21 Mar 2012

Bila blogger jadi maid ep 19


Majlis kami yang berlangsung di Mines Wonderland memang agak gilang gemilang. Al- maklum la mamat ni memang agak berduit. Namun, peristiwa aku ternampak Ash dengan Aimie memang aku tak boleh lupa. Walaupun aku saja berlagak cool tapi dalam hati hanya tuhan yang tahu. geram, marah, sakit hati, uihh! Lengkap la pakej ni.

Dah la hari ni pun Ash jemput Aimie, ada ke patut?? Tak patut! Tak patut, paling tidak pun, hormat la aku ni yang mula nak mencintai dia sepenuh hati, acehhh.. ayat penuh jiwang karat.

Hey!” Satu suara menegur aku dari arah belakang.

Aku menoleh, Wafiy!

“Kenapa tak join Ash dengan Aimie tu?”

Kami sama-sama mengalihkan pandangan. Ya! Ash dengan Aimie yang memang macam pengantin baru, kenapa Ash tak layan aku? Kenapa dia tak bawak aku sekali kenalkan dengan kawan-kawan dia? Kenapa mesti Aimie? Betul tak aku cakap Ash memang saja nak test power kut dengan aku.

Aku menghadiahkan senyuman buat Wafiy. “Saja je tak nak join. Kenapa?”

Pantas Wafiy menggeleng. Adoi! Apasal la mamat ni handsome giler.. sabar Risya.. sabar.. kau tu dah ada laki, haram ingat laki lain. Habis kalau suami sendiri pun buat bodoh saja dengan isteri dia macam mana?

“Dah makan?” aku tanya dia lagi..

“Dah.”

“Awak datang dengan siapa tadi?” aku tanya dia, kalau tak salah tadi ada seorang perempun ikut dia. Haaa.. mesti awek ni.

“Dengan sepupu, kebetulan dia pun dapat jemputan jugak. Dia tu selalu berurusan dengan Ash, haaa.. ni pun Aina..”

Pergh! Cantik gila Aina ni, muka dia comel betul macam baby face. Dah la tinggi, badan dia, fuhhh.. sebijik macam model, muka dia ada iras-iras Fazura la.

“Hai Risya.. saya Aina.. comelnya Risya ni.” dengan perasaan tak bersalah dia terus mencubit pipi aku dengan kedua belah tangannya. Adoi!

“Comelnya Aina ni..” aku pun buat benda yang sama dekat Aina.

Wafiy yang memerhati hanya ketawa.

Mesti dia kata tak betul budak dua ekor ni.
“Kenapa tak join Ash??” Aina bertanya..

“Tak berminat..” terus terang aku bercakap.

“Baik tak payah pergi sebab ada perempuan sihir dekat situ.” Aina ralit memerhati Aimie.

“Nasib la ramai orang kalau tak memang kena dah minah ni tau.” aku pun  turut sama memandang Aimie.

“Tau tak pe, tergedik-gedik dekat situ, buat apa entah, jual muka agaknya.”

Belum sempat Aina nak sambung Wafiy  dah mencelah.. “Dah la tu kutuk orang sikit-sikit.. tak baik tau tak..”

Kami sama-sama memandang Wafiy.. kami ketawa serentak. Ingatkan aku saja tak suka perempuan sihir tu, tapi sebenarnya ada jugak la orang tak suka.

*****************************************************************************

Di hujung sudut sana aku terpandang adik-adik aku yang sibuk berlari bermain kejar mengejar. Adam dengan Killa. Mentang-mentang la kawasan ni luas..seronok ye korang!

Malam ni tak la formal sangat, lebih kepada santai, lepas bersanding tadi makan beradab lepas tu pergi la beramah mesra dengan tetamu yang datang. Ada jugak hiburan dari artis terkenal. Bagi aku tak bosan la malam ni.

Dari sudut lain aku nampak Sarah dengan Yusra, asyik makan saja dari tadi, tak henti-henti tapi badan tu tak gemuk-gemuk pun. Sesekali mereka ketawa. Ada la tu gosip terbaru, budak-budak zaman sekarang ni la.

Tak jauh dari tempat duduk Yusra dengan Sarah, ternampak Abang Yuzril dengan kak Airin, abang Yuzril setia menanti kak Airin di sisi, bukan lagi sebulan meletup la tu, kan best kalau Ash pun sesetia abang Yuzril sentiasa ada dekat sisi aku. Ni tak bini dia seseorang dia sibuk dengan orang lain. Ingat kau ni tongkol kayu ke apa?

“Akak nak air.” Adam dan Killa berlari mendapatkan aku.

“Jom ikut akak.. eee.. dah busuk la Adam dengan Killa ni, nanti balik mandi tau!” aku memimpin tangan Killa.

“Ala.. nanti la..” Adam buat muka tanda protes.

“Elok sangat la tu..” aku mengambil air untuk dua-dua adik aku. “nak apa-apa lagi tak?”

Serentak mereka menggeleng.

Ehh.. nak kek..” Killa merengek manja bila terpandang cup cake yang terhias cantik.

Aku tersenyum. “Killa dengan Adam pergi duduk sana” aku tunjuk satu meja kosong kebetulan pula dekat tepi tasik, “Nanti akak datang..”

Mereka sama-sama berlari sambil memegang gelas, belum sempat aku menjerit supaya jangan lari. Killa terlanggar Aimie yang sibuk nak lintas depan Killa.

Aku menekup mulut. Alamak! Nasib kawasan tu sunyi sikit.

“Habis baju aku!” Aimie meribas-ribas bawah bajunya yang terkena air.

Hasil kreativiti Killa jadi la satu tompokan yang menarik.

“Hey budak! Jalan tu tengok la orang sama.!” Aimie sudah bercekak pinggang.

Killa sudah tersedu disitu. Namun tangisannya tidak didengari siapa-siapa. Kalau orang tak sedar, mesti orang ingat Killa tak nangis.

Hangpa marah adik kami pasai pa?” Adam selaku abang bertindak membela Killa. Caya la Adam.. phewiiitt..! Go Adam Go!!!

“Ni apa hal ni?” aku pula mencelah, rasa macam tak sesuai bila budak-budak bergaduh dengan orang tua.

“Kakak..” Killa menagis semahu-mahunya.. Adam pula sibuk menepuk bahu Killa, memujuk Killa agar berhenti menangis. Ala-ala sweetnya adik-adik aku ni.

Aku mengosok-gosok bahu Killa. Erat pelukan Killa di kaki aku.

“Budak ni haa.. langgar orang tak tentu pasal, ingat apa baju aku ni murah ke? Mahal tahu tak!” mencerun matanya memandang Killa.

“Memang baju kau ni murah pun!” aku sengaja berkata begitu! Biar la.. padan muka dia, siapa suruh buat aku sakit hati tadi.

Membutang mata Aimie memandang aku. “Hello.. baju ni 5K (5 ribu) kau tau tak!. Senang-senang kau cakap murah.

“Ye r baju sendat, pendek, tak cukup kain, dah macam sarung nangka aku tengok.! Tu la kau ada otak tapi bengap senang-senang kena tipu.. hahaha..” sengaja aku gelak kuat-kuat.. padan muka dia!

“Kenapa ni?” tuuu dia hero Malaya dah datang..

“Abang Ash.. tengok Risya ni..” Aimie jadi tergedik-gedik macam cacing kena Clorox.
“Abang Ash.. tengok Aimie ni.. macam cacing kena Clorox.” sengaja aku ejek balik sambil buat expresi muka dengan mulut. Geram aku geram!

Ash tahan gelak.. pandai la Risya ni buat lawak. “Dah tu.. tak payah nak gaduh-gaduh la dekat sini.. buat malu orang saja la nanti..”

Aku mencebik, Aimie juga begitu.. ni apahal main tiru-tiru ni.. tak tahu malu ke?

“Perempuan ni la.. kurang ajar sangat..” Aimie memeluk tubuh..

Aku lipat lengan baju.. “Oit..agak-agak la kau! Jangan buat aku panas.. main tuduh-tuduh pulak.. hormat la sikit majlis orang..” aku bercekak pinggang..

“Muka macam cengkerik nak marah orang..aku pun tak hingin la nak datang..” terus dia berlalu meninggalkan kami. Ash tersenyum dekat aku. Ingat aku cair apa?

“Apa senyum-senyum?” aku jeling dia.

“Dah la jangan marah..” lembut saja dia berbicara dengan aku..

“Biar la..”

“Jangan marah erk sayang.. jom pergi sana..” dai masih lagi berlembut, cara cakap macam lelaki melayu terakhir kut.

“Tak nak! Pergi la sendiri..”

“Jom la..” terus dia tarik tangan aku, aku pun terpaksa la ikut rentak dia, tak faham bahasa kut dah orang cakap tak nak tu, tak nak la..!

******************************************************************
“Bonda tidur mana malam ni?” itu ayat pertama yang aku tanya bila bonda dan kaum kerabat yang lain masuk rumah aku. Ash pandang aku sekilas. Yela kena la tanya kut-kut dah tempah hotel mana-mana ke..

“Tidur sini la. Tak suka ke bonda tidur sini?” Bonda menduga..

“Ehh..suka.. suka sangat.. nak duduk terus pun boleh..” Aku tersenyum sambil menggaru kepala.

“Yang lain-lain bonda?” Ash pun tanya juga.

“Diorang kata nak tidur sini, lagipun diorang tu bukan pandai sangat jalan dekat KL ni..” Abah pulak yang menyampuk.

“Boleh abah..rumah ni banyak bilik.. mari Ash tunjukkan bilik bonda dengan abah..”

“Boleh jugak.. bonda dengan abah pun dah penat ni ha..nanti Ash tolong ambik beg abah dekat belakang kereta ya..” Ash mengangguk, abah dan bonda mengekori Ash naik ke tingkat atas, diikuti Yaya dan makngah begitu juga saudara mara aku yang lain. Masing-masing dah naik bilik. Aku saja yang duduk bawah ni.

“Senah naik tidur..” Ash melaung dari tingkat atas.

Sengal la dia ni jerit kuat-kuat.. dah tu panggil aku Senah pulak. Banyak kali warning pun tak faham bahasa.. aku cakap bahasa Korea nanti baru tahu..

Aku terus mendaki tangga menuju ke bilik aku. Dah la siap pakai baju pengantin lagi, al-maklum la tadi bersiap dekat butik pengantin terus pergi Mines wonderland.. takkan aku nak pergi butik pengantin malam-malam ni nak salin baju kut.. tak patut..tak patut.

Sampai depan pintu bilik aku, aku pulas tombol pintu.. laa. Kenapa kunci pulak ni.. aku pulas lagi.. la betul-betul kunci la.. aku pulas dan terus pulas lagi

“Nak apa Risya?” terpancul muka bonda depan pintu..

Haaa..err.. tak nak tanya bilik okey ke?” terus terpancul ayat tu dari mulut aku.

Okey saja semuanya.. ni bonda nak tanya ni..”

Haaa..apa bonda..” aku tergamam.

“Kenapa semua barang-barang kamu dalam bilik ni? Barang-barang Ash tak pulak ada..”

Haaa.. err.. macam ni.. ermm..” aku tergagap-gagap..

“Pagi-pagi dua-dua nak cepat bonda, Risya guna bilik ni nak mandi ke nak apa ke.. senang.. sebab dia ni kalau mandi mau dekat setengah jam..” tiba-tiba Ash muncul dari belakang.

Fuhh! Tarik nafas lega aku. Nasib baik ada jawapan selamat..

“Ingatkan Risya tidur sini.”

“Tak la bonda.. Risya masuk tidur dulu erh.” aku terus berjalan masuk bilik Ash.. Ash ikut aku dari belakang..

“Sekarang ni macam mana? Nak pakai baju apa? Takkan nak tidur pakai baju pengantin kut.” aku berdiri di belakang pintu.

“Pakai saja la.” ayat pertama dari Ash ketika dalam bilik.

“Kalau tak buat orang sakit hati tak boleh ke?” aku mendengus kasar.

“Bila pulak abang buat Risya sakit hati?”

“Tadi tu..buat-buat tak tahu pulak..bukan main lagi yee.. gatal!” sengaja aku tekan perkataan gatal tu sambil berpeluk tubuh.

“Risya cemburu yee?” Ash menduga.

Please la.. tak ada masa nak cemburu..” memang betul apa aku tak cemburu..

“Cemburu tu tandanya sayang.. sayang tu melahirkan rasa cinta.. Risya dah jatuh cinta dekat abang ye.” Ash berdiri depan aku.

“Tolong la.. kan Risya kata bagi Risya masa.. jangan paksa-paksa boleh?” aku mendengus..

“Bila abang paksa..abang tanya saja.. jangan nak nafikan cinta dan kasih sayang Risya untuk abang..”

“Dah..dah.. sekarang ni.. nak pakai baju apa? Dah la barang-barang semua dalam bilik air..nak cuci make up lagi.. Abang la ni.. lain kali bagi la bilik lain.. susah la macam ni..” aku duduk atas katil.

Ash berjalan ke arah almari bajunya.. dikeluarkan baju dan seluar. “nah pakai ni..”

Aku sambut sambil baju dan seluar yang dihulur Ash.. “Terima kasih..” terus aku berjalan ke bilik air.

Sepuluh minit kemudian aku keluar dengan baju Ash yang besar gedabak dan seluar track yang meleret ke lantai. Aku dengar suara Ash ketawa. Tu nak bahan aku la tu.!

“Tak payah la gelak..=” aku buat muka selamber, terus naik ke katil.

“Tinggal space untuk abang sikit jangan nak tidur sorang-sorang.” Ash yang menghadap laptop tidak sedikit pun memandang aku.

“Siapa cepat dia dapat.” aku tersenyum terus berbaring atas katil, fuhh! Dah la sejuk.. memang best la dapat tidur, empuknya katil.

Ash cepat-cepat tutup laptopnya dan berlalu ke arah katil. “Bestnya malam ni dapat tidur dengan awek cun.. untung la malam ni.” Ash berbaring sambil tersenyum.

“Tidur la bawah.” aku duduk atas katil.

“Ni bilik siapa Senah?”

“Jangan la panggil orang Senah. Tampar nanti haaa.”

Meh la tidur sayang.” Ash tepuk-tepuk bantal yang aku tidur tadi.. “sejukkan malam ni” dia sambung lagi.

Aku telan air liur. Sudah!

“Tidur la bawah.” aku tolak Ash.

“Risya la tidur bawah.” Ash sudah peluk bantal.

“Tak nak Risya nak tidur sini.” aku masih berdegil mana boleh senang-senang nak tunjuk aku kalah. Terus aku rebahkan diri atas katil. Aku dan Ash bertentangan. Dalam bilik sejuk tpi badan aku dah berpeluh. Ash tersenyum dekat aku. Lama matanya memandang aku.

“Marah ke fasal tadi?” dia tanya aku.

“Nak marah kenapa?” aku tanya dia balik.

“Fasal abang dengan Aimie, dia yang duk bertenggek dengan abang dua puluh empat jam, takkan abang nak halau kut.”

“Halau saja la, bukan susah pun.” Aku mencebik.

“Jangan buat muka macam tu boleh tak?” dia tegur aku.

“Kenapa?” aku pusing badan menghadap kipas siling. Tak kuat iman aku nak menghadap dia lama-lama.

“Comel sangat.. nanti abang tak tahan baru tau.” Lembut tutur kata Ash tapi penuh makna.

Glurp! Aku telan air liur.

“Bulan depan kita balik Penang erh.” dia pun sama mengalih badan berbaring menghadap kipas siling.

Laaa.kenapa?” aku tanya dia macam tak puas hati. Baru nak jaga prestasi aku dekat tempat kerja.

“Kita pergi airport Bayan Lepas.”

“Buat apa?” aku tanya lagi.

“Tak ingat ke?”

“Ingat apa?”

“Nak ambik kawan la.”
“Kawan mana?” aku garu kepala yang tak gatal. Dia ni mimpi apa.. nak ambik siapa? Aku tak tahu apa-apa pun.

“Betul tak ingat?” Ash tersenyum.. dia tak ingat langsung ke fasal Aiman? Dia tak ingat atau saja buat-buat tak ingat? Dia tak ingat yang dia kata dia nak tunggu Aiman dekat airport?

Laju aku geleng kepala.

“Tak apa la..” terus Ash bangun sambil menuju ke pintu.

“Nak pergi mana?” aku tanya dia.

“Nak turun bawah kejap. Dahaga.”

Aku menghantar Ash dengan pandangan kosong. Gila apa mamat ni! Nak ambik siapa? Kawan dia ke? Kenapa aku tak tahu pun.. macam-macam la Ash ni..

************************************************************************
Yaya yang sedang membancuh air terkejut bila melihat turun menuju ke dapur. Niatnya hendak minum air terbantut. Dia memerhati Ash dari atas sampai bawah. Sumpah kacak betul mamat.

“Abang Ash nak air?” Yaya tersenyum penuh makna buat Ash.

“Aha..” satu perkataan saja yang keluar dari mulut Ash.

“Biar Yaya buatkan untuk abang..” belum sempat Yaya buat apa-apa Ash sudah bersuara.

“Ehh..tak apa.. hanya Risya saja yang tahu saya nak air macam mana..”

Wajah Yaya kelihatan hampa. Tak habis-habis Risya.. gumam Yaya di dalam hati.

“Ermm abang.. Yaya ingat nak kerja dekat sini la.. tempat abang Ash tu ada kerja kosong tak?” Yaya tarik kerusi dan duduk sambil menghadap Ash bancuh air.

“Kena tengok dulu la.. tak tahu la nak pakai orang ke tak. Bagi resume dulu la..” Ash ralit membancuh air coklatnya. Hish! Minah ni tengok orang macam nak telan. Bisik Ash sendirian.

“Tak boleh ke masuk terus?” Yaya mencuba nasib.

“Syarikat saya tak pakai kompromi, takut nanti berlagak bos pulak.”

Yaya mencebik. Nak kata aku la tu, “Kalau Yaya nak tumpang sini untuk dua tiga bulan boleh tak? Yaya ingat nak cari kerja dekat sini la.nanti Yaya bayar sewa setengah tak pun Yaya sewa bilik. Duit api dengan duit air kita kongsi la.”

Cakap macam anak dato saja minah ni.. mampu ke nak bayar sewa setengah? Ash menggeleng kepala perlahan. “Yang tu tanya Risya la.. saya tak tahu macam mana.. sebab semua hal under Risya.”

Ash yang ingin berlalu pergi di halang Yaya.. “ Duduk la sini dulu sembang-sembang.. temankan Yaya kat sini.” Yaya membuat suara menggoda.

“Tak elok duduk berdua, lagipun saya ni lelaki suami orang awak tu perempuan tak manis kalau orang nampak.” Ash terus berlalu menginggalkan Yaya sendirian.

Aku menyandar di sebalik dinding. OMG! Kenapa yaya jadi macam ni? kejutan budaya ke? Habis la laki aku. Tu la dulu sedap-sedap kata dekat sekarang ni Allah bayar terus saja. Terus aku berlari naik ke bilik.

Aku selubung badan aku dengan selimut. Aku dapat merasakan Ash datang merapati aku. Dia usap kepala aku perlahan sebelum mencium dahi aku. Selepas Ash berlalu pergi aku senyum melebar. Makin kuat cinta aku buat dia. I love you sayang.



No comments:

Post a Comment