Copyright© All Rights Reserved akubukannovelis.blogspot.com

1 Dec 2013

KISAH CINTA PERTAMA (2)

BIAR AKU MENCINTAIMU DITUKARKAN KE TAJUK KISAH CINTA PERTAMA. 

ENJOY!




Sejak-sejak masuk tingkatan empat nie, aku selalu sibuk dengan aktiviti sekolah. Wakil sekolah pertandingan pidato, bahas dan choral speaking la, wakil pelajar untuk program pelajar cemerlang dun tasek gelugor la, wakil negeri untuk program wilderness adventure dekat Pulau Tuba Langkawi la. Tu belum masuk dengan aktiviti luar sekolah. kafe@teen, prostar dan jugak ARAS.

Oh ya, lupa nak bagitahu ARAS tu singkatan untuk Aktivis Remaja Alam Sekitar ia di bawah selian Sahabat Alam Malaysia. Kiranya kami nie wakil belia untuk aktiviti sukarelawan berkaitan alam sekitar la.

“Zara barang dah siap?”

Aku kalih tengok mak yang tengah duduk atas katil sambil duk tengok aku susun baju.

“Dah. Mak nanti petang nak turun pantai tau lepak-lepak dengan kawan pastu malam sikit baru mak hantar pergi rumah kak Nina.” Aku zipkan beg. Siap.

Fuh! Banyak jugak barang aku padahal perginya dua hari satu malam sahaja. Nasib baik barang-barang aku letak dalam luggange yang tak berapa besar nie. senang tak payah nak galas-galas, aku tarik aje.

Petang tu dalam pukul enam aku siap untuk turun di tepi pantai. Dari jauh aku dah nampak Emira, Bainun, Syawal dan Safirah duk bertenggek atas tembok yang menghadap laut.

Angin sepoi-sepoi bahasa menyapa lembut pipi aku. Dari bagan ajam nie dah boleh nampak komtar tambah pulak kalau malam tahun baru pasti ramai yang duduk tepi laut untuk tengok bunga api.

“Wei Zara, esok lepak jom.” Safirah dah duduk sebelah aku.

“Tak boleh la esok aku kena pi Penang.”

“Macam tu la hang semua tak boleh. Baru plan nak tengok wayang.”

Aku pandang Syawal yang tengah hirup sirap limau. Sedap la pulak.

“Memang tak boleh la wei, minggu depan la.”

Tengah duk syok-syok bersembang kami di kejutkan dengan bunyi bising motorsikal.

“Wei diam la duk vroom..vroom.. orang lain pun ada motor jugak.” Syawal dah menjerit dari sini.

Aku pandang Syawal. Budak nie cakap tak berlapik. Sebab tu la nama dia Syawallina kami tukarkan kepada Syawal.

Budak lelaki tu pandang kami lama. Salah seorang dari mereka menghampiri kami. Aku mengucap panjang dalam hati. Jangan jadi apa-apa sudah.

“Berani mai la.” Safirah pulak menyampuk.

Nasib baik Bagan Ajam nie kawasan kami. Apa-apa hal senang ada orang tolong.

“Nama apa?” budak lelaki tu pandang Emira.

“Awat hang tanya nak kena pukul?” Syawal dah lipat lengan baju dia.

“Aku nak kawan saja bukan nak lawan. Nama aku Amrin.”

“Tak tanya pun.!” Aku pulak sibuk nak cakap. Hehe.

Amrin jeling pandang aku. Marah ke?

Amrin dah sibuk duk tanya Emira macam-macam.. sesekali Bainun dan Syawal jugak menyampuk dan Amrin pun panggil kawan dia lagi dua orang suruh join kami. Aku kalau nak lepak dengan budak lelaki nie mintak maaf banyak-banyak. Aku tak suka!

 Aku malas nak layan aku ajak Safirah turun ke gigi air. Aku masukkan kaki ke dalam air hingga paras lutut. Aku suka sangat main air. Sejak dari kecil sampai dah umur 16 tahun aku tak boleh hidup tanpa laut.

Aku pejamkan mata sambil berdiri di dalam laut. Sesekali badan aku berayun bila terkena ombak laut. Bunyi burung berkicau, bunyi ombak laut menghempas pantai. Aku rasa sangat seronok sangat.

Aku terasa ada tangan yang menarik tudung aku sampai aku jatuh ke dalam laut. Kemudian tangan tersebut menarik baju aku. Aku ternampak ada susuk tubuh semasa aku terendam dalam air dengan pantas aku sepak perut orang tu.Watcha! Biar padan dengan muka dia.!

Dia mengerang kuat.

“Sakit la, orang nak tolong dia, dia sepak pulak kita.”

Aku tolak badan naik ke permukaan air. Amrin!

“Kau nak rogol aku ke?” aku marah dia. pedih mata aku terkena air laut.

“Rogol kepala otak hang! Hang dah jauh masuk tengah laut dari hang lemas baik aku pergi selamatkan hang.” Amrin pegang perut dia.

“Hang ingat aku tak reti berenang ke? Sibuk nak selamatkan orang!” aku terus berenang naik ke darat.

“Wei aku blah dulu.. jumpa isnin nanti.” Aku terus berjalan balik ke rumah. Sempat aku jeling Amrin, nasib baik kena dekat perut kalau kena dekat ehem..ehem.. aku rasa arwah dah.

Sampai dekat rumah kena berleter dengan mak sebab dah maghrib baru balik.

***********************************************

Kami semua berkumpul di masjid Seberang Jaya. Tak sampai sepuluh minit kami sampai bus pun tiba. Aku ambik tempat di tengah-tengah.

Sesekali mata aku bertembung dengan budak yang berbadan chubby tu. Kami berbalas senyuman. Sesi lepas aku ada jumpa budak nie yang dalam diam hati terpaut tu. Kali nie jumpa hati aku terpaut lagi. Apasal dah macam kurus sikit mamat nie?

Kami tiba di Sekolah Sungai Ara sudah kelihatan ramai yang dah berkumpul termasuk kak Wan. Kami bersalam dengan peserta-peserta lain.

Selesai letak beg di asrama yang disediakan kami pun berkumpul di dewan untuk sesi taklimat. Aku duduk di barisan belakang sekali. Dimulakan dengan ceramah mengenai manusia, alam dan bencana.

Beberapa kali aku menguap sampai kadang-kadang aku rasa dah tak sanggup nak menguap. Sungguh la aku tak suka ceramah cenggini bosan ya amat. Kak Nina dan kak Jun dah beberapa kali cuit aku guna siku.

“Yang Duduk barisan belakang sekali yang pakai baju warna oren tu, boleh jawab soalan saya?”

Aku masih lagi mata menghadap depan. Tiba-tiba rasa segar. Semua mata tertumpu dekat aku. Tapi aku buat relaks saja sebab kak Nina pun pakai baju warna oren. Selamat aku.! Tiba-tiba kak Nina bangun.

“Bukan kamu yang sebelah kamu yang comel-comel tu.”

Kak Nina duduk balik.. Muka aku dah merah. Aduh soalan apa pulak nie.

“Boleh tolong ulang tak?” aku tanya balik.

Haaa tu la menguap lagi. Bila orang duk bercakap aku sibuk dengan handphone.

“Apakah impak terhadap bumi jika berlaku penipisan ozon?”

Nah! Masuk bab ozon pulak. Jawab je la.

“Mungkin bumi akan panas.” Glup!

“Okey terima kasih.”

Fuh! Lega. Apasal la dalam banyak-banyak orang aku jugak yang kena? Diorang nie memang tak adil.

Aku terpandang sebelah kanan aku yang menepatkan barisan budak lelaki. Abang Arm tersenyum pandang aku. Aku balas balik senyuman dia.

Lepas sesi taklimat dan ceramah kami dipecahkan mengikut kumpulan. Satu kumpulan 10 orang. Nasib baik ada yang aku kenal masa join aktiviti dekat USM.

Sibuk buat ice beraking sampai aku terperasan ada mata yang asyik memandang ke arah aku. Yang pasti bukan budak group aku. Siapa erh berani sangat nak pandang anak orang nie.

Satu sms diterima. Eh, number nie lagi. Last dia sms aku pun masa dekat yong tau fu lepas tu takde dah.

Sibuk sangat menguap sampai penceramah dekat depan pun  perasan.

Aku pandang sekeliling. Siapa pulak yang admire aku nie. hehe..perasan pulak.

Pusing belakang Zara akan nampak saya.

Aku pusing belakang, nampak Abang Dollah. Aku senyum dekat abang Dollah, Takkan abang Dollah kut. Dah tukar number ke apa.

Abang Dollah?

Aku balas balik.

Ting! Salah.

Eh boleh main ting-ting pulak. Malas la aku nak layan dengan orang yang suka main tarik tali nie. terus terang saja la bukan aku nak makan pun.

*********************************************

Malam sebelum tidur, kami bersembang sesama sendiri, kak Nora hampiri aku. Sebelah kak Nora ada kak Alin.

“Zara, nak mintak tolong boleh?”

Aku angguk sambil menunggu apa yang kak Nora dengan kak Alin nak cakap.

Ada number fon abang Dollah tak?” kak Alin macam malu-malu aje nak cakap dekat aku.

Ooo..ini ke kesnya.

Ada, tapi kak Alin kena janji jangan bagitahu Zara yang bagi number nie tau.”

Cepat-cepat kak Alin angguk. Suka lettew.

Siapa yang tak suka abang Dollah tu. Dah la tinggi kacak pulak. Orang kenal aku pun sebab abang Dollah. Kadang-kadang budak perempuan rapat dengan aku pun sebab abang Dollah.

Abang Dollah adalah hot stuff  dekat sekolah aku. Disebabkan budak lelaki melayu berkurangan makanya abang Dollah menjadi rebutan tapi kalau ada orang lain pun abang Dollah tetap jadi rebutan jugak. Hot, sexy and stylo.. ehh melebih pulak aku nie.

Pukul lima pagi aku dah bangun tidur. Disebabkan tak nak berebut bilik air dan tak nak lambatkan solat subuh berjemaah, terpaksa aku bangun awal. Aku berjalan dalam gelap nasib baik koridor nie ada lampu. Dengan tuala di atas kepala. Tangan sebelah kanan aku pegang baju dan tangan sebelah kiri aku pegang pencuci muka, sabun, berus gigi dan ubat gigi. Aku berjalan ke bilik air. Sunyi. Sesekali mata aku melilau sekeliling. Tiba-tiba terasa seram. 

Cepat-cepat aku mandi. Sejuknya… dah la lepas nie nak pergi tanam pokok bakau pulak. Kena wangi-wangi nie.

“Woi.”

Aku terhenti membilas badan.

“Woi.” Suara perempuan.

Glup! Aku telan air liur. Kaku. Dalam lima minit macam tu suara tu pun hilang. Cepat-cepat aku bilas badan, pakai baju dan larikkkk….

Awalnya mandi… sorang-sorang pulak tu.. tahu tak dekat sekolah nie femes dengan hantu jepun.

Number dari orang yang aku tak kenali. Ting! Terasa nak call empunya number nie.

Dalam keadaan dalam bilik yang gelap aku ambik tuala dan sangkutkan di kepala. Aku terbongkok-bongkok keluar ke koridor. Cepat-cepat number tu aku dail.

Berbunyi, aku angkat kepala jenguk ke bawah. Haaa aku tau dah siapa.

Si dia cepat-cepat masukkan handphone dalam kocek dan berlalu pergi..

Tunggu la esok pagi..!

Aku tengok jam dekat handphone awal lagi baru lima setengah pagi. Sejuknya. Aku teraba-raba cari kain tuala. Ala tuala kan dah basah tadi buat mandi. Last-last aku ambik telekung dan pakai. Aku baring-baring atas katil sampai tertidur..

“Hantu pocong….! Hantu pocong!”

Aku yang tengah terlena terus bangun sebab terkejut dah la tadi masa mandi kena tegur dengan hantu.

Satu balingan bantal tepat mengena tubuh aku dan aku terjatuh dari katil… Ya Allah sakitnya. Tau la takut hantu tak payah la aku pun nak baling dengan bantal.

Lampu dibuka. Bila aku stand by nak bangun saja semua mata dekat aku. Ada yang pegang Al-quran, surah Yasin, bantal dan tak tahannya siapa ada hanger lagi. Hish apa nie.

What?” aku separa menjerit.

“Zara?” kak Nina letak bantalnya.

Yela sapa lagi?” boleh pulak tanya dah la tengah sakit nie.

“Kenapa pakai macam nie?”

Aku tengok badan aku. Patut la pun semua ingat aku hantu. Aku buka telekung dan betulkan rambut yang terkeluar.

“Sejuk la.. lagipun tadi Zara baru lepas mandi, tuala dah basah ambik la telekung buat selimut.”

Semua bersurai tinggal kak Nina, kak Juna dan kak Wan. Aku tengok jam dekat handphone. Lima empat puluh lima.

“Habis yang mandi tadi Zara la?” kak Jun pandang aku.

Aku angguk.

“Ingatkan ada bunian mandi tadi, tak jadi nak buang air kecil, kalau ada batu karang siap la Zara.”

Aku senyum je. Ooo..tadi tu kak Jun la yang duk woi..woi aku tu..

Sementara semua tengah mandi. Aku ambik kesempatan nak turun surau dulu. nak bertentang mata dengan si dia.

Sengaja aku jalan lambat-lambat.. kalau pergi surau lima minit aku jadikan sepuluh minit sambil tangan ligat duk menaip mesej.

Jumpa di surau.

Lama aku tunggu dekat surau. Tapi bayang si dia pun aku tak nampak. Azan berbunyi. Kami sembahyang berjemaah. Sedapnya suara pak imam nie, mesti budak-budak sekolah Al-Manshoor nie.

Aku pandang telefon tapi satu meseg pun tak berbalas. Aik takkan malu kut selama nie punya syiok duk mengacau aku. Bila dah kantoi lari macam tu je.? Tak lelaki lamgsung.

Tengah nak berjalan balik dari surau aku belek-belek handphone. Apasal mamat nie tak balas?

“Zara.” Aku pusing belakang..

Dia nie ke?

Bersambung…


22 Nov 2013

KISAH CINTA PERTAMA (1)

SALAM SEMUA.. ATAS SEBAB-SEBAB TERTENTU ZATI DAH DELETE PINANGAN KE 20.. IN SHA ALLAH LEPAS NIE KALAU ADA REZEKI PK20 IA AKAN DITERBITKAN VERSI NOVEL TAPI TAJUK SAJA YANG LAIN.. 

HARAP-HARAP KISAH CINTA PERTAMA INI TIDAK MENGHAMPAKAN.. DOAKAN YANG TERBAIK UNTUK ZATI OKEY..

SELAMAT MEMBACA :)



AKU angkat telefon yang duk berdering lagu Ayumi Hamasaki. Masuk nie sudah tiga kali ia berbunyi. Aku tengok nama dia skrin kak Nina!

“Assalamualaikum kak Nina.”

“Waalaikumsalam. Buat apa tu?” suara kak Nina kedengaran.

“Tak buat apa baru balik sekolah.” Aku landing atas katil.. lega dapat baring.

“Esok nak join tak program dekat USM?”

“Program apa?” aku lepaskan rambut biar terurai.

“Ada la, kalau nak suruh abah hantar Zara datang rumah kak Nina malam nie, tidur sini lepas tu esok pagi lepas subuh kita gerak.”

“Okey.”

Aku letak telefon. Ada program dekat USM? Kenapa aku tak tahu pun padahal kami satu sekolah. Mungkin tak cukup orang kut.

Lepas maklumkan dekat abah aku siap-siap kemas beg. Baju tidur untuk malam nie, losyen harus la, berus gigi, pencuci muka,  charger sebab nampak gaya telefon aku pun bateri macam nak habis. Baju jubah seluar untuk esok, tudung putih sedondon dengan baju. Baju kecik dan seluar kecik. Apa lagi erh? Aha… pencil box dengan buku nota. Siap!

Mak! Penuh satu beg galas. Macam nak pergi tiga hari saja, belum masuk tuala lagi, telekung, sejadah. Tidakkk….!

Malam tu jugak aku bergerak pergi rumah kak Nina. Kak Nina sikit pun tak terperanjat.

“Tau dah mesti Zara nak datang punya.”

Aku bersalaman dengan kak Nina. Abah hantar dekat depan saja dia tak masuk katanya nak cepat lepas nie nak bergerak pergi Langkawi sebab kena outstation.

Pagi-pagi lepas subuh kami dah bergerak tunggu bas ingatkan ada orang nak hantar rupanya kena naik bas sendiri. Makanya pagi itu terciptalah sejarah aku pertama kali naik bus, sebab selama nie nak pergi mana-mana pun abah yang hantar. Maklum lah anak bapak!

Ingatkan dah sampai station bas terus naik feri untuk ke USM.  Tapi kak Nina kata dia nak tunggu orang sekejap.

“Kita nak tunggu sapa nie kak Nina?”  aku betulkan beg galas aku.

“Tunggu kawan-kawan yang lain la.”

Aku terangguk-angguk. Ada jugak orang lain ingatkan kami saja. Hehe.

“Nie bukan under sekolah kan?” sebenarnya dari semalam lagi nak tanya tapi asyik terlupa saja tu la banyak makan kepala ikan.

“Tak, yang nie program luar sekolah macam aktiviti sukarelawan. Tak apa la nanti Zara tahu la.”

Aku angguk-angguk saja la. Patut la kena pergi sendiri.

“Haaa tu pun.” Kak Nina bangun sambil tersenyum.

Dari jauh aku nampak Abang Dollah, kak Jun dan dua orang lelaki. Abang Dollah dengan kak Jun tu senior aku dekat sekolah budak STPM. Yang lain aku tak kenal.

Kami naik feri lepas tu turun feri ambik pulak bas pergi USM. Dari perjalanan dari feri ke USM aku diam aje. Yela aku nie bukan rapat sangat dengan budak ‘besar-besar’ tapi dalam diam-diam aku ada jugak aku bertegur dengan dua orang itu. Sorang namanya Putra lagi seorang lagi nama Khairi yang pasti dua-dua orang tu lagi tua pada aku.

Sesekali pasti mata aku dan Putra akan bertembung. Asih! Jangan cipta kenangan nak pergi USM pulak.

“Zara sekolah mana? Tingkatan berapa?” Putra yang dalam diam tu tegur aku lagi sekali. Tadi tegur aku wish good morning je. Macam aku nie minah salleh nak wish wish bagai.

“Tingkatan tiga, sekolah sama kak Nina. St Mark Butterworth.” Aku jawab malu-malu.

“Abang putra sekolah mana? Tingkatan berapa? Yang pasti bukan sekolah sama Zara kan?” aku tanya dia lagi dalam duk malu-malu aku tu.

“Sekolah Al-mashoor, tingkatan lima. Abang semalam tak pergi sekolah. Pagi tadi dari rumah terus nak join kak Nina sekali.”

Ooo sekolah ponteng datang program nak pulak.

Kami masuk dewan besar yang berhawa dingin dan bertingkat-tingkat rasanya lebih dua puluh tingkat kut. Kami duduk di bahagian tengah. Dan yang pasti bahagian depan sudah penuh. Bagus betul budak-budak nie. Kalau aku nak duduk depan so sorry takut kena soal jawab. Bila tak dapat jawab confirm malu.

“Assalamualaikum dan selamat pagi terima kasih sebab sudi hadir pada pagi nie, nama akak kak Wan, adik boleh panggil kak Wan. Akak wakil dari sahabat Alam Malaysia. Terima kasih kepada wakil-wakil sekolah Al-mashoor lelaki, Convent greenlane, Abdullah Munshi, St Mark, sekolah menengah Sungai Ara.. bla.. bla.. bla…”

Aku dah tak dengar, sibuk menguap. Mengantuk la pulak. Mengikut yang ada dalam tentative yang tersarung dalam fail keras nie. Pukul Sembilan ada ceramah pasal tumbuhan hijau, pukul sepuluh minum petang. Sepuluh setengah sambung balik ceramah sampai lunch hour lepas itu buat LDK latihan dalam kumpulan.  Harap-harap ada yang sama umur dengan aku, tak terasa la sangat yang aku nie ‘muda’ hehe.

***********************************************
Lepas sembahyang Zohor berjemaah di masjid USM, kami dipecahkan mengikut kumpulan mengikut nama semasa mendaftar tadi. Satu kumpulan tak melebihi dua puluh orang dan setiap satu kumpulan ada seorang akak fasi.

Selepas berkenalan dengan memberitahu nama, sekolah dan tingkatan berapa seperti yang di agak aku yang paling muda. Sampai akak fasi tu cakap.

“Sebenarnya program nie lebih kepada tingkatan empat dan lima tapi bagus jugak pertama kali kami dapat budak tingkatan tiga.”

Budak? Okey la, pasrah!

“Zara nie kawan kak Ina ya?” kak Nadia fasi aku yang tengah duduk bertentangan dengan aku mula bertanya.

“Zara nie sepupu kak Nina.” Aku betulakan ayat kak Nadia.

“Kak nina?” Kak Nadia macam pelik aje bila aku sebut kak Nina.

“Eh silap kak Ina.” Macam mana la boleh lupa, hanya keluarga terdekat saja yang panggil kak Nina.

“Akak nak adik-adik semua cari pokok,bunga atau daun dan nyatakan kenapa adik-adik pilih pokok tersebut.”

Aku dah rasa macam budak sekolah rendah dah. Kami berpecah. Aku nak cari pokok apa nie? aku pun tak tahu. Dari satu tempat ke satu tempat.

Aku tercari-cari sampai tak sedar dah jauh dari kumpulan.

“Zara cari apa?” kak Nina cuit belakang aku.

“Cari daun ke, bunga ke.. kak Nina buat sama macam kami jugak ke?”

“Tak la kak Nina kena cari pokok tumpang.”

Aku tinggalkan kak Nina dan pokok tumpangnya. Tiba pulak aku jumpa group kak Jun. hanya senyum-senyum aje. Nampak macam kak Jun tu pun sibuk duk mencari aku berjalan ke depan lagi.

“Haaa Zara.. cari duit ke?” Abang Dollah yang berdiri depan aku turut sama terbongkok.

“Tak aih Zara cari bunga..daun tak pun pokok.”

“Ingatkan duit hilang ke apa sampai terbongkok-bongkok. Fasi dia Nadia ke?”

“Aha kak Nadia. Abang Dollah kena buat apa?”

“Abang Dollah jadi fasi ganti kak Wan..”

Waaa.. mesti budak-budak perempuan group abang Dollah cuci mata nie. dapat Fasi yang kacak, stylo pulak tu.

Aku tinggalkan abang Dollah. Last-last tak tahu nak cari apa aku bawak balik pokok semalu la. Senang.

Masa nak berjalan balik masuk group sempat jugak aku cuci-cuci mata tengok group lain.. berbalas-balas senyuman. Karang tak senyum kena cop sombong pulak. Mata aku terpandang seseorang. Kami berblas senyuman. Dalam diam hati terpaut. Aish! Buat ayat sastera la pulak aku nie.

Kami duduk dalam bulatan sambil memegang pokok, daun dan bunga masing-masing.

Ada yang pegang pokok duit-duit, bunga kertas, daun pandan.. macam-macam.. semua dah terang pokok masing-masing tapi bila sampai dekat aku. Aku jadi blur.. aku pun tak tahu kenapa aku pilih pokok nie. Tambah-tambah nak cakap depan orang lagi aku malu wei.

“Cepat la Zara.. semua dah tunggu nie.” semua mata tertumpu pandang aku.

“Saya pilih pokok semalu nie kerana identity saya yang pemalu.. err..” betul ke aku cakap nie? aku garu-garu kepala.

“Lagi?” Kak Nadia bertanya macam tak puas hati aje.

“Bila kita pegang pokok semalu nie automatic dia tertutup sendiri.. dia mempunyai sifat pemalu yang tinggi, bagaikan seorang gadis penuh dengan sikap pemalu dan yang pasti pokok semalu nie menghormati orang lain. Bila kita pegang dia, dia akan tertutup dan akan menunduk.. macam tu la lambang seorang gadis.. pemalu dan terhormat. Tapi jaga-jaga pokok semalu nie garang.. silap-silap terkena durinya.”

Satu tepukan untuk aku. Bukan dari group sendiri tapi dari group sebelah. Group abang Dollah.

Ala setakat pokok semalu nie apa la sangat tengok saya nie haa pokok pandan..” abang Arm dah goyang-goyang pokok pandannya siap dengan akar lagi mana di kutip pun tak tahu.

“Haaa cepat Ikram kamu pulak excited sangat dengan pokok pandan tu mana kutip pun tak tahu.” Kak Nadia marah-marah manja dekat abang Arm.

Kami semua tersenyum..

“Pokok pandan nie wangi macam saya. Sangat diperlukan dalam masakan dan sangat istimewa untuk raja sehari kerana aromanya mampu meningkat pasangan pengantin untuk melakukan….”

“Sudah-sudah… melalut kuat budak nie baik kamu diam.” kak Nadia cepat saja memintas.

Kami semua sudah ketawa.

“kalau adik-adik nak tahu pokok-pokok, alam sekitar dan tumbuh-tumbuhan sangat penting buat kita.. kenapa? Haa kita biar budak ARAS yang jawab.. Ikram mana Ikram?” kak Nadia tercari-cari Abang Arm.

“Saya kat Sini.” Abang Arm angkat tangan.

“Cepat jawab kenapa alam sekitar nie penting untuk kita?”

“Tak nak.”

“Laa kenapa?”

“Tadi suruh diam.”

Aku ketawa saja dengan gelagat abang Arm nie.

“Akak melawak je la.. cepat la Arm.. nanti lambat upacara penyampaian sijil.”

“Sebab kita berpijakkan bumi dan berbumbungkan langit.. lagipun hubungan manusia dan alam sekitar sangat rapat, kita bergantung kepada tumbuh-tumbuhan, pokok-pokok dan hidupan sekelilingnya. Kalau tak ada pokok nie pemanasan global akan terjadi. Dan hidupan-hidupan lain akan hilang tempat bergantung.”

Kepala aku angguk-angguk perlahan.. sesekali aku dan abang Arm berbalas senyuman bila kami terpandang satu sama lain.

Selesai sudah aktiviti dalam kumpulan kami kini tiba masa untuk majlis pemyampaian sijil. Setiap sekolah hanya seorang wakil sahaja. Untuk sekolah kami, kami serahkan kepada Abang Dollah untuk ambikkan sijil bagi pihak kami..

Sebelum majlis penutup kami di minta untuk nyanyikan lagu hijau yang dinyanyikan oleh Zainal Abidin. Lagu yang dinyanyi dalam dialek kelantan ada seribu satu makna..

Bila kita jadi manusia kita lupa pasal alam sekeliling. Rasa nak buat rumah kita buat saja rumah tanpa nak pikir apa-apa. Kalau rasa nak tebang pokok untuk pasaran global kita tebang saja tanpa pikir habitat yang lain. Ekosistem kian terjejas.

Tiba-tiba aku rasa sebak dengar lagu tu. Manusia memang suka lupa diri!

*********************************************

Masa nak balik kami diminta untuk menikmati hidangan minum petang. Hanya teh O dan bihun goreng.

Masa dalam perjalan nak duduk dekat kak Nina and the gang, ada sekumpulan gadis jelita yang tersenyum-senyum pandang aku. Kesemuanya 5 orang. Dan yang pasti salah seorang itu kak Nora budak group aku masa LDK tadi.

“Zara ada number phone?” kak Nora mintak masa aku sibuk-sibuk nak salam dengan kak fasi.

“Aha ada.” Aku bagi saja number phone aku dekat kak Nora.

********************************************

 Habis program pukul lima petang, sampai rumah kak Nina pukul tujuh setengah malam. Sampai rumah pukul lapan sebab kak Nina yang hantar balik dia tahu aku tak biasa naik bus.

Sampai kat rumah mak ajak makan yong tau fu belakang rumah. Ooo lupa nak cerita rumah aku rumah flat empat tingkat. Dan yang pasti aku duduk atas sekali dan tak ada lif. Azab wei bila nak naik.!

Dekat bagan ajam nie yang famous pun pantai bersih dan yong tau fu.. petang-petang sebelum maghrib aku dengan kawan-kawan masa sekolah rendah suka berkumpul di tepi pantai menikmati angin petang.

Aku, Safirah, Shawal, Bainun dengan Emira sebenarnya kami dah kenal masa sekolah tadika lagi. Lepas itu kami satu sekolah rendah , SK bagan Ajam dan bila darjah enam masing-masing bawak diri. Ada yang pergi sekolah Convent dan ada yang duduk sekolah yang pandai sedikit. Tapi yang tu tak jadi masalah buat kami untuk terus berhubung.

Masa tengah menikmati yong tau fu pak karim nie boleh pulak Abang Arm dengan Putra sms aku serentak tapi dua-dua aku tak balas. Macam tak ada mood saja nak layan dua-dua orang nie. hehe..

Sedapnya dia makan.

Aku dapat Sms yang aku tak tahu number siapa. Aku pandang sekeliling tapi muka masing-masing macam tak ada yang mencurigakan pun.

Tercari-cari ke?

Hish! Siapa dia nie!

Kirim salam dekat mak kita tau.

Aku try call orang yang hantar sms dekat aku. Tak berbunyi pun. Ala… siapa dia nie.. tak suka la macam nie!

Last-last aku tak layan number tu pun. Malas. Aku tak suka orang yang sms aku tapi tak perkenalkan diri. Macam tak hormat orang pun ada. Baik aku nikmati yong tau fu depan mata nie. Nyum! Nyum!

Bersambung..












25 Oct 2013

CERPEN : DETEKTIVE CINTA



“Hiak… Hiakkk.…” aku tendang punch bag sekuat hati.

“Oii lepas geram ke?” Zana kawan baik aku yang tengah buat renggangan menegur aku.

Aku tersengih dengar ayat Zana. Lepas geram pun iye jugak.

Dalam pada masa yang sama telefon bimbit aku berbunyi tanda ada panggilan. Cepat-cepat aku angkat telefon.

“Ye Tuan.”

“Datang pejabat saya sekarang. Ada tugas untuk awak.”

“Baik Tuan.” Aku terus simpan telefon dalam poket seluar.

“Apahal wei?” Zana jalan menghampiri aku.

“Tuan Haji telefon.. ada job untuk aku rasanya.” Aku terus kemas-kemas barang.

Lepas ucap selamat tinggal aku terus tinggalkan Zana. Tuan Haji tu sebenarnya bos aku. Nak tahu apa kerja aku? Aku nie kiranya sebagai penyiasat persendirian dalam masa yang sama sebagai bodyguard. Mesti korang tak pahamkan skop kerja aku nie macam mana?

Tempat kerja aku nie sebenarnya macam badan berkanun la.. half kerajaan half lagi swasta. Kadang-kadang kami bekerjasama dengan polis untuk tangkap penjenayah terutamanya dalam kes culik tak pun yang melibatkan kes dadah tapi selalunya aku yang perempuan nie akan dilebihkan untuk kes culik yang berkaitan dengan kanak-kanak keluarga diraja, keluarga VVIP, keluarga orang biasa-biasa tak pun kes pemerdagangan kanak-kanak.

Aku ketuk pintu bilik Tuan haji. Masuk-masuk dekat dalam bilik ada tiga individu lain yang aku tak kenal.

“Kenalkan ini Irene. Irene Anisa.” Tuan Haji kenalkan aku dekat tiga orang individu tadi.

Aku hanya bersalaman dengan seorang wanita yang agak berusia.

“Irene saya kenalkan yang ini ACP Dato Majid ketua polis bahagian jenayah berat, Ini Tan Sri Muzaffar dan ini Puan Sri Sharifah Munirah.”

Aku hanya mengangguk senyum sahaja.

Tan Sri Muzaffar memulakan bicara. “Macam nie Irene, Anak saya Shah Iskandar sekarang nie dalam bahaya. Saya dapat berita yang anak saya akan diculik dan dijadikan tebusan sebelum dibunuh untuk mendapatkan nilai tebusan sebanyak RM 14.3. juta ringgit.”

Ternganga aku dengar RM 14.3 juta ringgit, wow! Kalau macam nie baik aku yang culik anak dia je. Muehehe.

“Anak Tan Sri dengan Puan Sri umur berapa tahun dan banyak sangat duit yang Tan Sri dan Puan Sri akan bagi nanti.” Aku tenung dalam-dalam muka sorang-sorang. 14.3 juta banyak sangat la nak bagi.

“Mereka tak mahu duit mereka mahu syarikat, tanah-tanah dan segala asset yang kami ada. Anak saya berusia 27 tahun.”

“Haaa 27 tahun.” Terkejut aku. Kalau 7 tahun boleh blah lagi.. nie 27 tahun bukan dalam bidang kuasa aku nie.

“Kenapa pilih saya?” aku tanya lagi.

“Sebab awak yang paling layak diantara semua.” ACP Dato Majid pulak mencelah.

“Paling layak?” aku buat muka tak paham.

ACP Dato Majid sambung lagi. “Saya dah serahkan tugasan nie dekat 3 orang anak buah saya malangnya setiap sorang tak boleh pakai. Mana taknya Shah yang mengajar diorang macam-macam sampai terpengaruh budak-budak tu, last sekali kerja tak jadi enjoynya lebih.”

 “Tapi saya nie perempuan.” Aku cakap lagi. Mana nak tahu dengan ayat ‘perempuan’ nie buat pintu hati diorang tak mahu aku ke.

“Sebab awak perempuan la senang kerja kami. Kalau dengan perempuan anak kami malu-malu, rasa segan dan dia tak mungkin dapat mempengaruhi awak.” Puan Sri Munirah pulak menyampuk.

Aiseh! Sakit pulak kepala aku nie tiba-tiba.

“Kami akan sediakan segala kemudahan untuk awak.. rumah, kereta, elaun dan duit gaji awak kami akan bayar tiga kali ganda dari biasa. Saya akan beri duit inseantif, bonus dan pakej percutian untuk awak.”

Waw! Giler tak nak. Mata duitan betul aku nie. Cepat saja aku setuju.

“Nie surat perjanjian. Awak baca dan tandatangan.” Tuan Haji serahkan untuk aku.

Peraturan-peraturan.

1-      Tidak boleh bercinta, mencintai atau dicintai Shah Iskandar.
2-      Tidak boleh tergoda, mengoda atau digoda Shah Iskandar
3-      Tidak boleh terpengaruh, mempengaruhi atau dipengaruhi oleh Shah Iskandar.
4-      Sentiasa berada disisi Shah Iskandar.
5-      Tidak boleh mendedahkan identiti anda sebagai penyiasat atau pengawal peribadi.
6-      Menjadi tanggungjawab anda untuk memastikan segala keselamatan Shah Iskandar terjamin.
7-      Tidak boleh mengambil cuti.
8-      Kontrak ini sah sehingga akhir bulan oktober 2013.

Aku sign kontrak perjanjian tersebut. Akhir bulan oktober maknanya aku hanya ada lebih kurang sebulan setengah sajalah lagi. Nasib baik tak lama. Tapi anak dia handsome sangat ke sampai tak boleh jatuh cinta?

“Ini kunci rumah, kunci kereta, kunci pendua  rumah Shah Iskandar dan ini duit sara hidup Irene.”

Aku sambut huluran beg kertas yang Puan Sri Munirah hulurkan untuk aku.

“Esok awak akan mula menjadi senior executive design dan awak akan dinamakan sebagai Nadia.”

Nadia? Nasib baik nama tu sedap. Kalau tak mahunya aku suruh Tan Sri tukar nama lain.

Tiba-tiba ACP Dato Majid menyampuk. “ Dalam bilik awak, kami sudah sediakan tv cctv dimana setiap inchi rumah Shah Iskandar awak akan dapat lihat melalui tv cctv.”

Sudah selesai segala hal aku ajak Zana teman aku pergi Shopping. Selama nie hanya berseluar jeans aje. Lepas nie kena pakai baju kurung, skirt, maxi dress. Auw! Perempuan gitu. Susahlah lepas nie nak angkat kaki nak pukul orang.

***************************************************************

Pagi-pagi lagi aku dah datang syarikat yang bernama Teguh Millenium Sdn Bhd. Rambut palsu potongan pendek yang berwarna perang dibahagian bawah dan cermin mata tak ada power akan aku pakai sampai habis kes ini.

“Selamat pagi saya Nadia, hari ini hari pertama saya bertugas disini.” Aku kenalkan diri dekat penyambut tetamu itu.

“Selamat pagi Cik Nadia, Tan Sri ada maklumkan dekat saya, mari saya tunjukkan bilik Cik Nadia.”

Aku jalan mengekori penyambut tetamu tadi. Sambil berjalan sempat dia kenalkan diri sebagai Alisa. Berusia 21 tahun. Cantik orangnya manis saja, tapi dah kahwin pun.. hehe.

“Okey ini bilik Cik Nadia. Sebelah sana bilik Tuan Iskandar dan sebelah bilik Tuan Iskandar bilik Tan Sri. Selamat bertugas Cik Nadia.”

Aku senyum dekat Alisa. Aku melangkah masuk bilik aku. Cantik giler design office ini. Semua dinding dia adalah dinding kaca. Dari tempat aku nie semua orang aku nampak. Termasuklah Shah Iskandar. Dan semua orang jugak boleh nampak aku.

Tapi apasal dia tak masuk lagi? Dah pukul 9 lebih nie. Alah biasalah kalau anak bos selalu masuk lambat, kuat mengelat.

Elok aku duk kutuk dia tiba-tiba aku nampak susuk tubuh lelaki masuk ke dalam bilik. Inilah Shah Iskandar. Not bad.. tinggi, hidung mancung, rambut style korea sikit. Sedap sikit nak cuci mata pun.

“Tak payah nak pandang saya lama-lama, masuk bilik saya sekarang.”

Tiba-tiba intercom bilik aku berbunyi. Macamlah aku nak pandang dia sangat. Aku berjalan masuk ke bilik Shah Iskandar.

“Selamat pagi Encik.” Aku berdiri depan dia. Okey misi aku sudah berjalan sekarang.

“Selamat pagi, silakan duduk.”

Aku duduk dekat atas kerusi depan dia.

“Tugasan Cik Nadia hari nie adalah designkan saya sebuah rumuh banglo mewah. Letak atas meja saya esok pagi.”

Alamak! Matilah aku mana aku tahu benda-benda macam nie.. buat masalah betullah.

“Esok pagi?” aku pandang dia tak berkelip.

“Iye esok pagi, lagipun Cik Nadia ada pengalaman selama 3 tahun, rasanya tak ada masalah kan?” dia berpeluk tubuh sambil pandang aku.

“Tak ada masalah encik.”

“Bagus.. awak boleh keluar sekarang.”

Matilah aku. Aku nak mintak tolong siapa nie? Uwaaaa… sadisnya kisah hidup aku. Kan senang kalau jaga budak-budak.. nie kena jaga bapak budak naiyalah hidup aku.

“Nak lukis atas apa?” sempat aku tanya sebelum melangkah keluar.

“Lukis dekat dahi.” Sarkastik sungguh ayat dia. Aku lempang nanti baru tahu.

“Okey!” aku mendengus kuat. Sakit hati sungguh dengan dia.

“Lukis dekat atas kertas Cik Nadia. Kalau saya setuju baru saya suruh designkan melalui system.”

Aku tak kalih pun pandang dia. Berjalan masuk bilik aku. Tapi dari bilik aku, aku boleh nampak dia pandang aku. Cucuk bijik mata nanti baru tahu.

Akhirnya dengan sebulat suara ahli Jemaah tingkap antara aku dengan Zana, Zana dah setuju untuk mengabdikan diri adiknya untuk menolong aku. Aku bukan tak tahu nak lukis. Setakat orang lidi tak pun lukis rumah petak aku tahulah yang nie nak lukis rumah mewah. Kalau tak kena dengan kepala otak Shah Iskandar tu aku jugak yang kena marah. Nanti tak pasal-pasal dapat penumbuk free dari aku.

Elok aku sampai rumah yang Tan Sri bagi pinjam tu aku nampak ada kotak besar depan pintu rumah aku.

Dari Zana, untuk Nadia.

Aku buka kotak tu tengok-tengok ada segala buku pasal design rumah. Segala contoh rumah, jenis rumah, kira-kira untuk tapak, nama jenis kayu-kayu, batu-batu, simen-simen, tu belum masuk dengan CD system yang Zana bagi dekat aku AutoCad la, photoshop la, semua ada.. tiba-tiba rasa terharu pulak ada kawan macam nie. Tapi rasa nak lempang pun ada, ada ke patut bagi aku benda nie.. meh la ajar aku.. aku bukan paham pun kalau bagi macam nie. Apa-apa pun terima kasihlah Zana.

Aku selak sliding door sambil betulkan rambut palsu aku. Kalau tak salah aku rumah Shah Iskandar tu atas rumah aku saja tapi sebelah kiri. Kalau ada rezeki aku jumpa la dia. Tapi macam mana nak buat dia bagi perasan aku?

Tiba-tiba aku dapat idea. Boleh ke tak boleh pakai ke aku try dulu.

“Oooo hoi.. senyumlah.. senyumlah ahai cek mek molek..” aku nyanyi kuat-kuat sambil mata terjeling-jeling dekat atas rumah dia. Tak keluar pun.

Cuba lagilah.

Aku masuk rumah dan pasang radio kuat-kuat. Okey mula.!

Aku menari poco-poco dekat balkoni yang sekangkang semut nie.

“Hoi perempuan nak menari poco-poco pun pikirlah orang sama! Memekak saja.”

Pergh! Kena sound beb nasib baik aku tengah waktu bekerja kalau tak memang nahaslah mamat nie, nasib baik aku kenal suara siapa.

“Eh! Suka hati sayalah…” aku pusing pandangan dekat arah suara itu.

“Eh, awak pekerja baru saya.. apa nama awak Nadia kan? Duduk sini ke? Baru ke lama?.” Sempat dia berbasi-basi dengan aku. Ingatkan nak sound aku lagi.

“Laaa Encik Iskandar ke.. ingatkan siapa la tadi sesuka hati sound-sound orang. Aha saya duduk sini. Baru aje lagi pindah sebab nak dekat dengan officekan.. Encik Iskandar duduk dengan wife ke? Mana dia tak nampak pun.” Heheh padahal aku tahu dia single lagi.

“Saya single lagi la.. meh la datang rumah saya boleh kita borak-borak.”

Ajak perempuan macam ajak kawan lelaki lepak rumah.

“Bahaya Encik.. nanti tak pasal-pasal kena tangkap. Tapi Encik tunggu sekejap erh.”

Aku masuk dalam rumah dan bancuhkan dia white coffe dan dengan sepantas kilat aku naik atas rumah dia dan letakkan white coffe depan pintu rumah lepas itu aku lari balik ke rumah aku.

“Encik white coffe ada dekat depan pintu.” Termengah-mengah aku bercakap.

“Apa? White coffe?” dia macam tak percaya tapi dia melangkah jugak pergi ambil white coffee yang aku bancuh tu. “Thanks” dia senyum sekilas dekat aku.

Kami sama duduk di balkoni dan berborak. Shah Iskandar menikati white coffee manakala aku pulak menikmati hot milo. Seberarnya Puan Sri ada cakap yang Shah Iskandar suka sangat dengan White Coffee. Aku? Sorry aku tak minum dengan benda yang berkafein  nie. Tak baik untuk tubuh badan aku.

Awal-awal pagi lagi aku dah bersiap untuk ke pejabat. Elok aku nak tekan alarm kereta Mazda RX8 pemberian Tan Sri untuk aku pinjam tiba-tiba Shah Iskandar tegur aku dari belakang.

“Hai Nadia, tumpang sayalah.” Dia senyum dekat aku.

“Hish tak apalah Shah, I prefer naik kereta sendiri aje.” Lepas sesi suai kenal dekat balkoni semalam tak ada Encik atau Cik dah, kecuali semasa dekat office sahaja.

“Kenapa takut boyfriend marah ke?” dia senyum sarkastik dekat aku.

Ringan saja rasa kaki aku nak naik dekat perut dia.

“Saya single but not available.” Aku sengih dekat dia.

“Cepatlah tumpang saya.” Dia terus tarik tangan aku.

Nak tak nak terpaksalah tumpang dia. Aku tekan alarm kereta untuk kunci kereta balik. Shah Iskandar bukakan pintu kereta dekat aku. Terpaksalah naik kereta dia jugak. Tapi senang lagi misi aku rasanya kalau macam nie.

“Kita nak breakfast dekat mana?”

Aku pandang dia sekilas. Kita nak breakfast?

“Saya rasa saya beli nasi lemak depan office saja. Nak makan dekat luar rasanya tak sempat nie.”

Dia tak jawab apa-apa.

“Tiap-tiap pagi saya breakfast rumah mama dengan papa tapi mama kata mulai hari nie tak boleh makan dekat rumah mama dah.” Sedih suara dia.

“Kenapa?” macam menarik la pulak.

“Sebab papa marah hari-hari lambat masuk office.”

Laaa yang tu saja. Anak manja betul dia nie.

“Kenapa tak makan dengan girlfriend?” akhirnya terkeluar jugak ayat nie dari mulut aku.

“Tak ada siapa sudi nak dekat saya nie.”
Tak ada siapa sudi konon entahkan kuat memilih nak yang jenis model saja, baju nak seksi, badan mesti kurus lepas tu tinggi. Alah aku tahulah jenis-jenis anak orang kaya nie.

Kami sampai di perkarangan office. Aku hanya minta Shah Iskandar berhentikan aku dekat tepi jalan saja sebab aku nak beli nasi lemak.

Disebabkan Shah Iskandar tak makan lagi aku dengan berbesar hatinya belikan dia nasi lemak sambal lebih. Hehe pagi-pagi buta makan sambal banyak mau kena sakit perut mamat nie nanti. Aku pandang Shah Iskandar dari jauh dengan tekunnya.

“Selamat pagi Encik.” Aku senyum semanis mungkin dekat dia.

“Selamat pagi.” Dia tak pandang aku pun.

“Saya belikan Encik nasi lemak.” Aku letak bungkusan nasi lemak atas meja dia.

Shah Iskandar angkat kepala sambil pandang aku. Kemudian dia pun tersenyum dan mengucapkan terima kasih.

Aku masuk bilik aku sambil pandang kalender, bilalah misi nie nak habis? Aku rasa macam nak terjatuh cinta pulak dekat Shah Iskandar nie kadang-kadang. Cara pandangan dia, senyuman dia. Aduhai, bikin hati aku tak keruan nie.

Kan bagus kalau aku tak terima tawaran nie. Aku capai kontrak perjanjian antara aku dan keluarga Shah Iskandar. Tak boleh jatuh cinta? Mungkin sebab kami nie tak sama taraf. Tak boleh menggoda? Dia ingat aku nie kaki goda lelaki apa. Sentiasa berada di sisi Shah Iskandar? Hai.. mampuslah macam nie.

“Terima kasih untuk nasi lemak nie. Mana tahu favourite saya sambal lebih?” terpancul muka Shah Iskandar dekat pintu bilik aku. Nasib baik tak melatah. Hish dia nie buat terkejut aku aje.

“Saya agak saja Encik.” Memang aku agak-agak pun. Hehe.

“Jumpa balik nanti.” Dia kenyit mata dekat aku sambil tersenyum.

Ops! Main-main mata pulak!

***************************************************

Pejam celik.. pejam celik..kurang dari dua minggu aku bersama Shah Iskandar.. makin lama aku kenal dia, makin aku terasa seperti dia awing-awangan. Gayanya, citarasanya.. kadang-kadang tingkah lakunya buat aku makin jatuh cinta. Tapi disebabkan aku masih dalam ‘posisi bekerja’ makanya aku terpaksa tahan perasaan aku dekat dia.

Kadang bila hujung minggu kami banyak habiskan masa bersama. Mungkin pada pandang keluarga Shah Iskandar aku keluar dengan Shah Iskandar kerana aku kena menjaga keselamatannya, pada pandangan Shah Iskandar pulak kerana aku kawan dia jadi hujung minggu masa untuk lepak-lepak. Pada pandangan aku pulak, aku merasakan yang aku nie keluar dengan kekasih hati, menghabiskan masa pada hujung minggu setelah penat bekerja. Alahai romatiknya.

“Hoi mengelamun!” pap! Cadbury dairy milk selamat mendarat atas kepala aku nie nasib baik tak berlubang kalau tak aku smack down dah dia nie.

Aku pandang dia dekat sebelah atas. Buat isyarat mata yang aku tengah marah.

“Hoi jiran sebelah tak boleh ke kalau tak main baling-baling?” aku capai Cadbury milk yang dah jatuh.

“Sebeum nie biasa saja main baling-baling, awak kan cekap kalau bab-bab tangkap nie.”

Macam nie kami kalau nak bersembang, dari balkoni ke balkoni. Kadang-kadang main baling gula-gula, tak pun main baling-baling roti, lagi dasyat main baling bantal. Hebat tak kami? Hehe.. sweetkan?

“Jom main teka-teka nak?” tiba-tiba Shah Iskandar buat permintaan yang tak masuk akal.

“Teka apa?” confius kejap.

“Cuba teka tadi siang saya mandi pakai apa?” dia dah tersengih-sengih.

Hish dia nie.. ke situ pulak. “Tak mau la.. teka yang lainlah.”

“Ala teka la, tekalah..”

“Okey nak teka sangat erh.. tak pakai apa-apa pun.” Haaa ambik kau. Bukan salah aku okey. Dah dalam rumah dia ada CCTV termasuklah dekat dalam bilik air sekali, jadi tugas aku nak jaga keselamatan dia terpaksalah aku curi-curi tengok. Ops!

Terus terdiam Shah Iskandar dengar jawapan aku. Kan aku dah kata jangan suruh aku teka.

“Tadi tengahar saya makan apa?” dia tak berputus asa lagi nampaknya.

“Manggi.” Dengan yakinnya aku jawab.

“Tadi siang saya tidur tak?”

“Tak.” Hehe.. syok pulak aku main teka-teka.

Muka dia macam kecewa aje. “Okey last yang nie mesti awak tak boleh jawab punya.. saya yakin seratus peratus awak tak boleh jawab.”

Eleh yakin aje dia. “Okey teruskan.”

“Saya shampoo ke tak harinie?”

Aku gelak kuat-kuat. “Yang itu aje? Itu aje?”

“Yelah habis itu? Itu yang paling susah saya rasa.”

“Kalau saya jawab betul.. apa saya dapat?” aku jungkit-jungkit kening.

“Dapat kahwin dengan saya lah nak?”

Nak! Aku mampu jawab nak dalam hati aje. Aku buang perasaan cinta jauh-jauh. Kondo yang menghadap jambatan Pulau Pinang nie betul-betul buat aku tenang sekejap.

“Apa lagi tu.. nak jawab ke tak nak?”

“Yelah saya jawab.. awak tak shampoo kan?” padahal aku tahu hari-hari dia shampoo rambut dia.

“Saya shampoolah.. awak nie kan dah salah tu. Tak nak kahwin dengan saya ke?”

Apasal lah dia nie sweet tiba-tiba. “Cantikkan jambatan Pulau Pinang malam nie?” sengaja aku nak tukar topic..

“Hai hari-hari tengok pun nak kata Jambatan tu cantik..”

“Dahlah saya nak tidur.. good night.” Aku terus masuk dalam rumah dan tutup pintu sliding door. Aku berjalan ke bilik CCTV. Memerhati setiap inci rumah Shah Iskandar.

Tak sampai sepuluh minit Shah Iskandar masuk ke biliknya. Membaca buku lepas itu tak sampai dua puluh minit tertidur. Kacak jugak dia nie bila tidur.. hehe.

***********************************************************

Semenjak dua menjak nie terasa ada orang yang memerhati dan mengekori kami.. dan dengan segera aku cepat maklumkan pada Tuan haji dan ACP Dato Majid.

Ketika aku dan Shah Iskandar ke tempat parking kereta aku terasa ada orang mengekori kami. Kebetulan aku memang tumpang kereta Shah Iskandar pun nak ke tempat kerja.

“Shah.. masuk dalam kereta cepat.” Cepat-cepat aku bagi arahan.

“Kenapa pulak nie? Macam tak senang duduk aje.”

“Sakit perutlah. Nak balik rumah cepat-cepat nie.” Aku berjalan laju-laju kalau boleh lari dah lama aku tarik Shah Iskandar lari sekali. Jadi sebab tak nak nampak sangat dia dalam bahaya jadi terpaksa aku buat biasa-biasa sahaja.

“Alamak tayar pancit pulak.”

 Aduh masalah betullah. Nie mesti kerja diorang nie. Cepat-cepat aku capai telefon bimbit untuk maklumkan dekat ACP Dato Majid mengenai situasi kami. Belum cepat aku nak dail number terasa hentakkan yang kuat di kepala aku.

Dalam samar-samar aku terasa ada empat individu yang aku tak kenali, Shah Iskandar aku tak nampak pun. Dan gelap…

Sedar-sedar sahaja sakit kepala aku, berdenyut-denyut jadinya. Bila tangan nak picit kepala baru aku tersedar tangan dan kaki aku terikat. Rambut palsu dah terbang ke mana hala pun aku tak tahu.

“Shah..Shah..” aku panggil Shah Iskandar. Keadaan aku sekarang nie tak penting, yang sangat penting adalah Shah Iskandar. Kalau apa-apa jadi dekat dia aku takkan maafkan diri aku.

“Shah!” aku hentukkan kepala aku dekat belakang kepala dia.

“Wei sakitlah!”

Haaa baru dengar suara dia. Ingatkan dah kemana hala tadi perginya.

“Well.. well.well.. Irene Anisa.. berjumpa lagi kita nampaknya.” Aku panggung kepala ke atas.

Mat lekat!

Siapa tak kenal mat lekat? Sebelum nie aku dah Berjaya gagalkan dua rancangan jahat dia. Mengugut anak-anak orang kaya dengan meminta asset. Akhirnya bertemu jugak aku dengan dia.

“Siapa Irene Anisa dia Nadialah, pekerja aku. Korang nie siapa haa..!” Suara Shah Iskandar memecah hening seketika.

Aku telan air liur. Kalaulah Shah Iskandar dapat tahu hal sebenar apa la yang dia akan fikir fasal aku?

“Ho..ho..hotak kau! Perempuan yang cantik nie kau boleh cakap pekerja kau. Hello kawan, ini perempuan wa punya musuh ma. Dia nie detective ma. Semua rancangan wa gagal sebab dial oh, sikarang haa ini perempuan kena mati.. hahahhaha..” berdekah-dekah mat lekat nie ketawa.

Rasa nak terajang aje muka dia. Geram betul aku.

“Kalau kau nak dia pun apa kena mengena dengan aku haaa? Lepaskanlah aku..!” meronta-ronta Shah Iskandar minta dilepaskan.

“Haish. Stress!” dia luku kepala Shah Iskandar.. “ Sebab kaulah mangsa utama kami, apalah sengal sangat anak orang kaya nie. Sebabkan aku nak semua harta-harta kau jadi perempuan bajet jantan nie akan tawarkan diri dia untuk lindungi kau. Konon macam superherolah.. padahal ambik kesempatan. “

Anak-anak buah Mat Lekat menanggal tali ikatan di tangan dan kaki Shah Iskandar, Cuma aku yang masih terikat. Shah Iskandar di heret di hadapan aku. Mata kami bertentang seketika. Hilang cermin mata, hilang juga rambut palsu. Yang tinggal hanya uraian rambut panjang aku sahaja.

Dalam masa yang sama aku capai pisau lipat dari poket seluar belakang dan aku potong perlahan-lahan tali di tangan aku.

Tiba-tiba Mat Lekat keluarkan satu kertas dari poket belakangnya.

“Peraturan-peraturan antara perempuan dia dengan family kau.” Mat lekat tersengih.

“Tidak boleh bercinta, mencintai atau dicintai Shah Iskandar. Padahal kau dah cintakan Shah Iskandar nie kan? Fall in love gitu.” buk! Satu tendangan hinggap di muka Shah Iskandar. Meraung dia kesakitan.

“Sentiasa berada di sisi Shah Iskandar.” Satu tendangan di perut Shah Iskandar pulak.

Aku masih gagahkan diri untuk potong tali nie. Lagi lambat aku buat kerja silap-silap hari bulan mati Shah Iskandar dibuatnya.

“Menjadi tanggungjawab anda untuk memastikan segala keselamatan Shah Iskandar terjamin. Memang tak terjaminlah kalau dah jumpa Mat Lekat.” Dia baling kertas itu, dan terus memukul Shah Iskandar.

Berdarah-darah aku tengok Shah Iskandar, akhirnya tali ikatan tangan aku terlepas dan sekali gus melepaskan ikatan di kaki aku. Tanpa banyak tanya aku terus tending Mat Lekat dari belakang.

Anak-anak buah Mat Lekat yang empat orang tu datang dan kepung aku. Tanpa rasa takut dan rasa gementar kesemua mereka aku tendang, tumbuk, tampar dan aku karate sorang-sorang sampai lembik. Tapi satu tumbukan dari anak buah kesayangan Mat Lekat membuatkan aku tak dapat mengelak dan terjatuh ke belakang.

Disebabkan aku tak dapat bangun, aku pulak di tendang dan ditumbuk oleh anak buah kesayangan Mat Lekat tu. Berdarah hidung dan mulut aku. Dengan segala kekuatan yang aku ada, aku tendang celah kangkang anak buah Mat Lekat dan aku karate belakang tengkuk dia dan dia terus pengsan.

Hanya tinggal Mat Lekat sorang saja sekarang nie. Ooo berani erh kau pukul-pukul Shah Iskandar aku sampai lembik..

Mat Lekat cepat-cepat keluarkan pedang samurainya. Segala ilmu yang aku belajar akan aku guna pakai kali nie.

“Si cantik manis, kalau mati rugi..” dia buat ayat gatal mengada.

“Mati tak mati belakang kira sekarang aku yang nak kau mati.” Aku buka langkah.

Pedang dikilas depan aku dan aku elak ke belakang. Fuh nasib baik tak kena.

“Amoi manyak pandai elak ye..”
Aku buka langkah satu persatu, gerak aku atur perlahan biar nampak cantik. Rambut aku ikat sanggul. Okey let’s fight.

Pedang samurai dihala di hadapan aku. Dengan tangkas aku tepih dengan siku, terluka siku aku dengan pedang samurai.

“Amoi manyak berani.”

Sekali lagi Mat lekat kibas pedang samurainya di paha aku. Aku jatuh terduduk. Berdarah kaki aku. Belum sempat dia nak penggal kepala aku, aku tendang kaki dia sekuat hati. Mat Lekat jatuh terduduk dan pedang samurainya hilang entah ke mana.

Kami sama-sama berdiri memandang satu sama lain. Aku pandang Shah Iskndar seketika, Shah Iskandar pengsan.

Aku mula bertarung dengan Mat Lekat. Tendangan dan tumbukannya berjaya aku elak. Dengan kekuatan yang ada aku tendang muka Mat Lekat sekuat hati hingga dia terjatuh.

Aku raba-raba poket mencari telefon bimbit, setelah jumpa cepat-cepat aku dail number ACP Dato Majid memberitahu situasi kami.

Elok aku nak pusing menghadap Shah Iskandar.. aku nampak Mat Lekat dengan pedang samurainya ingin menikam Shah Iskandar.. dengan sekuat hati aku membaling telefon bimbit dan seperti jangkaan ia tepat mengena Mat Lekat. Mat Lekat jatuh dan pengsan.

Aku capai tali dan ikat Mat Lekat, aku capai tali lain pula dan ikat anak-anak buah Mat Lekat.

“Shah..Shah..” aku angkat Shah Iskandar ke pangkuan aku dan aku riba dia. Ak tepuk-tepuk perlahan muka dia.

“Aduh..Aduh..” Shah Iskandar meraung kesakitan.

“Awak okey tak nie?” aku pandang dia dengan perasaan cemas.

“Kalau aku tak okey pun kenapa? Takut kena hilang kerja? Nadia konon..” pandang tajam Shah Iskandar untuk aku.

Sakit hati aku tiba-tiba. Terdiam sebentar.

“Awak kena dengar dulu penjelasan saya.”saya cuba cakap elok-elok dengan dia.

“Tak payah nak jelaskanlah. Kau nie perempuan yang pandai berlakon. Cakap putar belit, hebat lakonan kau.!”

Aku cuba bersabar lagi.

“Nadia la, arkiteklah. Rupa-rupanya detective. Datang menyiasat dan melindungi. Aku dah baca semua dalam kontrak kau nie. Menyesal aku jatuh cita dengan kau. Perempun tak guna. Kau nie memang jenis perempuan yang suka mainkan lelaki kaya macam aku ke?”

Dengan rasa marahnya aku genggam kolar baju Shah Iskandar. “Aku kerja untuk jaga kau, pastikan kau selamat. Aku tak pernah bermain dengan perasaan aku.. kalau kau rasa menyesal kenal aku kau boleh blah! Aku tak mintak pun kau jatuh cinta dengan aku. Dan aku mengaku memang cintakan kau. Tapi disebabkan perangai bodoh kau nie aku dengan bangganya nak cakap aku menyesal jatuh cinta dengan kau.!”  Aku tolak dia ke belakang.

“Irene.. Irene..” sayup-sayup suara Tuan Haji memanggil aku.

“Kau kena ingat apa aku buat nie aku tak anggap sebagai kerja tetapi kasih sayang.” Aku sapu perlahan air mata aku dan berjalan ke arah suara Tuan Haji.

******************************************************

Alhamdulillah semuanya selesai dengan selamat. Kaki dengan siku aku kena jahit sikit tapi sakit jahitan tu langsung tak terasa tapi yang paling terasa sakit di hati.

“Ini tiket percutian awak dan duit belanja sekali.”

Aku sambut huluran sampul yang dihulurkan oleh Puan Sri. Aku jeling-jeling Shah Iskandar yang lebam-lebam dekat muka.

“Ini kunci rumah, kunci kereta dan duit yang Puan Sri beri, saya tak guna pun duit tu sebab duit saya masih ada lagi. Lagipun saya kerja nie ikhlas dan tak mengharapkan balasan.” Aku senyum dekat Puan Sri dan Tan Sri.

“Kalau Ikhlas tak menipu.” Perlahan suara Shah Iskandar tapi aku dapat dengar dengan jelas.

“Saya nak ucapkan terima kasih sebab memasikan keselamatan Shah Iskandar terjamin, kalau Irene taka da tak tahulah kami mungkin anak kami dah taka da. Terima kasih banyak-banyak.” Tan Sri pulak bercakap.

Aku hanya tersenyum saja.

“Sakit ke luka tu?” Puan Sri pegang tempat kena jahit.

“Tak sakit pun tapi dekat hati yang sakit sangat.” Aku pandang dalam-dalam muka Shah Iskandar biar dia terasa.

“Baiklah Puan Sri saya balik dulu, ada kerja tak siap lagi.” Aku minta dulu dan melangkah pergi.

Mungkin lepas ini aku dah tak jumpa Shah Iskandar lagi. Dan aku pun dah tekad untuk berhenti kerja. Nak tolong Zana uruskan bisnes butik pengantin kami berdua. Dan yang pasti aku takkan terlibat lagi dengan benda-benda macam nie.

*******************************************************
TIGA BULAN KEMUDIAN…

“Wei beb ada orang nak jumpa.” Zana kejutkan aku ketika aku sibuk-sibuk duk siapkan hantaran client aku.

‘Siapa?” aku tak pandang pun Zana, tekun dengan kerja aku.

“Entah.”

Aku tinggalkan kerja aku dan jalan turun ke bawah.

Terkejut aku tengok Shah Iskandar, Puan Sri dan Tan Sri. Aku jemput mereka duduk.

“Saya dalam bahaya.” Shah Iskandar pandang aku.

“Bukan Mat Lekat dekat dalam penjara ke?” aku keliru sebenarnya, siapa pulak nak culik mamat nie.

“Anak saya akan kena culik dalam beberapa bulan lagi, saya nak Irene ambik kes nie balik demi masa depan anak kami.” Tan Sri pandang aku.

“Tapi saya dah berhenti.” Aku buat muka tak nak.

“Saya minta tolong Irene sangat-sangat nie. Tolonglah anak kami.” Puan Sri pegang tangan aku.

“Yelah.. yelah..” jumpa balik mamat nie.

“Ini kontarkanya..” Shah Iskandar hulur kontrak depan aku.

Peraturan dan perjanjian.

1-      Boleh bercinta, mencintai atau dicintai Shah Iskandar.
2-      Boleh tergoda, mengoda atau digoda Shah Iskandar
3-      Boleh terpengaruh, mempengaruhi atau dipengaruhi oleh Shah Iskandar.
4-      Sentiasa berada disisi Shah Iskandar.
5-      Boleh mendedahkan identiti anda sebagai kekasih dan isteri Shah Iskandar.
6-      Menjadi tanggungjawab anda untuk memastikan segala keperluan Shah Iskandar terjamin.
7-      Boleh mengambil cut dan pergi honeymoon.
8-      Kontrak ini sah sehingga akhir hayat.

Sumpah aku tak paham. Aku pandang muka sorang-sorang.

“Kita kahwin.” Shah Iskandar hulur kotak cincin depan aku.

Dia melamar aku depan mama dan papa dia? Malunya aku..

“Mama dengan papa setuju bila Shah cakap nak ambil Irene jadi isteri. Mama dengan papa suka sangat dengan Irene. Mama harap Irene sudi jadi menantu mama.” Puan Sri pegang tangan aku erat.

Antara nak menagis dan ketawa. Aku tak tahu yang mana satu.

“Kami dah pinang Irene dan Alhamdulillah keluarga Irene terima.” Tan Sri tersenyum.

Aku tak tahu nak cakap apa.

“Bila langsungnya?” Zana pulak muncul tiba-tiba.

“Bulan depan, lagi cepat lagi bagus.. tak adalah budak tu berkhayal 24 jam dekat office.”

Aku tersenyum.

Segalanya jadi dengan pantas. Kerja untuk Shah Iskandar, mencintai, berpisah dan tup tup tup nak kahwin pulak.

“Abang sayang Irene.” Shah Iskandar berbisik di telinga aku.

“Thank you.” Aku sambut perlahan.



TAMAT.