Copyright© All Rights Reserved akubukannovelis.blogspot.com

8 Feb 2012

Bila blogger jadi maid ep 4


Lagi seminggu Tengku Ashraf tu nak kahwin.. persiapan semua buat dekat hotel nasib rumah tak payah nak kemas rumah..aku bukan tak suka kemas rumah tapi rumah ni besar sangat..betul aku tak tipu..
Tiba-tiba Telephone bimbit aku melagukan lagu rossa.. oh bonda telefon. Novel Cinta Kontrak karya Nurul Ain Syuhada aku tutup.
“Hai bonda..” aku bersuara ceria.
“Anak bonda nie buat apa? Dah makan? Kerja ok?” Aku dengar sayup-sayup suara bonda..
“Sihat.kerja ok saja bonda..kenapa bonda telefon?” aku tepuk dahi. Takkan mak nak telefon anak pun tak boleh.
“Esok buat apa?” bonda tanya macam nak ajak aku keluar aje esok.
“Esok tak tahu lagi bonda..” aku diam kejap..” kenapa?” aku tanya lagi. Hai macam semacam saja ni..
“Rumah yang Risya stay tu dekat Bukit Antarabangsa kan?” Bonda tanya lagi.. “Esok bonda sampai..”
What!!”Talian terus dimatikan.. mati aku..mati aku.. bonda nak datang betul ke nie? Aku duduk atas katil sambil tampar2 pipi aku.. sakit..sakit.. alamak! Biar betul nanti Puan Sri dengan Tan Sri kata apa pula baru saja kerja dah pandai-pandai nak bawak family datang.
Nak call balik kredit pulak habis..
Oh bonda..!
*****************************************************************************
Pagi tu aku tak tahu kenapa aku jadi kelam kabut bagai.. sebab bonda ke? Ya Allah tolong la. Hancur! Hancur!
“Tepi sikit..” Ashtolak tangan aku. Sengaja tau mamat nie. Dekat tepi tu ada jalan lagi saja nak sentuh-sentuh orang. Hish!
“Kau nie kenapa?” Ash tanya lagi.. hari-hari aku nampak dia handsome tapi kenapa hari ini aku tak rasa dia handsome pun.
“Apa?” aku tanya dia balik..
“Muka kelat kenapa? Pakwe lari ke?” dia tersenyum sinis..
“Bukan”
“Dah tu?” dia tanya aku lagi.. tak puas-puas apa budak nie..
“Bonda Anis nak datang sini..” aku terpaksa berterus terang..
“Kau ni anak raja ke?” Dia dah menghirup air milo panas yang aku sediakan gelojoh betul la. Tunggu la aku hidang atas meja dulu.
“Tak” Aku geleng kepala laju-laju.. mesti orang ingat aku anak raja.
“Ingat anak raja tadi.. kiranya anak raja thambi la kau ni” Dia dah tersengih macam kerang busuk.
Cis! Kurang ajar betul la dia ni..mau saja aku luku kepala dia laju-laju.
“Apa tadi kau kata bonda kau nak datang? Datang saja la kenapa?” aik boleh pulak macam tu.. tak apa ke?
Aku tengok dia.. “Boleh ke?”
“Boleh la.. nanti aku bagitahu dekat ibu.. bonda kau nak datang pukul berapa?”
Aku jungkit bahu. “Tak tahu..semalam nak telefon balik kredit habis..” Aku tak tahu kenapa aku cakap manja dengan dia.. dia terus hulur blackberry dia.. aku tengok dia..
“Pakai je la..” dia bersuara lagi.. baiknya Tengku Ashraf ni..
Aku pun cepat saja telefon bonda.. yes! Bonda angkat.
“Bonda Risya nie.. Risya guna phone boss..” aku tengok Ash yang asyik duk meratah puding caramel aku.
“Risya pun tak tahu jalan la.. jap..” aku tekup blackberry tu dengan tangan..
“Tengku nak datang sini macam mana?” Ash terus ambik telefon dekat tangan aku..
“Assalamualaikum makcik.. saya nie Ashraf..” Ash bersuara lembut.. kalau dengan aku kasar bukan main. Benci!!
“Makcik tunggu dekat KLCC nanti saya dengan Risya datang ambil..” blackberry milik Ash terus dimasukkan ke dalam poket seluar jeansnya. “Tengok! Hari ini betapa rajinnya aku nak pergi kerja.. terpaksa mintak cuti..”
Aku tengok jam di dinding lepas tu aku tengok dia dari ats sampai bawah..“Ala bukan saya yang suruh..” cakap saja la tak nak pergi kerja dah pukul 10 baru nak pergi? Dah tu pakai seluar jeans dengan t-shirt Polo. Nak pergi kerja ke?
**********************************************************************
Aku peluk bonda kuat-kuat.. aku peluk abah kuat-kuat.. rindu sangat-sangat..
“Dah la tu.. meh masuk Puan Jasmin..Encik Yusuff..” Puan Sri Khalida menjemput bonda dan abah masuk.
“Tak payah la berencik-encik Puan Sri.. segan pula saya..” Abah pula mencelah
“Masuk la pakcik, makcik.. jangan malu-malu.. ” Tengku Yusri pula mempelawa..
Aku terus masuk ke dapur buat air.. Tengku Yusri ikut aku dari belakang..
“Anak manja juga erh..” dah mula la tu nak menyakat...
“Bukan la..” aku mencelah.
“Kenapa panggil bonda?” ya.. soalan wajib ni.
“Nak nampak kelainan..” aku kisar buah tembikai jadi air.. Ash tolong aku cedok lauk tengah hari untuk di hidangkan.
“Yela tu..” dia tersenyum-senyum macam nak kenakan aku saja.
Handphone blackberry Ash berbunyi.. aku nampak dia senyum masa tengok dekat skrin handphone dia. Aimie la tu.
“Hai sayang..” amboi  romantiknya suara.. kalau dengan aku garang nak mampus..
“Ada orang datang rumah abang..” Ash menyisir rambut ke belakang. Jangan nak buat handsome depan aku. Boleh?
“Tak la.. betul la sayang.. ok.. muah..muah.. I love you!” yeak!! Geli betul aku dengar..
“Apa buat-buat muka..” Ash bercekak pinggang depan aku.
“Orang lain pun bercinta juga.. tapi tak ada la sampai macam nie” aku terus bawak pinggan dekat atas meja..
“Dengki la tu..” Ash follow aku sambil bawak dulang yang berisi cawan..
Excuse me sir.. tak ada masa I nak jelous ok?” aku malas nak layan budak ni..
“Bila masa mak dia kahwin dengan Tan Sri? Siap berabang-abang lagi” aku memulangkan paku buah keras. Haha..padan muka!
“Haelah minah ni..” Ash bercekak pinggang. Aku terus berlalu. Rasa nak ketawa sambil berguling-guling la..
Aku berjalan ke depan dan menjemput bonda, abah, Puan Sri dan Tan Sri makan.. aku pun mesti la makan sekali..
“Risya tahu tak.. bonda duduk sini sampai bila?” bonda tanya aku masa kami tengah makan. Pantas aku geleng kepala..
“Sampai minggu depan..” abah pula menyampuk..
“Bestnya bonda.. dapat la pergi majlis Tengku nanti kan..” aku bahagia betul.. sayang abah dengan bonda..
“Makan la lagi Jasmin, Yusuff.. banyak lagi makanan tu..” Tan Sri menyua pinggan daging masak halia ke arah abah.. dan yang pasti Ash masih menjeling dekat aku. Marah ke Tengku? Hehe..
***************************************************************************
Malam tu malam yang paling syok sekali.. sebab bonda tidur rumah Tan Sri.. mulanya abah menolak tapi Tan Sri paksa juga-juga. Katanya membazir tidur hotel. Entah kenapa malam tu aku rasa lapar sangat-sangat.. aku keluar ke dapur dan buka peti sejuk.. takkan la puding roti pisang dah habis kut. Lapar ni.
“Lapar ke kak?” satu suara menyergah aku dari belakang.
“Ooi Ashraf pisang” aku cepat-cepat menekup mulut. Alamak meletah nama dia pula.
“Kau kata aku pisang erh?” Ash sudah bercekak pinggang tu tanda-tanda dia nak marah tu.
“Ala melatah je pun bukan tulis dalam blog..” Aku membela diri. “Jom beli burger.. lapar la” Aku muncungkan mulut. Betul aku tak tipu aku memang betul-betul lapar.
“Boleh tapi kau yang belanja sebab aku tolong ambik parents kau tadi” Ash memeluk tubuh. Aku mencemik. Ni la anak orang kaya kedekut.
“Kedekut” aku bersuara garang.
“Hello cik kak kau dah habiskan duit aku 50000 ringgit kau tau” kami dah berjalan keluar dari pagar rumah. Kami malas nak naik kereta jalan kaki sudah.
“Haha..” aku ketawa kuat-kuat.. yela apa motif tiba-tiba nak ajak aku keluar semata-mata nak beli cincin. Bukan nak belanja baju ke.. kasut ke.. paling koman pun belanja la makan lima kali sehari..
“Hai cik kak” satu suara menyergah kami dari belakang. Tiga orang lelaki yang keluar dari kereta waja.. badan tak la besar sangat.. mesti kawan Ash ni.
“Nak pergi mana tu berdua-duaan dekat tempat gelap macam ni” satu lelaki yang kurang tinggi dan berbadan agak kecil bersuara.
“Kau orang nak apa?” Ash dah mendepakan tangan. Aku dibelakang Ash.
“Nak culik”seorang lagi lelaki bersuara. Biar betul! Jujurnya..
“Aku jerit nanti” aku mula bersuara. Dah la aku sorang saja perempuan.
“Dengar sini kalau jadi apa-apa dekat aku..kau lari minta tolong.” Ash berbisik perlahan. Aku hanya mengangguk.
Ash sudah mula buka langkah silat. Gerak diatur satu persatu. Aku tengok dengan perasaan kagum. Betul ke ni Tengku Yusri Ashraf?? Dua orang lelaki menyerang Ash serentak. Seorang lagi lelaki yang berbadan agak kurus datang menerpa aku.
“Jangan takut ye sayang.. abang datang ni..” Suara lelaki tu kelihatan agak gatal.
“Kepala otak kau sayang!! bila masa mak kau kahwin dengan bapak aku” aku guna ayat Ash walaupun takut-takut.
Lelaki tersebut terus menarik tangan aku dan dengan menggunakan tenaga dan sedikit ilmu yang di ajar di PLKN aku terus menendang celah kelangkang lelaki terbabit. Lelaki itu terdorong ke belakang.
“Kurang ajar” dia terbongkok-bongkok menahan sakit.
“Kau ingat kau bagus sangat? Dah la kering..ada hati nak culik aku.. ” aku pukul-pukul belakang badan dia sekuat yang mungkin. Padan muka kau jahat sangat.
“Wei..blah wei!!” Sorang lagi lelaki sudah siap untuk bergerak pergi..
Aku memandang Ash..
“Tengku..!!” aku menjerit kuat.. Ya Allah.. darah..


*****************************************************************************
Aimie tersenyum memandang Afwan yang hanya bertuala keluar dari bilik air..
“You tak takut ke? Kalau Ash tahu..” Afwan membutang mata apabila baju yang dipakai Aimie agak terdedah di bahagian dada.
“Mesti la takut..dia kan aset I  satu-satunya jutawan yang muda dan kacak dekat Malaysia nie..” Aimie bersuara manja..
“Kalau Ash tahu..” Afwan menduga..
“Dia tak akan tahu la..” Aimie bangun dari pembaringan. “You please la stop talking about Ash..” Aimie mencapai rokok. Lalu dinyalakan api dan di sedut dalam.
I’m sorry ok..you tolong la jangan hisap rokok..nanti baby nie bermasalah..” Afwan mengusap perut Aimie yang baru nak masuk tiga minggu
“Kau boleh tolong tak.. jangan dok baby-baby sangat..rimas tahu tak..” Aimie sudah bangun dan menuju ke arah sliding door yang menampakkan Bandar metropolitan itu.
“Yang tu kan anak I jugak.. Afwan berkata kasar.
“Confirm ke?” Aimie tersenyum sinis. Bukan Afwan sahaja lelaki yang dia pernah tidur.
“Dah banyak sangat ke kau tidur dengan lelaki lain.? Patutnya Ashraf tu pergi cari perempuan lain yang lagi baik bukan macam kau!” Afwan meninggikan suara.
“Ada aku kisah..?” Aimie berlalu meninggalkan Afwan.. kandungan yang berusia 3 minggu itu harus disimpan kalau ikutkan hati mahu sahaja dia menggugurkan namun akibat tiga kali sudah menggugurkan doctor nasihatkan supaya menyimpan kandungan tersebut.


1 comment: