Copyright© All Rights Reserved akubukannovelis.blogspot.com

25 Apr 2012

DAN SEBENARNYA.........


Part 1

AKU duduk tepi tingkap sambil merenung bulan penuh. Dah sebulan aku macam ni, rasa macam tak ada harapan apa-apa dah. Sebab dia aku jadi macam ni. Sebab dia aku hilang harapan nak hidup. Semuanya sebab makhluk bernama LELAKI. Huh.

“Bulan! Kau tak bosan ke dengar aku duk bercakap pasal ex-boyfriend aku tu? kau tahu tak aku sayang gila dekat dia, empat tahun kami bercinta, dari tingkatan empat lagi tahu tak. Alih-alih budak junior tu masuk terus dia lupakan aku.” Aku tongkat dagu.

“Bulan.! Aku geram ni, dah sebulan aku try nak lupakan dia. Tapi takleh la! sadis betul hidup aku kan? Aku tau r aku ni tak r cantik sangat., tinggi pun ala-ala Wawa Zainal je pun. Tak macam awek baru dia.” Aku sapu air mata yang jatuh ke pipi.

Aku sambung balik. “Empat tahun aku abdikan diri dia dekat dia. Aku sanggup butakan mata biarpun ada lelaki kaya datang mengorat aku. Okey la tu tipu je. Dia yang kacak lagi bergaya tu pun tak pandang aku, tambah-tambah anak orang kaya nak dekat aku. Harapan!.”

Aku mula ingat balik detik perkenalan kami, masa tu aku baru saja habis kelas fizik, dia pulak baru habis kelas LK (Lukisan kejuruteraan.) secara tak sengaja kami bertembung. Mula-mula main-main mata saja pastu haa.. dia tu gatal-gatal nak tackle aku. Pastu dia pulak yang tinggalkan aku dasar lelaki tak guna.!

Aku terus tutup tingkap bilik sebab angin malam ni, macam nak gila saja, makin lama makin kuat la pulak. Dah la aku ni kering saja, silap-silap kena tarik bawak terbang sekali. Mampus mak bapak aku nak kejar pulak.

Aku duduk di sudut bilik dekt radio sambil tekan-tekan punat cari frequency yang best. Kenapa aku rasa macam bangang je lagu-lagu malam ni? Asal aku rasa macam lagu-lagu ni duk kata dekat aku? Waaaa! Tension! Tension!

Aku tutup radio pastu aku baring atas katil. Tutup muka dengan bantal spongebob.


Oh bulan,
Jangan melayan diriku lagi,
Pabila,
Airmata membasahi pipi,
Dan lagu-lagu di radio seolah-olah memerli aku,
Pabila,
Kau bersama yang lain.



Part 2

AKU suap nasi goreng tomyam yang makcik kafe ni masak. Suasana dekat kafe Indah Alam ni. Riuh rendah betul kalau time-time kemuncak macam ni. Mata aku terarah pada satu group budak lagi yang  memang bisik tahap tak ingat manusia punya. Rasa nak baling-baling saja kerusi ni dekat muka diorang tu. biar sedar sikit kat sini pun ada orang jugak.

“Kau ni kenapa Sal?”

Aku pandang Bella. Kenapa apa puak dia ni?

“Kenapa apa?” aku suap nasi goreng masuk mulut.

“Mata macam nak tercabut.” Sampuk Mia.

“Tu ha. Mangkuk ayun tu bising tahap gaban betul, ingat diorang je nak makan dekat sini?” aku muncung mulut aku dekat group budak laki selang enam buah meja dari kami.

Mai dan Bella berpaling.

“Aku rasa tak bising pun. Ke kau pandang Asrul?” Sampuk Bella.

Aku yang tengah sedap-sedap tengah minum air tersedak. Celah mana la pulak Asrul ni?

“Aku tak nampak pun Asrul okey?” betul la, aku tak nampak Asrul pun bekas boyfriend aku tu.

“Belakang meja group budak bising je pun.”

Terus aku panggung kepala bila dengar Bella cakap macam tu. betul la dia! Dan sekarang dia tengah pandang aku. Dan tengah senyum! Ah, rindunya senyuman dia tu. Okey! okey! cool Sal.. cool..setakat senyum je pun.

Tapi senyum dia tu buat aku rasa macam OMG jatuh cinta balik. Tapi..tapi… aku takkan jatuh cinta balik dengan dia. Sebab tu dia..jahat! suka permainkan perasaan aku.

“Benci aku.!” Cepat-cepat aku tunduk bawah.

“Kau ni tak sayang ex-boyfriend kau ke?” Mia tanya aku.

“Aku? Please la.. bagi free pun aku tak hingin.” Aku lap mulut denga tisu.

Kami semua bangun dari kerusi. Lepas ni ada kelas lagi. Statistic pulak tu. adoi. Gaya nak bangun saja. Mata aku bertengan dengan Asrul dan yang penting sebelah dia tu ada minah gila suka curi boyfriend orang! Benci.!

Adakah perasaan benci ini sebenarnya cinta,
Yang masih bersemadi untukmu,
Dan sebenarnya ku mengharapkan,
Di sebalik senyumanmu itu,
Kau juga merindui aku.






Part 3

Wei exam lagi berapa minggu je lagi, study la.” Mia nasihat aku. Tapi haram masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

Aku letak muka atas buku. “Kenapa aku jumpa Asrul tadi?”

“Dah la tu. kau kena terima hakikat dia dah ada orang lain.” Bella urut belakang badan aku.

“Kau jangan la sedih, belambak lagi laki lain nak dekat kau.”

Aku pandang Bella tapi kepala masih atas buku. “Tapi aku tak boleh la, susah tau nak cari pengganti dia, kenapa dia tak boleh nak paham aku? Sedih tahu tak.”

Dua-dua kawan aku tu dah diam, mungkin tak tahu nak cakap apa kut.

“Aku ni nak cari pakwe lain pun susah dia pulak sedap-sedap dengan perempuan lain. Dah la tu, perempuan tu seksi pulak tu terseksa tahu tak aku tengok. Kalau dulu tak payah la janji nak kahwin ke apa. Kang aku saman dia nanti baru tau.” Aku terus panggungkan kepala. Betulkan hujung tudung.

“Kau sabar erh?”

“Tak boleh! Tak boleh!” aku pandang Bella.

“Habis kau nak buat apa?” Mia pulak tanya.

“Tak tau.” Aku geleng kepala aku laju. Kalau aku tau, dah lama aku buat.

“Salina!” Puan Yun jerit nama aku.

“Yes Puan.” Aku terus bangun.

Dua puluh tiga pasang mata sekarang ni semua dekat aku. Famous tak? Hehe.

“Kamu kenapa?” Puan Yun datang dekat aku.

Alamak! Mesti dia dah nampak aku duk sembang-sembang tu.

“Sakit perut.” Tipu sunat tak apa kut. Hehe

“Okey!” terus Puan Yun turun dan duduk mengajar macam biasa.

Fuh! Selamat aku. Kalau tak memang mampus la nak berjawab dengan Puan Yun yang memang cerewet gila ni.

“Sabar tau.” Mia senyum. Aku balas balik.

“Empat tahun tu susah sangat bagi aku nak lupakan dia.” Aku jawab perlahan.

Puan Yun ajar aku statistic sikit pun tak masuk dalam kepala aku. Kalau kena ulang subjek ni, orang pertama aku cari Asrul sebab tadi senyum dekat aku. Kedua, girlfriend baru dia sebab menggedik depan aku.


Ku enggan,
Berpura-pura ku bahagia,
Ku enggan,
Melihat kau bersama si dia,
Oh! Kua akui cemburu,
Telah menular dalam diri,
Pabila,
Kau bersama yang lain.




Part 4

“Jangan lupa petang ni, jumpa dekat padang.” Mai sempat pesan dekat aku sebelum berlalu.

Tak nak la aku pergi setakat main bola tampar tu,  Dah la aku tengah tak ada mood nie, boleh pulak ajak aku main. Sungguh tak memahami punya kawan.

Dalam aku tuju skuter aku warna merah jambu tu. baru aku perasan skuter aku kena block dengan motor sapa entah. Tak beretika punya budak. Banyak-banyak motor. Belakang skuter aku jugak yang dia nak parking pun. Alahai. Nak tunggu ke? Aku dah la letih ni.

“Boleh tolong?”

Aku berpaling. Asrul! Glup!

“Tak boleh.” Aku jawab macam tu, macam tu je. Lantak la dia nak cakap apa pun.

Asrul tersenyum. Aku tengok dia kacak la pulak dengan baju rasmi fakulti engineering, rambut cacak-cacak. Fuh! Okey stop Sal. Dia dah ada awek baru.

“Kenapa parking dekat sini? Bukan parking dekat sebelah kereta Asrul ke?” lembut je cara dia cakap.

Aku buat-buat tak dengar. Rasa macam tak pijak tanah je ni.

“Nah tolong pegang.” Asrul sua dekat aku fail dia.

Aku teragak-agak nak sambut. Macam couple dulu-dulu la pulak. Setiap kali habis kelas dia mesti bagi aku fail dia suruh pegang.

“Macam mana nak ubah motor kalau tak pegang.” Dia cakap lagi. Aku yang buat derk ni terus capai fail dia. Langsung tak tengok muka dia.

“Kenapa tak nak pandang Asrul?” dia dah berdiri belakang motor yang block skuter aku tu.

Apa punya soalan killer dia tanya aku ni? Aku rasa jawab soalan exam pun tak susah macam ni.

“Suka hati r.” kasarnya aku jawab! Ah! Lantak la. peduli apa aku.

“Sal sihat?” dia tanya lagi.

Hish! Dia ni nak ubah tu ubah je la tak payah nak tanya-tanya aku.

“Tak!”

“Sakit ke? Demam?”

“Aha.”

“Jom pergi klinik, Asrul ambik kereta ye.”

“Tak payah.”

“Sal.” Dia panggil aku manja.

“Boleh tolong tak? Tolong blah!” aku terus naik atas skuter. Hidupkan enjin dan blah dari situ. Ucap terima kasih pun tak. Pedulikan la dia tu. selama ni tak fikir pun perasaan aku. Apa hal aku nak fikir perasaan dia?


Adakah perasaan benci ini sebenarnya cinta,
Yang masih bersemadi untukmu,
Dan sebenarnya ku mengharapkan,
Di sebalik senyumanmu itu,
Kau juga merindui aku.






Part 5

Aku teringat lagi waktu tu.. waktu Asrul tinggalkan aku……………….

“Sal.” Aku berpaling pada empunya suara.

“Asrul, Kenapa nak jumpa ni.?” aku tanya Asrul.

kat kereta dia aku nampak seorang perempuan genit di sisi dia. Cantik dan seksi adik dia kut.

“Asrul nak bincang pasal kita.” Mendatar saja suara dia sambil ambik tempat dekat sisi aku.

Aku tersenyum. Mesti nak bawak aku jumpa family dia ni. “ cakap la.”

“Kita putus.” Asrul pandang aku.

What?” aku hampir terjerit. Nasib baik tak ada orang nampak.

“Kita putus, mungkin jodoh kita sampai sini, maafkan Asrul untuk segalanya.” Asrul dah bangun dari kerusi dan menuju ke kereta.

Pergi macam tu saja langsung tak dengar apa aku cakap?

“Asrul.” Aku turut berdiri.

Asrul berpaling.

“Siapa perempuan tu?”

Asrul pandang perempuan tu sambil cakap. “Dia girlfriend Asrul.”

Aku jatuh terduduk. Air mata aku menitik. Sumpah aku tak mampu nak kawal perasaan.

“Asrul tinggalkan Sal sebab dia?” aku tanya lagi.

Asrul tak jawab apa-apa dia terus tinggalkan aku macam ni. Langsung tak ada belas kasihan., menghukum aku tanpa sebarang kesalahan. Tinggalkan kau yang separuh mati cintakan dia. Apa salah aku dekat dia?

Aku menangis teresak-esak.

Pabila kau merenung matanya,
Ku rebah,
Jatuh ke bumi,
Di saat kau benar-benar mahu pergi ,
Ku seperti bernafas dalam air.



Part 6

Aku galas bagpack dan berjalan masuk dalam rumah.

“Mama!” aku jerit panggil mama.

“Kenapa?” mama datang dengan senduk di tangan.

“Sabar ma, sabar.. jangan pukul Sal ma.” Cuak aku bila mama angkat sendul dia tinggi-tinggi.

Ops! Sorry..” ala-ala comelnya mama aku ni.

“Mama Sal dah buat keputusan, Sal nak pi MU. Nak sambung ACCA dekat sana ma.”

“Biar betul? Dulu mati-mati tak nak.” Ayat perli mama dah keluar.

“Ala mama. Tolong la tau. Cakap dekat papa. Sal naik dulu la. nak mandi” aku terus panjat tangga naik atas.

Aku baring badan atas katil. Aku ingta lagi kata Asrul dekat aku siang tadi. Masa dekat Uni tadi.


“Sal sihat?”

“Tak!”

“Sakit ke? Demam?”

“Aha.”

“Jom pergi klinik, Asrul ambik kereta ye.”

“Tak payah.”

Kenapa dia prihatin sangat? aku rasa macam pelik je. Dah tak suka tak payah la tegur. Pergi la juah-jauh menyibuk je.

Dan tak boleh blah part dia senyum dekat aku. Senyuman tu rasa macam nak mengorat aku balik je. Ah! Aku rindu.. rindu senyuman dia. Rindu semuanya tentang dia. Rindu aku tak?

Oit berangan ke? Papa kata okey. Nanti semua dia uruskan. Lepas mandi turun makan tengahari. Sejak-sejak akhir ni susah sangat nak makan pun.” kepala mama sekerat dah masuk ke dalam bilik, hanya dipisahkan dengan pintu. 

Aku urut dada. Terkejut aku. Adoi mama ni la.

Aku teringat balik, senyuman Asrul……

Adakah perasaan benci ini sebenarnya cinta,
Yang masih bersemadi untukmu,
Dan sebenarnya ku mengharapkan,
Di sebalik senyumanmu itu,
Kau juga merindui aku.

Tapi mulai hari ni aku mesti lupakan dia. Kalau mama cakap nanti semua papa uruskan maknanya tak lama lagi tu dari dua minggu dari sekarang aku berlepas ke MU la tu.

Asrul ada jodoh kita jumpa lagi. Semoga kau bahagia dengan girlfriend baru kau tu. selamat tinggal!



-TAMAT-

# Citer ni sampai sini je..
# tak ada kaitan dengan Yuna or siapa-siapa pun okey?
# kredit to YUNA.
# kalau nak sambung suruh Yuna sambung buat lagu dia. Heheeh








4 comments:

  1. hahahaah... zati..
    mcm tau2x aje.. org nak suruh sambung..kan?
    cepat2x letak kaki nota kat bawah tu...
    tapi tergantunglah.. zati..
    macam mana ni????....

    ReplyDelete
  2. halamak.. t zati tanya Yuna.. :)hak..hak.. nak sambung erh.. erm.. camner erh.. t zati cari lagu baru..heheheh

    ReplyDelete
  3. sambung la zati macam tergantung cerita ni buat orang tertanya apa yang sebenarnya terjadi kalau tak buat novel mengenai cerita ni macam best jer pleazzze

    ReplyDelete
  4. Sambung arr dik. Tergantung ni

    ReplyDelete