Hai nama aku Siti,
Siti Zulaikha umur aku baru 17 tahun, aku bersekolah di Sekolah Kebangsaan Cina
Chung Ling Butterworth. Kenapa sekolah cina? Entah la dah mak aku hantar aku
sekolah cina aku masuk saja la. Jangan ingat sekolah cina tak ada pendidikan
islam. Ada la
cumanya kami kena adakan kelas khas sebab bilangan pelajar melayu dekat sekolah
ni sikit gila. Maklum la sekolah cina. Lagi satu aku suka makan nasi goreng
cina. Eh, bukan sebab aku sekolah cina tapi dah aku suka makan nasi greng cina
nak buat macam mana.
Sampaikan mak aku
cakap. ‘Siti hang ni asyik duk makan nasi goreng cina saja, dapat kahwin dengan
apek cina baru hang tau’. Eh mak aku ni ke situ pulak,tapi okey jugak
sekurang-kurangnya anak wa muka mix maaaa.. haiya!
Kring…..
Jam sekolah menunjukkan
pukul 7.30 pagi. Aku selaku pengawas
melayu senior dekat sekolah ni macam biasa akan pegang pen dengan kertas dan
akan berdiri di depan pagar sambil buat muka garang ehhh tapi dalam hati ada taman tau.
Seperti biasa bila
jam sudah lebih pukul 7.35 pagi aku pun akan tutup pintu pagar sekolah.
“Ehh siti, siti
jangan tutup lagi la.”
Haaa..ni sorang
trouble maker dekat sekolah nie, nama dia Bryan Lim. Hari-hari datang lambat
aku pun tak paham apa masalah dia.
“Apasal lu lambat?” aku dah pegang pen nak tulis
nama dia.
“Wa punya mak la, dia lupa Wa sekolah hari nie ma..” dia tersengih-sengih dekat depan aku.
“Lu punya mak aaa? Jangan tipu la apek.. bagi nama you.” Aku dah buat muka garang.
Tak baik la guna
nama mak. Dah tau nak sekolah kunci la jam sendiri, bukan budak kecik lagi. Dah
boleh kahwin dah pun.
“Lu punya boyfriend sendiri pun tak tahu ke nama?”
Rasa nak
lempang-lempang saja apek depan aku nie.
“Bila masa hang
jadi boyfriend aku?”
“BIla-bila masa
yang awak suke le..”
Haish apek nie,
tanpa berlengah-lengah aku terus tulis nama dia atas kertas.
“Number telefon tak
mau ke?” dia tanya aku lagi.
Aku tengok dia
sekali imbas sambil mata aku jelingkan.
“Tak mau la,pi la
masuk kelas, pagi-pagi dah kacau orang.” Aku terus berlalu tinggalkan dia
sensorang dekat pintu pagar.
Bryan Lim nie nak
kata handsome sangat macam muka filmstar tu tak la, tapi dalam kalangan
cina-cina dekat sekolah nie memang dia hot gila la kan . Tapi aku tak paham hari-hari suka cari
masalah dengan aku.
Dari datang sekolah
sampai balik sekolah. Tak habis-habis dengan masalah. Tapi dia ni pandai, budak
sains steam.. fizik, kimia, bio semua dalam kepala otak dia, hang tanya saja
apa pun semua dia boleh jawab lagi satu dia nie power add math dengan akaun.
Fuh! Aku pun tak tahu dia nie pakai otak apa. muahahaha.
*********************************************************************
Macam biasa bila
time rehat, aku selaku pengawas yang berwibawa lagi berwawasan akan
merayap-rayap dekat kawasan sekolah. Budak-budak nie bukan boleh harap sangat,
dalam kelas pun boleh makan.
Aku berjalan di
kawasan bangunan lama sekolah. Sampai satu lorong aku terdengar suara perempuan
teresak-esak menangis. Aku dah pucat sambil berdiri terpacak, terkaku dan
terkelu. Antara nak lari tak pun nak pi tengok dulu apa benda yang menangis.
Makin lama makin
kuat perempuan tu menangis aku dah cakap dalam hati nak lari. Elok aku pusing
nak lari aku terdengar suara lelaki cina bercakap-cakap.
“What the Fuck!.”
Oit! Siapa yang
mencarut tu ha? Kaki aku melangkah menghampiri ke belakang bangunan. Nah!
Tertera muka Bryan Lim dengan Quat Lik Ling. Bryan tersentak bila nampak muka aku.
“Woi Bryan, hang
buat apa dekat dia nie?” aku bercekak pinggang sambil mata tak lepas pandang
Quat Lik Ling yang tengah lap air mata dengan tisu.
“Wa tak buat apa-apa la. Saya jadi
penasihat cinta ma.” Byran berjalan
ke arah aku.
“Tipu! Orang semua
tengah rehat hang duk ambik kesempatan. Lik Ling kenapa tak makan? You jangan
layan Bryan
nie, dia nie tak betul.” Aku paut tangan dekat bahu Lik Ling. Dalam masa yang
sama cuba
tenangkan dia.
Aku tahu dia ada
masalah dengan teman lelakinya. Mungkin kerana Byran nie rapat dengan teman
lelaki Lik Ling maka, Byran orang yang tepat untuk Lik Ling luahkan perasaan.
“Jangan cakap boyfriend
sendiri tak betul. Lik Ling tak ada selera makan la. Wa puasa ma, senang nanti
kahwin dengan lu tak payah nak ajar
husbang lu puasa.” Byran tersengih.
Aku mencebik. Besar
sungguh angan awak ye inchik Bryan Lim!
**********************************************
Aku memandang
siling bilik sambil memikirkan hal Byran Lim.
“Saya
suka awak. Betul-betul suka awak. Saya cintakan awak. Tolong la siti. Saya betul-betul
cintakan awak.”
Hampir saja aku
mahu ketawa. Bila anak cina nak cakap melayu kelakar pulak bunyinya.
“Saya
bagi awak tempoh sampai esok. Saya suka kamu Siti.”
Naik sesak otak aku
dengan si anak cina seorang nie. Boleh pulak luahkan perasaan suka dekat aku
masa balik sekolah semalam.
Nak terima ke tak?
Ish.. payah la macam nie. Orang tengah sibuk nak SPM dia pulak sibuk duk
mengorat aku.
Setelah berfikir
panjang akhirnya kata putus telah di buat. Aku harus memberitahu Bryan esok.
Pagi-pagi lagi
Byran tercongok dekat pagar sekolah. Aik dah tukar jadi pengawas ke apa? Awal
betul la sampai.
“Darling, kenapa
datang lambat sangat nie? aku sudah rindu sama kamu.” Bryan tersengih.
Mentang-mentang
datang awal berlagak dia nie.
“Saya sudah pikir
semalam. Okey saya terima tapi…”
“Yes! Yes! Yahoo…”
Belum sempat aku
nak cakap lebih-lebih dia dah melompat-lompat keseronokkan. Beberapa pelajar
yang sampai awal pun turut sama pelik melihat sikap Bryan .
“Apek! Saya belum
habis cakap lagi la. ”
Aku cepat-cepat pintas dia nanti kang lagi teruk dia melompat.
“Okey.. okey..
cepat sayang cakap.”
“Saya tak mahu kamu
warna rambut, lagi satu saya tak mahu kamu buat masalah lagi di sekolah.
Boleh?”
“Boleh sayang.”
Masih tak lekang senyuman di bibir Bryan .
“Okey kalau macam
tu, pergi masuk kelas cepat.” Aku memberi arahan.
Byran terus
meninggalkan aku dengan senyuman di bibir. Sesekali aku rasa kepurtusan aku nie
macam tak betul pulak. Tapi nak buat macam mana keputusan dah keluar. Alahai.
************************************************
Selepas bercinta
dengan si Bryan Lim aku dapat rasakan perubahan ketara perangainya. Selalu
datang awal, kurang buat masalah dan yang pasti Byran Lim sekarang adalah
pelajar harapan sekolah untuk dapat straight A.
Kadang-kadang
bangga jugak aku dengan Bryan Lim nie. Tak sangka lepas bercinta peangai dia
berubah jadi yang terbaik. Dan yang pasti dia sekarang tengah beusaha masak
nasi goreng cina kegemaran aku. Hehe.
“Esok jadi tak?”
Bryan Lim duduk di hadapan aku.
Aku yang tengah
buat ulang kaji sikit-sikit dekat perpustakaan ni terus angkat kepala pandang
dia.
Esok sabtu, esokkan
ada program dengan budak kelas, picnic di batu feringgi.
“Aha jadi la.”
Mesti la jadi sebab aku yang kena urusan bahagian makanan.
“Esok tak sabar nak
habiskan masa dengan awak.” Dia tersengih. Sengih gatal.!
“Awak budak kelas
lain, mana boleh ikut.”
“Eh saya dapat
jemputan mesti la boleh pergi.” Dia tarik buku antologi di hadapan aku.
“Mesti tak best
sebab awak ada, tak boleh nak cuci mata. Jangan la pergi. Pleaseee.” Aku tarik
balik buku antologi tu.
“You cakap macam tu
terus I rasa nak pergi.”
Kami main
tarik-tarik buku dalam perpustakaan. Aku senyum dalam diam.
“Pergi la, jangan
lupa bangun awal.” Aku ingatkan dia sebelum bangun untuk simpan buku di rak.
Aku dan Bryan Lim
sama-sama keluar dari perpustakaan dan berjalan keluar untuk pulang.
“Esok saya ambik
awak dekat rumah ye.”
Kami jalan
beriringan.
“Eh tak payah la,
saya suruh ayah saya hantar.” Aku senyum sambil pandang dia.
Dari jauh aku
nampak kereta mama sedang tunggu aku di luar pagar sekolah.
“Jumpa esok Bryan . Bye.”
Aku terus berjalan
tanpa mengalihkan pandangan ke belakang. Ucapan I love you yang Bryan Lim
ucapankan pun aku tak balas.
Depan-depan malu.
Kalau dalam sms tak pun masa Bryan call berani jugak
aku. Hehe
*********************************************************************
Pukul 9 pagi kami
bertolak dari sekolah. Dengan bus sekolah yang memuatkan 30 orang pelajar kami
betolak ke batu feringgi.
Semuanya idea
Cerlyn dia yang mahu kami habiskan masa bersama-sama sebelum SPM bermula.
Lagipun sekarang la masa yang sesuai SPM akan bermula lagi seminggu. Masa yang
dihabiskan dengan mengulang kaji pelajaran kami habiskan sedikit dengan
kawan-kawan.
Sampai di Batu
Feringgi, kami pilih tempat yang sesuai untuk buat BBQ, main waterspot dan
mandi-mandi.
Bryan Lim tolong
aku keluarkan makanan dari perut bus. Hari ni dia asyik berkepit saja dengan
aku. Sedikit sebanyak aku nampak sifat romantic milik Bryan Lim yang dia
sorokkan dengan perangai nakalnya itu.
Nasi goreng cina,
sate, kek coklat, ayam untuk di buat BBQ, sosej, air berkarbonat, buah-buahan
semua di susun satu persatu.
“You all nak makan
dulu ke nak main dulu?” aku tanya semua-semua yang ada.
“Main.”
“Makan.”
“Mandi.”
Mereka jawab
serentak. Aku garu kepala.
“Okey la. Okey la.
Siapa nak makan boleh makan dulu.” Aku terus susun-susun.
Nasib baik
budak-budak lelaki kelas aku baik-baik. Mereka yang tolong hidupkan api untuk
membakar ayam dan sate. Maklum la mereka nie ahli pengakap mesti la tahu buat
benda-benda macam nie.
Aku ceduk nasi
goeng cina. Tiba-tiba Byran Lim duduk di tepi aku sambil tersenyum-senyum.
“Nak.!” Dia sudah
buka mulut minta aku suapkan.
Aku tampar pipi dia
dengan sudu. Dia ketawa.
“Main-main saja la.
Sayang masak ke nasi goreng nie?”
“Tak la. Yang nie
order dekat jiran sebelah, yang nie sayang yang buat cuba rasa.” Aku beri Bryan Lim
sepotong kek coklat.
Dia makan kek
coklat sambil pandang aku.
“Betul sayang yang
buat?” dia tanya aku minta kepastian.
Aku angguk
perlahan. Kenapa tak sedap ke?
“Kalau macam nie,
nanti saya bagi sayang modal, sayang buka kedai kek nak?” cadangan di lontarkan
oleh Bryan Lim.
“Tak mahu la, saya
suka buat tapi tak suka jual. Jom duduk atas batu tu.” aku bangun sambil bawak
nasi goreng cina dan air.
“Nie untuk sayang.”
Dia sua aku satu kotak kecil.
Aku letak nasi
goreng cina dan buka kotak tersebut. Rantai!
“This is for what?” aku tanya dia.
“This is for our relationship. Anything
happen to us, I want you to keep this thing. Promise?” dia pandang aku.
“Promise.” Aku masih pandang rantai yang
sudah berada di tangan aku. Cantik.
“Ada orang bercinta la.” Satu suara menjerit
dari arah laut.
Aku dan Byran Lim
pandang ke arah tempat yang sama. Sam Wing.
“Tak lama lagi
dapat anak la.” Lai Fong pulak menyampung.
Tak kahwin terus
dapat anak? Haish.
Aku hanya
tersenyum. Budak-budak nie bukan boleh layan sangat. Nanti lain pulak jadinya.
********************************************************
Sebulan sudah tamat
SPM. Ada yang
bekerja sebelum dapat keputusan. Ada
yang duduk di rumah dan ada yang pergi PLKN. Macam aku, aku duduk saja di
rumah. Mama dengan ayah tak bagi aku kerja.
Aku terfikir soalan
Bryan Lim semalam.
Sayang
punya family boleh terima tak orang cina jadi keluarga.
Aku balas balik
dengan mengatakan mama dan ayah tak kisah. Bila aku tanya dia kenapa. Dia diam
tak balas apa yang aku tanya. Rasa tak sedap hati pulak. Apa kena dengan mamat
nie.
Malam nie aku tekad
untuk hubungi Bryan .
“Sayang ada mana?”
aku tanya dia sebaik saja dia cakap helo.
“Ada dekat tokong, bawak mummy datang
sembahyang.”
Aku memerhati
gambar kami berdua yang aku framekan. Gambar masa di batu feringgi. Gambar
candid.
“Habis, You tak
sembahyang ke?”
Aku dengar
ketawanya dihujung talian.
“Eh sayang, nanti I
call you balik, jangan tidur lagi tau.” Dia terus matikan talian.
Aku hanya
tersenyum. 15 minit lepas itu Byran call aku balik. aku angkat panggilannya
dengan senyuman yang melebar.
“Sayang I nak cakap
sesuatu dengan you nie.” kedengaran serius bunyi nada Byran.
Aku pegang dada.
Tiba-tiba rasa berdebar. Mungkin ada yang tak kena.
“Mummy sudah tahu
pasal kita, mummy tak beri I convert masuk islam. I don’t know what to do. I love you and I love mummy too.”
Aku mengeluh dalam
diam. Aku tahu perkara begini pasti akan jadi. Tapi aku tak jangka begitu awal
sebegini. Aku betul-betul tak sedia.
“Then what should we do?” aku tanya dia
balik. aku jadi bengong, tak boleh fikir.
“I tak tahu, I
betul-betul sayangkan you. You are my
first love sayang.”
“I love you too, tapi awak kena dengar
cakap mummy awak.” Aku pandang gambar kami dengan muka pasrah, muka nak
menangis.
“What do you mean?” sedikit keras
suaranya.
Aku diam.
“Let..let’s break.” Kata putus sudah aku
keluarkan.
Mahu tak mahu kami
terpaksa menerima kenyataan. Kami bukan bangsa yang sama. Kami juga bukan dari
agama yang sama.
“Impossible!”
“This is not impossible. Listen to me,
awak masih muda lagi. You need your
family. Kalau ada jodoh kita pasti akan bersama lagi.” Pap! Talian terus
aku matikan.
Aku menangis
sepuas-puasnya. Kenapa masa ini datang terlalu awal. Terlalu awak untuk aku
kenal erti cinta. Terlalu awal untuk aku merasai kasih sayang dan cinta. Malam
yang sejuk dengan hujan yang lebat membuatkan aku memangis semahu-mahunya.
Hujan yang lebat
ini memberitahu bahawa hati aku yang menangis juga selebat ini. Aku biarkan
panggilan dari Bryan
tidak terjawab. Aku mahu tamatkannya sekarang. Aku mahu dia lupakan aku.
Cinta kerana tidak
direstui amat sakit dari cinta yang dikhianati. Kita harus berpisah kerana
keluarga dan bukan kerana orang ketiga.
***************************************************************
7 tahun kemudian.
Ketibaan aku dari
bumi kanggaru di sambut mesra oleh sanak saudara dan kaum keluarga.
“Mak….” Seorang
kanak-kanak kecil berusia hampir dua tahun berlari mendapatkan aku.
“Faris.” Aku peluk
faris sebelum aku cium dia berkali-kali. Rindu sungguh pada anak kecil ini.
“Mak nak opok.”
Aku tersenyum.
Petah sungguh bicara kanak-kanak ini. Sering saja minta aku belikan dia keropok.
“Nanti mak ambik
ye.” Aku cium dia lagi.
“Sudah..sudah..
Faris jangan la panggil makcik mak.. habis jatuh saham makcik tu.” Aku
tersenyum kecil.
Kak Anim mengambil
Faris dari dukungan aku. Si comel Faris ni susah sungguh mahu memanggil aku
makcik sebaliknya dia panggil aku mak. Agaknya mudah dan ringkas untuk
kanak-kanak sebenar dia untuk bertutur.
Kami beriringan
keluar dari KLIA. Sudah enam tahun aku menetap di bumi kanggaru. Belajar di
bahagian ekonomi rasanya bumi kanggaru adalah yang terbaik.
“Mak, Siti nak
pergi wash room kejap.” Aku berjalan
sendirian ke wash room.
Sambil berjalan aku
melihat seorang anak kecil merengek-rengek meminta ibunya membelikan dia
coklat. Tanpa sedar aku terlanggar bahu seseorang. Nasib baik tak jatuh.
“Sorry.” Aku
meminta maaf tanpa melihat wajah lelaki terbabit.
“Its okay.”
Aku angkat kepala.
Aku kenal suara ini. Suara yang hilang tujuh tahun dulu.
Aku kaku.
Dia sudah berubah,
pakaian casual sambil bercermin mata berbingkai hitam. Dia sudah berubah.
Penampilannya tampak berbeza.
“Byran faster.. !”
Aku dengar suara
perempuan menjerit. Aku kembali ke alam nyata. Dia berlalu. Sekali lagi dia
menoleh kemudian tersenyum.
Aku tidak jadi ke
wash room.
“Cepatnya.”
“Tak jadi la
pulak.” Aku sengih dekat mak.
Fikiran aku kembali
melayang kepada Bryan .
Bryan Lim yang aku rindui. Tertanya-tanya aku, dia mahu kemana dan siapa
perempuan itu? Isterinya?
Ya, aku harus
lepaskan dia pergi, dia sudah punya pengganti aku.
***************************************************************
Hari ini hari
pertama aku melaporkan diri sebagai pegawai analisa ekonomi di salah sebuah
syarikat taman tema terbesar di Malaysia .
Aku bernasib baik sebulan balik dari Australia , aku sudah diterima
bekerja.
“Cik Siti Nadirah?”
Aku tersenyum bila
ada seorang gadis memanggil nama aku.
“Ya saya.” Aku
bangun sambil memegang beg tangan.
“Jom ikut saya,
kita jumpa dengan Datin Jenny dulu.”
Aku ikut langkah
gadis tersebut dari belakang. Tiba di dalam bilik Datin Jenny aku ditinggalkan.
Gugup.
“Cik Siti Nadirah?
Have a seat.” Datin Jenny tersenyum memandang aku.
“So, apa khabar?”
Datin Jenny tanya aku lagi.
Aku tak lepas
memandang Datin Jenny. Mungkin usianya dalam lingkungan 40 an tapi tetap
kelihatan menawan. Mungkin juga boleh dinobatkan sebagai usahawan wanita
tercatik di Malaysia .
“Baik, Datin.”
Tangan aku di capai
Datin Jenny. Dia membawa aku ke sofa. Aku dihidangkan dengan Chinese Tea.
Walaupun aku kurang gemar kerana rasanya amat tawar namun aku gagahkan jua.
“Kalau hendak
kahwin dengan orang cina, kita kena pandai minum Chinese Tea.”
Aku tersenyum. Ah,
mungkin Datin Jenny melihat aku teragak-agak untuk minum tadi.
“Saya akan hantar
awak ke Pahang, saya mahu awak duduk di sana
untuk melihat kedudukan kewangan kita pada tahun hadapan. Saya mahu awak
siapkan satu kertas kerja untuk penambah baikkan theme park kita. Lagi satu,
saya mahu awak anggarkan sasaran untuk tahun akan datang. Tahun lepas kita
untuk 4.5 Billion. Kalau boleh saya mahu tahun depan untung tinggi lagi.
Boleh?”
Aku angguk
perlahan. Berat tanggungjawab aku. Ingatkan kerja biasa-biasa saja.
“Untuk sementara
waktu ini, saya hanya pengganti bos awak. Bos awak sudah ada di Pahang.”
“Habis Datin bukan
tuan punya theme park nie la ye?” aku tanya lagi minta kepastian.
“Bukan. Saya hanya
penjaga amanah sahaja. Kereta dan tempat semua disediakan. Kalau boleh esok
awak dah boleh bertolak ke sana .
Driver akan ambik awak esok pagi.”
Aku angguk
perlahan, kerana rasa macam tak betul saja aku kerja disini? Aku ambik kertas
kerja tahun lepas dan tahun sebelumnya untuk buat rujukan. Aku juga dibenarkan
pulang awal untuk mengemas. Mesti ada yang tak kena nie!
**********************************************************************
Aku tiba di Star Theme
Park tepat pukul 3 petang. Dengan pas yang Datin
Jenny berikan aku bebas untuk keluar masuk taman tema ini. Setelah melaporkan
diri untuk mendapatkan bilik aku berehat seketika sambil menikmati keindahan
alam sekitar dan keriuhan jeritan suara-suara mereka yang seronok bermain.
Berada di tingkat
28. sebuah studio dua bilik. Sangat selesa. Dan yang pasti di tingkat ini
sangat sesuai untuk menikmati pemadangan.
Hari pertama aku
tidak rasa untuk berjalan-jalan. Aku hanya mahu membuat sedikit penilaian untuk
kertas kerja sebelumnya baru aku boleh tahu untuk menganalisa taman tema ini.
Selepas solat
maghrib, aku turun untuk menikmati hidangan yang disediakan. Aku duduk di
sebuah kerusi.
“Cik, tunggu
sebentar ye.”
Aku hanya
mengangguk kepada pemuda tersebut.
“Eh dik, akak tak
order lagi la.”
“Ye ke?” dia
berlalu sebelum meninggalkan senyuman.
Pelik bin hairan.
Apa yang tak kena nie? oo.. mungkin sebab aku tunjuk pas pekerja, jadi hidangan
untuk pekerja pun yang nie la ye.
Sejak duduk dekat Australia ,
aku tak jamah pun nasi goreng cina. Ini kali pertama selepas enam tahun aku
makan. Sedapnya.. rasa nak tambah la pulak tapi malu.. ala.. macam nak minta
resepi saja dekat chef nie. hehe.
“Adik,dik.. nak
tanya sikit boleh tak?” aku panggil salah seorang pelayan lelaki yang kebetulan
lalu di tepi aku.
“Ye Cik Siti ada
apa ye.” Dia tersenyum ramah.
Ehh mana tau nama
aku nie? eh apa-apa je la.
“Tolong bawak lagi
satu pinggan nasi goreng nie boleh? Lepas tu akak nak tanya, chef yang masak
nie melayu ke orang cina?” tiba-tiba terasa nak tahu.
“Boleh Cik nanti
saya tambahkan, err.. chefnya orang mualaf.” Dia terus berlalu tinggalkan aku.
Nasi goreng nie
sedap ke atau cuaca dekat sini yang sejuk sangat sampai aku boleh order nasi
goreng cina lagi.
**********************************************************
Sudah tiga hari aku
disini, setelah berbincang untuk aktiviti tahun hadapan, tapi yang tu semua
belum dapat persetujuan Tuan Lim dulu.
Hari nie aku
terpaksa masuk mensyuarat untuk rancangan aktiviti untuk tahun hadapan. Aku harus
berada di sana
supaya senang untuk aku mendapat info penting.
“Cik Puan, tunggu
Tuan ye. Kejap lagi Tuan datang la.” Lina melirik mata dekat aku sambil
tersengih-sengih.
“Eh apa pulak saya,
bukan semua tunggu Tuan ke?”
“Kami tunggu sebab
mesyuarat, Cik tunggu sebab rindu.”
Aku geleng-geleng
kepala tanda tak paham.
Pintu bilik
mesyuarat terkuak. Semua mata tertumpu pada Tuan Lim.
Aku tersentak. Tuan
Lim atau Tuan Bryan Lim. Ahhh! Macam mana boleh jumpa dia lagi nie?
Aku tertunduk
sepanjang mesyuarat berlangsung. Ahhh, malunya.. patut la budak-budak dekat
sini duk mengusik aku sakan. Yang si Lina asyik tersengih-sengih saja dari
tadi.
“Sayang..” dia
panggil aku sejurus semua orang sudah beredar.
Aku kaku. Dia
panggil aku apa? Sayang?
“Sayang tunggu..
awak tak rindu saya ke?” dia sudah berada di sebelah aku.
Sedar Siti sedar,
dia mungkin sudah kahwin. Jangan meletakkan harapan yang tinggi.
“Ye Tuan Lim. Ada
apa-apa yang boleh saya bantu?” aku cuba tersenyum dengannya, berlagak
professional.
“Come and join me.” Dia tarik hujung
tudung aku.
Aku terpaksa ikut
rentak dia. nak tak nak terpaksalah.
“Let me show you something.” Dia bawak
aku ke dapur di dalam café yang selalu aku makan.
Dia nak masak ke?
Sesekali matanya dilirikkan kepada aku sambil tersenyum.
Nak masak, masak
saja la.. tak payah nak tengok-tengok orang.
“Cik Puan silakan
duduk.” Seorang pembantu dapur membawakan aku kerusi.
Tanpa banyak cakap
aku terus duduk sambil memerhati si dia memasak.
“Eat this.” Dia letak pinggan yang berisi
nasi di hadapan aku.
Aku makan dan rasa.
Yang nie bukan ke nasi goreng cina yang aku selalu makan?
“Jadi selama nie
Tuan la yang masak?” baru aku berani buka mulut.
Dia angguk sambil
tersenyum.
“Kita masih
berjodoh, walau di mana pun sayang berada.. bumi kanggaru, Malaysia , Penang ,
Pahang.. semua saya tahu dan saya jaga sayang dari jauh.”
“Awak stalker saya erh.”
“Bila pulak saya stalker awak? Saya Cuma tak boleh awak
jauh dari saya saja.” Dia masih tersenyum sambil menghadap aku makan.
“Bila kita boleh
kahwin?” dia tanya aku lagi.
Dia nak aku ulang
ayat yang kita tak setaraf ke? Kenapa masih dia tak faham-faham lagi?
“Saya dah masuk
Islam, 5 tahun yang lepas. Lepas mummy dan daddy meninggal semasa kemalangan
jalan raya. Saya buat keputusan masuk islam, saya cari sayang tapi kawan-kawan
cakap sayang dah pergi Australia .
Saya ikut sayang pergi, this family
legasi saya suruh Aunty Jenny uruskan.”
Aku angguk-angguk
perlahan.
“Sudi tak sayang
kahwin dengan saya?” dia sua cincin dekat aku.
Aku tersenyum
sambil mengangguk.
Terdengar sorakan
dari dalam ruang dapur. Bertuah betul bidak-budak nie, boleh main intai-intai
aku dengan Bryan .
“Nama islam awak
apa?”
“Mohd Asrul
Bryan Lim. But you can call me Tuan Lim, are you copy Cik Puan Siti?”
Aku hanya ketawa. Bryan dulu dan sekarang
tak banyak beza. Masih nakal macam dulu. tapi yang pasti Bryan sekarang pandai masak nasi goreng cina
kegemaran aku. Hehe..
TAMAT
P/S > terima kasih kepada sesiapa yang sudi dan dapatkan Bila Blogger Jadi Maid. terima kasih sebab sudi sokong karya zati yang tak seberapa tu. sob..sob.. banyak sangat kekuangan zati semasa menulis novel tersebut.. In Sha Allah, segala kata-kata nasihat dan tunjuk ajar akan zati manfaatkan untuk novel kedua.
salam sayang,
zati mohd.
nampakk jee pic Kim bumm dekatt tuhh stret rase excited nak bacee . bilaa bacee , fulllamakk karya akak memangg tak penahh menghampakan . Edd sukaa sangat dengan karyaa akak ,lagi-2 BBJM , besst sangat ! tapii Edd tak abeh bace lagii . tengahh kompol duet nak p belii . hewhew . pape pongg good luck ehh kak ! ^^
ReplyDeleteFightingg ! ^^
aja..aja.. fighting! hehehe
DeleteSat siti zulaika,sat siti nadirah...hehe
ReplyDeleteapepun best
perg.. kalau dpt laki cam ni best ni.
ReplyDeletebtw. si bryan ni selalu dtg lmbt mesti sbb nk tgk muka pengawas ni kan??? huhu
So sweett Tuan Lim and Cik Puan Siti.... hehehe.... bestttt
ReplyDeleteAiyak. Amoi, ini manyak suweet maaa.^^
ReplyDeletehe......he terbaik la kak zati ,
ReplyDeleteterus kan berkarya ye kmi sentiasa sokong
nazfa namia, @ afzan shahida
sweet sangat :')
ReplyDeleteWowwww, karya akak tak pernah nak menghampakan! Especially bbjm. Dari mula untill now tak jemu baca. Dah byk kali baca, still terhibur lagi! Good luck in further. Lots of love, syura @ adik ♥
ReplyDeletealahai.....sweet aje cite ni...
ReplyDeletebila baca tu hati rasa berbunga semacam aje...
suke memanjang...asik nak senyum je....
mcm....dunia tersenyum pada ku...hahaha....
papae pn mmg best...BBJM lg la best....
dh baca bnyk kali pn x bosan.
congrat zati, x sesia slalu komplen lambat ekk.....
hahaha.....
buatlah novel nasi goreng cina best sangat sangat
ReplyDeletesweeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeettttttttttttttttttttttttttt..............
ReplyDeleteajaaaaaa ajaaaaaa fightinggggggggg!!!!!
nape si siti tak masuk agama Taoist atau Kristian? Ni kn lg baik.
ReplyDeleteBuat la cerita macam ni lagi seronok bila membaca
ReplyDeleteHai kak zati.. Saya baru je mule baca blog ni.. Btw cerita akak semua best.. Lepas ni saya nk try cari novel bbjm pulak.. Cume saya nk cadangkan lain Kali akak buat LA cerita yg Ade kelainan.. Semua org suke kelainan kan?? Hehe
ReplyDeleteWaah..best btul cerpen ni..good job..lbh best lg klu dpt husband mcm Bryan..waa..lengchai maa..
ReplyDeletegood joв ĸaĸ...daeвaĸ lar aĸaĸ pυnya Joan cter,rѕe мcм вryan liм tυ wjυd нe 😂...tнυмвѕ υp kak
ReplyDeletegood joв ĸaĸ...daeвaĸ lar aĸaĸ pυnya Joan cter,rѕe мcм вryan liм tυ wjυd нe 😂...tнυмвѕ υp kak
ReplyDeleteBest sangat2
ReplyDeletedah brulang kali baca Xpernah rasa bosan..trbaik
ReplyDeleteBest best
ReplyDelete
ReplyDeleteYuk segera join di KHARISMAPOKER situs poker terpercaya, teraman dan tercepat. Pelayan terbaik dan tercepat oleh CS yang berpengalaman dan ONLINE 24 jam.
PROMO TERBARU KHARISMA POKER:
* Bonus Referral 20% Seumur Hidup
* Bonus Turnover 0,5% Setiap Harinya
KEUNGGULAN KHARISMA POKER:
* SEMUA BANK KAMI ONLINE 24 JAM !!
* NO ROBOT & ADMIN
* 100% Fair Play Member Vs Member
* Proses Withdraw & Deposit Tercepat
* Customer Service yang baik, ramah dan cantik.
MELAYANI TRANSAKSI VIA BANK :
* BCA
* BNI
* BRI
* MANDIRI
* DANAMON
Dengan syarat minimal deposit hanya Rp 20.000 !!
PENDAFTARAN GRATIS HANYA DENGAN MENGISI DATA DI : http://www.kharismapoker.com/Register
SITUS POKER ONLINE TERPERCAYA
LIVE CHAT ; DISINI
Telp :+85587983703
BBM ; khpk02
WA : +85587983703
LINE ; khpk02
Link Alternatif Kharismapoker :
http://wwwkharismacash.com
Dapatkan Penghasilan Tambahan Dengan Bermain Poker Online di www,SmsQQ,com
ReplyDeleteKeunggulan dari smsqq adalah
*Permainan 100% Fair Player vs Player - Terbukti!!!
*Proses Depo dan WD hanya 1-3 Menit Jika Bank Tidak Gangguan
*Minimal Deposit Hanya Rp 10.000
*Bonus Setiap Hari Dibagikan
*Bonus Turn Over 0,3% + 0,2%
*Bonus referral 10% + 10%
*Dilayani Customer Service yang Ramah dan Sopan 24 Jam NONSTOP
*Berkerja sama dengan 4 bank lokal antara lain : ( BCA-MANDIRI-BNI-BRI )
Jenis Permainan yang Disediakan ada 8 jenis :
Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker - Bandar 66
Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi Kami Di :
WA: +85577773548
Skype: SANTI WINATA888@GMAIL.COM
KALAU MINAT DAFTAR CHAT WA AJA AKU YAH ALL
WELCOM : WWW . SMSQQ . COM
I SANTI WINATA BIG BOS SMSQQ
First start cerita nama Siti Zulaikha, ending siti nadirah plak.. confuse
ReplyDelete