Copyright© All Rights Reserved akubukannovelis.blogspot.com

30 Dec 2012

Selamat Tahun Baru..

salam dan hai.. 

esok dah masuk tahun 2013, permulaan yang baik dalam hidup zati sebab Bila Blogger Jadi Maid akan ada di pasaran menjelang Januari 2013.

segala usaha, penat lelah. bersengkang mata nak siapkan BBJM nie, akhirnya jadi jugak sebuah buku. zati tak tahu penerimaan pembaca nanti macam mana.. mungkin ada yang okey dan mungkin ada yang tak. tak apa zati tak kisah itu semua, sebagai permulaan banyak kesalahan yang mungkin akan kita lakukan. dan sebagai manusia haruslah kita ambik ia sebagai satu pengajaran. biar pun kadang-kadang sakit untuk di baca tapi itu yang terbaik sebenarnya.

meh zati bagitau apa yang best tahun 2012 nie :

> citer yang paling best adalah BATTLE SHIP.. best giler kut.. mungkin sebab hero dia handsome kut.. wakaka.

> lagu paling best adalah lagu BLUE, BIG BANG.. dan saya adalah VIP! konsert dia je tak pergi sebab tiket dah habis. ciskek sungguh!

> buku novel paling best ada THE WEDDING BREAKER dan UNTUK SEMUA DOSAKU. kenapa.. TWB sebab kerana mulut badan binasa, sapa dah baca mesti paham. kerana fitnah badan tergadai. USD pulak sebab perubahan yang Lisa lakukan banyak giler dugaan dia. from bad girl to a good girl. 

kadang-kadang manusia nie bila orang dah berubah suka tak percaya lagi dikatanya. kenapa macam tu? sedih tau.. tak apa.. tak apa nanti zati buat citer pasal nie okey?

tahun 2012 ni yang tak bestnya adalah citer hantu tak seram langsung... aku ni dah la penggila citer hantu... tengok citer hantu sambil tutup lampu dan makan popcorn. ohsem!

untuk tahun 2013 ni jangan lupa dapatkan BBJM ya






Boleh ke si blogger jadi maid? Bagi Risya, sikit pun tak menjadi masalah buatnya. Asalkan dia tidak goyang kaki di rumah itu, sudah cukup baik. Rutin hariannya sebagai maid, tak adalah sesusah mana. Tapi yang buat susahnya, bila dia jumpa mamat poyo, Ash.

Ash yang sering mengusik, membuatkan hubungannya dan Risya rapat. Bergurau dan bergelak ketawa sudah menjadi rencah dalam hidup mereka berdua. Tanpa diduga, Ash mahu Risya menjadi suri di hatinya saat Aimie, kekasih hatinya tidak hadir semasa majlis pernikahan mereka.

Jadi, nak saya buat apa?” 

Awak kahwinlah dengan saya.” 

Jodoh sudah tertulis buat mereka. Dalam keadaan terpaksa, mereka disatukan. Mulalah episod baru dalam hidup Risya. Memandangkan tiada rasa cinta dalam diri Risya, Risya dan Ash telah membuat satu perjanjian bodoh. Perjanjian yang menentukan sama ada status suami isteri itu masih kekal ataupun tidak.

Dalam Risya mengharap perjanjian yang dicipta menjadi nyata, ada satu rasa hadir dalam dirinya buat Ash. Saat bahagia mula menyulam rasa, hadir Wafiy yang mencintai Risya dan muncul Aimie, kembali menagih cinta Ash.

Akan bahagiakah hubungan yang Risya dan Ash jalinkan?

Perjanjian apa yang dimeterai Risya dan Ash?

Berjayakah Wafiy dan Aimie menarik perhatian insan yang disukai?

Mampukah Risya dan Ash mempertahankan rasa sayang yang mula berkembang dalam hati?

Atau, antara mereka akan ada yang berpaling tadah?

Bila blogger mampu jadi maid, adakah maid mampu menjadi seorang isteri?




dan akhir sekali..

selamat tahun baru 2013!!



zati mohd, hariz mirzuar and faris,,

bubye 

p/s > pinangan ke 20 tahun depan baru zati update.. wakakaakkaka

26 Dec 2012

BILA BLOGGER JADI MAID

Assalmualaikum...

hai korang... apa khabar... sihat? hehehe.. 

ada sesiapa baca BILA BLOGGER JADI MAID tak?

akhirnya BILA BLOGGER JADI MAID dah keluar versi cetak.. 

akhirnya..akhirnya.. akhirnya...

rasa macam tak percaya pun ada.. malu pun ada.. memang segan kut.. yela ai kan pemalu.. hehe.. 

nak tengok cover tak? nak tak? hehe

-
-
-
-
-
-
-

-
-

-

-
-
-
-
-
-
-

haaa comel dak? comey kan..hehe

sebenarnya zati nak cakap.. jangan mengharap citer nie best giler sampai boleh terguling-guling jatuh katil, jangan mengharap citer nie yang terunggul di abad ini.. sebab zati hanya la penulis biasa yang baru belajar cara nak menulis.

zati tak kisah pun andai ada orang akan cakap.. entah apa-apa citer nie, eeee.. bosan dengan jalan citer. ye zati tak kisah sebab zati memang tak pandai nak menulis. tak pernah pergi kursus penulisan or apa-apa.. 

jadi zati terima seadanya..

terima kasih tak terhingga buat mak dengan abah.. sebab selalu memerap dalam bilik. buat ustaz.. ehemm..ehem.. mekasih sebab tak ganggu ai bila menulis manuskrip.. for adik thankssebab sudi balik tiap-tiap2 minggu bawak balik laptop yg ku cinta ini.. tq untuk kekangkawan yang sudi baca citer nie masa dekat p2u.. terima kasih..

and paling penting thank to Allah sebab memberi ilham ketika ku di bilik mandi.. hehe.

eh dah macam ucapan ABPBH pulak kan.. hahaha

so korang boleh pre order dekat pihak fajar paker klik link nie kalau nak beli online.




p/s > zati akan terus update pinangan ke 20..hehhe.. nantikan..

3 Dec 2012

Ahh~~ stresss!

Salam dan selamat pagi :)

waaa lama gila kut zati tak update apa-apa dekat blog. bukan tak update apa-apa citer, tapi zati tulis sebab ada idea.. kalau tak ada idea main tulis aje makanya jadi la citer entah apa-apa.

lagi pun sibuk sikit, balik kerja dah penat bila penat golek-golek atas katil dah tidur. mana nak layan running man lagi :p nak layan budak kecik dekat bawak nie lagi. 






nama dia hariz mirzuar.. umur dia 1 tahun lebih.. pagi-pagi datang umah aku mintak teh.. "teh..teh.." ingat restoran ke apa adik.. hobi dia main masak-masak.. artis kegemaran bigbang.. kau jangan buat main dengan budak nie.. kau suruh dia menari lagu bad boy bigbang pun boleh.. kartoon febret dia boboiboy dia minat gopal dengan spongebob.. "bob..bob".. 
eh! apasal citer pasal budak nie pulak nie? hahaha..

mesti ada yang tertunggu citer pinangan ke 20 la, cerpen la.tak pun manuskrip seterusnya. memang ada, jalan citer pun dah create tapi masalahnya i ni pemalas.. hahaha... tolomg la zati oi buang sikap malas kau tu.. ah! stress. 

lepas nie nak kena buat mansukrip seterusnya paling kurang pun dua, cerpen jalan citer semua dah ada dalam buku kecik.. dah tulis dua tiga page pastu aku biar aje macam tu.. ah! stress.. 

bulan nie memang sibuk giler.. sabtu ahad..sabtu ahad ada je aktiviti.. sampai The Wedding Breaker pun tak sempat beli.. sory eve :) nanti ai beli okey :) jangan lupa post salji. haha..

akhir kata...ah! stresss....



ok.bai