Copyright© All Rights Reserved akubukannovelis.blogspot.com

15 Mar 2013

cerpen : Nasi Goreng Cina





Hai nama aku Siti, Siti Zulaikha umur aku baru 17 tahun, aku bersekolah di Sekolah Kebangsaan Cina Chung Ling Butterworth. Kenapa sekolah cina? Entah la dah mak aku hantar aku sekolah cina aku masuk saja la. Jangan ingat sekolah cina tak ada pendidikan islam. Ada la cumanya kami kena adakan kelas khas sebab bilangan pelajar melayu dekat sekolah ni sikit gila. Maklum la sekolah cina. Lagi satu aku suka makan nasi goreng cina. Eh, bukan sebab aku sekolah cina tapi dah aku suka makan nasi greng cina nak buat macam mana.

Sampaikan mak aku cakap. ‘Siti hang ni asyik duk makan nasi goreng cina saja, dapat kahwin dengan apek cina baru hang tau’. Eh mak aku ni ke situ pulak,tapi okey jugak sekurang-kurangnya anak wa muka mix maaaa.. haiya!

Kring…..

Jam sekolah menunjukkan pukul  7.30 pagi. Aku selaku pengawas melayu senior dekat sekolah ni macam biasa akan pegang pen dengan kertas dan akan berdiri di depan pagar sambil buat muka garang ehhh tapi dalam hati ada taman tau.

Seperti biasa bila jam sudah lebih pukul 7.35 pagi aku pun akan tutup pintu pagar sekolah.

“Ehh siti, siti jangan tutup lagi la.”

Haaa..ni sorang trouble maker dekat sekolah nie, nama dia Bryan Lim. Hari-hari datang lambat aku pun tak paham apa masalah dia.

“Apasal lu lambat?” aku dah pegang pen nak tulis nama dia.

Wa punya mak la, dia lupa Wa sekolah hari nie ma..” dia tersengih-sengih dekat depan aku.

Lu punya mak aaa? Jangan tipu la apek.. bagi nama you.” Aku dah buat muka garang.

Tak baik la guna nama mak. Dah tau nak sekolah kunci la jam sendiri, bukan budak kecik lagi. Dah boleh kahwin dah pun.

Lu punya boyfriend sendiri pun tak tahu ke nama?”

Rasa nak lempang-lempang saja apek depan aku nie.

“Bila masa hang jadi boyfriend aku?”

“BIla-bila masa yang awak suke le..”

Haish apek nie, tanpa berlengah-lengah aku terus tulis nama dia atas kertas.

“Number telefon tak mau ke?” dia tanya aku lagi.

Aku tengok dia sekali imbas sambil mata aku jelingkan.

“Tak mau la,pi la masuk kelas, pagi-pagi dah kacau orang.” Aku terus berlalu tinggalkan dia sensorang dekat pintu pagar.

Bryan Lim nie nak kata handsome sangat macam muka filmstar tu tak la, tapi dalam kalangan cina-cina dekat sekolah nie memang dia hot gila la kan. Tapi aku tak paham hari-hari suka cari masalah dengan aku.

Dari datang sekolah sampai balik sekolah. Tak habis-habis dengan masalah. Tapi dia ni pandai, budak sains steam.. fizik, kimia, bio semua dalam kepala otak dia, hang tanya saja apa pun semua dia boleh jawab lagi satu dia nie power add math dengan akaun. Fuh! Aku pun tak tahu dia nie pakai otak apa. muahahaha.

*********************************************************************

Macam biasa bila time rehat, aku selaku pengawas yang berwibawa lagi berwawasan akan merayap-rayap dekat kawasan sekolah. Budak-budak nie bukan boleh harap sangat, dalam kelas pun boleh makan.

Aku berjalan di kawasan bangunan lama sekolah. Sampai satu lorong aku terdengar suara perempuan teresak-esak menangis. Aku dah pucat sambil berdiri terpacak, terkaku dan terkelu. Antara nak lari tak pun nak pi tengok dulu apa benda yang menangis.

Makin lama makin kuat perempuan tu menangis aku dah cakap dalam hati nak lari. Elok aku pusing nak lari aku terdengar suara lelaki cina bercakap-cakap.

What the Fuck!.”

Oit! Siapa yang mencarut tu ha? Kaki aku melangkah menghampiri ke belakang bangunan. Nah! Tertera muka Bryan Lim dengan Quat Lik Ling. Bryan tersentak bila nampak muka aku.

“Woi Bryan, hang buat apa dekat dia nie?” aku bercekak pinggang sambil mata tak lepas pandang Quat Lik Ling yang tengah lap air mata dengan tisu.

Wa tak buat apa-apa la. Saya jadi penasihat cinta ma.” Byran berjalan ke arah aku.

“Tipu! Orang semua tengah rehat hang duk ambik kesempatan. Lik Ling kenapa tak makan? You jangan layan Bryan nie, dia nie tak betul.” Aku paut tangan dekat bahu Lik Ling. Dalam masa yang sama cuba tenangkan dia.

Aku tahu dia ada masalah dengan teman lelakinya. Mungkin kerana Byran nie rapat dengan teman lelaki Lik Ling maka, Byran orang yang tepat untuk Lik Ling luahkan perasaan.

“Jangan cakap boyfriend sendiri tak betul. Lik Ling tak ada selera makan la. Wa puasa ma, senang nanti kahwin dengan lu tak payah nak ajar husbang lu puasa.” Byran tersengih.

Aku mencebik. Besar sungguh angan awak ye inchik Bryan Lim!

**********************************************

Aku memandang siling bilik sambil memikirkan hal Byran Lim.

“Saya suka awak. Betul-betul suka awak. Saya cintakan awak. Tolong la siti. Saya betul-betul cintakan awak.”

Hampir saja aku mahu ketawa. Bila anak cina nak cakap melayu kelakar pulak bunyinya.
“Saya bagi awak tempoh sampai esok. Saya suka kamu Siti.”

Naik sesak otak aku dengan si anak cina seorang nie. Boleh pulak luahkan perasaan suka dekat aku masa balik sekolah semalam.

Nak terima ke tak? Ish.. payah la macam nie. Orang tengah sibuk nak SPM dia pulak sibuk duk mengorat aku.

Setelah berfikir panjang akhirnya kata putus telah di buat. Aku harus memberitahu Bryan esok.

Pagi-pagi lagi Byran tercongok dekat pagar sekolah. Aik dah tukar jadi pengawas ke apa? Awal betul la sampai.

“Darling, kenapa datang lambat sangat nie? aku sudah rindu sama kamu.” Bryan tersengih.

Mentang-mentang datang awal berlagak dia nie.

“Saya sudah pikir semalam. Okey saya terima tapi…”

“Yes! Yes! Yahoo…”

Belum sempat aku nak cakap lebih-lebih dia dah melompat-lompat keseronokkan. Beberapa pelajar yang sampai awal pun turut sama pelik melihat sikap Bryan.

“Apek! Saya belum habis cakap lagi la.” Aku cepat-cepat pintas dia nanti kang lagi teruk dia melompat.

“Okey.. okey.. cepat sayang cakap.”

“Saya tak mahu kamu warna rambut, lagi satu saya tak mahu kamu buat masalah lagi di sekolah. Boleh?”

“Boleh sayang.” Masih tak lekang senyuman di bibir Bryan.

“Okey kalau macam tu, pergi masuk kelas cepat.” Aku memberi arahan.

Byran terus meninggalkan aku dengan senyuman di bibir. Sesekali aku rasa kepurtusan aku nie macam tak betul pulak. Tapi nak buat macam mana keputusan dah keluar. Alahai.

************************************************

Selepas bercinta dengan si Bryan Lim aku dapat rasakan perubahan ketara perangainya. Selalu datang awal, kurang buat masalah dan yang pasti Byran Lim sekarang adalah pelajar harapan sekolah untuk dapat straight A.

Kadang-kadang bangga jugak aku dengan Bryan Lim nie. Tak sangka lepas bercinta peangai dia berubah jadi yang terbaik. Dan yang pasti dia sekarang tengah beusaha masak nasi goreng cina kegemaran aku. Hehe.

“Esok jadi tak?” Bryan Lim duduk di hadapan aku.

Aku yang tengah buat ulang kaji sikit-sikit dekat perpustakaan ni terus angkat kepala pandang dia.

Esok sabtu, esokkan ada program dengan budak kelas, picnic di batu feringgi.

“Aha jadi la.” Mesti la jadi sebab aku yang kena urusan bahagian makanan.

“Esok tak sabar nak habiskan masa dengan awak.” Dia tersengih. Sengih gatal.!

“Awak budak kelas lain, mana boleh ikut.”

“Eh saya dapat jemputan mesti la boleh pergi.” Dia tarik buku antologi di hadapan aku.

“Mesti tak best sebab awak ada, tak boleh nak cuci mata. Jangan la pergi. Pleaseee.” Aku tarik balik buku antologi tu.

“You cakap macam tu terus I rasa nak pergi.”

Kami main tarik-tarik buku dalam perpustakaan. Aku senyum dalam diam.

“Pergi la, jangan lupa bangun awal.” Aku ingatkan dia sebelum bangun untuk simpan buku di rak.

Aku dan Bryan Lim sama-sama keluar dari perpustakaan dan berjalan keluar untuk pulang.

“Esok saya ambik awak dekat rumah ye.”

Kami jalan beriringan.

“Eh tak payah la, saya suruh ayah saya hantar.” Aku senyum sambil pandang dia.

Dari jauh aku nampak kereta mama sedang tunggu aku di luar pagar sekolah.

“Jumpa esok Bryan. Bye.”

Aku terus berjalan tanpa mengalihkan pandangan ke belakang. Ucapan I love you yang Bryan Lim ucapankan pun aku tak balas.

Depan-depan malu. Kalau dalam sms tak pun masa  Bryan call berani jugak aku. Hehe

*********************************************************************
Pukul 9 pagi kami bertolak dari sekolah. Dengan bus sekolah yang memuatkan 30 orang pelajar kami betolak ke batu feringgi.

Semuanya idea Cerlyn dia yang mahu kami habiskan masa bersama-sama sebelum SPM bermula. Lagipun sekarang la masa yang sesuai SPM akan bermula lagi seminggu. Masa yang dihabiskan dengan mengulang kaji pelajaran kami habiskan sedikit dengan kawan-kawan.

Sampai di Batu Feringgi, kami pilih tempat yang sesuai untuk buat BBQ, main waterspot dan mandi-mandi.

Bryan Lim tolong aku keluarkan makanan dari perut bus. Hari ni dia asyik berkepit saja dengan aku. Sedikit sebanyak aku nampak sifat romantic milik Bryan Lim yang dia sorokkan dengan perangai nakalnya itu.

Nasi goreng cina, sate, kek coklat, ayam untuk di buat BBQ, sosej, air berkarbonat, buah-buahan semua di susun satu persatu.

“You all nak makan dulu ke nak main dulu?” aku tanya semua-semua yang ada.

“Main.”

“Makan.”

“Mandi.”

Mereka jawab serentak. Aku garu kepala.

“Okey la. Okey la. Siapa nak makan boleh makan dulu.” Aku terus susun-susun.

Nasib baik budak-budak lelaki kelas aku baik-baik. Mereka yang tolong hidupkan api untuk membakar ayam dan sate. Maklum la mereka nie ahli pengakap mesti la tahu buat benda-benda macam nie.

Aku ceduk nasi goeng cina. Tiba-tiba Byran Lim duduk di tepi aku sambil tersenyum-senyum.

“Nak.!” Dia sudah buka mulut minta aku suapkan.

Aku tampar pipi dia dengan sudu. Dia ketawa.

“Main-main saja la. Sayang masak ke nasi goreng nie?”

“Tak la. Yang nie order dekat jiran sebelah, yang nie sayang yang buat cuba rasa.” Aku beri Bryan Lim sepotong kek coklat.

Dia makan kek coklat sambil pandang aku.

“Betul sayang yang buat?” dia tanya aku minta kepastian.

Aku angguk perlahan. Kenapa tak sedap ke?

“Kalau macam nie, nanti saya bagi sayang modal, sayang buka kedai kek nak?” cadangan di lontarkan oleh Bryan Lim.

“Tak mahu la, saya suka buat tapi tak suka jual. Jom duduk atas batu tu.” aku bangun sambil bawak nasi goreng cina dan air.

Bryan pulak bangun sambil bawak kek dan air. Kami duduk di atas batu yang agak besar. Sambil melihat pemandangan di lautan dan kawan-kawan yang seronok duk main banana boat dan parasailing.

“Nie untuk sayang.” Dia sua aku satu kotak kecil.

Aku letak nasi goreng cina dan buka kotak tersebut. Rantai!

This is for what?” aku tanya dia.

This is for our relationship. Anything happen to us, I want you to keep this thing. Promise?” dia pandang aku.

Promise.” Aku masih pandang rantai yang sudah berada di tangan aku. Cantik.

Ada orang bercinta la.” Satu suara menjerit dari arah laut.

Aku dan Byran Lim pandang ke arah tempat yang sama. Sam Wing.

“Tak lama lagi dapat anak la.” Lai Fong pulak menyampung.

Tak kahwin terus dapat anak? Haish.

Aku hanya tersenyum. Budak-budak nie bukan boleh layan sangat. Nanti lain pulak jadinya.

********************************************************
Sebulan sudah tamat SPM. Ada yang bekerja sebelum dapat keputusan. Ada yang duduk di rumah dan ada yang pergi PLKN. Macam aku, aku duduk saja di rumah. Mama dengan ayah tak bagi aku kerja.

Aku terfikir soalan Bryan Lim semalam.

Sayang punya family boleh terima tak orang cina jadi keluarga.

Aku balas balik dengan mengatakan mama dan ayah tak kisah. Bila aku tanya dia kenapa. Dia diam tak balas apa yang aku tanya. Rasa tak sedap hati pulak. Apa kena dengan mamat nie.

Malam nie aku tekad untuk hubungi Bryan.

“Sayang ada mana?” aku tanya dia sebaik saja dia cakap helo.

Ada dekat tokong, bawak mummy datang sembahyang.”

Aku memerhati gambar kami berdua yang aku framekan. Gambar masa di batu feringgi. Gambar candid.

“Habis, You tak sembahyang ke?”

Aku dengar ketawanya dihujung talian.

“Eh sayang, nanti I call you balik, jangan tidur lagi tau.” Dia terus matikan talian.

Aku hanya tersenyum. 15 minit lepas itu Byran call aku balik. aku angkat panggilannya dengan senyuman yang melebar.

“Sayang I nak cakap sesuatu dengan you nie.” kedengaran serius bunyi nada Byran.

Aku pegang dada. Tiba-tiba rasa berdebar. Mungkin ada yang tak kena.

“Mummy sudah tahu pasal kita, mummy tak beri I convert masuk islam. I don’t know what to do. I love you and I love mummy too.”

Aku mengeluh dalam diam. Aku tahu perkara begini pasti akan jadi. Tapi aku tak jangka begitu awal sebegini. Aku betul-betul tak sedia.

Then what should we do?” aku tanya dia balik. aku jadi bengong, tak boleh fikir.

“I tak tahu, I betul-betul sayangkan you. You are my first love sayang.”

I love you too, tapi awak kena dengar cakap mummy awak.” Aku pandang gambar kami dengan muka pasrah, muka nak menangis.

What do you mean?” sedikit keras suaranya.

Aku diam.

Let..let’s break.” Kata putus sudah aku keluarkan.

Mahu tak mahu kami terpaksa menerima kenyataan. Kami bukan bangsa yang sama. Kami juga bukan dari agama yang sama.

Impossible!”

This is not impossible. Listen to me, awak masih muda lagi. You need your family. Kalau ada jodoh kita pasti akan bersama lagi.” Pap! Talian terus aku matikan.

Aku menangis sepuas-puasnya. Kenapa masa ini datang terlalu awal. Terlalu awak untuk aku kenal erti cinta. Terlalu awal untuk aku merasai kasih sayang dan cinta. Malam yang sejuk dengan hujan yang lebat membuatkan aku memangis semahu-mahunya.

Hujan yang lebat ini memberitahu bahawa hati aku yang menangis juga selebat ini. Aku biarkan panggilan dari Bryan tidak terjawab. Aku mahu tamatkannya sekarang. Aku mahu dia lupakan aku.

Cinta kerana tidak direstui amat sakit dari cinta yang dikhianati. Kita harus berpisah kerana keluarga dan bukan kerana orang ketiga.

Bryan I am so sorry!

***************************************************************

7 tahun kemudian.

Ketibaan aku dari bumi kanggaru di sambut mesra oleh sanak saudara dan kaum keluarga.

“Mak….” Seorang kanak-kanak kecil berusia hampir dua tahun berlari mendapatkan aku.

“Faris.” Aku peluk faris sebelum aku cium dia berkali-kali. Rindu sungguh pada anak kecil ini.

“Mak nak opok.”

Aku tersenyum. Petah sungguh bicara kanak-kanak ini. Sering saja  minta aku belikan dia keropok.

“Nanti mak ambik ye.” Aku cium dia lagi.
“Sudah..sudah.. Faris jangan la panggil makcik mak.. habis jatuh saham makcik tu.” Aku tersenyum kecil.

Kak Anim mengambil Faris dari dukungan aku. Si comel Faris ni susah sungguh mahu memanggil aku makcik sebaliknya dia panggil aku mak. Agaknya mudah dan ringkas untuk kanak-kanak sebenar dia untuk bertutur.

Kami beriringan keluar dari KLIA. Sudah enam tahun aku menetap di bumi kanggaru. Belajar di bahagian ekonomi rasanya bumi kanggaru adalah yang terbaik.

“Mak, Siti nak pergi wash room kejap.” Aku berjalan sendirian ke wash room.

Sambil berjalan aku melihat seorang anak kecil merengek-rengek meminta ibunya membelikan dia coklat. Tanpa sedar aku terlanggar bahu seseorang. Nasib baik tak jatuh.

“Sorry.” Aku meminta maaf tanpa melihat wajah lelaki terbabit.

“Its okay.”

Aku angkat kepala. Aku kenal suara ini. Suara yang hilang tujuh tahun dulu.

Aku kaku.

Dia sudah berubah, pakaian casual sambil bercermin mata berbingkai hitam. Dia sudah berubah. Penampilannya tampak berbeza.

“Byran faster.. !”

Aku dengar suara perempuan menjerit. Aku kembali ke alam nyata. Dia berlalu. Sekali lagi dia menoleh kemudian tersenyum.

Aku tidak jadi ke wash room.

“Cepatnya.”

“Tak jadi la pulak.” Aku sengih dekat mak.

Fikiran aku kembali melayang kepada Bryan. Bryan Lim yang aku rindui. Tertanya-tanya aku, dia mahu kemana dan siapa perempuan itu? Isterinya?

Ya, aku harus lepaskan dia pergi, dia sudah punya pengganti aku.

***************************************************************

Hari ini hari pertama aku melaporkan diri sebagai pegawai analisa ekonomi di salah sebuah syarikat taman tema terbesar di Malaysia. Aku bernasib baik sebulan balik dari Australia, aku sudah diterima bekerja.

“Cik Siti Nadirah?”

Aku tersenyum bila ada seorang gadis memanggil nama aku.

“Ya saya.” Aku bangun sambil memegang beg tangan.

“Jom ikut saya, kita jumpa dengan Datin Jenny dulu.”

Aku ikut langkah gadis tersebut dari belakang. Tiba di dalam bilik Datin Jenny aku ditinggalkan. Gugup.

“Cik Siti Nadirah? Have a seat.” Datin Jenny tersenyum memandang aku.

“So, apa khabar?” Datin Jenny tanya aku lagi.

Aku tak lepas memandang Datin Jenny. Mungkin usianya dalam lingkungan 40 an tapi tetap kelihatan menawan. Mungkin juga boleh dinobatkan sebagai usahawan wanita tercatik di Malaysia.

“Baik, Datin.”

Tangan aku di capai Datin Jenny. Dia membawa aku ke sofa. Aku dihidangkan dengan Chinese Tea. Walaupun aku kurang gemar kerana rasanya amat tawar namun aku gagahkan jua.

“Kalau hendak kahwin dengan orang cina, kita kena pandai minum Chinese Tea.”

Aku tersenyum. Ah, mungkin Datin Jenny melihat aku teragak-agak untuk minum tadi.

“Saya akan hantar awak ke Pahang, saya mahu awak duduk di sana untuk melihat kedudukan kewangan kita pada tahun hadapan. Saya mahu awak siapkan satu kertas kerja untuk penambah baikkan theme park kita. Lagi satu, saya mahu awak anggarkan sasaran untuk tahun akan datang. Tahun lepas kita untuk 4.5 Billion. Kalau boleh saya mahu tahun depan untung tinggi lagi. Boleh?”

Aku angguk perlahan. Berat tanggungjawab aku. Ingatkan kerja biasa-biasa saja.

“Untuk sementara waktu ini, saya hanya pengganti bos awak. Bos awak sudah ada di Pahang.”

“Habis Datin bukan tuan punya theme park nie la ye?” aku tanya lagi minta kepastian.

“Bukan. Saya hanya penjaga amanah sahaja. Kereta dan tempat semua disediakan. Kalau boleh esok awak dah boleh bertolak ke sana. Driver akan ambik awak esok pagi.”

Aku angguk perlahan, kerana rasa macam tak betul saja aku kerja disini? Aku ambik kertas kerja tahun lepas dan tahun sebelumnya untuk buat rujukan. Aku juga dibenarkan pulang awal untuk mengemas. Mesti ada yang tak kena nie!

**********************************************************************

Aku tiba di Star Theme Park tepat pukul 3 petang. Dengan pas yang Datin Jenny berikan aku bebas untuk keluar masuk taman tema ini. Setelah melaporkan diri untuk mendapatkan bilik aku berehat seketika sambil menikmati keindahan alam sekitar dan keriuhan jeritan suara-suara mereka yang seronok bermain.

Berada di tingkat 28. sebuah studio dua bilik. Sangat selesa. Dan yang pasti di tingkat ini sangat sesuai untuk menikmati pemadangan.

Hari pertama aku tidak rasa untuk berjalan-jalan. Aku hanya mahu membuat sedikit penilaian untuk kertas kerja sebelumnya baru aku boleh tahu untuk menganalisa taman tema ini.

Selepas solat maghrib, aku turun untuk menikmati hidangan yang disediakan. Aku duduk di sebuah kerusi.

“Cik, tunggu sebentar ye.”

Aku hanya mengangguk kepada pemuda tersebut.

Lima minit kemudian dia tiba dengan nasi goreng cina, sate dan juga air jus markisa.

“Eh dik, akak tak order lagi la.”

“Ye ke?” dia berlalu sebelum meninggalkan senyuman.

Pelik bin hairan. Apa yang tak kena nie? oo.. mungkin sebab aku tunjuk pas pekerja, jadi hidangan untuk pekerja pun yang nie la ye.

Sejak duduk dekat Australia, aku tak jamah pun nasi goreng cina. Ini kali pertama selepas enam tahun aku makan. Sedapnya.. rasa nak tambah la pulak tapi malu.. ala.. macam nak minta resepi saja dekat chef nie. hehe.

“Adik,dik.. nak tanya sikit boleh tak?” aku panggil salah seorang pelayan lelaki yang kebetulan lalu di tepi aku.

“Ye Cik Siti ada apa ye.” Dia tersenyum ramah.

Ehh mana tau nama aku nie? eh apa-apa je la.

“Tolong bawak lagi satu pinggan nasi goreng nie boleh? Lepas tu akak nak tanya, chef yang masak nie melayu ke orang cina?” tiba-tiba terasa nak tahu.

“Boleh Cik nanti saya tambahkan, err.. chefnya orang mualaf.” Dia terus berlalu tinggalkan aku.

Nasi goreng nie sedap ke atau cuaca dekat sini yang sejuk sangat sampai aku boleh order nasi goreng cina lagi.

**********************************************************

Sudah tiga hari aku disini, setelah berbincang untuk aktiviti tahun hadapan, tapi yang tu semua belum dapat persetujuan Tuan Lim dulu.

Hari nie aku terpaksa masuk mensyuarat untuk rancangan aktiviti untuk tahun hadapan. Aku harus berada di sana supaya senang untuk aku mendapat info penting.

“Cik Puan, tunggu Tuan ye. Kejap lagi Tuan datang la.” Lina melirik mata dekat aku sambil tersengih-sengih.

“Eh apa pulak saya, bukan semua tunggu Tuan ke?”

“Kami tunggu sebab mesyuarat, Cik tunggu sebab rindu.”

Aku geleng-geleng kepala tanda tak paham.

Pintu bilik mesyuarat terkuak. Semua mata tertumpu pada Tuan Lim.

Aku tersentak. Tuan Lim atau Tuan Bryan Lim. Ahhh! Macam mana boleh jumpa dia lagi nie?

Aku tertunduk sepanjang mesyuarat berlangsung. Ahhh, malunya.. patut la budak-budak dekat sini duk mengusik aku sakan. Yang si Lina asyik tersengih-sengih saja dari tadi.

“Sayang..” dia panggil aku sejurus semua orang sudah beredar.

Aku kaku. Dia panggil aku apa? Sayang?

“Sayang tunggu.. awak tak rindu saya ke?” dia sudah berada di sebelah aku.

Sedar Siti sedar, dia mungkin sudah kahwin. Jangan meletakkan harapan yang tinggi.

“Ye Tuan Lim. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?” aku cuba tersenyum dengannya, berlagak professional.

Come and join me.” Dia tarik hujung tudung aku.

Aku terpaksa ikut rentak dia. nak tak nak terpaksalah.

Let me show you something.” Dia bawak aku ke dapur di dalam cafĂ© yang selalu aku makan.

Dia nak masak ke? Sesekali matanya dilirikkan kepada aku sambil tersenyum.

Nak masak, masak saja la.. tak payah nak tengok-tengok orang.

“Cik Puan silakan duduk.” Seorang pembantu dapur membawakan aku kerusi.

Tanpa banyak cakap aku terus duduk sambil memerhati si dia memasak.

Eat this.” Dia letak pinggan yang berisi nasi di hadapan aku.

Aku makan dan rasa. Yang nie bukan ke nasi goreng cina yang aku selalu makan?

“Jadi selama nie Tuan la yang masak?” baru aku berani buka mulut.

Dia angguk sambil tersenyum.

“Kita masih berjodoh, walau di mana pun sayang berada.. bumi kanggaru, Malaysia, Penang, Pahang.. semua saya tahu dan saya jaga sayang dari jauh.”

“Awak stalker saya erh.”

“Bila pulak saya stalker awak? Saya Cuma tak boleh awak jauh dari saya saja.” Dia masih tersenyum sambil menghadap aku makan.

“Bila kita boleh kahwin?” dia tanya aku lagi.

Dia nak aku ulang ayat yang kita tak setaraf ke? Kenapa masih dia tak faham-faham lagi?

“Saya dah masuk Islam, 5 tahun yang lepas. Lepas mummy dan daddy meninggal semasa kemalangan jalan raya. Saya buat keputusan masuk islam, saya cari sayang tapi kawan-kawan cakap sayang dah pergi Australia. Saya ikut sayang pergi, this family legasi saya suruh Aunty Jenny uruskan.”

Aku angguk-angguk perlahan.

“Sudi tak sayang kahwin dengan saya?” dia sua cincin dekat aku.

Aku tersenyum sambil mengangguk.

Terdengar sorakan dari dalam ruang dapur. Bertuah betul bidak-budak nie, boleh main intai-intai aku dengan Bryan.

“Nama islam awak apa?”

Mohd Asrul Bryan Lim. But you can call me Tuan Lim, are you copy Cik Puan Siti?

Aku hanya ketawa. Bryan dulu dan sekarang tak banyak beza. Masih nakal macam dulu. tapi yang pasti Bryan sekarang pandai masak nasi goreng cina kegemaran aku. Hehe..


TAMAT

P/S >  terima kasih kepada sesiapa yang sudi dan dapatkan Bila Blogger Jadi Maid. terima kasih sebab sudi sokong karya zati yang tak seberapa tu. sob..sob.. banyak sangat kekuangan zati semasa menulis novel tersebut.. In Sha Allah, segala kata-kata nasihat dan tunjuk ajar akan zati manfaatkan untuk novel kedua. 

salam sayang,

zati mohd.






  



















16 comments:

  1. nampakk jee pic Kim bumm dekatt tuhh stret rase excited nak bacee . bilaa bacee , fulllamakk karya akak memangg tak penahh menghampakan . Edd sukaa sangat dengan karyaa akak ,lagi-2 BBJM , besst sangat ! tapii Edd tak abeh bace lagii . tengahh kompol duet nak p belii . hewhew . pape pongg good luck ehh kak ! ^^
    Fightingg ! ^^

    ReplyDelete
  2. Sat siti zulaika,sat siti nadirah...hehe
    apepun best

    ReplyDelete
  3. perg.. kalau dpt laki cam ni best ni.
    btw. si bryan ni selalu dtg lmbt mesti sbb nk tgk muka pengawas ni kan??? huhu

    ReplyDelete
  4. So sweett Tuan Lim and Cik Puan Siti.... hehehe.... bestttt

    ReplyDelete
  5. Aiyak. Amoi, ini manyak suweet maaa.^^

    ReplyDelete
  6. he......he terbaik la kak zati ,
    terus kan berkarya ye kmi sentiasa sokong


    nazfa namia, @ afzan shahida

    ReplyDelete
  7. Wowwww, karya akak tak pernah nak menghampakan! Especially bbjm. Dari mula untill now tak jemu baca. Dah byk kali baca, still terhibur lagi! Good luck in further. Lots of love, syura @ adik ♥

    ReplyDelete
  8. alahai.....sweet aje cite ni...
    bila baca tu hati rasa berbunga semacam aje...
    suke memanjang...asik nak senyum je....
    mcm....dunia tersenyum pada ku...hahaha....

    papae pn mmg best...BBJM lg la best....
    dh baca bnyk kali pn x bosan.

    congrat zati, x sesia slalu komplen lambat ekk.....
    hahaha.....

    ReplyDelete
  9. buatlah novel nasi goreng cina best sangat sangat

    ReplyDelete
  10. sweeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeettttttttttttttttttttttttttt..............
    ajaaaaaa ajaaaaaa fightinggggggggg!!!!!

    ReplyDelete
  11. nape si siti tak masuk agama Taoist atau Kristian? Ni kn lg baik.

    ReplyDelete
  12. Buat la cerita macam ni lagi seronok bila membaca

    ReplyDelete
  13. Hai kak zati.. Saya baru je mule baca blog ni.. Btw cerita akak semua best.. Lepas ni saya nk try cari novel bbjm pulak.. Cume saya nk cadangkan lain Kali akak buat LA cerita yg Ade kelainan.. Semua org suke kelainan kan?? Hehe

    ReplyDelete
  14. Waah..best btul cerpen ni..good job..lbh best lg klu dpt husband mcm Bryan..waa..lengchai maa..

    ReplyDelete