Copyright© All Rights Reserved akubukannovelis.blogspot.com

22 Nov 2013

KISAH CINTA PERTAMA (1)

SALAM SEMUA.. ATAS SEBAB-SEBAB TERTENTU ZATI DAH DELETE PINANGAN KE 20.. IN SHA ALLAH LEPAS NIE KALAU ADA REZEKI PK20 IA AKAN DITERBITKAN VERSI NOVEL TAPI TAJUK SAJA YANG LAIN.. 

HARAP-HARAP KISAH CINTA PERTAMA INI TIDAK MENGHAMPAKAN.. DOAKAN YANG TERBAIK UNTUK ZATI OKEY..

SELAMAT MEMBACA :)



AKU angkat telefon yang duk berdering lagu Ayumi Hamasaki. Masuk nie sudah tiga kali ia berbunyi. Aku tengok nama dia skrin kak Nina!

“Assalamualaikum kak Nina.”

“Waalaikumsalam. Buat apa tu?” suara kak Nina kedengaran.

“Tak buat apa baru balik sekolah.” Aku landing atas katil.. lega dapat baring.

“Esok nak join tak program dekat USM?”

“Program apa?” aku lepaskan rambut biar terurai.

“Ada la, kalau nak suruh abah hantar Zara datang rumah kak Nina malam nie, tidur sini lepas tu esok pagi lepas subuh kita gerak.”

“Okey.”

Aku letak telefon. Ada program dekat USM? Kenapa aku tak tahu pun padahal kami satu sekolah. Mungkin tak cukup orang kut.

Lepas maklumkan dekat abah aku siap-siap kemas beg. Baju tidur untuk malam nie, losyen harus la, berus gigi, pencuci muka,  charger sebab nampak gaya telefon aku pun bateri macam nak habis. Baju jubah seluar untuk esok, tudung putih sedondon dengan baju. Baju kecik dan seluar kecik. Apa lagi erh? Aha… pencil box dengan buku nota. Siap!

Mak! Penuh satu beg galas. Macam nak pergi tiga hari saja, belum masuk tuala lagi, telekung, sejadah. Tidakkk….!

Malam tu jugak aku bergerak pergi rumah kak Nina. Kak Nina sikit pun tak terperanjat.

“Tau dah mesti Zara nak datang punya.”

Aku bersalaman dengan kak Nina. Abah hantar dekat depan saja dia tak masuk katanya nak cepat lepas nie nak bergerak pergi Langkawi sebab kena outstation.

Pagi-pagi lepas subuh kami dah bergerak tunggu bas ingatkan ada orang nak hantar rupanya kena naik bas sendiri. Makanya pagi itu terciptalah sejarah aku pertama kali naik bus, sebab selama nie nak pergi mana-mana pun abah yang hantar. Maklum lah anak bapak!

Ingatkan dah sampai station bas terus naik feri untuk ke USM.  Tapi kak Nina kata dia nak tunggu orang sekejap.

“Kita nak tunggu sapa nie kak Nina?”  aku betulkan beg galas aku.

“Tunggu kawan-kawan yang lain la.”

Aku terangguk-angguk. Ada jugak orang lain ingatkan kami saja. Hehe.

“Nie bukan under sekolah kan?” sebenarnya dari semalam lagi nak tanya tapi asyik terlupa saja tu la banyak makan kepala ikan.

“Tak, yang nie program luar sekolah macam aktiviti sukarelawan. Tak apa la nanti Zara tahu la.”

Aku angguk-angguk saja la. Patut la kena pergi sendiri.

“Haaa tu pun.” Kak Nina bangun sambil tersenyum.

Dari jauh aku nampak Abang Dollah, kak Jun dan dua orang lelaki. Abang Dollah dengan kak Jun tu senior aku dekat sekolah budak STPM. Yang lain aku tak kenal.

Kami naik feri lepas tu turun feri ambik pulak bas pergi USM. Dari perjalanan dari feri ke USM aku diam aje. Yela aku nie bukan rapat sangat dengan budak ‘besar-besar’ tapi dalam diam-diam aku ada jugak aku bertegur dengan dua orang itu. Sorang namanya Putra lagi seorang lagi nama Khairi yang pasti dua-dua orang tu lagi tua pada aku.

Sesekali pasti mata aku dan Putra akan bertembung. Asih! Jangan cipta kenangan nak pergi USM pulak.

“Zara sekolah mana? Tingkatan berapa?” Putra yang dalam diam tu tegur aku lagi sekali. Tadi tegur aku wish good morning je. Macam aku nie minah salleh nak wish wish bagai.

“Tingkatan tiga, sekolah sama kak Nina. St Mark Butterworth.” Aku jawab malu-malu.

“Abang putra sekolah mana? Tingkatan berapa? Yang pasti bukan sekolah sama Zara kan?” aku tanya dia lagi dalam duk malu-malu aku tu.

“Sekolah Al-mashoor, tingkatan lima. Abang semalam tak pergi sekolah. Pagi tadi dari rumah terus nak join kak Nina sekali.”

Ooo sekolah ponteng datang program nak pulak.

Kami masuk dewan besar yang berhawa dingin dan bertingkat-tingkat rasanya lebih dua puluh tingkat kut. Kami duduk di bahagian tengah. Dan yang pasti bahagian depan sudah penuh. Bagus betul budak-budak nie. Kalau aku nak duduk depan so sorry takut kena soal jawab. Bila tak dapat jawab confirm malu.

“Assalamualaikum dan selamat pagi terima kasih sebab sudi hadir pada pagi nie, nama akak kak Wan, adik boleh panggil kak Wan. Akak wakil dari sahabat Alam Malaysia. Terima kasih kepada wakil-wakil sekolah Al-mashoor lelaki, Convent greenlane, Abdullah Munshi, St Mark, sekolah menengah Sungai Ara.. bla.. bla.. bla…”

Aku dah tak dengar, sibuk menguap. Mengantuk la pulak. Mengikut yang ada dalam tentative yang tersarung dalam fail keras nie. Pukul Sembilan ada ceramah pasal tumbuhan hijau, pukul sepuluh minum petang. Sepuluh setengah sambung balik ceramah sampai lunch hour lepas itu buat LDK latihan dalam kumpulan.  Harap-harap ada yang sama umur dengan aku, tak terasa la sangat yang aku nie ‘muda’ hehe.

***********************************************
Lepas sembahyang Zohor berjemaah di masjid USM, kami dipecahkan mengikut kumpulan mengikut nama semasa mendaftar tadi. Satu kumpulan tak melebihi dua puluh orang dan setiap satu kumpulan ada seorang akak fasi.

Selepas berkenalan dengan memberitahu nama, sekolah dan tingkatan berapa seperti yang di agak aku yang paling muda. Sampai akak fasi tu cakap.

“Sebenarnya program nie lebih kepada tingkatan empat dan lima tapi bagus jugak pertama kali kami dapat budak tingkatan tiga.”

Budak? Okey la, pasrah!

“Zara nie kawan kak Ina ya?” kak Nadia fasi aku yang tengah duduk bertentangan dengan aku mula bertanya.

“Zara nie sepupu kak Nina.” Aku betulakan ayat kak Nadia.

“Kak nina?” Kak Nadia macam pelik aje bila aku sebut kak Nina.

“Eh silap kak Ina.” Macam mana la boleh lupa, hanya keluarga terdekat saja yang panggil kak Nina.

“Akak nak adik-adik semua cari pokok,bunga atau daun dan nyatakan kenapa adik-adik pilih pokok tersebut.”

Aku dah rasa macam budak sekolah rendah dah. Kami berpecah. Aku nak cari pokok apa nie? aku pun tak tahu. Dari satu tempat ke satu tempat.

Aku tercari-cari sampai tak sedar dah jauh dari kumpulan.

“Zara cari apa?” kak Nina cuit belakang aku.

“Cari daun ke, bunga ke.. kak Nina buat sama macam kami jugak ke?”

“Tak la kak Nina kena cari pokok tumpang.”

Aku tinggalkan kak Nina dan pokok tumpangnya. Tiba pulak aku jumpa group kak Jun. hanya senyum-senyum aje. Nampak macam kak Jun tu pun sibuk duk mencari aku berjalan ke depan lagi.

“Haaa Zara.. cari duit ke?” Abang Dollah yang berdiri depan aku turut sama terbongkok.

“Tak aih Zara cari bunga..daun tak pun pokok.”

“Ingatkan duit hilang ke apa sampai terbongkok-bongkok. Fasi dia Nadia ke?”

“Aha kak Nadia. Abang Dollah kena buat apa?”

“Abang Dollah jadi fasi ganti kak Wan..”

Waaa.. mesti budak-budak perempuan group abang Dollah cuci mata nie. dapat Fasi yang kacak, stylo pulak tu.

Aku tinggalkan abang Dollah. Last-last tak tahu nak cari apa aku bawak balik pokok semalu la. Senang.

Masa nak berjalan balik masuk group sempat jugak aku cuci-cuci mata tengok group lain.. berbalas-balas senyuman. Karang tak senyum kena cop sombong pulak. Mata aku terpandang seseorang. Kami berblas senyuman. Dalam diam hati terpaut. Aish! Buat ayat sastera la pulak aku nie.

Kami duduk dalam bulatan sambil memegang pokok, daun dan bunga masing-masing.

Ada yang pegang pokok duit-duit, bunga kertas, daun pandan.. macam-macam.. semua dah terang pokok masing-masing tapi bila sampai dekat aku. Aku jadi blur.. aku pun tak tahu kenapa aku pilih pokok nie. Tambah-tambah nak cakap depan orang lagi aku malu wei.

“Cepat la Zara.. semua dah tunggu nie.” semua mata tertumpu pandang aku.

“Saya pilih pokok semalu nie kerana identity saya yang pemalu.. err..” betul ke aku cakap nie? aku garu-garu kepala.

“Lagi?” Kak Nadia bertanya macam tak puas hati aje.

“Bila kita pegang pokok semalu nie automatic dia tertutup sendiri.. dia mempunyai sifat pemalu yang tinggi, bagaikan seorang gadis penuh dengan sikap pemalu dan yang pasti pokok semalu nie menghormati orang lain. Bila kita pegang dia, dia akan tertutup dan akan menunduk.. macam tu la lambang seorang gadis.. pemalu dan terhormat. Tapi jaga-jaga pokok semalu nie garang.. silap-silap terkena durinya.”

Satu tepukan untuk aku. Bukan dari group sendiri tapi dari group sebelah. Group abang Dollah.

Ala setakat pokok semalu nie apa la sangat tengok saya nie haa pokok pandan..” abang Arm dah goyang-goyang pokok pandannya siap dengan akar lagi mana di kutip pun tak tahu.

“Haaa cepat Ikram kamu pulak excited sangat dengan pokok pandan tu mana kutip pun tak tahu.” Kak Nadia marah-marah manja dekat abang Arm.

Kami semua tersenyum..

“Pokok pandan nie wangi macam saya. Sangat diperlukan dalam masakan dan sangat istimewa untuk raja sehari kerana aromanya mampu meningkat pasangan pengantin untuk melakukan….”

“Sudah-sudah… melalut kuat budak nie baik kamu diam.” kak Nadia cepat saja memintas.

Kami semua sudah ketawa.

“kalau adik-adik nak tahu pokok-pokok, alam sekitar dan tumbuh-tumbuhan sangat penting buat kita.. kenapa? Haa kita biar budak ARAS yang jawab.. Ikram mana Ikram?” kak Nadia tercari-cari Abang Arm.

“Saya kat Sini.” Abang Arm angkat tangan.

“Cepat jawab kenapa alam sekitar nie penting untuk kita?”

“Tak nak.”

“Laa kenapa?”

“Tadi suruh diam.”

Aku ketawa saja dengan gelagat abang Arm nie.

“Akak melawak je la.. cepat la Arm.. nanti lambat upacara penyampaian sijil.”

“Sebab kita berpijakkan bumi dan berbumbungkan langit.. lagipun hubungan manusia dan alam sekitar sangat rapat, kita bergantung kepada tumbuh-tumbuhan, pokok-pokok dan hidupan sekelilingnya. Kalau tak ada pokok nie pemanasan global akan terjadi. Dan hidupan-hidupan lain akan hilang tempat bergantung.”

Kepala aku angguk-angguk perlahan.. sesekali aku dan abang Arm berbalas senyuman bila kami terpandang satu sama lain.

Selesai sudah aktiviti dalam kumpulan kami kini tiba masa untuk majlis pemyampaian sijil. Setiap sekolah hanya seorang wakil sahaja. Untuk sekolah kami, kami serahkan kepada Abang Dollah untuk ambikkan sijil bagi pihak kami..

Sebelum majlis penutup kami di minta untuk nyanyikan lagu hijau yang dinyanyikan oleh Zainal Abidin. Lagu yang dinyanyi dalam dialek kelantan ada seribu satu makna..

Bila kita jadi manusia kita lupa pasal alam sekeliling. Rasa nak buat rumah kita buat saja rumah tanpa nak pikir apa-apa. Kalau rasa nak tebang pokok untuk pasaran global kita tebang saja tanpa pikir habitat yang lain. Ekosistem kian terjejas.

Tiba-tiba aku rasa sebak dengar lagu tu. Manusia memang suka lupa diri!

*********************************************

Masa nak balik kami diminta untuk menikmati hidangan minum petang. Hanya teh O dan bihun goreng.

Masa dalam perjalan nak duduk dekat kak Nina and the gang, ada sekumpulan gadis jelita yang tersenyum-senyum pandang aku. Kesemuanya 5 orang. Dan yang pasti salah seorang itu kak Nora budak group aku masa LDK tadi.

“Zara ada number phone?” kak Nora mintak masa aku sibuk-sibuk nak salam dengan kak fasi.

“Aha ada.” Aku bagi saja number phone aku dekat kak Nora.

********************************************

 Habis program pukul lima petang, sampai rumah kak Nina pukul tujuh setengah malam. Sampai rumah pukul lapan sebab kak Nina yang hantar balik dia tahu aku tak biasa naik bus.

Sampai kat rumah mak ajak makan yong tau fu belakang rumah. Ooo lupa nak cerita rumah aku rumah flat empat tingkat. Dan yang pasti aku duduk atas sekali dan tak ada lif. Azab wei bila nak naik.!

Dekat bagan ajam nie yang famous pun pantai bersih dan yong tau fu.. petang-petang sebelum maghrib aku dengan kawan-kawan masa sekolah rendah suka berkumpul di tepi pantai menikmati angin petang.

Aku, Safirah, Shawal, Bainun dengan Emira sebenarnya kami dah kenal masa sekolah tadika lagi. Lepas itu kami satu sekolah rendah , SK bagan Ajam dan bila darjah enam masing-masing bawak diri. Ada yang pergi sekolah Convent dan ada yang duduk sekolah yang pandai sedikit. Tapi yang tu tak jadi masalah buat kami untuk terus berhubung.

Masa tengah menikmati yong tau fu pak karim nie boleh pulak Abang Arm dengan Putra sms aku serentak tapi dua-dua aku tak balas. Macam tak ada mood saja nak layan dua-dua orang nie. hehe..

Sedapnya dia makan.

Aku dapat Sms yang aku tak tahu number siapa. Aku pandang sekeliling tapi muka masing-masing macam tak ada yang mencurigakan pun.

Tercari-cari ke?

Hish! Siapa dia nie!

Kirim salam dekat mak kita tau.

Aku try call orang yang hantar sms dekat aku. Tak berbunyi pun. Ala… siapa dia nie.. tak suka la macam nie!

Last-last aku tak layan number tu pun. Malas. Aku tak suka orang yang sms aku tapi tak perkenalkan diri. Macam tak hormat orang pun ada. Baik aku nikmati yong tau fu depan mata nie. Nyum! Nyum!

Bersambung..