“Hiak…
Hiakkk.…” aku tendang punch bag sekuat hati.
“Oii
lepas geram ke?” Zana kawan baik aku yang tengah buat renggangan menegur aku.
Aku
tersengih dengar ayat Zana. Lepas geram pun iye jugak.
Dalam
pada masa yang sama telefon bimbit aku berbunyi tanda ada panggilan.
Cepat-cepat aku angkat telefon.
“Ye
Tuan.”
“Datang
pejabat saya sekarang. Ada tugas untuk awak.”
“Baik
Tuan.” Aku terus simpan telefon dalam poket seluar.
“Apahal
wei?” Zana jalan menghampiri aku.
“Tuan
Haji telefon.. ada job untuk aku rasanya.” Aku terus kemas-kemas barang.
Lepas
ucap selamat tinggal aku terus tinggalkan Zana. Tuan Haji tu sebenarnya bos
aku. Nak tahu apa kerja aku? Aku nie kiranya sebagai penyiasat persendirian
dalam masa yang sama sebagai bodyguard. Mesti korang tak pahamkan skop kerja
aku nie macam mana?
Tempat
kerja aku nie sebenarnya macam badan berkanun la.. half kerajaan half lagi
swasta. Kadang-kadang kami bekerjasama dengan polis untuk tangkap penjenayah
terutamanya dalam kes culik tak pun yang melibatkan kes dadah tapi selalunya
aku yang perempuan nie akan dilebihkan untuk kes culik yang berkaitan dengan
kanak-kanak keluarga diraja, keluarga VVIP, keluarga orang biasa-biasa tak pun
kes pemerdagangan kanak-kanak.
Aku
ketuk pintu bilik Tuan haji. Masuk-masuk dekat dalam bilik ada tiga individu
lain yang aku tak kenal.
“Kenalkan
ini Irene. Irene Anisa.” Tuan Haji kenalkan aku dekat tiga orang individu tadi.
Aku
hanya bersalaman dengan seorang wanita yang agak berusia.
“Irene
saya kenalkan yang ini ACP Dato Majid ketua polis bahagian jenayah berat, Ini Tan
Sri Muzaffar dan ini Puan Sri Sharifah Munirah.”
Aku
hanya mengangguk senyum sahaja.
Tan
Sri Muzaffar memulakan bicara. “Macam nie Irene, Anak saya Shah Iskandar
sekarang nie dalam bahaya. Saya dapat berita yang anak saya akan diculik dan
dijadikan tebusan sebelum dibunuh untuk mendapatkan nilai tebusan sebanyak RM
14.3. juta ringgit.”
Ternganga
aku dengar RM 14.3 juta ringgit, wow! Kalau macam nie baik aku yang culik anak
dia je. Muehehe.
“Anak
Tan Sri dengan Puan Sri umur berapa tahun dan banyak sangat duit yang Tan Sri
dan Puan Sri akan bagi nanti.” Aku tenung dalam-dalam muka sorang-sorang. 14.3
juta banyak sangat la nak bagi.
“Mereka
tak mahu duit mereka mahu syarikat, tanah-tanah dan segala asset yang kami ada.
Anak saya berusia 27 tahun.”
“Haaa
27 tahun.” Terkejut aku. Kalau 7 tahun boleh blah lagi.. nie 27 tahun bukan
dalam bidang kuasa aku nie.
“Kenapa
pilih saya?” aku tanya lagi.
“Sebab
awak yang paling layak diantara semua.” ACP Dato Majid pulak mencelah.
“Paling
layak?” aku buat muka tak paham.
ACP
Dato Majid sambung lagi. “Saya dah serahkan tugasan nie dekat 3 orang anak buah
saya malangnya setiap sorang tak boleh pakai. Mana taknya Shah yang mengajar
diorang macam-macam sampai terpengaruh budak-budak tu, last sekali kerja tak
jadi enjoynya lebih.”
“Tapi saya nie perempuan.” Aku cakap lagi.
Mana nak tahu dengan ayat ‘perempuan’ nie buat pintu hati diorang tak mahu aku
ke.
“Sebab
awak perempuan la senang kerja kami. Kalau dengan perempuan anak kami
malu-malu, rasa segan dan dia tak mungkin dapat mempengaruhi awak.” Puan Sri
Munirah pulak menyampuk.
Aiseh!
Sakit pulak kepala aku nie tiba-tiba.
“Kami
akan sediakan segala kemudahan untuk awak.. rumah, kereta, elaun dan duit gaji
awak kami akan bayar tiga kali ganda dari biasa. Saya akan beri duit inseantif,
bonus dan pakej percutian untuk awak.”
Waw!
Giler tak nak. Mata duitan betul aku nie. Cepat saja aku setuju.
“Nie
surat perjanjian. Awak baca dan tandatangan.” Tuan Haji serahkan untuk aku.
Peraturan-peraturan.
1-
Tidak
boleh bercinta, mencintai atau dicintai Shah Iskandar.
2-
Tidak
boleh tergoda, mengoda atau digoda Shah Iskandar
3-
Tidak
boleh terpengaruh, mempengaruhi atau dipengaruhi oleh Shah Iskandar.
4-
Sentiasa
berada disisi Shah Iskandar.
5-
Tidak
boleh mendedahkan identiti anda sebagai penyiasat atau pengawal peribadi.
6-
Menjadi
tanggungjawab anda untuk memastikan segala keselamatan Shah Iskandar terjamin.
7-
Tidak
boleh mengambil cuti.
8-
Kontrak
ini sah sehingga akhir bulan oktober 2013.
Aku
sign kontrak perjanjian tersebut. Akhir bulan oktober maknanya aku hanya ada
lebih kurang sebulan setengah sajalah lagi. Nasib baik tak lama. Tapi anak dia
handsome sangat ke sampai tak boleh jatuh cinta?
“Ini
kunci rumah, kunci kereta, kunci pendua rumah Shah Iskandar dan ini duit sara hidup
Irene.”
Aku
sambut huluran beg kertas yang Puan Sri Munirah hulurkan untuk aku.
“Esok
awak akan mula menjadi senior executive design dan awak akan dinamakan sebagai
Nadia.”
Nadia?
Nasib baik nama tu sedap. Kalau tak mahunya aku suruh Tan Sri tukar nama lain.
Tiba-tiba
ACP Dato Majid menyampuk. “ Dalam bilik awak, kami sudah sediakan tv cctv
dimana setiap inchi rumah Shah Iskandar awak akan dapat lihat melalui tv cctv.”
Sudah
selesai segala hal aku ajak Zana teman aku pergi Shopping. Selama nie hanya
berseluar jeans aje. Lepas nie kena pakai baju kurung, skirt, maxi dress. Auw!
Perempuan gitu. Susahlah lepas nie nak angkat kaki nak pukul orang.
***************************************************************
Pagi-pagi
lagi aku dah datang syarikat yang bernama Teguh Millenium Sdn Bhd. Rambut palsu
potongan pendek yang berwarna perang dibahagian bawah dan cermin mata tak ada
power akan aku pakai sampai habis kes ini.
“Selamat
pagi saya Nadia, hari ini hari pertama saya bertugas disini.” Aku kenalkan diri
dekat penyambut tetamu itu.
“Selamat
pagi Cik Nadia, Tan Sri ada maklumkan dekat saya, mari saya tunjukkan bilik Cik
Nadia.”
Aku
jalan mengekori penyambut tetamu tadi. Sambil berjalan sempat dia kenalkan diri
sebagai Alisa. Berusia 21 tahun. Cantik orangnya manis saja, tapi dah kahwin
pun.. hehe.
“Okey
ini bilik Cik Nadia. Sebelah sana bilik Tuan Iskandar dan sebelah bilik Tuan
Iskandar bilik Tan Sri. Selamat bertugas Cik Nadia.”
Aku
senyum dekat Alisa. Aku melangkah masuk bilik aku. Cantik giler design office
ini. Semua dinding dia adalah dinding kaca. Dari tempat aku nie semua orang aku
nampak. Termasuklah Shah Iskandar. Dan semua orang jugak boleh nampak aku.
Tapi
apasal dia tak masuk lagi? Dah pukul 9 lebih nie. Alah biasalah kalau anak bos
selalu masuk lambat, kuat mengelat.
Elok
aku duk kutuk dia tiba-tiba aku nampak susuk tubuh lelaki masuk ke dalam bilik.
Inilah Shah Iskandar. Not bad.. tinggi, hidung mancung, rambut style korea
sikit. Sedap sikit nak cuci mata pun.
“Tak
payah nak pandang saya lama-lama, masuk bilik saya sekarang.”
Tiba-tiba
intercom bilik aku berbunyi. Macamlah aku nak pandang dia sangat. Aku berjalan
masuk ke bilik Shah Iskandar.
“Selamat
pagi Encik.” Aku berdiri depan dia. Okey misi aku sudah berjalan sekarang.
“Selamat
pagi, silakan duduk.”
Aku
duduk dekat atas kerusi depan dia.
“Tugasan
Cik Nadia hari nie adalah designkan saya sebuah rumuh banglo mewah. Letak atas
meja saya esok pagi.”
Alamak!
Matilah aku mana aku tahu benda-benda macam nie.. buat masalah betullah.
“Esok
pagi?” aku pandang dia tak berkelip.
“Iye
esok pagi, lagipun Cik Nadia ada pengalaman selama 3 tahun, rasanya tak ada
masalah kan?” dia berpeluk tubuh sambil pandang aku.
“Tak
ada masalah encik.”
“Bagus..
awak boleh keluar sekarang.”
Matilah
aku. Aku nak mintak tolong siapa nie? Uwaaaa… sadisnya kisah hidup aku. Kan
senang kalau jaga budak-budak.. nie kena jaga bapak budak naiyalah hidup aku.
“Nak
lukis atas apa?” sempat aku tanya sebelum melangkah keluar.
“Lukis
dekat dahi.” Sarkastik sungguh ayat dia. Aku lempang nanti baru tahu.
“Okey!”
aku mendengus kuat. Sakit hati sungguh dengan dia.
“Lukis
dekat atas kertas Cik Nadia. Kalau saya setuju baru saya suruh designkan
melalui system.”
Aku
tak kalih pun pandang dia. Berjalan masuk bilik aku. Tapi dari bilik aku, aku
boleh nampak dia pandang aku. Cucuk bijik mata nanti baru tahu.
Akhirnya
dengan sebulat suara ahli Jemaah tingkap antara aku dengan Zana, Zana dah
setuju untuk mengabdikan diri adiknya untuk menolong aku. Aku bukan tak tahu
nak lukis. Setakat orang lidi tak pun lukis rumah petak aku tahulah yang nie
nak lukis rumah mewah. Kalau tak kena dengan kepala otak Shah Iskandar tu aku
jugak yang kena marah. Nanti tak pasal-pasal dapat penumbuk free dari aku.
Elok
aku sampai rumah yang Tan Sri bagi pinjam tu aku nampak ada kotak besar depan
pintu rumah aku.
Dari Zana, untuk
Nadia.
Aku
buka kotak tu tengok-tengok ada segala buku pasal design rumah. Segala contoh
rumah, jenis rumah, kira-kira untuk tapak, nama jenis kayu-kayu, batu-batu,
simen-simen, tu belum masuk dengan CD system yang Zana bagi dekat aku AutoCad
la, photoshop la, semua ada.. tiba-tiba rasa terharu pulak ada kawan macam nie.
Tapi rasa nak lempang pun ada, ada ke patut bagi aku benda nie.. meh la ajar
aku.. aku bukan paham pun kalau bagi macam nie. Apa-apa pun terima kasihlah
Zana.
Aku
selak sliding door sambil betulkan rambut palsu aku. Kalau tak salah aku rumah
Shah Iskandar tu atas rumah aku saja tapi sebelah kiri. Kalau ada rezeki aku
jumpa la dia. Tapi macam mana nak buat dia bagi perasan aku?
Tiba-tiba
aku dapat idea. Boleh ke tak boleh pakai ke aku try dulu.
“Oooo
hoi.. senyumlah.. senyumlah ahai cek mek molek..” aku nyanyi kuat-kuat sambil
mata terjeling-jeling dekat atas rumah dia. Tak keluar pun.
Cuba
lagilah.
Aku
masuk rumah dan pasang radio kuat-kuat. Okey mula.!
Aku
menari poco-poco dekat balkoni yang sekangkang semut nie.
“Hoi
perempuan nak menari poco-poco pun pikirlah orang sama! Memekak saja.”
Pergh!
Kena sound beb nasib baik aku tengah waktu bekerja kalau tak memang nahaslah
mamat nie, nasib baik aku kenal suara siapa.
“Eh!
Suka hati sayalah…” aku pusing pandangan dekat arah suara itu.
“Eh,
awak pekerja baru saya.. apa nama awak Nadia kan? Duduk sini ke? Baru ke
lama?.” Sempat dia berbasi-basi dengan aku. Ingatkan nak sound aku lagi.
“Laaa
Encik Iskandar ke.. ingatkan siapa la tadi sesuka hati sound-sound orang. Aha
saya duduk sini. Baru aje lagi pindah sebab nak dekat dengan officekan.. Encik
Iskandar duduk dengan wife ke? Mana dia tak nampak pun.” Heheh padahal aku tahu
dia single lagi.
“Saya
single lagi la.. meh la datang rumah saya boleh kita borak-borak.”
Ajak
perempuan macam ajak kawan lelaki lepak rumah.
“Bahaya
Encik.. nanti tak pasal-pasal kena tangkap. Tapi Encik tunggu sekejap erh.”
Aku
masuk dalam rumah dan bancuhkan dia white coffe dan dengan sepantas kilat aku
naik atas rumah dia dan letakkan white coffe depan pintu rumah lepas itu aku
lari balik ke rumah aku.
“Encik
white coffe ada dekat depan pintu.” Termengah-mengah aku bercakap.
“Apa?
White coffe?” dia macam tak percaya tapi dia melangkah jugak pergi ambil white
coffee yang aku bancuh tu. “Thanks” dia senyum sekilas dekat aku.
Kami
sama duduk di balkoni dan berborak. Shah Iskandar menikati white coffee
manakala aku pulak menikmati hot milo. Seberarnya Puan Sri ada cakap yang Shah
Iskandar suka sangat dengan White Coffee. Aku? Sorry aku tak minum dengan benda
yang berkafein nie. Tak baik untuk tubuh
badan aku.
Awal-awal
pagi lagi aku dah bersiap untuk ke pejabat. Elok aku nak tekan alarm kereta
Mazda RX8 pemberian Tan Sri untuk aku pinjam tiba-tiba Shah Iskandar tegur aku
dari belakang.
“Hai
Nadia, tumpang sayalah.” Dia senyum dekat aku.
“Hish
tak apalah Shah, I prefer naik kereta sendiri aje.” Lepas sesi suai kenal dekat
balkoni semalam tak ada Encik atau Cik dah, kecuali semasa dekat office sahaja.
“Kenapa
takut boyfriend marah ke?” dia senyum sarkastik dekat aku.
Ringan
saja rasa kaki aku nak naik dekat perut dia.
“Saya
single but not available.” Aku sengih dekat dia.
“Cepatlah
tumpang saya.” Dia terus tarik tangan aku.
Nak
tak nak terpaksalah tumpang dia. Aku tekan alarm kereta untuk kunci kereta
balik. Shah Iskandar bukakan pintu kereta dekat aku. Terpaksalah naik kereta
dia jugak. Tapi senang lagi misi aku rasanya kalau macam nie.
“Kita
nak breakfast dekat mana?”
Aku
pandang dia sekilas. Kita nak breakfast?
“Saya
rasa saya beli nasi lemak depan office saja. Nak makan dekat luar rasanya tak
sempat nie.”
Dia
tak jawab apa-apa.
“Tiap-tiap
pagi saya breakfast rumah mama dengan papa tapi mama kata mulai hari nie tak
boleh makan dekat rumah mama dah.” Sedih suara dia.
“Kenapa?”
macam menarik la pulak.
“Sebab
papa marah hari-hari lambat masuk office.”
Laaa
yang tu saja. Anak manja betul dia nie.
“Kenapa
tak makan dengan girlfriend?” akhirnya terkeluar jugak ayat nie dari mulut aku.
“Tak
ada siapa sudi nak dekat saya nie.”
Tak
ada siapa sudi konon entahkan kuat memilih nak yang jenis model saja, baju nak
seksi, badan mesti kurus lepas tu tinggi. Alah aku tahulah jenis-jenis anak
orang kaya nie.
Kami
sampai di perkarangan office. Aku hanya minta Shah Iskandar berhentikan aku
dekat tepi jalan saja sebab aku nak beli nasi lemak.
Disebabkan
Shah Iskandar tak makan lagi aku dengan berbesar hatinya belikan dia nasi lemak
sambal lebih. Hehe pagi-pagi buta makan sambal banyak mau kena sakit perut
mamat nie nanti. Aku pandang Shah Iskandar dari jauh dengan tekunnya.
“Selamat
pagi Encik.” Aku senyum semanis mungkin dekat dia.
“Selamat
pagi.” Dia tak pandang aku pun.
“Saya
belikan Encik nasi lemak.” Aku letak bungkusan nasi lemak atas meja dia.
Shah
Iskandar angkat kepala sambil pandang aku. Kemudian dia pun tersenyum dan
mengucapkan terima kasih.
Aku
masuk bilik aku sambil pandang kalender, bilalah misi nie nak habis? Aku rasa
macam nak terjatuh cinta pulak dekat Shah Iskandar nie kadang-kadang. Cara
pandangan dia, senyuman dia. Aduhai, bikin hati aku tak keruan nie.
Kan
bagus kalau aku tak terima tawaran nie. Aku capai kontrak perjanjian antara aku
dan keluarga Shah Iskandar. Tak boleh jatuh cinta? Mungkin sebab kami nie tak
sama taraf. Tak boleh menggoda? Dia ingat aku nie kaki goda lelaki apa.
Sentiasa berada di sisi Shah Iskandar? Hai.. mampuslah macam nie.
“Terima
kasih untuk nasi lemak nie. Mana tahu favourite saya sambal lebih?” terpancul
muka Shah Iskandar dekat pintu bilik aku. Nasib baik tak melatah. Hish dia nie
buat terkejut aku aje.
“Saya
agak saja Encik.” Memang aku agak-agak pun. Hehe.
“Jumpa
balik nanti.” Dia kenyit mata dekat aku sambil tersenyum.
Ops!
Main-main mata pulak!
***************************************************
Pejam
celik.. pejam celik..kurang dari dua minggu aku bersama Shah Iskandar.. makin
lama aku kenal dia, makin aku terasa seperti dia awing-awangan. Gayanya,
citarasanya.. kadang-kadang tingkah lakunya buat aku makin jatuh cinta. Tapi
disebabkan aku masih dalam ‘posisi bekerja’ makanya aku terpaksa tahan perasaan
aku dekat dia.
Kadang
bila hujung minggu kami banyak habiskan masa bersama. Mungkin pada pandang keluarga
Shah Iskandar aku keluar dengan Shah Iskandar kerana aku kena menjaga
keselamatannya, pada pandangan Shah Iskandar pulak kerana aku kawan dia jadi
hujung minggu masa untuk lepak-lepak. Pada pandangan aku pulak, aku merasakan
yang aku nie keluar dengan kekasih hati, menghabiskan masa pada hujung minggu
setelah penat bekerja. Alahai romatiknya.
“Hoi
mengelamun!” pap! Cadbury dairy milk selamat mendarat atas kepala aku nie nasib
baik tak berlubang kalau tak aku smack down dah dia nie.
Aku
pandang dia dekat sebelah atas. Buat isyarat mata yang aku tengah marah.
“Hoi
jiran sebelah tak boleh ke kalau tak main baling-baling?” aku capai Cadbury
milk yang dah jatuh.
“Sebeum
nie biasa saja main baling-baling, awak kan cekap kalau bab-bab tangkap nie.”
Macam
nie kami kalau nak bersembang, dari balkoni ke balkoni. Kadang-kadang main
baling gula-gula, tak pun main baling-baling roti, lagi dasyat main baling
bantal. Hebat tak kami? Hehe.. sweetkan?
“Jom
main teka-teka nak?” tiba-tiba Shah Iskandar buat permintaan yang tak masuk
akal.
“Teka
apa?” confius kejap.
“Cuba
teka tadi siang saya mandi pakai apa?” dia dah tersengih-sengih.
Hish
dia nie.. ke situ pulak. “Tak mau la.. teka yang lainlah.”
“Ala
teka la, tekalah..”
“Okey
nak teka sangat erh.. tak pakai apa-apa pun.” Haaa ambik kau. Bukan salah aku
okey. Dah dalam rumah dia ada CCTV termasuklah dekat dalam bilik air sekali,
jadi tugas aku nak jaga keselamatan dia terpaksalah aku curi-curi tengok. Ops!
Terus
terdiam Shah Iskandar dengar jawapan aku. Kan aku dah kata jangan suruh aku
teka.
“Tadi
tengahar saya makan apa?” dia tak berputus asa lagi nampaknya.
“Manggi.”
Dengan yakinnya aku jawab.
“Tadi
siang saya tidur tak?”
“Tak.”
Hehe.. syok pulak aku main teka-teka.
Muka
dia macam kecewa aje. “Okey last yang nie mesti awak tak boleh jawab punya..
saya yakin seratus peratus awak tak boleh jawab.”
Eleh
yakin aje dia. “Okey teruskan.”
“Saya
shampoo ke tak harinie?”
Aku
gelak kuat-kuat. “Yang itu aje? Itu aje?”
“Yelah
habis itu? Itu yang paling susah saya rasa.”
“Kalau
saya jawab betul.. apa saya dapat?” aku jungkit-jungkit kening.
“Dapat
kahwin dengan saya lah nak?”
Nak!
Aku mampu jawab nak dalam hati aje. Aku buang perasaan cinta jauh-jauh. Kondo
yang menghadap jambatan Pulau Pinang nie betul-betul buat aku tenang sekejap.
“Apa
lagi tu.. nak jawab ke tak nak?”
“Yelah
saya jawab.. awak tak shampoo kan?” padahal aku tahu hari-hari dia shampoo
rambut dia.
“Saya
shampoolah.. awak nie kan dah salah tu. Tak nak kahwin dengan saya ke?”
Apasal
lah dia nie sweet tiba-tiba. “Cantikkan jambatan Pulau Pinang malam nie?”
sengaja aku nak tukar topic..
“Hai
hari-hari tengok pun nak kata Jambatan tu cantik..”
“Dahlah
saya nak tidur.. good night.” Aku terus masuk dalam rumah dan tutup pintu
sliding door. Aku berjalan ke bilik CCTV. Memerhati setiap inci rumah Shah
Iskandar.
Tak
sampai sepuluh minit Shah Iskandar masuk ke biliknya. Membaca buku lepas itu
tak sampai dua puluh minit tertidur. Kacak jugak dia nie bila tidur.. hehe.
***********************************************************
Semenjak
dua menjak nie terasa ada orang yang memerhati dan mengekori kami.. dan dengan
segera aku cepat maklumkan pada Tuan haji dan ACP Dato Majid.
Ketika
aku dan Shah Iskandar ke tempat parking kereta aku terasa ada orang mengekori
kami. Kebetulan aku memang tumpang kereta Shah Iskandar pun nak ke tempat
kerja.
“Shah..
masuk dalam kereta cepat.” Cepat-cepat aku bagi arahan.
“Kenapa
pulak nie? Macam tak senang duduk aje.”
“Sakit
perutlah. Nak balik rumah cepat-cepat nie.” Aku berjalan laju-laju kalau boleh
lari dah lama aku tarik Shah Iskandar lari sekali. Jadi sebab tak nak nampak
sangat dia dalam bahaya jadi terpaksa aku buat biasa-biasa sahaja.
“Alamak
tayar pancit pulak.”
Aduh masalah betullah. Nie mesti kerja diorang
nie. Cepat-cepat aku capai telefon bimbit untuk maklumkan dekat ACP Dato Majid
mengenai situasi kami. Belum cepat aku nak dail number terasa hentakkan yang
kuat di kepala aku.
Dalam
samar-samar aku terasa ada empat individu yang aku tak kenali, Shah Iskandar
aku tak nampak pun. Dan gelap…
Sedar-sedar
sahaja sakit kepala aku, berdenyut-denyut jadinya. Bila tangan nak picit kepala
baru aku tersedar tangan dan kaki aku terikat. Rambut palsu dah terbang ke mana
hala pun aku tak tahu.
“Shah..Shah..”
aku panggil Shah Iskandar. Keadaan aku sekarang nie tak penting, yang sangat
penting adalah Shah Iskandar. Kalau apa-apa jadi dekat dia aku takkan maafkan
diri aku.
“Shah!”
aku hentukkan kepala aku dekat belakang kepala dia.
“Wei
sakitlah!”
Haaa
baru dengar suara dia. Ingatkan dah kemana hala tadi perginya.
“Well..
well.well.. Irene Anisa.. berjumpa lagi kita nampaknya.” Aku panggung kepala ke
atas.
Mat
lekat!
Siapa
tak kenal mat lekat? Sebelum nie aku dah Berjaya gagalkan dua rancangan jahat
dia. Mengugut anak-anak orang kaya dengan meminta asset. Akhirnya bertemu jugak
aku dengan dia.
“Siapa
Irene Anisa dia Nadialah, pekerja aku. Korang nie siapa haa..!” Suara Shah
Iskandar memecah hening seketika.
Aku
telan air liur. Kalaulah Shah Iskandar dapat tahu hal sebenar apa la yang dia
akan fikir fasal aku?
“Ho..ho..hotak
kau! Perempuan yang cantik nie kau boleh cakap pekerja kau. Hello kawan, ini
perempuan wa punya musuh ma. Dia nie detective ma. Semua rancangan wa gagal
sebab dial oh, sikarang haa ini perempuan kena mati.. hahahhaha..”
berdekah-dekah mat lekat nie ketawa.
Rasa
nak terajang aje muka dia. Geram betul aku.
“Kalau
kau nak dia pun apa kena mengena dengan aku haaa? Lepaskanlah aku..!”
meronta-ronta Shah Iskandar minta dilepaskan.
“Haish.
Stress!” dia luku kepala Shah Iskandar.. “ Sebab kaulah mangsa utama kami,
apalah sengal sangat anak orang kaya nie. Sebabkan aku nak semua harta-harta
kau jadi perempuan bajet jantan nie akan tawarkan diri dia untuk lindungi kau.
Konon macam superherolah.. padahal ambik kesempatan. “
Anak-anak
buah Mat Lekat menanggal tali ikatan di tangan dan kaki Shah Iskandar, Cuma aku
yang masih terikat. Shah Iskandar di heret di hadapan aku. Mata kami bertentang
seketika. Hilang cermin mata, hilang juga rambut palsu. Yang tinggal hanya
uraian rambut panjang aku sahaja.
Dalam
masa yang sama aku capai pisau lipat dari poket seluar belakang dan aku potong
perlahan-lahan tali di tangan aku.
Tiba-tiba
Mat Lekat keluarkan satu kertas dari poket belakangnya.
“Peraturan-peraturan
antara perempuan dia dengan family kau.” Mat lekat tersengih.
“Tidak
boleh bercinta, mencintai atau dicintai Shah Iskandar. Padahal kau dah cintakan
Shah Iskandar nie kan? Fall in love
gitu.” buk! Satu tendangan hinggap di muka Shah Iskandar. Meraung dia
kesakitan.
“Sentiasa
berada di sisi Shah Iskandar.” Satu tendangan di perut Shah Iskandar pulak.
Aku
masih gagahkan diri untuk potong tali nie. Lagi lambat aku buat kerja
silap-silap hari bulan mati Shah Iskandar dibuatnya.
“Menjadi
tanggungjawab anda untuk memastikan segala keselamatan Shah Iskandar terjamin.
Memang tak terjaminlah kalau dah jumpa Mat Lekat.” Dia baling kertas itu, dan
terus memukul Shah Iskandar.
Berdarah-darah
aku tengok Shah Iskandar, akhirnya tali ikatan tangan aku terlepas dan sekali
gus melepaskan ikatan di kaki aku. Tanpa banyak tanya aku terus tending Mat
Lekat dari belakang.
Anak-anak
buah Mat Lekat yang empat orang tu datang dan kepung aku. Tanpa rasa takut dan
rasa gementar kesemua mereka aku tendang, tumbuk, tampar dan aku karate
sorang-sorang sampai lembik. Tapi satu tumbukan dari anak buah kesayangan Mat
Lekat membuatkan aku tak dapat mengelak dan terjatuh ke belakang.
Disebabkan
aku tak dapat bangun, aku pulak di tendang dan ditumbuk oleh anak buah
kesayangan Mat Lekat tu. Berdarah hidung dan mulut aku. Dengan segala kekuatan
yang aku ada, aku tendang celah kangkang anak buah Mat Lekat dan aku karate
belakang tengkuk dia dan dia terus pengsan.
Hanya
tinggal Mat Lekat sorang saja sekarang nie. Ooo berani erh kau pukul-pukul Shah
Iskandar aku sampai lembik..
Mat
Lekat cepat-cepat keluarkan pedang samurainya. Segala ilmu yang aku belajar
akan aku guna pakai kali nie.
“Si
cantik manis, kalau mati rugi..” dia buat ayat gatal mengada.
“Mati
tak mati belakang kira sekarang aku yang nak kau mati.” Aku buka langkah.
Pedang
dikilas depan aku dan aku elak ke belakang. Fuh nasib baik tak kena.
“Amoi
manyak pandai elak ye..”
Aku
buka langkah satu persatu, gerak aku atur perlahan biar nampak cantik. Rambut
aku ikat sanggul. Okey let’s fight.
Pedang
samurai dihala di hadapan aku. Dengan tangkas aku tepih dengan siku, terluka
siku aku dengan pedang samurai.
“Amoi
manyak berani.”
Sekali
lagi Mat lekat kibas pedang samurainya di paha aku. Aku jatuh terduduk.
Berdarah kaki aku. Belum sempat dia nak penggal kepala aku, aku tendang kaki
dia sekuat hati. Mat Lekat jatuh terduduk dan pedang samurainya hilang entah ke
mana.
Kami
sama-sama berdiri memandang satu sama lain. Aku pandang Shah Iskndar seketika,
Shah Iskandar pengsan.
Aku
mula bertarung dengan Mat Lekat. Tendangan dan tumbukannya berjaya aku elak. Dengan
kekuatan yang ada aku tendang muka Mat Lekat sekuat hati hingga dia terjatuh.
Aku
raba-raba poket mencari telefon bimbit, setelah jumpa cepat-cepat aku dail
number ACP Dato Majid memberitahu situasi kami.
Elok
aku nak pusing menghadap Shah Iskandar.. aku nampak Mat Lekat dengan pedang
samurainya ingin menikam Shah Iskandar.. dengan sekuat hati aku membaling
telefon bimbit dan seperti jangkaan ia tepat mengena Mat Lekat. Mat Lekat jatuh
dan pengsan.
Aku
capai tali dan ikat Mat Lekat, aku capai tali lain pula dan ikat anak-anak buah
Mat Lekat.
“Shah..Shah..”
aku angkat Shah Iskandar ke pangkuan aku dan aku riba dia. Ak tepuk-tepuk
perlahan muka dia.
“Aduh..Aduh..”
Shah Iskandar meraung kesakitan.
“Awak
okey tak nie?” aku pandang dia dengan perasaan cemas.
“Kalau
aku tak okey pun kenapa? Takut kena hilang kerja? Nadia konon..” pandang tajam
Shah Iskandar untuk aku.
Sakit
hati aku tiba-tiba. Terdiam sebentar.
“Awak
kena dengar dulu penjelasan saya.”saya cuba cakap elok-elok dengan dia.
“Tak
payah nak jelaskanlah. Kau nie perempuan yang pandai berlakon. Cakap putar
belit, hebat lakonan kau.!”
Aku
cuba bersabar lagi.
“Nadia
la, arkiteklah. Rupa-rupanya detective. Datang menyiasat dan melindungi. Aku
dah baca semua dalam kontrak kau nie. Menyesal aku jatuh cita dengan kau.
Perempun tak guna. Kau nie memang jenis perempuan yang suka mainkan lelaki kaya
macam aku ke?”
Dengan
rasa marahnya aku genggam kolar baju Shah Iskandar. “Aku kerja untuk jaga kau,
pastikan kau selamat. Aku tak pernah bermain dengan perasaan aku.. kalau kau
rasa menyesal kenal aku kau boleh blah! Aku tak mintak pun kau jatuh cinta
dengan aku. Dan aku mengaku memang cintakan kau. Tapi disebabkan perangai bodoh
kau nie aku dengan bangganya nak cakap aku menyesal jatuh cinta dengan kau.!” Aku tolak dia ke belakang.
“Irene..
Irene..” sayup-sayup suara Tuan Haji memanggil aku.
“Kau
kena ingat apa aku buat nie aku tak anggap sebagai kerja tetapi kasih sayang.”
Aku sapu perlahan air mata aku dan berjalan ke arah suara Tuan Haji.
******************************************************
Alhamdulillah
semuanya selesai dengan selamat. Kaki dengan siku aku kena jahit sikit tapi
sakit jahitan tu langsung tak terasa tapi yang paling terasa sakit di hati.
“Ini
tiket percutian awak dan duit belanja sekali.”
Aku
sambut huluran sampul yang dihulurkan oleh Puan Sri. Aku jeling-jeling Shah
Iskandar yang lebam-lebam dekat muka.
“Ini
kunci rumah, kunci kereta dan duit yang Puan Sri beri, saya tak guna pun duit
tu sebab duit saya masih ada lagi. Lagipun saya kerja nie ikhlas dan tak
mengharapkan balasan.” Aku senyum dekat Puan Sri dan Tan Sri.
“Kalau
Ikhlas tak menipu.” Perlahan suara Shah Iskandar tapi aku dapat dengar dengan
jelas.
“Saya
nak ucapkan terima kasih sebab memasikan keselamatan Shah Iskandar terjamin,
kalau Irene taka da tak tahulah kami mungkin anak kami dah taka da. Terima
kasih banyak-banyak.” Tan Sri pulak bercakap.
Aku
hanya tersenyum saja.
“Sakit
ke luka tu?” Puan Sri pegang tempat kena jahit.
“Tak
sakit pun tapi dekat hati yang sakit sangat.” Aku pandang dalam-dalam muka Shah
Iskandar biar dia terasa.
“Baiklah
Puan Sri saya balik dulu, ada kerja tak siap lagi.” Aku minta dulu dan
melangkah pergi.
Mungkin
lepas ini aku dah tak jumpa Shah Iskandar lagi. Dan aku pun dah tekad untuk
berhenti kerja. Nak tolong Zana uruskan bisnes butik pengantin kami berdua. Dan
yang pasti aku takkan terlibat lagi dengan benda-benda macam nie.
*******************************************************
TIGA
BULAN KEMUDIAN…
“Wei
beb ada orang nak jumpa.” Zana kejutkan aku ketika aku sibuk-sibuk duk siapkan
hantaran client aku.
‘Siapa?”
aku tak pandang pun Zana, tekun dengan kerja aku.
“Entah.”
Aku
tinggalkan kerja aku dan jalan turun ke bawah.
Terkejut
aku tengok Shah Iskandar, Puan Sri dan Tan Sri. Aku jemput mereka duduk.
“Saya
dalam bahaya.” Shah Iskandar pandang aku.
“Bukan
Mat Lekat dekat dalam penjara ke?” aku keliru sebenarnya, siapa pulak nak culik
mamat nie.
“Anak
saya akan kena culik dalam beberapa bulan lagi, saya nak Irene ambik kes nie
balik demi masa depan anak kami.” Tan Sri pandang aku.
“Tapi
saya dah berhenti.” Aku buat muka tak nak.
“Saya
minta tolong Irene sangat-sangat nie. Tolonglah anak kami.” Puan Sri pegang
tangan aku.
“Yelah..
yelah..” jumpa balik mamat nie.
“Ini
kontarkanya..” Shah Iskandar hulur kontrak depan aku.
Peraturan dan
perjanjian.
1-
Boleh
bercinta, mencintai atau dicintai Shah Iskandar.
2-
Boleh
tergoda, mengoda atau digoda Shah Iskandar
3-
Boleh
terpengaruh, mempengaruhi atau dipengaruhi oleh Shah Iskandar.
4-
Sentiasa
berada disisi Shah Iskandar.
5-
Boleh
mendedahkan identiti anda sebagai kekasih dan isteri Shah Iskandar.
6-
Menjadi
tanggungjawab anda untuk memastikan segala keperluan Shah Iskandar terjamin.
7-
Boleh
mengambil cut dan pergi honeymoon.
8-
Kontrak
ini sah sehingga akhir hayat.
Sumpah
aku tak paham. Aku pandang muka sorang-sorang.
“Kita
kahwin.” Shah Iskandar hulur kotak cincin depan aku.
Dia
melamar aku depan mama dan papa dia? Malunya aku..
“Mama
dengan papa setuju bila Shah cakap nak ambil Irene jadi isteri. Mama dengan
papa suka sangat dengan Irene. Mama harap Irene sudi jadi menantu mama.” Puan
Sri pegang tangan aku erat.
Antara
nak menagis dan ketawa. Aku tak tahu yang mana satu.
“Kami
dah pinang Irene dan Alhamdulillah keluarga Irene terima.” Tan Sri tersenyum.
Aku
tak tahu nak cakap apa.
“Bila
langsungnya?” Zana pulak muncul tiba-tiba.
“Bulan
depan, lagi cepat lagi bagus.. tak adalah budak tu berkhayal 24 jam dekat
office.”
Aku
tersenyum.
Segalanya
jadi dengan pantas. Kerja untuk Shah Iskandar, mencintai, berpisah dan tup tup
tup nak kahwin pulak.
“Abang
sayang Irene.” Shah Iskandar berbisik di telinga aku.
“Thank
you.” Aku sambut perlahan.
TAMAT.
bestttt.....^^
ReplyDeletebest la cerpen ni tapi ending macam rushing je..hehehe..:D
ReplyDeletebila nak post pinangan ke 20?..
tak sabar nak baca..:D
Best, walaupun baru belajar menulis , akak rasa awak boleh jd penulis yg hebat satu hari nanti...
ReplyDeleteBestnyaaaaaa akakkkk :o love it (Y)
ReplyDeletesweet.. (^^)
ReplyDeleteMacam konek!
ReplyDeleteKonek2
ReplyDeleteOoo
ReplyDeleteBest cerpen ni,,
ReplyDeleteTp ending kurg memuaskn..
best la citer ne..
ReplyDeleteSuka, suka, suka! Best gila cerita ni :)
ReplyDeleteHappy laaaa endingnyaaa..RM
ReplyDeleteTerimakasih atas sajian informasinya, senang bisa berkunjung ke web anda.
ReplyDeletejika ada kesempata atau waktu, berkunjung lah ke website kami, semoga bermanfaat pula untuk anda.
best................
ReplyDelete:)
Keren :)
ReplyDeleteish2...drama sgt citer dia.haha...hindustan sgt.tp best gak la.nice job
ReplyDeleteBest jalan ceritanya
ReplyDeleteSaya rasa terhibur hehe
ReplyDeleteSaya rasa terhibur hehe
ReplyDeleteBest jugak. Tapi Cite terlalu terikat dengan dialog.
ReplyDelete
ReplyDeleteYuk segera join di KHARISMAPOKER situs poker terpercaya, teraman dan tercepat. Pelayan terbaik dan tercepat oleh CS yang berpengalaman dan ONLINE 24 jam.
PROMO TERBARU KHARISMA POKER:
* Bonus Referral 20% Seumur Hidup
* Bonus Turnover 0,5% Setiap Harinya
KEUNGGULAN KHARISMA POKER:
* SEMUA BANK KAMI ONLINE 24 JAM !!
* NO ROBOT & ADMIN
* 100% Fair Play Member Vs Member
* Proses Withdraw & Deposit Tercepat
* Customer Service yang baik, ramah dan cantik.
MELAYANI TRANSAKSI VIA BANK :
* BCA
* BNI
* BRI
* MANDIRI
* DANAMON
Dengan syarat minimal deposit hanya Rp 20.000 !!
PENDAFTARAN GRATIS HANYA DENGAN MENGISI DATA DI : http://www.kharismapoker.com/Register
SITUS POKER ONLINE TERPERCAYA
LIVE CHAT ; DISINI
Telp :+85587983703
BBM ; khpk02
WA : +85587983703
LINE ; khpk02
Link Alternatif Kharismapoker :
http://wwwkharismacash.com
Dapatkan Penghasilan Tambahan Dengan Bermain Poker Online di www,SmsQQ,com
ReplyDeleteKeunggulan dari smsqq adalah
*Permainan 100% Fair Player vs Player - Terbukti!!!
*Proses Depo dan WD hanya 1-3 Menit Jika Bank Tidak Gangguan
*Minimal Deposit Hanya Rp 10.000
*Bonus Setiap Hari Dibagikan
*Bonus Turn Over 0,3% + 0,2%
*Bonus referral 10% + 10%
*Dilayani Customer Service yang Ramah dan Sopan 24 Jam NONSTOP
*Berkerja sama dengan 4 bank lokal antara lain : ( BCA-MANDIRI-BNI-BRI )
Jenis Permainan yang Disediakan ada 8 jenis :
Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker - Bandar 66
Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi Kami Di :
WA: +85577773548
Skype: SANTI WINATA888@GMAIL.COM
KALAU MINAT DAFTAR CHAT WA AJA AKU YAH ALL
WELCOM : WWW . SMSQQ . COM
I SANTI WINATA BIG BOS SMSQQ