Copyright© All Rights Reserved akubukannovelis.blogspot.com

24 Mar 2012

Mencari Parking Di Hatinya!


 
“NADINE April!” aku pusing belakang bila ada orang panggil nama aku.

“Apa?” aku jawab nak tak nak.

“Kau tau tak….”

“Tak.” Laju saja aku meomotong.

“Kau ni dengar la dulu.” Isha tampar bahu aku.

Okey..okey.” aku tersengih.

“Kau tahu tak anak tauke kita nak ambik alih tempat abang dia dekat sini?”

Aku pandang Isha. Ganti tempat Akmal Idzam?

“Apasal pulak ganti tempat Encik Akmal?” aku yang tengah kemas bilik VVIP Room menoleh melihat Isha.

“Entah la, katanya Encik Akmal kena uruskan yang dekat overseas tu.”Isha duduk diatas katil.

“Wei mangkuk! Aku baru kemas kut, kau tarik balik bagi cekang!” aku cekak pinggang. Aku ni dah la malas bab-bab nak mengemas ni!

Isha tersengih. “Kau kan kerja housekeeping so kau la yang buat.” Isha berbaring dia atas katil.

Aku baling bantak dekat Isha. “sengal la kau ni!”

Isha sambut. “Kau pun sengal jugak..wakakaka.”

Isha baling bantal yang lain pula, mula episode kami baling membaling.

“Hoi! Nak main ke nak kerja?”

Kami sama-sama berhenti. Kak tipah! Kami sama-sama tersengih.

“Ala akak relax la, setakat nak baling-baling bantal apa la sangat.” Isha bersuara.

“Banyak la kau! Ni bilik Encik Ikram Benjamin, kemas cepat karang dia datang ,mengamuk pulak bilik dia tak siap.” Kak Tipah berlalu pergi.

Aku tengok keadaan sekeliling.  Patut la kak Tipah marah. Bukan setakat bantal. Sekali selimut,cadar dengan tuala ni dah habis bersepah satu bilik.

Kami sama-sama kutip bantal, kemas cadar,selimut dan sangkut tuala yang bertabur tadi.

“Kau tahu tak bos baru ni baru saja balik dari luar Negara.”

“Mana kau tahu.” Aku tanya Isha sambil tepuk-tepuk bantal.

“Aku dengar orang cerita.” Isha lipat tuala.

“Dia baru lepas belajar ke?” aku tarik selimut bagi cekang.

“Tak la dah setahun dia kerja luar Negara.”

Aku angguk-angguk perlahan. Macam tu ke, oooo..

####################
“SAYA Ikram Benjamin, anak bongsu Dato Khalil, abang saya telah di tukarkan ke luar Negara kerana hal-hal peribadi. Saya pemegang Ijazah ekonomi di Universiti Oxford, pernah berkerja sebagai analisis ekonomi di salah sebuah syarikat yang terkenal di London. Saya berusia 24 tahun dan masih bujang.”

Aku tengok budak-budak ni semua dah tersengih. Memang pantang la korang ni kalau dengar perkataan BUJANG. Tak faham aku.

“Sekarang saya nak kamu kenalkan diri sebab saya dah kenal dengan semua staff dekat sini kecuali dengan unit housekeeping saja yang belum. Boleh kita mulakan.”
Dia tersenyum.

Aku tengok mamat ni dari atas sampai bawah. Malam-malam buta ni dia boleh pakai baju formal lagi siap berkot pulak tu, rambut pacak dan ada lesung pipit. Hehe.anak bongsu! Mesti anak manja ni kan. Hahah!

Hello!” mamat tu petik jari dia depan muka aku.

Aku tersentak!

“Kenapa?” aku tanya bos aku tu.

“Kenalkan diri.”

Sumpah serius gila cara dia cakap.

“Nama saya Nadine April binti…”

Stop! Kamu semua boleh masuk bilik. Awak tunggu!” mencerun mata dia memandang aku.

Mamat ni apahal? Macam aku buat salah pulak, dah la mengantuk gila ni. Tinggal kami berdua saja bila yang lain masuk ke bilik. Dekat hotel ni memang ada sediakan penginapan untuk pekerja mereka yang jauh dari tingkat 1 sampai 3.

“Jadi awak la Nad tu,”

“Nad mana? Encik kenal saya ke?” aku pandang dia.

“Tuan! Panggil I tuan! Kenalkan diri sekarang.” Mak ai! Serius betul, orang lain boleh panggil Encik bila aku kena panggil Tuan pulak.

“Nama saya Nadine April binti Musa, bapak saya kerja kilang mak saya surirumah. Saya nak sulung dari 3 beradik, saya baru lepas SPM.” Aku tersenyum.

“Nadine April, nama cantik, orang pun boleh tahan tapi perangai teruk. Tahu masak?” dia tanya lagi.

Perangai teruk? Macam nak pijak-pijak je muka mamat ni, dah la baru jumpa pastu kata orang perangai teruk pulak. Benci!

“Tahu la kenapa?” aku tanya dia.

“Saya nak masakkan saya mee goreng mamak tak nak tauge. Sekarang!”

Woi! Pehal pulak aku yang kena ni? Tak nak r.

“Chef kan ada Tuan, saya mengantok la. Esok nak bangun pagi lagi.”

“Sekarang!”

Huh! Aku jalan sambil hentak-hentak kaki biar dia tahu aku ni tengah marah! Biar r, biar!
Setengah jam kemudian aku datang sambil bawak mee goreng mamak tak ada tauge. Bukan aku masak pun chef tu yang masak.

“Mulai hari ni, saya nak awak kemas bilik saya setiap pagi pukul 8.30 tepat dan saya nak awak cuci baju-bau saya guna tangan. Saya nak awak masakkan saya makan malam setiap pukul 9 malam.”

Membutang mata aku, ni arah ke kekejaman ni.

“Tak nak la saya.!”

“Tak nak saya potong 50% gaji awak nak?”

Aku geleng! Tak nak, tak nak. Memang kejam la dia ni. Memang kejam!!!!!

#########################

Pagi tu terpaksa la aku kemas bilik mamat ni, ambik baju dia untuk cuci, nasib baik aku duduk sorang-sorang. Malam pulak aku masak makan untuk dia. Aku ni pekerja sini ke bini dia? Adoi Tuan Ikram oi!

“Baju saya dah cuci.?” Dia suap sayur brokoli masuk dalam mulut.

Angguk.

“Dah gosok?”

Geleng

“Kenapa belum?”

“Tuan kata basuh je bukan gosok.” Aku bela diri, betul apa!

“Saya nak awak gosok sekali.” Dia langsung tak pandang aku.

Aku mendengus kasar. Kenapa harus aku? Kenapa bukan orang lain? Kenapa aku yang jadi mangsa.

############################
Kringggggggg! Kringgggggggg! Telefon dalam bilik aku berbunyi.

“Hello.”  Aku jawab lemah.

Hello Miss Nadine April could you please make me hot milo and bring it to my room now!”

Aku buka mata luas-luas. Suara macam Tuan Ikram Benjamin ni.

“Tuan ke?” aku tanya.

“Yela, habis tu awak ingat siapa?” Ikram Benjamin jawab kasar.

“Tuan ni buat la Milo tu sendiri, apa yang malas sangat ni ha?” aku sound dia.

“Awak nak saya potong gaji ke?”

“Tak nak.”

Aku terus letak ganggang-ganggang telefon. Eeeeee! Bangang punya bos!

###############################

“Isha!” aku panggil Isha yang tengah kemas bilik.

Pe?” Isha menyahut dari dalam bilik.

Aku duduk di ruang tengah antara bilik dan bilik.

“Aku nak berhenti kerja. Sob..sob..” aku tekup muka dengan tangan.

“Duit kau yang nak sambung belajar tu dah cukup ke?” dia pandang aku dari dalam.

Aku geleng.

“Habis tu?”

“Aku rasa bos baru tu macam benci saja dekat aku sampai nak buat milo pun aku yang kena.”

“Biar betul? Yang aku tau dia nak apa semua dia buat sendiri.”

“Mana kau tau?” aku tanya dia.

“Budak-budak office yang cakap..”

“Uwaaa…Isha aku kena penderaan jiwa ni..” aku hentak-hentak kaki.

“Awak ni kenapa?”

Aku pandang tepi. Ikram! Terus aku berdiri tegak.

“Eh! Encik buat apa dekat sini.” Isha tersenyum.

“Saja saya lalu sini. Macam mana kerja dekat sini? Okey?” Ikram tersenyum sambil pandang Isha.

Senyum! Kenapa dengan aku dia tak senyum pun.! Pilih kasih!

“Okey saja Encik.”

“Tuan! Kenapa dengan saya tuan tak cakap macam ni pun?” Aku bercekak pinggang.

Isha dan Ikram pandang aku.

“Nak tahu kenapa?” deras suara dia.

Isha berdiri sebelah aku,

“Sebab awak tu perempuan simpanan abang saya.” Dia bercekak pinggang dia hadapan aku,

What the hell!!! Awak ingat saya ni apa? Ada bukti ke saya ni perempuan simpanan Encik Akmal.?”

“Awak Nad kan? Saya dah periksa dekat dalam hotel ni, awak sorang saja yang nama Nad!” kuat suaranya.

“Memang la saya! Tapi saya tak ada skandal dengan abang awak tu!” aku berdiri betul-betul depan Ikram.

“Jap..jap..korang ni! Isha tak faham la.” Isha berdiri di antara kami.

“Isha, kawan awak ni ada skandal dengan abang saya sebab tu abang saya kena tukar pergi ke overseas, dia hampir-hampir nak cerai dengan isteri dia tahu tak.” Dia jeling aku tajam.

“Encik dah salah faham ni, Nad yang encik maksudkan tu dah berhenti kerja minggu lepas, sehari sebelum encik masuk.” Isha bersuara.

Terus berubah riak wajah Ikram.

“Betul ke?” dia tanya Isha.

“Betul la encik.”

Aku terus blah dari situ, malas nak campur dan malas dengar apa-apa dah. Hari ni aku halfday!

#############################
“Nad!”

Aku toleh belakang. Alamak! Ikram Benjamin la.. larikkkkkk…!

“Awak tunggu la.”

Aku berjalan laju. Sesekali air ombak memercik ke arah aku.

“Awak!” dia berdiri dihadapan aku sambil tersenyum.

“Apa?” aku tanya dia kasar.

“Minta maaf erh.” Dia tersenyum,

“Ah! Takde! Takde!” aku berjalan laju.

“Jom saya belanja awak makan.” Dia dah berdiri depan aku,

“Senang-senang marah orang lepas tu nak minta maaf.” Aku muncung mulut.

Dia tersenyum. “Jom saya belanja makan.”

“Tak nak!” aku muncung mulut.

“Saya betul-betul minta maaf. Saya tahu saya salah, saya terburu-buru. Saya betul-betul minta maaf.”

“Tak ada maaf bagimu!” aku pandang ke laut. Merajuk!

Dia tersenyum lagi.

Okey fine! Awak berhenti kerja.”

Aku pandang dia tajam. “Gila!”

“Saya offer awak benda lain.” Dia tersenyum lagi tau la ada lesung pipit.

“Apa?”

“Jadi isteri saya, elaun 3000 sebulan, belum campur elaun awak belajar lagi. Nak?”

“Gila!”

Dia hulur bunga ros dekat aku.

“Lepas kes awak pergi tu, saya cari awak tak jumpa. Rindu nak minum hot milo awak, sebenarnya tak ada niat pun nak buli awak, saya Cuma suka tengok awak, tu saja. Saya rindu nak makan masakan awak, nak telefon takut awak marah. Saya sayangkan awak. ”

Aku simpan senyum.

Dia berlutut depan aku.

“Apa awak buat ni?” aku tanya dia tak puas hati.

“Mencari parking cinta di hati awak la.”

Aku simpan senyum.

Parking full.”

“Tak apa saya boleh tunggu sampai ada parking.” Dia senyum lagi.

“Awak ni kan…!”

“Kenapa?” dia pandang aku semacam.

“Minggu depan masuk saja meminang saya, ada kut petak khas untuk awak.” Aku terus capai bunga ros milik Ikram dan berlalu pergi.

Yahuuuuuuu! Thanks sayang..thanks you so much. Minggu depan kita tunang, bulan depan kita nikah. Tunggu abang sayang..”


TAMAT
SORRY KALAU TAK LOGIK.. NGEE…!


























22 comments:

  1. ahahahak! apeda... siot je... yg paling x menahan ada nama nadine n kak isha...
    tpi suweet arr cite ni , kalau pnjang lagi mesti besttttttt!

    ReplyDelete
  2. waaaa~~~ sengal aje... huhu~~ ada ke patut ai ... ... huhu~~ sedih mak... BTW, kenapa nama semua orang yang ai kenal ada je kat situ~ ada Ikram la, Benjamin la, Musa la... *btw, musa is my pak cik lol... how can jadi ayah... huhu*---- banyak sungguh COINCIDENCE... HEHEHE... kak Isha pon masuk sekali... kuang3... tak tahan arr baca citer ni...huhu~~ tergelak-2 ai...

    ReplyDelete
  3. Rin > mmg pnjg pun tu pun ak skip wei... hhaha

    Nat > itu semua takdir.. hahaha

    ReplyDelete
  4. akk ni pandai tol wat coincidence bagai...hehe

    ReplyDelete
  5. x kisah la logik ke tak..jnji terhibur..
    hahhahaha...best kan citer ni..

    ReplyDelete
  6. nat > kan... hahaha...

    tien2lai > hahah..tq dear

    ReplyDelete
  7. Ahahahah! Teros tuka bahasa panggilan ya? Abang sayang? Comel! <3

    ReplyDelete
  8. hahahah..kan? cute kan.. tp pendek je... hehe

    ReplyDelete
  9. bile ko nk terbitkan cerita ko jadi sebuah buku????

    ReplyDelete
  10. ada rezeki ada la.. sejak bila ko baca citer ak ni? cer citer..cer citer

    ReplyDelete
  11. aku kena la bace n follow perkembangan ko....ko kan kawan aku so kena la support...nasib citer pendel...klo panjag dh lame aku xbace taw...ko pon taw aku jenis malas bace....hahahaha....

    ReplyDelete
  12. vepat la kuar cerpen n novel kak zati..tak sabar nak baca..bbjm uh yg pling dinanti..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..sabar2.. xlama lagi kuor la dia tu

      Delete
  13. Comellah crta ni. Sempoi je

    ReplyDelete
  14. baru sempat baca cite ni....
    logik ke x logik ke....tp cite ni mmg best dn menyengalkan,
    seronk baca..... I like....hehehe.....

    ReplyDelete
  15. to me its cliche sorry

    ReplyDelete

  16. Yuk segera join di KHARISMAPOKER situs poker terpercaya, teraman dan tercepat. Pelayan terbaik dan tercepat oleh CS yang berpengalaman dan ONLINE 24 jam.

    PROMO TERBARU KHARISMA POKER:

    * Bonus Referral 20% Seumur Hidup
    * Bonus Turnover 0,5% Setiap Harinya

    KEUNGGULAN KHARISMA POKER:

    * SEMUA BANK KAMI ONLINE 24 JAM !!
    * NO ROBOT & ADMIN
    * 100% Fair Play Member Vs Member
    * Proses Withdraw & Deposit Tercepat
    * Customer Service yang baik, ramah dan cantik.

    MELAYANI TRANSAKSI VIA BANK :

    * BCA
    * BNI
    * BRI
    * MANDIRI
    * DANAMON

    Dengan syarat minimal deposit hanya Rp 20.000 !!

    PENDAFTARAN GRATIS HANYA DENGAN MENGISI DATA DI : http://www.kharismapoker.com/Register

    SITUS POKER ONLINE TERPERCAYA

    LIVE CHAT ; DISINI
    Telp :+85587983703
    BBM ; khpk02
    WA : +85587983703
    LINE ; khpk02

    Link Alternatif Kharismapoker :
    http://wwwkharismacash.com

    ReplyDelete
  17. Dapatkan Penghasilan Tambahan Dengan Bermain Poker Online di www,SmsQQ,com

    Keunggulan dari smsqq adalah
    *Permainan 100% Fair Player vs Player - Terbukti!!!
    *Proses Depo dan WD hanya 1-3 Menit Jika Bank Tidak Gangguan
    *Minimal Deposit Hanya Rp 10.000
    *Bonus Setiap Hari Dibagikan
    *Bonus Turn Over 0,3% + 0,2%
    *Bonus referral 10% + 10%
    *Dilayani Customer Service yang Ramah dan Sopan 24 Jam NONSTOP
    *Berkerja sama dengan 4 bank lokal antara lain : ( BCA-MANDIRI-BNI-BRI )

    Jenis Permainan yang Disediakan ada 8 jenis :
    Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker - Bandar 66

    Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi Kami Di :
    WA: +85577773548
    Skype: SANTI WINATA888@GMAIL.COM

    KALAU MINAT DAFTAR CHAT WA AJA AKU YAH ALL

    WELCOM : WWW . SMSQQ . COM

    I SANTI WINATA BIG BOS SMSQQ

    ReplyDelete