Copyright© All Rights Reserved akubukannovelis.blogspot.com

17 Jul 2014

KISAH CINTA PERTAMA : CHAPTER 3


SALAM RAMADHAN BUAT SEMUA PEMBACA BLOG ZATI MOHD..

ALHAMDULILLAH SUDAH HAMPIR KE 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN..

MAAF SEBAB LAMA DAH TAK UPLOAD CERITA BARU DEKAT BLOG..

SEBENARNYA NAK UPLOAD CUMA MASA TAK IZINKAN.. SEDIH!

selamat membaca KISAH CINTA PERTAMA BAB 3 nie :)

Zara.”

Aku pusing belakang bila nama aku dipanggil.

Dia nie ke?

Aku terkebil-kebil pandang tuan empunya badan dalam keadaan samar-samar.

Oh abang Arm. Aku ingatkan orang yang duk sms aku tu.

Zara kenapa jalan sorang-sorang?” Abang Arm dah berdiri sebelah aku.

Kenapa tak boleh ke?” aku senyum simpul.

Tak takut ke ada pocong?” Abang Arm dah tersengih-sengih pandang aku.

Karang ada jugak orang yang kena terajang dengan aku nie. Cepat betul berita nie tersebar. Siapa yang jadi penyampai nie?

Sedap perli orang nampak.” Aku mula nak berjalan balik ke asrama sebab siap-siap nak sarapan.

Mana ada abang Arm perli la. Zara nampak cute la pagi nie.”

Hai nie ayat mengorat ke apa pagi-pagi nie?

Akhirnya sebab tak tahan aku tanya jugak apa dia nak dari aku pagi-pagi nie rupa-rupanya nak mintak number telefon aku yang satu lagi. Aku kan pakai dua number. Disebabkan malas nak bersoal jawab dan bertanya macam-macam, aku berikan aje dekat abang Arm. Sengih sampai ke telinga abang Arm nie.

Aku naik ke asrama nak bersiap-siap untuk sarapan dan lepas aje sarapan kami akan pergi tanam pokok bakau dekat mana entah. Aku bukan pandai sangat dekat area pulau nie kalau seberang semua dalam kepala otak aku aje.

Semasa menikmati sarapan pagi aku tak nampak pun kelibat si dia. Mana dia pergi? Time solat tadi pun tak nampak. Takkan dah lari. Janganlah lari bagilah aku tahu nama dia dulu.

Tak makan?

Aku beranikan diri hantar meseg dekat si dia.

Tak ada selera.

Dia pulak balas.

Dah balik rumah ke?

Aku tanya lagi yelah tak nampak pun mana nak tahu dah balik.

Lama aku tunggu meseg dia tapi dia tak balas-balas pun. Akhirnya aku dah tak mahu tunggu lagi. Malas nak bergantung harapan. Aku simpan telefon dalam poket.

*******************************************************
Sebelum pergi tanam pokok bakau kami diberi sesi taklimat mengenai cara-cara nak tanam pokok bakau oleh kak Fida. Kak Fida nie merupakan kakitangan Sahabat Alam Malaysia di mana kerja-kerja kak Fida memantau aktiviti-aktiviti mengenai alam sekitar di serata Malaysia. Berbakti pada bumi banyak ganjarannya.

Kadang-kadang kita sendiri lupa rumput pun banyak manfaatnya dekat kita. Kita pulak nampak rumput aje cabut.. biar tanah tu botak. Sebab tu aku suka balik kampung, kampung aku banyak pokok maklumlah belakang rumah aje dusun durian. Kalau tiba musim durian aje mesti opah call suruh balik kampong, rindu dekat opah.

Kami mengambil tempat di dalam dewan, aku duduk paling tengah. Sambil-sambil duk tunggu kak Fida nak beri taklimat aku terpusing kepala ke sebelah kiri. Nah! Si dia duk sedap tengok aku. Tiba-tiba muka rasa merah dan nak berpeluh-peluh. Aku kipas-kipas muka dengan tangan. Overlah aku nie.

Asyik panggil si dia aje namanya aku tak tahu pun. Macam mana dia dapat number telefon aku pun aku tak tahu. Tapi takkan sesekali aku tengur dia. Dia yang kena tegur aku. Be gentleman okey!

Assalamualaikum, adik-adik dah ready nak dengar taklimat ke?” kak Fida memulakan bicara.

Ramai-ramai cakap dah.

Okey kak Fida nak terangkan kepentingan pokok paya bakau buat ekosistem kita dan jugak buat manusia. Kepentingan pokok bakau nie buat ekosistem adalah menjadi tempat perlindungan buat habitat-habitat alam semula jadi. Buat manusia pulak pokok paya bakau ini sendiri melindungi kita bahaya tsunami.”

Aku terangguk-angguk. Interesting.

Tsunami terjadi tahun lepas pada 25 disember, masa tu ramai yang sedang bercuti dan tsunami menyerang seluruh Pulau Pinang. Boleh tak akak nak tahu siapa yang pernah mengalami kejadian gempa bumi dan Tsunami tahun lepas? Boleh ceritakan tak pengalaman itu.”

Suasana sunyi sekali. Tak siapa nak bangun ke? Aku bukan tak nak cerita tapi nanti kalau cerita bosan pulak. Tiba-tiba ada seorang pelajar perempuan angkat tangan. Semua mata tertumpu padanya.

Assalamualaikum nama saya Suriati boleh panggil Atie. Saya nak ceritakan kejadian semasa saya dan family bercuti di Batu Feringgi ketika menyambut hari lahir adik saya yang berusia 9 tahun.”

Semua mata tertumpu pada Atie.
Atie sambung lagi. “Pada masa 24 Disember tu kami semua keluar dari rumah pada pukul 12 tengahari sebabkan 26 disember tu abah kerja jadi mama dengan abah ambik keputusan untuk bercuti di Penang saja. Masa tu kami memang tak jangkakan apa-apa lagi.sampaikan gegeran gempa bumi pun kami boleh tak sedar. Bila masuk berita baru kami tahu tapi seperti yang saya cakap tadi memang tak jangka pun akan berlaku Tsunami.” Tiba-tiba Atie berhenti nak ambik nafas agaknya.

Iyelah tiada siapa pun boleh jangka yang akan berlaku Tsunami. Okey Atie boleh sambung lagi.” Kak Fida tersenyum.

Pada pagi tu kami memulakan acara memotong kek dan semua aktiviti kami hanya di dalam bilik hotel saja. Tak tergerak hati langsung nak mandi dekat pantai ke ataupun nak main aktiviti laut. Pada tengahri macam tu saya duduk balkoni bilik hotel dari jauh nampak macam ombak yang sangat besar dan bunyi yang sangat kuat macam bunyi suara mengaum. Saya panggil mama tengok. Tak sampai beberapa saat ombak tu dah sampai dekat hotel kami. dan depan mata saya sendiri saya tengok ombak itu menarik beberapa orang yang tak sempat lari. Ada yang tersanggut atas pokok, ada yang berpaut pada pagar. Ada yang mati dekat situ jugak. Kejadian yang sangat dasyat. Itu aje. Terima kasih.”

Kejadian dia sama dengan aku. Cuma aku nie mungkin lagi tragislah sebab anak jiran aku meninggal dihanyutkan ombak Tsunami.

Adik-adik kena bersyukur sebab dalam kita tak sedar alam sekitarlah yang banyak menolong manusia terhadap kejadian-kejadian bencana alam. Tapi semua tak sedar. Sebab ituah, Sahabat Alam Malaysia dan USM bekerja dengan sekolah-sekolah untuk membantu memupuk semangat cintakan alam sekitar supaya kita sama-sama dapat membaik pulih balik alam sekitar di Negara kita.” Kak Fida memnadang kami semua.

Aku rasa sangat bersemangat sebab terpilih dalam memuliharakan alam sekitar.

Akak akan tunjukkan nanti cara-cara untuk kita tanam anak pokok bakau dengan betul. Kita ada sediakan kasut getah tapi bila masuk dalam lumpur tu confirm kasut tercabut tak percaya tengoklah nanti.”

Semua dah tergelak-gelak semasa kak Fida cakap macam tu.

Kami semua diminta menaiki bus sekolah yang telah disediakan. Aku hanya bawak beg sandang aje untuk letak tuala kecil, wallet dan handphone. Kami semua bergerak ke destinasi yang ditetapkan. Perjalanan memakan masa hampir 45 minit.

Sampai-sampai aje dekat destinasi, turun aje bus tengok ramai giler orang. Orang kampung, press dan staf-staf SAM yang lain.

Kami diminta untuk berkumpul dekat khemah yang disediakan. Dari jauh kami dah nampak kawasan untuk kami tanam anak pokok bakau. Mak ai! Mesti hanyir bau air laut nanti. Entahkan ada ular. Eee takut!

Sesi dimulakan dengan ucapan pembukaan dan seterusnya upacara perasmian oleh pengurusi SAM. Kami diberi kasut getah sorang satu. Macam kasut zaman orang dulu-dulu aje. Tapi kasut getah macam kasut biasa aje aku bajet panjang macam kasut but.

Ikat kuat-kuat ye adik-adik.” Kak Wan bagi pesanan khidmat masyarakat.

Kak Wan dapat masuk TV ke?” Abang Arm bertanya.

Tak ada la masuk TV setakat masuk surat khabar aje.” Kak Wan tersenyum.

Ala masuk surat khabar aje. Nak jugak masuk TV baru femes.. huhu.

Aku duduk sebab nak tunggu turn masuk dalam kawasan selut. Mula-mula pijak selut iyewwww.. melekit-lekit.

Aku ambik sikit dan main-main dengan tangan. Masa mula-mula nak angkat kaki tu tiba-tiba rasa macam kena gam.. aiyak pasal nie. Aku cuba lagi. Jangan la tersekat dekat dalam selut nie.

Aku nak angkat kaki lagi dengan penuh perasaannya aku angkat kaki sebelah, disebabkan tak dapat nak imbang badan, pap! Aku jatuh dekat dalam selut. Habis baju dan tudung.

Tiba-tiba dengar suara gelak dekat belakang. Kuat pulak tu.

Aku toleh dekat belakang. Si dia gelak dekat aku! Nasib baik comel.

Gelak la.. gelak dekat orang kuat-kuat.” Aku cuba nak angkat kaki. Uwaaa tak boleh jugak.

Dah benda nampak lawak.. gelak la.. gelakkan awek muda.” Dia dah jalan tepi aku.

Rileks aje dia jalan. Kagum aku.

Saya Adam, Adam Fahrin.”

Saya..”

Nur Zara.” Dia dah menyampuk. Suka potong aku cakap.

Oit yang dekat belakang tu cepat sikit.” Ada suara di depan yang menegur kami.

Zara angkat kaki perlahan-lahan. Kena pandai imbangkan badan kalau boleh tolak badan ke depan sikit.”

Aku cuba ikut apa yang Adam Fahrin cakapkan. Berjaya. Yes!

Mana Adam dapat number Zara?” aku tanya dia masa sama-sama berjalan dekat dalam selut.

Tak susah pun. Mintak ajelah.”

Aik dia mintak dekat siapa? Tak sempat nak tanya kami dah sampai di tempat-tempat anak bakau.


*****************************************************
Kami menanam anak pokok bakau sendiri. Dengan menggunakan kaedah yang di ajar oleh kak Wan. Aku dah tanam hampir sepuluh anak pokok bakau. Tapi dekat situ-situ ajelah nak berjalan bukan main payah lagi. Dah la tenggelam hingga ke lutut.

Aku tengok Adam Fahrin dari jauh. Mula-mula jumpa dia masa dekat USM. Time tu tak tegur pun main senyum-senyum aje dalam diam hati terpaut gitu. Sekarang dah jumpa depan mata siap bersembang lagi.

Dia nie nak cakap handsome sangat tu taklah. Nak kata badan tegap tu memang tak langsunglah. Badan dia berisi sikit tapi bukan kategori gemuk.

Aku ambik anak pokok bakau yang masih tersarung di dalam plastic. Aku berjalan ke hujung sikit. Kali nie lagi dalam sampai ke pinggang. Elok aku nak angkat kaki kasut dah tercabut. Aku masuk tangan dalam selut nak cari kasut. Last-last apa pun tak ada.

Aku tanggalkan kasut lagi satu dan berjalan dalam selut. Baru senang sikit. Tapi sakit la kaki aku sebab pijak ranting-ranting kayu dan jugak akar pokok.

Zara hati-hati nanti takut terpijak kaca.” Adam Fahrin memberi nasihat ikhlas.

Aku senyum dekat dia. Perasan pulak dia aku buka kasut.

Aku tarik anak pokok bakau yang masih dalam sarung plastik. Nasib baik diorang dah buat lubang siap-siap untuk aku tanam anak pokok. Kan senang macam nie.

Adam Fahrin berjalan menghampiri aku. Aku perasan tapi buat-buat tak perasan.

Zara tak nak tanya mana Adam dapat number Zara?” dia tolong aku tanam anak pokok sama.

Nak tanya tapi malaslah. Tunggu orang tu bagitahu sendiri.” Aku pandang dia.

Disebabkan aku hanya bawak satu anak pokok aje, jadi aku dah tak ada anak pokok dah. Nak pergi ambil malas. Last-last aku dengan Adam duduk lepak tengok diorang buat kerja.

Zara duduk bawah biar Adam duduk atas.”

Adam Fahrin panjat pokok dan duduk di ranting atas sikit manakala aku duduk bawak sikit dari dia tapi jarak antara kami tak adalah jauh sangat.

Tak nak bagitahu ke mana dapat number Zara?” aku mula tanya dia.

Okeylah..okeylah.. Adam mintak dekat kak Nina.”

Pecah jugak rahsia dia. Mintak dekat kak Nina ye.

Kak Nina?” aku tanya dia lagi.

Dia angguk laju-laju.

Awat tak mintak dekat Zara sendiri?”

Malu.” Dia tersengih.

Eleh! Boleh pulak malu, habis yang dia duk kacau aku tu tak tahu pulak malu.

Tapi masa dekat kedai yong tau fu tak nampak Adam pun.” Aku ingat-ingat balik memang aku tak nampak dia pun.

Siapalah kita nie kan.. dah la tak handsome, gemuk pulak tu. Memang tak ada siapa la nak pandang. Tambah-tambah orang cantik macam dia.” Dia buat ayat sedih.

Aku ambik ranting kayu dan patahkan kecik-kecik kemudia aku baling dekat dia.

Gedik!” aku cakap dekat dia.

Elok saja kami sembang-sembang kak Wan suruh kami balik untuk lunch lepas tu siap-siap untuk balik ke rumah.

******************************************************

Semasa di sekolah Sungai Ara aku masih duk tunggu bus yang akan menghantar kami ke Masjid Seberang Jaya.

Zara.”

Aku pusing masa abang Arm panggil.

Bye.”

Ceh! Yang itu aje dia nak cakap. Aku pun byelah balik dekat dia.

Zara.”

Aku pusing pulak dekat suara yang panggil. Oh Putra.!

Ye Putra ada apa?”

Walaupun Putra lagi tua dari aku tapi dia tak nak aku panggil dia abang. Aku pun tak paham kenapa.

Nak duduk sekali boleh?” dia dah menghampiri aku.

Aku tengok sekeliling apa yang tak bolehnya? Duduk ajelah.

Nak mintak number telefon boleh?” dia pandang aku disebalik kacamata yang dia pakai.

Aku angguk dan kami pun bertukar-tukar number telefon. Nak mengeratkan ukuwah tak salah rasanya.

Dari jauh aku pandang Adam Fahrin dengan rakan-rakan dia. Seronok sangat ke bersembang sampai gelak tak ingat dunia. Tiba-tiba aku rasa poket aku bergegar. Ada sms masuk. Adam Fahrin.

Jangan pandang lama-lama nanti jatuh cinta.

Aku gigit bawah lidah. Halamak bila masa pulak dia perasan nie? Tak rock langsunglah.

Aku tak balas pun sms dia. Muka aku dah merah menyala nie.

Bye dear. Balik dulu jaga diri.

Aku nampak dia naik bus yang akan membawa penumpangnya ke Masjid Negeri Pulau Pinang.

Dalam diam aku terukir senyuman. Jangan pandang lama-lama nanti jatuh cinta. Kalau dah memang aku jatuh cinta macam mana? What should I do? Oh! Pengsan.



p/s > zati ingat nak terbitkan sendiri KOMPILASI CERPEN ZATI MOHD.. maknanya zati sendiri cetak dan jual.. cerpen tu zati ada ambik yang dekat dalam blog dan jugak yang tak ada dekat dalam blog.. kalau berkesempatan In Sha Allah zati akan cetak dan war-warkan dekat blog ini.. amin.. semoga dipermudahkan..