Copyright© All Rights Reserved akubukannovelis.blogspot.com

4 Mar 2012

penyelamat cinta part I & II

nah.. ni sajian makan pagi.. hehehe...

_______


penyelamat cinta I

Lepas saja kelas Puan Nurul, aku terus menuju ke kafetaria menanti Cika, Lia, Shida,Yana dan Mia. Katanya mereka nak jumpa Cik Su dulu untuk ambik tutorial untuk subjek Taxation In Malaysia. Nasib baik tahun akhir.

Aku membetulkan rambut aku yang sedikit panjang tu. Aku baru saja warnakan rambut berwarna merah. Warna rambut ni pilihan Yana. Dia kata sesuai sangat untuk aku. Aku ni dah la pantang kena puji. Aku duduk di meja paling tengah. Sambil mata aku melilau memerhati orang sekeliling.

“Hai Adlin..” Fakrul menyapa aku. Fakrul ni budak medic yang nerd. Tapi mamat ni bukan test aku. Dia tersenyumsambil membetulkan cermin mata berbingkai tebal.

“Hai.” Aku kembali menyapa sekadar beramah mesra. Dia mengambil tempat bersama rakan-rakan nerdnya yang lain.

“Hai Lin..” Joe tersenyum ketika melintasi meja aku. Dia ni buaya darat kelas pertama. Mana ada budak junior yang hot habis di sapunya. Lepas tu dia buang macam tu saja. bak kata orang. ‘habis santan, hampas kelapa di buang’ betul la kut.

Aku tersenyum. Tak sampai seminit. Tibalah kawan sehidup semati aku. Mereka tersenyum. Mesti ada apa-apa ni. mereka duduk sambil menjinjit buku Jane Lazar yang tebal gila tu.

“Cik su kata petang ni kelas batal tapi……..” Lia membuka bicara. Tapi sengaja dia buat ayat tergantung. Suka buat aku suspen.

“Petang ni ada talk dekat auditorium tajuk dia Antara cinta dan pelajaran.” Mia menyambung. Mia ni pelajar terbaik akaun tau. Jangan main-main. Kalau kitaorang tak faham mesti kami akan rujuk dia. Dia tak kedekut ilmu langsung sudi tolong insan yang lemah macam aku ni.

Please aku tak nak datang.” Aku betulkan duduk sambil menghirup air milo Cika. Kalau petang-petang macam ni sedap tidur kut.

“Kedatangan di ambil ya..” Cida yang dari tadi diam. Membuka mulut.

“Ala.. malas la..” aku mengeluh. Aku bukan suka datang benda-benda macam ni. kalau datang pun aku tidur saja. Orang sibuk duk berceloteh aku sibuk duk main game dekat Ipad.

“Malas terserah kau. Tapi kami semua nak pergi.”

Aku memuncungkan mulut. Malas.. malas.. malas.. aku tak suka kalau benda-benda macam ni.

“Petang nanti pukul berapa?” aku tanya lagi.

“Pukul tiga sampai pukul lima.”

“Semua wajib?” aku betulkan  wedges berwarna kuning kesayangan aku.

“Wajib la Cik Adlin Adriana oi.” Yana menyampuk.

Mereka ni kawan-kawan satu kelas aku. Pergi kelas, balik kelas, pergi mana-mana saja la semua dengan mereka. Datang kelas , kami tumpang kereta Grand Livina milik Lia. Muda-muda lagi dah dapat kereta cantik dan mahal macam tu. Aku anak orang biasa saja, mana nak bawak kereta mahal-mahal macam tu. Sekadar kancil tu mampu la kan. Itu pun penat merayu bagai.

*************************************************************************
Aku masuk ke Auditorium dengan perasaan yang malas. Sumpah aku malas! Kami duduk di bahagian tepi tapi agak depan la jugak. Penuh juga auditorium ni. ingatkan tak ada siapa yang berminat nak dengar. Masa kami masuk pun dah lewat sejam. Al-maklum la. kami memang macam ni.

Orang lain sibuk mendengar aku sibuk membaca komik. Komik lawak kampus memang best sampai kadang-kadang aku gelak sorang-sorang. Lawak dengan watak si kosong, Vanessa dan juga bepop. Kelakar habis.

Mata aku mula memandang depan. Dan bila mata aku bertaut dengan mata budak alim bernama Afiq tu pasti dia akan melarikan pandangan. Afiq ni budak Arkitek tapi dia degree. Aku selalu nampak dia tapi tak terniat pun nak kacau tapi entah kenapa hari ni rasa nak kacau pula.

“Ada apa-apa soalan?” bila pengerusi majlis bertanya laju tangan aku di angkat.

“Yes! Adlin silakan..”

“Saya nak tanya abang kacak baju merah tu” mulut aku dihalakan kepada Afiq. Seketika auditorium bergema dengan sorakan. Budak-budak tak cukup matang memang suka bersorak. Nak saja aku suruh diorang jadi ‘pom pom girl’

“Silakan saudari.” Afiq bersuara. Kopiah di kepala di betulkan.

“Salah tak kalau bercinta time belajar?” aku memandang tepat anak matanya. Dia tertunduk.

“Terserah pada individu tu sendiri la kalau baik maka baiklah ia..” dia masih tertunduk, langsung tak pandang aku. Ooo.. tak nak pandang ye..

“Kalau kita bercinta?” Aku tersenyum.

Kawan-kawan aku ni dah bantai gelak gila-gila dah. Auditorium kembali dengan sorakan. Cuba kalau dalam  kelas korang sorak macam ni berani tak? Mau kena tendang keluar kelas dah ni.

“Maaf.. saya tak boleh jawab” itu saja perkatan yang keluar.

“Jom la kita bercinta, saya jadi penguat semangat untuk awak” aku tersenyum. Seronoknya kacau mamat ni. muka dia dah merah dah..

“Astafirullahalazim!” Afiq menggelangkan kepala perlahan.

“Tadi kata terserah pada individu, saya rasa okey saja kalau kita couple. Awak tak nak ke?” aku menongkat dagu. Segala aku buka ikatan rambut agak biar lepas.

“Saya tak nak.. saya minta maaf..”

Kesian pula aku tengok. Tapi suka la tengok muka dia yang merah tu. Dah la muka kacak. Tapi tu la pemalu sangat.

“Tak nak tak apa la.. tapi nanti jangan masuk meminang saya pula.” Aku kenyit mata dekat Afiq.

Aku ketawa beriringan bersama kawan-kawan aku tadi lepas saja selesai talk. Mesti esok jadi topik hot dekat U. tapi tu tiba-tiba sahaja kau jadi suka kacau Afiq ni. Selama ni tak pula aku nak kacau dia. Kalau lalu sebelah pun sekadar tengok-tengok macam tu saja.

*************************************************************************

Aku ternampak kelibat Afiq semasa menuju ke cafeteria. Skrit aku paras lutut aku betulkan. Aku berjalan menghampiri Afiq. Semakin aku menghampiri, semakin dia laju.

“Hey awak!” aku jerit memanggil.

Dia menoleh kemudian berjalan tidak mempedulikan aku.

“Sayang!” aku berlari anak mendapatkan Afiq. Nasib baik aku dah pandai berlari menggunakan pep toe.

“Jangan la panggil macam ni tak elok la.” Dia menegur. Tapi alahai lembutnya.

“Awak nak pergi mana?” aku tanya dia. Tapi terpaksa aku berjalan laju. Sebab Afiq laju juga berjalan.

“Masjid..”

Aku tengok jam di tangan. Baru pukul sebelah setengah.

“Awak nak ajak saya kahwin ke?” aku tersengih.

“Boleh tak awak jangan kacau saya, awak nak apa dari saya?” dia berhenti berjalan. Tapi matanya memandang ke arah lain.

“Amboi, saya ni senior awak tau, walaupun saya diploma tapi saya lagi lama dari awak tahu tak.” Aku bercekak pinggang. Mentang-mentang degree nak berlagak jadi senior erh..

“Maaf.” Dia tertunduk.

“Jom saya belanja awak makan nak?” aku menepuk bahunya.

Terbeliak biji mata Afiq. Mana ada perempuan yang berani nak sentuh dia. Ini la perempuan pertama yang berani sentuhnya.

“Jangan la pegang saya.” Dia menegur. Dia terus berjalan meninggalkan aku.

Sorry..tak sengaja..” aku menekup mulut. Alamak terlepas la pulak. Macam mana aku boleh pergi tampar mamat alim ni. Adoi.!

Mesti mamat ni bengang gila sebab aku main pegang-pegang dia tadi. Aku bukan sengaja pun. Afiq berjalan meninggalkan Adlin. Adlin hanya menghantar Afiq melalui mata sahaja. Dia tersenyum sendiri. seronok benar mengganggu Afiq.

-----------------

part II
 
Afiq baru selesai kelas lukisan kejuruteraan. Kelas dengan Dr. Addin tadi begitu membosankan. Sumpah bosan betul, mau saja dia lari keluar. Tapi disebabkan Umairah di dalam kelas yang sama dia gagahi juga.

Bila dia pandang Umairah, hatinya menjadi tenang. Dia suka melihat Umairah tersenyum malu-malu bila mata mereka bertentangan. Kalau di ikutkan hati mahu saja dia pinang Umairah tapi apa kan daya. Dia bukan orang senang. Dia anak pembajak sawah sahaja dah tu adik-beradiknya pula ramai.

Aku melihat Afiq duduk sensorang di kafetaria. Dengan penuh gaya dan berkeyakinan aku berjalan mendapat Afiq.

“Hai handsome!” aku terus melabuhkan punggung ku di sebelahnya. Laksa dari dalam dulang aku keluarkan.

“Awak nak apa?” dia tanya aku sambil matanya memandang buku. Buku apa entah yang di pandangnya.

“Saya nak awak.. berapa kilo awak jual.?” Aku tersenyum sambil memasukkan laksa ke dalam mulut.

“Tak elok la awak duduk dengan saya macam ni..”

“La..kita bukan buat apa pun. ni tempat terbuka kan.. so.. apa masalahnya?” aku suap lagi laksa dalam mulut. Nyum! Nyum! Sedapnya.

Kepala Afiq di gelengkan perlahan. Baik diam saja, kenapa la ada budak perempuan yang macam ni? dah pakaian pun mak ai. Bukan main seksinya, kalah artis Malaysia. Dia terus menggerakkan tangan dia atas kertas putih itu, Dr. Addin nakkan lukisan itu petang ni.. dah la tajuk dia “Love From Heart” ada ke nak buat rumah dengan bangunan tajuk dia macam tu? Buat la “City Of World” ke.. senang aku nak create.. ni idea pun tak ada ni. Afiq mendengus kasar.

Aku menoleh. Mata aku terpandang ke arah kertas yang agak lebar itu. Aku terpandang tajuk ‘Love From Heart’. Aku tersenyum. Tak ada idea la tu.

“Tak ada idea ke?” air limau ais aku hirup dengan rakus. Tengahari macam ni sedap woo minum air ais..

Afiq mengangguk perlahan. “Aha.. Dr Addin la ni.. saya tak tahu nak buat apa dah ni..” kepala Afiq di garu perlahan sambil sebelah lagi tangannya bermain dengan pensil kayu itu.

“Awak kalau balik rumah best tak?” aku tanya dia..

“Mesti la.. rumah tu kan ada family saya.. mesti la best dapat jumpa adik-adik.. jumpak mak dengan bapak..” tiba-tiba Afiq teringatkan rumahnya. Seronok sangat, kadang-kadang waktu petang dia akan bermain dengan adik-adiknya di sawah padi, buat orang-orang. Seronok sangat.
“Itu la ‘Love From Heart’ kasih sayang dari hati.. kat sini Dr Addin nakkan keikhlasan, bukan bangunan yang serupa bentuk love ke.. rumah bentuk couple ke.. Dr Addin tu nak sesuatu yang bersifat kekeluargaan. Saya tahu la Dr Addin tu mentor saya.baik awak lukis rumah yang lebih ke arah kampung tapi still nampak moden. ” Penat aku bercakap.

Pertama kali Afiq tersenyum ke arah aku. “Terima Kasih awak.” Sopan ayat itu keluar dari mulut Afiq.

“Tu la untung awak kenal saya kan.. meh saya lukis.” Aku terus mencapai pen dan kertas tadi. Laju tangan aku melukis. Entah apa-apa lukisan aku nanti..

Afiq terkedu, alamak tu last kertas aku, aku mana ada kertas dah. Nak beli pun duit tak ada ni. dah la tengah bulan ni.

Setelah selesai melukis, aku tersenyum. “Ni rumah kita Villa Love From Heart okey encik arkitek. Jangan hilangkan. Kalau hilang siap awak. Saya kecoh satu U awak mengorat saya.” Aku sudah bersiap-siap untuk bangun.

“Awak ni last paper saya. Jangan la macam ni, duit saya dah tak ada ni..” Mencuka muka Afiq. Adlin ni bukan boleh di buat main-main nanti betul-betul dia cakap.

Aku tersenyum. Duit RM 50 aku keluarkan dari bagpack aku. Terus aku hulur dekat dia. Laju saja kepala Afiq menggeleng.

“Awak tak nak ambik saya curi gambar awak dekat facebook lepas tu saya lekat dekat semua papan kenyataan dekat U ni. saya tulis ‘Wanted! Dia telah melarikan gadis cantik Adlin Adriana ke Lombok.’ Awak nak?” aku memandangnya. Sengaja aku buat muka serius.

“Awak ni asyik mengugut saya saja.” Terus RM 50 aku dicapainya dengan teragak-agak.

“Buat makan, buat beli barang. Jangan boros.” Aku terus berlalu meninggalkan Afiq.

Aku bukan sengaja nak mengugut dia. Tapi kesian dekat dia tadi pun tak makan, sekadar minum air saja. tu pun air kosong. Rezeki aku dapat ni kena la kongsi dengan orang lain. Lagi pun bukan duit bapak aku duit JPA. Hehe..

************************************************************************
Malam itu Afiq berbalas SMS dengan Umairah. Hatinya berbunga-bunga bila kadang-kadang SMS yang di hantar Umairah ada terselit perkataan sayang. Afiq tersenyum.

“Hoi! Senyum pulak.” Haikal teman sebilik Afiq menegur.

“Saja la.. adik aku ni..” sengaja Afiq berdalih.

“Adik ke Umairah? Ke Lin?” Haikal tersenyum.

“Apa pulak kesitu, Lin tu kawan saja la..”
“Kawan ye.. tadi dekat Kafe bukan main mesra lagi kau erh..”

Bukan dia tak nampak Adlin dan Afiq tadi di cafeteria. Bukan main mesra lagi. Macam pasangan kekasih.

“Dia tu kan psiko, aku tak pernah jumpa perempuan macam tu, suka-suka nak ugut orang dah tu kalau dia cakap mesti dia buat.”

Afiq pernah mendengar cerita yang Adlin pernah bergaduh dengan budak lelaki gara-gara berebut roti sardin yang hanya tinggal 1 dan bila lelaki itu tidak mahu mengalah habis papan kenyataan U ni dengan surat yang mengatakan budak lelaki itu suka sangat dengan Adlin.

Haikal ketawa. “Lin tu memang macam tu, kuat menyakat maklum la dia anak tunggal, aku kenal dia lama dari kau masa aku sem tiga diploma dulu. Aku pun pernah kena..”

Afiq tersenyum. Haikal pun pernah kena? Gila la..

Haikal menyambung “Habis beg aku penuh dengan lipas.. bukan satu tapi 10 ekor kau tau..”

Mereka sama-sama ketawa.  Malam tu habis semua cerita fasal Adlin Adriana keluar. Dari Adlin semester 1 samapai sekarang. Dan malam itu penuh dengan ketawa Afiq sahaja.





 

5 comments:

  1. kak Zati, aq rasa cam pnah baca...tp stengh je...huhu-- skang bru ku tringat.. akk, nape tak sambung??!!! penasaran nihhh...*haaa marah ni marahhh..* *>/<

    ReplyDelete
  2. Nad_liy

    nak sambung la nie tapi idea lari terkodek2 x sempat nak kejar,, wakakakak...

    ReplyDelete
  3. sambung la.....
    penasaran da ni....huhuhuh

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum.. please sambung cite nii

    ReplyDelete