Copyright© All Rights Reserved akubukannovelis.blogspot.com

15 Aug 2012

CERPEN : BILA BLOGGER JADI MAID RAYA SPECIAL


Aku tunggu Ash sambil tengok Tv. Janji pukul 8 dah nak balik. Ni batang hidung pun tak nampak buat penat tunggu je. Geram betul la. Baik tak payah janji nak makan luar. Benci!

Deruman kereta Audi Ash kedengaran di ruang parking kereta. Cepat-cepat aku tutup tv dan berlari panjat tangga lepas tu masuk dalam bilik.



“Darling..” aku dengar suara Ash di muka pintu. Cepat-cepat aku tekup dengan selimut.

“My darling sweetheart.” Dengar pulak suara Ash di pintu bilik.

Aku diamkan diri. Tak mahu kawan abang!

“Sayang kat mana tu?”

Hish! Boleh lagi tanya confirm-confirm la aku dekat dalam comforter ni. Alahai sayang oi.

Senyap!

Aku kira sampai sepuluh. Cukup-cukup sepuluh memang dah yakin tak ada. Aku buka comforter perlahan-lahan.

Buka-buka saja comforter tu muka Ash sambil pegang bunga ros merah ada dekat depan muka aku. terkejut aku.

“Apa abang ni!” aku marah dia tapi suara tak naik pun.

“Apa sayang ni..main sorok-sorok pulak.” Ash masih tersenyum dam sua bunga ros dekat aku.

Aku tak sambut. Aku palingkan muka dekat tempat lain sambil tarik muncung panjang.

“Merajuk ke?” dia cubit manja pipi aku.

“Tak la..suka.”

“Kalau suka senyum la. Penat abang beli bunga ros untuk sayang.”

Aku masih diamkan diri.

“Tak nak tak apa la.. abang buang la..”

Aku cepat-cepat capai bunga ros tu dari tangan Ash. Wangi. Nak cium malu.

“Merajuk lagi?” Ash pandang muka aku.

“Erm..”

“Jangan la merajuk sayang.. abang mintak maaf sangat-sangat. Client dari Jepun tu ada yang tak puas hati dengan kertas kerja abang.. sepatutnya dah habis 5 tapi lajak sampai pukul 7.. abang solat pun dekat masjid. Kesian abang kan?” Ash muncung mulut. Nak raih perhatian aku la tu.

Dalam aku marah-marah dia. Aku angguk jugak. Kesian!

“Abang mintak maaf ye.”

Aku angguk sambil tersenyum.. memang la..kalau macam ni confirm aku kalah.. suka sangat buat muka sweet macam tu. Konon handsome la.

“Lapar.” Aku cakap dekat Ash sambil muncung mulut.

“Abang masak okey?”

“Tak nak nanti abang masak maggi lagi.”

“Kita makan dekat luar okey?”

Cepat-cepat aku angguk. Makin hari Ash suka buat aku jatuh cinta. ‘selamat ke datang ke dunia penuh romantik milik Tengku Yusri Ashraf’ aku ingat lagi kata-kata ni. Alahai sayang.

********************************************************************

Esok dah puasa. Kali pertama aku puasa dengan Ash. Malam ni bermula sesi terawih aku sebagai isteri. Selama ni pergi dengan bonda, abah tak pun dengan kawan-kawan masa dekat UUM dulu.

Malam ni nak masak siap-siap esok masa sahur hangatkan balik je. Awal-awal lagi aku dah warning Ash suruh balik awal nak terawih sama-sama. Kalau tak balik siap dia. Aku merajuk lagi.

Tapi sebelum tu aku update blog dulu.

Selamat berpuasa.

Hai assalamualiakum

Sihat? Lama kan tak update blog. Maklum la dah jadi isteri..huahuhauh. okey sudah-sudah. Sedar tak sedar esok dah puasa kan? Kejap je. Rasa macam semalam baru kahwin. Konon nak feeling-feeling pengantin baru la ni. Hampeh!

Aku nak mengucapkan selamat menyambut ibadah puasa pada semua umat islam terutamanya pembaca setia blog aku..hehehe.. maaf andai tersalah kata. Menulis benda yang tak sepatutnya. Tapi korang suka baca jugakkan jangan nak menipu okey!

Tahun ni aku serah semua dekat En Tengku. Biar dia uruskan semua. Selama ni aku kan hidup sorang-sorang..sob..sob.. okey itu tipu. Maksudnya..selama ni baju raya tak de naak sama warna dengan sapa-sapa. Buat kuih pun makan sendiri. Sahur pun kadang-kadang minum air. Maklum la orang bujang. Haha

En Tengku sila sediakan duit banyak-banyak.. haha.. okey selamat berpuasa semua. Jangan lupa terawuh malam ni.. muahh..muahh

***********************************************************
Tiba-tiba aku terpandang dekat telefon. Ehh ada sms masuk la.. dua pulak tu. Dua-dua dari Ash.

I miss u so badly

Bosan la dalam meeing ni..busuk abang ni tidur ke?

Aku senyum sorang-sorang..ceh busuk dia panggil aku.

Abang la busuk.!

Aku balas balik. Tak sampai seminit dia reply

Jom dating dengan abang.

Tak nak :P

Buat la macam tu.. abang cancel meeting lepas tu abang terus balik rumah..jaga la dia.

Gatal la abang ni..

Sayang masak apa? Abang lapar.

Tak nak masak.. nak makan maggi je.

Tak elok la sayang.. makan abang nak? ;)

Gedik! Hehe..

Tak sabar nak balik rumah..nak tengok muka sayang yang comel tu.

Aku senyum. Aku terus tak balas. Terbuai dengan ayat-ayat Ash. Abang ni.. suka buat ayat romantik tau.

*******************************************************************

Hari ni hari pertama aku berpuasa dengan Ash.. kesian dia semalam pergi terawih sendiri. Aku bukan tak nak teman tapi ada hal yang tak dapat di elakkan.

Pukul 4 pagi aku dah bangun, semangat nak masak untuk suami. Pagi ni tak makan apa sangat Cuma masak ayam goreng blogger kegemaran Ash. Sambal tumis sotong kering dengan up sayur tu aje. Simple dan kenyang.

“Abang..” aku buka pintu perlahan. Nampak Ash tengah tidur dengan nyenyaknya.

“Abang bangun la.” Aku gonyang badan Ash perlahan.
“Ye.” Tu je dia jawab. Bangunnya tak jugak.

“Abang bangun la cepat.” Aku kejut lagi

“Kan dah bangun nie.”

Bangun apa kalau mata tengah tutup badan duk baring lagi atas katil. Ni yang kadang-kadang kesabaran aku tak boleh nak tahan lagi ni.

“Ooo..tak nak bangun erh.” Aku geletek badan Ash. Terus dia bangun.

“Sayang ni.. baru pukul 4.30 la.. abang masuk kerja pukul 8.30 pagi sayang.”

“Sahur la abang.” Aku senyum dekat Ash.

“Risya turun dulu nanti abang datang.”

“Tak nak abang tipu. Nanti abang tidur.”

“Kan dah bangun ni sayang.” Ash tolak confarter dan berjalan menuju ke bilik air.

Kami sama-sama menikmati hidangan sahur. Sebenarnya seronok tau masak untuk suami walaupun kita masak tak macam restoran tapi dah dapat pahala. Lepas sahur Ash tolong aku basuh pinggan dan kemas meja.

**************************************************************
Pagi tu terasa lagi nak update blog.. aku ni memang apa benda semua nak update.

Bersahur bersama suami.

Hari ni tak masak apa pun. Aku Cuma masak ayam goreng blogger (sebenarnya ayam goreng rempah tapi saja gedik-gedik nak letak nama ayam goreng blogger)


lepas tu sambal tumis sotong kerin. Bonda aku cakap nak sedap sotong ni kena buang kulit dia yang hitam-hitam tu.


 Lepas tu masak sup sayur.



En Tengku makan banyak. Tu la seronok bila dah kahwin ni kita masak suami makan. Sedap tak sedap makan jugak. Berani dia cakap tak sedap! Lagipun suami aku ni jenis tak kisah. Semua dia makan tolak batu dengan kayu je tapi badan tak gemuk-gemuk pulak.

Ok la..selamat berpuasa untuk semua...

“Jom beli baju raya.”

Aku pusing 180 darjah bila dengar ada suara Ash belakang aku.

“Aik abang bukan pergi kerja ke?”

“Bosan la pergi kerja. Jom shopping raya.”

Mak! Kerja pun boleh bosan ke? Nasib la dia ni bos..

“Abang baru hari pertama puasa dah nak shopping raya?” aku tanya macam tak puas hati.

“Yela nanti baju cantik-cantik orang dah ambik dulu lepas tu nanti confirm punya nak shopping pun tak best sebab ramai sangat orang.”

Betul jugak cakap Ash tu. Tanpa fikir panjang aku terus siap-siap nak keluar shopping dengan Ash.

*******************************************************************
Kini dah hampir dua minggu kami berpuasa dan Ash macam banyak aktiviti aku dengan Ash dan aku rasa aku makin dekat dengan dia. Makin mengenali dia dan rasa indahnya cinta Ash. Hehe.

Pagi tu aku terjaga pukul 4 pagi, macam biasa aku nak sediakan sahur tapi pusing-pusing kiri je Ash dah tak ada. Laa, pergi mana pulak. Aku turun bawah sambil ikat rambut ekor kuda. Dari atas aku dah dengar bunyi bising dekat dapur.

Abang! Macam tak percaya je Ash yang sediakan sahur hari ni.



“Selamat pagi puteri abang. Jemput duduk.” Dia tarik kerusi untuk aku.

Tiba-tiba rasa macam seronok pulak dapat di layan macam ni.

“Abang masak apa?”

“Masak telur goreng”

What! Telur goreng..siap pakai apron lagi.. Ash ni suka buat benda yang aku tak jangka.

“Lauk semalam semua abang dah hangatkan.”

Ash duduk depan aku. lepas baca doa makan terus laju je dia makan.”

“Abang tak tidur ke semalam?” aku tanya macam tu sebab nampak dia macam segar gila je.

“Tak. Sebab tu abang masak. Lagipun kesian dekat isteri abang ni, hari-hari dia kena masak untuk abang.”

Syukur aku sebab ada jugak orang prihatin dengan nasib diri aku. ni yang sayang abang lebih ni.

“Abang, lama tak jejak restoran kan?”

“Ala Risya duduk je rumah diam-diam. Lagipun ramai dekat restoran tu semua boleh percaya punya.”

“Tapi restoran tu abang yang bagi dekat Risya jadi Risya rasa macam tak best la kalau buat tak tahu je lepas tu nak harapkan orang.”

Ash tersenyum. “Lepas raya la pergi restoran sayang.”

Yela.yela.

“Malam ni jangan lupa ada majlis buka puasa dengan anak yatim.”

“Okey abang.” Aku senyum je.

Kebiasaannya macam tu la kalau tiba bulan puasa, mesti akan ada majlis buka puasa. Ash cakap ayah memang dah biasa buat macam tu bila tiba puasa.

********************************
Malam tu majlis diadakan dengan meriah sekali, bukan sebuah rumah anak yatim yang di jemput tapi 3 sekali tu tak campur orang kurang upaya dengan orang tua-tua. Anak-anak staf pun dapat duit raya.

Balik saja rumah aku terus salin baju. Mana taknya nak main mercun la. Walaupun jam pukul 11 malam tapi ia tak mematahkan semangat aku untuk main bunga api. Bukan setakat bunga api ja aku beli tapi thunderclap, mercun telur naga dengan mercun mancis. Tu je sempat aku beli. Nasib baik Ash tak tahu.

“Nak pergi mana tu Risya?” Ash tanya aku bila aku tengah capai tudung.

“Nak main bunga api..jom abang.” Aku ajak dia sekali. Dia mesti anak orang kaya yang tak main benda-benda macam ni. Confirm lah!

“Jap abang tukar baju.”

Sementara tunggu Ash tukar baju. Aku berjalan keluar duduk dekat swimming pool. Malas la nak main dekat luar, takut pulak malam-malam macam ni. Aku pun nyalakan lilin dan bakar bunga api.



Dulu masa tak kahwin lagi rajin la jugak aku main dengan adik-adik kadang-kadang sampai sahur.  Bising bonda. Kalau dekat U pulak main dengan kawan-kawan. Haha. Memang syok la.

“Ala setakat main bunga apa barang.”

Ceh berlagak! Ash dah selak-selak mercun banyak-banyak tu.

“Mercun bola mana?” dia tanya aku.

“Mana ada..”

“Ala setakat mercun budak-budak ni tak best la.”

Mercun budak-budak dia kata, tercabar aku tau.
“Abang ni..tu je yang ada bersyukur la.”

Malam tu kami main mercun sampai pukul dua pagi. Ash ni la lebih-lebih pulak mainnya. Aku ingat anak orang kaya tak main mercun. Tapi yang ni sebaliknya pulak.

Sedar-sedar dah pagi dua-dua tak sahur. Bagus! Lepas tu masing-masing nak salahkan satu sama lain. Tapi Alhamdulillah puasa jugak kami walaupun tak sahur.

********************************************************

Sayup-sayup terdengar takbir. Tiba-tiba terasa sedih sangat. Selalunya kalau pagi raya pergi sembahyang raya dengan Bonda, abah dan adik-adik. Tapi kali ni beraya dengan suami dan keluarga mertua.

Kami sama-sama sembahyang raya kemudian bermaaf-maafan di pagi raya. Tapi versi aku dengan Ash kami minta maaf dalam bilik je. Maklum la tak biasa lagi.hehe

Aku capai tangan Ash. Dia senyum pandang aku. segak betul laki aku ni. Baju raya kami sedondon berwarna hijau pucuk pisang.

“Abang Risya minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Halal kan makan minum Risya sepanjang jadi isteri abang. Mula-mula dulu Risya macam tak suka abang tapi sekarang Risya dah sayang abang. Risya minta maaf erh abang.” Aku kucup tangan Ash lembut. Tiba-tiba terasa sayu.

“Abang pun nak minta maaf dengan sayang.. abang banyak susahkan sayang suruh sayang kahwin dengan abang.. abang sentiasa maafkan isteri abang ni. Abang pun nak minta maaf sebab buat Risya jatuh cinta dengan abang.”

Aku cubit dia perlahan. Ash kucup mesra dahi aku. seketika kami berpelukan.

“Dah siap beg?”

Aku angguk.

Ash angkat luggage kami dan masukkan dalam boot belakang kereta. Kami berjalan beriringan meninggalkan rumah ibu dan balik beraya dengan bonda. Yeah!


Tamat











31 comments:

  1. huhuhuhuu..rindu ngan Ash.. omaii..Ash masak seksi wehh!! hahahaha..


    ReplyDelete
  2. zati~~

    wa..rindu dgn ash-risya..

    selamat hari raya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya jugak cik pemetik durian :)

      Delete
  3. peh peh.. sweet sangat ash ni.. kencing manis aii dibuatnya. hahaaaha

    ReplyDelete
  4. k.zzati nak duet raye taw...hahahhahah

    ReplyDelete
  5. tak tau nape ye akak baca sambil senyum sensorang!terlebih sudah.......romantik lah dek.sukenye make me hapy........

    ReplyDelete
  6. cantikkk gilosss rumahhh diorangg ~ rumahh sapee lhaa yangg bertuahh gilaaa tuhh eykk ?

    ReplyDelete
  7. wow ! best bace novel akak ! nanti buat lah lgi novel tentang ash & risya :)

    ReplyDelete
  8. baru je abis baca novel nie kali kedua... btw, good job!

    ReplyDelete
  9. akak nnt buat la bila blogger jadi maid 2....best sgt sye bace citer ni
    minta2 akak bley buat...nk beli lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. the story about them is so sweet... i hope you can do the second book of the story about ash & risya

      Delete
  10. best.... sweet giler.. snyum sngsorang hehehe...!!!!!

    ReplyDelete
  11. mane hariz mizuar? kan mizuar nak adik. ahaha

    ReplyDelete
  12. kran cerpenua gan..
    makasih banyak buat informasinya gan..

    ReplyDelete
  13. http://pelangipoker168.blogspot.com/2017/05/muncul-petisi-bebaskan-ahok-di-amnesty.html
    http://beritaterupdate168.blogspot.com/2017/05/menuju-motogp-italia-rossi-kembali.html
    http://ceritapelangi97.blogspot.com/2017/05/dikendalikan-dari-rutan-mahasiswa-dan.html
    http://pelangipunyacerita168.blogspot.com/2017/05/juara-dunia-motogp-2006-nicky-hayden.html
    http://kisahhpelangi.blogspot.com/2017/05/cabuli-2-bocah-pemuda-pengangguran-di.html

    ReplyDelete
  14. http://coolairr.blogspot.com/2017/05/serangan-di-marawi-tewaskan-1-polisi.html
    http://fireflieszs.blogspot.com/2017/05/kendala-polisi-tangani-korupsi-dan.html
    http://qqmerah168.blogspot.com/2017/05/pelaku-serangan-bom-di-konser-ariana.html
    http://room168ct.blogspot.com/2017/05/hasil-tes-kesehatan-10-tersangka-pesta.html

    Masih Bingung Mencari Situs Poker Online Yang Bisa Di Percaya ?
    Perkenalkan Kami Adalah Agen Poker Terpercaya .
    Menang Berapa Pun Akan Kami Bayar !!
    Nikmati Fasilitas Exclusive Dari Kami :
    Proses Transaksi Yang Cepat Dan Super Mudah .
    Minimal Depo & WD Terjangkau , Cuma 25Rb .
    Kartu Di Meja Juga Lebih Ringan !!
    Dapat Kan Tips & Trick Yang Super Jitu Dari CS Kami ..
    Mudah Di Akses Dari Berbagai Gadget .
    Layanan CS Yang Ramah Dan Online 24 Jam Setiap Hari Nya .
    Jangan Pusing Lagi Boss .
    Bermain lah Dengan Santai Dan Tenang Bersama Kami .
    Kembang Kan Hobi Anda Dan Warnai Hidup Anda Bersama Kami .
    ( QQmerah.com )

    ReplyDelete
  15. Dapatkan Penghasilan Tambahan Dengan Bermain Poker Online di www,SmsQQ,com

    Keunggulan dari smsqq adalah
    *Permainan 100% Fair Player vs Player - Terbukti!!!
    *Proses Depo dan WD hanya 1-3 Menit Jika Bank Tidak Gangguan
    *Minimal Deposit Hanya Rp 10.000
    *Bonus Setiap Hari Dibagikan
    *Bonus Turn Over 0,3% + 0,2%
    *Bonus referral 10% + 10%
    *Dilayani Customer Service yang Ramah dan Sopan 24 Jam NONSTOP
    *Berkerja sama dengan 4 bank lokal antara lain : ( BCA-MANDIRI-BNI-BRI )

    Jenis Permainan yang Disediakan ada 8 jenis :
    Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker - Bandar 66

    Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi Kami Di :
    WA: +85577773548
    Skype: SANTI WINATA888@GMAIL.COM

    KALAU MINAT DAFTAR CHAT WA AJA AKU YAH ALL

    WELCOM : WWW . SMSQQ . COM

    I SANTI WINATA BIG BOS SMSQQ

    ReplyDelete
  16. Thanks for sharing, nice post! Post really provice useful information!

    FadoExpress là một trong những top công ty chuyển phát nhanh quốc tế hàng đầu chuyên vận chuyển, chuyển phát nhanh siêu tốc đi khắp thế giới, nổi bật là dịch vụ gửi hàng đi nhậtgửi hàng đi pháp và dịch vụ chuyển phát nhanh đi hàn quốc uy tín, giá rẻ

    ReplyDelete