Copyright© All Rights Reserved akubukannovelis.blogspot.com

19 Nov 2014

NIAN TAUFIK : EPISOD 1 - 10


Apa kes letak cover muka sendiri nie? haha.. ada aku kisah.

sebenarnya citer nie zati rajin post dalam facebook..hari-hari kut zati update.. sapa rasa nak baca lagi boleh terjah sini https://www.facebook.com/zatimohd

selamat membaca

Episod 1 :

Aku duduk lama sambil memerhati tingkah manusia.. habis kelas terus datang sini semata nak tunggu farah.. lima minit dah nie.. kalau lagi setengah jam tak ada aku blah jugak nie.. tak lama lepas tu farah mesej aku.. 'sorry tak dapat datang..aku sakit perut'
Wahhh..hebat..hebat.. bukan nak call..main mesej pulak..
Habis tiket wayang nie macam mana? Penat aku beli nasib baik farah bagi duit awal-awal paling kurang tak de membazir duit aku..
Aku berjalan ke pintu masuk..
Alamatnya sorang-sorang la aku tengok wayang..
Sempat aku kerling mamat sebelah yang pegang jambangan bunga ros dengan popcorn.. dia nie jual bunga ke? Lama aku perhati dia sebenarnya dari datang tadi sampai sekarang.. tanp buang masa aku terus berjalan masuk hall.. tengok wayang sorang2 la gamaknya nie..sadis hidup aku.. sob..sob..
Elok aku duduk lima minit kemudia lelaki yang pegang bunga tadi duduk di hadapan aku.. dua barisan di hadapan sebenarnya..mesti nak melamar awek dia nie..konon-konon nak tiru fizo omar la tu..hish..hish


Episod 2 :

Lepas nie famous lah muka aku masuk youtube.. hihi..aku duduk sambil seluk handphone dalam beg..paling kurang update masuk facebook..hihi..

Dalam pada aku nak buka handphone tiba-tiba aku dicuit sorang lelaki cina..
"My seat" dia tunjuk tiket dia dekat aku..
Lah salah seat line aku C bukan A.. kiranya aku nanti duduk satu baris dengan lelaki yang jual bunga tu la?
Aku duduk selang satu seat dari mamat tu.. dia nie tunggu orang ke? Dari tadi macam nak call orang..
Wayang gelap..cerita dah start.. tiba-tiba aku dengar ada orang sebelah sua bunga dekat aku.. alamak nak melamar aku ke nie?
"Ambik la bunga nie" dia letak bunga atas riba aku sebelum keluar tinggalkan hall..
Tak pasal-pasal dapat bunga free..

episod 3 :
Dah masuk beberapa bulan.. jambangan bunga ros merah aku perhati lama.. dah kering bunga tu tapi masih dalam keadaan elok. Siapa la lelaki tu..nak ucap terima kasih pun tak sempat.
Telefon aku berdering. Keluar nama Farah.
"Jadi tak datang petang nie?" Tak bagi salam terus terjah orang budak nie.
"Jadilah nanti kau ambik aku tau. Lepas tu esok hantar aku ke pudu, aku nak balik penang." Esok ada kenduri dekat rumah Farah. Abang dia kahwin.
Lepas saja letak telefon. Aku kemas barang-barang aku dalam asrama. Cuti sem tiga bulan jadi kena angkut semua barang nie. Jambangan bunga ros tersebut aku ambik dan masukkan dalam beg plastik besar sebelum aku ikat kemas.
Malam tu seperti biasa aku bermalam dekat rumah Farah.. ehh aku memang biasa pun lepak rumah dia kalau aku tak balik penang. Rumah dia dah jadi macam rumah aku dah pun. Farah nie duduk dekat dengan kampus jadi bonuslah untuk dia yang hari-hari boleh mengulang balik rumah. Aku pun untung jugak ibu(mak farah) selalu panggil aku dinner rumah diorang.
Aku pun takkan datang rumah orang duduk sajakan. Mestilah kena tolong-tolong. Aku jadi tukang bagi bunga telur dekat orang. Syok apa. Siapa ada yang anak buat menantu lagi.
Petang tu semua dah settle..tapi ada jugaklah saki baki tetamu yang hadir lagi kawan-kawan along (abang farah)
"Lepas nie kita tengok Farah ke Nian kahwin dulu" tiba-tiba ibu petik nama aku.
"Nian lambat lagi..tu anak kesayangan intan payung ibu tu dah ada boyfriend. Lepas nie mesti dia."aku lirik mata dekat Farah. Padan muka hang!
"Kaklong pun rasa Farah jugak..tapi Nian dulu pun apa salahnya..nanti kaklong carikan boyfriend dekat Nian" kaklong merangkap kakak ipar Farah. Walaupun baru kahwin dengan along terus dapat title kaklong. Semua nie kerja aku la. Haha.
Aku salam semua orang lepas tu ucap tahniah dekat along. Along dah siap-siap nak pergi outdoor.
"Aku tak boleh hantar kau. Aku mintak tolong adik saudara kaklong hantar kan kau. Intan payung aku dah nak sampai." Aku jeling tajam dia..marah nie dalam jiwa. Yang si Johan pun awal-awal tak nak datang.
"Taufik tolong hantarkan Nian pergi pudu ye." Kaklong datang sambil heret budak nama Taufik.
Handsome la jugak. Ehh aku nie..

episod 4 :
Aku angkat barang-barang dalam kereta Farah masuk dalam kereta kaklong. Kaklong pinjamkan Taufik keretanya sebab Taufik tinggalkan keretanya di rumah sewa sebab dia balik sarawak..
Orang sarawak patutlah kacak! Hihi..
Myvi kaklong meluncur laju.
"Tiket pukul berapa?" Ayat pertama dia menyapa aku.
"9 malam."
"Lah..awal lagi sekarang baru pukul 6 petang..sempat saya balik rumah salin baju sekejap."
Aku dia tak cakap apa. Sampai dekat rumah dia.aku duduk dalam kereta. Tadi pakai baju melayu siap bersampin bagi kalahkan pengantin pulak. Ehh tapi memang rombongan pengantin sebelah perempuan semuanya berbaju melayu dan bersampin untuk lelaki.
Tak sampai 20 minit Taufik keluar siap berpakaian t-shirt polo, jeans dan sneakers. Kacak! Ehh terpuji pulak.
Dia tengok jam sebelum tengok aku.
"Nak pergi mana?" Dia tanya aku.
"Pudulah" takkan lupa pulak nak hantar aku pergi pudu. Aku luku karang dia nie haaa..
"Awal lagi nie..ada kurang dari 3 jam..nak buat apa dekat pudu lama-lama?"dia masih tekun pandang aku.
"Droplah saya dekat sana..saya tunggulah dekat sana sampai bas datang."aku cakap balik. Farah pun satu aku nak ajak dia pergi popular kejap tiba-tiba tak jadi pulak hantar aku. Rosak program kak ton.
"Kita pergi time square dululah." Terus dia pandu kereta.
"Saya Taufik. Awak?"
Oh nie macam sesi perkenalan aje..
"Nian.. Nian Husna" aku kerling cara dia pandu kereta. Macho! Ehh puji lagi.
"Student? Kampung kat mana?"
Macam polis la dia nie..layankan aje.
"Uitm Shah Alam.. penang.. awak orang sarawak ke? Student lagi erh." Aku pulak tanya dia.
"Saya budak uniten. Tapi dah habis pun.. konvo aje belum. Betul la tu orang sarawak."
Kami sampai di TS.. taufik saja bawak aku jalan-jalan. Tak paham tiba-tiba nak bawak jalan-jalan macam tak boleh berjalan sendiri. Taufik solat dekat TS lepas tu terus hantar aku ke Pudu. Bukan sampai pudu aje tapi sampai depan pintu bas.
"Nian.. bagi fon number.." kami sama-sama berdiri depan pintu bas.
"Untuk apa?" Aku tanya dia.
"Bagi la dulu..nak mintak tolong sikit..kalau saya cerita nanti tertinggal pulak bas awak." Dia sengih dekat aku.
Tanpa banyak soal. Aku terus bagi dekat dia.
'Nanti dah sampai penang..bagitahu ye.'
Sms pertama dia untuk aku.
'Nak mintak tolong apa?' Aku balas sms dia masa bas bergerak keluar pudu.

episod 5
Elok aje sampai penang sentral aku dapat sms dari taufik
'Nak mintak awak tolong jadi tourist guide.. saya dengan kawan-kawan nak jalan-jalan ke penang'
Lah macam la sekarang tak ada gps.. guna ajelah gps tapi kadang-kadang pakai gps pun tak guna jugak entah mana hala la dia tunjuk jalan..paling tak boleh blah jalan masuk lorong kubur pun ada..lagi tak boleh pakai gps nie!
'Tak nak lah'
Aku balas balik dekat dia masa nie abah dengan mama dah sampai aku pun dah naik kereta.
'Saya bayarlah. Awak kan cuti sem..kiranya awak bekerja untuk sayalah.'
Ewah-ewah dia nie kaya sangat ke sampai nak bayar aku.
'Sehari 300 ringgit'
Aku tekan punat send.hambik kat hang.
'Okey deal'
Haaa..ternganga aku..
"Nak makan tak Nian..mama tak masak dekat rumah" mama tanya sebelum masuk highway.
"Tak nak la mama..Nian beli burger ajelah nanti"
'Awak..saya main-main ajelah.tak naklah. Saya bukan kenal kawan awak..lagipun mesti saya sorang aje perempuan.'
'Ada la perempuan lain..jangan risau.. semuanya terjamin selamat. Bye'
Ehh macam tu aje dia balas. Aku nie punyalah risau macam nak mati dia boleh pulak dia bye-bye cepat sangat.
Alah! Aku main-main aje bukannya betul-betul pun.
Seminggu kemudian dia sms aku lagi.
'Kitak'
Nie bahasa dia apa dia guna nie.
'Awat?'
'Hahaha.. paham ke?'
Ehh dia nie kalau tak sakitkan hati aku tak boleh ke?
'Tak..awat nak apa?'
Aku tanya dia balik..
'Minggu depan saya datang penang. Hotel saya dah tempah cumanya awak siapkan tentatif dan program untuk 3 hari.. tak nak banyak lepak mall aje.. nak program outdoor sama. Nanti sms no acc bank. Saya bank in duit  '
Eee sengal la dia nie..macam mana aku boleh jumpa dia pun tak tahu.
Ooo encik Taufik nak program outdoor ye.. encik Taufik sanggup ye.. haaa..tunggu ye..
Aku sengih panjang dekat mamat sarawak nie.

episod 6 :

"Awak saya dah email dekat awak..check email tau."
Aku call dia lepas aku siapkan tentatif yang dia nak.
"Okey nanti malam lepas kerja saya check."
Aku check balik tentatif program aku.
Jumaat :
Melawat tokong ular
Check in hotel
Water sport
Malam aktiviti bebas
Sabtu :
Hiking dekat taman negara
Escape theme park
Malam aktiviti bebas
Ahad :
Bukit bendera
Art street & jalan-jalan sekitar penang.
Bergerak pulang.
Erm okeylah tu.
Malam tu aku tunggu Taufik telefon.
"Okey perfect." Itu aje ayat dia dekat aku.
"Taknak lepak mall kan?" Aku ingat ayat dia..
"Yelah kalau lepak mall tak namanya jalan-jalan, melancong tempat orang."
Aku angguk-angguk dengar ayat dia.
"Awak tu nanti jangan lupa bawak baju tidur hotel." Dia sambung lagi.
"Heyyy apasal pulak?" Aku lepas habis bawak dia jalan-jalan aku balik la rumah. Sebab tu malam aku buat aktiviti bebas.
"Awak kan tourist guide saya."
"Tapi saya taknak tidur dengan awak." Aku cakap lagi bagi dia paham.
"Siapa suruh tidur dengan saya? Awak tidur dengan kawan-kawan perempuan sayalah."
Err malunya aku dekat mamat sarawak nie.
"Taknak lah nanti abah saya marah." Aku cakap.lagi sambil garu kepala yang tak gatal.
"Saya call abah awak mintak izin. Lagipun nak bawak anak dara orang kena mintak izin bukan main bawak aje."
"Abah saya takkan bagi punya..percayalah cakap saya." Aku yakinkan dia..memang aku yakin pun bapak aku..bukan bapak dia.
"Haha." Dia gelak sebelum matikan talian..
Sakit pulak hati kita nie.

episod  7 :

"Abah izinkan Nian pergi bercuti."abah cakap masa balik dari kerja.
Siang tadi baru sms abah mintak izin sebab esok dah nak gerak. Berbunga-bunga hati aku dengan harapan abah tak izinkan tapi harapan punah di tengah jalan. Huhu.
"Betul ke?" Aku tanya balik mana nak tau ada masalah pendengaran ke aku nie..
"Iye..tapi apa-apa hal abah cari Taufik tu." Tajam ayat abah.
Taufik? Aku tak mention pun nama dia dekat abah. Aku cakap kawan-kawan aje..
"Okey." Takut nak jawab lebih-lebih.
Petang tu lepas aje solat jumaat abah hantar aku dekat rnr atas sikit dari autocity.. elok aje kami sampai Taufik and the gang pun sampai.
Sempat abah bagi pesanan khidmat penjagaan aku dekat Taufik. Yelah aku kan anak dara yang masih suci murni lagi. Haruslah kena jaga lebih.
Aku naik kereta myvi yang Taufik pandu.ada lagi sebijik myvi dan suzuki swift ikut dekat belakang. Aku ambik tempat sebelah pemandu ada dua lagi kawan Taufik dekat belakang. Sorang lelaki sorang perempuan.
"Hai Nian" mereka menyapa aku.
"Hai." Aku senyum dekat diorang.. aku kan segan.
Aku bagi pandu arah untuk ke tokong ular.
"Boleh masuk ke tokong tu?" Taufik tanya aku tanda was-was.
"Bukan masuk tokong pun..nama aje tokong sebab kedudukan dia sebelah tokong. Dekat situ dia lepas semua ular-ular tu." Aku terangkan dekat dia.
"Selamat ke?" Dia tanya lagi.
"Selamat kut paling kurang pun awak icu aje sebab kena patuk." Aje tu aku tarik panjang..
"Menakutkanlah."
Aku simpan senyum dalam hati. Tau pulak dia takut.
Lepas aje ke tokong ular kami check in hotel bayview beach resort dan terus main water sport. Aku tak main pun. Rumah aku pun dekat dengan laut sampai dah muak tengok laut.
Lagipun sini ada obor-obor. Takut aku kena sengat.
"Nian tak nak join ke?" Dia jerit masa dekat atas banana boat.
"Tak nak." Aku jerit balik.
Vroom suara enjin boat memecah pantai dengar la diorang terjerit-jerit keseronokan. Naik banana boat je pun.
"Dik nak naik kuda dik? Rm15 2 km"
Terkejut aku.. terus aku bangun berdiri..
"Tak apalah encik saya takut binatang ada bulu nie.."
Pakcik tu sengih dengar ayat aku.
"Nian.."
Aku pusing belakang tengok Taufik dah basah kuyup..
"Jom naik parasailing." Dia ajak aku.
"Taknak lah. Nanti jatuh mati. Saya nie tak kahwin lagi taw."
Aku pernah tengok ada orang putih tu tersangkut atas pokok masa naik benda tu. Bahaya.
"Saya pun tak kahwin lagi. Tak mati la.saya pandai control." Dia terangkan dekat aku.
"Tak nak!" Aku bertegas dengan ayat aku.

episod 8 :

"Haa macam nie baru perempuan sejati." Dia cakap masa kami sama-sama pakai life jacket.
Kalau boleh tenyek muka dia dekat pasir dah lama aku tenyeh muka mamat sarawak nie. Geram betul aku.
"Siapa nak duduk depan?" Pakcik yang nak pasang tali parasailing pandang kami berdua.
"Dia"
Serentak kami menjawab. Aku tunjuk Taufik. Taufik pulak tunjuk dekat aku.
"Yang pandai control duduk dekat belakang sebab nanti tersangkut atas pokok pakcik tak mau tanggung."
Dengar aje pakcik tu cakap macam tu terus jantung aku dup dap dup dap.
Tak mau sangkut atas pokok.
"Pakcik dia duduk depan. Kalau dia control bukan setakat atas pokok..entah bangunan mana yang tersangkut pulak."
Aku jeling tajam dekat Taufik. Kalau boleh makan dia nie..aku masukkan dalam laksa baru betul nama laksa sarawak.
"Ready?" Pakcik tu jerit kuat-kuat.
"Ready" Taufik jerit balik.
"Awak saya tak ready. Saya takut." Aku cakap dekat dia bagi dia paham.
"Apa awak nak takut. Terbang aje pun." Ayat dia macam dah bengang aje dengan aku.
"Saya nie tak kahwin lagi awak tahu tak."
Vromm.. kami mula terbang.. mula-mula takut lama-lama syok pulak.
"Awak kena yakin dengan saya. Kalau tak yakin macam mana nak kahwin dengan saya."
Perghhh ayat dia nak melamar aku disebalik awan-awan nie apa.
"Tak nak saya kahwin dengan awak. Dah lah putih jambu pulak tu." Aku terangkan dekat dia.
Aku tak nak kahwin dengan orang sarawak jauh.
"Habis ingat awak tu putih melepak sangat?" Ayat dia macam tak puas hati.
Aku pulak yang kena.

episod 9 :

Ehh aku nie tak la hitam sangat..putih sangat pun tak jugak. Yang dia tu lagi la. Putih lepastu muka pun jambu-jambu sikit. Bukan kriteria lelaki pilihan nie.
Aku malas nak layan dia terus aku diamkan diri. Gayat jugak naik parasailing nie. Aku nie nama aje duduk penang. Benda nie pun tak pernah try nak naik.
"Nian." Dia panggil aku.
"Apa?" Aku jawab balik. Tak boleh pusing nanti terbalik parasailing nie.
"Wangi la rambut awak."
Karang ada jugak makan kasut aku nanti.
"Saya pakai tudung rambut tak boleh bau. Jangan nak menipu." Aku bagi ayat selamat dekat dia.
"Betul..bau ubat nyamuk." Terkekek-kekek dia gelak dekat aku.
Kurang asam sungguh!
"Jangan cakap dengan saya!" Aku marah dia.
"Melawak aje pun. Usik-usik sikit aje." Dia cuit tudung aku.
Huh! Tak kuasa aku nak melayan.
Elok aje landing atas tanah. Terus aku jalan nak balik bilik. Lagipun dah maghrib nie. Takut nanti lambat nak solat.
"Nian." Dia panggil aku lagi.
Dia nie kenapa la suka panggil nama aku tak paham aku.
"Iye..awak kalau tak panggil nama saya ke tak boleh ke?." Aku sound dia. Punat lif aku tekan kuat.
"Marah ke?" Dia pandang aku.
"Tak..suka sangat." Sarkastik habis ayat aku dekat dia.
Aku nampak dia sengih. Kami sama-sama naik lif. Masing-masing senyap.
Elok aje sampai depan bilik. Aku tekan loceng mintak diorang bukakan pintu dekat aku.
Kawan perempuan Taufik ada tiga orang..termasuk aku jadi empat oranglah. Kawan perempuan dia setakat nie okey la peramah jugak boleh masuk dengan kepala aku.
"Haaa ingatkan tak nak balik dah." Sarah sound aku.
"Kalau boleh memang tak nak balik nak berkampung dekat tepi pantai." Aku sengih pandang Sarah.
"Nian." Taufik panggil aku sebelum aku tutup pintu rapat.
"Apa lagi encik Taufik oi."
"Rambut awak memang wangi..bau apple." Dia kenyit mata sebelum jalan masuk bilik dia yang sebelah ini aje.
Hampir satu bilik terjerit dengar Taufik cakap macam tu dekat aku.
Kurang ajar betul mamat sarawak nie. Geramnya aku!

episod 10 :

Malam tu lepas isyak kami keluar makan dekat gurney drive pekena nasi lemak champion dengan pasembor yang mamak tu suka menari lagu hindustan.
Terkekek-kekek diorang nie gelak tengok uncle tu menari.
"Nian.."
"Iye." Fazrul panggil aku sambil bentang kertas tentatif yang aku buat tu.
"Terangkan program esok."
Aku tengok tentatif sambil sebelah tangan duk makan pasembor.
"Esok lepas breakfast kita pergi hiking dekat taman negara yang istimewanya dekat sini korang boleh tengok air laut dan air sungai bertemu. Lepas hiking lepas lunch macam tu kita pergi escape main sampai pengsan." Aku tengok muka sorang-sorang.
"Malam pulak." Fazrul tanya lagi.
"Malam ikut korang la. Nian bawak aje."
"Pergi padang kota nak? Naik beca.." Taufik bagi cadangan.
Yang lain muka terus bersinar-sinar.
Dengan sepakatnya semua setuju.
Malam tu lepas makan kami pergi ke batu feringgi night market.
"Nian cantik tak baju nie." Taufik tanya masa kami sama-sama berjalan dekat tepi-tepi kedai.
"Tak." Saja nak kenakan dia.
"Nian topi nie elok tak?"
"Tak."
"Nian beg tu cantik tak?"
"Tak."
"Nian..jawab la elok-elok." Dia tarik lengan baju aku suruh tengok seluar bob marley.
Orang tengah duk cuci mata tengok wajah persis edward cullen dia boleh pulak tanya macam-macam.
"Iye..Nian jawab elok-elok." Nasib hang la Taufik dapat tourist macam nie. Haha.
"Nian.. umur awak berapa?"
Nie termasuk soalan kena jawab elok-elok ke?
"22 tahun."
"Ada boyfriend?" Dia tanya lagi.
"Agak-agak?" Biar la dia teka sikit.
"Tak ada..sebab kalau ada awak mesti duk pegang handphone 24 jam."
"Eleh..boyfriend kita sporting."
Aku memang tak ada boyfriend pun..lelaki nie menyusahkan.
Aku tengok muka dia dah lain.
"Awak nak kahwin umur berapa?" Dia tanya lagi masa kami duk berjalan depan kedai jual gelang ala-ala pandora siap boleh pilih charm lagi.
Nak beli lah. Aku terus pilih-pilih charm lepas tu tunggu amoi tu pasangkan charm
Nak beli pandora original punya tak mampu.. sedihnya hidup aku.
"Saya bayar." Terus taufik keluarkan duit dia dan bayar untuk aku.
Cepat sungguh dia bertindak.
Termangu aku sekejap. Dia bayar? Jadi sekarang nie rantai nie dia belikan untuk aku atau dia belanja aku atau nanti aku kena bayar balik atau balas budi dia atau meminang mamat sarawak nie?

nota kaki : okey sampai situ saja.. kalau nak lebih lagi boleh buka FB zati okey.. zati tak rajin nak update blog selalu..sob..sob,,

p/s : model lelaki dalam pic tu bukan orang sarawak ya dia orang ipoh.. hihi...







22 Sep 2014

CERPEN : LURUHNYA CINTA DI BUMI KOREA

 Aku peluk papa erat. Seerat yang mungkin sebagai tanda terima kasih. Terima kasih kerana menyewakan aku sebuah rumah atas permintaan aku. Selama nie aku tinggal dengan kawan-kawan senegara. Tetapi kadang-kadang bosan dengan sikap diorang yang agak 'happening' menyebabkan aku ambil keputusan untuk cari rumah lain. Setelah puas memujuk akhirnya papa benarkan untuk aku tinggal sendirian. Sayang papa. Mama pulak jeling tajam macam tak puas hati.


“Suka la tu, lepas nie jaga diri baik-baik. Awak di Korea.. mama dengan papa dekat Malaysia. Jangan duduk rumah sewa makin panjang pulak kaki awak tu.” nasihat mama sebelum aku daftar masuk untuk berlepas ke Korea.


Aku sengih dekat mama. Sengih sampai ke telinga gitu.


Pengumuman di buat. Aku salam dan peluk cium mama dengan papa. Penerbangan 13 jam ke Seoul akan benar-benar meninggalkan kesan buat aku. Kesan yang bagaimana? Kesan tinggal keseorangan. Lepas nie Izz akan rindukan mama dengan papa.


13 jam kemudian.


Annyonghaseyo Korea! Cuaca sejuk menyelubungi bandar Seoul. Lepas dapatkan teksi aku ke rumah baru yang mama dan papa sediakan. Sejuk. Maklumlah sekarang bulan disember. Musim salji di Korea dan jugak cuti semester.


Aku jejak kaki ke dalam apartment dua bilik. Keluasan apartmen nie macam kondo dekat Malaysia. Oh ya! Rakyat Korea susah nak dapat rumah ada tanah. Kalau dekat Malaysia rumah teres berlambak-lambak tapi dekat Korea apartmen ala-ala Kondo yang banyak. Semua tinggi memuncak.


Okey rumah lengkap siap dengan perabot. Tak payah susah-susah nak pergi beli barang lebih-lebih. Aku duduk sambil intai-intai suasana sekeliling. Tengah-tengah bandar Seoul. Mahal dan mewah rumah nie.


Lagi dua hari untuk daftar masuk semula ke Korea National Universiti Of Art. Kali nie aku buat ijazah dalam 2 tahun sahaja dalam bidang penulisan kreatif. Cepat habis, cepat boleh balik Malaysia. Tengah aku duk tunggu lif untuk keluar beli barang-barang keperluan ada seorang jejaka korea sebelah aku. Kami berbalas senyuman seketika.





Manis dan menawan. Berkaca mata hitam dan berkasut butt tinggi. Macam artis aje.


“Duduk sini?” dia tanya pada aku dalam bahasa korea.


“Aha. Baru pindah. Awak?” aku tanya dia balik.


“Sama la. Sebab dekat sikit dengan kampus.”


Pelajar rupanya. Duduk dengan siapa? Hajat di hati nak bertanya tetapi macam tak manis pulak aku nak tanya macam tu. Keadaan sepi di dalam lif.


Ting! Ground floor.


“Jumpa lagi.” dia angkat tangan tanpa tengok muka aku.


Tak beradab! Marah aku dalam hati.


Aku berjalan ke sekitar kawasan berdekatan. Barang kering ada mama kirimkan dari Malaysia. Barang basah tak payahlah beli bukan aku rajin sangat nak masak. Dengan kasut but paras lutut dan jaket labuh hingga ke lutut aku berjalan melihat kawasan sekitar. Banyak tempat makan tapi sayangnya bukan halal pun.


Korea tak pernah terlintas di fikiran aku pun nak belajar dekat sini. Bermula dengan suka-suka isi borang lepas SPM akhirnya terpilih. Alang-alang nak rasa hidup jauh dari family Korea jugak yang aku pilih. Papa seperti biasa tak membantah. Abang lagi suka sebab dia pun sekarang dekat Ireland buat master medic. Mama pulak mulut tak henti-henti membebel paksa aku belajar dekat Malaysia. Tapi aku tak nak, disebabkan ada dua orang hero tolong support aku iaitu papa dan abang. Mama terpaksa bagi jugak. Hehe. Kesian mama.


Tiba-tiba perut berkeroncong. Aku teruskan destinasi ke Itaewon mencari Dubai Restoran. Selalu aku datang sini aku order kebab kambing. Sedap walaupun mahal sikit. Tengah sibuk aku duk melangkah masuk ada suara datang tegur aku.


“Sorang saja?”


aku toleh belakang. Eh! Mamat dalam lif tadi.


“Annyonghaseayo!” aku tunduk hormat dekat dia.


“Annyonghaseayo.” dia balas tunduk hormat aku. “Sorang saja?” Sapa dia dalam bahasa Korea.


“Aha. Awak?” aku tahu dia datang sorang tapi saja nak berbasi-basi. Dia mengangguk sambil tersenyum.


Kami duduk semeja. Lepas buat pesanan mulalah proses suai kenal. Nama dia Lee Jong Hyun. Umur 24 tahun. Belajar satu Universiti dengan aku tapi dia ambik kos Muzik. Patut macam budak k-pop sikit gayanya.


Lepas makan dia pelawa aku untuk balik sekali. Mulanya aku menolak tapi dia mendesak katanya dah berjiran buat apa balik sendiri. Nak tak nak aku terpaksa naik dengan dia jugak.


Sesampainya di kawasan rumah. Kami bertukar number telefon dengan harapan lepas nie dapat berjumpa lagi dan kalau boleh dapat pergi kampus sama-sama.


#############################################





Hari berganti hari. Hubungan aku dengan Lee Jong Hyun kian rapat. Kami selalu habiskan masa makan bersama. Bersembang, bergurau dan kadang-kadang shopping bersama.


“Saya nak warnakan rambut cantik tak?” Aku tanya dia masa kami sama-sama bergerak ke kampus. Kebetulan time tu jadual kami sama walaupun kos lain-lain.


“Warna apa?” khusyuk dia memandu sambil tengok aku pun tak.


“I don't know maybe light colour. What do you think?” aku minta pendapat dia.


“It up to you. As long as you stay with me.”


Erk! Stay with me. Apa maksud dia? Dalam pada nak tanya saja. Dia berhentikan aku di hadapan pintu masuk bilik kuliah.


“Hari nie saya balik lambat. Awak balik sendiri la ye.” Pesan dia pada aku sebelum dia terus bergerak pergi.


Aku lambai dia dari jauh. Balik sendiri pun tak kisah banyak bus dan train boleh naik. Dah beberapa bulan aku tak hubungi mama.. abang tu cuma kadang-kadang aku skype, abang sibuk.. papa sibuk dengan cawangan baru kedai sushi dia mama pulak dengan tadikanya. Jadi aku? Keseoarangan dan kesepian nasib baik ada Lee Jong Hyun yang sudi temani aku selama aku berada di Korea.


Kawan-kawan? Bukan tak ada kawan-kawan Malaysia cumanya aku lebih selesa begini. Tiada siapa yang ambik peduli. Hidup aku biar aku uruskan sendiri. Aku memang suka begini. Jadi kawan aku hanya Lee Jong Hyun.


Masa aku tengah menunggu train aku dapat sms dari Lee Jong Hyun.


“Meet you at N seoul tower.”


Macam-macam la dia nie. Aku naik train dan menuju ke destinasi yang di janjikan. Berbekalkan beg kelas, rambut diikat ekor kuda, skirt pendek paras lutut dan butt tinggi juga paras lutut aku panjat tangga keseorangan. Rata-rata pengungjung di sini semuanya berpasangan. Hanya aku saja yang sendiri. Cemburu.


Aku duduk dia atas kerusi yang disediakan. Lock love! Aku hanya memerhati pasangan kekasih memasang lock love di setiap pagar. Dalam sedar aku tersenyum sendiri. Aku cuba hubungi Lee Jong Hyun. Tak angkat mungkin tengah memandu. Aku hantar sms memberitahu aku sudah tiba dan setia menantinya di sini.


Lima minit.


Sepuluh minit.


L is for the way you look at me
O is for the only one I see
V is very, very extraordinary
E is even more than anyone that you adore can

Love is all that I can give to you
Love is more than just a game for two
Two in love can make it
Take my heart and please don't break it
Love was made for me and you


Aku pusing belakang.. Lee Jong Hyun! Oh may god!


Aku tercengang..terkesima.. dia menyanyi bersama petikan gitar dan pandangan yang redup sambil memandang aku. Dia melutut menghadap aku sambil menghulurkan sekuntum bunga ros merah. Aku tergamam. Terkejut. Adakah ini lamaran?


Semua mata yang ada disitu terpaku memandang kami. Aku tahu dalam hati mesti nak cakap romantik giler kan. Tapi dalam hati aku cakap. Malu giler. Nak buat apa nie? Ottokey.. ottokey..


“Sudi terima saya?” Lee Jong Hyun masih melutut dan menanti kata-kata aku.


Dalam hati memang ada rasa cinta buat dirinya. Aku angguk perlahan dan capai kuntuman mawar merah berkenaan. Satu kucupan hinggap di dahi aku dan tepukan tangan dari orang ramai. Kami berpelukan seketika.


Dalam hati berbunga-bunga rasa cinta yang membara. Nama aku dan Lee Jong Hyun di sematkan dia atas lock love. Kuncinya kami baling jauh-jauh. N Seoul Tower lambang cinta kami.


“Kenapa tak cakap yang awak suka saya selama nie?” Lee Jong Hyun tanya semasa kami dalam perjalanan untuk pulang ke rumah.


“Eh, saya kena cakap ke? Saya kan perempuan.” Aku pandang dia sambil tersenyum.


“Kalau perempuan pun tak salahkan kalau nak meluahkan rasa?” dia pandang aku sekilas tapi yang pasti tangan dia tak lepas dari mengenggam tangan aku.


“Perempuan Malaysia kan pemalu.” Ayat cover dari aku.


“Habis awak nak cakap lelaki Korea tak tahu malu la?” Matanya mencerun memandang aku..


“Ehh saya pulak yang kena. Awak romantik.. baik..kacak..bla..bla..bla..” belum sempat aku nak cakap lagi dia tarik hidung aku. Matanya di kenyit pada aku.


Hanya ada satu rasa dalam jiwa. Bahagia.


#####################################


Semakin hari kami makin merasa nikmatnya cinta. Keluarga di Malaysia terus aku lupakan. Hidupku hanya ada Lee Jong Hyun.


“Sayang masak apa hari nie?” dia peluk aku dari belakang.


“Masak masakan Malaysia, biar awak rasa makanan malaysia macam mana..”


Aku masak nasi lemak hari nie, di sebabkan semalam Lee Jong Hyun bermalam di rumah aku teman aku study sampai pagi, makanya aku belanja dia nasi lemak. Biar dia rasa nikmatnya makanan Malaysia.


Aku suruh dia duduk dulu sementara aku siapkan hidangan terakhir. Dari jauh aku nampak dia menulis. Tulis lirik la tu.




“Sayang dah siap..” aku panggil dia.


Dengan penuh keasyikan dia rasa sambal aku. “Pedas.”




“Tapi sedapkan?” aku suap nasi lemak masuk mulut.


Enak! Tapi masakan mama lagi sedap. Mama! Satu nama yang kian aku lupa. Di sini aku lupa semua termasuk keluarga. Hidup aku hanya ada Lee Jong Hyun. Bagaimana keadaan mereka di sana.


“Sayang..kenapa termenung? Rindu Malaysia?” Lee Jong Hyun mengangak.


Aku angguk perlahan. Rindu mama, rindu papa dan rindu abang.


“Balik la Malaysia, boleh kenalkan saya dekat keluarga sayang.” dia tersenyum.


Dah lama dia suarakan hasrat hati untuk datang ke Malaysia. Berjumpa mama dan papa. Tapi aku menolak. Takut papa marah kerana teman lelaki aku adalah lelaki Korea. Sudah tentu kena tolak.


“Nanti habis belajar baru saya balik Malaysia. Ingat nak kerja dulu di sini.” tinggal lagi setahun untuk aku habis study.


“Saya ada benda nak cakap, minggu depan saya ada audition dekat YG. Doakan saya.”


Aku senyum memandangnya.. itu yang dia mahukan selama ini. Bila dapat audition sudah tentu akan terpilih. Kiranya boyfriend aku nie artislah. Artis K-pop.


“Saya akan sentiasa doakan sayang. Selamanya..”


hari nie banyak kami habiskan masa bersama. Melepak di Amusement park. Meraikan kejayaan Lee jong Hyun berjaya mendapat audition di YG. Seharian menghabiskan masa bersama. Bergembira. Berhibur. Dan bersuka ria.


“Malam nie tidur rumah saya erh..” aku pujuk dia.


“Boleh..tapi jangan mintak lebih-lebih awak tahukan prinsip saya..” dia pandang aku masa kami tengah duduk bersantai sambil menyaksikan ribuan manusia bersuka ria di Lotte World.


“Takkan 'sentuh' saya selagi belum berkahwin.”


“Pandai.” dia tarik hidung aku.


“Kalau awak jadi artis nanti belum tentu kita boleh keluar macam nie kan. Habiskan masa bersama. Mesti awak sibuk dengan kerja awak. Nak jumpa saya pun jarang.” aku luahkan perasaan yang terpendam paling dalam.


“Saya pasti akan punya masa untuk awak biarpun seminit. Nanti bila segalanya dah stabil saya akan bawak sayang jumpa keluarga saya dan kita kahwin.”


Kahwin! Gulp!


Aku telan air liur. Mahukan dia mengikut agama aku.. islam yang sejati. Tapi aku hanya islam pada IC tapi zahirnya sudah lama tidak menyentuh sejadah. Inikan pula ingin mengajar dia mengenai Islam.. silap-silap dia pun hanya islam pada nama.


“Sayang..jom jalan-jalan..” cepat-cepat tarik tangan aku. Tapi aku masih tidak lekang dengan ayat kahwin.


Malam itu kami kepenatan. Dia mengambil tempat di sebelah aku. Kami masih berpandangan.




“Awak nak tahu sesuatu.” dia mengusap lembut pipi aku.


Aku angguk. Aura malam itu berbeza.


“Mata awak besar, hidung awak mancung dan bibir awak kecik. Seksi.”


Aku terbuai. Terasyik. Semakin lama kami semakin mendekat. Diciumnya bibir aku perlahan.


Malam itu terlerai janji antara kami. Kami bersatu tanpa ikatan perkahwinan. Kami melakukan dosa. Maksiat. Bukan kami tapi aku. Ya aku. Aku yang tergilakan cinta. Aku yang senang di goda syaitan. Demi Lee Jong Hyun aku serahkan segalanya. Dalam kerelaan.


################################


Disebabkan ada kelas makanya aku tidak dapat menemani Lee Jong Hyun untuk di audition di YG. Tapi dia sempat menghantar gambarnya di Kakao Talk untuk aku. Tak sabar untuk aku berjumpa dengannya.


Elok aku sampai di rumah. Kelihatan Lee Jong Hyun menyambut aku dalam kegembiraan.


“Saya dapat sayang.” dia tunjukkan aku surat tawaran untuk menjadi ahli kumpulan Wazzup. Dan kontrak terikat selama 5 tahun.


“Malam nie saya belanja awak makan Jjukkumi kegemaran awak.” aku tersenyum bangga kepadanya.


Apa yang diidam kini menjadi kenyataan.


Lagi dua bulan Lee Jong Hyun akan berpindah ke kediaman yang akan di sediakan oleh pihak YG kerana senang untuk mereka berlatih dan mengadakan konsert. Aku pula akan rindukan dia nanti. Setiap saat bersama. Kali ni rasa lain macam pula. Pasti sunyi.


Dua bulan yang di nanti kini tiba.. aku tolong kemaskan barang Lee Jong Hyun untuk di bawa ketika di kediaman YG.


“Saya pasti rindu awak.” kami duduk di balkoni sambil memerhati bintang di langit. Bertaburan bintang-bintang yang indah.


“Saya akan jumpa sayang setiap bulan. Saya akan hubungi sayang selalu.”


“Janji yang pasti atau janji yang kurang pasti?” sengaja aku kenakan dia.


Dipeluk bahu aku mesra. “Bila saya dah berjaya, kita kahwin. Ini janji yang pasti.”


aku lentok kepala di bahunya.“Mesti saya rasa janggal kalau awak tiada.”


“Kakao Talk kan ada..”


“Tak puas, saya nak tengok artis K-pop depan-depan.” lagi sekali aku mengusik dia.


Hidung aku ditarik mesra. “I love You.”


aku membalas sambil tersenyum memandangnya.


##################################


Sudah hampir tiga bulan, kini kumpulan Wazzup akan mengadakan konsert pertamanya di bandar Seoul. Kali ini Lee Jong Hyun menjemput aku sendiri ke konsertnya tapi atas sebab-sebab tertentu kami perlu merahsiakan hubungan kami.


Mengenalkan diri sebagai kawan baik Lee Jong Hyun aku di sediakan tempat khas di belakang pentas. Sesekali aku membelek-belek telefon bimbit Lee Jong Hyun. Yang pasti gambar bersama aku tidak pernah dibuang bahkan dijadikan wallpaper telefonnya.


Aku berjalan menghampiri Lee Jong Hyun yang sedang bersiap untuk lagu ketiga mereka.


“Awak nampak kacak sangat dengan perubahan terbaru nie.”


“Kamsahamnida sayang.. awak pun makin lama saya tengok semakin cantik.. dan malam nie saya tidur rumah sayang.” dia berbisik lembut di telinga aku.


Ayat tersebut sudah cukup buat aku tersenyum gembira.


Malam itu atas permintaan Lee Jong Hyun aku masakan maggi kari Malaysia untuknya. Agaknya bosan makan ramen kut. Hihi dan esok dia meminta nasi lemak untuk sarapan pagi. Manakala tengahari dia harus segera pulang ke studio untuk sesi latihan untuk Japan Tour.


Beginilah kalau bercinta bersama artis pasti punya halangan masa untuk berjumpa.

Bulan berganti bulan kini aku sudah tiba ke penghujung pengajian. Lee Jong Hyun berjanji untuk membawa aku pergi makan semperna tamat pengajian.


Dari satu jam ke satu jam aku menanti dia masih tidak kunjung tiba. Aku mainkan lagu L.O.V.E yang pernah dia nyanyikan dahulu ketika mahu melamar aku.


Akhirnya aku terlelap di Sofa ketika menanti dia tiba.


###########################################



tersentap aku melihat gambarnya di dada akhbar tengahari tu. Patutlah tak datang jumpa aku rupanya sedang sibuk bermain cinta dengan perempuan lain. Jahat!


Aku capai jaket dan bergegas mencari Lee Jong Hyun di YG. Ketika aku sampai, aku diminta untuk tunggu di lobi sementara di Lee Jong Hyun di panggil. Hampir 20 minit akhirnya Lee Jong Hyun tiba sambil tersenyum pada aku.


“Sayang..” dia panggil aku dalam bahasa malaysia.


“Apa nie?” Aku lempar surat khabar padanya.


Aku tidak peduli mata yang memerhati.


“Errk. Nieee..”


“Awak tahu tak saya tunggu awak semalam! Awak tahu tak saya tunggu awak lama! Sampai hati awakkan.. apa nie? Awak memang dah tak suka saya lagi kan?” bertalu-talu aku memarahinya.


“Saya minta maaf..saya tak sengaja.. saya mabuk semalam.” di mencapai tangan aku.


Aku rentap. “damn!” aku laju berlari meninggalkan Lee Jong Hyun.


“Izz..Izz..”James mengejar aku dari belakang.


James adalah salah satu ahli kumpulan Wazzup. Dan James juga rakan seuniversiti aku.


“Izz pleasee listen.” dia halang aku.


“James pleasee.. I don't want to see him anymore.!” dengan air mata yang tak henti-henti mengalir. Aku pandang seklias di belakang tiada Lee Jong Hyun untuk mengejar aku.


Sakit hati bertambah-tambah.


Sampai dirumah. Aku telefon mama dan papa.. aku khabarkan aku ingin pulang ke Malaysia. Dan aku akan pulankan rumah sewa ini kembali.


Aku bungkuskan semua kain baju aku. Aku telefon tuan rumah dan maklumkan yang aku akan pulang ke Malaysia. Aku terpaksa beli tiket hari itu jugak. Biarpun mahal aku gagahi. Terpaksa!


Untuk apa aku tinggal di bumi Korea lagi sedangkan lelaki yang aku cintai sedang enak bermain cinta dengan perempuan lain. Aku akan pulang ke Malaysia. Pulang dengan perubahan. Penghijran. Dan yang pasti bukan nama Izz lagi yang akan aku pegang.





bersambung...





P/S > BERBUNGA CINTA DI BUMI MALAYSIA.

























20 Aug 2014

CERPEN : KISAH CINTA PERTAMA (AKAN DI NOVELKAN)



AKU berdiri kaku sambil menghadap telefon.

Siapa la yang rajin sangat nak kacau aku ni. Aku perhati saja number tu lama-lama. Macam tak ada tanda-tanda nak buat misscall lagi nie.

Kacau! Aku baru umur 16 tahun mana boleh kacau-kacau main usik-usik anak dara orang..

Aku simpan telefon di dalam beg galas dan mintak pemandu bus tu kunci pintu bus semula.

Aku berjalan laju sambil memegang kasut getah untuk masuk ke kawasan paya bakau. Hanyir dan melekit-lekit. Kalau kena dekat badan mesti sehari semalam pun bau dia tak hilang.

Selangkah kaki aku berjalan mula rasa melekat kaki di lumpur. Eeeyuwww.. aku masukkan kaki lagi sebelah. Mak aih melekat dua-dua nie.

Dalam pada nak imbang badan. Pap! Badan aku jatuh di aatas lumpur. Hanyirnya..

Hahaha.. ada suara gelakkan aku dekat belakang. Aku toleh belakang. Aku nampak ada seorang budak lelaki tengah duduk sedap atas pokok sambil tengok aku jatuh.

Mesti dia nampak habis badan aku. Malunya. Rasa macam nak goncang pokok bagi dia jatuh saja.

Apa gelak-gelak?” tu dia ayat power dari cik Zara kita nie.

Dah rasa lawak gelaklah.”

Ehh, melawan kau ye.

Aku bangun balik dan cuba bertenang. Kaki aku sudah tenggelam sampai ke lutut. Macam mana nak tarik nie. Aku mula dengan kaki kanan. Satu.. dua.. tiga.. tarik..!

Arghh” jatuh lagi. Malunya rasa macam badut buat free show pulak dekat sini. Orang lain dah tanam anak pokok bakau dah pun.

Budak lelaki tu turun dari pokok dan relaks sahaja berjalan dalam lumpur. Aku perhati saja dari dekat. Tak pakai kasut..patut la hebat..

Angkat kaki kanan perlahan-lahan.. tolak badan tu ke belakang sikit. Kalau tolak ke depan memang la jatuh.” Budak tu dah ada dekat sebelah aku.

Satu penerangan untuk sesi masuk hutan paya bakau ye kawan-kawan.

Aku cuba ikut apa dia cakap.. yeay..menjadi la..

Saya Adam..Adam Fahrin..sekolah di Al-Manshoor. Dan umur saya 17 tahun. awak Zara kan?”

Fuh hebat Adam Fahrin nie. Nama aku pun dia tahu. Mana dia tahu nie. Nak jadi stalker ke?

Aha tapi bukan Zara Zya.. Nur Zara saja.” aku tersengh dekat dia. Mana nak tahu dia ingat nama penuh aku Zara Zya nanti tak pasal-pasal terfemes pulak. Tak ke haru.

Nur Zara saja memang tak pernah nampak saya ke sebelum nie?”

tercengang aku. Nur Zara saja?

Cuba ulang balik nama saya.” mana tahu aku salah dengar ke.

Nur Zara saja.” memang bersahaja pun dia bercakap tak rasa langsung diri tu nak kena makan tendangan aku.

Bukan Nur Zara saja tapi Nur Zara..” rasa nak baling saja anak pokok bakau nie dekat muka dia. Geram betul aku.

Ohhh ingatkan Nur Zara saja tadi.. patut macam pelik.” tersengih-sengih dia bercakap.

Kami sama-sama berjalan dan sama-sama tanam anak pokok bakau. Tadi masa sembang-sembang kak Wan ada cakap lagi 5 tahun kita boleh tengok hasil tanaman kita nie. Aku nak datang balik sungai Aceh nie memang tak la. Jalan pun aku tak ingat.


Hari berganti hari hubungan aku dan Adam Fahrin kian rapat.setiap kali cuti sekolah kami akan berhubung melalui sms ataupun telefon kadang-kadang kalau ada kelapangan kami akan habiskan hujung minggu dengan aktiviti dia pusat bowling ataupun aktiviti ARAS.

Oh ya lupa nak cakap ARAS tu singkatan untuk AKTIVIS REMAJA ALAM SEKITAR. ARAS nie macam duta kecil Sahabat Alam Malaysia. ARAS nie adalah pertubuhan luar sekolah yang akan menjalankan aktiviti-aktiviti berkaitan alam sekitar.

Zara tak ada boyfriend?” ayat Adam Fahrin malam tu macam semacam aje.

Nak melamar aku ke?

Tak ada kenapa?” aku baring sambil menghadap siling.

Kalau kita nak buat perempuan tu jatuh cinta macam mana?” Adam Fahrin tanya aku lagi.

Maksudnya?” aku tanya lagi. Tak paham aku dengan dia nie. Cuba cakap terang-terang kan senang.

Maksudnya.. Adam suka dekat budak nie, tapi yelah Adam kan tak pernah bercinta. Macam mana nak buat dia suka Adam.” terang-terang dia cakap dekat aku.

Habis ingat aku nie pernah bercinta? Lagi la aku tak pernah bercinta. Tanya salah orang la dia nie.

Adam ambil berat pasal dia. Tunjuk sikit sikap kelakian Adam tu. Bagi segak bergaya sikit. Ala lepas SPM baru la bercinta. Nie SPM pun tak ambik lagi dah sibuk nak bercinta.” nah! Ayat pedas dari cik Zara kita.

Yelah kita tahu..kita nie gemok.. tak kacak.. macam doreamon.”

Amboi merajuk habaq hang.

Yelah-yelah meh Zara terangkan.”

malam tu sibuk duk terangkan dekat dia pasal cara-cara nak pikat gadis. Sembang punya sembang dah tak sedar sampai pukul tiga pagi. Gila kalau sembang dengan mamat nie.

Minggu nie kami budak-budak ARAS akan ke Bukit Panchor untuk berkhemah di sana.. kami hanya pergi sebiji bus sahaja lima perempuan dan 30 orang lelaki. Sampai saja di Bukit Panchor kami di bahagikan kepada beberapa kumpulan dan yang pasti aku satu kumpulan dengan Adam Fahrin.

Abang Fasilitator kumpulan kami adalah abang Anuar pengerusi Sahabat Alam Malaysia.

Baiklah abang nak adik-adik lukis sesuatu yang menggambarkan diri adik-adik. Contoh abang bagi dekat sini.. adik-adik nak lukis dan laut itu menggambarkan sikap adik yang tenang. Sukakan keindahan. Okey ada paham?”

Paham.” kami semua menyahut serentak. Aku tahu nak lukis apa. Ting! Sepantas kilat aku melukis. Padam sikit-sikit kemudian lukis. Dah jadi.. cantiknya..comelnya..

Ehem.” Ada suara berdehem di sebelah.

Tak cantik langsung.” Adam Fahrin menjuih bibir tanda dengki.

Aku rasa nak backhand saja dia nie. Biar dia rasa sakit. Tapi aku tak peduli. Aku tahu yang itu ayat dengki.

okey time's up..now please show your identity. Ladies first please.” sederet aje ayat abang Anuar.

Semua mata tertala dekat aku. Aku sorang je perempuan. Memang terkena la..

Dengan lafaz bismillah..

Okey ini hasil lukisan Zara.” aku tayang hasil lukisan aku.

Teddy Bear!

Perghh.. bajet cute.”

Aku jeling mamat kat sebelah siapa lagi. Fahrin Ahmad la.. ehh silap, Adam Fahrin la.

Teddy bear nie menggambarkan diri Zara yang sukakan perhatian, kasih sayang dan yang pasti Zara anak tunggal perempuan dalam keluarga dan Zara rasa begitu berharga sekali.”

Kerana diriku begitu berharga.” ayat pedas dari Adam Fahrin.

Dia nie kalau tak mengusik aku sehari tak boleh aman kut hidup dia.

Macam over tak ayat aku? Belasahlah.

Okey next. Adam awak pulak.”

Ehem..” Adam Fahrin berdehem sebagai pembuka kalimah.

Tara..”

ingatkan aku sorang saja yang gelak.. rupanya satu kumpulan gelakkan Adam Fahrin. Tu binatang apa yang dia lukis tu. Keliru empat saat.

Nie la utraman saya.”

pergh! Lagi aku gelak kaw-kaw. Ultraman macam orang lidi..ehh tak macam badut ehh bukan macam joker yang dalam citer badman tu.

Aku memang saja gelak kuat-kuat nak kenakan dia. Kalau mak aku dengar mesti aku kena marah. Apa nie anak dara gelak kuat-kuat tak manis tahu? Tahu mak..

Teruskanlah Adam.” Abang Anuar masih bersisa ketawa lagi.

Ultraman nie saya gambarkan diri saya sebagai seorang pelindung, seorang yang gagah dan seorang yang mampu diharapkan. Dan saya juga akan melindungi seseorang dengan penuh kasih sayang.” matanya dilirikkan kepada aku.

Macam manis saja ayat dia. Eh budak sekolah mana boleh bercinta lagi..hihi.

Selesai sesi ice breaking kami pula disajikan dengan berbagai-bagai aktiviti yang melibatkan alam sekitar.

Selesai makan tengahari kami rehat sebentar senemtara menunggu untuk solat zohor berjemaah. Aku duduk di gigi air sungai sambil rendamkan kaki dan menikmat suasana bunyi hutan.

Zara.”

Ada suara yang memanggil. Aku berpaling. Adam Fahrin.

Haaa..kenapa?” aku masih tak lepas pandang dia.

Amboi garang macam singa.”

ceh! Samakan orang dengan singa pulak.

Zara lepas nie Adam tak join program ARAS dah tau.” sayu saja suara dia.

Kenapa?” aku main dengan air sungai yang sejuk.

Sebab Adam kan nak SPM.. kena kurangkan aktiviti luar.” satu nafas dihela panjang.

Tak apalah nanti pun boleh jumpa kan?” aku buat ayat sedapkan hati dia.

Lepas SPM lah.”

Lepas SPM maknanya lagi 3 bulan? Tak lama la tu.

Alah tiga bulan bukannya lama pun. Pejam celik..pejam celik dah tiga bulan.” aku senyum dekat Adam Fahrin.

Zohor dah masuk woi.”

Pekikan Azlan menyedarkan kami.

Jom solat dulu.”

kami mula beransur dan menuju ke khemah masing-masing. Aku mencapai telekung yang memang terletak di tepi pintu masuk khemah. Aku letakkan telekung di ruang dan solat dan masuk ke tandak untuk berwuduk. Selesai mengambil wuduk aku mula berjalan ke ruang solat.

Aku terpaku saat mata memandang Adam Fahrin yang sedang mengambil wuduk. Wajahnya tenang. Setenang air di sungai. Raut wajahnya ibarat matahari yang ingin memancar cahaya pagi. Hati aku bergetar. Satu persatu perbuataannya meresap hingga ke minda. Aku kaku dan keliru. Apakah perasaan ini. Perasaan yang kian menular sedikit demi sedikit.


Beberapa tahun kemudian.

Aku tarik luggage yang tak berapa besar tu. Sementara nak tunggu Najwa datang jemput aku dekat KLIA nie..aku duduk lepak dekat Secret Recipi sekejap. Menikmati mango delight beseta hot chocolate. Satu kombinasi yang hebat. Sehebat Zul Aiffin dan Ayda Jebat. Ehh tiba-tiba

Sambil menikmati keenakan kek ini. Mata aku terpandang pada seseorang yang tak pernah aku lupa raut wajahnya. Raut wajah yang masih berada dalam lingkaran hati walaupun minda terus meminta aku untuk lupakannya.

Adam Fahrin.

Segak bergaya dengan baju kerjanya. Gayanya masih seperti dahulu. Walaupun duduk setentang dia masih tak perasan aku. Seronok bergelak ketawa bersama rakannya.

Aku perhati saja dia dari meja aku.

Tiba-tiba mata bertentang. Lama.

Lidah kelu tak terkata. Mata terpaku penuh rasa.

Tiba-tiba dia teruskan perbualan dengan rakan-rakannya. Tak perasan aku ke? Mungkin dia tak kenal aku dah la tu.

Aku terima panggilan telefon dari Najwa. Katanya dia sudah tiba dan menunggu di luar. Cepat-cepat aku habiskan minuman dan bangun untuk beredar.

Zara.”

Tanpa sedar namaku di panggil dari belakang.

Aku menoleh.

Adam Fahrin.

Zara kan? Memang Zara kan?”

Aku angguk sambil tersenyum. Syukur dia masih belum lupa aku.

Zara pergi mana selama nie? Puas Adam cari.. Adam tak boleh lama-lama Adam ada kerja. Nie kad Adam.. malam nie kalau rasa free.. please call Adam. I'm waiting.”

Fuh! Satu nafas ayat Adam Fahrin. Cepat-cepat dia beredar tinggalkan aku seperti terkejar sesuatu.

Aku masih dalam kebingungan. Aku amati kad nama Adam Fahrin.

ADAM FAHRIN
JURUTERA PESAWAT MAS

Aku simpan kad nama dalam beg. Simpan elok-elok. Kalau hilang sampai bila-bila pun tak dapat cari nie.

Malam kedua baru aku berani menghubungi Adam Fahrin. Ternyata dia masih tidak pernah lupakan aku.

Cuma bezanya.. Adam Fahrin kini tunangan orang. Tunangan Husna. Husna yang dia cintai masa umur 18 tahun tapi atas desakan aku Adam Fahrin mengalah apabila aku suruh Adam Fahrin kerja dahulu baru mengorat Husna balik. Sebenarnya itu helah aku bila aku tidak mahu Adam Fahrin memberi perhatian kepada orang lain selain aku.

Adam Fahrin.

Nama yang tidak pernah aku lupa saat umur aku 16 tahun. Kisah cerita kami dan kisah cinta pertama aku bersama manusia bernama Adam fahrin. Tapi kini dia milik orang. Milik gadis yang dia cintai seawal usia 17 tahun.

Salah aku kerana tidak meluahkan rasa cinta ini? Aku tidak mahu menganggap ia sebagai cinta monyet. Cinta yang hanya main-main. Cinta yang boleh dipakai buang. Tapi aku mahu jadikan ia cinta pertama. Cinta yang pertama terwujud kerana dia dan yang terakhir jugak kerana dia.


Mak dah pinangkan ustaz Hafiz untuk hang.”

Terkaku aku. Mak pinangkan? Ke telefon nie buat perangai.

Apa mak ulang lagi sekali. Tak dengaq la.” minta kepastian sebenarnya.

Mak dah pi pinang ustaz Hafiz untuk hang. Untuk Zara.” satu persatu mak cakap.

Amboi.

Awat mak pi pinang dia. Orang kenai pun dak dia tu sapa.” keluar dah lograt utara aku.

Nanti hang kenai-kenai la. Baru balik Jordan. Sekarang nie tengah apply jadi pensyarah. Ustaz tu takkan tak mau kut.”

aku garu kepala yang tak gatal nie. Mak nie kan orang kata tak mau kahwin lagi.

Mak tau dak ustaz nie nanti kahwin empat. Ikut sunnah.” alasan untuk emak. Eh tapi betul apa fakta. Ustaz kan suka kahwin lebih dari satu.

Nie ustaz moden. Mak tak rasa macam tu.” mak membangkang

Mak tau dak nanti kahwin dengan ustaz anak ramai. Susah la.” alasan kedua.

Anak ramai itu rezeki. Yang tak akhwin tapi beranak anak tu dibuang-buang yang dah kahwin nak sangat anak tak dapat-dapat. Kalau hang anak ramai tu rezeki.”

Fuh ayat mak. Buat peluh satu badan.

Habis mak pi pinang dia. Mak ke abah yang sarung cincin? Ada pelamin mini tak? Dia pakai baju kembang-kembang dak?” aku saja kenakan mak.

Haha..

Budak nie.. loayr buruk sangat. Nanti balik penang. Kami nak bincang pasal tarikh nikah hang.”

Mak..”

Belum sempat aku nak jawab. Mak dah letak telefon. Mungkin mak tahu nanti aku banyak cakap.

Mak hati Zara belum sedia lagi. Nak lupakan cinta pertama perit rasanya mak. Walaupun hati Zara begitu setia. Bertahun-tahun hati Zara tak ada penghuni. Zara tetap mahukan Adam Fahrin.

Pagi tu dengan menaiki kereta myvi kesayangan hati aku bergerak menuju ke Penang. Bergerak dengan fikiran yang bercelaru.

Kata Adam semalam sebulan lagi dia akan bernikah dengan Husna. Kecamuk hati. Berdarah jiwa.

Nah Kad kahwin Adam.. jemput la tau ajak encik tunang sekali.”

Encik tunang. Saja aku bercerita mengenai ustaz Hafiz. Konon-konon nak bagi dia tahu yang aku nie pun laku jugak.

Aku senyum plastik. Tak bukan senyum plastik tapi senyum kayu mungkin jugak senyum sumbang.

Sampai dekat penang. Esok paginya mak cakap keluarga ustaz Hafiz nak datang.

Aku berekasi tenang. Setenang air di sungai tapi jangan sangka tak ada buaya ya.


Aku berbaju kurung kedah warna pink. Secalik lipstik di bibir. Sempurna.

Air di dulang aku angkat perlahan. Takut tertumpah depan tetamu tapi dalam masa yang sama hati aku ingin mengintai siapa dia ustaz Hafiz.

Tak nampak yang berkopiah atau bersongkok pun tadi. Yang memakai snowcap ada la. Takkan dia tu kut.

Aku duduk sebelah mak dan abah. Dalam hati tertarik dengan mamat rambut wak doyok nie.

Hafiz minum.. jemput minum semua.”

aku tunggu siapa yang bernama Hafiz. Ada dua jejaka di sini.

Dua-dua capai gelas serentak. Laa! Siapa Hafiznya. Aku nak tanya tapi nanti mesti mak bagi jelingan pedas berapi kaw-kaw punya.

Hafiz dah dapat kerja ke?” abah pulak bertanya.

Tunggu..siapa nak jawab..dan..

Dah pakcik.. in sha Allah minggu depan start mengajar.” Hafiz tersenyum mesra.

What! Rambut wak doyok nie ustaz Hafiz.

Aku ulang balik. Ustaz Hafiz okey. Paham tak aku cakap?

Pakai seluar jeans.. baju kemeja dan rambut ala-ala wak doyok berjanggut pendek.

Betul ke dia nie ustaz? Dia mesti nak tipu mak bapak aku nie.


Malam tu aku terima panggilan dari ustaz Hafiz. Dia mahu melamar aku secara berhemah.

Katanya.

Saya bukan mahu mainkan awak. Saya dah lama pandang awak. Pandang dari sisi cinta. Saya mohon pada Allah andai awak jodoh saya maka jejak kaki saya dia bumi Malaysia awak bukan milik siapa-siapa. Dan termakbul. Saya sedar saya bukan terlalu hebat untuk awak menilai saya sebagai ustaz. Tapi cukup awak menilai saya sebagai lelaki yang inginkan cinta pertama, bilamana bunga yang diidam belum di petik orang. Andai awak terima saya. Saya gembira andai awak menolak saya redha. Saya beri awak sebulan untuk memikir. Tiada paksaan buat awak.

Aku hela nafas panjang.

Sebulan dari sekarang Adam Fahrin akan bernikah

sebulan dari sekarang aku harus fikirkan jawapan.

Sebulan ada 30 hari.

30 hari macam-macam boleh jadi. Adam Fahrin putus tunang. Tunang Adam Fahrin meninggal. Jahatnya aku.

Dan dari 30 hari itu setiap hari ustaz Hafiz bertanyakan khabar melalui SMS dan satu pun tidak aku balas. Setiap hari juga dia akan kirimkan kata yang bagi orang lain boleh jatuh cinta tapi pada aku tidak. Ayat biasa-biasa saja.

Dan masa 30 hari itu aku selalu hubungi Adam Fahrin tapi saya belasan SMS nya pun pendek-pendek kadang-kadang tak balas langsung. Setiap hari juga aku tanyakan khabar Adam Fahrin melalui SMS. Dia jawab nak tak nak saja.

Aku tekad.

Dengan ini aku dah buat keputusan. Harap bersabar tunggu besok.

Mak Abah.. Zara dah buat keputusan. Zara tak mahu ustaz Hafiz. Zara nak sambung belajar balik di Dubai.”

aku tipu. Mana ada aku apply apa-apa Universiti.

Cincin pemberian ustaz Hafiz aku pulangkan dekat mak. Aku minta maaf kepada mak dan abah. Sungguh hati aku tak mampu untuk menerima siapa-siapa melainkan Adam Fahrin.

Dan untuk Adam Fahrin. Aku minta untuk berjumpa tiga hari sebelum dia bernikah. Kerana tarikh itu aku akan berlepas ke Dubai.


KLIA.

Aku duduk setentang dengan Adam Fahrin. Aku meminta agar tidak bawak Husna bersama.

Adam Fahrin. Nama yang cukup hebat di hati Zara. Hebat sehingga nama insan lain pun tak boleh merempuh masuk dalam hati Zara. Bertahun-tahun Zara simpan perasaan. Perasaan cinta yang mendalam. Kegembiraan kita di ARAS. Bila Adam ada masalah Zara jugak Adam cari. Rasa berharga sangat. Sampai suatu hari kita terputus hubungan. Bertahun-tahun Zara mencari dan menunggu akhirnya di sini kita bertemu.”

Aku diam. Ada air mata yang mahu mengalir.

Zara sangat cintakan Adam. Terlalu. Adam cinta pertama Zara. Sampai bia-bila pun Zara ingat memori kita. Tapi lagi tiga hari Adam akan jadi suami orang. Dan Zara harap sangat orang tu adalah Zara. Tapi silap sebenarnya Husna.”

Zara.. Adam. Tak tahu..” tersekat-sekat suara Adam.

Tak apalah Adam. Zara dah redha. Kita tak berjodoh. Zara harap Adam jadi suami yang baik. Jga Husna baik-baik. Kisah cinta pertama kita biar Zara simpan kemas dalam kocek memori.”

pengumuman untuk ke Dubai di buat.

Aku bangun dan tarik lunggage sambil jalan perlahan-lahan.

Nie hadiah Zara untuk Adam dan Husna. Moga bahagia hngga Jannah.” aku beri sekotak kecil hadiah yang mengandungi tasbih kepada Adam.

Lambat-lambat Adam capai.

Terima kasih.” Adam berlalu pergi.

Pergilah membawa memori ku sekali Adam. Memori kita. Kisah cinta pertama.

Dari kejauhan aku terpandang susuk tubuh seseorang.

Ustaz Hafiz.

Laju aku berjalan. Sampai aku hampir tersadung.

Zara nanti dulu.”

aku berdiri aku tapi muka langsung tak toleh tengok ustaz Hafiz.

Ustaz Hafiz berdiri depan aku sampai memakai rayban di mata.

Zara ambik nie. Peluang untuk Zara masih terbuka. Fikirkan sekali lagi.”

cincin yang berada di dalam kotak di letakkan di atas luggage aku.

Ustaz Hafiz berlalu.

Sepi.

Tanpa kata.

Aku terpaku. Aku capai cincin tersebut dan meneruskan perjalan.

Dubai. Dunia baru. Hidup baru.

Selamat tinggal Malaysia.

Selamat tinggal kenangan.


************************

hai korang! Terhibur tak? Okey tak? Zati dalam proses untuk menyiapkan manuskrip penuh KISAH CINTA PERTAMA nie. Harap-harap semua berjalan lancar.

Dalam manuskrip nanti kisah lebih details dan banyak memori Zara bersama Adam Fahrin. Dan mampukah Ustaz Hafiz mendapatkan cinta Zara? Menyesalkah Adam Fahrin bila tahu Zara begitu menyintainya bertahun-tahun? Adakah Zara dengan jurutera kapalterbang atau dengan Ustaz ala wak doyok?


Doakan Zati untuk siapakn manuskrip nie ye.

Selamat membaca.!

SALAM SAYANG DARI,,



ZATI MOHD
CER TEKA KITA YANG MANA.. HIHI