Copyright© All Rights Reserved akubukannovelis.blogspot.com

22 Sep 2014

CERPEN : LURUHNYA CINTA DI BUMI KOREA

 Aku peluk papa erat. Seerat yang mungkin sebagai tanda terima kasih. Terima kasih kerana menyewakan aku sebuah rumah atas permintaan aku. Selama nie aku tinggal dengan kawan-kawan senegara. Tetapi kadang-kadang bosan dengan sikap diorang yang agak 'happening' menyebabkan aku ambil keputusan untuk cari rumah lain. Setelah puas memujuk akhirnya papa benarkan untuk aku tinggal sendirian. Sayang papa. Mama pulak jeling tajam macam tak puas hati.


“Suka la tu, lepas nie jaga diri baik-baik. Awak di Korea.. mama dengan papa dekat Malaysia. Jangan duduk rumah sewa makin panjang pulak kaki awak tu.” nasihat mama sebelum aku daftar masuk untuk berlepas ke Korea.


Aku sengih dekat mama. Sengih sampai ke telinga gitu.


Pengumuman di buat. Aku salam dan peluk cium mama dengan papa. Penerbangan 13 jam ke Seoul akan benar-benar meninggalkan kesan buat aku. Kesan yang bagaimana? Kesan tinggal keseorangan. Lepas nie Izz akan rindukan mama dengan papa.


13 jam kemudian.


Annyonghaseyo Korea! Cuaca sejuk menyelubungi bandar Seoul. Lepas dapatkan teksi aku ke rumah baru yang mama dan papa sediakan. Sejuk. Maklumlah sekarang bulan disember. Musim salji di Korea dan jugak cuti semester.


Aku jejak kaki ke dalam apartment dua bilik. Keluasan apartmen nie macam kondo dekat Malaysia. Oh ya! Rakyat Korea susah nak dapat rumah ada tanah. Kalau dekat Malaysia rumah teres berlambak-lambak tapi dekat Korea apartmen ala-ala Kondo yang banyak. Semua tinggi memuncak.


Okey rumah lengkap siap dengan perabot. Tak payah susah-susah nak pergi beli barang lebih-lebih. Aku duduk sambil intai-intai suasana sekeliling. Tengah-tengah bandar Seoul. Mahal dan mewah rumah nie.


Lagi dua hari untuk daftar masuk semula ke Korea National Universiti Of Art. Kali nie aku buat ijazah dalam 2 tahun sahaja dalam bidang penulisan kreatif. Cepat habis, cepat boleh balik Malaysia. Tengah aku duk tunggu lif untuk keluar beli barang-barang keperluan ada seorang jejaka korea sebelah aku. Kami berbalas senyuman seketika.





Manis dan menawan. Berkaca mata hitam dan berkasut butt tinggi. Macam artis aje.


“Duduk sini?” dia tanya pada aku dalam bahasa korea.


“Aha. Baru pindah. Awak?” aku tanya dia balik.


“Sama la. Sebab dekat sikit dengan kampus.”


Pelajar rupanya. Duduk dengan siapa? Hajat di hati nak bertanya tetapi macam tak manis pulak aku nak tanya macam tu. Keadaan sepi di dalam lif.


Ting! Ground floor.


“Jumpa lagi.” dia angkat tangan tanpa tengok muka aku.


Tak beradab! Marah aku dalam hati.


Aku berjalan ke sekitar kawasan berdekatan. Barang kering ada mama kirimkan dari Malaysia. Barang basah tak payahlah beli bukan aku rajin sangat nak masak. Dengan kasut but paras lutut dan jaket labuh hingga ke lutut aku berjalan melihat kawasan sekitar. Banyak tempat makan tapi sayangnya bukan halal pun.


Korea tak pernah terlintas di fikiran aku pun nak belajar dekat sini. Bermula dengan suka-suka isi borang lepas SPM akhirnya terpilih. Alang-alang nak rasa hidup jauh dari family Korea jugak yang aku pilih. Papa seperti biasa tak membantah. Abang lagi suka sebab dia pun sekarang dekat Ireland buat master medic. Mama pulak mulut tak henti-henti membebel paksa aku belajar dekat Malaysia. Tapi aku tak nak, disebabkan ada dua orang hero tolong support aku iaitu papa dan abang. Mama terpaksa bagi jugak. Hehe. Kesian mama.


Tiba-tiba perut berkeroncong. Aku teruskan destinasi ke Itaewon mencari Dubai Restoran. Selalu aku datang sini aku order kebab kambing. Sedap walaupun mahal sikit. Tengah sibuk aku duk melangkah masuk ada suara datang tegur aku.


“Sorang saja?”


aku toleh belakang. Eh! Mamat dalam lif tadi.


“Annyonghaseayo!” aku tunduk hormat dekat dia.


“Annyonghaseayo.” dia balas tunduk hormat aku. “Sorang saja?” Sapa dia dalam bahasa Korea.


“Aha. Awak?” aku tahu dia datang sorang tapi saja nak berbasi-basi. Dia mengangguk sambil tersenyum.


Kami duduk semeja. Lepas buat pesanan mulalah proses suai kenal. Nama dia Lee Jong Hyun. Umur 24 tahun. Belajar satu Universiti dengan aku tapi dia ambik kos Muzik. Patut macam budak k-pop sikit gayanya.


Lepas makan dia pelawa aku untuk balik sekali. Mulanya aku menolak tapi dia mendesak katanya dah berjiran buat apa balik sendiri. Nak tak nak aku terpaksa naik dengan dia jugak.


Sesampainya di kawasan rumah. Kami bertukar number telefon dengan harapan lepas nie dapat berjumpa lagi dan kalau boleh dapat pergi kampus sama-sama.


#############################################





Hari berganti hari. Hubungan aku dengan Lee Jong Hyun kian rapat. Kami selalu habiskan masa makan bersama. Bersembang, bergurau dan kadang-kadang shopping bersama.


“Saya nak warnakan rambut cantik tak?” Aku tanya dia masa kami sama-sama bergerak ke kampus. Kebetulan time tu jadual kami sama walaupun kos lain-lain.


“Warna apa?” khusyuk dia memandu sambil tengok aku pun tak.


“I don't know maybe light colour. What do you think?” aku minta pendapat dia.


“It up to you. As long as you stay with me.”


Erk! Stay with me. Apa maksud dia? Dalam pada nak tanya saja. Dia berhentikan aku di hadapan pintu masuk bilik kuliah.


“Hari nie saya balik lambat. Awak balik sendiri la ye.” Pesan dia pada aku sebelum dia terus bergerak pergi.


Aku lambai dia dari jauh. Balik sendiri pun tak kisah banyak bus dan train boleh naik. Dah beberapa bulan aku tak hubungi mama.. abang tu cuma kadang-kadang aku skype, abang sibuk.. papa sibuk dengan cawangan baru kedai sushi dia mama pulak dengan tadikanya. Jadi aku? Keseoarangan dan kesepian nasib baik ada Lee Jong Hyun yang sudi temani aku selama aku berada di Korea.


Kawan-kawan? Bukan tak ada kawan-kawan Malaysia cumanya aku lebih selesa begini. Tiada siapa yang ambik peduli. Hidup aku biar aku uruskan sendiri. Aku memang suka begini. Jadi kawan aku hanya Lee Jong Hyun.


Masa aku tengah menunggu train aku dapat sms dari Lee Jong Hyun.


“Meet you at N seoul tower.”


Macam-macam la dia nie. Aku naik train dan menuju ke destinasi yang di janjikan. Berbekalkan beg kelas, rambut diikat ekor kuda, skirt pendek paras lutut dan butt tinggi juga paras lutut aku panjat tangga keseorangan. Rata-rata pengungjung di sini semuanya berpasangan. Hanya aku saja yang sendiri. Cemburu.


Aku duduk dia atas kerusi yang disediakan. Lock love! Aku hanya memerhati pasangan kekasih memasang lock love di setiap pagar. Dalam sedar aku tersenyum sendiri. Aku cuba hubungi Lee Jong Hyun. Tak angkat mungkin tengah memandu. Aku hantar sms memberitahu aku sudah tiba dan setia menantinya di sini.


Lima minit.


Sepuluh minit.


L is for the way you look at me
O is for the only one I see
V is very, very extraordinary
E is even more than anyone that you adore can

Love is all that I can give to you
Love is more than just a game for two
Two in love can make it
Take my heart and please don't break it
Love was made for me and you


Aku pusing belakang.. Lee Jong Hyun! Oh may god!


Aku tercengang..terkesima.. dia menyanyi bersama petikan gitar dan pandangan yang redup sambil memandang aku. Dia melutut menghadap aku sambil menghulurkan sekuntum bunga ros merah. Aku tergamam. Terkejut. Adakah ini lamaran?


Semua mata yang ada disitu terpaku memandang kami. Aku tahu dalam hati mesti nak cakap romantik giler kan. Tapi dalam hati aku cakap. Malu giler. Nak buat apa nie? Ottokey.. ottokey..


“Sudi terima saya?” Lee Jong Hyun masih melutut dan menanti kata-kata aku.


Dalam hati memang ada rasa cinta buat dirinya. Aku angguk perlahan dan capai kuntuman mawar merah berkenaan. Satu kucupan hinggap di dahi aku dan tepukan tangan dari orang ramai. Kami berpelukan seketika.


Dalam hati berbunga-bunga rasa cinta yang membara. Nama aku dan Lee Jong Hyun di sematkan dia atas lock love. Kuncinya kami baling jauh-jauh. N Seoul Tower lambang cinta kami.


“Kenapa tak cakap yang awak suka saya selama nie?” Lee Jong Hyun tanya semasa kami dalam perjalanan untuk pulang ke rumah.


“Eh, saya kena cakap ke? Saya kan perempuan.” Aku pandang dia sambil tersenyum.


“Kalau perempuan pun tak salahkan kalau nak meluahkan rasa?” dia pandang aku sekilas tapi yang pasti tangan dia tak lepas dari mengenggam tangan aku.


“Perempuan Malaysia kan pemalu.” Ayat cover dari aku.


“Habis awak nak cakap lelaki Korea tak tahu malu la?” Matanya mencerun memandang aku..


“Ehh saya pulak yang kena. Awak romantik.. baik..kacak..bla..bla..bla..” belum sempat aku nak cakap lagi dia tarik hidung aku. Matanya di kenyit pada aku.


Hanya ada satu rasa dalam jiwa. Bahagia.


#####################################


Semakin hari kami makin merasa nikmatnya cinta. Keluarga di Malaysia terus aku lupakan. Hidupku hanya ada Lee Jong Hyun.


“Sayang masak apa hari nie?” dia peluk aku dari belakang.


“Masak masakan Malaysia, biar awak rasa makanan malaysia macam mana..”


Aku masak nasi lemak hari nie, di sebabkan semalam Lee Jong Hyun bermalam di rumah aku teman aku study sampai pagi, makanya aku belanja dia nasi lemak. Biar dia rasa nikmatnya makanan Malaysia.


Aku suruh dia duduk dulu sementara aku siapkan hidangan terakhir. Dari jauh aku nampak dia menulis. Tulis lirik la tu.




“Sayang dah siap..” aku panggil dia.


Dengan penuh keasyikan dia rasa sambal aku. “Pedas.”




“Tapi sedapkan?” aku suap nasi lemak masuk mulut.


Enak! Tapi masakan mama lagi sedap. Mama! Satu nama yang kian aku lupa. Di sini aku lupa semua termasuk keluarga. Hidup aku hanya ada Lee Jong Hyun. Bagaimana keadaan mereka di sana.


“Sayang..kenapa termenung? Rindu Malaysia?” Lee Jong Hyun mengangak.


Aku angguk perlahan. Rindu mama, rindu papa dan rindu abang.


“Balik la Malaysia, boleh kenalkan saya dekat keluarga sayang.” dia tersenyum.


Dah lama dia suarakan hasrat hati untuk datang ke Malaysia. Berjumpa mama dan papa. Tapi aku menolak. Takut papa marah kerana teman lelaki aku adalah lelaki Korea. Sudah tentu kena tolak.


“Nanti habis belajar baru saya balik Malaysia. Ingat nak kerja dulu di sini.” tinggal lagi setahun untuk aku habis study.


“Saya ada benda nak cakap, minggu depan saya ada audition dekat YG. Doakan saya.”


Aku senyum memandangnya.. itu yang dia mahukan selama ini. Bila dapat audition sudah tentu akan terpilih. Kiranya boyfriend aku nie artislah. Artis K-pop.


“Saya akan sentiasa doakan sayang. Selamanya..”


hari nie banyak kami habiskan masa bersama. Melepak di Amusement park. Meraikan kejayaan Lee jong Hyun berjaya mendapat audition di YG. Seharian menghabiskan masa bersama. Bergembira. Berhibur. Dan bersuka ria.


“Malam nie tidur rumah saya erh..” aku pujuk dia.


“Boleh..tapi jangan mintak lebih-lebih awak tahukan prinsip saya..” dia pandang aku masa kami tengah duduk bersantai sambil menyaksikan ribuan manusia bersuka ria di Lotte World.


“Takkan 'sentuh' saya selagi belum berkahwin.”


“Pandai.” dia tarik hidung aku.


“Kalau awak jadi artis nanti belum tentu kita boleh keluar macam nie kan. Habiskan masa bersama. Mesti awak sibuk dengan kerja awak. Nak jumpa saya pun jarang.” aku luahkan perasaan yang terpendam paling dalam.


“Saya pasti akan punya masa untuk awak biarpun seminit. Nanti bila segalanya dah stabil saya akan bawak sayang jumpa keluarga saya dan kita kahwin.”


Kahwin! Gulp!


Aku telan air liur. Mahukan dia mengikut agama aku.. islam yang sejati. Tapi aku hanya islam pada IC tapi zahirnya sudah lama tidak menyentuh sejadah. Inikan pula ingin mengajar dia mengenai Islam.. silap-silap dia pun hanya islam pada nama.


“Sayang..jom jalan-jalan..” cepat-cepat tarik tangan aku. Tapi aku masih tidak lekang dengan ayat kahwin.


Malam itu kami kepenatan. Dia mengambil tempat di sebelah aku. Kami masih berpandangan.




“Awak nak tahu sesuatu.” dia mengusap lembut pipi aku.


Aku angguk. Aura malam itu berbeza.


“Mata awak besar, hidung awak mancung dan bibir awak kecik. Seksi.”


Aku terbuai. Terasyik. Semakin lama kami semakin mendekat. Diciumnya bibir aku perlahan.


Malam itu terlerai janji antara kami. Kami bersatu tanpa ikatan perkahwinan. Kami melakukan dosa. Maksiat. Bukan kami tapi aku. Ya aku. Aku yang tergilakan cinta. Aku yang senang di goda syaitan. Demi Lee Jong Hyun aku serahkan segalanya. Dalam kerelaan.


################################


Disebabkan ada kelas makanya aku tidak dapat menemani Lee Jong Hyun untuk di audition di YG. Tapi dia sempat menghantar gambarnya di Kakao Talk untuk aku. Tak sabar untuk aku berjumpa dengannya.


Elok aku sampai di rumah. Kelihatan Lee Jong Hyun menyambut aku dalam kegembiraan.


“Saya dapat sayang.” dia tunjukkan aku surat tawaran untuk menjadi ahli kumpulan Wazzup. Dan kontrak terikat selama 5 tahun.


“Malam nie saya belanja awak makan Jjukkumi kegemaran awak.” aku tersenyum bangga kepadanya.


Apa yang diidam kini menjadi kenyataan.


Lagi dua bulan Lee Jong Hyun akan berpindah ke kediaman yang akan di sediakan oleh pihak YG kerana senang untuk mereka berlatih dan mengadakan konsert. Aku pula akan rindukan dia nanti. Setiap saat bersama. Kali ni rasa lain macam pula. Pasti sunyi.


Dua bulan yang di nanti kini tiba.. aku tolong kemaskan barang Lee Jong Hyun untuk di bawa ketika di kediaman YG.


“Saya pasti rindu awak.” kami duduk di balkoni sambil memerhati bintang di langit. Bertaburan bintang-bintang yang indah.


“Saya akan jumpa sayang setiap bulan. Saya akan hubungi sayang selalu.”


“Janji yang pasti atau janji yang kurang pasti?” sengaja aku kenakan dia.


Dipeluk bahu aku mesra. “Bila saya dah berjaya, kita kahwin. Ini janji yang pasti.”


aku lentok kepala di bahunya.“Mesti saya rasa janggal kalau awak tiada.”


“Kakao Talk kan ada..”


“Tak puas, saya nak tengok artis K-pop depan-depan.” lagi sekali aku mengusik dia.


Hidung aku ditarik mesra. “I love You.”


aku membalas sambil tersenyum memandangnya.


##################################


Sudah hampir tiga bulan, kini kumpulan Wazzup akan mengadakan konsert pertamanya di bandar Seoul. Kali ini Lee Jong Hyun menjemput aku sendiri ke konsertnya tapi atas sebab-sebab tertentu kami perlu merahsiakan hubungan kami.


Mengenalkan diri sebagai kawan baik Lee Jong Hyun aku di sediakan tempat khas di belakang pentas. Sesekali aku membelek-belek telefon bimbit Lee Jong Hyun. Yang pasti gambar bersama aku tidak pernah dibuang bahkan dijadikan wallpaper telefonnya.


Aku berjalan menghampiri Lee Jong Hyun yang sedang bersiap untuk lagu ketiga mereka.


“Awak nampak kacak sangat dengan perubahan terbaru nie.”


“Kamsahamnida sayang.. awak pun makin lama saya tengok semakin cantik.. dan malam nie saya tidur rumah sayang.” dia berbisik lembut di telinga aku.


Ayat tersebut sudah cukup buat aku tersenyum gembira.


Malam itu atas permintaan Lee Jong Hyun aku masakan maggi kari Malaysia untuknya. Agaknya bosan makan ramen kut. Hihi dan esok dia meminta nasi lemak untuk sarapan pagi. Manakala tengahari dia harus segera pulang ke studio untuk sesi latihan untuk Japan Tour.


Beginilah kalau bercinta bersama artis pasti punya halangan masa untuk berjumpa.

Bulan berganti bulan kini aku sudah tiba ke penghujung pengajian. Lee Jong Hyun berjanji untuk membawa aku pergi makan semperna tamat pengajian.


Dari satu jam ke satu jam aku menanti dia masih tidak kunjung tiba. Aku mainkan lagu L.O.V.E yang pernah dia nyanyikan dahulu ketika mahu melamar aku.


Akhirnya aku terlelap di Sofa ketika menanti dia tiba.


###########################################



tersentap aku melihat gambarnya di dada akhbar tengahari tu. Patutlah tak datang jumpa aku rupanya sedang sibuk bermain cinta dengan perempuan lain. Jahat!


Aku capai jaket dan bergegas mencari Lee Jong Hyun di YG. Ketika aku sampai, aku diminta untuk tunggu di lobi sementara di Lee Jong Hyun di panggil. Hampir 20 minit akhirnya Lee Jong Hyun tiba sambil tersenyum pada aku.


“Sayang..” dia panggil aku dalam bahasa malaysia.


“Apa nie?” Aku lempar surat khabar padanya.


Aku tidak peduli mata yang memerhati.


“Errk. Nieee..”


“Awak tahu tak saya tunggu awak semalam! Awak tahu tak saya tunggu awak lama! Sampai hati awakkan.. apa nie? Awak memang dah tak suka saya lagi kan?” bertalu-talu aku memarahinya.


“Saya minta maaf..saya tak sengaja.. saya mabuk semalam.” di mencapai tangan aku.


Aku rentap. “damn!” aku laju berlari meninggalkan Lee Jong Hyun.


“Izz..Izz..”James mengejar aku dari belakang.


James adalah salah satu ahli kumpulan Wazzup. Dan James juga rakan seuniversiti aku.


“Izz pleasee listen.” dia halang aku.


“James pleasee.. I don't want to see him anymore.!” dengan air mata yang tak henti-henti mengalir. Aku pandang seklias di belakang tiada Lee Jong Hyun untuk mengejar aku.


Sakit hati bertambah-tambah.


Sampai dirumah. Aku telefon mama dan papa.. aku khabarkan aku ingin pulang ke Malaysia. Dan aku akan pulankan rumah sewa ini kembali.


Aku bungkuskan semua kain baju aku. Aku telefon tuan rumah dan maklumkan yang aku akan pulang ke Malaysia. Aku terpaksa beli tiket hari itu jugak. Biarpun mahal aku gagahi. Terpaksa!


Untuk apa aku tinggal di bumi Korea lagi sedangkan lelaki yang aku cintai sedang enak bermain cinta dengan perempuan lain. Aku akan pulang ke Malaysia. Pulang dengan perubahan. Penghijran. Dan yang pasti bukan nama Izz lagi yang akan aku pegang.





bersambung...





P/S > BERBUNGA CINTA DI BUMI MALAYSIA.