Copyright© All Rights Reserved akubukannovelis.blogspot.com

12 Feb 2012

Akulah Puterimu~




Aku duduk di buaian yang disediakan di bawah pohon rendang bawah istana. Sambil menikmati angin petang, aku terfikir macam mana keadaan diluar sana erh.. shopping mall tu betul-betul ke macam dekat dalam TV yang aku selalu tengok dengan dayang-dayang?

Dah la dari kecil sampai besar aku tak pernah keluar..kalau keluar pun ikut ayahanda pergi jumpa nenda..tak pun pergi teman ayahanda dengan bonda pergi majlis-majlis diraja.. huh! Bosan! Nak mengorat pun tak boleh!

“Puteri..!”

Dari jauh Kimah melambai-lambai ke arah aku. Dia ni anak mak dayang.. sejak dah habis SPM dia rajin lepak sini. Katanya nak tolong mak dia.. tapi aku tengok duk bertenggek saja dengan aku.. tapi okey la tu.. tolong jugak.. tolong tengok-tengokkan aku. Huah..huah..huah..

“Woit kau sini r..” aku turut melambai sama. Ayahanda selalu marah.. jangan duk berkau-aku tak elok awak tu tuan puteri..heh!! rimas wa cakap lu..

“Puteri buat apa dekat sini?” kimah berdiri sebelah aku.

“Tengah masak nasi..tak nampak ke?” aku tersengih.. lagi mau tanya ke??

Kimah tersengih. Perlahan-perlahan, dia menolak buaian aku hingga terayun perlahan.

“Lepas ni kau nak belajar mana Kimah?” aku tanya dia.

“Nak sambung overseas la..kita belajar sama-sama nak?” kimah masih menolak buaian aku.

“Dekat mana?” aku  tanya dia lagi..

“UK la..”

“Perh!! Negara omputih tu? tak nak r.. bukan ada apa pun..” aku hentikan buaian dengan kaki aku. Aku turun dan duduk bersila di atas rumput.

Kimah pun duduk bersila di hadapan aku. “Eee..tuan puteri ni..Kimah ni mana pernah pergi luar Negara, lain la puteri..selalu pergi luar Negara.”

“Sama saja belajar mana pun, cumanya orang pandang tinggi sebab Negara orang putih. Ada ke orang nak belajar Negara orang hitam? Tak ada kan?” aku kembungkan pipi sambil cucuk-cucuk dengan jari.

“Ala..puteri ni banyak saja idea dia kan..” Kimah kuis-kuis rumput dengan ranting kayu..

Aku tersengih.

“Puteri rekemen la abang tuan puteri tu dekat Kimah.” Kimah sambung lagi.

“Boleh saja..nak yang mana? Kekanda Adrit ke? Tapi dia tu kaki perempuan sikit tapi kaya wooo..ada business luar Negara.. tak pun kekanda Aryan dia tu jenis yang nak seksi saja.. kekanda Arziq tu tengah study.. pilih la nak mana?” aku ni dah macam ejen cari jodoh pulakkan.

Kimah ketawa kuat. “Orang main-main sahaja la..”

“Budak lelaki yang dekat luar sana tu kacak tak? Dekat luar sana tu macam mana erh?” aku tanya Kimah.

Kimah tersenyum meleret. “Meh nak citer.”

**********************************************************************
Pagi tu aku bersiap-siap untuk berdaftar sebagai pelajar di salah sebuah universiti tempatan. Tu pun puas aku merajuk dan mogok tak nak makan. Tapi sebenarnya aku makan la, tu pun Kimah yang bawakan.hehehe..

Tapi dengan syarat aku nak tinggal dekat asrama dan juga semua identiti aku dirahsiakan serta aku tak nak ada pengawal ikut aku kalau tak aku tak nak belajar terus. Biar aku jadi puteri yang paling bodoh di dunia tapi cantik. Kuang..kuang..kuang..

Aku berdiri tercangak di hadapan pintu gerbang universiti Inderaloka. Aku tak tahu nak buat apa.. dah la aku berjalan punya jauh, bukan salah pemandu  tu pun. Aku yang suruh.

Aku berjalan menuju ke pengawal yang berbaju hijau tu. “Pakcik.. saya nak kemana ni?” aku garu kepala yang tak gatal. Betul ke aku cakap ni?

“Kamu nak pergi mana?” pakcik tu tanya aku balik.

“Ooo.. dalam surat ni kata saya kena daftar.. tapi kat mana erh pakcik?” aku bagi surat tawaran tu dekat pakcik pengawal terbabit.

“Anak pergi terus..belok kiri lepas tu belok kanan..anak akan nampak dewan besar..haa..dekat situ la dia..”

Aku terus berjalan meninggalkan pakcik tersebut. Dah la bawak beg besar siap pegang baldi lagi..panas pulak tu..bondaa..

Sampai saja aku dekat dewan tu aku tengok ramai yang dah beratur sambil di temani keluarga masing-masing. Sedihnya.. nak bonda. Nak kekanda.. nak ayahanda.. nak balikkkkkk…!

“Maaf..saudari ni baru nak daftar ke?” tanya seorang lelaki yang agar berumur la sikitkan dari aku tapi macam gaya sebaya kekanda Arziq.

Aku yang tengah kembungkan pipi, mengangguk laju. “Awak ni sapa?” aku tanya dia balik.

“Saya fasilitator dekat sini merangkap senior awak.” Mamat yang berlesung pipit tu tersenyum ke arah aku.

Aku tersenyum. “Nah pegang ni, saya nak pergi daftar.” Tanpa banyak tanya aku terus suakan beg aku dengan baldi.

“Eh..mana boleh saya ada kerja la ni.”

“Bye..tunggu situ..jangan pergi mana-mana..” aku terus berjalan masuk ke dewan sambil menjinjit fail yang aku dah sediakan semua dokumen di dalamnya.

Senior kena la tolong junior.. aku dah la sebatang kara..kesian dekat aku! Hahaha..alasan.!

*********************************************************************
Malam ni malam pertama orentasi kami. Dah la masa masuk asrama tadi kena pasang cadar la, lipat baju la. Sangkut baju la. nasib aku aku ni hebat, makanya aku buat saja la.

“Asriyana Adrien.”

Aku yang tengah ber3G dengan kekanda Adrit.terkejut. woit! Sapa sebut nama aku ni.

“Saya..” aku angkat tangan.

“Kenapa nama awak pelik sangat?” mamat tadi yang aku suruh dia pegang beg aku la..

“Yang awak sibuk tu pesal? Suka hati mak ayah saya la!” aku cemikkan muka.  Giler sibuk betul la mamat ni.

Lisa kuis aku. “Wei..dia ni ketua fasi la..”

Baru terperasan ada slide nama dia la.. ketua fasilitator Mohd Azrin Yuzreem la.. nama tak nak kalah la.. macam artis tu.

“Awak datang depan.” Dia panggil aku menggunakan  jari telunjuk dia.

Gaya macam samseng saja mamat ni.

Aku dengan tak tahu apa terus ke depan.

“Sekarang saya nak awak bagi talk pasal keburukan  facebook kepada pelajar.” Dia yang memeluk tubuh memandang aku.

Dah la ramai mau lebih tiga ratus orang. Tapi kan facebook tu apa?? Kimah tak cerita pulak. Aku kembung-kembungkan pipi sambil tampar perlahan-lahan dengan tangan. Facebook tu mukabuku. Takkan mukabuku bawa keburukan dekat pelajar kut. Apa punya sengal la mamat ni!

Azrin menjungkitkan kening memandang aku. Aku tersengih. Aku jungit bahu tanda tak tahu.

“Pergi balik tempat awak! Buang masa saya saja. Tu la lain kali jangan bergayut sangat dengan pakwe. Dengar apa yang orang cakap dekat depan.”

Aku terus balik ke tempat aku.

Facebook tu apa?” aku tanya Lisa.

“Awak tak ada facebook ke?” dia tanya aku.

Aku gelengkan kepala. “Masa dalam surat tawaran dia tak cakap pun kena ada facebook. Dia tak cakap pun suruh beli buku tu, mana aku tau.” Aku betulkan jaket. Sejuk kut malam ni! Dah la kampus keliling hutan. Seram!

Lisa tepuk dahi. Ya Allah budak ni!

******************************************************************

Dalam seminggu orentasi ni aku asyik kena buli saja dengan mamat yang bernama Mohd Azrin Yuzreem tu. hish! Penyampah! Siap ada yang boleh cakap  kami ni couple lagi. Gila aku nak boyfriend macam tu! hilang selera aku.

Yang tak tahannya dia ni pun budak business jugak! Tapi dia degree la tahun dua. Dia suka buli aku suruh aku buka air tin la. Mana aku reti.! Last-last kak Nadia yang baik hati tu jugak tolong aku. Dasar mamat poyo! Lepas tu dia suruh aku main bola beracun. Giler kau! Mana aku pernah main, kalau main kuda ke..M16 ke tak pun memanah ke aku terror r!

Yang tak tahannya dia suruh aku pergi pasang LCD masa nak kena present pasal trademark kumpulan. Dia ingat aku ni juruteknik IT ke? Nasib baik abang Man kacak datang tolong aku. Kalau tak mau saja aku biar.

Menyampah aku dengan mamat sengal ni! Benciiiii giler la.

“Yana..” Azrin cuit aku dari belakang.

Woit! Ayahanda  aku nampak mampus aku.

“Kau ni pe hal main cuit-cuit ni.” Aku pusing menghadap Azrin.

“Di sebabkan kau ni setiausaha persatuan lepas kelas nanti kau datang jumpa aku.”

Ye la setiausaha! Diorang la pandai-pandai undi mamat aku. Kalau pengerusinya orang lain aku tak kisah la tapi pengerusinya mamat poyo ni. Eyuw!!

“Tak nak r bukan dapat duit pun jumpa kau!” aku berjalan laju.

“Mata duitan la perempuan ni! Argh! Aku tak kira pukul 5.30 aku nak kau terpacak depan aku.” Azrin terus meninggalkan aku.

Ingat aku ni kayu ke nak pacak-pacak bagai. Bosan aku dengan budak ni.

***********************************************************************
“Aku nak aku taip balik apa yang aku tulis hari tu.” arahan di keluarkan dari mulut Azrin.

Aku tengah buka laptop, mendiamkan diri sahaja.

“Tulis macam ni.. kehadapan Duli Tuanku Raja Pemerintah Agung Raja..”

“Raja Arjuna Al-Alkiq Naffishah al-Nawawi al-marhumAl- Khalid raja ketua pemerintah ketujuh.” Belum sempat Azrin menghabiskan kata-katanya aku menyambung.

Azrin ternganga..

“Mana kau  tau?” dia tanya aku.

Aku kelipkan mata. “Aku kan terror

“Bukan sebarangan orang tahu raja ketua pemerintah ketujuh.”

Aku terkedu. Aha la.. hanya orang istana sahaja yang tahu. kantoi!

“Aku teka saja la..” aku cuba menutup keterlanjuran aku. “Wei aku nak beli air la.. dahaga.” Aku urut tekak aku, rambut yang lepas sikit beralun di tiup angin petang.

“Tu ada water cooler ..” dia tunjuk dekat mesin yang berwarna silver tu.

Laa..mesin apa pulak tu.

Aku garu kepala.” Macam mana nak guna?” aku tanya dia.

Dia pandang aku sekilas sebelum berlalu sambil menarik tangan aku. “Kau ni kan facebook tak tahu, buka air tin pun tak tahu, minum pakai water cooler pun tak tahu. kau ni orang mana ha?”
aku tak dengar apa yang Azrin cakap yang aku tahu tangan aku sejuk dan badan aku berpeluh sebab pertama kali tangan aku dipengang oleh lelaki. Kenapa aku rasa ada bunga api dalam badan aku. Oh hati jangan berdebar kuat!

“Dengar tak?” dia ulang lagi,

“Dengar..” terus aku tekan punah yang berwarna merah.

“Auw! Panas..panas..” aku melompat-lompat kecil bila pancuran air panas yang keluar dari paip kecil itu terkena bibir aku.

“Tu la.. tak tahu tanya.. warna merah tu air panas..warna biru tu air sejuk.. lain kali tak tahu tanya la..” selamber Azrin memegang bibir aku. Muka aku dengan mukanya begitu rapat sekali.

Aku terkelu. Badan aku kaku. Kenapa hati aku makin berdebar ni..

“Nah minum air ni..” Azrin menadah air sejuk menggunakan kedua tangannya.

Aku minum air dari tangan lelaki terbabit. Sedapnya air ni.. air mesin ni memang sedap ke?”

“Terima kasih.” Aku tertunduk malu.  Aku tersenyum.

Aku suka la dekat mamat ni. Dia ni romantik sangat la.. hehe.

Aku berlalu pergi meninggalkan Azrin di situ, hati aku berbunga-bunga.

*********************************************************************
Makin hari aku makin rapat dengan Azrin, ada saja masa untuk kami bersama. Semakin aku kenal dia, aku dapat rasa yang dia ni sebenarnya baik, jujur dan romantik. Dia dah tak suka buli aku macam dulu. kadang-kadang dia tolong ajar aku beberapa subjek yang aku tak faham.

Tapi tu la aku terpaksa tipu dia yang aku ni budak kampung, mak bapak aku orang miskin. Bukan aku sengaja nak tipu dia, tapi aku ada sebab aku tak nak dia kenal aku sebagai anak raja. Aku nak dia kenal aku sebagai Asriyana Adrien.

“Sayang..” Azrin cuit bahu aku.

“Hey! Mana aci main pegang-pegang.” Aku yang duduk di bangku bercekak pinggang.

“Ala sikit saja pun.” Azrin muncung bibir.

“Sikit ke, banyak ke tetap tak boleh faham?”

Dia angguk perlahan sambil tersenyum. kacak betul Azrin ni! Orangnya tinggi, baik, pandai pulak tu,

“Hey..jangan pandang lama-lama la.. tau la orang ni kacak!”

Oit budak ni naik lif tekan sendiri pulak!

“Eee..perasan!” aku tersengih.

“Nanti cuti sem buat apa?” dia tanya aku.

Aku yang tengah ralit memerhati orang bermain kayak di tasik terkejut. “duduk rumah saja.”

Sejak aku kenal Azrin ni, aku banyak kenal dunia luar. Baru aku tahu kenapa ayahanda tak pernah izinkan aku keluar, sebab dekat luar tu banyak orang yang kita tak boleh duga hati dia. Tapi Alhamdulillah dengan Azrin ni dia tak pernah buat bukan-bukan lagi dengan aku.

“Awak?” aku tanya dia balik.

“Mungkin melancong kut.”

Aku memang tahu dia ni anak orang berada, bapak dia ada perniagaan sendiri. tak mustahil la dia ni pakai kereta mewah. Tapi bila nak keluar dengan aku, aku ajak dia naik public transport. Bukan apa sebab aku teringin nak naik. Tapi walaupun orang kaya dia tahu juga naik benda macam tu sebab dari kecil dia dia ajar hidup berdikari.

“Dah la..jom la pergi tengok wayang..” dia bangun sambil membetul-betulkan pinggangnya.

“Nak naik LRT pulak tau.”  aku teringin nak naik benda tu. bus dah naik, teksi pun dah.

“Pelik betul budak ni. Ada kereta tak nak naik.” Dia memandang aku.

“Tak nak tak apa la.. orang naik sorang-sorang.” Aku berjalan laju meninggalkan Azrin.

“Ala.. gurau saja pun, takkan tak boleh kut.” Dia berjalan seiring dengan aku.

Aku mendiamkan diri.

“Ala sayang jangan merajuk ye.” Dia berdiri depan aku.

Aku muncungkan mulut.

“Azrin belanja Yana makan.”

“Dekat mana?”

“Hotel..”

Aku gelengkan kepala.

“Nak makan  laksa tepi jalan, yang sedap tu..”

“Okey kita makan situ okey sayang..”

“Janji?” aku angkat jari kelingking.

“Janji..” Azrin sambut.

***********************************************************************

Cuti sem ni aku tak tahu nak buat apa.. asyik terperap sahaja dalam  istana, Kimah pun satu tau la duduk luar Negara kut ya pun balik la sini datang jenguk aku ke, tak la bosan sangat.

“Adinda..” Aku menoleh ke belakang.

Kekanda Aryan tersenyum.

“Kenapa kekanda?” kekanda Aryan duduk di atas katil aku.

“Aik adinda tak siap lagi ke?”

Aku pandang kekanda Aryan dengan perasan tak tahu apa-apa.

“Kita nak pergi mana?” Aku duduk menghadap kekanda Aryan.

“Esok kan kekanda Ardit kan dapat permahsyuran Tengku Mahkota, jadi malam ni ayahanda adakan jamuan sikit. So study macam mana dekat sana? Okey?”

“Okey..tapi kan adinda asyik kena bahan aje sebab tak tahu apa-apa.. ye la sebab ayahanda tak pernah bagi adinda buat apa-apa. Malu tau tak.” Aku cebikkan mulut.

Kekanda Aryan tersenyum. “Ada pakwe tak?”

Oii..soalan cepu emas tu.. hehehe..malu la I nak jawab you ni la.. ish!

Aku hanya tersenyum..hehe..

************************************************************************
Setelah bersiap.. muka aku di solek nipis oleh juru solek khas istana, aku betulkan crown atas kepala. Kasut setinggi 3 inchi aku sarungkan di kaki. Aku melihat penampilan terakhir di hadapan cermin. Macam Barbie doll la.. hehe..

Aku berjalan ke ruang khas istana. Ramai kenalan ayahanda, bonda, kekanda Ardit, Aryan dan Arziq dan juga saudara di raja.

Aku terpinga-pinga. Majlis macam ni yang aku tak suka. Formal gila.. cakap pun nak ikut adab, nak makan nak minum semua berprotokol.

“Dinda..” kekanda Arziq melambai tangannya ke arah aku.

Aku berjalan menghampiri kekanda Arziq.

“Kekanda kenalkan ni kawan kekanda..” lelaki yang membelakangi aku masih tidak mengendahkan aku.

“Oit! Adik aku ni!” kekanda Arziq menyiku kawannya di sebelah.

“Menghadap sembah Yang Mulia Puteri Bongsu kesuma Dewi Asriyana Adrean.” Lelaki itu tertunduk hormat langsung tidak melihat wajah aku.

Zap! Berderau darah aku.  Azrin! Bukan ke dia pergi melancong ke?

“Azrin..” aku bersuara..

“Yana..a..awak.. Puteri?” dia tengok aku dari atas sampai bawah  langsung tak percaya.

Padan muka aku.. kantoi.. habis semua..hancur..

“Haa..err..aa..err…” aku tergagap-gagap..

Excuse me.” Azrin pergi meninggalkan aku dan kekanda Arziq begitu sahaja.

“Azrin..Azrin..tunggu..” aku mengejarnya hingga ke luar istana.

“Apa Tuan puteri nak lagi? Nak menipu lagi?” dia menghadap aku.

Aku tertunduk.

“Saya mintak maaf..saya tak sengaja.. bukan  niat saya nak tipu awak.. saya nak jadi orang biasa di mata awak..bukan Tuan puteri ke..apa ke.. saya nak jadi Yana.. bukan puteri..” aku terpaksa jelaskan kedudukan aku.

“Sudah r ingat aku nak percaya sangat ke cakap kau? Aku benci kena tipu!!” lantang suara Azrin.

Aku terhenjut-henjut menangis..

“Saya minta maaf Azrin.. saya tau salah saya.. saya minta maaf..”

“Aku tak nak tengok muka kau lagi.. mulai saat ni.. kita putus..” Azrin berjalan meninggalkan aku..

Aku jatuh terduduk.. macam ni  ke sakitnya bila di tinggalkan orang tersayang? Sampai hati awak Azrin.. sampai hati awak..

“Adinda..” kekanda Aryan memeluk aku.. bila masa kekanda Aryan datang pun aku tak sedar.. yang aku tahu.. Azrin dah tinggalkan aku.

*******************************************************************
Sejak dari lepas kejadian tu, aku tak jumpa Azrin lagi.. dengar cerita dia dah sambung belajar di luar Negara.. sanggup dia tinggalkan aku.

Maafkan aku sayang.. mungkin aku terpaksa menipu tentang kedudukan ku tapi aku tak pernah menipu tentang cinta dan perasaan ku. Dan aku selalu mengharap agar kau kembali ke sisi aku.

Maafkan Yana Azrin.. setiap saat Yana tunggu kepulangan Azrin di sisi Yana.


-TAMAT-

















4 comments:

  1. cmtu je ker...smbg lg kasi yana jmpe blik ngn azrin~

    ReplyDelete
  2. hehehe..sbnrnya mmg ada smbngan pun..

    ReplyDelete
  3. cepek2 ler post nyer. xsabo deme nk bce..
    besh sheshangat22!!!

    ReplyDelete
  4. kome sabor la yew..nanti teman post..heheh

    ReplyDelete