13 Jun 2012

CERPEN : Dia! Abang Rambut Afro





“Haaa! Yang mana jalan catwalk tu tolong jalan cepat sikit. Kita tengah buat orientasi sekarang ni bukan tengah buat pencarian dewi remaja.” Jerit sorang abang yang rambut macam sarang tebuan.

Aku  yang tengah berjalan turut sama terkena. Dia ni tak reti tengok ke? Kan orang pakai baju kurung bukan pakai seluar.

“Tengok nama dekat dinding tu. Lepas tu cari abang atau kakak fesi masing-masing untuk masuk group.” Cakap pulak akak fesi yang sorang lagi.

Aku cari nama aku dekat dinding.. Nur Hana Humaira Binti Ahmad Zaki. Group Agogo? Macam entah haper-haper je nama group ni. aku pusing cari abang atau kakak fesi yang tengah pegang kertas nama group agogo.. terus mata aku terarah pada abang rambut afro yang macam samseng tu.

“Haaa.. group sini ke? Masuk-masuk pintu tak kunci.”

Aku yang tengah blur-blur terus pergi dekat abang rambut afro tu.

“Kumpulan agogo?” Tanya aku blur.

Lelaki tu tengok Hana lepas tu tengok kertas yang ada tulis nama kumpulan agogo silih berganti.

“Habis tu takkan kumpulan oligo pulak?”

Aku mencebik! Sombong giler mamat ni, siapa yang malang jadi awek dia pun tak tahu la.

“Anas….” kami berdua kalih serentak. Gadis manis berambut perang memakai blaus labuh tersenyum ke arah kami.

“Nah pegang ni.” Abang rambut afro tu sua kertas tu dekat aku. Aku sambut. Abang rambut afro tu pergi dekat gadis sambil tersenyum. Entah apa yang di bincangnya pun aku tak tahu.

Beberapa minit kemudian, kumpulan mereka dah penuh. Abang rambut afro tu berjalan balik dekat aku sambil menggalas gitar.

“Okey kita gerak dekat bawah pokok sana romantik sikit kan.” Abang rambut afro tu berjalan dulu tiba-tiba dia terhenti.

“Haa.. awak! Meh pegang Bella saya. Pegang elok-elok sikit kesayangan saya tu.” Dengan nada tegas abang rambut afro tu sua gitar dekat aku. Nak tak nak aku terpaksa capai dan di galas gitar tu di belakang badannya.

“Okey! Semua duduk dalam bulatan.”

Aku duduk bersebelahan dengan abang rambut afro tu. Dalam kumpulan tu ada dalam 20 orang.

“Okey nama abang. Mohd Anas bin Ridzuan. Abang dekat sini ambik kos medic. Tapi kalau orang tak tahu dioanrg ingat abang ni budak art. Yela budak medic kan nerd je. Abang sekarang sem akhir. So jangan malu-malu nak ambik abang jadi abang angkat okey.? Ada apa-apa soalan?” tanya Anas.

Aku tengok  Anas dengan hujung mata. Budak medic. Aha la mati-mati aku ingat budak art tadi. Memang giler la tak Nampak macam budak medic. Dari rambut sampai pakaian sebiji macam budak  art.

“Helo cik adik. Tau la abang handsome tak payah la tengok abang sampai macam tu.” Anas goyang-goyangkan tangannya di hadapan muka aku. Aku tersentak.

“Maaf. Abang cakap apa tadi?” aku buat-buat macam tak ada apa-apa tapi dalam hati bergetar sejuta rasa.

“Kenalkan diri.” Lembut tutur kata Anas sambil tersenyum pandang aku.

“Nama penuh Hana Umairah Binti Ahmad Zaki. Umur baru 20 tahun. Saya ambik kos accounting dekat sini. Saya asal orang utara.” aku pandang Anas yang dah tersengih-sengih.

“Dah ada pakwe?” dia tanya lagi.

“Belum.” Aku jawab.

“Bagus. Seminggu je single lepas tu mesti ada boyfriend punya.” Selamber Anas cakap.

Ceh! Bajet giler. Memang macam dia kut baru masuk seminggu dah ada girlfriend.

“Selama seminggu ni abang akan jadi fesi korang. Suka tak suka or jatuh cinta tak jatuh cinta korang terpaksa berhadapan dengan abang kacak ni paham?”

Ramai yang dah gelak. Aku pun turut sama tersenyum. Pandai buat lawak.

____________________#__________________________

Pagi tu ada senaman. Anas ni memang syok r.

“Kita tak payah senaman. Kalau senaman pun bukan korang lari betul-betul kan?”

Hampir semua tersengih. Kantoi!

            “Sekarang korang duduk dalam bulatan. Kita main satu game. Siapa tak boleh jawab kita denda dia. Amacam?”

            Semua bersorak. Diorang ni kalau main number 1. Kami duduk dalam bulatan. Macam biasa la mesti Anas akan ambik tempat sebelah aku. Bukan aku yang duduk sebelah dia tapi dia yang datang menghimpit dekat aku.

            Permainan di mulakan. Bila muzik terhenti kena jawab soalan. Bila tak dapat jawab macam-macam denda yang kena termasuk la jalan itik. Menyanyi la. Macam-macam.

            Sampai saja giliran aku.

            “Untuk Hana biar abang yang tanya.” Anas dah buka mulut. “disebabkan Hana ni tak ada kekasih hati. Apa kata kita tanya dia siapa calon idaman dia. Boleh tak?”

            “Boleh!” mereka jawab serentak.

            Uih! Sesuka hati je main jawab bagi pihak aku.

            “No! no! no! tak boleh..tak boleh..” aku jawab sambil geleng-geleng.

            “Apasal?” dia tanya macam tak puas hati.

            “Eh! Suka hati saya la.” Aku jawab macam tu, macam kerek la pulak.

            “Okey! Kita denda dia.. denda! Denda!.” Anas dah tersengih jahat. Kurang asam betul.
           
            “Nak denda apa?” aku tanya.

            “Oit korang nak denda apa ni?” dia pulak tanya budak-budak tu. Hampeh betul!

            “Kita suruh dia nyanyi.!” Jerit Lisa.

            Aku jeling Lisa bagi isyarat bagi dia diam tapi dia lagi sakan kacau aku.

            “Haa.. bagus..bagus Hana nyanyi meh abang Anas main gitar. Lagu senang-senang sudah la, lagu Yuna oh bulan. 1 2 3 4.”

            Anas petik gitar dia. Aku macam teragak-agak je nak nyanyi.

            “Cut!” tiba-tiba aku cakap.  “Tak boleh! Tak boleh!.”
           
            “Boleh! Boleh!” ramai-ramai cakap macam tu. Rasa macam nak lempang je sorang-sorang.

            Muka aku dah monyok. Macam nak nangis pun ada. Suka buli aku tau.!
            “Wei korang sudah! Sudah! Ooo.. nak buli Hana erh.. takkan daku benarkan.” Anas tepuk dada dia. Gaya macam orang dulu-dulu pulak.

            “Ala Hana manja dengan abang Anas!” ada pulak suara dekat belakang cakap macam tu. Hampeh betul!

            “Dah..dah..jom abang belanja korang makan jom.”

            Semua bersorak serentak.

            “Kenapa tak jawab soalan abang tadi?” dia berdiri sebelah aku.

            “Tak wajibkan?”

            Dia jongkit bahu sebelum berjalan laju tinggalkan aku. Aku tersenyum.

____________________#______________________

Malam tu kami terpaksa berkumpul ramai-ramai dekat dewan. Katanya ada taklimat pasal pinjaman. Nak tak nak terpaksa la turun jugak. Penat kut. Tapi dalam penat tu seronok sebenarnya layan kerenah abang rambut afro tu. Suka sangat buat lawak.

“Hana.!” Aku tersentak. Cepat-cepat aku pusing belakang.

“Ye.” Aku sahut. Kawan-kawan aku yang lain dah masuk dalam dewan dah. Aku ni yang tercicir.

“Dah makan?” Anas tanya aku.

“Dah. Abang Anas tak makan ke?” aku tanya dia.

“Dah. Tolong pass kan Bella ni dekat Nizam.” Dia sua gitar kesayangan dia dekat aku.

“Okey.” Aku sambut Bella.

“Nah ni sekali.” Dia sua burger dekat aku.

“Ni pun bagi dekat Nizam ke abang Anas?” aku tanya minta kepastian.

“Ni untuk Hana. Upah.” Dia tersenyum sebelum naik kereta.

Aku tersenyum dalam dia. Yeah! Anas belanja aku burger. Mesti sedap burger ni. Apasal aku jadi suka ni bila dapat burger? Ohhh tidakkk!

Belum sempat aku nak masuk melangkah dalam dewan. Tiba-tiba aku dengar ada orang tengah bergelak sakan. Aku pusing ke arah suara tu. Anas dengan perempuan tu. Ala… awek dia ke? Bergelak sakan je. Ala.. ni yang cemburu ni!

Aku melangkah masuk dalam dewan. Cepat-cepat aku bagi Bella dekat Nizam. Dan burger tadi aku dah masukkan dalam beg.

Kosong saja jiwa aku. Sepatah haram lecturer depan tu cakap sikit pun tak masuk dalam kepala aku. Yang ada sekarang Anas! Anas!  Anas! Ahhhh! Betul ke perempuan tu awek dia?

Lepas saja habis taklimat tu aku laju-laju jalan masuk dalam bilik. Aku suap burger dalam mulut. Aku tersenyum sendiri makan burger tu. Sedap!

____________________________#__________________________

Dalam seminggu orientasi ni aku, macam-macam kenangan aku dengan  Anas! Semuanya manis-manis belaka.  Anas akan buat aku tersenyum. Kadang-kadang aku rasa dia ni macho gila bila dengar dia petik gitar. Suara dia pun boleh tahan.

Malam tu malam penamat orientasi. Setiap group kena buat persembahan. Termasuk la aku. Aku yang tak berseni ni pun terpaksa dalam rela kena buat persembahan. Nasib baik aku ni jenis muka yang tak tahu malu.

Kumpulan kami buat dikir barat ciptaan  Anas. Sah la Anas kena tukar kos lepas ni. Dari A-Z dia ajar kami.

Masa tu fesi pulak yang kena buat persembahan. Tak sangka pulak aku yang kena buat persembahan tu  Anas.

“Ehem! Ehem.!”  Anas ketuk-ketuk microfon dekat depan. Aku tersenyum. Cepat-cepat aku keluarkan telefon bimbit dan rakam!

“Hai korang. Nama abang Anas, lagu ni sebenarnya lagu untuk orang abang suka masa sekolah dulu.”

Tiba-tiba aku jadi sedih!

“Kalau nak tahu jalan cerita dia, dengar lagu ni sampai habis. Lagu ni tajuk dia kisah cinta pertama.”Anas sambung lagi.

Lampu di padamkan. Spotlight di halakan ke arah  Anas. Aku suka tengok dia macam ni. Pegang gitar sambil duduk atas kerusi.

Aluanan gitar bergema di seluruh dewan. Suara  Anas pulak memecahkan sunyi dewan. Ada beberapa abang fesi yang nyalakan lighter ala-ala romantik gitu. Aku tersenyum sepanjang dengar lagu tu.

“Anas kat sini memang banyak peminat. Susah nak ambik hati dia. Kalau seseorang tu dapat memang beruntung. And he is so sweet. Caring and so romantic guy. And you stay away from him.!”

Aku tercari-cari suara yang berbisik dekat telinga aku. Meremang jugak bulu roma aku. Maunya jemabalang ke tak ke haru? Aku kalih sebelah kanan. Oh! Perempuan yang asyik dengan abang Anas tu. Kenapa dia cakap macam tu dekat aku?

Perempuan tu tersenyum dan mula berlalu pergi. Aku terpinga-pinga. Motif??

“Sayangnya saya tak bersama dia. Dia tolak saya kerana rambut? Ni rambut kembang macam afro ni. Dia cakap buruk. So kisah cinta pertama saya tak menjadi. Sekian.”

Satu dewan bersorak kuat. Aku hanya tepuk tangan.  Anas berjalan ke arah kami sambil tersenyum.

“Hebat tak abang?” Anas duduk sebelah aku.

“Hebat giler derr!” sahut Afran.

Aku hanya diam. Kata-kata tadi tergiang-ngiang dalam telingan aku. Dari pengamatan aku ni. Anas ni memang seorang yang sweet. Walaupun rambut dia macam tu tapi dia ada keistimewaan dia sendiri. Muka dia sedap mata memandang.

“Hana!.”  Anas cuit aku.

Aku angkat kening. Kenapa?

 Anas tersenyum. “best tak tadi?”

“Dulu cinta abang tak jadi kan? Sekarang mesti dah jadi kan?” aku tanya dia.

Dia tersenyum. “Aha. Sekarang saya tengah tambat hati dia. Tak tahu la macam mana. Doakan saya erh?” dia senyum lagi.

Aku rasa macam nak lari saja. Ohhh! Tidak.. kejam la dia ni. Aku hanya tundukkan wajah. Tak tahu nak cakap apa. Ya! Doakan kebahagiaan dia.

________________________#______________________

Lepas sahaja selesai minggu orientasi aku. Aku terus tak jumpa Anas dah. Mungkin dia pun dah ada kekasih hati yang lain. jadi mana nak kisah aku sangat.

“Hana.. kau kenapa? Masih ingat dekat Anas lagi ke?” Lisa tanya aku. Dia satu group dan satu bilik dengan aku cuma kos saja lain-lain.

Aku angguk lemah. Aku tak tahu macam mana aku boleh jatuh cinta dekat boyfriend orang. Apa la malang hidup aku.

“Aku rasakan Anas pun suka dekat kau jugak. Kejap-kejap dia tengok kau dan yang aku perasan yang dia suka sangat nak menghimpit dekat kau.”

Aku tersenyum lemah. Stay away from him. Masih terngiang-ngiang kata-kata tu dekat telinga aku.

“Jom esok kita pergi tengok wayang.” Lisa dah duduk sebelah kerusi aku.

“Kau nak jumpa abang Faizkan? Kawan si Anas tu kan?” aku saja nak perangkap dia. Tiba-tiba dia angguk. Gila la.!

“Tak nak aku.” Cepat-cepat aku cakap macam tu.

“Ala tolong la wei.” Dia goncang-goncang tangan aku.

“Hala.. Hala.. belanja aku makan esok.”

Lisa angguk kemudian dia pergi ke katil. Aku ambik telefon bimbit dan buka video Anas yang aku rakam tu. Angau terlebih dah ni. Aku rindu dia! Rindu sangat-sangat.

________________#___________________

Petang tu kami sama-sama keluar. Aku sebenarnya malas nak keluar tapi terpaksa temankan Lisa ni jumpa Faiz. Maklum la orang baru nak bercinta. Lisa pergi beli tiket aku pulak tunggu dia.

“Hai.” Aku dengar suara Faiz, terus aku pusing tapi sayangnya bukan Faiz sorang saja yang datang tapi sekali dengan Anas. Alamak! Nak lari pun dah tak sempat ni.

“Jom! Wayang dah nak mula ni. Oh! Anas pun ada. Hai Anas!” Lisa angkat tangan dan melambai.

Anas membalas.

Lisa jalan dengan Faiz. Aku pulak? Mesti la dengan Anas. Makin aku nak jauh dengan dia, makin pulak dia merapat dengan aku.

Sorry la lepas minggu orientasi tu kena terus balik Ipoh. Ada kenduri saudara.” Tu ayat pertama dia dekat aku.

Aku tak jawab apa-apa melainkan diam.

            Aku jalan masuk dulu untuk ambik seat kemudian diikuti dengan Anas, Faiz dan Lisa. Kiranya Anas sebelah aku la sekarang ni? Mesti nak menghimpit dekat aku.

            Sebelum wayang mula. Anas asyik pandang muka aku. Aku sampai dah naik segan dah.

            “Tengok la depan. Kenapa tengok Hana?” aku langsung tak pandang muka dia. Malu seh!

            “Rindu!.” Dia tersenyum.

            Aku tak boleh cakap apa dah melainkan diam. Payah dengan orang macam ni. Dah ada girlfriend pun tak sedar-sedar.


            Sepanjang dalam panggung wayang dia sua aku macam-macam makanan. Sampai aku tak larat nak tolak dah.

            “Saya tak nak la.” Aku cakap perlahan. Kalau cakap kuat-kuat kang tak pasal-pasal kena tendang keluar.

            “Dengar jugak suara dia.” Dia tersenyum. Walaupun gelap aku still boleh Nampak senyuman dia. Sebab senyuman tu la buat aku terpikat.

_________________________#_________________

Aku pergi library sorang-sorang sebab tak ada orang teman. Nak ajak Lisa dia ada kelas. Budak-budak kelas aku semua nak pergi makan dulu.

Lepas ambik buku taxation aku terus selak-selak buku cari maklumat yang berkaitan dengan presentation aku.

Tiba-tiba baru aku tersedar dekat depan aku ada manusia yang tengah tongkat dagu sambil pandang aku tanpa berkelip-kelip biji mata. Tapi kali ni aku tengok budak depan aku ni dalam gaya seorang doctor bukan budak art yang selalu usung Bella dia 24 jam tanpa henti.

“Nak apa?” aku cepat-cepat pandang buku. Padahal dalam hati macam nak gila aku nak tengok muka dia.

“Nak study dengan Hana.” Dia buka buku medic dia. Pertama kalinya aku tengok Anas dalam versi serius. Dengan muka yang di kerut-kerut. Aku tersenyum sendiri.

“Saya suka tengok awak senyum.” Mata kami bertaut. Aku terdiam. Sah-sah kantoi.

“Kenapa awak jauhkan diri dari saya padahal saya tahu awak suka dekat saya.”

“Saya tak kacau boyfriend orang.”

What? Bila pulak saya boyfriend orang.” Hampir terjerit Anas.

Aku mencebik. Tak mengaku konon. Lelaki memang macam tu la.

“Tak payah la buat-buat tak tahu, memang awak boyfriend orang kan? Girlfriend awak sendiri yang suruh saya jauhkan diri dari awak.”

“Maksud awak? Auni? She is my friend okey. Tak rapat sangat pun dengan dia la.”

“Tipu. Lelaki sekarang bukan boleh percaya. Tambah-tambah yang glamer giler macam awak ni.” Dalam pada aku nak bangun cepat saja dia halang.

“Hana..please..! awak sorang saja gadis yang saya suka. Yang saya sayang. Awak tak boleh nampak ke tu?”

Aku terus rentap tangan aku sambil berjalan tinggalkan Anas dan masuk dalam toilet. Aku macam tak percaya saja. Anas baru luahkan perasaan dia dekat aku? Waaa! Seronoknya! Nak lompat-lompat bintang la macam ni. Tadi aku bukan sengaja nak rentap tangan tapi ramai mata tengok dah la aku ni pakai tudung.

Kau berjalan keluar dari tandas. Sampai dekat meja Anas dah tak ada termasuk dengan buku dia sekali. Tercari-cari aku dalam library tapi dia memang tak ada. Mana dia pergi ni. Aku call dia banyak kali tapi tak dapat.

Akhirnya dengan langkah longlai aku berjalan keluar dari library dengan perasaan hampa. Aku nak cakap aku suka dekat dia tapi dia dah pergi dulu.

__________________#____________________________

Dah tiga bulan aku jumpa Anas. Aku call dia tak angkat. Aku text dia pun dia tak balas. Akhirnya aku tau dia dah memang tak nak dekat aku. Sampai hati dia. Selama ni Lisa saja la yang dengar luahan perasaan aku. Kadang-kadang aku tahu dia dah naik muak dah tapi aku tak peduli dia kena dengar jugak.

“Dah siap?” Lisa betul tudung dia.

Aku angguk. Malam ni ada majlis perpisahan untuk abang-abang senior termasuk Anas. Nak grad dah dia. Harap la malam ni boleh tengok dia dari jauh pun jadi la.

“Apasal muka tak berseri ni, hari ni hari bersejarah jadi kau kena la berseri sikit. Meh! Aku solekkan kau.” Lisa dah tarik aku duduk depan dia. Dia solekkan muka aku.

Acara malam ni tak ada jemputan VVIP pun sebab budak-budak junior yang uruskan sendiri. So gaya dia lebih relax dan santai.

Kami ambik tempat masing-masing. Aku tercari-cari jugak kelibat Anas. Tapi hampeh tak ada. Rasanya dia tau kut aku datang sebab tu dia tak nak join. Tiba-tiba rasa sedih sangat. Kalau kau tak lari hari tu mesti kami dah selamat bercinta agaknya. Semua aktiviti yang berjalan macam tak luak saja otak aku. Tiba-tiba anak mata aku terpaut pada Anas. Ya Anas! Dia duduk di kerusi depan bersama dengan perempuan lain pulak. Mungkin awek baru dia kut. Nampak macam mesra sangat. Mata Anas dan aku bertembung tapi dia buat tak tahu saja. Cepat-cepat dia larikan seolah-olah tak kenal aku.

            “Lisa aku keluar kejap la.” Aku cakap macam tu dekat Lisa sambil capai beg tangan aku.

            “Kau nak pergi mana?” Lisa tercengang.

            “Aku ingat bila datang sini boleh jumpa Anas, boleh terangkan dekat dia yang aku cinta dan sayangkan dia tapi dia memang dah ada pengganti aku.” Aku sapu air mata dekat hujung mata.

            “Hana.. jangan la macam ni. aku tahu Anas cintakan kau. Kau tunggu la sini.” Lisa paut tangan aku.

            Aku tetap dengan keputusan aku. Anas dah tak mungkin jadi milik aku sampai bila-bila. Tanpa pedulikan Lisa aku terus berjalan keluar dari dewan. Cepat aku keluarkan telefon dan telefon teksi malangnya kredit habis la pulak!

            Aku duduk di hadapan pondok pengawal. Pakcik guard tu tengok saja aku. Aku tekup muka dekat lutut sambil menangis teresak-esak. Betul! Dia memang dah tak suka dekat aku. Tapi aku nak buat macam mana aku dah tak boleh haling diri aku dari sayang dia.

 Hanya dirimu
mampu membuat aku
memandangmu terpaku
hingga terkata kelu

Aku angkat kepala. Tepat depan muka aku. Anas! Dia tengah nyanyi sambil petik gitar dia. Betul-betul depan aku.

hanya dirimu
difikiran selalu
tiada kata yangku tahu
yang pernah mampu
menggambarkanmu

Aku sapu air mata yang mengalir sambil dengar dia nyanyi, mata dia tepat pandang aku. Tiba-tiba aku rasa terharu.

hingga hujung nyawa diriku
biar aku mencintaimu
hingga akhir hayat hidupku
biar aku menjaga dirimu

biar selalu
beriku bersamamu
tiap saat dan waktu
mengharungi semua

biar selalu
dapatku melihatmu
biar saja semua berlalu
tinggal kau dan aku untuk selamanya

hingga hujung nyawa diriku
biar aku mencintaimu
hingga akhir hayat hidupku
biar aku menjadi milikmu

tanpamu ku tak akan mampu
mengharungi hari
tanpa ada bermakna
tak akan pernah jemuku mencintaimu

hingga hujung nyawa diriku
biar aku mencintaimu
hingga akhir hayat hidupku
biar aku menjaga dirimu

hingga hujung nyawa diriku
biar aku mencintaimu
hingga akhir hayat hidupku
biar aku menjaga dirimu
biar aku menjadi milikmu

Lepas saja dia habis nyanyi pak guard tu tepuk tangan. “Boleh buat album lepas ni. pakcik support Anas!” boleh pulak pakcik guard cakap macam ni.

“Terima kasih pakcik..”

“Nak nangis lagi?” tu ayat pertama dia dekat aku. Dia mencangkung depan aku sambil hulur tisu.

Aku sambut sambil angguk.

“Kenapa keluar cepat sangat tadi?” tutur Anas lembut.

“Sebab…”

“Sebab nampak Anas dengan perempuan lain?” dia potong ayat aku.

Aku angguk. Dia tersenyum.

“Dia kawan Anas dan dia tahu hati Anas milik Hana.” Dia duduk pula sebelah aku. Pak guard tadi tengok saja kami.

“Lagu tadi untuk Hana. Dari hati ikhlas Anas.”

Aku tersenyum. Sweet!

“Hana nak tolak cinta Anas lagi?”

Aku geleng. “Hana mintak maaf, lepas kes tu kenapa Anas dah tak layan Hana? Hana call. Text. Semua Anas tak balas kenapa?” aku tanya dia tapi dia senyum pulak.

“Sebab Anas cari duit nak masuk meminang Hana. InsyaAllah lepas Anas dapat kerja kita kahwin.”

“Haaa..” aku tercengang.

“Jangan lari pulak bila lepas ni dengar kata-kata cinta dari Anas.” Dia senyum. Aku pun senyum.

“Nah! Burger.” Dia sua burger yang berbalut dengan pembalut plastic merah jambu tu dekat aku.

“Kenapa burger?” aku tanya dia.

“Sebab Anas hanya masak burger untuk orang yang Anas sayang saja.” D

Dia! Abang rambut afro yang dah berjaya kunci hati aku. Kini, aku pasti hati aku milik dia. Siapa cakap abang rambut afro tak romantic?? Belum cuba belum tahu.!


_______________#________________________


Ø  Citer ni tak de kaitan pun dengan Anas Ridzuan k… tolong jangan gosipkan I *ayat perasan nak mampus!*  hehe
Ø  Saya Cuma peminat suara dia dan juga rambut dia.
Ø  Dan yang pasti kalau anas mentor baca tulisan yang entah haper2 aku ni mesti dia gelak guling-guling sampai jatuh katil pastu bangun balik pastu sambung gelak.
Ø  Maaf anas! Pinjam nama kejap dengan lagu sekali erh…







k bai!! 





13 comments:

  1. afro??
    best sesangat...
    heheeeheh

    ^_^

    ReplyDelete
  2. my brother pun rambut afro gak...
    tapi dia tak romantik pun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia romantik dgn awek dia je..haha ^^

      Delete
  3. Hai Zati.
    Ni br 1 st time PT jengah blog Zati.
    Cerita yg menarik :)
    Rupanya nama hero kita sama la. Hero PT pun nama Anas dan beliau pun suka muzik sbb dia seorg pemuzik. Like ur's Anas .hehehe

    Kalau sudi bacalah cerpen Pt pulak. Ni Anas PT ;)

    http://didinov84.blogspot.com/2012/05/kapal-terbang-kertas-merah-jambu-buat.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita punya taste yang serupa :)

      Delete
  4. wa we best la..tringat time stady dolu2...btwn ble nk kuar novel kegemaran ramai tu..penantian satu penyiksaan..cewaahhh ayat lagu jiwang lak...kah2...@ ednayu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. bulan 10 insyaAllah :)

      Delete
  5. whoa ! kalau anas bace story nih mesty die tersengih smpai ke tlinge . btw, sweet sangat story nih :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..nnti zati wat lagi citer sal dy erh... haha peminat no 1 ni :)

      Delete
  6. best....best....
    rambut afro pn org jugak kn...
    so sweet.....

    I like.......

    ReplyDelete