Copyright© All Rights Reserved akubukannovelis.blogspot.com

20 Aug 2014

CERPEN : KISAH CINTA PERTAMA (AKAN DI NOVELKAN)



AKU berdiri kaku sambil menghadap telefon.

Siapa la yang rajin sangat nak kacau aku ni. Aku perhati saja number tu lama-lama. Macam tak ada tanda-tanda nak buat misscall lagi nie.

Kacau! Aku baru umur 16 tahun mana boleh kacau-kacau main usik-usik anak dara orang..

Aku simpan telefon di dalam beg galas dan mintak pemandu bus tu kunci pintu bus semula.

Aku berjalan laju sambil memegang kasut getah untuk masuk ke kawasan paya bakau. Hanyir dan melekit-lekit. Kalau kena dekat badan mesti sehari semalam pun bau dia tak hilang.

Selangkah kaki aku berjalan mula rasa melekat kaki di lumpur. Eeeyuwww.. aku masukkan kaki lagi sebelah. Mak aih melekat dua-dua nie.

Dalam pada nak imbang badan. Pap! Badan aku jatuh di aatas lumpur. Hanyirnya..

Hahaha.. ada suara gelakkan aku dekat belakang. Aku toleh belakang. Aku nampak ada seorang budak lelaki tengah duduk sedap atas pokok sambil tengok aku jatuh.

Mesti dia nampak habis badan aku. Malunya. Rasa macam nak goncang pokok bagi dia jatuh saja.

Apa gelak-gelak?” tu dia ayat power dari cik Zara kita nie.

Dah rasa lawak gelaklah.”

Ehh, melawan kau ye.

Aku bangun balik dan cuba bertenang. Kaki aku sudah tenggelam sampai ke lutut. Macam mana nak tarik nie. Aku mula dengan kaki kanan. Satu.. dua.. tiga.. tarik..!

Arghh” jatuh lagi. Malunya rasa macam badut buat free show pulak dekat sini. Orang lain dah tanam anak pokok bakau dah pun.

Budak lelaki tu turun dari pokok dan relaks sahaja berjalan dalam lumpur. Aku perhati saja dari dekat. Tak pakai kasut..patut la hebat..

Angkat kaki kanan perlahan-lahan.. tolak badan tu ke belakang sikit. Kalau tolak ke depan memang la jatuh.” Budak tu dah ada dekat sebelah aku.

Satu penerangan untuk sesi masuk hutan paya bakau ye kawan-kawan.

Aku cuba ikut apa dia cakap.. yeay..menjadi la..

Saya Adam..Adam Fahrin..sekolah di Al-Manshoor. Dan umur saya 17 tahun. awak Zara kan?”

Fuh hebat Adam Fahrin nie. Nama aku pun dia tahu. Mana dia tahu nie. Nak jadi stalker ke?

Aha tapi bukan Zara Zya.. Nur Zara saja.” aku tersengh dekat dia. Mana nak tahu dia ingat nama penuh aku Zara Zya nanti tak pasal-pasal terfemes pulak. Tak ke haru.

Nur Zara saja memang tak pernah nampak saya ke sebelum nie?”

tercengang aku. Nur Zara saja?

Cuba ulang balik nama saya.” mana tahu aku salah dengar ke.

Nur Zara saja.” memang bersahaja pun dia bercakap tak rasa langsung diri tu nak kena makan tendangan aku.

Bukan Nur Zara saja tapi Nur Zara..” rasa nak baling saja anak pokok bakau nie dekat muka dia. Geram betul aku.

Ohhh ingatkan Nur Zara saja tadi.. patut macam pelik.” tersengih-sengih dia bercakap.

Kami sama-sama berjalan dan sama-sama tanam anak pokok bakau. Tadi masa sembang-sembang kak Wan ada cakap lagi 5 tahun kita boleh tengok hasil tanaman kita nie. Aku nak datang balik sungai Aceh nie memang tak la. Jalan pun aku tak ingat.


Hari berganti hari hubungan aku dan Adam Fahrin kian rapat.setiap kali cuti sekolah kami akan berhubung melalui sms ataupun telefon kadang-kadang kalau ada kelapangan kami akan habiskan hujung minggu dengan aktiviti dia pusat bowling ataupun aktiviti ARAS.

Oh ya lupa nak cakap ARAS tu singkatan untuk AKTIVIS REMAJA ALAM SEKITAR. ARAS nie macam duta kecil Sahabat Alam Malaysia. ARAS nie adalah pertubuhan luar sekolah yang akan menjalankan aktiviti-aktiviti berkaitan alam sekitar.

Zara tak ada boyfriend?” ayat Adam Fahrin malam tu macam semacam aje.

Nak melamar aku ke?

Tak ada kenapa?” aku baring sambil menghadap siling.

Kalau kita nak buat perempuan tu jatuh cinta macam mana?” Adam Fahrin tanya aku lagi.

Maksudnya?” aku tanya lagi. Tak paham aku dengan dia nie. Cuba cakap terang-terang kan senang.

Maksudnya.. Adam suka dekat budak nie, tapi yelah Adam kan tak pernah bercinta. Macam mana nak buat dia suka Adam.” terang-terang dia cakap dekat aku.

Habis ingat aku nie pernah bercinta? Lagi la aku tak pernah bercinta. Tanya salah orang la dia nie.

Adam ambil berat pasal dia. Tunjuk sikit sikap kelakian Adam tu. Bagi segak bergaya sikit. Ala lepas SPM baru la bercinta. Nie SPM pun tak ambik lagi dah sibuk nak bercinta.” nah! Ayat pedas dari cik Zara kita.

Yelah kita tahu..kita nie gemok.. tak kacak.. macam doreamon.”

Amboi merajuk habaq hang.

Yelah-yelah meh Zara terangkan.”

malam tu sibuk duk terangkan dekat dia pasal cara-cara nak pikat gadis. Sembang punya sembang dah tak sedar sampai pukul tiga pagi. Gila kalau sembang dengan mamat nie.

Minggu nie kami budak-budak ARAS akan ke Bukit Panchor untuk berkhemah di sana.. kami hanya pergi sebiji bus sahaja lima perempuan dan 30 orang lelaki. Sampai saja di Bukit Panchor kami di bahagikan kepada beberapa kumpulan dan yang pasti aku satu kumpulan dengan Adam Fahrin.

Abang Fasilitator kumpulan kami adalah abang Anuar pengerusi Sahabat Alam Malaysia.

Baiklah abang nak adik-adik lukis sesuatu yang menggambarkan diri adik-adik. Contoh abang bagi dekat sini.. adik-adik nak lukis dan laut itu menggambarkan sikap adik yang tenang. Sukakan keindahan. Okey ada paham?”

Paham.” kami semua menyahut serentak. Aku tahu nak lukis apa. Ting! Sepantas kilat aku melukis. Padam sikit-sikit kemudian lukis. Dah jadi.. cantiknya..comelnya..

Ehem.” Ada suara berdehem di sebelah.

Tak cantik langsung.” Adam Fahrin menjuih bibir tanda dengki.

Aku rasa nak backhand saja dia nie. Biar dia rasa sakit. Tapi aku tak peduli. Aku tahu yang itu ayat dengki.

okey time's up..now please show your identity. Ladies first please.” sederet aje ayat abang Anuar.

Semua mata tertala dekat aku. Aku sorang je perempuan. Memang terkena la..

Dengan lafaz bismillah..

Okey ini hasil lukisan Zara.” aku tayang hasil lukisan aku.

Teddy Bear!

Perghh.. bajet cute.”

Aku jeling mamat kat sebelah siapa lagi. Fahrin Ahmad la.. ehh silap, Adam Fahrin la.

Teddy bear nie menggambarkan diri Zara yang sukakan perhatian, kasih sayang dan yang pasti Zara anak tunggal perempuan dalam keluarga dan Zara rasa begitu berharga sekali.”

Kerana diriku begitu berharga.” ayat pedas dari Adam Fahrin.

Dia nie kalau tak mengusik aku sehari tak boleh aman kut hidup dia.

Macam over tak ayat aku? Belasahlah.

Okey next. Adam awak pulak.”

Ehem..” Adam Fahrin berdehem sebagai pembuka kalimah.

Tara..”

ingatkan aku sorang saja yang gelak.. rupanya satu kumpulan gelakkan Adam Fahrin. Tu binatang apa yang dia lukis tu. Keliru empat saat.

Nie la utraman saya.”

pergh! Lagi aku gelak kaw-kaw. Ultraman macam orang lidi..ehh tak macam badut ehh bukan macam joker yang dalam citer badman tu.

Aku memang saja gelak kuat-kuat nak kenakan dia. Kalau mak aku dengar mesti aku kena marah. Apa nie anak dara gelak kuat-kuat tak manis tahu? Tahu mak..

Teruskanlah Adam.” Abang Anuar masih bersisa ketawa lagi.

Ultraman nie saya gambarkan diri saya sebagai seorang pelindung, seorang yang gagah dan seorang yang mampu diharapkan. Dan saya juga akan melindungi seseorang dengan penuh kasih sayang.” matanya dilirikkan kepada aku.

Macam manis saja ayat dia. Eh budak sekolah mana boleh bercinta lagi..hihi.

Selesai sesi ice breaking kami pula disajikan dengan berbagai-bagai aktiviti yang melibatkan alam sekitar.

Selesai makan tengahari kami rehat sebentar senemtara menunggu untuk solat zohor berjemaah. Aku duduk di gigi air sungai sambil rendamkan kaki dan menikmat suasana bunyi hutan.

Zara.”

Ada suara yang memanggil. Aku berpaling. Adam Fahrin.

Haaa..kenapa?” aku masih tak lepas pandang dia.

Amboi garang macam singa.”

ceh! Samakan orang dengan singa pulak.

Zara lepas nie Adam tak join program ARAS dah tau.” sayu saja suara dia.

Kenapa?” aku main dengan air sungai yang sejuk.

Sebab Adam kan nak SPM.. kena kurangkan aktiviti luar.” satu nafas dihela panjang.

Tak apalah nanti pun boleh jumpa kan?” aku buat ayat sedapkan hati dia.

Lepas SPM lah.”

Lepas SPM maknanya lagi 3 bulan? Tak lama la tu.

Alah tiga bulan bukannya lama pun. Pejam celik..pejam celik dah tiga bulan.” aku senyum dekat Adam Fahrin.

Zohor dah masuk woi.”

Pekikan Azlan menyedarkan kami.

Jom solat dulu.”

kami mula beransur dan menuju ke khemah masing-masing. Aku mencapai telekung yang memang terletak di tepi pintu masuk khemah. Aku letakkan telekung di ruang dan solat dan masuk ke tandak untuk berwuduk. Selesai mengambil wuduk aku mula berjalan ke ruang solat.

Aku terpaku saat mata memandang Adam Fahrin yang sedang mengambil wuduk. Wajahnya tenang. Setenang air di sungai. Raut wajahnya ibarat matahari yang ingin memancar cahaya pagi. Hati aku bergetar. Satu persatu perbuataannya meresap hingga ke minda. Aku kaku dan keliru. Apakah perasaan ini. Perasaan yang kian menular sedikit demi sedikit.


Beberapa tahun kemudian.

Aku tarik luggage yang tak berapa besar tu. Sementara nak tunggu Najwa datang jemput aku dekat KLIA nie..aku duduk lepak dekat Secret Recipi sekejap. Menikmati mango delight beseta hot chocolate. Satu kombinasi yang hebat. Sehebat Zul Aiffin dan Ayda Jebat. Ehh tiba-tiba

Sambil menikmati keenakan kek ini. Mata aku terpandang pada seseorang yang tak pernah aku lupa raut wajahnya. Raut wajah yang masih berada dalam lingkaran hati walaupun minda terus meminta aku untuk lupakannya.

Adam Fahrin.

Segak bergaya dengan baju kerjanya. Gayanya masih seperti dahulu. Walaupun duduk setentang dia masih tak perasan aku. Seronok bergelak ketawa bersama rakannya.

Aku perhati saja dia dari meja aku.

Tiba-tiba mata bertentang. Lama.

Lidah kelu tak terkata. Mata terpaku penuh rasa.

Tiba-tiba dia teruskan perbualan dengan rakan-rakannya. Tak perasan aku ke? Mungkin dia tak kenal aku dah la tu.

Aku terima panggilan telefon dari Najwa. Katanya dia sudah tiba dan menunggu di luar. Cepat-cepat aku habiskan minuman dan bangun untuk beredar.

Zara.”

Tanpa sedar namaku di panggil dari belakang.

Aku menoleh.

Adam Fahrin.

Zara kan? Memang Zara kan?”

Aku angguk sambil tersenyum. Syukur dia masih belum lupa aku.

Zara pergi mana selama nie? Puas Adam cari.. Adam tak boleh lama-lama Adam ada kerja. Nie kad Adam.. malam nie kalau rasa free.. please call Adam. I'm waiting.”

Fuh! Satu nafas ayat Adam Fahrin. Cepat-cepat dia beredar tinggalkan aku seperti terkejar sesuatu.

Aku masih dalam kebingungan. Aku amati kad nama Adam Fahrin.

ADAM FAHRIN
JURUTERA PESAWAT MAS

Aku simpan kad nama dalam beg. Simpan elok-elok. Kalau hilang sampai bila-bila pun tak dapat cari nie.

Malam kedua baru aku berani menghubungi Adam Fahrin. Ternyata dia masih tidak pernah lupakan aku.

Cuma bezanya.. Adam Fahrin kini tunangan orang. Tunangan Husna. Husna yang dia cintai masa umur 18 tahun tapi atas desakan aku Adam Fahrin mengalah apabila aku suruh Adam Fahrin kerja dahulu baru mengorat Husna balik. Sebenarnya itu helah aku bila aku tidak mahu Adam Fahrin memberi perhatian kepada orang lain selain aku.

Adam Fahrin.

Nama yang tidak pernah aku lupa saat umur aku 16 tahun. Kisah cerita kami dan kisah cinta pertama aku bersama manusia bernama Adam fahrin. Tapi kini dia milik orang. Milik gadis yang dia cintai seawal usia 17 tahun.

Salah aku kerana tidak meluahkan rasa cinta ini? Aku tidak mahu menganggap ia sebagai cinta monyet. Cinta yang hanya main-main. Cinta yang boleh dipakai buang. Tapi aku mahu jadikan ia cinta pertama. Cinta yang pertama terwujud kerana dia dan yang terakhir jugak kerana dia.


Mak dah pinangkan ustaz Hafiz untuk hang.”

Terkaku aku. Mak pinangkan? Ke telefon nie buat perangai.

Apa mak ulang lagi sekali. Tak dengaq la.” minta kepastian sebenarnya.

Mak dah pi pinang ustaz Hafiz untuk hang. Untuk Zara.” satu persatu mak cakap.

Amboi.

Awat mak pi pinang dia. Orang kenai pun dak dia tu sapa.” keluar dah lograt utara aku.

Nanti hang kenai-kenai la. Baru balik Jordan. Sekarang nie tengah apply jadi pensyarah. Ustaz tu takkan tak mau kut.”

aku garu kepala yang tak gatal nie. Mak nie kan orang kata tak mau kahwin lagi.

Mak tau dak ustaz nie nanti kahwin empat. Ikut sunnah.” alasan untuk emak. Eh tapi betul apa fakta. Ustaz kan suka kahwin lebih dari satu.

Nie ustaz moden. Mak tak rasa macam tu.” mak membangkang

Mak tau dak nanti kahwin dengan ustaz anak ramai. Susah la.” alasan kedua.

Anak ramai itu rezeki. Yang tak akhwin tapi beranak anak tu dibuang-buang yang dah kahwin nak sangat anak tak dapat-dapat. Kalau hang anak ramai tu rezeki.”

Fuh ayat mak. Buat peluh satu badan.

Habis mak pi pinang dia. Mak ke abah yang sarung cincin? Ada pelamin mini tak? Dia pakai baju kembang-kembang dak?” aku saja kenakan mak.

Haha..

Budak nie.. loayr buruk sangat. Nanti balik penang. Kami nak bincang pasal tarikh nikah hang.”

Mak..”

Belum sempat aku nak jawab. Mak dah letak telefon. Mungkin mak tahu nanti aku banyak cakap.

Mak hati Zara belum sedia lagi. Nak lupakan cinta pertama perit rasanya mak. Walaupun hati Zara begitu setia. Bertahun-tahun hati Zara tak ada penghuni. Zara tetap mahukan Adam Fahrin.

Pagi tu dengan menaiki kereta myvi kesayangan hati aku bergerak menuju ke Penang. Bergerak dengan fikiran yang bercelaru.

Kata Adam semalam sebulan lagi dia akan bernikah dengan Husna. Kecamuk hati. Berdarah jiwa.

Nah Kad kahwin Adam.. jemput la tau ajak encik tunang sekali.”

Encik tunang. Saja aku bercerita mengenai ustaz Hafiz. Konon-konon nak bagi dia tahu yang aku nie pun laku jugak.

Aku senyum plastik. Tak bukan senyum plastik tapi senyum kayu mungkin jugak senyum sumbang.

Sampai dekat penang. Esok paginya mak cakap keluarga ustaz Hafiz nak datang.

Aku berekasi tenang. Setenang air di sungai tapi jangan sangka tak ada buaya ya.


Aku berbaju kurung kedah warna pink. Secalik lipstik di bibir. Sempurna.

Air di dulang aku angkat perlahan. Takut tertumpah depan tetamu tapi dalam masa yang sama hati aku ingin mengintai siapa dia ustaz Hafiz.

Tak nampak yang berkopiah atau bersongkok pun tadi. Yang memakai snowcap ada la. Takkan dia tu kut.

Aku duduk sebelah mak dan abah. Dalam hati tertarik dengan mamat rambut wak doyok nie.

Hafiz minum.. jemput minum semua.”

aku tunggu siapa yang bernama Hafiz. Ada dua jejaka di sini.

Dua-dua capai gelas serentak. Laa! Siapa Hafiznya. Aku nak tanya tapi nanti mesti mak bagi jelingan pedas berapi kaw-kaw punya.

Hafiz dah dapat kerja ke?” abah pulak bertanya.

Tunggu..siapa nak jawab..dan..

Dah pakcik.. in sha Allah minggu depan start mengajar.” Hafiz tersenyum mesra.

What! Rambut wak doyok nie ustaz Hafiz.

Aku ulang balik. Ustaz Hafiz okey. Paham tak aku cakap?

Pakai seluar jeans.. baju kemeja dan rambut ala-ala wak doyok berjanggut pendek.

Betul ke dia nie ustaz? Dia mesti nak tipu mak bapak aku nie.


Malam tu aku terima panggilan dari ustaz Hafiz. Dia mahu melamar aku secara berhemah.

Katanya.

Saya bukan mahu mainkan awak. Saya dah lama pandang awak. Pandang dari sisi cinta. Saya mohon pada Allah andai awak jodoh saya maka jejak kaki saya dia bumi Malaysia awak bukan milik siapa-siapa. Dan termakbul. Saya sedar saya bukan terlalu hebat untuk awak menilai saya sebagai ustaz. Tapi cukup awak menilai saya sebagai lelaki yang inginkan cinta pertama, bilamana bunga yang diidam belum di petik orang. Andai awak terima saya. Saya gembira andai awak menolak saya redha. Saya beri awak sebulan untuk memikir. Tiada paksaan buat awak.

Aku hela nafas panjang.

Sebulan dari sekarang Adam Fahrin akan bernikah

sebulan dari sekarang aku harus fikirkan jawapan.

Sebulan ada 30 hari.

30 hari macam-macam boleh jadi. Adam Fahrin putus tunang. Tunang Adam Fahrin meninggal. Jahatnya aku.

Dan dari 30 hari itu setiap hari ustaz Hafiz bertanyakan khabar melalui SMS dan satu pun tidak aku balas. Setiap hari juga dia akan kirimkan kata yang bagi orang lain boleh jatuh cinta tapi pada aku tidak. Ayat biasa-biasa saja.

Dan masa 30 hari itu aku selalu hubungi Adam Fahrin tapi saya belasan SMS nya pun pendek-pendek kadang-kadang tak balas langsung. Setiap hari juga aku tanyakan khabar Adam Fahrin melalui SMS. Dia jawab nak tak nak saja.

Aku tekad.

Dengan ini aku dah buat keputusan. Harap bersabar tunggu besok.

Mak Abah.. Zara dah buat keputusan. Zara tak mahu ustaz Hafiz. Zara nak sambung belajar balik di Dubai.”

aku tipu. Mana ada aku apply apa-apa Universiti.

Cincin pemberian ustaz Hafiz aku pulangkan dekat mak. Aku minta maaf kepada mak dan abah. Sungguh hati aku tak mampu untuk menerima siapa-siapa melainkan Adam Fahrin.

Dan untuk Adam Fahrin. Aku minta untuk berjumpa tiga hari sebelum dia bernikah. Kerana tarikh itu aku akan berlepas ke Dubai.


KLIA.

Aku duduk setentang dengan Adam Fahrin. Aku meminta agar tidak bawak Husna bersama.

Adam Fahrin. Nama yang cukup hebat di hati Zara. Hebat sehingga nama insan lain pun tak boleh merempuh masuk dalam hati Zara. Bertahun-tahun Zara simpan perasaan. Perasaan cinta yang mendalam. Kegembiraan kita di ARAS. Bila Adam ada masalah Zara jugak Adam cari. Rasa berharga sangat. Sampai suatu hari kita terputus hubungan. Bertahun-tahun Zara mencari dan menunggu akhirnya di sini kita bertemu.”

Aku diam. Ada air mata yang mahu mengalir.

Zara sangat cintakan Adam. Terlalu. Adam cinta pertama Zara. Sampai bia-bila pun Zara ingat memori kita. Tapi lagi tiga hari Adam akan jadi suami orang. Dan Zara harap sangat orang tu adalah Zara. Tapi silap sebenarnya Husna.”

Zara.. Adam. Tak tahu..” tersekat-sekat suara Adam.

Tak apalah Adam. Zara dah redha. Kita tak berjodoh. Zara harap Adam jadi suami yang baik. Jga Husna baik-baik. Kisah cinta pertama kita biar Zara simpan kemas dalam kocek memori.”

pengumuman untuk ke Dubai di buat.

Aku bangun dan tarik lunggage sambil jalan perlahan-lahan.

Nie hadiah Zara untuk Adam dan Husna. Moga bahagia hngga Jannah.” aku beri sekotak kecil hadiah yang mengandungi tasbih kepada Adam.

Lambat-lambat Adam capai.

Terima kasih.” Adam berlalu pergi.

Pergilah membawa memori ku sekali Adam. Memori kita. Kisah cinta pertama.

Dari kejauhan aku terpandang susuk tubuh seseorang.

Ustaz Hafiz.

Laju aku berjalan. Sampai aku hampir tersadung.

Zara nanti dulu.”

aku berdiri aku tapi muka langsung tak toleh tengok ustaz Hafiz.

Ustaz Hafiz berdiri depan aku sampai memakai rayban di mata.

Zara ambik nie. Peluang untuk Zara masih terbuka. Fikirkan sekali lagi.”

cincin yang berada di dalam kotak di letakkan di atas luggage aku.

Ustaz Hafiz berlalu.

Sepi.

Tanpa kata.

Aku terpaku. Aku capai cincin tersebut dan meneruskan perjalan.

Dubai. Dunia baru. Hidup baru.

Selamat tinggal Malaysia.

Selamat tinggal kenangan.


************************

hai korang! Terhibur tak? Okey tak? Zati dalam proses untuk menyiapkan manuskrip penuh KISAH CINTA PERTAMA nie. Harap-harap semua berjalan lancar.

Dalam manuskrip nanti kisah lebih details dan banyak memori Zara bersama Adam Fahrin. Dan mampukah Ustaz Hafiz mendapatkan cinta Zara? Menyesalkah Adam Fahrin bila tahu Zara begitu menyintainya bertahun-tahun? Adakah Zara dengan jurutera kapalterbang atau dengan Ustaz ala wak doyok?


Doakan Zati untuk siapakn manuskrip nie ye.

Selamat membaca.!

SALAM SAYANG DARI,,



ZATI MOHD
CER TEKA KITA YANG MANA.. HIHI



15 Aug 2014

SELAMAT ULANG TAHUN CINTA

Selamat Ulang Tahun Cinta..
yang sememangnya manis macam gula-gula,
yang sedap macam roti banggali sapu kaya,
yang lauknya enak secukup rasa..

Selamat Ulang Tahun Cinta..
genap enam tahun juga hendaknya,
menelan segala marah dan durjana,
melemparkan segala suka dan gembira,
kerana itu kisah kita.

Selamat Ulang Tahun Cinta..
kurang dari setahun kita kan bersama,
biar masa menitip segalanya,
biar saja mereka bercerita tentang kita,
kerana yang pasti kita juga yang gembira,

Selamat Ulang Tahun Cinta..
mohon maaf andai terkasar bahasa,
ketawa kuat tak kira masa,
kuat bercakap merata-rata,
kelam kabutnya tak usah kira,

Selamat Ulang Tahun Cinta..
moga dipanjangkan jodoh kita,
kalau boleh ke syurga mahu bersama,
moga mampu menjadi imam di suatu masa,
harap bersabar ajela..



SALAM MESRA,
ZATI MOHD
16 OGOS 2014
KEPALA BATAS, PENANG.