Copyright© All Rights Reserved akubukannovelis.blogspot.com

27 Sep 2012

BILA BLOGGER JADI MAID 24


Subuh-subuh lagi kami sudah ke Prince Court Medical Centre, khabarnya kak Airin dah selamat melahirkan anak. Anak lelaki ke perempuan itu aku tak tahu sebab Yusra yang telefon Ash dan Ash pun datang bilik aku bagitahu.

Masa kaki aku jejak saja Prince Court aku macam tak percaya. Waw! Terpaku aku sekejap, macam hotel kut. Mesti siapa yang duduk sini tak nak balik ni. Kalau aku pun rela duduk sini terus.

Kami ke bilik yang menempatkan kak Airin, aku rasa bilik yang kak Airin duduk ni pun mau dekat beribu ni.

Masa kami datang kak Airin sedang nyenyak tidur. jelas muka kepenatan di wajah Kak Airin. Aku tengok ibu dan ayah la orang paling happy sekali, maklum la cucu pertama.

“Abang Yuzril nak bagi nama apa ni?” Aku pandang bayi lelaki comel dalam kendongan ibu.

“Tengku Mohd Saiful Akmal. Macam mana okey tak?” Abang Yuzril tersenyum.

Jelas terpancar wajah kegembiraan dekat muka Abang Yuzril. Tiba-tiba naluri aku melonjak-lonjak nak ada bayi sendiri. seronok tengok kak Airin dah ada bayi.

“Risya nak pegang?” ibu sua dekat aku bayi yang seberat tiga point tiga itu.

Aku geleng laju. “Tak nak la Risya tak reti, lagipun lembut lagi tengkuk baby tu.. tak berani la.”

“Pegang la sayang.” Ash sudah duduk di sisi aku.

“Tak nak la takut.” Aku ni teringin pun ada takut pun ada. Kalau anak sendiri aku tak kisah tapi masalahnya ni anak orang.

“Bak la Ash pegang ibu. Nama aje perempuan nak pegang baby pun takut.” Ash ambik bayi tu dari dakapan ibu.

Amboi mengata dekat aku ikut sedap mulut dia saja ni.

“Ala sayang pakngah ni..” Ash cium lembut pipi bayi lelaki itu.

Terasa sifat seorang bapa dalam diri Ash. Aku tersenyum kecil.

“Kenapa Risya gelak?” ayah yang tengah duduk di sofa menegur aku.

“Haa.. mana ada ayah ni..” macam mana la ayah boleh nampak pulak ni?

“Kamu tak teringin ke Ash? Ayah tengok Risya tu macam tak sabar aje.”  Ash yang ralit mencium bayi tersebut tersentak.

Ash tengok aku kemudian tersenyum.

“Bukan Ash tak nak ayah tapi tak puas nak honeymoon lagi ni.” Ash kenyit matanya ke arah aku.

Fuh! Ada back up baik punya ni.

“Kamu tu ayah tengok sibuk memanjang..”

“Sibuk nak cari duit ayah, Ash ni ada isteri lepas ni ada anak. Kena la kerja kuat sikit.”

Aku pandang Ash, ye ke sibuk? Aku tengok tak pun.

“Lepas ni ibu nak cucu dari Risya pulak. Boleh?” ibu pulak buka mulut. Permintaan ibu ni kena buat aku fikir dua tiga kali ni.

“Err.. ibu tanya la Ash.” Aku tuju pulak pertanyaan tu dekat Ash. Biar la dia yang jawab. Aku tak nak masuk campur.

“Haa.. Ash.. macam mana?” ibu tengok Ash.

“Ala bu.. bagi kami bercinta dulu. Risya ni muda lagi nanti sepuluh cucu pun dia boleh bagi dekat ibu.”

Hampir terkeluar biji mata aku dengar ayat Ash tu. wei! Sepuluh orang tu.. ingat kucing ke? Sekali keluar tiga empat ekor.

“Kalau boleh bagi la cepat-cepat.. ibu teringin sangat.” Ibu pegang tangan aku.

Ibu Risya pun teringin juga tapi Risya malu. Ayat tu hanya mampu aku cakap dekat diri sendiri aje.

Dari tadi aku rasa teringin nak pegang baby tu.  kali nie aku betul-betul dah tak tahan.

“Abang bagi baby tu.” kali ni aku memberanikan diri. Aku ambil posisi Ash pegang bayi tersebut.

Kali ni aku betul-betul rasa sifat keibuan. Seronoknya kalau dapat pegang anak sendiri macam ni. Aku kucup pipi bayi lelaki milik kak Airin dan abang Yuzril. Mata dan mulut macam kak Airin tapi hidung dan kening macam abang Yuzril.

“Risya teringin ke?” Ash berbisik lembut di telingan aku.

Aku tersenyum. takkan nak angguk kut. Malu la.

“Kenapa pipi Risya merah ni?” Ash cubit pipi aku.

“Heyp!” aku mengelak.

“Nak baby tak?” Ash tanya lagi.

Aku tersenyum kemudian aku angguk perlahan. Uwaa.. malunya rasa macam nak letak muka aku dalam almari saja ni. Aku kemudian pergi ke kak Airin yang baru terjaga, dia mesti nak tengok baby dia. Dalam pada aku serahkan baby dekat kak Airin. Mata aku berlaga dengan mata Ash. Alamak! Terkena panahan cinta ni.

**********************************************************************
Petang tu aku sempat up date blog aku, disebabkan naluri keibuan aku masih tak luntur lagi, aku pun tulis blog mengenai wanita yang melahirkan anak.

Wanita yang melahirkan anak.

Assalamualaikum, hello korang. Sihat ke? Risya harap korang sihat la erh. tadi Risya pergi tengok biras Risya dapat anak. Ya Allah comel sungguh anak diorang tu.

Ada beberapa hadis nabi untuk wanita yang bergelar ibu.
Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.
Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t
Untungkan jadi perempuan ni? Selamat beramal.

Aku baru rasa nak baring-baring lepas up date blog terdengar pintu bilik di ketuk. Aku berjalan ke pintu. Ash terpacar di hadapan pintu sambil tersenyum.

“Risya pergi siap erh nanti pukul lapan kita keluar.”

Aku tengok jam di dinding. Baru pukul lima, sempat kut tidur kejap.

“Nak pergi mana?” aku tanya Ash balik.

“Pergi dinner. Jangan lupa pakai cantik-cantik tau.” Ash sempat berpesan sebelum berlalu ke dalam biliknya sambil bersiul-siul kecil.

Lepas balik dari Prince Court tadi aku terus masuk bilik. Nasib dekat sana tadi dah makan. Malu tau tak, aku pergi mengaku aku nak baby. Mesti Ash fikir bukan-bukan pasal aku kan.

Aku loncat atas katil kemudian tutup muka dengan bantal. Aku malu tau tak.

*********************************************************************
Kami berjalan masuk ke Bora Asmara. Aku pernah dengar nama tempat ni. Tapi tak pernah datang. Ni kali pertama aku jejak kaki dekat Bora Asmara ni.

Ash tarik kerusi untuk aku duduk. Ash buat candle light dinner rupanya. Siap ada aluanan muzik sunda lagi. Ash ni suka buat aku jatuh cinta dengan dia.

Ash duduk di depan aku sambil tersenyum. ramai juga mata yang memandang kami. Kadang-kadang rasa malu, kadang-kadang rasa bangga. Nasib baik tempat ni jauh sikit dari pandangan orang.  Tapi aku tak sangka yang Ash boleh jadi sampai macam  ni. Dulu aku kenal dia, macam kerek aje. Sekarang ni macam terlebih romantik dan manja la pulak.

Sejak sampai hingga dah habis makan Ash sikit pun tak buka mulut, matanya dua puluh empat jam pandang aku lepas tu rersenyum. Aku pulak bukan tak nak sembang dengan dia tapi alunan muzik sunda tu buat aku rasa nak tidur la pulak.

“Risya..” Ash tolak pinggan sticknya ke hadapan.

Aku yang tengah mengelap tisu di bibir tersentak. Aku pandang Ash sambil jungkit kening.

Ash sua bunga tulip warna pink putih dekat aku. Eh! Mana datang pulak bunga ni.

Aku tersenyum menyambut huluran bunga tulip dari Ash. Mana dia tau aku suka bunga tulip ni? Terima kasih Ash.

Kemudian Ash datang melutut dekat aku. Aku terkesima. Biar betul Ash ni.

Dia capai tangan aku. “Hanis Arisya sudikah Risya menjadi permaisuri di istana hati abang? Dan sudikah Risya menerima syurga Jannah yang telah abang sediakan untuk Risya di akhirat nanti?”

Ash mengucup tangan aku.

Aku macam tak percaya dengan apa yang Ash cakapkan tu. betul ke ni Ash. Ada tak siapa-siapa nak tolong cubit aku? Tak pun meh tampar aku laju-laju.

“Risya. Abang tahu abang tak sempurna kalau abang minta Risya tolong sempurna hidup abang. Abang tak minta banyak sayang. Abang Cuma minta sayang sudi bersama-sama abang mendapat keredhaanNYA. Kita bina hubungan yang baru sayang. Tapi andai kata Risya tak sudi bersama abang, abang pasrah dan redha mungkin sebab abang tak sesuai untuk wanita suci macam Risya ni.”

Aku letak tangan dekat mulut Ash. “Abang jangan cakap macam tu. Risya sudi bersama-sama abang dunia akhirat. Risya dah lama buka pintu hati Risya untuk abang Cuma kadang-kadang Risya tak pasti. Risya minta ampun sebab buat abang tertunggu-tunggu. Ampunkan Risya abang.”

Aku cium tangan Ash. Aku rasa syahdu sungguh malam ni hingga air mata aku menitis pun aku tak perasan. Aku tak sangka aku akan dapat suami yang macam Ash ni. Syukur Ya Allah.

Ash cium dahi aku, kemudian dia keluarkan sesuatu dari kocek seluarnya.

“Ni untuk Risya dari abang untuk sayang.” Ash kalungkan rantai yang tertera huruf ‘A&R” di leher aku.

“Tapi Risya tak ada apa-apa untuk abang.” Aku  tundukkan muka.

“Sayang cukuplah Risya terima abang sebagai suami  sayang. Itu la hadiah paling bermakna buat abang dalam dunia ni.” Ayat Ash tu buat aku sekali lagi jatuh cinta.

Air mata yang tak henti-henti mengalir Ash sekat dengan tangannya. “I love you.”

Aku balas balik “I love you too sayang.”

Malam tu aku rasa seperti bidadari, tak sangka Ash akan buat macam ni dekat aku. Aku betul-betul terharu sangat-sangat. Mulai hari ni aku ni official milik Ash. Semoga kebahagian menjadi milik kami.

***********************************************************************
Aku ingatkan malam tu dah habis macam tu sahaja. Rupa-rupanya dia bawa aku pergi Redbox. Kami pun apa lagi hentam la sampai sepuluh lagu. Nasib baik aku dah berhenti kerja. Jadi tak payah la bangun awal.

“Sayang di sebabkan ni lagu terakhir, abang tujukan lagu ni buat sayang. Dengar baik-baik tau.”

Tuhan memberikanku cinta
Untuk ku persembahkan hanyalah padamu
Dia anugerahkanku kasih
Hanya untuk berkasih berbagi denganmu

Atas restu Allah ku ingin milikimu
Ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
Restu Allah ku mencintai dirimu
Ku pinang kau dengan Bismillah

Hampa terasa bila ku tanpamu
Hidupku terasa mati jika ku tak bersamamu
Hanya dirimu satu yang aku inginkan
Ku bersumpah sampai mati hanyalah dirimu (hanyalah dirimu)

Atas restu Allah ku ingin milikimu
Ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
Restu Allah ku mencintai dirimu
Ku pinang kau dengan Bismillah

Atas restu Allah ku ingin milikimu
Ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
Restu Allah ku mencintai dirimu
Ku pinang kau dengan Bismillah

Aku tersentap macam tak percaya apa yang Ash nyanyi ni. Tapi aku tetap bersyukur sebab di kurniakan suami macam Ash ni. Dia la racun dan dia juga la penawarnya. Tapi apa-apa pun aku tetap bersyukur. Terima Kasih ya Allah atas kurniaan Tengku Yusri Ashraf untuk aku. Selamanya akan aku cinta dan sayangi dia sepenuh hati.

Semoga cinta kami kekal hingga ke akhir nafas. Amin.



 *bersambung......