Copyright© All Rights Reserved akubukannovelis.blogspot.com

8 Feb 2012

Bila blogger jadi maid ep 10



Ash tersenyum sendiri di bilik Golf Resort and Country Club Pulau Pinang di Kepala Batas. Perjalanan yang memakan masa hampir enam jam begitu memenatkan Ash..nasib bukan dia yang drive.. teringat perbualan antara dia,ibu ,ayah dan Yusra dalam perjalanan tadi.

“Ibu kena ikut adat ke bu?” Ash yang duduk di belakang ibunya di dalam kereta Alphat itu menyoal.

“Habis tu? Kena la ikut..” Puan Sri memandang ke luar tingkap. Melihat pemandangan sekeliling. Selalunya kalau nak jalan jauh naik kapal terbang saja tapi sekali sekala naik kereta pun seronok juga.

“Orang sekarang main redah je bu.. zaman Internet la bu.. bukan zaman TV yang baru nak ada warna tu..” Ash mengeluh. Sambil tangannya bermain dengan rambut yang sedikit pacak itu. Orang sekarang main terjah saja. mana nak ikut adat dah.

“Abang ni kan asal la gelojoh sangat..cuba bawak bertendang..” Yusra menyampuk sambil kepalanya di geleng perlahan.

“Kamu ni BM dapat berapa Yusra? Bukan bertendang tapi bertenang.” Tan Sri mengeleng kepala perlahan. Banyak kerenah sungguh dengan anak daranya yang sorang ni.

“Entah kamu ni Ash.. kita orang timur..kaya dengan adat..” Tan sri kembali bersuara.

“Erm..” Ash menjuih bibir.. Yusra ditepi dilihat dengan ekor mata.. Pak Abbas yang tengah memandu hanya mendiamkan diri. Biar la sekeluarga itu berbual. Tak mahu dia masuk campur.

Ash terseyum.  “Ash ingat nak pindah rumah la bu..ayah..lepas kahwin ni..” Ash bersuara perlahan. Berdoa dalam hati agar kedua orang tuanya memahami.

“Nak duduk mana? Dah dapat rumah?”  Puan Sri pula menyoal.

“Ala..duduk je la mana-mana” Ash bersuara selamber.

“Amboi.. kamu tu lelaki, suami.. ada tanggungjawab pula tu..ingat main-main ke nak kahwin ni..” nahhh..kan dah kena..muahahaha..

“Ash dah beli dah rumah dekat Bukit Kiara..Fully Furnish..” katanya sambil tersenyum bangga.

“Fulamak..boleh la hari-hari naik kuda..” Yusra bersorak gembira..

“Tu je tau..dah tu duk mengorat  budak-budak lelaki yang sama join kelab tu.. ingat abang tak tau..” Ash menarik telinga Yusra perlahan.

“Mana ada.. abang ni pasang spy apa..” Yusra mendengus. Ada bodyguard ke ikut aku?

“Boleh ke ayah? Ibu?” ash bertanya lagi..

“Boleh..nanti kita buat kenduri doa selamat sikit..panggil staf, buat makan-makan..” Tan Sri memberi cadangan.

Ash tersenyum. Semoga Allah beri jalan kepadanya supaya dapat menambat hati kecil milik Hanis Arisya.. tapi mungkin dia akan memanggil kesayangannya itu dengan panggilan Risya.. manis dan comel macam pemilik nama tersebut. Moga Allah permudahkan segala urusan.

“Yusra..” Ash memanggil, namun Yusra hanya membatu.

“Adik..” telingan Yusra di tarik perlahan. Kening Yusra terangkat seolah-olah bertanya. “Meh la dekat sikit..” Yusra merapatkan dirinya ke arah Ash..

“Nape?” Yusra berbisik perlahan.

“Kisah abang Ash ada dalam macam citer novel erh..”

Yusra seolah-olah memikir seketika..citer novel? Aha la..

“Betul la abang.. mana abang tahu? abang ada baca novel ke? Nape Yusra tak tahu pun.” Yusra mencebik. Abang Ash baca novel? Biar betul.. sejak bila mula jadi jiwang ni. Aisehman!

“Bukan la.. ada orang cakap.. citer la sikit..kalau dekat dalam novel tu macam mana?”

“Kalau dekat dalam novel kan.. mula-mula macam abang la.. terdesak nak kahwin.. lepas tu lama-lama kalau diorang pun jatuh cinta, tapi masing-masing ego nak luahkan..”

“Lepas tu?” Ash nampak macam teruja.

“Laki tu buat macam-macam la nak bagi perempuan tu suka dekat dia.. lepas tu..habis..” Yusra tepuk tangan macam dia pula yang jadi pendengar.

“Erh..macam tu je ke? Tak best la..” Ash mengeluh. Tak best.. nanti cerita aku lagi best..

“Tak best jangan tanya..abang ni..”

“Ada tak part-part lelaki tu nak ngorat bini dia?”

“Ada kut..ooo..abang nak tiru erh..nak ngorat kak Anis erh..” tangan telunjuk Yusra digoyang-goyangkan. Kantoi sudah..

“Bukan la..tanya saja..” Ash cuba berselindung. Malu kalau Yusra tahu. takkan aku nak baca novel kut? Kalau dengan Aimie dulu..biasa-biasa je.. buat hal masing-masing.. erm..  kena pasang strategi ni.. strategi untuk memikat bidadari tercinta.

***********************************************************************
“Oit..termenung..” Abang Yuzril yang baru sampai melangkah masuk ke bilik Ash sambil memandang beberapa orang yang sedang leka bermain golf di tepi tingkap.

“Abang..aku ingat lepas kahwin ni aku nak pindah rumah la.. kau rasa macam mana?” Ash mengangkat kening.

“Aku rasa bahagia sebab kau nak blah dah..” tersembul ketawa di mulut Abang Yuzril. Memang kejam!

“Ha’eleh..bengong je dapat  abang macam kau ni..ngok!” sebiji bantal dibaling ke arah abang Yuzril.

“Jangan la marah.. bagus la tu belajar berdikari..aku kalau boleh nak pindah juga..tapi kesian dekat ayah dengan ibu pula. “

“Ala kau kan anak yang soleh..aku bangga dapat abang macam kau.. kak ipar aku pun baik juga.. tak pernah bersungut pun duduk dengan mak mentua..”Ash teringat kak Airin. Tak pernah bersungut. Sentiasa sopan bila dengan ibu dan ayah.

“Kau nak bodek erh..nak mintak cuti ke?” Abang Yuzril meneka..

“Kalau B.O.D nak bagi..saya okey saja..” Ash tersenyum. Abang Yuzril mengangguk perlahan. Mungkin setuju dengan Ash.

Diam.

Mata Abang Yuzril menala kepada Ash.. Ash membalas pandangan sambil membuat muka keliru.. abang Yuzril masih tersenyum. Ash keliru.

“Apa kau ni abang?” Ash menutup TV dengan remote control.

“Jom gerak pulau.. kita bukan selalu datang.. jom la.. ajak Azreen dengan Farouk sekali la..” Azreen dan Farouk sepupu kepada Ash dan abang Yuzril.

“Nak pergi mana?”

“Pub” bersahaja Abang Yuzril menutur perkataan tersebut. Ash ternganga. Gila! “Tengok wayang la ngok premiem class.. GSC Gurney.. boleh lepak Gurney Drive sekali”

Ash mengurut dada..” gila kau abang nak ajak aku pergi pub.. mau aku suruh kau ambik wuduk sekarang..ermm..boleh juga.. cerita apa?”

“Nanti kita usha..lepas magrib kita gerak..” Abang Yuzril berlalu untuk bersiap..bukan selalu nak jadi bujang balik ni..

********************************************************
“Syhhh” mulut aku ditekup dengan telapak tangan Hana..

“Kau ni jangan cakap kuat dengar dek maklong nanti..” Nisha pula berkata..

“Ntah akak ni..cakap kuat-kuat sangat la..” Sarah pula menyampuk.

“Isya..kau jerit lagi siap kau” Intan memberi amaran.

Hana, Nisha dan Intan adalah sepupu aku sebelah bonda.. Hana tinggal di Seremban, Nisha di Melaka manakala Intan di Johor. Mereka ni la sepupu aku. Sepupu kesayangan.
“Rancangan kau tu gila sangat la beb..mau mati aku kalau bonda aku dapat tau.. dengar ceramah free ja aku sok.. agak-agak la wei” aku duduk bersila di atas katil. Rancangan tak boleh blah budak-budak ni.

“kau jangan la cerita dekat maklong..adoi..” Nisha menggaru kepalanya yang tidak gatal.

“Esok aku sanding kut..aku nak bagi alasan apa kalau bonda tanya nak pergi mana?”

“Kau kata la bunga tak cukup ke.. hantaran ada yang tertinggal ke.. eee..suka hati kau la nak kata apa pun..please la wei..jom la kita keluar..pleaseee..” Hana memaut tangan aku sambil buat muka comel. Ala-ala konon comel la tu.

“Okey..okey but promise me..kena balik before twelve..”

Mereka berempat bersorak gembira. Macam-macam la budak ni..

“Jap..aku mana tahu jalan dekat pulau.kalau sesat macam mana?” aku menyoal mereka. Serta merta wajah yang tadinya ceria bertukar monyok.

Sarah tersenyum. “sarah tahu la.. setakat Gurney tu..ala dalam poket je” sarah menepuk-nepuk poket seluar tracksutnya.

Mereka kembali bersorak. Aku turun ke bawah mendapatkan bonda yang sibuk di dapur.

“Bonda..nak keluar sekejap..” aku bersuara perlahan.

“Pergi mana?” kasar suara bonda bertanya.

“Ermm..pergi..pergi..” aku garu kepala..nak pergi mana ni? nak beli bunga? Kedai bunga dah tutup.. ada barang hantaran tak beli lagi? Semuanya dah siap digubah.. nak kata apa erh..

“Pergi mana?” Bonda memandang aku.

“Pergi makan..lapar..” aku mengusap perut.

“Lapar? Nanti siap makteh masak makan la..” bonda masih ligat dengan kerja di dapur..

“Gastrik ni bonda..” aku muncungkan mulut. Minta simpati.
Bonda tenung aku.

“Ha la..jangan lari sudah..esok Risya sanding..lagi satu jangan balik lambat.. kalau tak bonda kunci pagar nanti, sanding la pakai baju semalam.”  aku tersenyum. Nak lari? Kalau boleh sebelum nikah aku lari dah..ni dah sah jadi bini Tengku Yusri Ashraf baru nak lari buat apa?..buang Karen saja.

*********************************************************************************
Kereta kelisa milik bonda aku parkirkan betul-betul di hadapan Gurney Plaza. Kami berjalan menuju ke Gurney Drive yang menempatkan banyak gerai-gerai. Kami menuju ke Secret Recepi. Perut dari tadi berkeroncong. Lapar sangat kiranya tadi bukan tipu la kan? Kami mengambil tempat di bahagian luar sambil menikmati pemandangan orang lalu lalang.

“Aku rasa macam duduk dekat Negara omputih saja la..” aku yang membelek handphone memandang Hana sejenak.

“Biasa la tempat-tempat macam ni yang diorang suka lepak pun. International food.” Intan menyambung.

Mango delight tiba dengan air hot chocolate.. aku paling suka kek Mango Delight dekat sini. Rasa dia..fuhhh..fresh… sedap..

Sambil aku leka menyuap Mango Delight ke dalam mulut ada satu suara menyapa.

“Hai..” aku menoleh..Laa..dia ni ke?

“Oh..hai..” tu saja aku mampu cakap. Aku memandang Sarah yang dah tersengih macam kerang busuk. Manakala Intan,Hana dan Nisha pula tidak berkelip mata memandang pemuda tersebut.

“Shooping ke?” Dia menegur..

“Err..tak la saja datang lepak.. Encik Wafiy?”

“Hang out with my boys.. reunion” matanya dihalakan ke arah sekumpulan jejaka yang galak ketawa di luar kedai Domino’s Pizza..

Aku hanya menggangguk kepala..

“Sapa ni wei..”Nisha yang tadi membisu kini bersuara.

“Ni Encik Wafiy..dia ni…”

“Kawan” Belum sempat aku menjawab. Wafiy dah menyampuk.

“This is..Nisha, Hana and..Intan..sepupu..” mereke bertiga menyua tangan untuk bersalaman dengan Wafiy dan huluran tangan mereka bersambut. What the kind of this person? Boleh-boleh pegang anak dara orang ni.. yang budak bertiga ni pun gatal semacam saja aku tengok. Ok fine! Salam saja.. but salam pun.. bersentuhan tu satu dosa..bukan muhrim kut.

“I have to go.. by the way nice to meet you guys here.. assalamualaikum.” Wafiy berlalu pergi. Aku hanya memandang langkahnya. Sepi.

“Mana kau jumpa mamat ni wei..tangan dia..fuhh..lembut gila..” Nisha meletakkan tangan kanannya di pipi. Kemudian dia cium.angau!

“Handsomenya wei..macam muka Fadlan VIP la..” Intan pula menongkat dagu dengan kedua belah tangannya kemudian mata dijulingkan ke atas sambil terkedip-kedip.

Kan aku dah kata muka Wafiy tu macam muka Fadlan.. siapa jadi awek dia memang untung gila.. dah la handsome lepas tu ada stail mamat ni.
“Aku rasa dia anak orang kaya la..dari stail dia..cara jalan dia..cara dia speaking..hai untungnya awek dia..” Nisha buat muka monyok. Aku ketawa dalam hati. Bukan untung tapi makan hati. Dapat boyfriend yang handsome sangat. senang nak curang.

“Director tu kak.. syarikat apa entah..muda..kaya..” Sarah pun sama terkena tempias penangan budak tiga ekor ni.

Aku geleng kepala perlahan. Macam mana la boleh terserempak dengan Wafiy pula ni..tak pasal-pasal adik dengan sepupu-sepupu aku dapat dosa free.. memuja bukan muhrim.

“Dah la..pukul lapan lebih dah ni..tiket pun tak beli lagi ni..” Aku menyampuk.

“Jom” mereka menjawab serentak.

Semasa melintasi meja Wafiy aku sempat tersenyum ke arahnya. Senyum tu kan sedekah. Ngee.. Wafiy tersenyum sambil matanya tidak terlepas memandang aku. Allah..

“Cun seh minah tu.. kau ni Fiy..awek mana pula kau rembat ni..tak cukup ke yang dekat KL tu..” Kucai perasaan sejak dari tadi mata Wafiy asyik melirik ke arah gadis yang bertudung merah jambu.

“Yang tu kawan okey..diaorang yang datang cari aku..yang ni calon isteri..” Tenang pertuturan Wafiy. Gadis yang sopan. Lembut dan bagaikan merpati. Comel tapi tegas.

“Serius doh kau ni?.agak-agak la sejak bila kau suka stock ustazah ni beb!” Apek pula menyampuk sambil yang lain seronok ketawa. Kasanova nak berubah? Boleh ke?

“Serius la wei.. dah la makan..malam ni drift tempat biasa erh..bosan la dekat KL jalan pun tak syok..” Wafiy tersenyum. Ya..calon isteri solehah. Ustazah.. bukan senang nak dapat gadis macam tu zaman IT ni.. satu dalam seribu!

****************************************************************************
Ash menyeluk tangan ke dalam poket seluar. Nak tengok cerita apa? Macam tak interesting aje cerita-cerita ni.. kat rumah Anis mesti sibuk duk buat malam berinai la tak pun malam khatam Quran ke.. kan best kalau boleh tengok..mesti Risya cantik sangat malam ni. ruginya..

“Bidadari kau la..” Azreen menyigung Ash..

Ash tersentak..kepalanya ditoleh kebelakang.. Ash terpaku. Cantiknya ciptaan tuhan. Dia melihat aku dari atas sampai bawah. Apa kes mamat ni..aku tengok diri aku sama. Skrit labuh hingga ke buku lali berwarna hitam, blaus berwarna merah jambu ditutupi dengan cardigan putih labuh hingga ke punggung. Tudung yang sungguh trendy.. betul-betul tutup aurat. Cantik sangat.

“Oit! Agak-agak la.. tau la bini dia cantik jangan la tengok macam tu..” Farouk menampar lembut bahu Ash.. dia tersenyum sambil kepalanya digelengkan.

“Risya ke tu wei?” Ash meminta kepastian..

“Bini sendiri pun tak kenal ke?”

“Tak..” mata Ash masih tak berkelip.

“Abang Ash..” sarah bersuara mesra.. “Macam plan pula nak jumpa dekat sini kan..” Sarah tersenyum.

“Eh..eh..Fatin suhana..Fatin liyana..Liyana Jasmay..Yuna dan…” Ayat Farouk terhenti sambil memandang aku.

“Hana Tajima..” aku menyambung.. ada ke patut Intan di katanya Fatin suhana, Nisha pula Fatin Liyana mungkin sebab ada ribbon comel terlekat dekat atas kepala kut..Hana yang  free hair sambil rambut dibiarkan lepas mungkin muka dia ada iras-iras Liyana Jasmay kut dan Sarah dikatanya Yuna.. Aku? Perasan sendiri..Hana Tajima konon. Dia lagi cantik dari aku kut.

“Kenapa kata kami macam tu?” Nisha bersuara..marah barangkali.

“Yela..tengok gaya tudung korang..”

Masing-masing terpandang semasa sendiri..

“Kenapa?” Intan menyampuk..

“Up to date..”

Biasa la.. sekarang ni famous dengan shawl. Walaupun berbelit sana, berbelit sini..tapi still tutup aurat.. tak la keterlaluan sangat. masih menutup dada. Masih tersemat ciri-ciri muslimah sejati.

“Mana kenal diorang tu?” Intan bertanya.

“Dia ni photographer..mana tak kenal..Dah..dah..korang nak tengok wayang ke?” Abang Yuzril pula menyampuk..

Kami masing-masing mengangguk.

“Biar abang belanja..”abang Yuzril berlalu ke kaunter.

Ash berdiri sebelah aku. Disebabkan kasut wedges setinggi lima inci ni la yang menyebabkan aku boleh sama tinggi dengan dia. Haha.. tangan aku dicapai.. makin aku rentap makin kuat pula genggamannya.. akhirnya aku biarkan saja.. geram! Hilang seri la nanti..Tengku ni..

Abang Yuzril datang kembali sambil tangannya memegang beberapa tiket wayang..

“Cerita apa?” Farouk bertanya dengan muka tak sabarnya.

“Bini-biniku gangster..”

Kedengaran keluhan keluar dari mulut semua..

“Apa kes cerita melayu ni..” Azreen pula menyampuk. Macam tak suka saja.

“Kita kena sokong cerita melayu..ni asyik citer mat salleh je.. lama-lama cakap melayu pun tak tahu..tapi belacan makan juga..” masing-masing ketawa.

“Premium class tak cukup seat.. so.. masuk panggung biasa je la. Abang ambik kau couple seat..kami duduk depan..jangan nak buat benda lain pula..” Abang Yuzril berbisik perlahan di telingan Ash.. tapi aku boleh dengar.apa kes?

Couple seat..tak nak la..”Tak nak la..Anis nak balik la..”

Belum sempat aku berlalu.tangan aku ditarik. “jangan nak mengada..keluar pun tak minta izin orang..” Ash menarik tangan aku. Aku berjalan di belakangnya sedikit. Aku menggigit lidah. Alamak! Lupa dah ada suami..sorry la..

***********************************************************************
Ni yang aku rimas ni..duduk terhimpit-himpit dekat couple seat ni.. tangan dia ni pula boleh letak dekat bahu aku. Habis la tudung aku tertarik-tarik. Ingat senang nak lilit-lilit ni.. tak kan nak cakap ‘Tengku angkat la tangan ni.’ tak pun ‘rimas la Tengku’..

“Kenapa?” Ash menyoal.

Kepala aku geleng.

“Tak selesa?”

Aku angguk. Tangannya di angkat. Fuhhh..selamat.. aku tersenyum.

“Cantik sangat Risya malam ni..” aku hanya diam membisu.buat-buat tak dengar.

“Thanks..” tu saja yang aku mampu jawab.

“Kenapa?” Ash menyoal.

Aku hanya mendiamkan diri. Biar soalannya tak berjawab.

“Mengantuk la pula” Ash menguap. Aku melirik mata ke arahnya.

Haaa sudah..jangan buat bukan-bukan dah la..

“You have to call me abang..” terus lampu di padamkan. Buang tabiat apa nak panggil abang dulu tak nak..sekarang dia yang lebih-lebih pulak.

“Tak nak la..” Aku memeluk tubuh..mata aku masih pada skrin.

“Panggil juga..dosa tau derhaka dekat suami” aku menjeling tajam.benci. nak ke tak nak ni.. nak ke tak? Nak ke tak?

“Okey.. tak nak” aku mendengus kasar. Ash terus mendiamkan diri..marah ke? Tak pun dia tak mau paksa aku. Mungkin nak hormat privasi aku.

Sepanjang cerita berlangsung sesekali kepala Ash terlentok atas bahu aku. Takkan aku nak tolak. Akhirnya aku hanya mampu biarkan saja. bau perfume milik Ash menusuk ke hidung. Wangi.. aku ralit meniliti wajahnya. Handsome juga.. aku tersenyum sendiri dan pandangan aku kembali pada skrin tetapi yang menarik minat aku adalah insan disebelah.. perlahan kepala aku diletakkan di atas kepala Ash.. sambil menikmati aroma bau minyak wangi milik Ash.. akhirnya.. Aku…

“Woi! Bangun la cerita dah habis pun..nak tidur balik rumah la.. alahai romantinya aku tengok..”  semua mata memandang ke arah aku. Nisha ni.. sedap-sedap aku tidur dia boleh kejut pula..

“sayang bangun la.. tak nak balik ke? Sedap ye peluk abang..” aku dengar pula suara Ash..

Tidur? Ash? Sayang? Peluk? Abang? Oh tuhan..

Aku menjegilkan mata.. kepala aku di bahu Ash manakala tangan aku memeluk pinggang Ash? No way.. bagaikan terkena kejutan elektrik aku terus bangun sambil memisat mata.. cuba berlagak macam apa-apa pun tak terjadi.malunya.. bukan dia ke tidur atas aku.. macam mana aku boleh tidur atas dia pula ni.. dalam panggung wayang pula tu.. serius! Memang gila seh..

“Jom balik..” aku terus bangun dan berjalan.. malu gila! Sumpah malu.. kalau boleh cabut kepala aku lepas tu simpan dalam beg..dah lama aku buat dah.. nasib tak boleh kalau tak semua orang cabut lari.

Ash tersenyum bahagia.. tadi semasa di terjaga kepala Risya terjatuh atas bahunya.. sambil tangan isterinya itu melingkari pinggang Ash.. nampaknya Allah buka jalan untukku.. Alhamdulillah!





No comments:

Post a Comment