Copyright© All Rights Reserved akubukannovelis.blogspot.com

25 Oct 2013

CERPEN : DETEKTIVE CINTA



“Hiak… Hiakkk.…” aku tendang punch bag sekuat hati.

“Oii lepas geram ke?” Zana kawan baik aku yang tengah buat renggangan menegur aku.

Aku tersengih dengar ayat Zana. Lepas geram pun iye jugak.

Dalam pada masa yang sama telefon bimbit aku berbunyi tanda ada panggilan. Cepat-cepat aku angkat telefon.

“Ye Tuan.”

“Datang pejabat saya sekarang. Ada tugas untuk awak.”

“Baik Tuan.” Aku terus simpan telefon dalam poket seluar.

“Apahal wei?” Zana jalan menghampiri aku.

“Tuan Haji telefon.. ada job untuk aku rasanya.” Aku terus kemas-kemas barang.

Lepas ucap selamat tinggal aku terus tinggalkan Zana. Tuan Haji tu sebenarnya bos aku. Nak tahu apa kerja aku? Aku nie kiranya sebagai penyiasat persendirian dalam masa yang sama sebagai bodyguard. Mesti korang tak pahamkan skop kerja aku nie macam mana?

Tempat kerja aku nie sebenarnya macam badan berkanun la.. half kerajaan half lagi swasta. Kadang-kadang kami bekerjasama dengan polis untuk tangkap penjenayah terutamanya dalam kes culik tak pun yang melibatkan kes dadah tapi selalunya aku yang perempuan nie akan dilebihkan untuk kes culik yang berkaitan dengan kanak-kanak keluarga diraja, keluarga VVIP, keluarga orang biasa-biasa tak pun kes pemerdagangan kanak-kanak.

Aku ketuk pintu bilik Tuan haji. Masuk-masuk dekat dalam bilik ada tiga individu lain yang aku tak kenal.

“Kenalkan ini Irene. Irene Anisa.” Tuan Haji kenalkan aku dekat tiga orang individu tadi.

Aku hanya bersalaman dengan seorang wanita yang agak berusia.

“Irene saya kenalkan yang ini ACP Dato Majid ketua polis bahagian jenayah berat, Ini Tan Sri Muzaffar dan ini Puan Sri Sharifah Munirah.”

Aku hanya mengangguk senyum sahaja.

Tan Sri Muzaffar memulakan bicara. “Macam nie Irene, Anak saya Shah Iskandar sekarang nie dalam bahaya. Saya dapat berita yang anak saya akan diculik dan dijadikan tebusan sebelum dibunuh untuk mendapatkan nilai tebusan sebanyak RM 14.3. juta ringgit.”

Ternganga aku dengar RM 14.3 juta ringgit, wow! Kalau macam nie baik aku yang culik anak dia je. Muehehe.

“Anak Tan Sri dengan Puan Sri umur berapa tahun dan banyak sangat duit yang Tan Sri dan Puan Sri akan bagi nanti.” Aku tenung dalam-dalam muka sorang-sorang. 14.3 juta banyak sangat la nak bagi.

“Mereka tak mahu duit mereka mahu syarikat, tanah-tanah dan segala asset yang kami ada. Anak saya berusia 27 tahun.”

“Haaa 27 tahun.” Terkejut aku. Kalau 7 tahun boleh blah lagi.. nie 27 tahun bukan dalam bidang kuasa aku nie.

“Kenapa pilih saya?” aku tanya lagi.

“Sebab awak yang paling layak diantara semua.” ACP Dato Majid pulak mencelah.

“Paling layak?” aku buat muka tak paham.

ACP Dato Majid sambung lagi. “Saya dah serahkan tugasan nie dekat 3 orang anak buah saya malangnya setiap sorang tak boleh pakai. Mana taknya Shah yang mengajar diorang macam-macam sampai terpengaruh budak-budak tu, last sekali kerja tak jadi enjoynya lebih.”

 “Tapi saya nie perempuan.” Aku cakap lagi. Mana nak tahu dengan ayat ‘perempuan’ nie buat pintu hati diorang tak mahu aku ke.

“Sebab awak perempuan la senang kerja kami. Kalau dengan perempuan anak kami malu-malu, rasa segan dan dia tak mungkin dapat mempengaruhi awak.” Puan Sri Munirah pulak menyampuk.

Aiseh! Sakit pulak kepala aku nie tiba-tiba.

“Kami akan sediakan segala kemudahan untuk awak.. rumah, kereta, elaun dan duit gaji awak kami akan bayar tiga kali ganda dari biasa. Saya akan beri duit inseantif, bonus dan pakej percutian untuk awak.”

Waw! Giler tak nak. Mata duitan betul aku nie. Cepat saja aku setuju.

“Nie surat perjanjian. Awak baca dan tandatangan.” Tuan Haji serahkan untuk aku.

Peraturan-peraturan.

1-      Tidak boleh bercinta, mencintai atau dicintai Shah Iskandar.
2-      Tidak boleh tergoda, mengoda atau digoda Shah Iskandar
3-      Tidak boleh terpengaruh, mempengaruhi atau dipengaruhi oleh Shah Iskandar.
4-      Sentiasa berada disisi Shah Iskandar.
5-      Tidak boleh mendedahkan identiti anda sebagai penyiasat atau pengawal peribadi.
6-      Menjadi tanggungjawab anda untuk memastikan segala keselamatan Shah Iskandar terjamin.
7-      Tidak boleh mengambil cuti.
8-      Kontrak ini sah sehingga akhir bulan oktober 2013.

Aku sign kontrak perjanjian tersebut. Akhir bulan oktober maknanya aku hanya ada lebih kurang sebulan setengah sajalah lagi. Nasib baik tak lama. Tapi anak dia handsome sangat ke sampai tak boleh jatuh cinta?

“Ini kunci rumah, kunci kereta, kunci pendua  rumah Shah Iskandar dan ini duit sara hidup Irene.”

Aku sambut huluran beg kertas yang Puan Sri Munirah hulurkan untuk aku.

“Esok awak akan mula menjadi senior executive design dan awak akan dinamakan sebagai Nadia.”

Nadia? Nasib baik nama tu sedap. Kalau tak mahunya aku suruh Tan Sri tukar nama lain.

Tiba-tiba ACP Dato Majid menyampuk. “ Dalam bilik awak, kami sudah sediakan tv cctv dimana setiap inchi rumah Shah Iskandar awak akan dapat lihat melalui tv cctv.”

Sudah selesai segala hal aku ajak Zana teman aku pergi Shopping. Selama nie hanya berseluar jeans aje. Lepas nie kena pakai baju kurung, skirt, maxi dress. Auw! Perempuan gitu. Susahlah lepas nie nak angkat kaki nak pukul orang.

***************************************************************

Pagi-pagi lagi aku dah datang syarikat yang bernama Teguh Millenium Sdn Bhd. Rambut palsu potongan pendek yang berwarna perang dibahagian bawah dan cermin mata tak ada power akan aku pakai sampai habis kes ini.

“Selamat pagi saya Nadia, hari ini hari pertama saya bertugas disini.” Aku kenalkan diri dekat penyambut tetamu itu.

“Selamat pagi Cik Nadia, Tan Sri ada maklumkan dekat saya, mari saya tunjukkan bilik Cik Nadia.”

Aku jalan mengekori penyambut tetamu tadi. Sambil berjalan sempat dia kenalkan diri sebagai Alisa. Berusia 21 tahun. Cantik orangnya manis saja, tapi dah kahwin pun.. hehe.

“Okey ini bilik Cik Nadia. Sebelah sana bilik Tuan Iskandar dan sebelah bilik Tuan Iskandar bilik Tan Sri. Selamat bertugas Cik Nadia.”

Aku senyum dekat Alisa. Aku melangkah masuk bilik aku. Cantik giler design office ini. Semua dinding dia adalah dinding kaca. Dari tempat aku nie semua orang aku nampak. Termasuklah Shah Iskandar. Dan semua orang jugak boleh nampak aku.

Tapi apasal dia tak masuk lagi? Dah pukul 9 lebih nie. Alah biasalah kalau anak bos selalu masuk lambat, kuat mengelat.

Elok aku duk kutuk dia tiba-tiba aku nampak susuk tubuh lelaki masuk ke dalam bilik. Inilah Shah Iskandar. Not bad.. tinggi, hidung mancung, rambut style korea sikit. Sedap sikit nak cuci mata pun.

“Tak payah nak pandang saya lama-lama, masuk bilik saya sekarang.”

Tiba-tiba intercom bilik aku berbunyi. Macamlah aku nak pandang dia sangat. Aku berjalan masuk ke bilik Shah Iskandar.

“Selamat pagi Encik.” Aku berdiri depan dia. Okey misi aku sudah berjalan sekarang.

“Selamat pagi, silakan duduk.”

Aku duduk dekat atas kerusi depan dia.

“Tugasan Cik Nadia hari nie adalah designkan saya sebuah rumuh banglo mewah. Letak atas meja saya esok pagi.”

Alamak! Matilah aku mana aku tahu benda-benda macam nie.. buat masalah betullah.

“Esok pagi?” aku pandang dia tak berkelip.

“Iye esok pagi, lagipun Cik Nadia ada pengalaman selama 3 tahun, rasanya tak ada masalah kan?” dia berpeluk tubuh sambil pandang aku.

“Tak ada masalah encik.”

“Bagus.. awak boleh keluar sekarang.”

Matilah aku. Aku nak mintak tolong siapa nie? Uwaaaa… sadisnya kisah hidup aku. Kan senang kalau jaga budak-budak.. nie kena jaga bapak budak naiyalah hidup aku.

“Nak lukis atas apa?” sempat aku tanya sebelum melangkah keluar.

“Lukis dekat dahi.” Sarkastik sungguh ayat dia. Aku lempang nanti baru tahu.

“Okey!” aku mendengus kuat. Sakit hati sungguh dengan dia.

“Lukis dekat atas kertas Cik Nadia. Kalau saya setuju baru saya suruh designkan melalui system.”

Aku tak kalih pun pandang dia. Berjalan masuk bilik aku. Tapi dari bilik aku, aku boleh nampak dia pandang aku. Cucuk bijik mata nanti baru tahu.

Akhirnya dengan sebulat suara ahli Jemaah tingkap antara aku dengan Zana, Zana dah setuju untuk mengabdikan diri adiknya untuk menolong aku. Aku bukan tak tahu nak lukis. Setakat orang lidi tak pun lukis rumah petak aku tahulah yang nie nak lukis rumah mewah. Kalau tak kena dengan kepala otak Shah Iskandar tu aku jugak yang kena marah. Nanti tak pasal-pasal dapat penumbuk free dari aku.

Elok aku sampai rumah yang Tan Sri bagi pinjam tu aku nampak ada kotak besar depan pintu rumah aku.

Dari Zana, untuk Nadia.

Aku buka kotak tu tengok-tengok ada segala buku pasal design rumah. Segala contoh rumah, jenis rumah, kira-kira untuk tapak, nama jenis kayu-kayu, batu-batu, simen-simen, tu belum masuk dengan CD system yang Zana bagi dekat aku AutoCad la, photoshop la, semua ada.. tiba-tiba rasa terharu pulak ada kawan macam nie. Tapi rasa nak lempang pun ada, ada ke patut bagi aku benda nie.. meh la ajar aku.. aku bukan paham pun kalau bagi macam nie. Apa-apa pun terima kasihlah Zana.

Aku selak sliding door sambil betulkan rambut palsu aku. Kalau tak salah aku rumah Shah Iskandar tu atas rumah aku saja tapi sebelah kiri. Kalau ada rezeki aku jumpa la dia. Tapi macam mana nak buat dia bagi perasan aku?

Tiba-tiba aku dapat idea. Boleh ke tak boleh pakai ke aku try dulu.

“Oooo hoi.. senyumlah.. senyumlah ahai cek mek molek..” aku nyanyi kuat-kuat sambil mata terjeling-jeling dekat atas rumah dia. Tak keluar pun.

Cuba lagilah.

Aku masuk rumah dan pasang radio kuat-kuat. Okey mula.!

Aku menari poco-poco dekat balkoni yang sekangkang semut nie.

“Hoi perempuan nak menari poco-poco pun pikirlah orang sama! Memekak saja.”

Pergh! Kena sound beb nasib baik aku tengah waktu bekerja kalau tak memang nahaslah mamat nie, nasib baik aku kenal suara siapa.

“Eh! Suka hati sayalah…” aku pusing pandangan dekat arah suara itu.

“Eh, awak pekerja baru saya.. apa nama awak Nadia kan? Duduk sini ke? Baru ke lama?.” Sempat dia berbasi-basi dengan aku. Ingatkan nak sound aku lagi.

“Laaa Encik Iskandar ke.. ingatkan siapa la tadi sesuka hati sound-sound orang. Aha saya duduk sini. Baru aje lagi pindah sebab nak dekat dengan officekan.. Encik Iskandar duduk dengan wife ke? Mana dia tak nampak pun.” Heheh padahal aku tahu dia single lagi.

“Saya single lagi la.. meh la datang rumah saya boleh kita borak-borak.”

Ajak perempuan macam ajak kawan lelaki lepak rumah.

“Bahaya Encik.. nanti tak pasal-pasal kena tangkap. Tapi Encik tunggu sekejap erh.”

Aku masuk dalam rumah dan bancuhkan dia white coffe dan dengan sepantas kilat aku naik atas rumah dia dan letakkan white coffe depan pintu rumah lepas itu aku lari balik ke rumah aku.

“Encik white coffe ada dekat depan pintu.” Termengah-mengah aku bercakap.

“Apa? White coffe?” dia macam tak percaya tapi dia melangkah jugak pergi ambil white coffee yang aku bancuh tu. “Thanks” dia senyum sekilas dekat aku.

Kami sama duduk di balkoni dan berborak. Shah Iskandar menikati white coffee manakala aku pulak menikmati hot milo. Seberarnya Puan Sri ada cakap yang Shah Iskandar suka sangat dengan White Coffee. Aku? Sorry aku tak minum dengan benda yang berkafein  nie. Tak baik untuk tubuh badan aku.

Awal-awal pagi lagi aku dah bersiap untuk ke pejabat. Elok aku nak tekan alarm kereta Mazda RX8 pemberian Tan Sri untuk aku pinjam tiba-tiba Shah Iskandar tegur aku dari belakang.

“Hai Nadia, tumpang sayalah.” Dia senyum dekat aku.

“Hish tak apalah Shah, I prefer naik kereta sendiri aje.” Lepas sesi suai kenal dekat balkoni semalam tak ada Encik atau Cik dah, kecuali semasa dekat office sahaja.

“Kenapa takut boyfriend marah ke?” dia senyum sarkastik dekat aku.

Ringan saja rasa kaki aku nak naik dekat perut dia.

“Saya single but not available.” Aku sengih dekat dia.

“Cepatlah tumpang saya.” Dia terus tarik tangan aku.

Nak tak nak terpaksalah tumpang dia. Aku tekan alarm kereta untuk kunci kereta balik. Shah Iskandar bukakan pintu kereta dekat aku. Terpaksalah naik kereta dia jugak. Tapi senang lagi misi aku rasanya kalau macam nie.

“Kita nak breakfast dekat mana?”

Aku pandang dia sekilas. Kita nak breakfast?

“Saya rasa saya beli nasi lemak depan office saja. Nak makan dekat luar rasanya tak sempat nie.”

Dia tak jawab apa-apa.

“Tiap-tiap pagi saya breakfast rumah mama dengan papa tapi mama kata mulai hari nie tak boleh makan dekat rumah mama dah.” Sedih suara dia.

“Kenapa?” macam menarik la pulak.

“Sebab papa marah hari-hari lambat masuk office.”

Laaa yang tu saja. Anak manja betul dia nie.

“Kenapa tak makan dengan girlfriend?” akhirnya terkeluar jugak ayat nie dari mulut aku.

“Tak ada siapa sudi nak dekat saya nie.”
Tak ada siapa sudi konon entahkan kuat memilih nak yang jenis model saja, baju nak seksi, badan mesti kurus lepas tu tinggi. Alah aku tahulah jenis-jenis anak orang kaya nie.

Kami sampai di perkarangan office. Aku hanya minta Shah Iskandar berhentikan aku dekat tepi jalan saja sebab aku nak beli nasi lemak.

Disebabkan Shah Iskandar tak makan lagi aku dengan berbesar hatinya belikan dia nasi lemak sambal lebih. Hehe pagi-pagi buta makan sambal banyak mau kena sakit perut mamat nie nanti. Aku pandang Shah Iskandar dari jauh dengan tekunnya.

“Selamat pagi Encik.” Aku senyum semanis mungkin dekat dia.

“Selamat pagi.” Dia tak pandang aku pun.

“Saya belikan Encik nasi lemak.” Aku letak bungkusan nasi lemak atas meja dia.

Shah Iskandar angkat kepala sambil pandang aku. Kemudian dia pun tersenyum dan mengucapkan terima kasih.

Aku masuk bilik aku sambil pandang kalender, bilalah misi nie nak habis? Aku rasa macam nak terjatuh cinta pulak dekat Shah Iskandar nie kadang-kadang. Cara pandangan dia, senyuman dia. Aduhai, bikin hati aku tak keruan nie.

Kan bagus kalau aku tak terima tawaran nie. Aku capai kontrak perjanjian antara aku dan keluarga Shah Iskandar. Tak boleh jatuh cinta? Mungkin sebab kami nie tak sama taraf. Tak boleh menggoda? Dia ingat aku nie kaki goda lelaki apa. Sentiasa berada di sisi Shah Iskandar? Hai.. mampuslah macam nie.

“Terima kasih untuk nasi lemak nie. Mana tahu favourite saya sambal lebih?” terpancul muka Shah Iskandar dekat pintu bilik aku. Nasib baik tak melatah. Hish dia nie buat terkejut aku aje.

“Saya agak saja Encik.” Memang aku agak-agak pun. Hehe.

“Jumpa balik nanti.” Dia kenyit mata dekat aku sambil tersenyum.

Ops! Main-main mata pulak!

***************************************************

Pejam celik.. pejam celik..kurang dari dua minggu aku bersama Shah Iskandar.. makin lama aku kenal dia, makin aku terasa seperti dia awing-awangan. Gayanya, citarasanya.. kadang-kadang tingkah lakunya buat aku makin jatuh cinta. Tapi disebabkan aku masih dalam ‘posisi bekerja’ makanya aku terpaksa tahan perasaan aku dekat dia.

Kadang bila hujung minggu kami banyak habiskan masa bersama. Mungkin pada pandang keluarga Shah Iskandar aku keluar dengan Shah Iskandar kerana aku kena menjaga keselamatannya, pada pandangan Shah Iskandar pulak kerana aku kawan dia jadi hujung minggu masa untuk lepak-lepak. Pada pandangan aku pulak, aku merasakan yang aku nie keluar dengan kekasih hati, menghabiskan masa pada hujung minggu setelah penat bekerja. Alahai romatiknya.

“Hoi mengelamun!” pap! Cadbury dairy milk selamat mendarat atas kepala aku nie nasib baik tak berlubang kalau tak aku smack down dah dia nie.

Aku pandang dia dekat sebelah atas. Buat isyarat mata yang aku tengah marah.

“Hoi jiran sebelah tak boleh ke kalau tak main baling-baling?” aku capai Cadbury milk yang dah jatuh.

“Sebeum nie biasa saja main baling-baling, awak kan cekap kalau bab-bab tangkap nie.”

Macam nie kami kalau nak bersembang, dari balkoni ke balkoni. Kadang-kadang main baling gula-gula, tak pun main baling-baling roti, lagi dasyat main baling bantal. Hebat tak kami? Hehe.. sweetkan?

“Jom main teka-teka nak?” tiba-tiba Shah Iskandar buat permintaan yang tak masuk akal.

“Teka apa?” confius kejap.

“Cuba teka tadi siang saya mandi pakai apa?” dia dah tersengih-sengih.

Hish dia nie.. ke situ pulak. “Tak mau la.. teka yang lainlah.”

“Ala teka la, tekalah..”

“Okey nak teka sangat erh.. tak pakai apa-apa pun.” Haaa ambik kau. Bukan salah aku okey. Dah dalam rumah dia ada CCTV termasuklah dekat dalam bilik air sekali, jadi tugas aku nak jaga keselamatan dia terpaksalah aku curi-curi tengok. Ops!

Terus terdiam Shah Iskandar dengar jawapan aku. Kan aku dah kata jangan suruh aku teka.

“Tadi tengahar saya makan apa?” dia tak berputus asa lagi nampaknya.

“Manggi.” Dengan yakinnya aku jawab.

“Tadi siang saya tidur tak?”

“Tak.” Hehe.. syok pulak aku main teka-teka.

Muka dia macam kecewa aje. “Okey last yang nie mesti awak tak boleh jawab punya.. saya yakin seratus peratus awak tak boleh jawab.”

Eleh yakin aje dia. “Okey teruskan.”

“Saya shampoo ke tak harinie?”

Aku gelak kuat-kuat. “Yang itu aje? Itu aje?”

“Yelah habis itu? Itu yang paling susah saya rasa.”

“Kalau saya jawab betul.. apa saya dapat?” aku jungkit-jungkit kening.

“Dapat kahwin dengan saya lah nak?”

Nak! Aku mampu jawab nak dalam hati aje. Aku buang perasaan cinta jauh-jauh. Kondo yang menghadap jambatan Pulau Pinang nie betul-betul buat aku tenang sekejap.

“Apa lagi tu.. nak jawab ke tak nak?”

“Yelah saya jawab.. awak tak shampoo kan?” padahal aku tahu hari-hari dia shampoo rambut dia.

“Saya shampoolah.. awak nie kan dah salah tu. Tak nak kahwin dengan saya ke?”

Apasal lah dia nie sweet tiba-tiba. “Cantikkan jambatan Pulau Pinang malam nie?” sengaja aku nak tukar topic..

“Hai hari-hari tengok pun nak kata Jambatan tu cantik..”

“Dahlah saya nak tidur.. good night.” Aku terus masuk dalam rumah dan tutup pintu sliding door. Aku berjalan ke bilik CCTV. Memerhati setiap inci rumah Shah Iskandar.

Tak sampai sepuluh minit Shah Iskandar masuk ke biliknya. Membaca buku lepas itu tak sampai dua puluh minit tertidur. Kacak jugak dia nie bila tidur.. hehe.

***********************************************************

Semenjak dua menjak nie terasa ada orang yang memerhati dan mengekori kami.. dan dengan segera aku cepat maklumkan pada Tuan haji dan ACP Dato Majid.

Ketika aku dan Shah Iskandar ke tempat parking kereta aku terasa ada orang mengekori kami. Kebetulan aku memang tumpang kereta Shah Iskandar pun nak ke tempat kerja.

“Shah.. masuk dalam kereta cepat.” Cepat-cepat aku bagi arahan.

“Kenapa pulak nie? Macam tak senang duduk aje.”

“Sakit perutlah. Nak balik rumah cepat-cepat nie.” Aku berjalan laju-laju kalau boleh lari dah lama aku tarik Shah Iskandar lari sekali. Jadi sebab tak nak nampak sangat dia dalam bahaya jadi terpaksa aku buat biasa-biasa sahaja.

“Alamak tayar pancit pulak.”

 Aduh masalah betullah. Nie mesti kerja diorang nie. Cepat-cepat aku capai telefon bimbit untuk maklumkan dekat ACP Dato Majid mengenai situasi kami. Belum cepat aku nak dail number terasa hentakkan yang kuat di kepala aku.

Dalam samar-samar aku terasa ada empat individu yang aku tak kenali, Shah Iskandar aku tak nampak pun. Dan gelap…

Sedar-sedar sahaja sakit kepala aku, berdenyut-denyut jadinya. Bila tangan nak picit kepala baru aku tersedar tangan dan kaki aku terikat. Rambut palsu dah terbang ke mana hala pun aku tak tahu.

“Shah..Shah..” aku panggil Shah Iskandar. Keadaan aku sekarang nie tak penting, yang sangat penting adalah Shah Iskandar. Kalau apa-apa jadi dekat dia aku takkan maafkan diri aku.

“Shah!” aku hentukkan kepala aku dekat belakang kepala dia.

“Wei sakitlah!”

Haaa baru dengar suara dia. Ingatkan dah kemana hala tadi perginya.

“Well.. well.well.. Irene Anisa.. berjumpa lagi kita nampaknya.” Aku panggung kepala ke atas.

Mat lekat!

Siapa tak kenal mat lekat? Sebelum nie aku dah Berjaya gagalkan dua rancangan jahat dia. Mengugut anak-anak orang kaya dengan meminta asset. Akhirnya bertemu jugak aku dengan dia.

“Siapa Irene Anisa dia Nadialah, pekerja aku. Korang nie siapa haa..!” Suara Shah Iskandar memecah hening seketika.

Aku telan air liur. Kalaulah Shah Iskandar dapat tahu hal sebenar apa la yang dia akan fikir fasal aku?

“Ho..ho..hotak kau! Perempuan yang cantik nie kau boleh cakap pekerja kau. Hello kawan, ini perempuan wa punya musuh ma. Dia nie detective ma. Semua rancangan wa gagal sebab dial oh, sikarang haa ini perempuan kena mati.. hahahhaha..” berdekah-dekah mat lekat nie ketawa.

Rasa nak terajang aje muka dia. Geram betul aku.

“Kalau kau nak dia pun apa kena mengena dengan aku haaa? Lepaskanlah aku..!” meronta-ronta Shah Iskandar minta dilepaskan.

“Haish. Stress!” dia luku kepala Shah Iskandar.. “ Sebab kaulah mangsa utama kami, apalah sengal sangat anak orang kaya nie. Sebabkan aku nak semua harta-harta kau jadi perempuan bajet jantan nie akan tawarkan diri dia untuk lindungi kau. Konon macam superherolah.. padahal ambik kesempatan. “

Anak-anak buah Mat Lekat menanggal tali ikatan di tangan dan kaki Shah Iskandar, Cuma aku yang masih terikat. Shah Iskandar di heret di hadapan aku. Mata kami bertentang seketika. Hilang cermin mata, hilang juga rambut palsu. Yang tinggal hanya uraian rambut panjang aku sahaja.

Dalam masa yang sama aku capai pisau lipat dari poket seluar belakang dan aku potong perlahan-lahan tali di tangan aku.

Tiba-tiba Mat Lekat keluarkan satu kertas dari poket belakangnya.

“Peraturan-peraturan antara perempuan dia dengan family kau.” Mat lekat tersengih.

“Tidak boleh bercinta, mencintai atau dicintai Shah Iskandar. Padahal kau dah cintakan Shah Iskandar nie kan? Fall in love gitu.” buk! Satu tendangan hinggap di muka Shah Iskandar. Meraung dia kesakitan.

“Sentiasa berada di sisi Shah Iskandar.” Satu tendangan di perut Shah Iskandar pulak.

Aku masih gagahkan diri untuk potong tali nie. Lagi lambat aku buat kerja silap-silap hari bulan mati Shah Iskandar dibuatnya.

“Menjadi tanggungjawab anda untuk memastikan segala keselamatan Shah Iskandar terjamin. Memang tak terjaminlah kalau dah jumpa Mat Lekat.” Dia baling kertas itu, dan terus memukul Shah Iskandar.

Berdarah-darah aku tengok Shah Iskandar, akhirnya tali ikatan tangan aku terlepas dan sekali gus melepaskan ikatan di kaki aku. Tanpa banyak tanya aku terus tending Mat Lekat dari belakang.

Anak-anak buah Mat Lekat yang empat orang tu datang dan kepung aku. Tanpa rasa takut dan rasa gementar kesemua mereka aku tendang, tumbuk, tampar dan aku karate sorang-sorang sampai lembik. Tapi satu tumbukan dari anak buah kesayangan Mat Lekat membuatkan aku tak dapat mengelak dan terjatuh ke belakang.

Disebabkan aku tak dapat bangun, aku pulak di tendang dan ditumbuk oleh anak buah kesayangan Mat Lekat tu. Berdarah hidung dan mulut aku. Dengan segala kekuatan yang aku ada, aku tendang celah kangkang anak buah Mat Lekat dan aku karate belakang tengkuk dia dan dia terus pengsan.

Hanya tinggal Mat Lekat sorang saja sekarang nie. Ooo berani erh kau pukul-pukul Shah Iskandar aku sampai lembik..

Mat Lekat cepat-cepat keluarkan pedang samurainya. Segala ilmu yang aku belajar akan aku guna pakai kali nie.

“Si cantik manis, kalau mati rugi..” dia buat ayat gatal mengada.

“Mati tak mati belakang kira sekarang aku yang nak kau mati.” Aku buka langkah.

Pedang dikilas depan aku dan aku elak ke belakang. Fuh nasib baik tak kena.

“Amoi manyak pandai elak ye..”
Aku buka langkah satu persatu, gerak aku atur perlahan biar nampak cantik. Rambut aku ikat sanggul. Okey let’s fight.

Pedang samurai dihala di hadapan aku. Dengan tangkas aku tepih dengan siku, terluka siku aku dengan pedang samurai.

“Amoi manyak berani.”

Sekali lagi Mat lekat kibas pedang samurainya di paha aku. Aku jatuh terduduk. Berdarah kaki aku. Belum sempat dia nak penggal kepala aku, aku tendang kaki dia sekuat hati. Mat Lekat jatuh terduduk dan pedang samurainya hilang entah ke mana.

Kami sama-sama berdiri memandang satu sama lain. Aku pandang Shah Iskndar seketika, Shah Iskandar pengsan.

Aku mula bertarung dengan Mat Lekat. Tendangan dan tumbukannya berjaya aku elak. Dengan kekuatan yang ada aku tendang muka Mat Lekat sekuat hati hingga dia terjatuh.

Aku raba-raba poket mencari telefon bimbit, setelah jumpa cepat-cepat aku dail number ACP Dato Majid memberitahu situasi kami.

Elok aku nak pusing menghadap Shah Iskandar.. aku nampak Mat Lekat dengan pedang samurainya ingin menikam Shah Iskandar.. dengan sekuat hati aku membaling telefon bimbit dan seperti jangkaan ia tepat mengena Mat Lekat. Mat Lekat jatuh dan pengsan.

Aku capai tali dan ikat Mat Lekat, aku capai tali lain pula dan ikat anak-anak buah Mat Lekat.

“Shah..Shah..” aku angkat Shah Iskandar ke pangkuan aku dan aku riba dia. Ak tepuk-tepuk perlahan muka dia.

“Aduh..Aduh..” Shah Iskandar meraung kesakitan.

“Awak okey tak nie?” aku pandang dia dengan perasaan cemas.

“Kalau aku tak okey pun kenapa? Takut kena hilang kerja? Nadia konon..” pandang tajam Shah Iskandar untuk aku.

Sakit hati aku tiba-tiba. Terdiam sebentar.

“Awak kena dengar dulu penjelasan saya.”saya cuba cakap elok-elok dengan dia.

“Tak payah nak jelaskanlah. Kau nie perempuan yang pandai berlakon. Cakap putar belit, hebat lakonan kau.!”

Aku cuba bersabar lagi.

“Nadia la, arkiteklah. Rupa-rupanya detective. Datang menyiasat dan melindungi. Aku dah baca semua dalam kontrak kau nie. Menyesal aku jatuh cita dengan kau. Perempun tak guna. Kau nie memang jenis perempuan yang suka mainkan lelaki kaya macam aku ke?”

Dengan rasa marahnya aku genggam kolar baju Shah Iskandar. “Aku kerja untuk jaga kau, pastikan kau selamat. Aku tak pernah bermain dengan perasaan aku.. kalau kau rasa menyesal kenal aku kau boleh blah! Aku tak mintak pun kau jatuh cinta dengan aku. Dan aku mengaku memang cintakan kau. Tapi disebabkan perangai bodoh kau nie aku dengan bangganya nak cakap aku menyesal jatuh cinta dengan kau.!”  Aku tolak dia ke belakang.

“Irene.. Irene..” sayup-sayup suara Tuan Haji memanggil aku.

“Kau kena ingat apa aku buat nie aku tak anggap sebagai kerja tetapi kasih sayang.” Aku sapu perlahan air mata aku dan berjalan ke arah suara Tuan Haji.

******************************************************

Alhamdulillah semuanya selesai dengan selamat. Kaki dengan siku aku kena jahit sikit tapi sakit jahitan tu langsung tak terasa tapi yang paling terasa sakit di hati.

“Ini tiket percutian awak dan duit belanja sekali.”

Aku sambut huluran sampul yang dihulurkan oleh Puan Sri. Aku jeling-jeling Shah Iskandar yang lebam-lebam dekat muka.

“Ini kunci rumah, kunci kereta dan duit yang Puan Sri beri, saya tak guna pun duit tu sebab duit saya masih ada lagi. Lagipun saya kerja nie ikhlas dan tak mengharapkan balasan.” Aku senyum dekat Puan Sri dan Tan Sri.

“Kalau Ikhlas tak menipu.” Perlahan suara Shah Iskandar tapi aku dapat dengar dengan jelas.

“Saya nak ucapkan terima kasih sebab memasikan keselamatan Shah Iskandar terjamin, kalau Irene taka da tak tahulah kami mungkin anak kami dah taka da. Terima kasih banyak-banyak.” Tan Sri pulak bercakap.

Aku hanya tersenyum saja.

“Sakit ke luka tu?” Puan Sri pegang tempat kena jahit.

“Tak sakit pun tapi dekat hati yang sakit sangat.” Aku pandang dalam-dalam muka Shah Iskandar biar dia terasa.

“Baiklah Puan Sri saya balik dulu, ada kerja tak siap lagi.” Aku minta dulu dan melangkah pergi.

Mungkin lepas ini aku dah tak jumpa Shah Iskandar lagi. Dan aku pun dah tekad untuk berhenti kerja. Nak tolong Zana uruskan bisnes butik pengantin kami berdua. Dan yang pasti aku takkan terlibat lagi dengan benda-benda macam nie.

*******************************************************
TIGA BULAN KEMUDIAN…

“Wei beb ada orang nak jumpa.” Zana kejutkan aku ketika aku sibuk-sibuk duk siapkan hantaran client aku.

‘Siapa?” aku tak pandang pun Zana, tekun dengan kerja aku.

“Entah.”

Aku tinggalkan kerja aku dan jalan turun ke bawah.

Terkejut aku tengok Shah Iskandar, Puan Sri dan Tan Sri. Aku jemput mereka duduk.

“Saya dalam bahaya.” Shah Iskandar pandang aku.

“Bukan Mat Lekat dekat dalam penjara ke?” aku keliru sebenarnya, siapa pulak nak culik mamat nie.

“Anak saya akan kena culik dalam beberapa bulan lagi, saya nak Irene ambik kes nie balik demi masa depan anak kami.” Tan Sri pandang aku.

“Tapi saya dah berhenti.” Aku buat muka tak nak.

“Saya minta tolong Irene sangat-sangat nie. Tolonglah anak kami.” Puan Sri pegang tangan aku.

“Yelah.. yelah..” jumpa balik mamat nie.

“Ini kontarkanya..” Shah Iskandar hulur kontrak depan aku.

Peraturan dan perjanjian.

1-      Boleh bercinta, mencintai atau dicintai Shah Iskandar.
2-      Boleh tergoda, mengoda atau digoda Shah Iskandar
3-      Boleh terpengaruh, mempengaruhi atau dipengaruhi oleh Shah Iskandar.
4-      Sentiasa berada disisi Shah Iskandar.
5-      Boleh mendedahkan identiti anda sebagai kekasih dan isteri Shah Iskandar.
6-      Menjadi tanggungjawab anda untuk memastikan segala keperluan Shah Iskandar terjamin.
7-      Boleh mengambil cut dan pergi honeymoon.
8-      Kontrak ini sah sehingga akhir hayat.

Sumpah aku tak paham. Aku pandang muka sorang-sorang.

“Kita kahwin.” Shah Iskandar hulur kotak cincin depan aku.

Dia melamar aku depan mama dan papa dia? Malunya aku..

“Mama dengan papa setuju bila Shah cakap nak ambil Irene jadi isteri. Mama dengan papa suka sangat dengan Irene. Mama harap Irene sudi jadi menantu mama.” Puan Sri pegang tangan aku erat.

Antara nak menagis dan ketawa. Aku tak tahu yang mana satu.

“Kami dah pinang Irene dan Alhamdulillah keluarga Irene terima.” Tan Sri tersenyum.

Aku tak tahu nak cakap apa.

“Bila langsungnya?” Zana pulak muncul tiba-tiba.

“Bulan depan, lagi cepat lagi bagus.. tak adalah budak tu berkhayal 24 jam dekat office.”

Aku tersenyum.

Segalanya jadi dengan pantas. Kerja untuk Shah Iskandar, mencintai, berpisah dan tup tup tup nak kahwin pulak.

“Abang sayang Irene.” Shah Iskandar berbisik di telinga aku.

“Thank you.” Aku sambut perlahan.



TAMAT.






22 comments:

  1. best la cerpen ni tapi ending macam rushing je..hehehe..:D
    bila nak post pinangan ke 20?..
    tak sabar nak baca..:D

    ReplyDelete
  2. Best, walaupun baru belajar menulis , akak rasa awak boleh jd penulis yg hebat satu hari nanti...

    ReplyDelete
  3. Bestnyaaaaaa akakkkk :o love it (Y)

    ReplyDelete
  4. danisya el_zara10 April 2014 at 09:44

    Best cerpen ni,,
    Tp ending kurg memuaskn..

    ReplyDelete
  5. Suka, suka, suka! Best gila cerita ni :)

    ReplyDelete
  6. Happy laaaa endingnyaaa..RM

    ReplyDelete
  7. Terimakasih atas sajian informasinya, senang bisa berkunjung ke web anda.
    jika ada kesempata atau waktu, berkunjung lah ke website kami, semoga bermanfaat pula untuk anda.

    ReplyDelete
  8. ish2...drama sgt citer dia.haha...hindustan sgt.tp best gak la.nice job

    ReplyDelete
  9. Best jugak. Tapi Cite terlalu terikat dengan dialog.

    ReplyDelete

  10. Yuk segera join di KHARISMAPOKER situs poker terpercaya, teraman dan tercepat. Pelayan terbaik dan tercepat oleh CS yang berpengalaman dan ONLINE 24 jam.

    PROMO TERBARU KHARISMA POKER:

    * Bonus Referral 20% Seumur Hidup
    * Bonus Turnover 0,5% Setiap Harinya

    KEUNGGULAN KHARISMA POKER:

    * SEMUA BANK KAMI ONLINE 24 JAM !!
    * NO ROBOT & ADMIN
    * 100% Fair Play Member Vs Member
    * Proses Withdraw & Deposit Tercepat
    * Customer Service yang baik, ramah dan cantik.

    MELAYANI TRANSAKSI VIA BANK :

    * BCA
    * BNI
    * BRI
    * MANDIRI
    * DANAMON

    Dengan syarat minimal deposit hanya Rp 20.000 !!

    PENDAFTARAN GRATIS HANYA DENGAN MENGISI DATA DI : http://www.kharismapoker.com/Register

    SITUS POKER ONLINE TERPERCAYA

    LIVE CHAT ; DISINI
    Telp :+85587983703
    BBM ; khpk02
    WA : +85587983703
    LINE ; khpk02

    Link Alternatif Kharismapoker :
    http://wwwkharismacash.com

    ReplyDelete
  11. Dapatkan Penghasilan Tambahan Dengan Bermain Poker Online di www,SmsQQ,com

    Keunggulan dari smsqq adalah
    *Permainan 100% Fair Player vs Player - Terbukti!!!
    *Proses Depo dan WD hanya 1-3 Menit Jika Bank Tidak Gangguan
    *Minimal Deposit Hanya Rp 10.000
    *Bonus Setiap Hari Dibagikan
    *Bonus Turn Over 0,3% + 0,2%
    *Bonus referral 10% + 10%
    *Dilayani Customer Service yang Ramah dan Sopan 24 Jam NONSTOP
    *Berkerja sama dengan 4 bank lokal antara lain : ( BCA-MANDIRI-BNI-BRI )

    Jenis Permainan yang Disediakan ada 8 jenis :
    Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker - Bandar 66

    Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi Kami Di :
    WA: +85577773548
    Skype: SANTI WINATA888@GMAIL.COM

    KALAU MINAT DAFTAR CHAT WA AJA AKU YAH ALL

    WELCOM : WWW . SMSQQ . COM

    I SANTI WINATA BIG BOS SMSQQ

    ReplyDelete