Copyright© All Rights Reserved akubukannovelis.blogspot.com

13 Aug 2012

CERPEN : JAHATKAH AKU?



Jahatkah aku mengambil cintanya dari wanita lain? Menghancurkan hidup kaum sejenis demi cinta. Tapi apa yang  mampu aku lakukan. Aku terlalu menyintai dia walupun aku kini bersama yang lain.

“Sayang..” aku tersenyum , suara Adli di hujung talian. Adli yang aku kenal hampir 5 tahun. Kami berkenalan semasa kami sama-sama belajar di Universiti dulu.

“Abang..” aku menyahut balik.

“Sibuk lagi?”

“Aha sibuk sikit saja sebab tax last submit hujung bulan ni.”

“Jangan nak kerja sangat. Jaga makan minum tu. Dah la badan tu kurus nanti kurus lagi abang tak nak.” Adli menyakat.

“Abang!” aku terjerit kecil. Adli ketawa.

Aku dan Adli kini melakukan PJJ. *Percintaan  Jarak Jauh*. Selepas sahaja tamat belajar aku kini ni Ipoh manakala dia pula di Terengganu.  Walaupun jarak memisahkan kami namun kami masih mempercayai satu sama lain.

“Nak balik pukul berapa ni?” dia tanya aku.

“Tengok la habis kerja balik la.” Aku sandarkan badan  pada kerusi. Mata di larikan ke arah jam dinding. 6.45 petang. 

“Jangan lewat sangat okey? Nanti dah kahwin abang tak benarkan.”

“Abang orang tahu la.”

“Dah la pergi buat kerja dulu okey. Abang nak balik dah ni. Love you sayang.”

Love you too abang. Drive kereta elok-elok ye. Take care.”

Aku mengeluh sendirian. Argh! Aku memang sayangkan dia. Sangat-sangat. Namun  aku pun menyintai lelaki lain. Lelaki yang sudah berpunya. Lelaki yang dicintai kekasihnya sepenuh hati.

Kring..!

Aku memandang letefon bimbit. Ikmal.!

“Assalamualaikum Izz..”

Aku tersenyum. “Waalaikum salam. Ikmal buat apa? Sihat?”

“Baru lepas jumpa client. Penat sikit la. Izz dah habis kerja?”

“Dah habis dah.”
“Lagi 10 minit Ikmal datang.”

“Okey orang tunggu.”

Ikmal vs Adli. Dua lelaki yang berlainan sifat. Adli lelaki yang baik, sopan, beradab. Ikmal lelaki yang happening, suka buat lawak. Masing punya kelebihan. Masing punya kerjaya yang boleh membanggakan. Masing mampu untuk beri kesenangan kepada pasangan mereka.  Tapi dua-dua punya persamaan. Mereka kini berjaya mengambil cintaku.

****************************************************************
Aku tunggu di  perhentian bus. Dari jauh berderum enjin kereta Subaru  Impreza WRX  warna biru milik Ikmal. Ikmal tersenyum. Aku balas senyuman Ikmal sambil kaki melangkah masuk ke alam kereta.

“Dah lama tunggu?” Ikmal menolah seketika wajah aku.

Aku geleng. “Baru je.”

“Jom kita pergi Jusco. Ikmal ada benda la nak beli.”

Aku angguk. Rasa bersalah menghantui diri. Rasa bersalah kepada Adli tentunya dan Maya kekasih Ikmal.

“Maya tak call?”

“Call.. lagipun malam ni dia tak keluar. Jangan takut tak terserempak pun.”

Aku senyum sekilas. Macam tahu-tahu saja.

“Adli?” dia tanya aku balik.

“Ada call tapi  Izz cakap balik lambat hari ni.”

“Tak sayang Adli?” Ikmal tanya aku tapi mata masih di hadapan.

“Tak sayang Maya?” aku tanya dia balik. “Kalau boleh buat pilihan Izz pilih untuk tinggalkan dua-dua. Izz tak mampu nak berikan kasih pada dua insan istimewa ni.”

Ikmal pandang aku. Keruh mukanya.

“Kalau tak pilih Ikmal pun tak apa. Asalkan jangan jauh dari Ikmal.”

Ayat pembunuh! Pembunuh cintaku buat Adli.

“Dan bagi Ikmal pulak. Kalau boleh pilih, Ikmal pilih insan yang sanggup berkongsi rasa dengan Ikmal. Bukan yang menjauh dengan kerja setiap  masa.”

Aku faham maksudnya. Pasti itu untuk Maya.

Ya! Maya yang workaholic, Maya yang tidak pernah pedulikan Ikmal. Tidak pernah berkongsi rasa dengan Ikmal. Kasihan Ikmal ku.

“Kenapa termenung?” Ikmal menoleh pada aku.

Oh! Dah sampai rupanya. Aku geleng perlahan.

Petang tu kami sama-sama meluangkan masa. Main boling, tengok wayang. Kami sama-sama berkongsi kasih. Hingga aku lupa pada Adli. Ya! Adli yang setia menantiku. Setia menyanyangiku.

************************************************************
“Esok abang datang.” Tegas suara Adli di hujung talian.

Gulp! Aku kelu.

“Tapi ayang kerja.” Memang pun esok hari jumaat.

“Abang jemput ayang balik kerja. Jangan drive. Tidur la esok bangun lambat pulak. Good night.” Pap! Talian di matikan

Aku telan air liur. Adli tahu ke aku ada hubungan dengan  Ikmal. Mati la aku.  Cepat-cepat aku capai telefon dan dail number Ikmal.

“Ye sayang.” Ceria suara Ikmal di hujung talian.

“Ikmal esok Adli datang.”

“Ooo..sampai bila?”

“Tak tahu.”

“Tak apa.. jangan risau. Nanti Adli dah balik contact Ikmal balik ok?”

“Okey!” alu tersenyum.

“Maya mana?”

“Maya macam biasa la.. mana nak lekat malam-malam ni. Rindu Ikmal tak?”

Aku tersenyum. “Gatal nak rindu-rindu pulak..”

“Haha..biar la.”

“Esok Ikmal jemput Izz balik ke?”

“Adli.. dia nak jemput Izz.”

“Okey tak apa la kalau  macam tu..kalau ada apa-apa cepat-cepat call Ikmal okey?”

“Okey”

************************************************************************
aku nampak honda crv milik Adli di hadapan pejabat. Dia tersenyum pandang aku.

“Nah! Untuk sayang abang.” Di hulur bunga ros merah dekat aku.

“Terima kasih sayang.” Aku cium bau bunga ros tersebut. Wangi.

“Hari ni teman abang pergi makan. Lepas tu abang hantar balik rumah. Esok baru kita keluar ye sayang.”

Aku angguk. Sungguh! Aku terharu. Adli sangat-sangat menarik kembali cintaku. Kadang-kadang aku fikir kenapa aku begitu kejam kepadannya? Salahkah aku mencintai lelaki lain? Ya Allah tolong la aku.

**********************************************************************

Pagi tu Adli ambik aku di hadapan rumah. Katanya nak pergi jusco, pergi makan di simpang tiga, bawak aku pergi gunung lang lepastu malam nak pergi gerbang malam. Aku layan saja permintaan Adli tu.

Bertuah sesiapa yang dapat Adli. Dia lelaki yang setia. Kenapa sebelum ni aku tak nampak? Kenapa aku harus mencintai lelaki lain sedangkan dia begitu mencintai aku.

“Sayang  termenung!” Adli cuit bahu aku.

Aku tersentak.

“Abang ni..!” pura-pura marah dia.

“Ye sayang.. kenapa sayang?”

Aku geleng.

Kami tiba di restoran simpang tiga. Aku order nasi padang manakala Adli order nasi goreng  soralangun.

Tengah kami ambik order aku terpandang kelibat Ikmal dengan Maya! Ya Maya! Kali pertama aku  tengok wajah Maya. Selama ni aku hanya kenal melalu Ikmal. Tapi hari ni aku dapat melihat raut wajah Maya.

Cantik, tinggi, daring, seksi, manja.

Mata aku dan Ikmal bertentangan. Cepat-cepat aku alihkan pandangan.

“Kenapa sayang?” Adli tanya aku.  macam tahu-tahu je.

“Tak ada apa-apa la.. kesian dekat abang..susah-susah datang sini.” Aku senyum.

Adli usap jari aku lembut. “Tak susah pun demi ayang, abang sanggup buat apa sahaja. Abang sayang ayang sangat-sangat.”

Adli tersenyum. Aku pun.

“Abang malu la orang tengok.” Aku cuba tarik.

Tapi Adli genggam kuat.  Tak pedulikan aku.

Dari belakang Adli aku dapat melihat Maya tengah seronok suap Ikmal dan Ikmal pun melayan. Tiba-tiba api cemburu aku meluap-luap. Kenapa sakit hati sangat ni. Tolong la.

“Buka mulut sayang.” Adli tengah tunggu aku buka mulut dan nak suapkan makanan dalam mulut aku. dengan perasaan berbelah bagi aku pun buka mulut perlahan.

Aku tahu Ikmal tajam memandang aku. tapi apa nak kisah dia pun tengah seronok dengan Maya.

Kadang-kadang aku tengak muka Adli aku jadi kesian pulak. Dia setia, sedangkan aku? argh! Kenapa la aku perangai macam ni.

*******************************************************************

Dah dua minggu berlalu sejak daru kejadian tu Ikmal langsung tak contact aku. ada la jugak aku call dia tapi tak angkat. Sms pun tak balas. Aku dengan Adli? Okey macam biasa tak ada apa yang istimewa pun. Tapi ada dia cakap minggu ni dia sibuk sikit.

Kring! Kring!

Ikmal! Cepat-cepat aku capai telefon.

“Lagi 10 minit orang sampai.” Pap!

Tak sempat aku nak cakap apa-apa terus dia matikan telefon. Cis!

Aku berjalan ke perhentian bus tu Ikmal dah tunggu aku. cepat aku melangkah masuk dalam kereta dia.

“Ikmal dah putus dengan Maya.”

Terkejut aku dengar. Aku pandang muka Ikmal seketika. Biar betul!

“Err..kenapa jadi macam tu?”

“Sebab Ikmal hanya cintakan Izz seroang..”

“Tapi orang dengan Adli.”

“Tinggalkan Adli.”

“What! No way!” tinggi nada suara aku.

“Izzni Insyirah, listen to me.. i only love you.” Dia pandang tepat anak mata aku..

“Tapi..”

“Belum tentu Adli tu setia dengan Izz.” Ikmal tersenyum sinis.

“Apa ni Ikmal!” aku dah  rasa lain macam dengan dia ni.

“Entah la Ikmal pun tak tahu nak cakap apa. Ambik alamat ni pergi rumah ni baru Izz tahu.”

Aku sambut huluran kertas yang tertulis alamat di tangan Ikmal.

“Nak pinjam kereta Ikmal ambik la, tak pun Izz nak guna kereta lain?” dia tanya lagi.

Dia ni memang nak sungguh-sungguh aku pergi ke?

“Apa yang Ikmal cuba nak sampaikan ni?” aku mintak penjelasan Ikmal.

Ikmal angkat bahu. Tak mahu cakap apa-apa.

Aku mengeluh dalam diam. Ada apa sebenarnya ni. Alamat ni? Kenapa dengan alamat ni? Esok rabu.. takkan nak pergi esok sebab esok kerja. Tapi hati aku meronta-ronta nak tahu jugak ada apa dengan alamat ni.

“Pinjam kereta.” Aku pandang Ikmal.

“Esok Ikmal suruh orang hantar.” Dia senyum.

***************************************************************

“Assalamualikum.” Aku berdiri di luar rumah pangsa empat tingkat ni.

“Waalaikumsalam.” Sahut orang di dalam. Tercengang wanita itu ketika melihat aku.

“Izzni?”

Aku angguk. Pelik macam mana dia tahu nama aku.

“Saya Ida.. Masuk la Izzni..”

Aku melangkah masuk. Rumah  pangsa yang agak kemas walaupun kecil. Tiada meja makan. Hanya ada satu set sofa dan tv kecik.

“Adli suruh Izzni datang sini ke?

Aku geleng..jujur aku tak tahu nak cakap apa.

“Err.. sebenarnya Ida ni siapa ye.” Baru aku nak buka mulut.
“Saya isteri Adli.”

“Isteri?” walaupun terkejut + tak percaya tapi aku maintain macam biasa.

“Ye isteri.. mungkin Adli tak cerita sebab mungkin dia takut kecewakan hati Izzni.. kami kahwin pun atas desakan keluarga 5 bulan yang lalu. Saya tahu dia dah ada Izzni walaupun Adli tak cakap saya tahu sebab saya pernah nampak gambar Izzni dalam laptop Adli.”

Ida tersenyum. Dengan suara yang lemah lembut Ida sambung lagi.

“Kami satu kampung. Di besarkan bersama dan bila dah dewasa keputusan kami terletak di tangan keluarga sebab ayah cakap kami di tunangkan masa kecik-kecil dulu. Adli membantah. Dia pernah suruh saya lari tapi saya biarkan..”

“Kenapa? Kenapa Ida tak membantah?” aku mencelah mula berasa berminat.

“Untuk apa saya membantah? Untuk apa saya lari? Sedangkan saya mencintai Adli dulu dari Izzni. Saya lebih mengenali dia dulu dari Izzni. Walaupun saya pernah menyuruh Adli membawa Izzni berjumpa saya.”

Aku terkesima.

“Jadi untuk apa Ida menyuruh Adli membawa saya? Mungkin hati Ida akan hancur.”

“Saya lebih rela hati saya hancur sekarang dari masa akan datang. Saya rela bermadu dengan Izzni tapi untuk diceraikan memang saya tak nak.”

“Saya tak nak bermadu.”

“Jadi tinggalkan Adli.. dia tak halal bagi awak tapi halal bagi saya.”

Aku hilang kata-kata.. ida capai tangan aku.

“Ida harap Izzni tinggalkan Adli kalau mahu dia bahagia. Ida rasa Adli pun dah boleh terima Ida sebagai isteri.”

“Maksud Ida..Ida dengan Adli...” aku tak mampu nak teruskan.

Ida angguk sambil tersenyum. “Tugas isteri adalah melayan suami. Sekali pun saya tidak pernah menolak kehendak suami.”

Aku tercengang. Hilang kata-kata. Apa yang mampu aku lakukan kini hanyalah melepaskan Adli.. dia bukan milik aku lagi.

“Habis kenapa duduk Penang? Kenapa tak ikut Adli?” aku tanya lagi. Macam tak puas hati pun ada.

“Saya kerja di sini. Lagipun Adli akan balik seminggu sekali jenguk saya dekat sini.”


Hukum karma ke ni? Lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik? Aku duduk di atas batu dekat batu feringgi ni. Sesekali angin laut menyapa lembut aku. aku dah hantar sms dekat Adli untuk putuskan hubungan dan Adli ternyata tak boleh terima. Tapi aku lebih dulu cekap darinya. Number telefon telah aku buang. Aku baling jauh-jauh dalam  laut.

“Lama dah bertenggek dekat sini?”aku pusing belakang. Ikmal!

Dia duduk di sebelah aku sambil rayban terletak elok di pangkal hidungnya.

“Lama lajugak.”

“Sedih?”

“Sedih, terkejut, tak percaya”

Ikmal tersenyum.

“Jadi keputusanya?”

“Let him go.”

“Good”

“Me?” dia tunjuk dekat diri dia.

“Entah tak pikir pun.”

“Kenapa? Orang dah tinggalkan Maya demi Izz.. tak boleh nampak ke?”

“Tak.”

“Izz nak apa lagi?”

“Tak tahu la..lelaki yang baik hanya untuk perempuan yang baik.”

“Dan lelaki kacak hanya untuk perempuan secantik Izz.”

Aku tersenyum.terhibur.

“Bulan depan kita nikah sekali dengan tunang.”

“Haaa..”

“Kita kahwin. Ikmal pun tak nak lama-lama macam ni.”

“Haa..” aku masih macam tak percaya.

“Jom bangun. Kita pergi pekena nasi kandaq line clear.”

“Kereta?” aku tanya lagi. Macam tak percaya je orang ajak aku kahwin.
“Tinggal je kita naik kereta Ikmal. Nanti Ikmal suruh orang datang ambik kereta.”

“Betul ke?”

“Betul la nanti orang datang ambik dan honda jazz tu hadiah Ikmal untuk Izz.”

“Bukan, betul ke Ikmal ajak Izz kahwin.”

Dia angguk kemudian tersenyum memandang aku.

Aku rasa macam tak percaya bulan depan dah nak jadi isteri orang. Lelaki yang baik hanya untuk perempuan yang baik dan aku mungkin di takdirkan untuk Ikmal. Jadi aku tak pernah ‘jahat’ menyintai lelaki lain.

Setiap yang terjadi ada hikmahnya.. alhamdulillah, sekurang-kurangnya aku tidak lagi mengganggu suami orang.

“Sayang..cepat la.termenung pulak. Ikmal lapar ni.”

Aku tersenyum sebelum berjalan menuju ke arah Ikmal.

-TAMAT-















22 comments:

  1. Cinta itu kadang-kadang menjadikan pencinta hamba...

    ReplyDelete
  2. citt...adli yang jahat...hampeh..ingtkn setia sgt...kepada izz,hang x jahat..adli yg jahat..hua3....jahatkah aku?jawapannya tak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. izz tak jahat.. haha.. hukum karma.. ceh! yaaa kita tak jahat...

      Delete
  3. bestt! JAHAT? notty ja .. HEHEHE

    ReplyDelete
  4. best, tapi agak keliru hubungan dorang ni suami isteri atau bercinta, mungkin saya yg salah baca atau salah paham. teruskan menulis :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Izzni dan adli merupakan pasangan kekasih,manakala ikmal dan juga maya juga sepasang kekasih. namun izzni dan ikmal menpunyai hubungan yg istemewa
      #BUKAN SUAMI ISTERI TAUUU huhu

      Delete
  5. best... tp....
    cinta dtg tk mngira msa dn tk mngenal siapa dia.. tp cinta juga mmrlukan pngorbann... pngorbann yg tk psti mmpu mmbuat kita gmbira atau tk... akhirnya.. hati trus trluka.... :'(

    ReplyDelete
  6. itu namenye hukum karma...izz pernah menduakn..last2 die pon diduekn...fair n square la kn?

    ReplyDelete
  7. itu namenye hukum karma...izz pernah menduakn..last2 die pon diduekn...fair n square la kn?

    ReplyDelete
  8. best...cuma ralat satu jer..sbg islam,saya percayakan takdir Allah.bkn hukum karma..selain dari itu..citer mmg best!

    ReplyDelete
  9. "jahatkah aku mencintai" ??? then i say NO!! adli tuu yg sbnarnya jahat DAMNN !!!

    ReplyDelete
  10. Gmbr poster tu mnmpkn aurat tgn pmpuan tu :)

    ReplyDelete
  11. Dapatkan Penghasilan Tambahan Dengan Bermain Poker Online di www,SmsQQ,com

    Keunggulan dari smsqq adalah
    *Permainan 100% Fair Player vs Player - Terbukti!!!
    *Proses Depo dan WD hanya 1-3 Menit Jika Bank Tidak Gangguan
    *Minimal Deposit Hanya Rp 10.000
    *Bonus Setiap Hari Dibagikan
    *Bonus Turn Over 0,3% + 0,2%
    *Bonus referral 10% + 10%
    *Dilayani Customer Service yang Ramah dan Sopan 24 Jam NONSTOP
    *Berkerja sama dengan 4 bank lokal antara lain : ( BCA-MANDIRI-BNI-BRI )

    Jenis Permainan yang Disediakan ada 8 jenis :
    Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker - Bandar 66

    Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi Kami Di :
    WA: +85577773548
    Skype: SANTI WINATA888@GMAIL.COM

    KALAU MINAT DAFTAR CHAT WA AJA AKU YAH ALL

    WELCOM : WWW . SMSQQ . COM

    I SANTI WINATA BIG BOS SMSQQ

    ReplyDelete