Copyright© All Rights Reserved akubukannovelis.blogspot.com

17 Jun 2012

Bila Blogger Jadi Maid.. 21, 22. 23


21..
Malam tu aku duduk sorang-sorang dalam rumah. Ash tak ada.. entah pergi mana pun aku tak tahu..suka sangat menghilang, keluar dengan Aimie la tu.. tapi tak pula cakap, dia cakap nak keluar dengan kawan-kawan dia.

Tiba-tiba terlintas idea nakal dalam benak fikiran aku, baik aku masuk bilik Ash aku geledah apa-apa yang patut. Hehehe..

Aku berlari ke bilik atas.. aku pulas tombol bilik Ash.. yes! Tak kunci.. dengan senang hatinya aku melangkah masuk bilik Ash. Fuh! Bersih la.. kemas dan teratur saja.. setiap laci aku buka, sampai aku terjumpa satu album gambar..

Aku tengok gambar Ash satu persatu dari kecil sampai sekarang. Dari kecik muka tak berubah langsung. Cuma yang bezanya dulu gemuk sekarang badan dah tuff .. sehingga aku terhenti pada beberapa keeping gambar Ash dan Aimie serta beberapa rakan mereka yang lain.

Dari gambar tu rasa macam diorang tengah berparti.. yang pasti dekat nightclub. Siap ada botol arak lagi. Berpeluk-peluk, baju tak cukup kain. Astafirullahalazim.. teruknya, macam mana la aku boleh kahwin dengan orang macam ni.

Ada gambar Ash berpeluk dengan Aimie, ada jugak dengan perempuan lain, siap hisap rokok lagi Ash ni.. ya Allah.. teruknya.. terlintas di fikiran aku untuk cuba hubungi Ash.. terus aku capai telefon bimbit. Aku dail number Ash tapi tak terangkat.. aku cuba lagi sampai lima kali. Erm.. memang harapan la dia nak angkat.

Entah-entah Ash ni pergi disko tak.. aku tepuk-tepuk pipi aku beberapa kali. Tak baik buruk sangka dekat orang.. terus aku lari keluar dari bilik. Tapi baru pukul lapan lebih. Disko buka ke lagi?

Telefon aku mengalunkan lagu Yuna terukir di bintang. Yusra..

“Assalamualaikum..” Aku memberi salam dahulu.

“Waalaikumsalam..” sapa suara manja di hujung talian.

“Ye cik adik sayang nak apa?” aku tanya Yusra..

Kedengaran tawa kecil di hujung talian.. “Akak.. jom pergi I-CITY..” Girang sungguh suara Yusra.

“Hish! Tak nak la.. nanti abang Ash cari akak pulak.. dah la call dia pun dia tak nak angkat.. geram betul akak..”

“Tak apa la.. Akak siap-siap tau lagi lima belas minit kami sampai.. akak siap-siap sekarang tau.. daaa…” terus talian di matikan.

Kami? Siapa lagi yang ikut? Mungkin ayah dengan ibu ada sama kut? Tak apa la nanti aku SMS Ash aku bagitahu la dekat dia. Terus aku berlari ke dalam bilik.

Aku capai jeans, t-shirt dengan cardigan warna putih susu yang aku beli dekat butik Mango. Aku lilit-lilit shawl atas kepala lepas itu aku sapu lip ice dekat bibir. Siap! Huhuhu.. buat apa nak cantik-cantik bukan ada orang nak mengorat pun.

Tak sampai lima belas minit, kereta Ash berhenti depan rumah. Aku yang tengah kunci pintu terkejut. Aik! Tertinggal barang ke?

“Kakak” Yusra melambai-lambai dalam kereta.

Laaa.. datang dengan Ash rupanya.. tu la tak baik buruk sangka dengan orang.. hish!

“Cantinya..” Ash tersenyum sambil mengambil gugusan kunci rumah dari tangan aku.

Aku tengok balik diri aku.. cantik apa ke bendanya.. bukan aku pakai dress ke apa ke.. aku pakai t-shirt saja pun.

Shall we?” dia suakan tangannya minta aku sambut. Takkan tak sambut kut. Yusra tengah tengok tu.

Dengan hati yang berbelah bagi. Aku sambut juga huluran tangan Ash. Melebar saja Ash senyum.

Sampai sahaja di kereta, Ash buka kan pintu kereta untuk Aku.

“Jemput masuk tuan puteri..”

Aku tersenyum. terus aku masuk ke dalam perut kereta. Terasa malu tiba-tiba.

“Waaa.. romantiknya abang dengan kakak..” Yusra bersorak di tempat duduk belakang.

“Abang memang romantik pun.. baru tahu ke?” Ash yang baru masuk ke dalam perut kereta perasan sendiri.

“Eeei tak malu.. perasan sahaja lebih..” Yusra mencebik.

“Romantik-romantik abang pun.. bukan ada orang nak..” Suara Ash seolah-olah berjauh hati. Aku tersedar.

 Kata kat aku ke mamat ni?

“Ala abang pelan-pelan la.. lama-lama orang tu suka la..” Yusra pula bersuara.

Amboi dua beradik ni.. aku berdehem perlahan.

“Dah..dah..jom nanti lain pulak ceritanya.”Ash terus memandu kereta membelah jalan raya.

Romantik-romantik abang pun bukan ada orang nak? Terasa kut.. bukan tak nak..tapi nanti la pintu hati aku belum Berjaya Ash ketuk lagi. Lagipun aku macam tak percaya takkan baru beberapa bulan dah kahwin boleh jatuh cinta kut. Macam tak logik pulak.

********************************************************************
“Akak dengan abang Ash duduk dekat-dekat..” Yusra yang tengah pegang kamera DSLR nya memberi arahan.

Ash merapati aku. Tangannya selamber memeluk belakang pinggang aku.

Oit! Apa ni..rasa macam nak jerit macam ni sahaja. Tapi nasib baik ada orang kalau tak aku dah cubit-cubit Ash ni.

“Ala akak ni.. nature la sikit.. cuba peluk balik abang tu..” Yusra ambik tangan aku kemudian dia letakkan di pinggang Ash.

Amboi budak ni..lebih-lebih pulak.. bikin malu aku saja.

“Haaa..kan comel macam tu.. okey tunggu..tunggu..”

Beberapa kali lampu dari flash kamera DSLR Yusra berkelip.

“Wanginya Risya..” mulut Ash dekat dengan telinga aku.

Gulp! Err..nak cakap apa ni?

“Dah la tu..” Aku yang kurang senang Ash buat macam tu bersuara.

Rasa janggal la tiba-tiba..

“Akak cium pipi abang pulak..” Yusra sekali lagi memberi arahan.

Oit ingat ni gambar pre-wedding ke? Ah! Tak nak la.. ingat tak ada orang ke dekat sini?

“Tak nak..tak nak..” Aku leraikan pelukan Ash kemudian berjalan kea rah Yusra.

Baru setapak aku berjalan. Ash dah tarik tangan aku kuat.

Aku yang hampir terjatuh, terus memaut tengkuk Ash. Hampir-hampir terkena mulut Ash.

Klik! Yusra pelik lagi kamera DSLRnya..

“Waaa, cantinya gambar 18SX ni..” Yusra menjerit kuat.
Aku menarik nafas panjang.. sabar sahaja la dengan budak berdua ni.. bonda.. Risya kena buli.. rasa macam nak lari balik penang sekarang juga.. sekarang tau tak?

Ash mencapai kamera Yusra, aku nampak Ash tersenyum mesra. Dia kenyit mata ke arah aku. Aku mencebik.

“Jom ambil gambar lagi..” Ash berkata lagi..

“Tak nak letih..” aku berlalu meninggalkan dua beradik tersebut di belakang.

Ash terus mencapai tangan aku.. dia genggam kuat. Lagi aku tarik.. lagi dia tarik kuat. “Lepas ni kita ambil lagi tau gambar macam tu.. tapi nak yang betul-betul punya la tau..” Ash berbisik perlahan di telinga aku.

Hampir terkeluar biji mata aku. Oit! Mamat ni main kasar nampak.. aku cepuk nanti baru tau.

Ash bersiul-siul kecil sambil menggenggam erat tangan aku.. Hish! Geram la aku dengan dia ni.

*****************************************************************************
Aku duduk bersimpuh di atas katil bersaiz king itu, disebabkan Yusra tidur sini tak fasal-fasal aku kena kongsi bilik dengan Ash. Masalah..masalah..

Pintu bilik terkuak. Ash tersenyum ke arah aku.

“Aik, tak tidur lagi ke? Tunggu abang erh kan abang cakap sayang tidur la dulu..” Ash duduk di tepi aku.

Aku mengesok sedikit.

“Tak la. Saja la tak nak tidur lagi..”

“Meh abang tidurkan..” Ash dah berbaring di atas katil.

“Jangan la tidur sini, nanti orang nak tidur mana?” aku tampar Ash dengan bantal.

“Sayang abang ni main kasar ye.. nanti abang buat macam dekat I-CITY tadi baru tau.. baru la jadi good night kiss..”

Aku tekup mulut dengan belakang tangan. Jangan la malu la..

“Tengok dah merah pipi tu.” Ash mengusik aku lagi, kemudian dia ketawa kuat.

Aku tampar Ash dengan belakang tangan aku. Pap!

“Oit! Sakit la Risya.. tak sayang abang pun jangan la dera abang macam ni.” Ash usap belakang badannya..
“Ala.. sorry la tak sengaja..tindakan drastik.” Aku tak tahu nak buat apa.. takkan nak tolong usap-usap sama kut.

“Sampai hati Risya kan..” Ash bersuara seolah-olah menjauh.

Sorry la abang Risya tak sengaja..” Aku merapati Ash.

“Ala..minta maaf la..”

“Tak nak..”

Sorry” aku mencuba lagi.

“Erm..”

“Jangan la merajuk.”

“Ada satu syarat.” Ash bersuara..

Aku tengok Ash yang tengah tersenyum.

Syarat apa pulak ni? Aku garu kepala yang tak gatal.

“Risya berhenti kerja..”

Haaa.. aku tercengang. Berhenti kerja? Biar betul ni..

“Abang kata apa tadi?” aku suruh dia ulang balik apa yang dia cakap tadi.

“Risya kena berhenti kerja.”

Serius ke?” aku tanya dia lagi minta kepastian.

“Abang ada business yang nak Risya usahakan..” Ash berkata lagi..

Tapi aku macam dengar tak dengar sahaja ayat yang fasal business tu. yang dengar berhenti kerja.

“Berhenti kerja?” aku tanya lagi.. kalau orang hilang sabar boleh kena lempang aku ni.

“Ye la sayang.. fasal duit jangan risau tiap-tiap bulan dah masuk pun.. Risya sahaja yang tak perasan..”

Dia suruh aku berhenti? Berhenti??

“Yeay! Terima kasih abang.. terima kasih.. Risya memang nak berhenti pun.. thank you..thank you sangat-sangat.” Aku melonjak-lonjak gembira dan dalam tak sedar aku terpeluk Ash.

Ash tersenyum. “Most welcome sweetheart.” Ash membalas pelukan aku.

Ops! Aku terpeluk Ash la pulak.. malunya..

“Tengok tu muka dah blushing untang abang tak payah beli make up dekat Risya.”

Bila Ash kata macam tu, muka aku terasa panas.. terus aku pegang kedua-dua pipi aku. Malunya saya..

“Orang memang tak pakai makeup pun..bukan macam Aimie kesayangan abang tu..” sengaja aku berkata macam tu.

“Tu dulu.. sekarang ni Risya la kesayangan abang..”

Oh Ash tolong la jangan buat ayat penggoda.

“Mana ada..”

“Ada.. Risya la racun..Risya la penawar.. semuanya Risya.. ni Risya sekarang dekat tempat tertinggi dalam hati abang..” Ash tarik tangan aku dan bawa ke dada dia.

Aku terbuai seketika. Rasa macam nak jatuh cinta sahaja ni. Ingat demam ke boleh rasa-rasa ha?

“Abang harap suatu hari nanti hati Risya akan terbuka untuk abang.. abang akan tunggu sampai mati biar pun sampai nafas terakhir abang akan…”

Aku letak jari aku dekat mulut Ash, “Abang jangan cakap macam tu.. Risya tak nak kehilangan abang..”

Ash sapu air mata yang mengalir laju di pipi aku.

“Syuhhh..jangan menangis sayang..” Ash tarik aku ke dalam pelukan dia.

Aku balas pelukan Ash.

Bila pelukan Ash terlerai, Ash  angkat dagu aku supaya mengahadap dia.

Ash dekatkan mukanya dengan muka aku.. ya hampir bersatu.. hampir.. hampir dan..

Ring! Ring! Ring!

Ash terhenti. Pipi aku di tampar lembut. Ash berjalan ke telefon bimbitnya. Seketika dia melihat aku.
“Ye Aimie..” Ash menjawab perlahan.

Dia mengangkat tangan isyarat untuk ke balkoni.

Potong betul la Aimie ni tau! Malunya aku.. malu sangat-sangat..

Aku terus berbaring di atas katil sambil tersenyum. aku tutup muka aku dengan bantal.. hehe.. bestnya.. sweet la abang Ash ni.. eh abang pulak.. hehe.. Ai.. tak lena la tidur malam aku.

Aku tarik selimut hingga tutup ke tengkuk.. baik aku tidur dulu nanti abang Ash datang bukan-bukan pulak dia mengayat aku. Aku ni dah la jenis cepat luntur iman..  aku tersenyum sambil memejamkan mata rapat.

“Abang keluar jumpa Aimie sekejap. Sayang tidur dulu ye.”  Ash usap kepala aku.

“Keluar jumpa Aimie buat apa?” aku tanya dalam selimut.

“Nanti abang cerita.” Ash terus keluar bilik.

Selepas saja Ash keluar aku bangun duduk ats katil. Nak jumpa Aimie? Benci Abang!!!!!!!! Tunggu la, aku merajuk ni! Aku terus tarik selimut hingga tutup kepala. Mogok!

 _________________________

22
PAGI-PAGI lagi aku dah tunggu Ash dekat pintu.  Pintu bilik terbuka aku tersengih.

“Haa..kenapa ni?” Ash betulkan tali leher dia, beg laptop di galaskan di bahu.

“Janji apa semalam?” Aku bercekak pinggang.

Ash tersengih.

“Cerita la cepat.” Aku tak sabar nak tahu cerita dia. Nampakanya tahap kesabaran aku dah tak dapat di kawal ni. harap maklum.

Aku dan Ash beriringan turun tangga.

“Sebenarnya semalam abang tak jumpa Aimie pun, buat apa jumpa dia bukan kami ada apa-apa dah.” Ash tarik kerusi.

Aku tuang air milo dalam cawan.

“Tipu.” Aku tak pandang dia.

“Pergi la tanya abang Yuzril, semalam abang pergi tengok bola kut MU lawan Chelsea.” Terang Ash satu-satu.

Betul ke ni? aku tanya betul-betul nanti baru tahu kut.

“Ye la tu.” Aku masih tak percaya.

“Betul la sayang, lagipun Risya kan cinta hati abang, tak kan abang nak sakitkan hati sayang kut.”

Aku tersenyum dalam diam. Ash ni la.

“Betul la, abang tak jumpa dia pun tak terniat pun nak jumpa dia tu, tak hadap sangat nak tengok muka dia.” Ash cakap bila nampak aku macam diam tak jawab apa-apa.

“Yela-yela.” Kakau tipu aku siap la.

“Dah siap nak hantar surat perletakkan jawatan dekat Wafiy?” Ash hirup air milo panas.

Aku angguk. Surat tu aku copy paste dalam internet saja. Haha. Tak payah susah-susah nak taip satu-satu.

*******************************************************************


Aku letak surat perletakkan jawatan atas meja wafiy. Wafiy memerhati aku tanpa kelip. Aduh Wafiy nie..kenapa dia tengok aku? Nak bagi ke tak nak aku berhenti nie?

Wafiy capai surat perletakkan jawatan aku dan selepas dia membaca membutang matanya memandang aku.

“Awak pasti nak berhenti dalam dua puluh empat jam nie?” Wafiy sandar sambil memeluk tubuh.

“Ye.” Aku angguk perlahan.

“Kenapa mesti macam nie?  Awak kerja dengan saya tak sampai setahun Risya.. company saya bayar gaji awak murah ke?” mata dia mencerun ke arah aku.

Woo..woo.. takutnya.. serius aku gerun tengok muka dia.

“Bukan macam tu..” aku kena susun ayat baik punya ni. “ni atas permintaan suami Risya.. Ash minta saya berhenti..lagipun syurga isterikan dia telapak kaki suami.” Aku susun ayat satu persatu. Nak tak nak terpaksa guna nama Ash jugak. Sorry darling!

“Bagus la.” perlahan dan sayu tutur kata Wafiy. Tapi aku dapat dengar dengan jelas.

Aku tersenyum. Saja nak sedapkan hati dia.

“Saya akan luluskan perletakkan jawatan awak tapi…” Wafiy hentikan ayat dia di situ..

“Tapi apa?” aku tanya dia.

“Minggu depan baru saya luluskan.” Wafiy menyandar di kerusi sambil matanya ralit memerhati aku.

“Baiklah Encik Wafiy.” Aku berlalu keluar dari bilik pejabat Wafiy.

Nampaknya aku tak mungkin dapat memiliki Hanis Arisya menjadi milik aku. Getus Wafiy di dalam hatinya.

***********************************************************************
Aku kemas barang-barang untuk di bawa balik penang. Satu beg cukup la untuk aku.

“Dah?” muka Ash terpancul di pintu bilik aku.

“Sikit sahaja lagi..nanti habis la.” Aku memasukkan baju aku yang terakhir ke dalam beg.

Dah siap semua Ash ambil beg aku dan bawa masuk dalam boot belakang kereta.

“Nak balik penang buat apa?” aku pandang muka Ash yang tengah memandu.
“Nak jemput kawan la.” Ash menghala pandangan ke hadapan jalan.

“Tak pernah cerita pun.” Seingat aku Ash tak pernah cerita pun dia nak jemput kawan dia.

Ada aje la.. budak busuk ni yang tak pernah nak ingat.” Dia cubit lembut pipi aku.

Aku tepis tangan Ash. Sakit la. Ngok nget punya budak.

“Memang tak ada lelaki sebaik abang tapi yang lebih baik banyak..” Ash menyanyi lagu Alif Satar lelaki seperti aku tapi lirik dia saja yang lain. Pandai-pandai main tukar.

“Perasaan.” Aku mencebik tapi tetap tersenyum. Macam kelakar la pulak.

“Memang tak ada lelaki seperasan abang tapi lebih perasan banyak..” Ash nyanyi lagi.

Hish dia ni.!

“Maka tak perlu sayang susah hati, sebab sayang tak boleh nak pilih-pilih lagi,  untuk menjadi sandaran hati..”

“Haha..” aku gelak kuat. Entah apa-apa saja la Ash ni, kalau bab merepek terserah la dekat Ash ni.

“Tu la kan abang cakap kalau Risya kahwin dengan abang, abang akan jadi orang paling romantik dalam dunia ni. Kan sekarang dah terbukti.” Ash mendepakan kedua belak tangannya.

Hey! Pegang la stereng tu.. nanti lain pulak jadinya.” Aku terjerit kecil. Ye la main lepas stereng pulak.

Ala relaks la darling.. jangan la takut..” Ash tampar-tampar tangan aku. Kemudian dia genggam.

“Bawak la kereta tu tak payah la nak pegang tangan orang.” Aku nak tarik tangan aku tapi tak mampu sebab Ash genggam kuat.

“Kereta auto la sayang.. tak apa.” Ash masih genggam tangan aku.

“Risya memang suka masak ke?” Ash tanya aku.

“Aha.. dulu nak apply seni kulinari dah dapat pun tawaran tu tapi bonda tak bagi, bonda kata nanti dah kahwin pun masuk celah dapur jugak, lepas tu dapat matrik so masuk la matrik. Sadis kan.?” Aku soal dia balik.

“Tak sadis pun. Abang ni lagi sadis dulu abang minat nak solek-solek orang, nak jadi pak andam lepas tu ibu dapat tahu habis abang kena marah.. lagi sadis.”

Aku bagaikan tak percaya. Betul ke nak jadi pak andam biar betul?

“Betul ke?” aku soal bagai tak percaya.

Hehe..tak la.. agak-agak la ingat abang ni auw ke haha?”

Aku tampar bahu Ash. Haaa… ni la kalau tipu aku.

“Abang dah lama ke kenal Aimie?” aku beranikan diri tanya soalan macam tu.

“Kenapa Risya cemburu ke?”

Aku geleng perlahan sambil lemparkan pandangan keluar tingkap. Aha cemburu sangat-sangat. Aku berani cakap dalam hati saja la, giler nak cakap depan-depan malu aku emapt puluh empat hari.

“Masa tu dia jadi duta untuk model terbaru kereta kami, selalu jugak jumpa sebab nak tak nak abang ada syer jugak sikit dalam tu jadi apa-apa hal kena la jumpa dan berbincang. Lama-lama jadi rapat, Aimie cakap la dia suka dekat abang tapi abang tak terima lagi masa tu sebab abang jenis tak suka terikat dengan perempuan ni.”

Ash pandang aku kemudian dia sambung balik. “dia pun tak putus asa, dia ayat la abang macam-macam.. then kami pun bercinta sebab dia kata dia takkan kongkong hidup abang.. dalam dua tahun jugak la hidup dengan dia. Tapi yang tu dulu, sekaranag abang dah dapat bidadari dari syurga.” Ash kucup tangan aku.

Adoi! Jangan buat ayat sweet dekat aku.

“Abang pernah minum ke?” aku tanya soalan maut dekat Ash. Nak tak nak aku kena tanya jugak dari aku duk tuduh dia bukan-bukan lagi baik aku tanya.

“Kenapa tanya macam tu? Muka abang ni muka kaki minum ke?”

Aku geleng perlahan. Baik aku cakap benda betul. “Risya mengemas bilik abang lepas tu Risya terjumpa gambar abang dekat pub, ada Aimie dengan kawan-kawan abang.”

Ash angguk perlahan. “Aha abang pernah minum, tapi tu dulu la masa zaman jahiliah. Masa tu baru kenal-kenal dengan Aimie, dia la ajak abang pergi. Tapi sekarang tak dah dah lama abang tinggalkan semua tu. Tu kali pertama dan terakhir dalam hidup abang.” Ash menarik nafas panjang.

“Abang pernah tidur dengan perempuan.?” Aku ni dah macam polis yang tengah soal siasat penjenayah pulak.

Ash tersenyum. “tak pernah.. tapi sekarang abang rasa nak.. tapi ada orang tak sudi.” Ash kucup tangan aku berkali-kali.

“Abang jangan la..” aku tarik tangan aku.

Tengok sekarang muka aku dah blushing dah. Ash ni suka buat aku malu.

“Abang sayang Risya sangat-sangat tau.. kenapa la kita tak jumpa dari dulu lagi. Tak payah abang nak bercinta dengan Aimie tu. Terima kasih sayang sebab sudi jadi isteri abang.. abang janji abang akan bahagiakan Risya dunia akhirat.”

Aku tersenyum  sendirian. Ash ni memang pandai buat ayat pencair hati.

“Malu ke?” Ash tanya aku.

Hey! Mana boleh bagitahu. Malu la aku. Ash ni pun takkan tak tahu aku ni kan pemalu. Hehe.

“Tak apa sayang take you time untuk luahkan cinta sayang tu dekat abang.. biar pun seribu tahun abang tetap akan tunggu.”

Kenapa la aku rasa Ash ni buat ayat macam ni mengorat aku. Tolong..tolong.. aku dah jatuh cinta ni.

*****************************************************************
Aku belek jam di tangan Ash. Dah hampir dua jam kami berada di lapangan terbang Bayan Lepas ni, bayang kawan Ash pun nampak. Dia ni nak menipu aku ke apa?

“Abang ni betul ke tak kawan abang ni? Janji macam keling la, dah dua jam tahu tak.” Aku mula nak meradang.

“Sabar la..”

“Letih la macam ni. Cuba abang cakap betul-betul kawan ni siapa? Nama apa?” aku soal dia tak puas hati.

Okey..okey.. Risya ingat tak yang Risya pernah cakap yang Risya nak buktikan dekat abang yang Aiman masih hidup? Risya kata nak tunggu Aiman balik hari ni, kalau ada Aiman maknanya Risya akan tinggalkan abang.. dan kalau Aiman tak muncul Risya milik abang selamanya.” Panjang lebar Ash terangkan dekat aku.

 Aku tepuk dahi. “pasal tu saja?”

Ash angguk.

Okey la memang salah Risya.. Risya mengaku. Risya nak cakap dekat abang Risya dah boleh terima kenyataan yang Aiman dah tak ada. Risya dah lama sedar dari mimpi Risya ni.”

“Betul ke? Kenapa tak cakap?” Ash pegang bahu aku dengan tangannya.

“Dah tak tanya.” Ayat paling bodoh aku bagi dekat dia.

Ash peluk aku erat. Dah macam aku ni baru turun flight saja.

“Alhamdulillah.. syukur ya Allah.”

Aku leraikan pelukan. Malu la orang tengok.

“Jom la kita pergi, malu la orang tengok.” Aku tarik tangan Ash untuk beredar.

Ash tersenyum sambil aikut aku dari belakang.

Kami duduk di dalam kereta dan Ash masih belum memandu.

I love you sayang.” Ash tengok muka aku.

Aku buat muka biasa. Macam orang tak ada perasaan.

“Iye tahu la..” aku memandang sekeliling,yang tak nak jalan lagi ni kenapa.

“Jadi Risya dah boleh terima abang la kan?”Ash masih lagi memandang aku.

“Bagi Risya sikit lagi masa, Risya nak yakinkan diri yang abang ni betul-betul sayangkan Risya. Risya rasa abang ni cepat sangat jatuh cinta. Abang kena pastikan yang abang ni suka atau cintakan Risya.” Aku pandang muka Ash. Biar pun pahit untuk di telan tapi aku gagahkan jua.

“Abang akan buktikan cinta dan kasih sayang abang untuk Risya dan abang akan pastikan yang Risya takkan menyesal sebab pilih abang sebagai suami Risya..” Ash kucup lagi tangan aku.

Dada aku berdebar-debar. Aku terpaku. Sampai macam tu sekali? Tapi tak salahkan untuk aku minta bukti yang Ash ni betul-betul sayangkan aku.

“Kita pergi rumah bonda ye..abang dah call abah semalam cakap nak singgah. Tapi sebelum tu abang nak bagi hadiah.”

Chup! Ash kucup pipi aku.

Aku tercengang.. aku sentuh pipi aku dengan belakang tangan. Ash ni suka buat benda yang tak diduga.

Ash tersenyum kemudian memandu Audi meninggalkan lapangan terbang. Kini dia makin pasti Risya miliknya. Mana taknya dulu Risya sering menolak tapi sekarang Risya seolah-olah suka dan hanya membiarkan sahaja Ash memperlakukan apa sahaja.

*********************************************************************
Masuk saja office hari tu, aku rasa macam nak pengsan sepuluh minit la. Ada majlis perpisahan untuk aku.

“Risya..” Zu yang datang dari arah depan terus paut lengan aku.

“Zu..” aku tarik nama Zu panjang.

“Sampai hati Risya nak berhenti. Tak kesian dekat kami ke? Sob..sob..” Zu dah buat muka kesian.

Aku ni dah la pantang kalau orang buat muka kesian ni.

“Nak buat macam mana dah suami Risya yang suruh.”

Zu tarik tangan aku pergi ke arah Wafiy.

Haa..Risya, majlis ni khas untuk awak. Dari pukul lapan setengah pagi sampai lima setengah petang.” Wafiy yang tengah menyeluk saku dengan kedua-dua belah tangan memandang tepat muka aku.

Gila dari pagi sampai petang.

“Hari ni kita enjoy! Yey!” Zu pulak bersorak.

“Dari pagi sampai petang Encik Wafiy?” aku macam tak percaya saja ni.

“Betul la. Pagi ni kita makan ringan-ringan dulu, tengahari sikit baru berat, petang nanti ada makanan lain pulak.” Wafiy tersenyum.

Betul?

“Nampak sangat dia tu kesayangan bos.”

Wah! Suara-suara sumbang telah bersuara.

“Risya mari jemput makan.” Wafiy dah ceduk soto untuk aku.

Kalau aku tau tiga hari tiga malam aku tak makan. Simpan perut!
Aku, Zu dan Wafiy duduk satu meja.

“Risya dengan Encik Wafiy ni siapa? Ex girlfriend dengan ex boyfriend ke?” Zu pandang aku dengan Wafiy silih berganti.

Ahak! Ahak! Tersedak aku di buatnya. Cepat-cepat Zu urut belakang badan aku sambil minta maaf.

“Haha. Kami ni kawan dia punya husband is my bestfriend.” Masih bersisa ketawa Wafiy.

Is my bestfriend? Adakah aku salah dengar ni?

Ooo. Macam tu ke?” Zu angguk-angguk kepalanya tanda faham.

“Lepas ni kita masih boleh berhubungkan Risya?”

Berhubung?

“Boleh.boleh.” aku masukkan nasi impit dalam mulut.

“Tengahari makan apa pulak Encik Wafiy?” aku cuba berbahasa. Nanti takut dia cakap dah dapat lelaki kaya sombong pulak.

“Tengahari ni kita makan laksa johor, nasi ayam, nasi kerabu dengan mee rebus. Petang pulak sate, roti jala, roti arab dengan dessert.” Wafiy tersenyum memandang aku.

“Tak pernah Encik Wafiy layan pekerja sampai macam ni.” Zu seolah-olah macam merajuk saja ni.

Wafiy tersenyum. Aku terdiam. Betul ke tak pernah?

Kan saya dah cakap tadi She is my bestfriend wife and her husband is one of our big client. Sekali masuk juta-juta.” Wafiy suap bihun goreng pulak dalam mulut. Banyak makan.!

“Okey fine.” Mendatar saja suara Zu.

Aku tak mau cakap apa-apa sebab aku tak faham. Betul ke bestfriend? Sejak bila? Tu semua aku tak mau ambil tahu yang aku tau nak cepat-cepat pergi dari sini sebab ada suara sumbang macam mambang tu tak berhenti-henti menyumbangkan suara.

 ______________________________

23
Aku belek-belek senarai barang yang nak di beli. Nasib baik kenduri kalinya semuanya catering yang sediakan. Barang-barang yang nak di beli ni pun untuk jamu saudara-mara sahaja.

“Dah?” Ash betulkan collar bajunya. 

Aku pandang Ash dari atas sampai bawah. Oit cik abang handsome-handsome ni nak pi mana? Orang nak pergi pasar aje pun.

“Kenapa?” Ash jungkit kening.

“Tak pernah pergi pasar ke?” aku tanya dia.

“Pasar tu yang macam dekat tesco tu kan?” Ash tanya minta kepastian.

Aku tahan saja gelak aku. Mampus la kalau semua pasar dekat Malaysia macam ni.

“Ni nak pergi pasar basah. Pergi la tukar baju lain.. nanti orang ingat nak shopping pulak.” Aku arah Ash suruh tukar baju. Haruslah mamat ni tukar baju dia.

“Nak pakai baju apa?” Ash dah buka almari baju sambil belek-belek baju yang tergantung.

“Baju dah okey.. seluar tu pakai tracksuit dah la. Takut nanti kotor seluar tujuh lapan ratus tu kan.”

Ash tersenyum pandang aku.

“Meh la tolong abang salin seluar ni.” Ash baling seluar dekat aku.

Heyp! Agak-agak la kalau nak buat lawak pun.

“Tak nak la..salin la sendiri.” aku sua seluar tu dekat Ash.

“Sayang.. please..” Ash buat muka budak-budaknya.

Lagi lama aku dekat sini lagi naik mengada Ash ni.

“Dah la Risya nak turun.. abang ni mengada erh. cubit nanti haa..” aku buat-buat gaya nak cubit.

Ash tersengih. “Risya tunggu dekat luar erh. nanti abang datang..tunggu dekat luar tau jangan turun bawah lagi tau.” Ash sempat gosok-gosok kepala aku dengan tangannya.

Dia buat aku ni macam budak-budak sahaja.

Tak sampai seminit Ash pun keluar. Haaa.. kan elok macam ni.

“Jom.” Ash tarik tangan aku turun bawah.
Dalam rumah pun nak pegang tangan ke?

“Amboi pengantin baru ni.. bukan main lagi romantiknya.” Suara makngah yang aku dengar dulu. aku tercari-cari pulak Yaya. Kemudian aku perhati jam di dinding. Baru pukul tujuh setengah pagi mana minah ni nak bangun lagi.

Aku pun tak tahu kenapa ,sejak aku kahwin dengan Ash ni makngah dengan Yaya rajin sangat interframe kan diri diorang dalam family aku. Entah la kalau main tuduh-tuduh nanti percuma sahaja dalam dosa. Baik duduk diam.

Aku pandang Ash yang duk tersengih. Seronok la tu.

“Nak pergi pasar ke ni?” Ibu pulak menyampuk.

“Aha ibu.. pasar dekat sini dekat mana erh.” Ash tanya ibu. Nampak sangat tak pernah pergi pasar.

Lepas ibu bagitahu direction dekat Ash. Kami pun bergerak ke pasar.  Ada ke nak bawak Audi. Nasib baik aku yang bijak pandai ni suruh dia pakai kereta abah aje. Kalau nak bawak Audi pergi pasar gamaknya harga barang naik tiga kali ganda apa.

********************************************************************
Aku masih bersisa ketawa masa masuk ke rumah.

“Gelak la dekat abang puas-puas.” Ash seolah-olah merajuk.

Aku makin galak ketawa.

“Kenapa seronok sangat ni?” Bonda yang datang dari sebalik dapur terus ambil separuh barang dari tangan Ash.

“Ada orang tu kan dekat pasar tadi tak tahu beza kangkung dengan bayam bonda.” Aku memandang Ash yang dah tarik muka masam.

Standard la bonda kan budak lelaki. Mana nak masuk pasar-pasar ni.” Ayat Ash macam mintak back up saja.

“Entah Risya ni tak baik gelakkan Ash ni.” Nampaknya Ash dah berjaya dapat back up bonda ni.

Ash jelirkan lidah dia.aku balas balik. Bonda yang menjadi pemerhati hanya menggelengkan kepala.

“Katering datang pukul berapa ni?”

Bab-bab katering, kanopi , semua Ash yang uruskan aku relax goyang kaki aje.

“Sepatutnya dah datang ni.. nanti Ash call.” Ash mencapai I-phone 4 nya. Dan berlalu jauh sedikit.

“Makngah dengan Yaya mana?” aku tanya bonda,

“Makngah apa lagi melaram la, Yaya tu tak tahu dah bangun ke belum.”

Eee.. cuba buat perangai elok sikit, malu la dekat keluarga Ash tu. gaya macam tuan rumah. Berlagak. Macam bagus aje.”  Aku berbisik perlahan. Takut jugak kalau Makngah atau Yaya dengar.

“Risya tak baik cakap macam tu, biar la diorang tu.” Bonda bersuara.

Bonda ni memang, orang dah buat jahat pun duk baik lagi. Kalau aku, sorry to say la kan.

“Dah nak sampai katering tu. nanti Ash suruh abang Yuzril uruskan.” Ash yang baru habis bercakap telefon datang ke arah kami.

“Jom Risya naik.. siap-siap.” Ash tarik tangan aku naik ke bilik.

Aku hanya ikut langkah Ash dari belakang. Dan aku hanya biarkan genggaman tangan Ash memegang erat jari jemari aku.

********************************************************************
Aku pakai dress yang Ash bagi. Bukan nak bagi awal-awal, tak fasal-fasal aku nak kena gosok balik. Nasib baik aku ni baik dan penyabar. Hehe.

Kali ni aku tak pakai shawl sebab aku malas nak lilit-lilit dan aku rasa sungguh panas. Jadi aku pun pakai tudung bawal.

Aku dan Ash berjalan keluar dari bilik. Ramai yang tegur cakap kami ni pasangan bahagia la, romantik la, comel la.. ala setakat pakai baju sama warna aje pun.

Makanan hari tu nasi tomato, ayam masak merah, jelatah, dalca, acar buah, laksa, mee rebus, buah-buahan celup coklat, red velvet cup cake, bengkang ubi, triffle  dan macam-macam lagi la.. penat nak sebut pun.

Ramai kawan-kawan aku datang.. blogger-blogger yang duk balas-balas emel dan FB pun datang jugak, office mate Ash, juga bekas office mate aku dan juga jiran-jiran tetangga. Waa.. meriahnya.

“Abang ada pengumuman nak buat..” tarik tangan aku nak berjalan ke arah  microfon yang tersedia.

“Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya Tengku Yusri Ashraf dan juga isteri Hanis Arisya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas kedatangan saudara dan saudari yang sudi hadir pada hari ni.”

Aku di sisi Ash hanya tersenyum. eee.. malunya duduk dekat depan ni. Ash ni tak apa la dia dah biasa dengan benda-benda macam ni. Aku ni? Malu kut.

Ash sambung balik. “saya sebenarnya ingin memaklum bahawa isteri saya akan membuka sebuah restoren berhampiran Office saya di Damansara. InsyaAllah kalau tak ada aral melintang lagi tiga bulan kami akan mulakan operasi.”

Ash tersenyum dan memeluk bahu aku.

“Ni hadiah untuk isteri tersayang, lagi pun isteri saya ni minat sangat memasak jadi bukan selalu kita nak tunaikan impian orang tersayang ni. Jadi jemput la makan, banyak lagi makan tu jangan malu kalau nak tambah.”

Semua yang ada bertepuk tangan. Dan mengucapkan rasa syukur dan tahniah.

Ash ni buat aku blushing la.. aku pandang Aimie yang memeluk tubuh sambil mencebik muka. Ada aku kisah??

“Abang tak kata pun nak buka restoran.” Aku pandang Ash, konon nak buat-buat marah.

“Abang saja nak bagi kejutan untuk sayang..”

Aku buat-buat merajuk.

“Tengok.. dah merajuk dah sayang abang ni..”

“Risya mana tahu masak.” Aku berkata lagi.

“Abang hantar Risya pergi kelas la, abang dah daftar pun nama Risya minggu depan dah boleh start pergi kelas memasak.”

Aku pandang Ash dengan pandangan tak percaya. Nasib baik dia buat keputusan betul, aku ni lagi minat memasak dari buat kerja-kerja office ni.

Thanks you abang..” aku peluk pinggang Ash.

Waaa.. ni yang sayang Ash lebih ni..

“Ada upahnya..”

“Apa?” aku tanya Ash balik.

“Malam ni malam apa?” Ash tanya aku.

“Hari ni hari sabtu jadi malam ni malam sabtu la.”

Ooo malam sabtu.. erm esok ahad jadi esok cuti la kan.” Ash tanya lagi sambil sengih nakal.

Aku angguk perlahan.

“Jadi malam ni boleh la kan..” Ash cakap lagi.

“Boleh apa?”

“Kita..” Ash dah tersengih-sengih.. “erm..kita..”

Aku cubit pinggang Ash.. “Jangan nak gatal boleh tak?”

Ash menjerit kecil. “Sakit la sayang..”

“Padan muka.. ajak lagi orang buat benda tu.”

“Abang ajak buat apa?” Ash  tanya aku.

“Tu la..” takkan aku nak jawab kut. Gila kut!

“Tu..tu apa? Cuba bagitahu, abang tak faham la..” Ash sengaja buat loya buruk dengan aku.

Makin aku geram dengan Ash ni tau. Aku mencebik mula. Mula-mula geram lama-lama sayang. Aku hanya biarkan pertanyaan Ash tidak terjawab. Nanti lagi lebih-lebih.

******************************************************************
Malam tu masing-masing penat.  Keluarga mertua aku semua dah balik rumah. Cuma tinggal family aku saja lagi. Ada yang tengah tengok TV dan ada juga yang tengah online.

Ash pulak dari tadi tak habis-habis nak romantiknya. Kadang-kadang malu jugak aku.  Sekarang ni dia boleh pulak duk letak kepala dekat bahu aku. Makin aku tolak makin dia buat keras kepala. Yang makngah pulak tengok kami macam nak terkeluar biji mata. Aiseh! Cemburu ke makngah?

“Ash..” makngah panggil Ash.

Aku dan Ash turut sama berpaling. Yaya yang berada di sebelah makngah tak lekang dari tengok Ash. Aku tarik biji mata bagi terkeluar nanti baru tahu.

“Yaya ni cadang nak duduk Kuala Lumpur.. nak cari kerja dekat sini, ada tak kerja kosong tempat Ash?” makngah bersuara.

“Tak ada kosong lagi la makngah..” Ash jawab mendatar.

“Tu restoran Ash kan baru nak buka.. bagi la Yaya ni kerja.” Makngah tersenyum kecil. Nak bodek ke?

“InsyaAllah saya tak janji la  makngah.. Risya ni tuan punya restoran apa-apa hal saya kena tanya dia.” Mata Ash masih di hala ke kaca Tv.

 “Ala.. Risya kalau dengan makngah mesti boleh punya kan?” Makngah masih mencuba nasib.

Aku nak jawab apa ni?

“Risya tak janji la makngah.. lagipun restoran tu tak buka pun lagi. Jadi Risya tak boleh buat keputusan.” Aku pandang makngah dan Yaya silih berganti.

Harap-harap la korang faham.

“Makngah harap sangat la Risya dengan Ash sudi ambil Yaya ni kerja. Bab gaji bagi la berapa pun tak apa.” Ash angguk-angguk perlahan.

Aku hanya tersenyum. tengok la dulu makngah oi..

“Mak jom tidur.. Yaya ngantuk la.” Yaya sudah pun berdiri sambil menguap.

Eee..tak senonoh punya budak.

“Makngah harap sangat naa..” makngah berkata sebelum berlalu tinggalkan kami.

Yaya hanya tersengih.

“Dah la bangun awal tidur pun awal.” Aku mendegus kecil.

“Dah perangai dia macam  tu nak buat macam mana.” Ash memandang aku.

Laaa.. dengar ke? Telinga lintah betul la budak ni.

“Jom tidur sayang..” Ash dah berdiri sambil membetul-betulkan pinggang.

Baru aku perasan selepas makngah dengan Yaya beredar hanya tinggal aku dengan Ash saja dekat ruang tamu.

Ash masih tunggu aku bangun. Ala nanti kalau dia minta aku tunaikan tanggungjawab aku macam  mana?

“Cepat la sayang.” Ash masih menanti..

“Tak nak la nanti abang..err.. abang..” nak cakap ke tak nak?

“Abang takkan minta selagi Risya tak sedia. Abang main-main saja la siang tadi. Lagipun kalau Risya sudi abang sejuta kali sudi.” Ash tersenyum.

Entah kenapa aku rasa senyuman Ash yang paling menawan hari ni.

“Abang ni suka buat ayat mat Romeo.” Aku berjalan meninggalkan Ash di belakang.

“Sebab Risya ni Juliet abang..”

Kan aku cakap dia ni suka jadi romantik. Aku buat tak tahu aje dengan ayat Ash tu bila fikir balik kesian pulak. Tapi aku perlukan sedikit masa saja lagi untuk yakinkan hati aku,]

Ash tersenyum memandang Risya dari belakang. Sesekali Ash hampir hilang kawalan bila bersama Risya. Namun dia gagahi juga untuk jadi menahan hawa nafsunya biarpun Risya halal baginya.












11 comments:

  1. baru dapat baca citer nih skang
    terbaik wok

    ReplyDelete
  2. bestlah zati nak lagi boleh... bila novel ni akan
    di pasaran nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh..nanti zati masukkan lagi.. aha.. insyaAllah lepas raya ^^

      Delete
  3. tak sabat nak beli novel BBJM nie!!! akak terus kan usaha ye!!

    ReplyDelete
  4. best la dear.. x sabar nk baca next entry...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq..tggu nanti zati post..zati bz cket k :)

      Delete
  5. cumilll cumilll cumilll cumilll cumilll cumilll cumilll cumilll
    cumilll cumilll cumilll cumilll cumilll cumilll cumilll sunggguhhhhhhhh Ashh dengann Risyaa nehhh ~ Siyesss dahh metingg dengann watakk Ashh nehhh ! poyo + sweet-2 gituuuuu ^^ *meltinggggggggg*

    ReplyDelete