8 Feb 2012

Bila blogger jadi maid ep 2


Hari-hari macam nie penat hidup aku..Dah la pukul 6.30 pagi kena bangun dah tu malam pukul 10 baru habis kerja dah tu si Yusra pula minta teman buat homework la.. minta teman sembang la.. minta macam-macam la.. tapi sabtu ahad aku cuti.. sabtu ni aku kena balik Penang sebab bonda dah berjuta kali call aku minta balik.. ala macam tak paham bonda tu mesti rindu la tu.. 

Tu la gatal sangat nak minta jadi orang gaji. Macam ni la nasib dia. Padan dengan muka aku yang cantik ni.. cantik ke? Tiba-tiba terperasan pula kan. 

“Akak..kenapa asyik menghadap laptop saja? Akak buat apa?” Yusra yang tengah kemas-kemas buku terus datang dekat aku. Terus aku tutup laptop..bukan aku tak kenal Yusra ni blogger juga..lagi popular dari aku..meletop aku cakap. Tapi pelik kenapa dia tak boleh cam aku? Muka aku dengan dekat dalam blog tu lain ke?
“Akak tengok blue erh” Yusra tersengih macam kerang busuk.
“Jangan nak merepek..” sengaja aku bersuara garang.. konon nak bagi Yusra takut padahal.. hampeh!!.
“Haha..” dia ketawa kuat-kuat sambil susun buku.. budak ni la cepat sangat fikir benda yang bukan-bukan.
“Boleh ketawa pulak budak ni..” aku terus tutup laptop..cabut plug laptop dan simpan dalam bagpack.
“Dah siap dah.. sis come..” Yusra  bangun sambil betul-betulkan pinggang dia.. tangan aku ditarik kasar..adoi!!
“Nak pergi mana ni” Aku dah buat muka confius..
Panas la kak.. jom!” aku pelik kalau panas kenapa? Apa aku boleh buat?
“Akak sejuk la..” aku peluk tubuh.. memang sejuk pun.. mana tak nya rumah ni atas bukit dah tu siap pasang aircond lagi. Boleh pula dia kata panas.
“Jom kita mandi..” Yusra terpacak depan aku sambil bercekak pinggang..
“Gila ke apa.. awak tu umur berapa.. akak ni umur berapa.. agak-agak la nak mandi sekali..” aku menggeleng kepala.. dah mereng apa anak Tan Sri dengan Puan Sri ni.
“Haha.. lawak betul akak ni.. kita mandi swimming pool la..”
“Ooo..tak nak la..”
Yusra menarik aku turun ke bawah. Dah la rumah atas bukit.sejuk kut.agak-agak la budak Yusra ni nak mandi swimming pool malam-malam macam ni.kalau tengahari wajar la juga aku fikir ke rasionalannya.
*************************************************************************
Pagi ini aku masak special punya nasi lemak sambal sotong, kuih karipap sardin, air milo panas dengan air fresh oren. Hari nie permintaan nasi lemak daripada Tan Sri sendiri. Lepas call bonda semalam minta resepi akhirnya hari ini jadi la nasi lemak entah apa rasanya. Sebelum aku dapat resepi aku dapat bebelan bonda dulu. Yang tu wajib dalam hidup aku. Mak mana tak bebelkan anak dia. Belajar lain kerja lain. Memang kena bebel la jawabnya.
“Good morning ayah, morning ibu.” Yusra turun sambil menyandang beg galas dan rambutnya diikat ekor kuda. “Sedapnya.. Confirm kenyang.” Gelojoh betul budak sorang ni makan. Tiba-tiba handphone Tan Sri berbunyi.
“Yuzril dekat mana?”
“Ok nanti ayah suruh orang ambil kamu dekat airport.” Tan Sri tersenyum sambil mematikan talian.
“Yuzril dengan Airin dah balik Malaysia.” Tan Sri tersenyum sambil memandang Puan Sri Rafidah. Aku mengangkat kening ke arah Yusra tanda tak faham. Bukan tak faham apa Tan Sri cakap tapi tak faham siapa tu Yuzril dan siapa tu Airin . Adakah majister, lawyer atau ahli muzik.??
“Hari nie awak masak sedap-sedap tau” Tan Sri sempat memesan dekat aku sebelum pergi kerja.
“Yuzril tu anak sulung saya baru balik dari berbulan madu dengan Airin isteri dia..” Belum sempat aku buka mulut Puan Sri mencelah faham pula Puan Sri aku ini..
“Ok” aku tersenyum sambil angguk kepala beberapa kali. Uwaaa!!..nak masak
apa nie baik aku call bonda tercinta, minta resepi ke..tanya pendapat nak masak apa ke..
Moga-moga tak kena marah lagi dengan bonda..
“Kenapa muka macam risau je?” Puan Sri tersenyum sendiri. cepat-cepat aku geleng kepala.
“Hari nie saya masak awak just tolong je..” Puan Sri Faridah tersenyum kemudian berlalu ke dapur. Fuhh.. selamat aku.. thank god.. itu la hang Risya gatal sangat nak jadi maid konon sanggup terima apa je kerja.. tapi masak pun tak tau..apa la nasib anak pak mat nie.
**************************************************************************
Yaeh!! Kita update blog lagi..

PENAT + LETIH = FAMILY TENGKU YANG BAIK…

Wei korang sorry sangat-sangat sebab lama tak update blog atas permintaan ramai dekat fan page facebook so aku pun update la demi korang yang tersayang.. terharu tak?? .. ok kali nie ku nak story pasal job baru aku.. best wei jadi maid nie.. baru aku tau macam mana punya penat bonda aku dekat rumah tu.. tapi keluarga Tengku nie baik sangat-sangat.. best giler wei sumpah aku tak tipu.. tak ada la ketat sangat jadual dia.. pukul 10 dah habis kerja.. gaji??? Ok la juga tapi tak leh bagitau korang berapa..no.!.no.!.no.!.
Petang tu aku mula tolong Puan Sri  masak, tengahari tadi tak masak pun sebab Puan Sri pergi spa so aku pun makan la apa yang ada.. menu hari nie gulai ikan kering, sambal manchang dengan ulam, telur bungkus, ikan masak masam manis dengan apple pie.. apple pie nie aku buat sendiri.. tanpa bantuan bonda.. see terror juga aku nie. Puan Sri faridah kata anak-anak dia semua suka makan kampung tambah-tambah bila balik kampung dekat Pahang benda pertama sekali anak-anak Puan Sri cari adalah masak lemak tempoyak ikan patin. Itu kata Puan Sri bukan kata aku. Tapi aku tak makan ikan patin, ikan keli pun aku tak makan.
Meh saya rasa apple pie awak..” dengan bangganya aku potong apple pie tu lepas tu aku potong dan letakkan atas piring nak bagi mam besar rasa. Meleleh beb aku tengok Puan Sri makan. Fuhh dah la tengah panas-panas.. memang sedap tu.. aku tengok je.. apple pie tu masuk mulut mam besar aku.
“Dasyat betul..” Aku terkejut kejap. Apakah betul Puan Sri aku yang cakap ni?
“Kenapa?” Muka aku penuh kegusaran.. bukan senang orang luar nak rasa masakan teragung aku nie.
“Memang sedap.. tambah-tambah kalau kita masuk dalam peti sejuk.. I love this apple pie.” Aku tengok muka Puan Sri penuh khusyuk makan.
“Terima kasih..” Tersenyum bangga aku macam dapat naik kereta Ferari nie.. dalam hati ada taman bunga sakura..punya la syok ada orang puji selama nie puji diri sendiri saja. Kesian dekat aku.
******************************************************************************
Malam tu dalam pukul 9 lebih kami pun dinner sekali dengan anak sulung Tengku Radzman, Tengku Yuzril Azhar, Kak Airin isteri Tengku Yuzril, kak Airin nie cantik maklum la bekas pramugari mak dia  chinese ayah dia melayu.. dari penilaian aku orangnya ok la.. Tengku Yuzril nie handsome juga, tinggi.. sopan.. umur dia lebih kurang 29 macam tu la.. aku bukan pandai nak agak-agak umur orang. Sesuai la diorang nie. Lepas siap hidang kami pun ambik tempat masing-masing.
“Makan la Anis.. jangan malu-malu.” Aku tersenyum aje bila dengar pelawaan Tan Sri Tengku Radzman tu. hanyan keluarga saja panggil aku Anis orang lain semua panggil aku Risya.
“Anis sebelum nie tinggal dekat mana?” Tengku Yuzril sudah mula berkata-kata.
“Saya tinggal dekat Penang.”
“Orang pulau la nie..” Tengku Yuzril mencedok sambal machang ke pinggannya. Berselera sungguh Tengku Yuzril ni makan boleh ganti host jalan-jalan cari makan ni.
“Tak la saya duduk dekat Seberang bukan dekat pulau.” Cewah! Makin berani nampak..
“Makan la lagi Anis macam tak ada lauk saja dalam pinggan tu.” Kak Airin terus mencedokkan lauk ikan masam manis ke dalam pinggan aku. Walaweh!! Baikkan kak Airin ni.. Kak Airin tengah mengandung 6 bulan tau.
Bila selesai saja dinner.. Puan Sri Faridah terus suruh aku masak air katanya nak makan dengan apple pie aku tadi..  aku pun cari la teko kemudian susun cawan dalam dulang, bila air dah masak aku terus bancuh air milo.. sedap..  cukup lemak.. aku potong apple pie kemudian aku terus bawak ke depan.
Masa tu masing-masing tengah tengok televisyen. Ralit. Padahal duk tengok cerita Hindustan tajuk dia. Aku letakkan apple pie di atas meja. Aku ingat bila dah letak atas meja aku boleh la berlalu dari situ tapi beria-ria kak Airin panggil aku duduk sekali. Demi tidak membantah ibu mengandung aku pun dengan sukacitanya duduk la sekali.
Aku terdengar sendu macam orang menangis.. aku menoleh ke sebelah kanan.. perlahan Yusra menyapu air matanya walaupun wajahnya terselindung di sebalik bantal.. Yusra menangis tengok cerita Hindustan? Memang tak boleh blah.
“Haha..adik menangis tengok Hindustan. Layan lebih nampak!” Tengku Yuzril bersuara. Semua mata memandang Yusra.
“Bukan la.. mata masuk habuk.” Yusra cuba berselindung di sebalik bantal.
Aku dah rasa nak gelak kuat-kuat dah ni aku tak pernah menangis tengok Hindustan. Perangai macam Sarah, adik aku.
“Habuk konon! Mengaku saja la adik tu menangis.”Tengku Yuzril kembali menyakat.
Yusra membaling bantal ke arah Tengku Yuzril. “Benci abang!” Yusra mencebik.
“Abang sayang adik.” Tengku Yuzril mula memujuk.
“Tipu”
“Tak percaya sudah. Abang ada Shin Chan dari jepun”
“Tak nak!”
“Tak nak tak apa abang bagi kak Anis..” Tengku Yuzril dah duduk sebelah Yusra sambil mengusung patung Shin Chan yang besar bayi tu.
“Eleh setakat Shin Chan buat apa.. beli la Sailormoon ke, Card Capter Sakura ke, Doremon ke, bagus la juga.” Yusra dah pegang patung Shin Chan tu sambil main-main telinga patung tu.
“Kalau tak nak buat apa pegang?”Puan Sri pula menyampuk. Kak Airin dan Tan Sri sebagai pemerhati. Kadang-kadang ada juga mereka ketawa dengan teletah dua beradik tu.
“Sebab orang dah bagi bu.. kesian la pula kan. Tunggu la abang Yusra balik esok dia bawa Stadium Old Trafford bagi dekat adik.
“Tu pun kalau ada..” Tan Sri pula bersuara.
Aku tersenyum. ooo..ada abang lagi. Umur berapa? Kosong tak? Tiba-tiba perangai gatal aku datang. Tidak! Tidak! Kesian dekat Aiman. Aku tak boleh menduakan dia. Dia la cinta sejati aku.
Aku meminta diri untuk masuk ke bilik lepas kak Airin kata dia nak kemas dapur, al-maklum la permintaan dari ibu mengandung aku tak boleh tolak nanti kempunan pula. Aceh! Nak mengelat saja aku ni. Malam tu aku tidur dengan nyenyaknya. Langsung tak up date blog. Tak apa nanti-nanti pun boleh apa.

2 comments:

  1. ohsemmm... minat gila baca BBJM... bila nak sambung??? hope sgt sambung..... nak tau akhirnya jd ape.. hehe btw keep a good work.. :)

    ReplyDelete