21..
Malam
tu aku duduk sorang-sorang dalam rumah. Ash tak ada.. entah pergi mana pun aku
tak tahu..suka sangat menghilang, keluar dengan Aimie la tu.. tapi tak pula
cakap, dia cakap nak keluar dengan kawan-kawan dia.
Tiba-tiba
terlintas idea nakal dalam benak fikiran aku, baik aku masuk bilik Ash aku
geledah apa-apa yang patut. Hehehe..
Aku
berlari ke bilik atas.. aku pulas tombol bilik Ash.. yes! Tak kunci.. dengan
senang hatinya aku melangkah masuk bilik Ash. Fuh! Bersih la.. kemas dan
teratur saja.. setiap laci aku buka, sampai aku terjumpa satu album gambar..
Aku
tengok gambar Ash satu persatu dari kecil sampai sekarang. Dari kecik muka tak
berubah langsung. Cuma yang bezanya dulu gemuk sekarang badan dah tuff .. sehingga aku terhenti pada
beberapa keeping gambar Ash dan Aimie serta beberapa rakan mereka yang lain.
Dari
gambar tu rasa macam diorang tengah berparti.. yang pasti dekat nightclub. Siap ada botol arak lagi.
Berpeluk-peluk, baju tak cukup kain. Astafirullahalazim.. teruknya, macam mana
la aku boleh kahwin dengan orang macam ni.
Ada
gambar Ash berpeluk dengan Aimie, ada jugak dengan perempuan lain, siap hisap
rokok lagi Ash ni.. ya Allah.. teruknya.. terlintas di fikiran aku untuk cuba
hubungi Ash.. terus aku capai telefon bimbit. Aku dail number Ash tapi tak
terangkat.. aku cuba lagi sampai lima kali. Erm.. memang harapan la dia nak
angkat.
Entah-entah
Ash ni pergi disko tak.. aku tepuk-tepuk pipi aku beberapa kali. Tak baik buruk
sangka dekat orang.. terus aku lari keluar dari bilik. Tapi baru pukul lapan
lebih. Disko buka ke lagi?
Telefon
aku mengalunkan lagu Yuna terukir di bintang. Yusra..
“Assalamualaikum..”
Aku memberi salam dahulu.
“Waalaikumsalam..”
sapa suara manja di hujung talian.
“Ye
cik adik sayang nak apa?” aku tanya Yusra..
Kedengaran
tawa kecil di hujung talian.. “Akak.. jom pergi I-CITY..” Girang sungguh suara
Yusra.
“Hish!
Tak nak la.. nanti abang Ash cari akak pulak.. dah la call dia pun dia tak nak angkat.. geram betul akak..”
“Tak
apa la.. Akak siap-siap tau lagi lima belas minit kami sampai.. akak siap-siap
sekarang tau.. daaa…” terus talian di matikan.
Kami?
Siapa lagi yang ikut? Mungkin ayah dengan ibu ada sama kut? Tak apa la nanti
aku SMS Ash aku bagitahu la dekat dia. Terus aku berlari ke dalam bilik.
Aku
capai jeans, t-shirt dengan cardigan warna
putih susu yang aku beli dekat butik Mango. Aku lilit-lilit shawl atas kepala lepas itu aku sapu lip ice dekat bibir. Siap! Huhuhu.. buat
apa nak cantik-cantik bukan ada orang nak mengorat pun.
Tak
sampai lima belas minit, kereta Ash berhenti depan rumah. Aku yang tengah kunci
pintu terkejut. Aik! Tertinggal barang ke?
“Kakak”
Yusra melambai-lambai dalam kereta.
Laaa..
datang dengan Ash rupanya.. tu la tak baik buruk sangka dengan orang.. hish!
“Cantinya..”
Ash tersenyum sambil mengambil gugusan kunci rumah dari tangan aku.
Aku
tengok balik diri aku.. cantik apa ke bendanya.. bukan aku pakai dress ke apa ke.. aku pakai t-shirt saja
pun.
“Shall we?” dia suakan tangannya minta
aku sambut. Takkan tak sambut kut. Yusra tengah tengok tu.
Dengan
hati yang berbelah bagi. Aku sambut juga huluran tangan Ash. Melebar saja Ash
senyum.
Sampai
sahaja di kereta, Ash buka kan pintu kereta untuk Aku.
“Jemput
masuk tuan puteri..”
Aku
tersenyum. terus aku masuk ke dalam perut kereta. Terasa malu tiba-tiba.
“Waaa..
romantiknya abang dengan kakak..” Yusra bersorak di tempat duduk belakang.
“Abang
memang romantik pun.. baru tahu ke?” Ash yang baru masuk ke dalam perut kereta
perasan sendiri.
“Eeei
tak malu.. perasan sahaja lebih..” Yusra mencebik.
“Romantik-romantik
abang pun.. bukan ada orang nak..” Suara Ash seolah-olah berjauh hati. Aku
tersedar.
Kata kat aku ke mamat ni?
“Ala
abang pelan-pelan la.. lama-lama orang tu suka la..” Yusra pula bersuara.
Amboi
dua beradik ni.. aku berdehem perlahan.
“Dah..dah..jom
nanti lain pulak ceritanya.”Ash terus memandu kereta membelah jalan raya.
Romantik-romantik
abang pun bukan ada orang nak? Terasa kut.. bukan tak nak..tapi nanti la pintu
hati aku belum Berjaya Ash ketuk lagi. Lagipun aku macam tak percaya takkan
baru beberapa bulan dah kahwin boleh jatuh cinta kut. Macam tak logik pulak.
********************************************************************
“Akak
dengan abang Ash duduk dekat-dekat..” Yusra yang tengah pegang kamera DSLR nya
memberi arahan.
Ash
merapati aku. Tangannya selamber memeluk belakang pinggang aku.
Oit!
Apa ni..rasa macam nak jerit macam ni sahaja. Tapi nasib baik ada orang kalau
tak aku dah cubit-cubit Ash ni.
“Ala
akak ni.. nature la sikit.. cuba
peluk balik abang tu..” Yusra ambik tangan aku kemudian dia letakkan di
pinggang Ash.
Amboi
budak ni..lebih-lebih pulak.. bikin malu aku saja.
“Haaa..kan
comel macam tu.. okey
tunggu..tunggu..”
Beberapa
kali lampu dari flash kamera DSLR
Yusra berkelip.
“Wanginya
Risya..” mulut Ash dekat dengan telinga aku.
Gulp!
Err..nak cakap apa ni?
“Dah
la tu..” Aku yang kurang senang Ash buat macam tu bersuara.
Rasa
janggal la tiba-tiba..
“Akak
cium pipi abang pulak..” Yusra sekali lagi memberi arahan.
Oit
ingat ni gambar pre-wedding ke? Ah!
Tak nak la.. ingat tak ada orang ke dekat sini?
“Tak
nak..tak nak..” Aku leraikan pelukan Ash kemudian berjalan kea rah Yusra.
Baru
setapak aku berjalan. Ash dah tarik tangan aku kuat.
Aku
yang hampir terjatuh, terus memaut tengkuk Ash. Hampir-hampir terkena mulut
Ash.
Klik!
Yusra pelik lagi kamera DSLRnya..
“Waaa,
cantinya gambar 18SX ni..” Yusra
menjerit kuat.
Aku
menarik nafas panjang.. sabar sahaja la dengan budak berdua ni.. bonda.. Risya
kena buli.. rasa macam nak lari balik penang
sekarang juga.. sekarang tau tak?
Ash
mencapai kamera Yusra, aku nampak Ash tersenyum mesra. Dia kenyit mata ke arah
aku. Aku mencebik.
“Jom
ambil gambar lagi..” Ash berkata lagi..
“Tak
nak letih..” aku berlalu meninggalkan dua beradik tersebut di belakang.
Ash
terus mencapai tangan aku.. dia genggam kuat. Lagi aku tarik.. lagi dia tarik
kuat. “Lepas ni kita ambil lagi tau gambar macam tu.. tapi nak yang betul-betul
punya la tau..” Ash berbisik perlahan di telinga aku.
Hampir
terkeluar biji mata aku. Oit! Mamat ni main kasar nampak.. aku cepuk nanti baru
tau.
Ash
bersiul-siul kecil sambil menggenggam erat tangan aku.. Hish! Geram la aku
dengan dia ni.
*****************************************************************************
Aku
duduk bersimpuh di atas katil bersaiz king
itu, disebabkan Yusra tidur sini tak fasal-fasal aku kena kongsi bilik
dengan Ash. Masalah..masalah..
Pintu
bilik terkuak. Ash tersenyum ke arah aku.
“Aik,
tak tidur lagi ke? Tunggu abang erh kan
abang cakap sayang tidur la dulu..” Ash duduk di tepi aku.
Aku
mengesok sedikit.
“Tak
la. Saja la tak nak tidur lagi..”
“Meh
abang tidurkan..” Ash dah berbaring di atas katil.
“Jangan
la tidur sini, nanti orang nak tidur mana?” aku tampar Ash dengan bantal.
“Sayang
abang ni main kasar ye.. nanti abang buat macam dekat I-CITY tadi baru tau..
baru la jadi good night kiss..”
Aku
tekup mulut dengan belakang tangan. Jangan la malu la..
“Tengok
dah merah pipi tu.” Ash mengusik aku lagi, kemudian dia ketawa kuat.
Aku
tampar Ash dengan belakang tangan aku. Pap!
“Oit!
Sakit la Risya.. tak sayang abang pun jangan la dera abang macam ni.” Ash usap
belakang badannya..
“Ala..
sorry la tak sengaja..tindakan
drastik.” Aku tak tahu nak buat apa.. takkan nak tolong usap-usap sama kut.
“Sampai
hati Risya kan..” Ash bersuara seolah-olah menjauh.
“Sorry la abang Risya tak sengaja..” Aku
merapati Ash.
“Ala..minta
maaf la..”
“Tak
nak..”
“Sorry” aku mencuba lagi.
“Erm..”
“Jangan
la merajuk.”
“Ada
satu syarat.” Ash bersuara..
Aku
tengok Ash yang tengah tersenyum.
Syarat
apa pulak ni? Aku garu kepala yang tak gatal.
“Risya
berhenti kerja..”
Haaa..
aku tercengang. Berhenti kerja? Biar betul ni..
“Abang
kata apa tadi?” aku suruh dia ulang balik apa yang dia cakap tadi.
“Risya
kena berhenti kerja.”
“Serius ke?” aku tanya dia lagi minta
kepastian.
“Abang
ada business yang nak Risya
usahakan..” Ash berkata lagi..
Tapi
aku macam dengar tak dengar sahaja ayat yang fasal business tu. yang dengar berhenti kerja.
“Berhenti
kerja?” aku tanya lagi.. kalau orang hilang sabar boleh kena lempang aku ni.
“Ye
la sayang.. fasal duit jangan risau tiap-tiap bulan dah masuk pun.. Risya
sahaja yang tak perasan..”
Dia
suruh aku berhenti? Berhenti??
“Yeay!
Terima kasih abang.. terima kasih.. Risya memang nak berhenti pun.. thank you..thank you sangat-sangat.” Aku melonjak-lonjak gembira dan dalam tak sedar
aku terpeluk Ash.
Ash
tersenyum. “Most welcome sweetheart.”
Ash membalas pelukan aku.
Ops!
Aku terpeluk Ash la pulak.. malunya..
“Tengok
tu muka dah blushing untang abang tak
payah beli make up dekat Risya.”
Bila
Ash kata macam tu, muka aku terasa panas.. terus aku pegang kedua-dua pipi aku.
Malunya saya..
“Orang
memang tak pakai makeup pun..bukan
macam Aimie kesayangan abang tu..” sengaja aku berkata macam tu.
“Tu
dulu.. sekarang ni Risya la kesayangan abang..”
Oh
Ash tolong la jangan buat ayat penggoda.
“Mana
ada..”
“Ada..
Risya la racun..Risya la penawar.. semuanya Risya.. ni Risya sekarang dekat
tempat tertinggi dalam hati abang..” Ash tarik tangan aku dan bawa ke dada dia.
Aku
terbuai seketika. Rasa macam nak jatuh cinta sahaja ni. Ingat demam ke boleh
rasa-rasa ha?
“Abang
harap suatu hari nanti hati Risya akan terbuka untuk abang.. abang akan tunggu sampai
mati biar pun sampai nafas terakhir abang akan…”
Aku
letak jari aku dekat mulut Ash, “Abang jangan cakap macam tu.. Risya tak nak
kehilangan abang..”
Ash
sapu air mata yang mengalir laju di pipi aku.
“Syuhhh..jangan
menangis sayang..” Ash tarik aku ke dalam pelukan dia.
Aku
balas pelukan Ash.
Bila
pelukan Ash terlerai, Ash angkat dagu
aku supaya mengahadap dia.
Ash
dekatkan mukanya dengan muka aku.. ya hampir bersatu.. hampir.. hampir dan..
Ring!
Ring! Ring!
Ash
terhenti. Pipi aku di tampar lembut. Ash berjalan ke telefon bimbitnya.
Seketika dia melihat aku.
“Ye
Aimie..” Ash menjawab perlahan.
Dia
mengangkat tangan isyarat untuk ke balkoni.
Potong
betul la Aimie ni tau! Malunya aku.. malu sangat-sangat..
Aku
terus berbaring di atas katil sambil tersenyum. aku tutup muka aku dengan
bantal.. hehe.. bestnya.. sweet la
abang Ash ni.. eh abang pulak.. hehe.. Ai.. tak lena la tidur malam aku.
Aku
tarik selimut hingga tutup ke tengkuk.. baik aku tidur dulu nanti abang Ash
datang bukan-bukan pulak dia mengayat aku. Aku ni dah la jenis cepat luntur
iman.. aku tersenyum sambil memejamkan
mata rapat.
“Abang
keluar jumpa Aimie sekejap. Sayang tidur dulu ye.” Ash usap kepala aku.
“Keluar
jumpa Aimie buat apa?” aku tanya dalam selimut.
“Nanti
abang cerita.” Ash terus keluar bilik.
Selepas
saja Ash keluar aku bangun duduk ats katil. Nak jumpa Aimie? Benci
Abang!!!!!!!! Tunggu la, aku merajuk ni! Aku terus tarik selimut hingga tutup
kepala. Mogok!
_________________________
22
PAGI-PAGI lagi aku dah tunggu Ash dekat
pintu. Pintu bilik terbuka aku
tersengih.
“Haa..kenapa ni?” Ash betulkan tali leher
dia, beg laptop di galaskan di bahu.
“Janji apa semalam?” Aku bercekak pinggang.
Ash tersengih.
“Cerita la cepat.” Aku tak sabar nak tahu
cerita dia. Nampakanya tahap kesabaran aku dah tak dapat di kawal ni. harap
maklum.
Aku dan Ash beriringan turun tangga.
“Sebenarnya semalam abang tak jumpa Aimie
pun, buat apa jumpa dia bukan kami ada apa-apa dah.” Ash tarik kerusi.
Aku tuang air milo dalam cawan.
“Tipu.” Aku tak pandang dia.
“Pergi la tanya abang Yuzril, semalam abang
pergi tengok bola kut MU lawan Chelsea.” Terang Ash satu-satu.
Betul ke ni? aku tanya betul-betul nanti
baru tahu kut.
“Ye la tu.” Aku masih tak percaya.
“Betul la sayang, lagipun Risya kan cinta hati abang, tak kan abang nak sakitkan hati sayang kut.”
Aku tersenyum dalam diam. Ash ni la.
“Betul la, abang tak jumpa dia pun tak
terniat pun nak jumpa dia tu, tak hadap sangat nak tengok muka dia.” Ash cakap
bila nampak aku macam diam tak jawab apa-apa.
“Yela-yela.” Kakau tipu aku siap la.
“Dah siap nak hantar surat perletakkan jawatan dekat Wafiy?” Ash
hirup air milo panas.
Aku angguk. Surat tu aku copy paste dalam internet saja.
Haha. Tak payah susah-susah nak taip satu-satu.
*******************************************************************
Aku letak surat perletakkan jawatan atas meja wafiy.
Wafiy memerhati aku tanpa kelip. Aduh Wafiy nie..kenapa
dia tengok aku? Nak bagi ke tak nak aku berhenti nie?
Wafiy capai surat perletakkan jawatan aku dan selepas dia
membaca membutang matanya memandang aku.
“Awak pasti nak berhenti dalam dua puluh
empat jam nie?” Wafiy sandar sambil
memeluk tubuh.
“Ye.” Aku angguk perlahan.
“Kenapa mesti macam nie? Awak kerja dengan saya tak sampai setahun
Risya.. company saya bayar gaji awak
murah ke?” mata dia mencerun ke arah aku.
Woo..woo.. takutnya.. serius aku
gerun tengok muka dia.
“Bukan macam tu..” aku kena susun ayat baik
punya ni. “ni atas permintaan suami Risya.. Ash minta saya berhenti..lagipun
syurga isterikan dia telapak kaki suami.” Aku susun ayat satu persatu. Nak tak
nak terpaksa guna nama Ash jugak. Sorry
darling!
“Bagus la. ” perlahan dan sayu tutur kata Wafiy.
Tapi aku dapat dengar dengan jelas.
Aku tersenyum. Saja nak sedapkan hati dia.
“Saya akan luluskan perletakkan jawatan
awak tapi…” Wafiy hentikan ayat dia di situ..
“Tapi apa?” aku tanya dia.
“Minggu depan baru saya luluskan.” Wafiy
menyandar di kerusi sambil matanya ralit memerhati aku.
“Baiklah Encik Wafiy.” Aku berlalu keluar
dari bilik pejabat Wafiy.
Nampaknya aku tak mungkin dapat memiliki
Hanis Arisya menjadi milik aku. Getus Wafiy di dalam hatinya.
***********************************************************************
Aku kemas barang-barang untuk di bawa balik
penang. Satu beg cukup la untuk aku.
“Dah?” muka Ash terpancul di pintu bilik
aku.
“Sikit sahaja lagi..nanti habis la. ” Aku memasukkan baju
aku yang terakhir ke dalam beg.
Dah siap semua Ash ambil beg aku dan bawa
masuk dalam boot belakang kereta.
“Nak balik penang buat apa?” aku pandang muka Ash yang tengah memandu.
“Nak jemput kawan la.” Ash menghala
pandangan ke hadapan jalan.
“Tak pernah cerita pun.” Seingat aku Ash
tak pernah cerita pun dia nak jemput kawan dia.
“Ada
aje la.. budak busuk ni yang tak pernah nak ingat.” Dia cubit lembut pipi aku.
Aku tepis tangan Ash. Sakit la. Ngok nget punya budak.
“Memang tak ada lelaki sebaik abang tapi
yang lebih baik banyak..” Ash menyanyi lagu Alif Satar lelaki seperti aku tapi
lirik dia saja yang lain. Pandai-pandai main tukar.
“Perasaan.” Aku mencebik tapi tetap
tersenyum. Macam kelakar la pulak.
“Memang tak ada lelaki seperasan abang tapi
lebih perasan banyak..” Ash nyanyi lagi.
Hish dia ni.!
“Maka tak perlu sayang susah hati, sebab
sayang tak boleh nak pilih-pilih lagi,
untuk menjadi sandaran hati..”
“Haha..” aku gelak kuat. Entah apa-apa saja
la Ash ni, kalau bab merepek terserah la dekat Ash ni.
“Tu la kan abang cakap kalau Risya kahwin dengan
abang, abang akan jadi orang paling romantik dalam dunia ni. Kan sekarang dah terbukti.” Ash mendepakan
kedua belak tangannya.
“Hey!
Pegang la stereng tu.. nanti lain
pulak jadinya.” Aku terjerit kecil. Ye la main lepas stereng pulak.
“Ala
relaks la darling.. jangan la takut..”
Ash tampar-tampar tangan aku. Kemudian dia genggam.
“Bawak la kereta tu tak payah la nak pegang
tangan orang.” Aku nak tarik tangan aku tapi tak mampu sebab Ash genggam kuat.
“Kereta auto
la sayang.. tak apa.” Ash masih genggam tangan aku.
“Risya memang suka masak ke?” Ash tanya
aku.
“Aha.. dulu nak apply seni kulinari dah dapat pun tawaran tu tapi bonda tak bagi,
bonda kata nanti dah kahwin pun masuk celah dapur jugak, lepas tu dapat matrik so masuk la matrik. Sadis kan. ?” Aku soal dia
balik.
“Tak sadis pun. Abang ni lagi sadis dulu
abang minat nak solek-solek orang, nak jadi pak andam lepas tu ibu dapat tahu
habis abang kena marah.. lagi sadis.”
Aku bagaikan tak percaya. Betul ke nak jadi
pak andam biar betul?
“Betul ke?” aku soal bagai tak percaya.
“Hehe..tak
la.. agak-agak la ingat abang ni auw
ke haha?”
Aku tampar bahu Ash. Haaa… ni la kalau tipu aku.
“Abang dah lama ke kenal Aimie?” aku
beranikan diri tanya soalan macam tu.
“Kenapa Risya cemburu ke?”
Aku geleng perlahan sambil lemparkan
pandangan keluar tingkap. Aha cemburu sangat-sangat. Aku berani cakap dalam
hati saja la, giler nak cakap
depan-depan malu aku emapt puluh empat hari.
“Masa tu dia jadi duta untuk model terbaru
kereta kami, selalu jugak jumpa sebab nak tak nak abang ada syer jugak sikit
dalam tu jadi apa-apa hal kena la jumpa dan berbincang. Lama-lama jadi rapat,
Aimie cakap la dia suka dekat abang tapi abang tak terima lagi masa tu sebab
abang jenis tak suka terikat dengan perempuan ni.”
Ash pandang aku kemudian dia sambung balik.
“dia pun tak putus asa, dia ayat la abang macam-macam.. then kami pun bercinta sebab dia kata dia takkan kongkong hidup
abang.. dalam dua tahun jugak la hidup dengan dia. Tapi yang tu dulu, sekaranag
abang dah dapat bidadari dari syurga.” Ash kucup tangan aku.
Adoi! Jangan buat ayat sweet dekat aku.
“Abang pernah minum ke?” aku tanya soalan
maut dekat Ash. Nak tak nak aku kena tanya jugak dari aku duk tuduh dia
bukan-bukan lagi baik aku tanya.
“Kenapa tanya macam tu? Muka abang ni muka
kaki minum ke?”
Aku geleng perlahan. Baik aku cakap benda
betul. “Risya mengemas bilik abang lepas tu Risya terjumpa gambar abang dekat pub, ada Aimie dengan kawan-kawan
abang.”
Ash angguk perlahan. “Aha abang pernah
minum, tapi tu dulu la masa zaman jahiliah. Masa tu baru kenal-kenal dengan
Aimie, dia la ajak abang pergi. Tapi sekarang tak dah dah lama abang tinggalkan
semua tu. Tu kali pertama dan terakhir dalam hidup abang.” Ash menarik nafas
panjang.
“Abang pernah tidur dengan perempuan.?” Aku
ni dah macam polis yang tengah soal siasat penjenayah pulak.
Ash tersenyum. “tak pernah.. tapi sekarang
abang rasa nak.. tapi ada orang tak sudi.” Ash kucup tangan aku berkali-kali.
“Abang jangan la..” aku tarik tangan aku.
Tengok sekarang muka aku dah blushing dah. Ash ni suka buat aku malu.
“Abang sayang Risya sangat-sangat tau..
kenapa la kita tak jumpa dari dulu lagi. Tak payah abang nak bercinta dengan
Aimie tu. Terima kasih sayang sebab sudi jadi isteri abang.. abang janji abang
akan bahagiakan Risya dunia akhirat.”
Aku tersenyum sendirian. Ash ni memang pandai buat ayat
pencair hati.
“Malu ke?” Ash tanya aku.
Hey! Mana boleh bagitahu. Malu la aku. Ash ni pun takkan tak tahu aku ni
kan pemalu. Hehe.
“Tak apa sayang take you time untuk luahkan cinta sayang tu dekat abang.. biar pun
seribu tahun abang tetap akan tunggu.”
Kenapa la aku rasa Ash ni buat ayat macam
ni mengorat aku. Tolong..tolong.. aku dah jatuh cinta ni.
*****************************************************************
Aku belek jam di tangan Ash. Dah hampir dua
jam kami berada di lapangan terbang Bayan Lepas ni, bayang kawan Ash pun
nampak. Dia ni nak menipu aku ke apa?
“Abang ni betul ke tak kawan abang ni?
Janji macam keling la, dah dua jam tahu tak.” Aku mula nak meradang.
“Sabar la..”
“Letih la macam ni. Cuba abang cakap betul-betul kawan
ni siapa? Nama apa?” aku soal dia tak puas hati.
“Okey..okey..
Risya ingat tak yang Risya pernah cakap yang Risya nak buktikan dekat abang
yang Aiman masih hidup? Risya kata nak tunggu Aiman balik hari ni, kalau ada
Aiman maknanya Risya akan tinggalkan abang.. dan kalau Aiman tak muncul Risya
milik abang selamanya.” Panjang lebar Ash terangkan dekat aku.
Aku
tepuk dahi. “pasal tu saja?”
Ash angguk.
“Okey
la memang salah Risya.. Risya mengaku. Risya nak cakap dekat abang Risya dah
boleh terima kenyataan yang Aiman dah tak ada. Risya dah lama sedar dari mimpi
Risya ni.”
“Betul ke? Kenapa tak cakap?” Ash pegang
bahu aku dengan tangannya.
“Dah tak tanya.” Ayat paling bodoh aku bagi
dekat dia.
Ash peluk aku erat. Dah macam aku ni baru
turun flight saja.
“Alhamdulillah.. syukur ya Allah.”
Aku leraikan pelukan. Malu la orang tengok.
“Jom la kita pergi, malu la orang tengok.”
Aku tarik tangan Ash untuk beredar.
Ash tersenyum sambil aikut aku dari
belakang.
Kami duduk di dalam kereta dan Ash masih
belum memandu.
“I
love you sayang.” Ash tengok muka aku.
Aku buat muka biasa. Macam orang tak ada
perasaan.
“Iye tahu la..” aku memandang
sekeliling,yang tak nak jalan lagi ni kenapa.
“Jadi Risya dah boleh terima abang la kan ?”Ash masih lagi
memandang aku.
“Bagi Risya sikit lagi masa, Risya nak
yakinkan diri yang abang ni betul-betul sayangkan Risya. Risya rasa abang ni
cepat sangat jatuh cinta. Abang kena pastikan yang abang ni suka atau cintakan
Risya.” Aku pandang muka Ash. Biar pun pahit untuk di telan tapi aku gagahkan
jua.
“Abang akan buktikan cinta dan kasih sayang
abang untuk Risya dan abang akan pastikan yang Risya takkan menyesal sebab
pilih abang sebagai suami Risya..” Ash kucup lagi tangan aku.
Dada aku berdebar-debar. Aku terpaku.
Sampai macam tu sekali? Tapi tak salahkan untuk aku minta bukti yang Ash ni
betul-betul sayangkan aku.
“Kita pergi rumah bonda ye..abang dah call abah semalam cakap nak singgah.
Tapi sebelum tu abang nak bagi hadiah.”
Chup! Ash kucup pipi aku.
Aku tercengang.. aku sentuh pipi aku dengan
belakang tangan. Ash ni suka buat benda yang tak diduga.
Ash tersenyum kemudian memandu Audi
meninggalkan lapangan terbang. Kini dia makin pasti Risya miliknya. Mana taknya
dulu Risya sering menolak tapi sekarang Risya seolah-olah suka dan hanya
membiarkan sahaja Ash memperlakukan apa sahaja.
*********************************************************************
Masuk saja office hari tu, aku rasa macam nak pengsan sepuluh minit la. Ada majlis perpisahan
untuk aku.
“Risya..” Zu yang datang dari arah depan
terus paut lengan aku.
“Zu..” aku tarik nama Zu panjang.
“Sampai hati Risya nak berhenti. Tak kesian
dekat kami ke? Sob..sob..” Zu dah buat muka kesian.
Aku ni dah la pantang kalau orang buat muka
kesian ni.
“Nak buat macam mana dah suami Risya yang
suruh.”
Zu tarik tangan aku pergi ke arah Wafiy.
“Haa..Risya,
majlis ni khas untuk awak. Dari pukul lapan setengah pagi sampai lima setengah petang.”
Wafiy yang tengah menyeluk saku dengan kedua-dua belah tangan memandang tepat
muka aku.
Gila dari pagi sampai petang.
“Hari ni kita enjoy! Yey!” Zu pulak
bersorak.
“Dari pagi sampai petang Encik Wafiy?” aku
macam tak percaya saja ni.
“Betul la. Pagi ni kita makan ringan-ringan
dulu, tengahari sikit baru berat, petang nanti ada makanan lain pulak.” Wafiy
tersenyum.
Betul?
“Nampak sangat dia tu kesayangan bos.”
Wah! Suara-suara sumbang telah bersuara.
“Risya mari jemput makan.” Wafiy dah ceduk
soto untuk aku.
Kalau aku tau tiga hari tiga malam aku tak
makan. Simpan perut!
Aku, Zu dan Wafiy duduk satu meja.
“Risya dengan Encik Wafiy ni siapa? Ex
girlfriend dengan ex boyfriend ke?” Zu pandang aku dengan Wafiy silih berganti.
Ahak!
Ahak! Tersedak aku di buatnya. Cepat-cepat Zu urut
belakang badan aku sambil minta maaf.
“Haha. Kami ni kawan dia punya husband is my bestfriend.” Masih bersisa
ketawa Wafiy.
Is my
bestfriend? Adakah aku salah dengar ni?
“Ooo.
Macam tu ke?” Zu angguk-angguk kepalanya tanda faham.
“Lepas ni kita masih boleh berhubungkan
Risya?”
Berhubung?
“Boleh.boleh.” aku masukkan nasi impit
dalam mulut.
“Tengahari makan apa pulak Encik Wafiy?”
aku cuba
berbahasa. Nanti takut dia cakap dah dapat lelaki kaya sombong pulak.
“Tengahari ni kita makan laksa johor, nasi
ayam, nasi kerabu dengan mee rebus. Petang pulak sate, roti jala, roti arab
dengan dessert.” Wafiy tersenyum memandang aku.
“Tak pernah Encik Wafiy layan pekerja
sampai macam ni.” Zu seolah-olah macam merajuk saja ni.
Wafiy tersenyum. Aku terdiam. Betul ke tak
pernah?
“Kan
saya dah cakap tadi She is my bestfriend
wife and her husband is one of our
big client. Sekali masuk juta-juta.” Wafiy suap bihun goreng pulak dalam
mulut. Banyak makan.!
“Okey fine.” Mendatar saja suara Zu.
Aku tak mau cakap apa-apa sebab aku tak
faham. Betul ke bestfriend? Sejak
bila? Tu semua aku tak mau ambil tahu yang aku tau nak cepat-cepat pergi dari
sini sebab ada suara sumbang macam mambang tu tak berhenti-henti menyumbangkan
suara.
Aku
belek-belek senarai barang yang nak di beli. Nasib baik kenduri kalinya
semuanya catering yang sediakan.
Barang-barang yang nak di beli ni pun untuk jamu saudara-mara sahaja.
“Dah?”
Ash betulkan collar bajunya.
Aku
pandang Ash dari atas sampai bawah. Oit
cik abang handsome-handsome ni nak pi mana? Orang nak pergi pasar aje pun.
“Kenapa?”
Ash jungkit kening.
“Tak
pernah pergi pasar ke?” aku tanya dia.
“Pasar
tu yang macam dekat tesco tu kan?”
Ash tanya minta kepastian.
Aku
tahan saja gelak aku. Mampus la kalau semua pasar dekat Malaysia macam ni.
“Ni
nak pergi pasar basah. Pergi la tukar baju lain.. nanti orang ingat nak shopping pulak.” Aku arah Ash suruh
tukar baju. Haruslah mamat ni tukar baju dia.
“Nak
pakai baju apa?” Ash dah buka almari baju sambil belek-belek baju yang
tergantung.
“Baju
dah okey.. seluar tu pakai tracksuit dah la. Takut nanti kotor
seluar tujuh lapan ratus tu kan.”
Ash
tersenyum pandang aku.
“Meh
la tolong abang salin seluar ni.” Ash baling seluar dekat aku.
Heyp! Agak-agak
la kalau nak buat lawak pun.
“Tak
nak la..salin la sendiri.” aku sua seluar tu dekat Ash.
“Sayang..
please..” Ash buat muka
budak-budaknya.
Lagi
lama aku dekat sini lagi naik mengada Ash ni.
“Dah
la Risya nak turun.. abang ni mengada erh.
cubit nanti haa..” aku buat-buat gaya
nak cubit.
Ash
tersengih. “Risya tunggu dekat luar erh.
nanti abang datang..tunggu dekat luar tau jangan turun bawah lagi tau.” Ash
sempat gosok-gosok kepala aku dengan tangannya.
Dia
buat aku ni macam budak-budak sahaja.
Tak
sampai seminit Ash pun keluar. Haaa..
kan elok macam ni.
“Jom.”
Ash tarik tangan aku turun bawah.
Dalam
rumah pun nak pegang tangan ke?
“Amboi
pengantin baru ni.. bukan main lagi romantiknya.” Suara makngah yang aku dengar
dulu. aku tercari-cari pulak Yaya. Kemudian aku perhati jam di dinding. Baru
pukul tujuh setengah pagi mana minah ni nak bangun lagi.
Aku
pun tak tahu kenapa ,sejak aku kahwin dengan Ash ni makngah dengan Yaya rajin
sangat interframe kan diri diorang
dalam family aku. Entah la kalau main
tuduh-tuduh nanti percuma sahaja dalam dosa. Baik duduk diam.
Aku
pandang Ash yang duk tersengih. Seronok la tu.
“Nak
pergi pasar ke ni?” Ibu pulak menyampuk.
“Aha
ibu.. pasar dekat sini dekat mana erh.”
Ash tanya ibu. Nampak sangat tak pernah pergi pasar.
Lepas
ibu bagitahu direction dekat Ash.
Kami pun bergerak ke pasar. Ada ke nak
bawak Audi. Nasib baik aku yang bijak pandai ni suruh dia pakai kereta abah
aje. Kalau nak bawak Audi pergi pasar gamaknya harga barang naik tiga kali
ganda apa.
********************************************************************
Aku
masih bersisa ketawa masa masuk ke rumah.
“Gelak
la dekat abang puas-puas.” Ash seolah-olah merajuk.
Aku
makin galak ketawa.
“Kenapa
seronok sangat ni?” Bonda yang datang dari sebalik dapur terus ambil separuh
barang dari tangan Ash.
“Ada
orang tu kan dekat pasar tadi tak tahu beza kangkung dengan bayam bonda.” Aku
memandang Ash yang dah tarik muka masam.
“Standard la bonda kan budak lelaki. Mana
nak masuk pasar-pasar ni.” Ayat Ash macam mintak back up saja.
“Entah
Risya ni tak baik gelakkan Ash ni.” Nampaknya Ash dah berjaya dapat back up bonda ni.
Ash
jelirkan lidah dia.aku balas balik. Bonda yang menjadi pemerhati hanya
menggelengkan kepala.
“Katering
datang pukul berapa ni?”
Bab-bab
katering, kanopi , semua Ash yang uruskan aku relax goyang kaki aje.
“Sepatutnya
dah datang ni.. nanti Ash call.” Ash
mencapai I-phone 4 nya. Dan berlalu jauh sedikit.
“Makngah
dengan Yaya mana?” aku tanya bonda,
“Makngah
apa lagi melaram la, Yaya tu tak tahu dah bangun ke belum.”
“Eee.. cuba buat perangai elok sikit,
malu la dekat keluarga Ash tu. gaya macam tuan rumah. Berlagak. Macam bagus
aje.” Aku berbisik perlahan. Takut jugak
kalau Makngah atau Yaya dengar.
“Risya
tak baik cakap macam tu, biar la diorang tu.” Bonda bersuara.
Bonda
ni memang, orang dah buat jahat pun duk baik lagi. Kalau aku, sorry to say la kan.
“Dah
nak sampai katering tu. nanti Ash suruh abang Yuzril uruskan.” Ash yang baru
habis bercakap telefon datang ke arah kami.
“Jom
Risya naik.. siap-siap.” Ash tarik tangan aku naik ke bilik.
Aku
hanya ikut langkah Ash dari belakang. Dan aku hanya biarkan genggaman tangan
Ash memegang erat jari jemari aku.
********************************************************************
Aku
pakai dress yang Ash bagi. Bukan nak
bagi awal-awal, tak fasal-fasal aku nak kena gosok balik. Nasib baik aku ni
baik dan penyabar. Hehe.
Kali
ni aku tak pakai shawl sebab aku
malas nak lilit-lilit dan aku rasa sungguh panas. Jadi aku pun pakai tudung
bawal.
Aku
dan Ash berjalan keluar dari bilik. Ramai yang tegur cakap kami ni pasangan
bahagia la, romantik la, comel la.. ala setakat pakai baju sama warna aje pun.
Makanan
hari tu nasi tomato, ayam masak merah, jelatah, dalca, acar buah, laksa, mee
rebus, buah-buahan celup coklat, red
velvet cup cake, bengkang ubi, triffle dan macam-macam lagi la.. penat nak sebut
pun.
Ramai
kawan-kawan aku datang.. blogger-blogger yang duk balas-balas emel dan FB pun datang jugak, office mate Ash, juga bekas office mate aku dan juga jiran-jiran
tetangga. Waa.. meriahnya.
“Abang
ada pengumuman nak buat..” tarik tangan aku nak berjalan ke arah microfon
yang tersedia.
“Assalamualaikum
dan salam sejahtera. Saya Tengku Yusri Ashraf dan juga isteri Hanis Arisya
ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas kedatangan saudara dan saudari yang
sudi hadir pada hari ni.”
Aku
di sisi Ash hanya tersenyum. eee..
malunya duduk dekat depan ni. Ash ni tak apa la dia dah biasa dengan
benda-benda macam ni. Aku ni? Malu kut.
Ash
sambung balik. “saya sebenarnya ingin memaklum bahawa isteri saya akan membuka
sebuah restoren berhampiran Office
saya di Damansara. InsyaAllah kalau tak ada aral melintang lagi tiga bulan kami
akan mulakan operasi.”
Ash
tersenyum dan memeluk bahu aku.
“Ni
hadiah untuk isteri tersayang, lagi pun isteri saya ni minat sangat memasak
jadi bukan selalu kita nak tunaikan impian orang tersayang ni. Jadi jemput la
makan, banyak lagi makan tu jangan malu kalau nak tambah.”
Semua
yang ada bertepuk tangan. Dan mengucapkan rasa syukur dan tahniah.
Ash
ni buat aku blushing la.. aku pandang
Aimie yang memeluk tubuh sambil mencebik muka. Ada aku kisah??
“Abang
tak kata pun nak buka restoran.” Aku pandang Ash, konon nak buat-buat marah.
“Abang
saja nak bagi kejutan untuk sayang..”
Aku
buat-buat merajuk.
“Tengok..
dah merajuk dah sayang abang ni..”
“Risya
mana tahu masak.” Aku berkata lagi.
“Abang
hantar Risya pergi kelas la, abang dah daftar pun nama Risya minggu depan dah
boleh start pergi kelas memasak.”
Aku
pandang Ash dengan pandangan tak percaya. Nasib baik dia buat keputusan betul,
aku ni lagi minat memasak dari buat kerja-kerja office ni.
“Thanks you abang..” aku peluk pinggang
Ash.
Waaa..
ni yang sayang Ash lebih ni..
“Ada
upahnya..”
“Apa?”
aku tanya Ash balik.
“Malam
ni malam apa?” Ash tanya aku.
“Hari
ni hari sabtu jadi malam ni malam sabtu la.”
“Ooo malam sabtu.. erm esok ahad jadi esok cuti la kan.” Ash tanya lagi sambil sengih
nakal.
Aku
angguk perlahan.
“Jadi
malam ni boleh la kan..” Ash cakap lagi.
“Boleh
apa?”
“Kita..”
Ash dah tersengih-sengih.. “erm..kita..”
Aku
cubit pinggang Ash.. “Jangan nak gatal boleh tak?”
Ash
menjerit kecil. “Sakit la sayang..”
“Padan
muka.. ajak lagi orang buat benda tu.”
“Abang
ajak buat apa?” Ash tanya aku.
“Tu
la..” takkan aku nak jawab kut. Gila kut!
“Tu..tu
apa? Cuba bagitahu, abang tak faham la..” Ash sengaja buat loya buruk dengan
aku.
Makin
aku geram dengan Ash ni tau. Aku mencebik mula. Mula-mula geram lama-lama
sayang. Aku hanya biarkan pertanyaan Ash tidak terjawab. Nanti lagi
lebih-lebih.
******************************************************************
Malam
tu masing-masing penat. Keluarga mertua
aku semua dah balik rumah. Cuma tinggal family
aku saja lagi. Ada yang tengah tengok TV dan ada juga yang tengah online.
Ash
pulak dari tadi tak habis-habis nak romantiknya. Kadang-kadang malu jugak
aku. Sekarang ni dia boleh pulak duk
letak kepala dekat bahu aku. Makin aku tolak makin dia buat keras kepala. Yang
makngah pulak tengok kami macam nak terkeluar biji mata. Aiseh! Cemburu ke
makngah?
“Ash..”
makngah panggil Ash.
Aku
dan Ash turut sama berpaling. Yaya yang berada di sebelah makngah tak lekang
dari tengok Ash. Aku tarik biji mata bagi terkeluar nanti baru tahu.
“Yaya
ni cadang nak duduk Kuala Lumpur.. nak cari kerja dekat sini, ada tak kerja
kosong tempat Ash?” makngah bersuara.
“Tak
ada kosong lagi la makngah..” Ash jawab mendatar.
“Tu
restoran Ash kan baru nak buka.. bagi la Yaya ni kerja.” Makngah tersenyum
kecil. Nak bodek ke?
“InsyaAllah
saya tak janji la makngah.. Risya ni
tuan punya restoran apa-apa hal saya kena tanya dia.” Mata Ash masih di hala ke
kaca Tv.
“Ala.. Risya kalau dengan makngah mesti boleh
punya kan?” Makngah masih mencuba nasib.
Aku
nak jawab apa ni?
“Risya
tak janji la makngah.. lagipun restoran tu tak buka pun lagi. Jadi Risya tak
boleh buat keputusan.” Aku pandang makngah dan Yaya silih berganti.
Harap-harap
la korang faham.
“Makngah
harap sangat la Risya dengan Ash sudi ambil Yaya ni kerja. Bab gaji bagi la
berapa pun tak apa.” Ash angguk-angguk perlahan.
Aku
hanya tersenyum. tengok la dulu makngah oi..
“Mak
jom tidur.. Yaya ngantuk la.” Yaya sudah pun berdiri sambil menguap.
Eee..tak
senonoh punya budak.
“Makngah
harap sangat naa..” makngah berkata
sebelum berlalu tinggalkan kami.
Yaya
hanya tersengih.
“Dah
la bangun awal tidur pun awal.” Aku mendegus kecil.
“Dah
perangai dia macam tu nak buat macam
mana.” Ash memandang aku.
Laaa..
dengar ke? Telinga lintah betul la budak ni.
“Jom
tidur sayang..” Ash dah berdiri sambil membetul-betulkan pinggang.
Baru
aku perasan selepas makngah dengan Yaya beredar hanya tinggal aku dengan Ash
saja dekat ruang tamu.
Ash
masih tunggu aku bangun. Ala nanti kalau dia minta aku tunaikan tanggungjawab
aku macam mana?
“Cepat
la sayang.” Ash masih menanti..
“Tak
nak la nanti abang..err.. abang..”
nak cakap ke tak nak?
“Abang
takkan minta selagi Risya tak sedia. Abang main-main saja la siang tadi.
Lagipun kalau Risya sudi abang sejuta kali sudi.” Ash tersenyum.
Entah
kenapa aku rasa senyuman Ash yang paling menawan hari ni.
“Abang
ni suka buat ayat mat Romeo.” Aku berjalan meninggalkan Ash di belakang.
“Sebab
Risya ni Juliet abang..”
Kan
aku cakap dia ni suka jadi romantik. Aku buat tak tahu aje dengan ayat Ash tu
bila fikir balik kesian pulak. Tapi aku perlukan sedikit masa saja lagi untuk
yakinkan hati aku,]
Ash
tersenyum memandang Risya dari belakang. Sesekali Ash hampir hilang kawalan
bila bersama Risya. Namun dia gagahi juga untuk jadi menahan hawa nafsunya
biarpun Risya halal baginya.
baru dapat baca citer nih skang
ReplyDeleteterbaik wok
zati pun baru masukkan semalam ^^
Deletebestlah zati nak lagi boleh... bila novel ni akan
ReplyDeletedi pasaran nanti...
boleh..nanti zati masukkan lagi.. aha.. insyaAllah lepas raya ^^
Deletetak sabat nak beli novel BBJM nie!!! akak terus kan usaha ye!!
ReplyDeleteoh yeh..! tq2.. :)
Deletebest la dear.. x sabar nk baca next entry...:)
ReplyDeletetq..tggu nanti zati post..zati bz cket k :)
Deletecepatlah sambung
ReplyDeletecumilll cumilll cumilll cumilll cumilll cumilll cumilll cumilll
ReplyDeletecumilll cumilll cumilll cumilll cumilll cumilll cumilll sunggguhhhhhhhh Ashh dengann Risyaa nehhh ~ Siyesss dahh metingg dengann watakk Ashh nehhh ! poyo + sweet-2 gituuuuu ^^ *meltinggggggggg*
sweetnya
ReplyDelete