yang aku ingat iaitu Allah.. aku takbir berulang-ulang…

Hingga suasana gelap, panas dan hanyir..

***************************************************

Sejak kejadian itu aku diberi cuti selama seminggu oleh pihak sekolah…  duduk di rumah sikit sebanyak melegakan resah yang melanda aku.

Aku pun tak tahu apa sebenarnya yang berlaku antara aku, Zila dan Nia.. mungkin secara kebetulan atau ada yang memanggil.

Ibu dan ayah keluar bekeja. Maka tinggal la aku di rumah seorang diri. Adik-adik pulak ke sekolah petang nanti baru pulang. Ibu nak suruh makcik Bedah jaga aku di rumah tapi aku menolak sebab aku rasa kejadian malam tu mungkin kebetulan saja.

Laptop di dalam bilik aku buka dan aku cari Folder Korea. SNSD 1st Japan Tour in Tokyo aku buka.. seronok jugak layan konsert macam nie..

“Kakak..”

Dari bayanyan laptop aku nampak kelibat adik aku. Aku pusing belakang. Aik macam suara Qalesya adik aku tapi orangnya tak ada..

“Kakak..hihi..”

Kelibat kanak-kanak berlari di belakang aku. Aku pusing dan….

“Kakak.. jom main..”

“Ibu.. tolong ibu…” aku berlari ke tingkat bawah…

“Nor..nor..jangan lari Nor..tunggu..”

“Tolong la jangan ganggu aku.. tolong la…” aku menangis tersendu-sendu… takut campur marah.

Marah sebab kenapa aku yang jadi mangsa kenapa aku yang kena? Kenapa aku yang kau cari?

“Jangan panggil aku.. tolong.. jangan sebut namaku..”

Cepat-cepat aku dapatkan telefon rumah dan number ibu cepat aku dail.

“Ibu tolong kakak ibu.. kakak takut.. ibuuu kakak nak lari..”

“Ibu balik sekarang.”

“Nor… Nor..” aku menyorok di celahan sofa..

“Nor.. kenapa kau panggil aku.. kenapa kau puja aku…”

Sunyi..

Aku keluar dari celahan sofa…  terintai-intai aku seketika.. elok aku nak berpaling ke belakang dan…



Pengsan!

************************************************

“Ibu.. Zila telefon… dia nak jumpa Nor..” aku duduk di sebelah ibu..

Tengahari tu lepas pengsan ibu terus bawak aku jumpa pengamal perubatan islam.. katanya aku telah memberi makhluk itu makan dan sejak itu dia tercari-cari aku dan menganggap aku tuannya..

Aku jadi keliru setahu aku.. aku tidak penah memuja atau memberi makan sesiapa..

“Bila tu?” ibu tanya lagi.

“Tak tahu.. mungkin petang nie kut… Nor tak sedap hati la ibu..”

“Banyak-banyakkan baca ayat kursi dan jangan lupa sentiasa berwuduk.”

Petang ibu dengan bantuan ibu bapa Zila mereka tiba dirumah aku. Terkejut aku melihat wajah Zila yang sangat kurus dan pucat..

“Aku nak minta maaf..” Zila terus peluk aku..

“Kenapa dengan kau nie?”

“Aku dah banyak buat salah dekat kau.. aku yang sebenarnya puja benda tu..”

“Apa kau cakap nie..”

“Mari aku ceritakan..”

Aku bersama ibu dan ayah mendengar cerita yang keluar dari mulut Zila.

**********************************
“Zila kau gila?” Nia tampar bahu Zila.

“Ala kita try la tak cuba tak tahu..” Zila dengan muka cengengnya berkata.

“Habis nak pakai darah apa?”

“Pasal darah jangan risau semuanya seahkan dekat aku.. ayam jantan hitam dan telur aku dah siapkan.. malam nie kau ikut saja aku.”

Nia menghela nafas.. mahu tak mahu dia harus menemani Zila.. Nia menggeleng kepala melihat langkah Zila.

Nia dan Zila menghampiri Nor yang tengah membasuh kain bilik dobi.. pisau kecil dikeluarkan dari poket Zila..

“Nor tolong bukakan pisau lipat nie.. ketat la..”

Nor yang tidak tahu apa-apa teus berpusing dan lengannya terkena pisau tersebut.

“Laa tu la tak hati-hati lagi..” Zila cepat-cepat menadah darah yang mengalir dari lengan Nor.

“Nia bawak Nor sapu minyak..”

Setelah Nor pergi Zila memasukkan darah tersebut di dalam beg plastic. Semua dah cukup tunggu malam nie je.

Malam menjelang tiba.. malam keliwon di pilih.. Nia dan Zila duduk bertentangan.. ayat pemuja di leuarkan dari poket seluar.

“Mana kau dapat nie?”

“Aku ambik dalam internet la..”

Nia memandang sekeliling.. takut pula dia.. hutan di belakang sekolah menjadi pilihan mereka..

Selepas membaca ayat pemujaan Zila meletakkan darah Nor bersama ayam jantan hitam dan telur rebus..

“Siapa nama kau..” Zila menjerit kuat..

“Aku rasa benda nie penipu nie.. mana la kau dapat idea bodoh macam nie?”  Nia tidak senang duduk.. dia dapat merasakan sesuatu..

“Aku baca dalam internet la.. aku saja nak try dah tak jadi tak apa la..”

“Menyusahkan orang betul..”marah Nia..

Elok mereka mengangkat punggung mahu berlalu.. tiba-tiba..

“Kenapa panggil namaku..”

Kedua-duanya terkaku.. telur rebus dan bangkai ayam jantan jatuh ke tanah begitu juga dengan darah milik Nor..



**********************************************

“Sampai hati korang..” air mata aku sapu dihujung mata..

“Aku minta maaf.. Nia ICU di hospital..keadaanya kritikal lepas jatuh bangunan.. aku tak nak terima nasib yang sama aku minta maaf..”

“Kenapa nak minta maaf? Dah tentu aku yang tak tahu apa-apa nie akan terima nasib yang sama macam korang..”

Sungguh aku takut.. aku tak tahu apa-apa..

                “Aku tak nak mati..” Zila merayu melutut dekat aku..

                “Aku tak nak mati bodoh! Aku tak nak mati!” tiba-tiba Zila ketawa..

                Ibu dan ayah aku serta kedua orang tua Zila tergamam..

                “Kenapa sebut namaku! Kenapa panggil aku?”

                “Zila mengucap Zila.. mengucap..”

                Tanpa mempedulikan sesiapa Zila terus berlari keluar dai rumah dan menuju ke jalan besar.. tanpa memandang kiri dan kanan..Zila terus melintas dan..

                Pin…! Bommm!

                Treler panjang telah melanggar Zila dan dia digilis..

                Lepas nie gilian aku… “Ayah.. kakak tak nak mati.. kakak tak salah….”

                Ayah membaca ayat kursi dan beberapa ayat lain di telinga aku.. aku terduduk lemah sambil menangis..

***********************************************

                Seminggu kemudian…

                Aku berulang alik berubat di pusat rawatan islam..  Zila dan Nia telah selamat menghadap Illahi.

                Perlahan-lahan aku telah pulih dengan sedia kala.. aku ditukarkan ke sekolah biasa dan aku masih lagi di bawah pengawasan ibu dan ayah.. pergi dan balik aku berjemput..

                Namun, kejadian itu aku tidak dapat lupakan hingga bila – bila..

                Hanya pada Allah aku berserah..

TAMAT…

               

P/S > sory kalau citer nie entah apa-apa.. maklum la 1st time buat citer hantu..hihi.. 



21 comments:

  1. gambar hantu tu yang seram sgt tuh...

    ReplyDelete
  2. seram lah jugak kang ..... siap main sorok-ii lagi depan komputer ni

    ReplyDelete
  3. serammmm ! aptah lgi bca tym tgah malam .. dgn gmbr hantunye lagi ... eeeiii ! takut ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tngh baca malam" kat blik, smpai kt dlm selimut buka torchlight, dhlh gmbr pon seramm,

      Delete
  4. wuuu seramnya >.< naseb ta baca malam malam kalau tak memang tak boleh tidur hmmhmmm

    ReplyDelete
  5. best but seram..gambar hantu tu memang takkan tengok la kan..hahha..good job ! baca time siang pun terasa seramnya..

    ReplyDelete
  6. kaget sama gambar cewe ngerayapnya...hehehe

    ReplyDelete
  7. Luabiase seramnye,tapi mantap mantap!!!

    ReplyDelete
  8. Seramnya. ...sy bc smbil peluk bantal sbb cerpen ni seram samgat
    Memang terbaiklah huhuhu. ...

    ReplyDelete
  9. seram ye gak ,bace malam" ade gamabar antu yang seram agek tu

    ReplyDelete
  10. Seram gak....sbb duduk asrama.Idea yg menarik

    ReplyDelete
  11. Mohon share Ye😀😀😀

    ReplyDelete

  12. Yuk segera join di KHARISMAPOKER situs poker terpercaya, teraman dan tercepat. Pelayan terbaik dan tercepat oleh CS yang berpengalaman dan ONLINE 24 jam.

    PROMO TERBARU KHARISMA POKER:

    * Bonus Referral 20% Seumur Hidup
    * Bonus Turnover 0,5% Setiap Harinya

    KEUNGGULAN KHARISMA POKER:

    * SEMUA BANK KAMI ONLINE 24 JAM !!
    * NO ROBOT & ADMIN
    * 100% Fair Play Member Vs Member
    * Proses Withdraw & Deposit Tercepat
    * Customer Service yang baik, ramah dan cantik.

    MELAYANI TRANSAKSI VIA BANK :

    * BCA
    * BNI
    * BRI
    * MANDIRI
    * DANAMON

    Dengan syarat minimal deposit hanya Rp 20.000 !!

    PENDAFTARAN GRATIS HANYA DENGAN MENGISI DATA DI : http://www.kharismapoker.com/Register

    SITUS POKER ONLINE TERPERCAYA

    LIVE CHAT ; DISINI
    Telp :+85587983703
    BBM ; khpk02
    WA : +85587983703
    LINE ; khpk02

    Link Alternatif Kharismapoker :
    http://wwwkharismacash.com

    ReplyDelete
  13. Apakah nama penulis cerita inI?

    ReplyDelete
  14. unsur seramnya agak longgar bagi saya..namun cerita ini mempunyai pengajaran yang nyata kepada semua orang. dimana sikap dan kelakuan yang tidak sepatutnya atau yang tidak diingani oleh alam yang sukar dipandang mata kasar jangan la dilakukan kerana ia mampu mengundang musibah yang tidak baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa betul tuu, kta sepatutnya tidak membuat perkara² yg mendatangkan bahaya kepada kita dengan sembarangan, cerita ini memberi kita iktibar supaya kita jangan membangkitkan sesuatu Yang boleh membahayakan diri kita lagi² melibatkan nyawa orang lain,

      Delete