Copyright© All Rights Reserved akubukannovelis.blogspot.com

17 Feb 2016

NOVEL : NIAN TAUFIK - 3

 Sampai-sampai saja kami terus check in hotel. Sebab masing-masing dah makan, kami duduk berehat dalam bilik dan dalam lepas asar macam tu baru kami mula aktiviti kami mandi laut.


Aku pun tak ada la teruja sangat pun nak mandi laut nie. Tengok kawan-kawan Taufik semua dah beria dengan bola la, baju mandi la tapi aku tengok Taufik relaks saja, t-shirt dengan bermuda. Kami berjalan-jalan dekat gigi air. Sebab rumah aku dengan laut tak sampai 100 meter pun aku berganjak la naik ke atas sikit. Punya seronok budak-budak nie terus terjun masuk laut.


“Tak nak mandi?” Taufik tengok aku yang dah duduk dekat atas pasir.


“Tak nak la. Rumah saya dengan laut pun bukan jauh sangat.”


“Okey.” dia tinggal selipar dia tepi aku dan terus dapatkan kawan-kawan dia. Bukan selipar dia aje ada dekat situ. Kawan-kawan dia punya sekali pun ada.Tapi tak ada pulak dia terjun laut.


Sebab bosan sangat tengok Taufik and the gang duk bergelak ketawa dalam laut. Aku terus bangun sambil jalan-jalan. Dapat makan laksa sambil disapa angin laut pun sedap nie. Okey mulalah misi baru cari laksa dengan rojak. Sedapnya.


Aku jalan sambil tengok manusia dekat batu feringghi nie.


“Adik manis tak mau nak kuda ka?”


“Tak nak. Terima kasih.” Aku geleng kepala sebab aku tak berminat nak naik kuda pun.


“Adik manis tak mau naik kuda ka?”


Aku terus pusing belakang dengan harapan nak marah tapi terus tak jadi bila nampak muka Taufik dekat atas kuda.


Taufik terus terjun dari kuda dan bagi kuda dekat tuan punya kuda balik.


“Nak pergi mana nie?” Taufik jalan beriiingan dengan aku.


“Makan laksa dengan rojak.”


“Sedapnya makan laksa.”


kami jalan-jalan bersama sambil menikmati angin laut.


Sampai satu kedai yang ada jual laksa. Masing order laksa dengan rojak. Lama tak makan laksa penang nie. Sampai aje laksa masing-masing terus makan.


“Awak ada teman lelaki?” hampir nak terkeluar buah yang aku makan nie.


“Kenapa?”


“Tengok macam awak tak pegang handpone 24 jam aje.”


Aku terus gelak bila dengar dia cakap macam tu. “Wajib ke pegang telefon? Saya rasa kalau kita saling percaya tu dah cukup bersyukur dah saya.”


“Saya tak handsome?” Taufik tanya lagi. Kali nie tepat anak matanya padang mata aku.


Cepat-cepat aku larikan pandangan. Aku geleng.


“Ingat saya nak percaya ke? Semua perempuan cakap saya handsome tau. Awak nie buta nie.”


Sesuka hati dia cakap aku buta. Perempuan tu semua tak pandai menilai.


“Awak dapat mana bunga tu?” Taufik tanya lagi. Kali nie nada dia macam serius sikit.


“Bunga mana?” aku macam blur sikit.


“Bunga yang saya nampak masa awak nak naik bus tu.”


Oh! Baru aku teringat yang bunga aku dapat masa dalam wayang tu.


“Ada orang bagi.” aku hirup teh ais.


“Siapa?”


Aku tengok reaksi Taufik macam berminat saja pasal bunga tu.


“Betul awak nak tahu nie?”


Taufik angguk. Aku diam lama sebelum sambung. “ Boyfriend Korea saya.”


terus aku gelak kuat-kuat. Memang gelak nie tak boleh nak tahan lagi. Sebab muka dia macam kelakar sangat. Macam nak telan aku pun ada.


“Ada jugak orang masuk paper Metro nie esok pagi. Surat khabar depan.” Taufik pandang aku macam nak telan.


Aku masih bersisa ketawa. “Ada orang bagi. Saya tak kenal siapa. Dia main campak aje atas riba saya.”


“Nampak ke muka orang tu?”


Aku geleng.


“Awak nie banyak sangat tanya nie kenapa?” aku marah dia.


“Takkan sampai tak boleh nak tanya langsung.” suara dia dah tukar volume slow.


Sentap la tu.


“Boleh.. tapi gaya tu dah macam polis pulak. Soal siasat orang macam-macam.” aku suap lagi rojak masuk mulut.






**********


Lepas saja makan malam kami buat keputusan untuk lepak-lepak dekat sekitar night market batu feringghi. Malam-malam minggu macam nie memang penuh dengan pelancong. Dari satu kedai ke satu kedai. Rajin jugaklah kawan-kawan Taufik nie membeli.


Aku lalu dekat satu kedai yang jual gelang ala-ala pandora. Cantiknya. Aku belek-belek setiap yang ada. Ambik dan cuba dekat tangan. Memang ada yang aku berkenan pun. Sekali tengok harga dekat Rm120 tapi ada less 20%. tapi masih mahal jugak. Terus aku batalkan niat nak beli gelang ala-ala pandora tu.


“Kenapa tak beli?” Taufik tegur aku dari belakang.


“Tak apalah. Mahal sangat.” aku teruskan berjalan pandang-pandang benda lain. Tapi hati masih dekat gelang pandora tu.


“Awak nie memang tak suka membeli erh. Jarang saya tengok perempuan macam nie.”


Nie puji ke bodek?


“Sebab saya memang tak suka membeli. Dari membeli baik simpan duit tu.”


“Nak ais krim saya belanja.”


kami sama-sama berhenti dekat tempat yang jual ais krim.


“Betul ke awak belanja?” aku tanya dia lagi.


“Setakat ais krim yang harga dua ringgit nie boleh la.” dia sengih dekat aku.


Untuk aku aiskrim mint dan dia ais krim chocolate.


“Awak berapa lama lagi nak habis belajar?” Taufik tanya aku.


“Lagi setahun.” aku pandang dia. “Kenapa?”


“Nak masuk meminang.” serius aje ayat dia.


“Kalau tak melawak tu bukan Taufik namanya.”


Kami sama-sama duduk dekat atas batu sementara tunggu kawan-kawan dia yang tengah seronok duk memborong.


“Eh jap erh. Saya ada barang nak beli dekat mummy. Awak boleh kan duduk sini sorang-sorang.” Taufik terus bangun dan tunggu jawapan aku.


“Boleh ajelah.pergilah cepat.”


Terus Taufik jalan laju-laju. Apa benda la yang dia nak beli dekat mummy dia tu. Tak sampai setengah jam Taufik datang balik. Eloklah kawan-kawan dia yang lain pun semua dah ada dekat sini. Masa kami sama-sama jalan kaki nak ke hotel dia sempat tunjuk t-shirt 'I LOVE PENANG' yang dia beli dekat mummy dia. Anak mummy la nie.


“Nanti saya bawak awak jumpa mummy saya nak?” Taufik cakap bisik-bisik dekat aku.


Aku toleh tengok dia dekat sebelah. Apa ke hal nak bawak aku jumpa mummy dia pulak.


“Kenapa pulak nak bawak saya?” aku pandang dia pelik.


“Boleh kenal-kenal dengan mummy saya.” dia senyum segaris.


“Hish. Tak naklah saya.” segan aku.


“Kenapa tak nak?”


“Awak nie kan. Banyak sangat sebut perkataan ayat kenapa hari nie. Kenapa?” aku tanya dia balik.


Terus dia gelak kuat-kuat.


“Nanti jumpa mummy saya erh.” Taufik masih lagi bersisa ketawa.


“Kenapa saya nak kena jumpa mummy awak.” aku jungkit kening.


“Sebab saya suka awak.” dia kenyit mata dekat aku.


Hampir nak terlepas telefon di tangan. Dia nie main-main ke serius? Aku terus jalan laju buat-buat tak layan. Bukan boleh layan sangat nanti jadi benda lain.


**********


Pagi tu kami berjalan-jalan ke bukit bendera. Orang punyalah ramai. Nasib baik keluar awal pagi. Masa nak naik keretapi Taufik dan Nian terpisah dengan rakan-rakan yang lain. Akibat orang yang ramai. Kami terpaksa tolak menolak. Aku dengan Taufik terpaksa merapat ke bahagian paling dalam. Dan kedudukan kami setentang.


Mula aku nak berpeluh kalau dah rapat sangat macam nie. Aku nampak Taufik dah senyum sampai ketelinga walaupun tak pandang aku. Sebab rapat sangat macam aku boleh bau minyak wangi dia dengan lebih dekat.


“Saya tak salah.” ayat pertama dia untuk aku masa dekat dalam kereta api nie.


Keretapi bergerak menuju ke atas. Taufik letak tangan dia dekat tepi aku.


“Saya tak nak orang lain tersentuh awak.”


Aku pandang dia. Mungkin dia dapat rasa yang aku mungkin tak selesa. Terpaksa la aku hadap scene yang macam cerita hindustan nie. Huhu.


Lega rasanya bila train dah sampai. Orang pertama yang tarik nafas lega adalah aku.


Dah lama tak naik Bukit Bendera nie. Last naik masa darjah dua macam tu. Lepas tu sekaranga jelah dapat naik.




“Nian..Nian berdiri dekat situ.” aku terus berhenti dan pusing menghadap Taufik. Belum sempat nak senyum. Taufik dah ambik gambar aku guna DSLR dia.


“Eh ambik gambar orang curi-curi.” aku buat-buat marah dia.


“Tak apa. Tak kena bayar pun.” dia sengih dekat aku. Ceh!


Lepas saja habis pusing satu Bukit Bendera nie, kami pergi pulak dekat Art street. Masa dalam kereta telefon Taufik berbunyi. Dia pandang aku sebelum jawab. Yang aku dengar . Baik pakcik. Baik pakcik.


Sampai dekat art street kami lepak sana sampai malam. Kebetulan dekat dengan padang kota lama. Malam-malam minggu macam nie. Ramai orang. Banyak couple. Ada busking pulak. Aku duduk dekat tembok yang dekat padang permainan. Dengan hembusan angin laut ditambah pulak dengan muzik budak- budak busking nie. Tiba-tiba rasa seronok. Taufik duduk tepi aku sambil sua kacang rebus. Aih! Tadi dah makan takkan tak kenyang lagi. Aku geleng sebab dah kenyang.


“Dah lama tak busking.” mata Taufik pandang budak-budak yang tengah busking.


“Eleh macam la tahu. Suara pun tak sedap.”


“Saya memang tak nyanyi tapi saya main instrument.”


Aku angguk tanda paham.


“Sir..Miss.. merpati dua sejoli. Mau beli bunga?” Amoi yang pegang bakul penuh dengan kuntuman mawar merah berdiri depan aku.


“Eh tak apa la..” aku geleng kepala dekat amoi tu.”


“Murah saja. Satu kuntum sepuluh ringgit dapat free gift teddy bear kecil lagi. Sesuai sangat untuk orang yang tengah bercinta nie. ” Amoi tu masih tak mengalah. Mesti major in marketing nie. Ayat dia manis.


“Bagilah satu.” Taufik keluarkan duit dari wallet dia.


“Terima kasih abang kacak.” senyum lebar amoi tu.


Taufik tenung bunga ros tu sebelum suakan dekat aku.


“Hadiah sebab sudi jadi pemandu pelancong saya.” dia letak atas riba aku.


Aku rasa macam tak jadi pemandu pelancong dia pun sebab semua jalan dia tau. Aku pandang Taufik yang dah jalan dekat bebudak busking tu. Apatah yang dia cakap terus budak busking tu bagi dia main drum.


Drum nie tak adalah kecik sangat. Tak adalah besar sangat. Drum untuk busking. Aku tengok Taufik main dengan penuh gaya. Kawan-kawan dia yang lain dah bersorak sakan dah. Dari dari raut wajah dia aku nampak dia kesunyian. Ada benda yang dia simpan.


Dah malam sangat. Kami pun pulang dekat hotel. Masa dekat lobi sempat Taufik pesan dekat kami.


“Esok lepas check-out kita pergi rumah Nian. Korang dah setujukan tidur sana. Isnin baru balik.” semua angguk tanda setuju. Sebelum balik ke bilik.


Rumah Nian? Maksudnya rumah aku. Apasal aku tak tau.


“Taufik.” aku jerit panggil nama dia. Tak sempat dia masuk lif.


Kami berdua aje ada dekat lobi.


“Ye sayang.” dia jalan dekat aku.


“Awak cakap tadi rumah Nian. Maksudnya rumah saya. Kenapa hari isnin baru nak balik. Nak tidur mana?”


“Tidur rumah Nian.” tenang saja ayat dia.


“Rumah Nian tu rumah saya. Macam mana saya tak tau?” suara aku kuat gaya macam nak marah.


Cepat-cepat dia tarik hujung tangan baju aku. Punat lif ditekan.


“Abah awak jemput menantu dia datang takkan nak tolak.”


Masa dekat dalam lif dia tekan tingkat 4 untuk bilik aku dan tingkat 5 untuk bilik dia.


“Kenapa saya tak tau. Kenapa awak tak cakap. Kenapa abah tak call saya pun.” aku pandang dia lagi.


Sampai tingkat 4 dia cepat-cepat tolak aku keluar. “selamat malam cik kenapa.”


Pintu lif ditutup. Dia nie menyakitkan hati betullah.











1 comment: