Copyright© All Rights Reserved akubukannovelis.blogspot.com

23 Jun 2014

WARKAH BUAT MEREKA

Kenali ku sebagai F, berusia 12 tahun.. warkah ini khas buat emak dan ayah.

Emak dan ayah..

sejak lahir F sangat gembira kerana mempunyai keluarga bahagia.. disayangi dan di manjai.. namun semuanya musnah ketika F berusia 2 tahun.. emak dan ayah berpisah.. masing-masing punya ego dan kedegilan.. sejak itu F tinggal bersama emak. Emak berpindah ke rumah maktok dan tok abah yang juga dihuni oleh makngah, makcik dan acu.

Sejak F berusia 2 tahun hilang kasih sayang daripada emak dan ayah. Emak sibuk bekerja manakala ayah pula lansung tiak mahu mengambil berat pasal F. sejak itu perihatian diberikan oleh maktok dan tok abah sedikit sebanyak meredakan keperitan hati F.

Sejak berusia 2 tahun hingga 12 tahun, F membesar sendiri. Tanpa belaian manja emak dan kasih seorang ayah. F tabah. F cekal kerana dalam hati F berkata mereka bekerja kerana aku, walhal mereka bergembira bersama teman istimewa hingga lupa mereka punya anak lelaki.

Emak.

Bila namanya emak pasti akan terbayang kasih sayang, belaian manja dan pelukan mesra tapi tidak bagi F. sejak berpisah dengan ayah, emak kurang perhatian terhadap F. ketika F sekolah rendah segala aktiviti sekolah satu pun emak tak pernah hadir. Hingga F terasa seperti tidak punyai emak. Sedih emak! Tapi F lelaki.. F tetap kuatkan semangat. Anak lelaki mana boleh menangis. Kata F dalam hati.

Emak.

F teringat lagi mak asyik sibuk dengan kerja, bila cuti mak keluar berjalan dengan kawan. Kesian F emak tak dapat luangkan masa dengan mak. Alasan mak sibuk tapi dengan kawan kenapa tiada alasan sibuk? F teringat lagi emak.. waktu itu F sengaja mahu bermanja dengan mak.. mengusik mak yang tengah membaca novel dengan harapan mak akan datang dan belai rambut F tapi harapan tinggal harapan.. mak marah F hingga keluar ayat ini “nasib baik aku sabaq kalau tak mati dah hang” terus mak masuk bilik dan membaling kipas meja sampai pecah.. apa salah F mak? F hanya mahu mengusik emak yang sedang membaca tapi ini yang emak balas dekat F? Sampai hati emak. F ingat lagi emak.. F sengaja menangis manja dengan harapan mak akan peluk F dan pujuk F namun ini tindakan mak “jangan nangis” sambil bersilang kaki dan ketip kuku. Sedih sungguh F mak.

Emak.

Kini F berusia 12 tahun dan mak telah berkahwin dengan lelaki pilihan mak yang rasanya mak baru kenal sebulan.. sejak kenal lelaki itu mak terus tak pedulikan F, pagi petang siang malam mak terbuai cinta bersama lelaki terbabit.. F disebelah mak lupakan kenapa? Bencikan mak terhadap F? Sejak bernikah mak langsung tak pedulikan F.. sakit demam.. kejayaan kekalahan F dalam bola langsung mak tak peduli.. bila maktok mintak duit sekolah baru mak bagi.. alasan mak duit tak ada.. mana duit gaji mak? F faham mak memang tak ada rasa sayang buat F lagi. Mengapa mak layan F begini? Sebab F anak kepada suami pertama mak? Kenapa mak lebihkan anak tiri mak berbanding anak kandug mak? Kerana mak sayangkan suami baru mak? Jadi F nie siapa dalam hidup mak?

Emak..

sejak kahwin nie mak hanya melawat F sebulan sekali selama 2 jam.. tiada pelukan.. tiada ciuman. Hanya ada.. “Nie duit sekolah. Mak nak balik dah.” bencikah emak kepada F? Hingga 2 jam sahaja mak datang melawat..mengajak duduk dengan mak pun tidak.. ingat lagi sebelum mak kahwin.. bila mak gaji saja mak akan bawa F pergi makan char keaw teaw kegemaran F.. namun sejak kahwin sekali pun mak tak bawak.. F tak mengarap pun.. F faham mak dah kahwin perlu jaga hati suami.. tapi hati F? Kepada maktoklah tempat F mengadu.. tapi maktok tetap maktok bukan emak yag kandungkan F selama 9 bulan.. atau mungkin mak lupa mak punyai anak namun mana mungkin mak lupa sakit mengandung 9 bulan bukan? Tak mengapalah F faham mak punyai suami.. F sebagai anak kandung tidak peduli pun tidak apa..setiap kali mak cuti tidak pernah mak bawak F bersiar-siar hidup mak penuh dengan keluarga suami baru mak.. kesana kesini mak bawak mereka.. tak mengapalah F cuma anak kandung mak saja..kadang-kadang F buka FB mak tiap-tiap minggu mak berjalan tapi F duduk dirumah tunggu mak kunjung tiba.. hingga lagu oh ibu menjadi titipan di bibir setiap hati.. menanti emak yang dirindui.. lupakah emak mempunyai seorang anak kandung?

Ayah..

ayah pula sejak emak kahwin hingga tanpa berita.. matikah hidupkah F pun tidak tahu.. bila telefon tak berjawab.. langsung tidak menjenguk.. ayah pun bencikan F kerana F anak bekas isteri ayah ke?

Emak dan ayah..

bila F kesekolah setiap pagi ibu dan bapa kawan-kawan F akan menghantar mereka kesekolah. Bersalam, berpelukan dan berciuman.. tapi F? Hanya melambai kepada pakcik van.. kadang-kadang seronok tengok kawan-kawan F bersama ibu bapa mereka.. berpelukan.. berkasih sayang.. tapi F disekolah seorang diri.. tak mengapalah F anak lelaki iulah penguat hidup F..

F takut andai suatu hari nanti maktok dan tok abah mati. Siapa mahu bela F? Sekolahkan F? Tuisyen kan F? Makngah? Makngah sudah punyai anak dan suami.. makcik? Suatu hari nanti makcik akan berkahwin.. acu? Acu sibuk dengan kerjanya.. F sendirian mak.. F kesepian ayah..

kadang-kadang F berdoa pada tahun pendekkan umur F sebelum maktok dan tok abah pergi jumpa tuhan mereka. F mahu jumpa tuhan F.mengadu padanya.. berkasih sayang dengannya.. F sangat berharap agar F pergi dahulu.. ketika itu mak dan ayah pasti gembira kerana tiada tanggungjawab untuk digalas.. emak boleh gembira bersama suami baru dan anak tirinya. Ayah pula boleh seonok dengan dunianya..

Raya kian hampir..tahun nie sunyi raya F.. mak pasti kehulur kehilir bersama suami baru.. ayah pulak pasti bersama keluarganya di kampung. F? F sendirian..tak mengapalah F anak lelaki..

emak dan ayah.. andai F pergi dahulu F redha kerana itu yang terbaik., kembali kepada tuhanku adalah satu kebahagian buat diriku.. namun jika umurku panjang aku memohon maaf kerana.. aku takut andai aku sudah dewasa aku takut menjadi anak derhaka kerana tidak dapat kasih sayang dari emak dan ayah.. aku takut bila aku berjaya dan menjadi orang yang terhebat disitu baru emak dan ayah mahu datang mengaku aku anakmu dan ketika itu aku paling takut kalau menjadi anak derhaka atas perbuatan kamu berdua..

emak dan ayah..


andai warkah ini dapat mengubah kamu untuk menyanyangiku kembali seperti dulu aku sangat bahagia. Jika warkah ini hanya dipandang sepi oleh mu.. jika aku tiada di dunia ini kembalilah membaca warkah ini kerana.. isinya adalah aku sayang pada kalian biarpun aku dianaktirikan oleh ibu dan ayah kandungku..