Copyright© All Rights Reserved akubukannovelis.blogspot.com

29 Oct 2016

NOVEL : NIAN TAUFIK (5)





DAH dua minggu berlalu. Aku dah balik kampus. Sekarang tengah pening dengan internship pulak. Mana nak cari tempat intern nie woi!


“Wei Farah tolonglah aku!” aku pandang muka Farah yang tengah duk senyum sorang-sorang.


“Aku nak tolong macam mana? Aku mana la tau tempat kau dekat penang tu.”


Aku raup muka dengan tangan. Masalahnya semua kata dah penuh. Huhu. Sedihnya hidup aku.


“Kalau dekat KL?” paling kurang dekat KL ada LRT.


“Nanti aku cuba tanya siapa-siapa.” Farah masih menghadap skrin telefon.


Taufik! Tiba-tiba nama nie naik dekat fikiran aku. Aish! Apa pulak nak tanya Taufik. Aku pun jarang contact dia. Dia pun jarang contact aku. Meseg dia pun aku tak balas. Tak mau. Tak mau. Tiba-tiba nak minta tolong orang yang tak rapat. Buat malu saja.


“Nah kak Zara bagi.” Farah tunjuk aku screen telefon dia.


03- 2244556 Temaju Holding.


Cepat-cepat aku salin masuk dalam phone.


“Tapi kau kena call dulu. Lepas tu follow la macam mana nak buat intern dekat sana.” farah simpan phone balik dalam beg.


“Terima kasih Farah. Terharunya aku.” rasa nak nangis saja sekarang nie.


“Tu saja aku mampu tolong.” Farah tersengih.


“Dengar cerita Taufik datang penang haritu kan?” Farah sambung lagi.


Habislah!


“Kau dengar cerita daripada siapa?” aku buat-buat tenang. Padahal dalam hati dah rasa nak meletup.


“Aku dengar la. Betul ke?”


“Entah.” aku jawab sepatah.


“Betul kau tak tau nie?” Farah tanya lagi.


“Kau nie dah kenapa? Kan aku cakap tak tau.” aku hirup air the ais.


“Ala aku tanya pun nak marah.” Farah mencebik.


Rahsia kena simpan elok-elok. Tapi mana Farah tau.



“Taufik tu kacakkan?” Farah sambung lagi.


“Boleh la kacak la jugak.”


Farah dah tersengih. Kemudian dia pandang aku penuh makna.


“Kau suka dia kan?” Farah mengusik.


“Oiii tak kuasa aku nak suka dia aih.”


Terasa membahang pulak muka aku nie. Apasal tiba-tiba nie.


“Apasal muka kau war...”


“Wei kita ada kelaslah. Nanti lambat, bising Puan Ila.” terus aku potong cakap Farah. Dia nie bukan boleh. Nanti ada saja nak kenakan aku.


Aku capai beg dan fail atas meja terus tinggalkan Farah. Lagi lama rasanya boleh mati aku jawab soalan dia.


***************************


Pagi nie aku dah mula untuk internship di Temaju Holding. Syarikat yang mengusahakan kayu balak untuk pasaran eksport antarabangsa.


Baju kurung pink. Selendang warna biru muda sesuai dengan bunga baju. Secalit lipstik. Siap.


Aku senyum menyapa penyambut tetamu yang duduk di hadapan pintu masuk.


“Selamat pagi. Saya Nian Zara. Saya pelajar yang datang untuk internship pagi nie.” aku ber senyuman paling manis.


“Selamat pagi cik Nian. Duduk dulu ye. Encik Jamil tak datang lagi.”


Aku angguk sambil duduk di sofa.


“Nama akak Tini. Encik Jamil tu cuma manager sumber manusia aje. Bos yang betul-betul masuk lambat sikit. Handsome.” kak Tini membulatkan matanya menandakan bos tu betul-betul handsome.


“Nama apa bos tu kak?” aku pun sama naik.


Handsome-handsome pun suami orang buat apa.


“Nama dia..”


“Morning Tini.”


Aku dan kak Tini serentak pusing kepala menghadapa orang yang sedang berdiri di depan meja kak Tini sekarang.


“Encik Jamil. Nie Nian.” kak Tini lirik mata arah aku,


Terus aku bangun dan bagi senyuman dekat Encik Jamil.


“Nian boleh ikut saya sekarang.” Encik Jamil jalan laju masuk bilik dia.


Aku ikut dari belakang sambil kak Tini melambai-lambai tangan arah aku.


“Nian Zara binti Mohd Zaki.”


Aku angguk kepala.


“Nanti saya tunjukkan tempat awak. Sekarang saya bagi fail nie. Awak boleh semak akaun tahunan syarikat. Cukai. Audit. Kita aset. Ekuiti. Liabiliti. Supaya senang nanti awak nak buat kerja. Awak jugak mungkin akan terlibat dengan pengiraan kos bahan kasar untuk sesebuah projek. Itu bergantung pada bos kita nanti.” panjang lebar Encik Jamal bagi penerangan.


Aku dah ternganga kat sini. Aku budak intern saja. Bukan staff sini.


“Kenapa muka awak macam nak nangis?” Encik Jamil sengih dekat aku.


“Tak ada apa-apa” terus aku geleng kepala.


“Mari saya tunjukkan tempat awak.”

Aku dan Encik Jamil sama-sama bangun berjalan dan menuju ke tempat aku. Sempat jugak aku berkenalan dengan tiga empat orang staff dekat sini.


“Bos tak masuk lagi. Mungkin lepas lunch. Awak buat la apa yang patut dulu.” Encik Jamil tinggalkan aku dan berjalan masuk bilik.


Haish! Bosan, hari pertama dah tak tau nak buat apa. Aku pun buat-buat la rajin dengan semak-semak fail apa yang patut padahal apa pun aku tak paham dalam tu. Aku meneruskan sesi semak – menyemak sampai lah ke tengahari.


***********************************


Masuk saja lunch kak Tini dapat intercom dari bos supaya aku masuk bilik dia sekarang. Dengan macam-macam doa yang aku baca aku ketuk bilik perlahan.


“Masuk.”


Aku buka pintu dengan senyuman paling manis. Dan bila mata aku nak pandang wajah bos terus senyuman aku mati.


Taufik!


Kat mana aku ada, kat situ dia ada. Memang tak boleh lari.


Aku tarik nafas panjang. Relaks okey Nian. Taufik saja pun bukan orang lain. Tapi kenapa jatung aku berdebar lain macam.


“Duduk.” Taufik lempar senyuman manis untuk aku.


Aku tarik kerusi dan duduk depan dia.


“Selamat datang ke Temaju Holding.”


Aku angguk perlahan.


“Sebelum awak perkenalkan diri awak. Saya nak tanya satu soalan. Kenapa susah nak balas whatsApp saya?” Taufik sandar badan dekat kerusi sambil bermain-main dengan pen atas meja.


Nie soalan untuk budak intern macam aku ke?


Wajib jawab?


“Soalan apa tu encik Taufik.” aku pandang dia bersahaja.


“Soalan wajib jawab kalau nak keluar cepat dari bilik nie.” senyuman sakarstik dia bagi.


“Sebab saya sibuk.” aku rasa nie jawapan selamat.


“Sibuk sebab?” masih tak putus asa.


Adoi! Kenapa aku internship dekat sini.


“Sebab saya banyak assignment, banyak kuiz, banyak exam.”


“Paling tak pun balas la apa-apa. Kenapa read tapi tak balas?”


Alamak! Susahnya mamat nie. Terdiam aku kejap tak tau nak jawab apa.


“Awak tahu tak Nian. Awak dah mainkan perasaan saya tau tak.” Taufik sambung lagi.


“Ehh apa pulak saya mainkan perasaan awak. Bukan saya girlfriend awak pun.” aku nak marah la nie.


Tiba-tiba cakap kita mainkan perasaan dia pulak.


“Awak girlfriend saya okey. Girlfriend kan kawan perempuan.”


Ada saja benda dia nak jawab. Sel- sel otak tengah berhubung apa.


“Okey baik. Sekarang nie awak nak apa panggil saya masuk bilik awak?” aku pandang tepat dalam anak mata dia sambil senyum semanis mungkin.


Cepat-cepat dia larikan anak mata.


“Haa.. err.. erm.. saya nak awak.. nak.. ermh..” Taufik lipat lengan baju dia.


Yang dia nak tiba-tiba gelabah nie kenapa?


“Nak apa?” aku ketuk meja perlahan.


“Nak masuk meminang awak.” satu nafas.


Taufik terdiam. Aku pun sama.


Dah tak betul ke mamat nie? Banyak sangat tengok drama petang-petang nie.


“Pinangan awak ditolak.” awal-awal aku reject dia.


Padan muka.


“Atas alasan?” Taufik jungkit kening sebelah.


Aku ketap bibir. Atas alasan apa?


“Petak kosong dalam hati saya belum dibuka untuk tempahan.” aku senyum membalas.


Dah macam ayat novelis dah aku nie.


“Saya tunggu sampai tempahan dibuka.” Taufik senyum senget.


Main kasar nampak...


“Taufik.. mummy...”


Aku dan Taufik kalih pandang ke arah pintu bilik Taufik.


Wanita yang pertengahan usia. Moden dan cantik memandang kami sambil tersenyum.


Mummy? Mummy Taufik.


“Mummy.. rindu dekat mummy.” taufik bangun dan menuju ke arah wanita yang di panggil mummy itu.


Taufik bersalaman sambil cium tangan dan kedua belah pipi mummy di kucup.


Aku hanya jadi pemerhati sajalah.


“Siapa tu Taufik.” wanita itu memandang aku.


Aku terus berdiri sambil tersenyum.


“Bakal menantu mummy.” Taufik senyum. Senyuman ada makna.


Aku terkedu. Terhenti semua pergerakkan.


Nah! Dia nie main tarik tali nampaknya.




















11 Oct 2016

CERPEN : SEPARUH CINTA KU PERGI...





*CERITA INI TIADA KAITAN DENGAN YANG HIDUP ATAUPUN YANG TELAH PERGI.*

********



“Wei diari aku tertinggal.” Shida berhenti tengah-tengah jalan.


Aku yang tengah main telefon turut sama berhenti.


“Apa lagi kau nie Shida.” aku marah Shida.


Kelam – kabut nak keluar lepas tu tertinggal macam-macam.


“Diari aku tertinggal dalam kelas, matilah aku wei. Macam mana aku bercinta dengan Remy lepas tu diam-diam aku pasang skandal. Mati aku wei. Lepas tu aku tulis aku curi-curi dating. Keputusan SPM pun aku tulis dalam tu. Dah la teruk. Lagi gila macam mana first time aku masak meggi segera pakai minyak tak letak air. Bla bla bla...”


Aku malas nak dengar minat nie membebel pasal isi diari dia. Aku terus tarik tangan Shida bawak pergi bilik kuliah tadi. Nasib baik tak ada orang. Cari punya cari memang tak ada.


Memang patut pun hilang sebab aku rasa lebih 2 jam kami tinggalkan bilik kuliah nie. Lepas kelas tadi lepak library, lepas tu pergi kafe. Masa nak jalan balik hostel baru si Shida nie teringat.


“Ada kemungkinan tak diari aku di ambik?” Shida buat analisis sendiri.


“Ada.” aku jawab sepatah.


“Kau rasa ada kemungkinan tak orang yang ambik diari aku baca apa yang aku tulis kat dalam?” tak habis lag buat analisis.


“Ada.”


“Kau rasa ada kemungkinan tak...”


“Cuba kau diam kejap. Kat diari tu ada tulis number telefon tak?” aku potong cakap Shida.


“Ada. Bukan setakat number telefon, nama facebook, Ig, alamat rumah, nama penuh bapak aku, number office mama aku, number telefon polis kalau kecemasan. Semua ada. Haaa number telefon kau sekali.”


“Apasal pulak number telefon aku?” aku geram betul kat budak nie.


“Aku tulis kalau tak dapat hubungi number di atas sila hubungi orang ini.”


Aku dapat rasa Shida nie memang nak makan luku aku. Fuh! Sabar Fatin sabar.. sabar tu separuh daripada iman.


“Nanti orang tu telefon la kau, nak pulangkan balik diari. Cuba bawak bersabar. Paham?” aku mula nak berjalan keluar dari bilik kuliah.


“Kalau dia tak telefon?” Shida berjalan seiringan dengan aku.


Aduh! Ingatkan assingment Puan Nurul tu dah cukup susah rupanya soalan dia nie lagi susah.


“Dia telefon. Kau sabar la.” aku rasa nak nangis dah sekarang nie.


“Yelah aku sabar..” Shida muncungkan mulut.


Malam tu kami sama-sama pakat tunggu call orang yang ambik diari Shida. Dari sejam ke sejam. Macam tak nampak bayang. Bila aku tengah sedap-sedap layan kdrama tiba-tiba Shida datang lompat.


“Wei budak nie whatsApp aku dia kata. Kalau nak diari jumpa dia esok dekat kafe.” Shida tunjuk aku whatsApp budak tu.


“Dah tu, pi la jumpa...” aku teruskan layan kdrama.


“Fatinnnnnnn.. pleaseeee..” Shida dah merengek-rengek manja.


Apa lagi budak nie. “Kau nie dah kenapa?”


“Tolong menyamar.. kau cakap la diari nie kau punya.” Shida cabut earphone dekat telinga aku.


Butang pause aku tekan.


“Tak nak aku. Tak ada kerja.”


“Boleh la wei. Kau cakap je terima kasih, pastu kita cabut la.” Shida buat muka manja depan aku.


Apasal la boleh dapat kawan senget macam nie. “Yelah..yelah..”


*************************************


Seperti yang dijanjikan dengan baju kurung hijau bertudung krim tercangak la aku dengan Shida berdua dekat kafe. Teh ais sebagai peneman, kami berborak kosong sambil pandang-pandang sekeliling. Pukul 4 nie jarang ada orang datang kafe.


“Shida?” satu suara tegur kami dari belakang.


Serentak! Dua-dua menoleh. Sorang lelaki baju belang-belang rambut stail biasa, sorang lagi lelaki berkemeja polos rambut cacak-cacak.


“Ye saya.” cepat aku mengaku.


“Nah diari awak.” lelaki berkemeja polos tu suakan dekat aku.


“Terima kasih.”


Lepas aku ambik diari tu, masa nak bangun aje lelaki berkemeja tu cakap.


“Dalam diari tak ada tulis pun awak takut kucing.”


Weh! Kurang ajar. Mana dia tau aku takut kucing. Sempat aku hadiahkan dia jelingan maut sebelum aku blah dari kafe tu.


“Mana dia tau kau takut kucing?” Shida ambik diari tu sambil belek-belek .


Aku jungkit bahu. Aha mana mamat tu tahu aku takut kucing?


Malam tu lepas balik dari kafe, aku dah siap-siap tarik selimut nak baring nie sambil-sambil layan facebook.


“Fatin. Rahsia kita dah pecah.”


Dalam gelap tu hanya nampak cahaya telefon saja.


“Rahsia apa?” tempat makan enak di sekitar Pulau Pinang. Okey like.


“Diorang dah tahu, diari tu aku punya. Yang jumpa diari tu bukan mamat yang pakai baju kemeja tadi tapi yang pakai baju belang-belang.”


Apa-apa jelah. Aku dah mengantuk nie.


“Aku bagi … dekat dia.” mata aku terus tertutup. Mengantuk. Zzzzzz


****************************


“Fatin..Fatin..”


Aku pusing belakang, mamat baju kemeja semalam. Apatah nama dia Aiman? Aha yela tu.


“Apa lagi?” jawab aku malas-malas.


“Single lagi ke dah berpunya?”


“Dah kenapa?”


Aku berdiri depan lif sambil tekan punat down.


“Saya suka awak.”


Aku pandang muka Aiman. Dia nie main-main ke betul-betul?


“Saya suka awak!” lagi sekali dia sebut perkataan tu sambil tersenyum.


********************************


8 tahun berlalu...


Alhamdulillah aku dah selamat bergelar isteri kepada lelaki bernama Aiman. Dikurniakan seorang cahaya mata berusia 4 tahun. Nur Zara Irdina.


Disebabkan Aiman tak henti-henti duk mengayat aku. Akhir terjebak jugak aku masuk dalam hati dia.


6 tahun perkahwinan. Ada jugak pasang surut tapi tak la sampai teruk sangat. Hidup aku sangat-sangat bahagia. Aiman seperti biasa kadang-kadang layan aku baik. Kadang-kadang bila penat mula nak moody, sebagai isteri layan saja. Syurga isterikan bawah tapak kaki suami.


Hari nie menu istimewa adalah. Nasi ayam. Kegemaran encik suami. Cuti-cuti hari minggu elok lah buat edisi gemukkan suami.


Elok aku hidang atas meja, siap-siap nak panggil. Tengok-tengok dia dah turun segak bergaya macam nak pi dating.


“Abang nak gi mana? Fatin masak nasi ayam nie. Abang sukakan?” aku cedukkan nasi untuk dia.


“Abang nak keluar nie. Dah janji dengan kawan-kawan reunion.” bersahaja dia betulkan rambut depan cermin di ruang tamu.


“Fatin tak tahu pun.” aku buat muka muncung. Merajuk.


“Dah awak tu sibuk dengan anak memang la semua tak tahu.” suara dia sedikit keras.


Aku tarik nafas dalam-dalam. “Dah awak tak nak jaga. Sibuk main telefon.”


“Awak tu semua nak betul.”


Terus dia keluar tinggalkan aku sorang-sorang macam orang bodoh. Huh! Tak habis-habis salah aku.


Malas nak pikir panjang. Aku terus makan nasi macam biasa. Tapi hati isteri asyik rasa yang tak kena saja.


Malam tu, aku duduk depan tv sambil tonton cerekarama. Dah pukul 10 tapi kelibat Aiman masih tak nampak. Call tak terangkat. WhatsApp pulak tak nak balas.


Dalam aku tertunggu-tunggu. Akhirnya Aiman pulang. Bagi salam dan duduk depan aku.


Aiman senyum. Aku balas senyuman dia. Perlahan-lahan dia duduk tepi aku sambil usap pipi aku lembut.


“Tolong sign.”


Sehelai surat seperti borang diletakkan atas riba aku.


Aku ambik dan baca. Kebenaran poligami. Aku ambik dan baca berkali-kali. Poligami. Sungguh aku tak kuat.


“Kenapa? Apa dosa saya?” air mata aku yang hampir gugur tak dapat aku tahan lagi.


“Awak baik.. awak tak ada dosa apa-apa pun dengan abang.”


“Kenapa buat saya macam nie? Saya dah tak cantik macam dulu ke? Ada kurang apa-apa ke dekat saya? Tolong la beritahu.” aku dah nak tersedu-sedu. Sakit hati nie.


“Awak sempurna..”


aku rasa diperbodohkan dan dipermainkan saja sekarang nie.


“Abang.. jangan sampai bila dah kehilangan baru kita nak hargai.”


Aku bangun dan berlalu tinggalkan Aiman. Borang poligami tadi aku ronyok-royok dan koyak kecik-kecik. Malam nie aku tidur dengan Zara. Sampai pagi aku tak dapat lelap. Banyak benda main dalam kepala aku. Siapa bakal madu aku? Apa salah aku? Kenapa Aiman macam nie? Apa dosa-dosa aku? Aku tunggu jugak sampai pagi. Kut-kut la Aiman nak cakap dia bergurau saja. Tak pun dia nak cakap Suprise. Tak pun ketuk pintu nak pujuk. Langsung tak ada. Terkapai-kapai aku sorang-sorang.


Aku ambik wudhuk dan solat tahajud, istiqarah. Mohon Allah buka petunjuk. Mohon Allah bukakan jalan.


*************************


Pagi sampai tengahari aku langsung tak jamah apa-apa bukan tak lapar tapi tak lalu nak makan. Hanya Zara yang beria-ia makan. Dalam dunia nie aku hanya ada Zara. Zaralah aset aku dunia akhirat. Zara lah segala-galanya. Cinta dan permata hati aku.


“Assalamualaikum.”


Tengah aku bersiap di dapur, Aiman bagi salam. Aku tahu dia keluar, pagi-pagi dah keluar. Pergi mana tak pulak bagi tahu.


“Waalaikumsalam. Ayah..” Zara lari-lari dapatkan ayah dia.


“Masuklah.” Aiman menyuruh seseorang masuk.


Aku terintai-intai jugak siapa yang dia panggil masuk. Rupa-rupanya! Nah! Wanita muda lebih kurang umur 24 tahun. Cantik bergaya. Muda. Bertudung litup.


“Masuklah. Duduk.” aku buat layan tak layan.


“Saya Syaza. Kekasih Aiman. Akak Fatin kan?”


Amboi lunaknya suara. Sikit sebanyak rasa hati membuak-buak. Kalaulah Malaysia tak ada undang-undang rasanya dua-dua dah arwah.


“Hurm. Nak apa?” aku pandang dua-dua.


Aiman banyak diam.


“Saya nak kahwin dengan Aiman. Akak boleh izinkan tak?”


“Tak!” suara aku sedikit kuat.


“Bieee tolong la baby.”


Syaza dah gedik-gedik merayu dekat suami aku. Bini dia ada depan nie. Hormat sikit.


“Sayang..tolong izinkan kami kahwin.” Aiman pulak menyampuk.


Oh! Dah nak kahwin pandai nak bersayang-sayang pulak dengan aku.


“Kau nak kahwin dengan suami aku? Kau boleh beranak ke? Boleh bagi dia anak?” aku rasa macam kurang ajar gila ayat aku nie.


“Ehh boleh kak. Lagipun kami dah rancang macam-macam. Lagi ramai lagi bagus.” beria-ria Syaza bercakap.


“Kau tahu? Anak dia yang sorang pun tak terjaga. Tambah kau nak anak ramai. Tu budak tu. Ada bapak dia main dengan dia? Luangkan masa dengan dia? 24 jam main handphone. Sabtu ahad keluar.” aku perli dalam-dalam punya. Biar Aiman terasa. Tapi tiba-tiba rasa bersalah rasa berdosa.


“Bie...” Syaza merengek manja lagi.


Aku tarik nafas dalam-dalam. Aku cuba untuk fikir masak-masak. Aku harap Allah ada bersama-sama dengan aku. Pimpin aku untuk ke syurga.


“Dari korang buat maksiat kahwinlah. Kalau tu yang terbaik. Pergilah balik.” aku dukung Zara bawak masuk bilik.


Ambik wudhu dan menangis atas sejadah.


“Kenapa mama nangis?” Zara datang peluk aku.


Ya Allah hai. Lagi aku tak kuat.


“Mama nangis sebab mama dah lama tak cerita dekat Allah masalah mama. Zara tak nak solat dengan mama? Kita mengaji sama-sama nak?” aku cium dahi Zara. Lama. Sumber kekuatan untuk aku.


“Nak.” terkedek-kedek dia cari tudung nak pakai.


Sumpah aku tak kuat. Tapi kalau dah cara tu buat Aiman bahagia. Aku terpaksa. Untuk ikhlaskan sesuatu keadaan mungkin ambik masa. Tapi aku cuba. Kata ustaz aku dulu. Nak dapatkan Syurga ujian bukan sikit. Macam-macam kita kena tempuh. Syurga itu harganya mahal.


********************


Lagi sebulan Aiman nak nikah. Wajahnya berser-seri macam pengantin baru. Orang tua Aiman tahu hal ini. Hari-hari mereka call aku untuk memujuk. Ipar duai semua marah aku sebab izinkan Aiman kahwin. Apa hak aku untuk halang Aiman dari menikah? Aku lebih suka terang-terang macam nie dari tau dia kahwin di siam ataupun kena tangkap basah.


Aku jalankan rutin macam biasa. Langsung tak tanya tentang bakal madu. Aku pulak dah hantar surat resign. Hari-hari aku masakkan untuk Aiman. Masak kegemaran dia. Layan dia macam baru kahwin dulu. Bersiap. Aku terpaksa tidurkan Zara awal sebab nak luangkan masa dengan Aiman. Tiap-tiap malam sebelum tidur aku minta maaf dekat dia. Lepas tutup lampu aku ajak dia bersembang.


“Abang boleh bagi Fatin syurga?” aku tanya dia.


“Boleh sayang.”


“Fatin minta maaf sepanjang tempoh kita kahwin Fatin tak jadi isteri yang sempurna. Fatin banyak abaikan abang. Fatin minta maaf minta ampun. Fatin selalu terbayang kita tua sama-sama. Main dengan cucu. Kemana pi pun bersama. Tapi tak lama lagi abang ada peneman baru. Abang jaga diri baik-baik. Jangan angin tak tentu pasal. Jangan sibuk main handphone taw.”


Aku telan air liur. Kenapa rasa nak nangis nie.


“Fatin ikhlas?”


“Tak. Tapi Fatin cuba untuk kebahagiaan abang.walaupun Fatin tak kuat.”


“Hurm..”


“Abang.. kalau Fatin mati paling kurang Fatin rasa lega. Ada orang boleh jaga abang. Boleh tengok-tengokkan abang.”


“Tapi kadang-kadang abang rimas dengan Syaza tu. Tergedik dengan jantan sana. Tergedik dengan jantan sini. Puas abang nasihat.” Aiman pusing mengiring menghadap aku.


“Hal abang dengan Syaza. Saya tak nak dengar. Abang yang pilih dia. Abang kena terima lah.” aku bersuara agak tegas.


“Okey sorry.”


“Satu Fatin nak pesan dengan abang. Jangan bila dah rasa kehilangan baru kita nak hargai. Kadang-kadang nak perbaiki hubungan bukan dengan cara kahwin lain. Tapi perbanyakkan amalan kita dengan tuhan.” air mata turun dipipi.


Aku sambung lagi. “mungkin selama nie Fatin banyak buat silap. Banyak abaikan abang. Fatin minta ampun. Abang halalkan makan minum Fatin ya. Dari dulu sampai sekarang cinta Fatin untuk abang tak pernah berkurang. Bila abang minta izin nak kahwin lain. Fatin rasa separuh cinta Fatin dah pergi. Jauh terbang melayang.”


Dan malam tu aku berjaya sembunyi sedu tangisan aku. Separuh cintaku pergi.


**************************


Aku siap gosok baju pengantin Aiman. Esok pagi-pagi aku dah dapat madu. Berkali-kali rasa nak nangis tapi berjaya aku tahan. Aku dah minta izin Aiman nak balik Kota Bharu dengan Zara. Nak melawat kubur arwah Umi dan abah. Dan kemas rumah arwah sekali.


“Selamat pengantin baru sayang.” aku cium tangan Aiman lama.


“Halalkan makan minum Fatin ya. Fatin minta ampun untuk semua dosa-dosa Fatin.”


“Abang rasa abang tak nak kahwin.” Aiman pandang aku. Mata merah.


“Apa abang nie. Rosak majlis sebab abang nanti.” aku cuba nasihat dia.


“Betul cakap Fatin, perbaiki keadaan bukan dengan kahwin lain tapi dengan amalan. Abang pun banyak dosa. Kadang-kadang abang solat sorang-sorang saja tak bawak Fatin jemaah sekali. Abang rasa abang silap. Abang tak cintakan Syaza. Tapi abang suka saja dekat dia. Abang tak nak kahwin.” dia capai tangan aku.


Aku hembus nafas dalam-dalam tak tau nak cakap apa. Patut rasa gembira. Tapi entah lah.


“ Abang.. semua dah diuruskan. Nanti buat malu orang aje. Abang fikirlah masak-masak. Fatin tak boleh tolong.”

Aiman diam. “abang ingat lagi macam mana abang nak mengorat Fatin. Abang nampak Fatin angkat kaki bila kucing lalu dekat Fatin. Abang tak tau nama Fatin. Abang gelak aje tengok Fatin dari jauh. Muka fatin pucat gila. Masa jumpa diari tu. Abang tak sangka tu Fatin. Punya syok gilaaa. Abang dah rasa Fatin jodoh abang.”


“Abang cepat la hantar Fatin pergi TBS. Nanti abang janji nak ambikkan? Zara dah beriya-iya nak naik bus.” aku cepat-cepat potong cakap dia. Nanti nangis lagi.


Sepanjang perjalanan ke TBS. Aiman genggam kuat tangan aku. Tak terlepas walaupun sekejap. Zara pulak manja sangat dengan ayah dia. Kejap-kejap nak cium.


Elok nak masuk dalam terminat berlepas. Aiman peluk aku dengan Zara serentak. Syahdunya rasa.


“Abang nak cakap. Fatin dah dapat syurga yang Fatin impikan.”abang bahagia sangat-sangat. Esok abang akan batalkan majlis pernikahan abang. Abang cuma nak Fatin sorang dalam hidup abang. Nanti esok abang datang Kota Bharu kita pergi honeymoon.”


Ya Allah rasa nak sujud syukur sekarang. Aku betul-betul rasa bahagia. Rasa gembira.


“Mama nak naik bus. Jom lah..” Zara dah tarik-tarik tangan aku.


“Sayang ayah dulu.” Aiman duduk kemudian dia peluk dan cium Zara lama.

“I love you sayang.” Aiman bisik dekat telinga aku.


“I love you too husband.” aku senyum sampai telinga.


Benar- benar bahagia.


**************************


Keadaan hujan lebat dan jalan berpusing-pusing menyebabkan pemandu bus memandu dengan berhati-hati. Zara dah lena di pangkuan aku. Aku masih tak dapat lelap. Berzikir dalam hati.


Tiba-tiba aku dengar bunyi hon yang kuat dari bus yang kami naik. Sambil pemandu bus terjerit-jerit Allah Allah Allah.


Aku yang terkejut terus peluk Zara. Hentakkan yang kuat di kepala. Terasa bus melambung-lambung. Keadaan bus yang bising dengan jeritan. Ada yang mengucap. Ada yang meraung. Aku dapat merasa kaca tingkap terkena tangan dan badan. Hentakkan demi hentakan. Aku peluk Zara kuat.


Sunyi.


Aku pandang Zara dalam dakapan. Nak bergerak tak boleh. Perlahan-lahan aku rasa denyut nadinya. Kosong!


Aku menangis dalam hati. Keadaan samar-samar. Rasa sakit saat nyawa dicabut kian terasa. Ashaduallah Illah Haillallah.. aku peluk Zara kuat. Gelap.


*******************


SABTU – kemalangan paling dasyat dilaporkan setakat ini. Melibatkan bus Asmara dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu. Kejadian yang meragut nyawa sebanyak 24 orang penumpang termasuk pemandu bus terkorban ditempat kejadian. Kemalangan dilaporkan paling terburuk setakat ini. Mangsa adalah.


Mohd Ali bin Bakar (45 tahun) – pemandu bus.
Fatin Erina binti Mohd Zuki (32 tahun) – serta anaknya
Nur Zara Irdina binti Mohd Aiman (4 tahun)






-TAMAT-
JANGAN BILA DAH KEHILANGAN BARU KITA TERASA MAHU  MENGHARGAI.
 SEPARUH JIWAKU PERGI.







26 Jun 2016

LURUHNYA CINTA DIBUMI KOREA - (4 )


\
  “HAI awak apa khabar?”

Terkedu aku. Ewah dah pandai cakap bahasa Malaysia. Tapi ada pelat Korea sikit.

“Hai awak, khabar baik. Dah lama ke tunggu?” aku jalan merapati Lee Jong Hyun yang duduk atas kerusi dalam mall.

“Dah leyma tugu?” Lee Jong Hyun kecikkan mata dia tanda tak paham.

Terus aku gelak depan-depan dia. Sorry tak boleh nak selindung lagi sebab ayat dia memang lawak.

Why??” dia renung aku tajam.

Haa sudah.. keluar bahasa English pulak.

“Not dah leyma tugu but dah la-ma tung-gu” aku duduk disebelah dia sambil hulur air susu pisang kegemaran Lee Jong Hyun.

“Means?”

“Means you wait too long.”

“Okey.. thank you.”

Aku angguk dan senyum dekat dia. Disebabkan esok dah mula kelas untuk semester akhir jadinya aku dan Lee Jong Hyun dah janji nak keluar beli barang sama-sama. Lepas saja keluar dari studio Lee Jong Hyun terus janji dengan aku nak jumpa dekat sini.

“Minggu depan awak lapang?” Lee Jong Hyun tanya sambil belek kertas A4 dirak.

“Tak tahu lagi. Kenapa?” aku pandang dia sekilas.

“Saja tanya. Kalau free bagitahu saya erh.”

Aku angguk tanda setuju sebab masih sibuk mencari ballpen yang sesuai.

“Awak suka lelaki korea?” Lee Jong Hyun masih tak pandang aku.

Aku rasa nie soalan killer nie. Final exam punya soalan pun tak susah sampai macam nie.

“Suka macam mana? Cinta?” aku letak ballpen dalam bakul dan pandang dia lama.

Lee Jong Hyun angguk. Muka dah merah.

“Saya pun tak tahu.” aku jungkit bahu.

“Kalau ada lelaki Korea minat awak?”

aku gigit bibir. “Boleh dipertimbangkan. Mungkin.”

Lee Jong Hyun tersenyum.

“Antara lelaki Malaysia dan Korea?”

Aduh! Dia punya soalan.

“Kalau saya dah suka lelaki Korea maknanya lelaki Korea sajalah. Tak ada dah lelaki Malaysia. Tapi kalau saya tak ada teman lelaki Korea nanti balik Malaysia saya carilah.” haaa.. details tak penerangan aku.

Letihlah cakap Korea.

“Kalau ada teman lelaki Korea tak cari lelaki Malaysia dah?” lagi sekali Lee Jong Hyun nie tanya aku.

Aduh.. nanti aku cakap bahasa Malaysia nanti baru tau.

“Yes.”

“Sekarang nie awak pilih lelaki Korea ke Malaysia?” Lee Jong Hyun pandang aku mintak jawapan.

Rasa nak lari balik saja sekarang nie.. aku letak tangan dekat dahi dia. Tak demam. Aku raba-raba muka dia. Tak ada kesan kena pukul ke apa.

Wae yo?

“Awak okey?” aku tanya dia pelik. Memang pelik pun dia nie.

“Saya okey. Awak tak jawab lagi soalan saya.” dia capai jari aku.

Letih nk jawab soalan dia. “lelaki Korea.”

Terus senyuman dia melebar. Lebar sangat.

Lepas saja beli barang dan makan-makan. Lee Jong Hyun janji nak bawak aku ke kelas esok sama-sama dengan dia. Aku ingat nak naik bus saja jimat sikit tapi dah alang-alang dia ajak baik aku ikut saja.

*********************

Minggu nie kami sama-sama sibuk. Jarang sangat dapat jumpa. Kalau jumpa pun dia datang makan maggi kari kesukaan dia tu saja. Aku yang tengah siapkan jurnal untuk assignment kelas penyiaran tersentak bila dapat meseg dari Lee Jong Hyun.

내일 오후 4. N 서울. “ - Tomorrow 4 pm. N Seoul Tower.

“Okey”

Aku balas lepas tu sambung buat kerja. Nasib esok kelas aku sampai tengahari saja. Tapi lepas tu boleh lepak library kejap nak cari bahan untuk presentation. Tiba-tiba nak jumpa aku dekat Namsam tower pulak. Boleh je jumpa dekat rumah tak pun kat kampus ke. Bukan tak pernah terserempak.
*****************
Skirt pendek paras lutut, t-shirt baby tee dan kasut boot tinggi hingga lutut serta rambut diikat tinggi menyerlang sedikit penampilan aku harinie. Suasana N Seoul Tower harinie agak sedikit lengang. Berbekalkan beg kelas, aku panjat tangga keseorangan. Rata-rata pengungjung di sini semuanya berpasangan. Hanya aku saja yang sendiri. Cemburu.


Aku duduk dia atas kerusi yang disediakan. Lock love! Aku hanya memerhati pasangan kekasih memasang lock love di setiap pagar. Dalam sedar aku tersenyum sendiri. Aku cuba hubungi Lee Jong Hyun. Tak angkat mungkin tengah memandu. Aku hantar sms memberitahu aku sudah tiba dan setia menantinya di sini.

Sesekali angin petang bertiup di kawasan N Seoul Tower. Aku tengk jam.

Lima minit.


Sepuluh minit.


L is for the way you look at me
O is for the only one I see
V is very, very extraordinary
E is even more than anyone that you adore can

Love is all that I can give to you
Love is more than just a game for two
Two in love can make it
Take my heart and please don't break it
Love was made for me and you


Aku pusing belakang.. Lee Jong Hyun! Oh may god!


Aku tercengang..terkesima.. dia menyanyi bersama petikan gitar dan pandangan yang redup sambil memandang aku. Dia melutut menghadap aku sambil menghulurkan sekuntum bunga ros merah. Aku tergamam. Terkejut. Adakah ini lamaran?


Semua mata yang ada disitu terpaku memandang kami. Aku tahu dalam hati mesti nak cakap romantik giler kan. Tapi dalam hati aku cakap. Malu giler. Nak buat apa nie?

Ottokey.. ottokey..

“Awak cakap kalau ada lelaki Korea suka dekat awak, awak akan terima kan?” Lee Jong Hyun pandang aku.

“Saya lelaki Korea yang suka awak. Awak terima?” dia cakap lagi bersama petikan gitar tapi aku tak tahu irama apa.

“Awak betul-betul suka saya?” aku tanya dia.

“Love. I love u. from the deep in my heart”

Aku terkesima. Jujur aku tak tahu nak cakap macam mana. Kalau bab perasaan. Memang aku akui aku selesa sangat dengan dia. Cinta? Mungkin.

“Terima saya?” Lee Jong Hyun masih lagi melutut.

Dengan senyuman semanis mungkin. Aku paut tangan dia dan aku anggu. Apa salahnya buka ruang hati untuk lelaki yang bernama Lee Jong Hyun.

Terus dia peluk aku erat. “Kumawo.”

Aku balas pelukan dia. Bahagia.

Dalam hati berbunga-bunga rasa cinta yang membara. Nama aku dan Lee Jong Hyun di sematkan dia atas lock love. Kuncinya kami baling jauh-jauh. N Seoul Tower lambang cinta kami.

“Kenapa tak cakap yang awak suka saya selama nie?” Lee Jong Hyun tanya semasa kami dalam perjalanan untuk pulang ke rumah.

Sebelah tangannya memegang stereng mana sebelah tangan lagi menggenggam jari jemari aku.

“Eh, saya kena cakap ke? Saya kan perempuan.” Aku pandang dia sambil tersenyum.

“Kalau perempuan pun tak salahkan kalau nak meluahkan rasa?” dia pandang aku sekilas tapi yang pasti tangan dia tak lepas dari mengenggam tangan aku. Perlahan-lahan diambil dan dicium.

“Perempuan Malaysia kan pemalu.” Ayat cover dari aku.

“Habis awak nak cakap lelaki Korea tak tahu malu la?” Matanya mencerun memandang aku..

“Ehh saya pulak yang kena. Awak romantik.. baik..kacak..bla..bla..bla..” belum sempat aku nak cakap lagi dia tarik hidung aku. Matanya di kenyit pada aku.

Hanya ada satu rasa dalam jiwa. Bahagia.
“Esok awak ada kelas?” aku tanya dia.

“Esok saya masuk studio sebab bulan depan YG panggil saya audition.”

YG? Syarikat rakaman yang sangat terkenal dekat Korea. Penyanyi dia pun bukan calang- calang. Kalau dapat masuk sana memang hebatlah.

“Good luck.” aku tiup kata-kata semangat.

“Saya nak panggil awak apa?”

oh panggilan? Kat Korea lebih kurang macam Malaysia. Ada panggilan manja-manja untuk kekasih.

“Honey? Darling?” dia tanya lagi.

Aku geleng kepala. “Call me sayang. Bahasa Malaysia sayang means darling.”

“Sayang?” Lee Jong Hyun cuba panggil dalam bahasa Malaysia.

“Yes sayang.”

“Okey sayang.” Lee Jong Hyun lirik manja ke arah aku.

Kami sama-sama tersenyum. Sungguh aku terasa akan ada cinta mekar dibumi Korea.








14 Jun 2016

LURUHNYA CINTA DIBUMI KOREA (3)






Sejak aku pindah sini, Lee Jong Hyun adalah kawan pertama aku. Beberapa kali kami seringbertemu dan berbual. Kata Lee Jong Hyun hari nie pun dia nak datang sini. Nak hantar kimchi yang omma kirimkan.


Beep!

Cepat-cepat aku buka. Aku sambut Lee Jong Hyun dengan senyuman.


“Kimchi.” dia suakan bekas Kimchi ke arah aku.


Aku sambut sambil minta dia masuk dan duduk sementara aku siap mee maggi cup perisa kari. Kenapa maggi? Oh, haritu Lee Jong Hyun datang, dia ternampak maggi kari aku tersusun elok dalam almari. Hari nie aku buatkan untuk dia. Dua minit kemudian aku bawakkan maggi kari cup ke balkoni tempat Lee Jong Hyun duduk dan lepak.


“Cuba rasa.” aku suakan cup maggi ke arahnya.


Sebelum makan dia bau dulu. “kari.”


Aku angguk sambil buat isyarat suruh dia makan.


Dia terus masukkan maggi yang masih panas tu dalam mulut. “Waaa.. sedapnya. Nie ke maggi orang Malaysia?” dia teruskan suapan di mulut.


“Banyak lagi perisa. Tomyam. Ayam. Asam laksa. Tapi yang nie paling terkenal sekali di Malaysia.” aku terang satu-satu.


Tak sampai beberapa minit maggi kari cup habis licin Lee Jong Hyun makan.


“Malam nie kita keluar nak? Tengok wayang. Lusa dah start kelas. Saya takut tak sempat saja.” Lee Jong Hyun lap muka dengan tisu.


“Tengok wayang? Cerita apa?” aku teruja. Jujurnya. Aku pun dah lama tak tengok wayang.


“Conjuring 2.” dia angkat kening dekat aku.


Terus aku angguk laju. Wah! Seronoknya dapat tengok cerita hantu.


Malam tu aku bersiap ala kadar. Leggings, t-shirt lengan panjang dan rambut aku ikat sanggul tinggi. Perfecto! Sementara tunggu Lee Jong Hyun datang jemput aku dekat rumah. Aku baru teringat tiket wayang tak beli lagi. Dua hari tayangan mesti penuh. Ala macam mana nie.




BEEP!


Aku terus berlari ke arah pintu. Semanis senyuman aku hadiahkan dekat Lee Jong Hyun.


“Kita naik apa nie?” aku tanya dia. Butang G dia tekan.


“Naik kereta nak?” dia tanya lagi.


Aku jungkit bahu tanda tak kisah. Lagipun kalau naik kereta bukan jauh pun dalam 15 minit dah sampai.


*****************************


Aku pandang Lee Jong Hyun tanda tak puas hati.


Wae yo?” pelik muka dia sambil tanya kenapa.


“Kenapa tak cakap awal-awal awak dah beli tiket?”


“Awak tak tanya pun.” senangnya jawapan.


Rasa nak ketuk-ketuk saja mamat nie. Kami terus membeli popcorn dan air sebagai makanan ringan nanti.


Bila nak masuk aje, kami berasak-asak dengan yang lain. Cepat-cepat Lee Jong Hyun paut bahu aku. Sebelah tangan dia pegang popcorn sebelah tangan lagi dia paut bahu aku. Bila nak masuk ke Hall pulak dia pegang tangan aku kemas. Sekali lagi aku terasa seperti terkena renjatan elektrik. Tapi aku suka. Aku selesa.


Bila skrin dah mula tayang cerita Conjuring, aku mula tahan nafas takut terkejut. Tapi bila sampai part terkejut saja, aku peluk tangan Lee Jong Hyun. Lee Jong Hyun tengok aku sambil tersenyum.


Dia angkat tangan dia dan letak atas bahu aku. Tubuh kami rapat dan dekat. Sebelah tangan lagi dia pegang mesra tangan aku. Aku pandang kiri kanan. Ada jugak beberapa couple yang berpelukan mesra sambil menonton.


Bila datang part terkejut dan hantu cepat-cepat aku sorok muka dekat dada bidang Lee Jong Hyun. Seperti memahami Lee Jong Hyun usap perlahan kepala aku.


Sampai habis cerita Conjuring aku berkeadaan macam tu. Aku selesa dengan Lee Jong Hyun bila macam tu. Lagipun tak pernah mana-mana lelaki peluk aku macam. Atau pun lebih tepat aku tak pernah ada hubungan yang rapat dengan mana-mana lelaki. Lee Jong Hyun yang pertama.


Selepas tamat Conjuring kami terus pulang ke rumah. Lepas saja Lee Jong Hyun hantar aku ke rumah. Mula lah rasa takut datang. Tiba-tiba boleh pulak aku terbayang hantu valak tu dekat tingkap rumah. Bunyi coral yang dalam gereja. Alahai.


Terus aku berlari masuk dalam bilik. Duduk dalam selimut. Sampai pukul 4 pagi aku tak tidur. Bila nak tidur saja terus terbayang valak tu ada dekat belakang. Takpun terasa dia duk perati aje aku. Kes naiya nie. Kalau aku tau aku tak tengok cerita Conjuring tu.


Akhir sekali aku tak sedar pukul berapa aku tertidur. Sedar-sedar saja ada lebih 10 misscall dar Lee Jong Hyun. Aku pisat-pisat mata yang masih dalam keadaan separuh sedar. Aku tengok jam dekat handphone pukul enam petang.


Aku terus dail number Lee Jong Hyun. Tak sempat berbunyi panjang. Terus dia angkat dan minta aku duduk diam-diam dekat rumah sebab dia nak datang.


Tak sampai beberapa saat dia dah terpacak depan pintu. Tak perlu mukadimah yang panjang terus dia menapak masuk.


Dia pandang aku banyak kali dari atas sampai bawah.


Wae yo?” aku duduk di sofa. Tak payah la pandang orang macam nak telan.


“Kenapa tak mandi lagi? Baru bangun tidur?” Lee Jong Hyun duduk tepi aku.


Aku angguk perlahan. “Aha. Semalam tak boleh tidur.”


“Pergi mandilah. Saya masakkan dekat awak.” dia tarik tangan aku bangun.


Malasnya. Rasa macam tak larat. Tak bermaya.


Dia tolak aku masuk bilik sebelum tutup pintu. Tengah aku nak capai tuala. Dia buka pintu balik.


“Passwood rumah awak berapa?”


“2511”


Kamsahamnida.” terus dia tutup pintu.

***************************


Semerbak bau Sup kimchi menusuk hidung. Aku yang baru lepas mandi terus ikatkan rambut dengan tuala.


“Sorry masuk dapur awak.” dia tegur, bila nampak aku keluar dari bilik.


“It's okey.” aku tarik kerusi dan duduk depan Lee Jong Hyun yang tengah masak.


Aku perati dia yang tengah pukul telur. Gayanya macam seorang chef. Mak buka restoran mestilah pandai masak. Mesti nak buat egg roll nie. Kami saling berpandang dan seketika bertukar seyuman.


Selesai masak terus dia hidangkan depan aku. Nasi putih, sup kimchi dan egg roll.


“Nie saja yang saya jumpa dalam peti sejuk awak.”


“Buat susah awak je.” aku terus saupkan sup kimchi dalam mulut.


Boleh tahan sedapnya. Aku terus makan tanpa banyak cakap. Lepas habis makan aku bawak pinggan ke singki. Kami sama-sama kemas dapur malam tu. Ternyata Lee Jong Hyun memang pandai masak.


Masa kami tengah lepak-lepak dekat rumah aku. Satu pertanyaan yang aku tak jangka akan keluar dari mulut Lee Jong Hyun.


Han kaji chilmun al haedo toemnikka.”


Aku angguk. Tanya la soalan. Aku tak kisah pun.


“Awak tak ada kekasih?”


Aku pandang dia tanpa sebarang riak. Mengiya pun tak menidak pun tak.


“Agak-agak?” aku angkat kening.


“Cepatlah.” dia kelihatan mendesak.


Aku ketawa kecil. “Tak ada lah.”


Kalau ada baik aku duduk dengan boyfriend aku saja. Buat apa duduk dekat hang.


“Dekat malaysia?” dia menduga lagi.


“Tak ada.. dekat Korea tak ada.. dekat malaysia pun tak ada.”


Satu senyuman tergaris dibibir Lee Jong Hyun.


“Awak.?” aku tanya dia pulak.


Tak tunggu lama terus dia angguk.


“Siapa?” aku agak sedikit kecewa. Dah ada girlfriend tapi berkepit dengan aku aje


“Awaklah.” terus dia ketawa.


Terus nak rasa gembira tapi bila dia ketawa aku anggap sajalah sebagai satu gurauan. Hurm. Gurauan.


Sebab malas nak layan dia sangat. Aku terus buka youtube dekat handphone. Terasa nak dengar lagu melayu. Dah la 24 jam cakap Korea. Nak cakap melayu pun bukan dia paham.


Aku search lagu Yuna. Oh bulan. Lepas tu lagu Janna Nick mungkin saja. Aku turut nyanyi sama. Tak sedar yang Jong Hyun leka perati aku nyanyi.


“Lagu orang Malaysia ke?” Lee Jong Hyun duduk dekat aku nak tegok sama youtube.


“Aha.” aku jawab sepatah kemudian kembali nyanyi.


“Bila nak ajar saya cakap bahasa Malaysia?”


Aku terus tak jadi menyanyi. Dia nie biar betul nak suruh aku ajar cakap bahasa Malaysia pulak.


“Nak belajar betul-betul ke?”


Laju dia angguk. Okey. Dah alang-alang ada masa baik aku ajar dia cakap bahasa Malaysia. Aku masuk bilik, ambik pen dan kertas.


Na – saya.” aku tunjuk diri sendiri. Kemudian dia ikut.


Tangsin I – awak.” aku tunjuk diri dia.


Hari nie kita belajar basic sajalah. Awak, saya, nak makan apa, apa khabar, sihat ke tak, demam, lapar, jom keluar, selamat tinggal. Terima kasih.


Kemudian aku banyak suruh dia dengar lagu-lagu malaysia. Adalah aku senarai beberapa artis Malaysia. Macam Faizal Tahir, Yuna, Noh Hujan, Aizat Amdan, Siti Nur Haliza.


Agak-agak lepas nie adalah kawan nak cakap bahasa malaysia sama-sama.




















9 Jun 2016

LURUHNYA CINTA DIBUMI KOREA (2)







BEEP!


Loceng berbunyi menyentak lamunan aku. Aku tahu siapa yang datang. Pantas aku bukakan pintu. Lee Jong Hyun tiba sambil tersenyum mesra.


Aku senyum kembali.


“Untuk awak.” sebakul bir dihulurkan ke arah aku.


Aku terkejut. Antara nak ambik atau tak. Aku sikit teragak-agak.


Melihatkan keadaan aku yang agak kekok. Cepat-cepat Lee Jong Hyun letak bakul di depan pintu. “Awak tak minum bir?” tanya dia pelik.


Aku geleng.


“Soju.” tanyanya lagi.


Lagi sekali aku geleng.


“Maaflah saya tak tahu. Kalau saya tahu, saya tak bawak tadi. Mungkin boleh bawak bunga lagi sekali.” matanya melirik ke arah aku.


Merah muka aku. Malu. Tapi aku suka.


“You're blushing.”


Cepat-cepat aku toleh ke dapur. “sebabkan awak nak datang jadi saya sediakan masakan ala-ala Malaysia.”


Nasi goreng kampung. Sirap laici. Dan nanti ada teh tarik untuk kami sembang-sembang kosong.


Aku letakkan nasi goreng kampung di dalam pinggannya.


“Rasalah.” aku tunggu suapan pertama darinya.


Lee Jong Hyun masukkan nasi goreng dalam mulut. Kemudia dia pandang aku tak berkelip.


Riak muka dia macam 'tak sedap' 'nak muntah' 'apa benda nie'. Aku dah tak senang duduk.


“Deabak. Aju masissumnida” terbaik. Ini sedap. Terus dia masukkan suapan seterusnya.


Auw! Terus rasa macam terbang-terbang di udara. Tak sangka kali pertama masak terus dia kata sedap. Senyum sampai ke telinga.


Dua tiga kali jugaklah dia tambah nasi goreng kampung. Seronok tengok dia makan.


Lepas makan kami mengopi sekejap di koridor luar. Eh bukan mengopi tapi mengeteh. Tapi bukan nak cakaplah. Teh tarik aku memang paling sedap. Nie mama yang cakap.


“Sedap.” Lee Jong Hyun hirup teh lagi.


Aku senyum sedikit. Hari nie asyik kena puji saja. “Minumlah lagi.”


Dia angguk. “Awak bahagian penulisankan? Apa kata awak tuliskan saya lirik lagu.”


aku butangkan mata. Lirik lagu? Hish! Aku mana pandai. Tulis cerpen terorlah.


“Tak maulah saya tak tahu.” aku tolak pelawaan dia. Sungguh aku tak tahu.


“Awak tahu puisi?”


Laju aku angguk. Pernah aku tilis bila aku bosan.


“Tulis lirik lagu macam tulis puisi tapi puisi ada nilai sastera yang tinggi. Tapi lirik lagu lebih kepada penyatuan hati ke hati. Awak try la tulis.” dia pujuk aku lagi.


“Okey saya tulis. Tapi tak panjanglah sebab saya tak ada mood nak menulis. Kejap erh.” aku masuk ke dalam ambikkan pen dan kertas. Aku duduk atas katil sambil tangan laju menulis.


Kali pertama kita bersua
Lidah kelu tanpa bicara
Sekadar bertukar senyum dan helo
Ku arahkan kaki melangkah pergi.


Terus aku dapatkan Lee Jong Hyun dan aku suakan kertas dekat dia. “Nanti dapat idea saya sambung lagi.”


Dia lipat kertas dan simpan dalam poket. “Oraite.”


“Esok datang rumah saya pulak. Boleh saya mainkan gitar untuk awak.” Lee Jong Hyun menghabiskan sisa teh tarik dalam cawan.


Aku semakin teruja. Laju saja aku anggukkan kepala. “Wah! Tak sabarnya.”


“Boleh tengok kehebatan saya esok.” dia tersengih.


Kami masih lagi borak-borak kosong. Bila mata dah hampir-hampir nak pejam Lee Jong Hyun meminta izin untuk pulang aku hantar dia sampai ke depan pintu. Malam tu tidur aku lena sampai mimpikan Lee Jong Hyun.


**************************


Aku hayunkan kaki melangkah ke tingkat 15. betul ke tindakan aku nie, pergi rumah lelaki. Aku pandang diri aku sekejap. T-shirt sendat dengan jeans panjang. Taklah nampak teruk sangat. Aku tekan loceng rumah Lee Jong Hyun. Kali nie aku bawak choco chip cookies yang aku beli di Lotte Mart pagi tadi.


Lee Jong Hyun sambut aku dengan senyuman di bibir. Rambut dia kelihatan sedikit basah. Langkah saja kaki masuk dalam rumah, mata aku melilau memandang sekeliling. Cantiknya rumah dia.


“Saya baru lepas mandi tadi. Duduklah.” Lee Jong Hyun suakan tangan untuk aku duduk disofanya.


Bau mandiannya sedikit menenangkan aku. Wangi dan maskulin. Sebelum aku lebih hanyut cepat-cepat aku suakan choco chip tadi.


“Saya tak tahu nak bawak apa. Saya bawak nie.” aku senyum sekilas.


Lee Jong Hyun sambut sambil tersenyum. “Kumawo.


Kenapa malam nie aku nampak dia macam kacak sangat?


“Saya masak nasi goreng kimchi. Mari.” dia tarik tangan aku ke meja makan.


Aku pandang tangannya yang dah melekap pegang tangan aku. Berdebar-debar. Sempat dia tarikkan kerusi untuk aku duduk dan cedokkan nasi goreng dalam pinggan aku.


Aku tak minat sangat nasi goreng kimchi sebenarnya. Tapi tak apalah kita try.


“Sekarang cuba.” dia duduk sebelah aku sambil tunggu aku makan.


Aku suapkan nasi ke mulut. Sedap.


Deabak.” aku angkat ibu jari. Sedap sangat. Rasa macam nasi goreng Malaysia sikit. Sedapnya.


“Omma saya yang masak.”


Aku pandang dia sambil bulatkan biji aku. Omma? Omma tu emak. Mana mak dia. Aku pandang sekeliling. Mak dia dalam bilik kut.


“Cari apa?” dia tanya aku pelik. Siapa tengok aku sekarang pun rasa pelik.


“Omma.” aku jawab sepatah.


Kemudian aku dengar dia ketawa. Lembut dia tarik hidung aku. “Omma saya dekat restoran. Saya pergi restoran keluarga tadi ambik nasi goreng nie. Balik saya hangatkan balik.”


Lega. Ingatkan mak dia ada tadi. Nanti mak dia ingat aku nie kekasih Lee Jong Hyun pulak.


“Makan la cepat sikit saya ada sesuatu untuk awak.” dia masih tenung muka aku dengan sepasang mata yang cukup buat sesiapa pun terpukau.


“Macam mana nak makan cepat-cepat kalau asyik nak tenung orang aje.” aku mengomel dalam bahasa melayu.


“Apa dia?” dia pandang aku pelik.


Peliklah duk cakap bahasa korea tiba-tiba mencelah bahasa melayu. Mana dia tak pelik.


“Tak ada apa-apa saya cakap nasi nie sedap sangat.” sengaja aku tipu dia. Alah bukan dia paham pun apa aku cakap.


Aku pandang dari sisi mata yang dia asyik tersenyum. Sementara aku sudahkan makan Lee Jong Hyun kemaskan dapur.


Strawberry sparkling sebagai pemanis mulut untuk kami malam tu. Lee Jong Hyun keluarkan gitar.


“Nak dengar sesuatu?” tanya dia sambil mula petikan gitar.


Aku yang tengah duduk bersila atas sofa terus anggukkan. Tak sabarnya.


Petikan gitar dimulakan.


Kali pertama kita bersua
Lidah kelu tanpa bicara
Sekadar bertukar senyum dan helo
Ku arahkan kaki melangkah pergi.


Erh. Tu lirik aku. Cepatnya jadi lagu. Terpaku aku sekejap bila dengar suara metofora Lee Jong Hyun. Patutlah ambik musik.


Selesai empat rangkap lagu dimainkan. Cepat saja aku tepuk tangan. Nak dengar lagi awak nyanyi Jong Hyun.


“Mata awak cantik.” ayat pertama selepas Lee Jong Hyun habis menyanyi.


Merah muka aku kena puji macam tu. Dia memang suka benda manis-manis ke sebab tu ayat dia semua manis.


“Kamsahamnida.” aku ucapkan terima kasih sambil mulut tak hilang dengan senyuman.


“Original ke muka awak?” tanya dia lagi.


“Mestilah. Ingat muka saya operation ke?” aku juihkan bibir.


Tak kisah pun dia cakap macam tu sebab korea dan pembedahan plastik tak dapat dipisahkan. Bagi rakyat Korea contohnya, kecantikan adalah perkara utama. Bila cantik semua sempurna.


Bila dah menginjak usia remaja. Semasa hari lahir ibu bapa akan menghadiahkan pembedahan plastik sebagai hadiah untuk anak gadis mereka. Boleh dikatakan jugak Korea ini dunia kosmetik. Kedai kat sini banyak yang jual kosmetik.


“Sebab.. mulut awak kecik. Mata awak besar. Hidung awak mancung. Sebab tu saya ingat operation.” Lee Jong Hyun tenung lagi muka aku.


“Awak pun mesti operation kan?” aku duga dia.


Dia angkat bahu sambil petik gitar. Mainkan cod perlahan.


“Saya memang muka original. Lelaki muka original baru terserlah keaslian dia.”


Lee Jong Hyun bangun dan capai telefon di atas meja. Tak lama lepas tu dia tunjukkan aku sesuatu.


“Nie gambar saya masa sekolah.” dia suakan telefon dekat aku.


Aku ambik dan belek-belek setiap gambar. Dari satu ke satu. Aha lah. Muka dia memang dari kecik macam nie. Ingatkan orang korea tak ada yang kacak. Hihi.


Aku pun ambik telefon. Buka folder ME yang mana semua gambar aku kecik sampai terbaru aku letakkan dalam tu.


“Nie gambar saya.” aku tunjukkan gambar aku masa kecik dulu kepada Lee Jong Hyun.


Dia tak terus ambik telefon tu tapi dia terus duduk sebelah aku. Dekat dan rapat. Sebelah tangan diletakkan atas sofa belakang. Sebelah lagi membelek telefon. Aku dapat bau haruman semulajadi Lee Jong Hyun.


Cepat-cepat aku kawal pernafasan agar tak nampak sangat berdebar.


Come on Izz. Kau duduk Korea. Sini bebas. Kau boleh buat apa saja kau suka. Aku mengeluh sendiri. Jahat sangat ke aku nie?









P/S > macam mana? baru bab dua.. kalau ada rasa yang kurang...please leave ur comment below... tinggalkan sikit kata-kata cotton candy dekat bawah.. hihi. okey nak mimpi Lee Jong Hyun kejap. bye.


6 Jun 2016

NOVEL : LURUHNYA CINTA DIBUMI KOREA (1)







AKU peluk abah erat-erat sebagai tanda terima kasih. Mama aku tengok jeling macam tak puas hati marah barangkali. Yelah mana tak marah. Kalau anak dara nak sewa seorang diri. Tapi sebab anak dara nie super duper degil tahap tak boleh bangkang maka mama turutkan juga.


“Jaga diri tu.” mama muncung mulut.


Terus aku paut bahu mama sambil lentok kepala.


“Ye mama. Jangan la macam nie. Izz tahu la jaga diri. Kan Izz dah besar.”


“Besar tu besar jugak. Korea tak sama macam Malaysia.”


Aku peluk mama kuat-kuat. Mama pun balas pelukan aku.


“Mama jangan risau okey. Lagi setahun saja lagi Izz dekat sana. Mama jangan risau ye.”


Kawasan sekitar KLIA2 penuh dengan manusia yang sibuk dengan hal masing-masing.


Tujuan aku balik nie pun sebab nak pujuk mama izinkan aku menyewa sendiri. Bukan taknak sewa dengan budak-budak lain. Tapi aku paling tak suka kalau kawa-kawan dengan orang mabuk. Korea nie mabuk dah jadi benda biasa. Yang tak biasanya aku.


Pernah sekali roomate aku muntahkan arak atas badan aku masa aku tengah tidur. Mau tak hangin. Lagipun aku tak ada kawan malaysia. Aku datang sini pun sebab aku pandai-pandai apply sendiri.


Dah dapat rumah sewa. Dah bayar deposit. Baru teringat nak mintak izin mama. Punggah punya anak.


Aku salam mama dan abah. Peluk cium macam lepas nie tak jumpa dah.


“Jangan lupa call mama nanti. WhatsApp abah. Sampai-sampai terus call jangan tunggu-tunggu. Jaga diri. Jangan bawak lelaki masuk rumah. Jangan tinggal solat. Jangan nak pi konsert sangat. Jangan teruja sangat nak jumpa artis.”


Aku dengan abah gelak dekat situ jugak. Banyak betul jangan mama nie.


“Sayang.. dah la tu.. pandai-pandai la Izz nanti.” abah pujuk mama.


Mama lebarkan senyuman sebelum peluk cium aku.


“Belajar rajin-rajin.” abah cium dahi aku.


Aku salam dan berpelukan untuk kali terakhir. Aku melambai-lambai mama sebelum mereka hilang dari pandangan.


Okey Izz.. jangan risau setahun bukan lama pun. Pergi kelas. Balik kelas. Kalau rasa bosan boleh pergi tengok konsert tak pun pergi club. Pengumuman di buat. Aku melangkah kaki sambil meninggalkan mama dan abah yang sekadar tersenyum menghantar aku dengan pandangan yang sedih.


Annyonghaseyo Seoul. Perjalanan 6 jam kali nie sikit sebanyak mengembirakan aku. Tak tahu nak berperasaan macam mana. Terlebih suka tak jugak. Tak berapa suka pun tak jugak. Elok aje kaki jejak ke lapang terbang Incheon. Aku terus ambik subway dan bus untuk ke rumah sewa aku yang baru. Nasib baik dari Malaysia aku dah bawak stok maggi banyak-banyak.


Dari rumah sewa nie ke kampus tak adalah jauh sangat kalau naik subway adalah dalam 15 minit lepastu kena berjalan sikit. Tapi yang aku suka rumah nie dia agak privasi sikit. Backpack belakang aku betulkan sebelum jari menekan punat lif.


Masa aku masih tunggu lif kelihatan seorang lelaki berdiri sebelah aku sambil mengalas gitar dibelakang. Aku pandang sekilas sebelum menunduk hormat. Begitu juga dia. Aku kembalikan tumpukan ke depan.


Ting!


Kaki kami sama-sama melangkah masuk. Aku tekan punat 13 manakala dia menekan 15. masing-masing diam. Dari tepi mata aku dapat melihat sedikit penampilannya. Kasut boot paras buku lali dan jaket labuh menutup punggung. Kacak.


Sampai tingkat 13 aku terus melangkah keluar. Boleh dikatakan rumah disini agak sedikit mewah. Aku buka pintu dengan kod paswood. Wah! Memang cantik. Rumah 1 bilik. Satu bilik kecil untuk letak pakaian. Ruang dapur yang agak moden reka bentuk. Dan ada balkoni yang agak luas. Boleh nampak Han River. Selepas kemas-kemas barang. Aku duduk dibalkoni sekejap sambil hirup angin sepoi-sepoi bahasa. Aku lepaskan rambut aku yang paras bahu nie. Sesekali rambut terusik dek angin.


Masa nak masuk dalam, mata aku terpandang balkoni atas. Mata aku terpandang mamat korea tadi. Kali ini dengan hanya seluar pendek dan t-shirt sendat dia duduk dibalkoni sambil memetik gitar. Bila mata kami bertentang. Cepat-cepat aku larikan pandangan dan melangkah kaki masuk ke dalam rumah.


Nanti dia ingat aku sengaja nak tengok dia. Tak kuasa aku.


**************


Aku kenakan seluar pendek paras lutut dan tshirt labuh di badan. Dalam keadaan musim bunga sekarang keadaan tak adalah panas sangat ataupun sejuk sangat. Rambut sengaja aku lepas. Laparnya perut aku dari tadi bunyi-bunyi.


Ting!


Pintu lif terbuka dan mamat tadi ada di dalam. Kali nie penampilannya sedikit berbeza. Jeans dan t-shirt. Nampak sedikit kacak.


Aku terus melangkah masuk.


Hanya kami berdua.


“Korean?”


Ayat pertama dia.


Aku geleng kemudian tersenyum memandang dia.


Udisuh oshutnayo?” -awak dari mana- tanyannya lagi.


“Malaysia.”


Dia kemudian anggukkan kepala dan hulurkan tangan.


“Lee Jong Hyun.”


Aku sambut huluran tangannya “Izz.”


“Awak baru pindah sini?” tanya Lee Jong Hyun lagi. Kami masih berinteraksi dalam bahasa Korea.


“Aha..saja nak tukar angin. Lagipun dekat dengan kampus.”


“Belajar mana?” anak matanya memandang tajam mata aku.


“Art Univercity.” cepat-cepat aku larikan mata.


“Samalah dengan saya.”


Ting. Ground floor.


Selepas mengucapkan selamat tinggal masing-masing membawa haluan sendiri.


Lapar nak makan apa nie. Sebabkan dah tiga tahun duduk sini. Jadi nak makan rasa tak ada apa sangat. Kalau tak ada tanda halal tu, pandai-pandai la korang makan seafood. Aku pilih restoran yang menyediakan sotong pedas. Nie kegemaran nie. Boleh mintak nasi putih atau nasi goreng. Aku pilih nasi putih.


Aku pandang sekeliling. Agak ramai jugak orang. Nasib baik masih ada satu tempat kosong untuk aku duduk. Ketika tunggu hidangan tiba. Aku ralit membaca meseg di telefon. Tiba-tiba ada suara menegur aku.


Honja?” seorang?


Aku angkat kepala.


Lee Jong Hyun.


Aku senyum dan mengangguk.


“Boleh tumpang duduk? Saya lapar sangat.”


Dah duduk baru nak tanya aku. Lepas buat pesanan tambahan. Kami masing-masing diam.


Baru aku perasan hidungnya sedikit mancung mesti pembedahan plastik nie.


“Kenapa pandang saya macam tu?”


Muka aku dah panas. Alamak dia perasan pulak aku pandang dia.


“Saya kacak kan?” Lee Jong Hyun sengih.


Aha kacak! Cakap aku dalam hati.


“Tak pun.” sengaja aku cakap macam tu.


Lee Jong Hyun masih senyum.


Bila makanan tiba kami sama-sama menjamu selera. Pedas sotong nie memang pedas giler. Nasib aku tahan pedas. Masing-masing muka dan merah dan berpeluh.


“Awak belajar apa?” Lee Jong Hyun tanya sambil lap peluh di muka.


“Writing. Awak?” aku habiskan sisa nasi yang tinggal sikit lagi.


“Music.”


Patut tengok macam artis kpop sikit-sikit.


Lepas makan. Aku terus nak buat bayaran tapi dihalang Lee Jong Hyun. Katanya pertemuan pertama. Biar dia yang bayar.


Kami sama-sama berjalan pulang.


“Betul nie awak taknak saya bayar balik?” aku tanya sekali lagi.


“Betullah. Kan saya cakap biar saya bayar.”


Aku gosok-gosok sedikit hujung tangan. Apasal sejuk pulak malam nie.


“Nah.” Lee Jong Hyun letakkan jaketnya di belakang badanku.


“Oh.. terima kasih.”


“Nanti kalau awak lapang datang la rumah saya. Saya masakkan awak masakkan Malaysia.”


kami sama-sama naik lif.


“Betul nie? Esok saya datang.” dia senyum pandang aku.


Izznie Syahirah! Apa kau buat nie! Ajak lelaki sesuka hati datang rumah. Kalau mama tahu habislah kau Izz. Aku baru tersedar.


Terlajak perahu boleh diundur. Terlajak cakap esok Lee Jong Hyun datang.


“Izz. Dah sampai” dia sentuh bahu aku.


Aku yang terkejut terus keluar dari lif dan ucap selamat tinggal dekat Lee Jong Hyun.


Aku tepuk dahi! Aku ajak dia datang ke? Matilah aku kalau mama tahu. Mulut nie! Marah aku sungguh-sugguh.


24 Feb 2016

NOVEL : NIAN TAUFIK - 4

 Muncung mulut aku bila nampak abah tersengih sambil tunggu ketibaan kami. Tak suka la macam nie. Aku tak mau Taufik rapat sangat dengan family kami. Bukan sebab tak suka Taufik tapi entah la aku rasa Taufik nie macam ada benda tersembunyi.


“Assalamualaikum Pakcik.” Taufik menerpa ke arah abah. Diikuti yang lain.


“Waalaikumsalam. Masuk-masuk. Makcik ada dekat dalam. Nian bawak kawan-kawan masuk.”


Aku pun bawak diorang masuk. Tengok semua lauk untuk makan tengahari mak dah siap susun dekat bawak. Aku suruh diorang duduk sementara masuk dapur dan tolong ambik pinggan bawak keluar.


Gulai kepala ikan, sambal kuinin, ulam, telur masin dan sambil tumis udang. Sedap!


Aku tak terus makan dengan diorang, sebaliknya duduk didapur dengan mak. Tolong masak air. Tambah mana-mana lauk yang tak cukup.


“Berkenan sungguh abah dekat Taufik tu.” mak tegur aku perlahan-lahan.


Aku pandang mak. “Mak. Kakak dengan Taufik tu kawan ajelah.”


“Mak tengok macam lain ja. Macam dia ada hati dekat hang Nian.” mak masak air nak buat air gula.


“Tu pada zahirnya mak. Batinnya kita tak tau.” aku duduk atas keusi.


“Nian.. bawak mai gulai lagi nie.”


Abah jerit dari ruang makan depan. Cepat-cepat aku jalan ke arah abah. Clear! Tiga mangkuk gulai clear. Abah kalau masak gulai memang sedap. Kalah tauke nasi kandar beratur.


Masa aku nak ambik gulai tu. Aku terperasan Taufik pandang aku sambil senyum.


Terus tak selesa nak buat kerja.


“Nian bancuh air teh dengan kopi.” sempat lagi abah selit pesanan ringkas.


Aku angguk aje.


“Petang nie masak apa mak?”


sebab aku nampak ada ubi kayu dekat dapur belakang.


“Masak ubi kayu rebus.”


Aku tolong masakkan air panas. Ubi kayu rebus kesukaan aku tu. Makan dengan sambal tumis.


“Mak kenapa tiba-tiba abah ajak Taufik tu datang tidur sini?” saja nak korek rahsia.


“Sebab abah cakap Nian tak pernah bawak balik lelaki datang kenal-kenal, asyik Ujang aje. Bila dah jumpa Taufik nie, abah terus berkenan.”


Abah nie! Boleh pulak berkenan dekat si Taufik tu. Aku nie tak ada hati dekat dia nie macam mana?


Dari dapur nie aku dengar suara gelak ketawa abah dengan Taufik. Kira ngam la tu.


“Malam nie abah buat BBQ.” mak cakap lagi.


Bertambah-tambah terkejut aku. Tiba-tiba buat BBQ nie dah kenapa?


“Abah nak buat kenduri ke mak?”


“Abah nak sambut menantu.” mak tersengih sambil pandang aku.


**********


Petang tu abah, Taufik dan kawan-kawan Taufik yang lain ikut abah ke laut. Ambik udang, sotong dan ketam untuk buat BBQ malam nanti. Ayam pulak awal-awal mak dah perap. Kawan-kawan perempuan Taufik yang lain. Ada yang ambik angin dekat pondok depan. Ada jugak yang tolong buat coslaw.


Aku pulak ambik kesempatan naik bilik. Sejak tadi tak jenguk lagi bilik sendiri.


“Kakak Nian, abang Ujang bagi.” adik aku yang paling bongsu suakan satu beg kertas yang dalamnya berbalut dengan pembalut hadiah.


“Abang Ujang mana?” aku terus capai beg tersebut.


“Dia dah balik India.” Adik main-main kereta hotweel pemberian Taufik atas katil.


Balik India? Awalnya bukan hujung bulan nie ke dia balik.


Aku terus buka beg kertas. Terpegun aku sekejap, tengok kain sari warna krim pink. Boleh la buat baju raya tahun nie.


Aku terus buka WhatsApp, last seen dua hari lepas. Buka facebook pulak. Yes online. Terus aku hantar meseg dekat dia. Aku tanya kenapa dia balik awal sangat. Tunggu punya tunggu tak balas-balas jugak. Merajuk ke Ujang?


“Mak. Ujang balik India dah ka?” aku terus cari mak dekat dapur.


“Balik dah dua hari semalam.”


“Kenapa balik awal sangat. Dia cakap hujung bulan.”


“Entah. Haritu ada dia mai sini cari hang. Tapi abah cakap hang tak ada keluar dengan boyfriend.”


Hampir nak terlepas pisau ditangan. Abah cakap macam tu?


Abah memang nak sangat ke Taufik jadi menantu dia?


Aku rasa macam lelaki-lelaki lain memang dah tak ada peluang dah bila Taufik datang.


Aku dengar ada suara-suara bising dekat luar. Dah balik la tu. Abah dan Taufik terus masuk dapur dari pintu belakang sambil bawak ketam, udang dan sotong. Nie la untung duduk tepi laut semua fresh. Dah tu, abah pulak part time nelayan. Memang lagi senang la nak makan hasil laut.


Letak aje ketam, sotong dan udang tadi. Abah dengan Taufik beriringan menuju ke depan. Aku perhati aje abah dengan Taufik nie. Rapat betul siap tepuk-tepuk bahu lagi. Macam best buddy.


“Nian tengok apa tu. Hantar air sirap dengan ubi kayu nie dekat depan.”


jarang aku tengok abah senyum sampai telinga. Aku dengan abah nie bukan baik sangat sebenarnya. Sebab dulu ada satu kes abah hampir nak kahwin satu lagi. Mak dengan abah bergaduh teruk. Mak lari tinggal la aku sorang-sorang dalam rumah. Mak lari bawak adik saja sebab adik masih lagi menyusu. Mak terpaksa bawak adik. Tiga hari aku tak makan. Nasib baik ada mak Ujang bawak aku duduk dengan dia. Masa tu aku umur 10 tahun. Kecik sangat. Abah pulak kejap ada kejap tak ada sebab cari mak. Lepas tu nak siapkan perkahwinan abah lagi. Terus tak terurus aku tengok abah.


Sejak tu aku tak berapa suka abah. Cakap pun bila perlu. Tokwan bapak kepada abah nasihatkan abah macam-macam. Sampai abah sedar khilaf dia. Mana nak uruskan mak lagi. Nak siapkan hal kahwin lagi. Dari elok terus tak terurus. Macam tu nak kahwin dua. Lagi tak terurus la kami langsung.


Bila abah berbaik dengan mak, aku diambil balik. Tapi aku boleh teringat macam mana mak dengan abah gaduh. Macam mana abah terjerit-jerit minta mak sign. Macam mana mak menangis sampai bengkak mata-mata. Dan sampai sekarang aku tak percaya mana-mana lelaki kecuali kawan baik aku Ujang.


Tapi itulah kehidupan berumah tangga takkan lari dengan masalah. Tapi paling takut kalau libatkan masalah kewangan.


“Nian.. ketam nie nak masak apa?” mak yang tengah siang ketam berpaling menghadap aku.


“Masak dengan telur masin. Takpun kita buat masak pedas letak telur.” kalau bab ketam aku memang pandai reka cipta resepi.


Udang dengan sotong buat bakar aje.


Lepas isyak, abah dah start bakar arang. Yang lain-lain pun tolong. Aku dengan mak ambik port masak dalam rumah. Bila dah siap semua baru bawak keluar dekat beranda luar. Malam-malam makan BBQ dapat pakej dengan angin laut memang best. Malam tu penuh dengan gelak ketawa. Ada jugak babak-babak aku dengan abah bergurau. Aku rasa dengan kehadiran Taufik sedikit sebanyak. Hubungan aku dengan abah dah semakin baik.


Masa aku tengah duk main bakar-bakar ayam tiba-tiba Taufik dah berdiri depan aku. Turut sama tolong aku bakar ayam.


“Seronok duduk sini.” dia pandang muka aku sambil senyum.


“Tau takpa.. malam-malam memang best tapi duduk tepi laut kalau tengahari memang panas ya amat.” aku sokong ayat dia sikit-sikit.


“Esok pagi-pagi saya nak balik KL dah. Awak tak rindu?”


aku sebenarnya terkejut tapi saja buat-buat cool dalam hati tuhan saja yang tahu.


“Buat apa nak rindu.”


“Mana la tau lepas nie rindu abang Taufik.”


Aku sengih aje sebab tak tau nak cakap apa.


Malam pun dah lewat. Aku ajak kawan-kawan perempuan Taufik tidur bilik aku. Taufik dengan abah ada dekat luar masih bersembang. Aku saja belek-belek telefon. Ujang tak online WhatsApp. Inbox aku pun dia tak balas. Aku taip lagi meseg dekat inbox.


'Ujang..kenapa balik tak bagi tau. Aku tak puas la jumpa hang.'


tak lama lepas tu Ujang balas.


'Aku tak mau kacau orang bercinta. Dah ada boyfriend habaq dekat aku pun tak.'


dia nie merajuk dengan aku ke?


'bila balik sini balik?'


'tak tau la..sibuk dengan thesis nie. Okey la Nian. Bye.'\
\
terus nampak dia dah tak online aku pun buka la news feed. Nak tengok apa yang patut sekali ternampak status Ujang


Ujang – bunga bukan sekuntum.. kumbang bukan seekor. Tapi seekor kumbang nie tetap mahu bunga yang satu tu walaupun si bunga sudah punya sang lebah.


Bawah sikit aku nampak status Taufik pulak.

Taufik – tika ini jiwa kumbang gembira kerana bersama bunganya. Selamat malam bunga. Walaupun di dahan yang sama tetapi terpisah kerana ikatan yang belum sah.


Alahai bunga-bunga pulak. Aku nak tulis la.


Nian – musim bunga dengan kumbang ke sekarang?


**********



Esok pagi-pagi lepas sarapan Taufik dan kawan-kawannya dah nak balik KL. Abah sempat pelawa lagi Taufik datang lain kali.


Sebelum Taufik bertolak. Sempat dia bagi satu kotak kecil hadiah untuk aku. Nak tak nak terpaksa aku terima.


Masa kereta Taufik dah bergerak dan hilang dari pandangan. Abah hela nafas lega.


“Abah suka dekat Taufik tu.” abah senyum pandang aku.


“Mak bapak dia pun keluarga yang elok-elok.” abah sambung lagi.


Amboi abah nie sempat temuduga ke? Semua benda dia tanya.


“Abah nie. Kami kawan la. Okey la Nian masuk bilik dulu nak rehat.” aku terus berjalan masuk bilik.


Aku buka kotak hadiah yang Taufik bagi.


Wei! Nie gelang yang aku nak beli dekat Batu Feringghi tu. Gelang ala-ala pandora. Mana dia tau aku suka nie.


Aku letakkan gelang tersebut atas kain sari yang Ujang bagi. Wah! Cantik, warna masuk. Rezeki..rezeki.


Tiba-tiba aku dapat WhatsApp dari Taufik.


'I hope you like it'


Memang suka pun. Lepas tu dia balas lagi.


'Nanti saya bawak awak jumpa mummy. Jaga hati awak untuk saya Nian.'


Apakah?










17 Feb 2016

NOVEL : NIAN TAUFIK - 3

 Sampai-sampai saja kami terus check in hotel. Sebab masing-masing dah makan, kami duduk berehat dalam bilik dan dalam lepas asar macam tu baru kami mula aktiviti kami mandi laut.


Aku pun tak ada la teruja sangat pun nak mandi laut nie. Tengok kawan-kawan Taufik semua dah beria dengan bola la, baju mandi la tapi aku tengok Taufik relaks saja, t-shirt dengan bermuda. Kami berjalan-jalan dekat gigi air. Sebab rumah aku dengan laut tak sampai 100 meter pun aku berganjak la naik ke atas sikit. Punya seronok budak-budak nie terus terjun masuk laut.


“Tak nak mandi?” Taufik tengok aku yang dah duduk dekat atas pasir.


“Tak nak la. Rumah saya dengan laut pun bukan jauh sangat.”


“Okey.” dia tinggal selipar dia tepi aku dan terus dapatkan kawan-kawan dia. Bukan selipar dia aje ada dekat situ. Kawan-kawan dia punya sekali pun ada.Tapi tak ada pulak dia terjun laut.


Sebab bosan sangat tengok Taufik and the gang duk bergelak ketawa dalam laut. Aku terus bangun sambil jalan-jalan. Dapat makan laksa sambil disapa angin laut pun sedap nie. Okey mulalah misi baru cari laksa dengan rojak. Sedapnya.


Aku jalan sambil tengok manusia dekat batu feringghi nie.


“Adik manis tak mau nak kuda ka?”


“Tak nak. Terima kasih.” Aku geleng kepala sebab aku tak berminat nak naik kuda pun.


“Adik manis tak mau naik kuda ka?”


Aku terus pusing belakang dengan harapan nak marah tapi terus tak jadi bila nampak muka Taufik dekat atas kuda.


Taufik terus terjun dari kuda dan bagi kuda dekat tuan punya kuda balik.


“Nak pergi mana nie?” Taufik jalan beriiingan dengan aku.


“Makan laksa dengan rojak.”


“Sedapnya makan laksa.”


kami jalan-jalan bersama sambil menikmati angin laut.


Sampai satu kedai yang ada jual laksa. Masing order laksa dengan rojak. Lama tak makan laksa penang nie. Sampai aje laksa masing-masing terus makan.


“Awak ada teman lelaki?” hampir nak terkeluar buah yang aku makan nie.


“Kenapa?”


“Tengok macam awak tak pegang handpone 24 jam aje.”


Aku terus gelak bila dengar dia cakap macam tu. “Wajib ke pegang telefon? Saya rasa kalau kita saling percaya tu dah cukup bersyukur dah saya.”


“Saya tak handsome?” Taufik tanya lagi. Kali nie tepat anak matanya padang mata aku.


Cepat-cepat aku larikan pandangan. Aku geleng.


“Ingat saya nak percaya ke? Semua perempuan cakap saya handsome tau. Awak nie buta nie.”


Sesuka hati dia cakap aku buta. Perempuan tu semua tak pandai menilai.


“Awak dapat mana bunga tu?” Taufik tanya lagi. Kali nie nada dia macam serius sikit.


“Bunga mana?” aku macam blur sikit.


“Bunga yang saya nampak masa awak nak naik bus tu.”


Oh! Baru aku teringat yang bunga aku dapat masa dalam wayang tu.


“Ada orang bagi.” aku hirup teh ais.


“Siapa?”


Aku tengok reaksi Taufik macam berminat saja pasal bunga tu.


“Betul awak nak tahu nie?”


Taufik angguk. Aku diam lama sebelum sambung. “ Boyfriend Korea saya.”


terus aku gelak kuat-kuat. Memang gelak nie tak boleh nak tahan lagi. Sebab muka dia macam kelakar sangat. Macam nak telan aku pun ada.


“Ada jugak orang masuk paper Metro nie esok pagi. Surat khabar depan.” Taufik pandang aku macam nak telan.


Aku masih bersisa ketawa. “Ada orang bagi. Saya tak kenal siapa. Dia main campak aje atas riba saya.”


“Nampak ke muka orang tu?”


Aku geleng.


“Awak nie banyak sangat tanya nie kenapa?” aku marah dia.


“Takkan sampai tak boleh nak tanya langsung.” suara dia dah tukar volume slow.


Sentap la tu.


“Boleh.. tapi gaya tu dah macam polis pulak. Soal siasat orang macam-macam.” aku suap lagi rojak masuk mulut.






**********


Lepas saja makan malam kami buat keputusan untuk lepak-lepak dekat sekitar night market batu feringghi. Malam-malam minggu macam nie memang penuh dengan pelancong. Dari satu kedai ke satu kedai. Rajin jugaklah kawan-kawan Taufik nie membeli.


Aku lalu dekat satu kedai yang jual gelang ala-ala pandora. Cantiknya. Aku belek-belek setiap yang ada. Ambik dan cuba dekat tangan. Memang ada yang aku berkenan pun. Sekali tengok harga dekat Rm120 tapi ada less 20%. tapi masih mahal jugak. Terus aku batalkan niat nak beli gelang ala-ala pandora tu.


“Kenapa tak beli?” Taufik tegur aku dari belakang.


“Tak apalah. Mahal sangat.” aku teruskan berjalan pandang-pandang benda lain. Tapi hati masih dekat gelang pandora tu.


“Awak nie memang tak suka membeli erh. Jarang saya tengok perempuan macam nie.”


Nie puji ke bodek?


“Sebab saya memang tak suka membeli. Dari membeli baik simpan duit tu.”


“Nak ais krim saya belanja.”


kami sama-sama berhenti dekat tempat yang jual ais krim.


“Betul ke awak belanja?” aku tanya dia lagi.


“Setakat ais krim yang harga dua ringgit nie boleh la.” dia sengih dekat aku.


Untuk aku aiskrim mint dan dia ais krim chocolate.


“Awak berapa lama lagi nak habis belajar?” Taufik tanya aku.


“Lagi setahun.” aku pandang dia. “Kenapa?”


“Nak masuk meminang.” serius aje ayat dia.


“Kalau tak melawak tu bukan Taufik namanya.”


Kami sama-sama duduk dekat atas batu sementara tunggu kawan-kawan dia yang tengah seronok duk memborong.


“Eh jap erh. Saya ada barang nak beli dekat mummy. Awak boleh kan duduk sini sorang-sorang.” Taufik terus bangun dan tunggu jawapan aku.


“Boleh ajelah.pergilah cepat.”


Terus Taufik jalan laju-laju. Apa benda la yang dia nak beli dekat mummy dia tu. Tak sampai setengah jam Taufik datang balik. Eloklah kawan-kawan dia yang lain pun semua dah ada dekat sini. Masa kami sama-sama jalan kaki nak ke hotel dia sempat tunjuk t-shirt 'I LOVE PENANG' yang dia beli dekat mummy dia. Anak mummy la nie.


“Nanti saya bawak awak jumpa mummy saya nak?” Taufik cakap bisik-bisik dekat aku.


Aku toleh tengok dia dekat sebelah. Apa ke hal nak bawak aku jumpa mummy dia pulak.


“Kenapa pulak nak bawak saya?” aku pandang dia pelik.


“Boleh kenal-kenal dengan mummy saya.” dia senyum segaris.


“Hish. Tak naklah saya.” segan aku.


“Kenapa tak nak?”


“Awak nie kan. Banyak sangat sebut perkataan ayat kenapa hari nie. Kenapa?” aku tanya dia balik.


Terus dia gelak kuat-kuat.


“Nanti jumpa mummy saya erh.” Taufik masih lagi bersisa ketawa.


“Kenapa saya nak kena jumpa mummy awak.” aku jungkit kening.


“Sebab saya suka awak.” dia kenyit mata dekat aku.


Hampir nak terlepas telefon di tangan. Dia nie main-main ke serius? Aku terus jalan laju buat-buat tak layan. Bukan boleh layan sangat nanti jadi benda lain.


**********


Pagi tu kami berjalan-jalan ke bukit bendera. Orang punyalah ramai. Nasib baik keluar awal pagi. Masa nak naik keretapi Taufik dan Nian terpisah dengan rakan-rakan yang lain. Akibat orang yang ramai. Kami terpaksa tolak menolak. Aku dengan Taufik terpaksa merapat ke bahagian paling dalam. Dan kedudukan kami setentang.


Mula aku nak berpeluh kalau dah rapat sangat macam nie. Aku nampak Taufik dah senyum sampai ketelinga walaupun tak pandang aku. Sebab rapat sangat macam aku boleh bau minyak wangi dia dengan lebih dekat.


“Saya tak salah.” ayat pertama dia untuk aku masa dekat dalam kereta api nie.


Keretapi bergerak menuju ke atas. Taufik letak tangan dia dekat tepi aku.


“Saya tak nak orang lain tersentuh awak.”


Aku pandang dia. Mungkin dia dapat rasa yang aku mungkin tak selesa. Terpaksa la aku hadap scene yang macam cerita hindustan nie. Huhu.


Lega rasanya bila train dah sampai. Orang pertama yang tarik nafas lega adalah aku.


Dah lama tak naik Bukit Bendera nie. Last naik masa darjah dua macam tu. Lepas tu sekaranga jelah dapat naik.




“Nian..Nian berdiri dekat situ.” aku terus berhenti dan pusing menghadap Taufik. Belum sempat nak senyum. Taufik dah ambik gambar aku guna DSLR dia.


“Eh ambik gambar orang curi-curi.” aku buat-buat marah dia.


“Tak apa. Tak kena bayar pun.” dia sengih dekat aku. Ceh!


Lepas saja habis pusing satu Bukit Bendera nie, kami pergi pulak dekat Art street. Masa dalam kereta telefon Taufik berbunyi. Dia pandang aku sebelum jawab. Yang aku dengar . Baik pakcik. Baik pakcik.


Sampai dekat art street kami lepak sana sampai malam. Kebetulan dekat dengan padang kota lama. Malam-malam minggu macam nie. Ramai orang. Banyak couple. Ada busking pulak. Aku duduk dekat tembok yang dekat padang permainan. Dengan hembusan angin laut ditambah pulak dengan muzik budak- budak busking nie. Tiba-tiba rasa seronok. Taufik duduk tepi aku sambil sua kacang rebus. Aih! Tadi dah makan takkan tak kenyang lagi. Aku geleng sebab dah kenyang.


“Dah lama tak busking.” mata Taufik pandang budak-budak yang tengah busking.


“Eleh macam la tahu. Suara pun tak sedap.”


“Saya memang tak nyanyi tapi saya main instrument.”


Aku angguk tanda paham.


“Sir..Miss.. merpati dua sejoli. Mau beli bunga?” Amoi yang pegang bakul penuh dengan kuntuman mawar merah berdiri depan aku.


“Eh tak apa la..” aku geleng kepala dekat amoi tu.”


“Murah saja. Satu kuntum sepuluh ringgit dapat free gift teddy bear kecil lagi. Sesuai sangat untuk orang yang tengah bercinta nie. ” Amoi tu masih tak mengalah. Mesti major in marketing nie. Ayat dia manis.


“Bagilah satu.” Taufik keluarkan duit dari wallet dia.


“Terima kasih abang kacak.” senyum lebar amoi tu.


Taufik tenung bunga ros tu sebelum suakan dekat aku.


“Hadiah sebab sudi jadi pemandu pelancong saya.” dia letak atas riba aku.


Aku rasa macam tak jadi pemandu pelancong dia pun sebab semua jalan dia tau. Aku pandang Taufik yang dah jalan dekat bebudak busking tu. Apatah yang dia cakap terus budak busking tu bagi dia main drum.


Drum nie tak adalah kecik sangat. Tak adalah besar sangat. Drum untuk busking. Aku tengok Taufik main dengan penuh gaya. Kawan-kawan dia yang lain dah bersorak sakan dah. Dari dari raut wajah dia aku nampak dia kesunyian. Ada benda yang dia simpan.


Dah malam sangat. Kami pun pulang dekat hotel. Masa dekat lobi sempat Taufik pesan dekat kami.


“Esok lepas check-out kita pergi rumah Nian. Korang dah setujukan tidur sana. Isnin baru balik.” semua angguk tanda setuju. Sebelum balik ke bilik.


Rumah Nian? Maksudnya rumah aku. Apasal aku tak tau.


“Taufik.” aku jerit panggil nama dia. Tak sempat dia masuk lif.


Kami berdua aje ada dekat lobi.


“Ye sayang.” dia jalan dekat aku.


“Awak cakap tadi rumah Nian. Maksudnya rumah saya. Kenapa hari isnin baru nak balik. Nak tidur mana?”


“Tidur rumah Nian.” tenang saja ayat dia.


“Rumah Nian tu rumah saya. Macam mana saya tak tau?” suara aku kuat gaya macam nak marah.


Cepat-cepat dia tarik hujung tangan baju aku. Punat lif ditekan.


“Abah awak jemput menantu dia datang takkan nak tolak.”


Masa dekat dalam lif dia tekan tingkat 4 untuk bilik aku dan tingkat 5 untuk bilik dia.


“Kenapa saya tak tau. Kenapa awak tak cakap. Kenapa abah tak call saya pun.” aku pandang dia lagi.


Sampai tingkat 4 dia cepat-cepat tolak aku keluar. “selamat malam cik kenapa.”


Pintu lif ditutup. Dia nie menyakitkan hati betullah.