Aku dapat merasa kelainan malam ini. Malam yang
sunyi.. malam yang penuh dengan pelbagai rasa. Aku pandang sekeliling.. aku
terpandang padang sekolah yang gelap gelita. Sekali imbas aku terperasan
seorang perempuan. Aku kalih pandangan sekali lagi tapi malangnya tiada.
Mungkin perasaan aku saja.
Tiba-tiba terasa… hembusan di tepi telingan aku. Serta
merta bulu roma aku menegak. Aku telan air liur.. cepat-cepat aku membaca ayat
kursi supaya tiada perasaan takut menyelubungi aku.
“Arggggh!”
Aku kalih pandangan kepada Zila.. Zila kelihatan
sangat takut sambil menutup muka dengan kedua belah tangannya.
Aku cepat-cepat mendapatkan Zila. Belum sempat aku
bangun Zila sudah mengilai ketawa. Aku pandang sekeliling. Kelas yang
menempatkan 20 orang pelajar sunyi sekali, jelas mereka ketakutan.
“Na..na..na…na..” suara Zila mengalun merdu.. gayanya
seperti menidurkan seorang bayi.
Tepat pandangan Zila ke mata aku. Cepat-cepat aku
kalihkan pandangan. Takut! Rasa seperti mahu larikan diri sahaja. Berulang kali
aku membaca ayat kursi entah betul entah tunggang langgang pun aku tak pasti.
Tiba-tiba Zila menangis.. tangisannya kuat sekali..
hingga menyebabkan beberapa pelajar menjeit sama. Aku kaku. Rasa seperti
menontan wayang ceita hantu pula.
“Allahuakbar!” warden dari asrama lelaki yang
merupakan ustaz sekolah aku melaungkan azan. Ustaz Suhaimi.
Cikgu Salma juga waden asrama perempuan memegang erat
Zila. Manakala ketua asrama dan beberapa orang temannya memegang beberapa pelajar
yang menjerit tadi.
Zila mengelupur minta dilepaskan.
“Tolong cikgu.!” Cikgu Salma meminta pertolongan aku.
Aku terus duduk sebelah Zila sambil memegang bahu dan
tangan kanannya. Aku dapat rasakan kekuatan Zila lain macam. Patut la Cikgu
Salma yang berbadan saiz Xl pun tak mampu nak memegang Zila yang bersaiz S.
Aku tahu mata Zila tepat memandang aku sambil
terseyum. Aku buat-buat tidak perasan. Ya Allah cepatkanlah semua ini. Bibir
aku tak henti-henti menyebut pekataan Allah.
“Jangan sebut namaku.” Zila memandang aku. Aku tahu
itu bukan Zila kerana suaranya berlainan sekali.
“Jangan sebut nama aku!! Jangan panggil aku!!” Zila meronta-ronta minta dilepaskan…
Aku mahu saja melepaskan Zila dan berlari masuk ke
asrama. Menyelubungi diri dengan selimut. Sungguh aku takut. Kalau la.. bukan
kerana Cikgu Salma sudah tentu aku cabut.
Rontaan Zila semakin kuat, hinggakan pegangan Cikgu
Salma pun terlepas. Zila meluru ke arah aku. Matanya dijegilkan besar. Merah
menyala.
“Jangan panggil aku! Jangan panggil namaku!” bahuku di
cengkam kuat.
Hampir menangis aku jadinya. Bukan kerana sakit tapi
kerana aku ketakutan. Mata Zila menikam aku.
Ya Allah! Ya Allah! Ya Allah.. tak habis-habis mulut
aku melaungkan nama penciptaku. Hampir saja aku terkucil di dalam seluar.
“Allahuakbar!” Ustaz suhaimi memegang hujung kaki
Zila.
Aku hanya tersandar di dinding. Sungguh ini kali
pertama situasi begini terjadi pada aku. Hanya tuhan yang tahu.
Setelah selesai kesemuanya, Zila diusung ke rumah
warden Cikgu Salma. Aku masih tepaku. Seketika kemudian aku dipanggil oleh
Cikgu Salma dan Ustaz Suhaimi.
“Nor, Kenapa jadi macam nie?” ayat pertama Cikgu Salma
buat aku.
Aku geleng kepala, sungguh aku tak tahu.
“Ada kamu buat apa-apa yang boleh mendatangkan
kemarahan dari alam lain?” Ustaz Suhaimi pula berkata.
Lain macam saja ayat Ustaz kali nie.
“Tak ada Ustaz.. betul saya tak tahu apa-apa.” jujur
aku katakan.. aku memang tak tahu apa-apa.
“Baiklah kamu boleh pergi.”
***************************************************
Pagi tu kecoh dengan cerita Zila kena hysteria.. malam
semalam jugak keluarga Zila bawak dia balik..
Aku rasa masih tak sedap hati bila ada cakap-cakap
yang mengatakan akulah punca Zila terkena Histeria semalam.
Namun aku sikit pun tak terasa kerana siapa yang ada
semalam yang tahu kisah sebenar. Dan ustaz Suhaimi tidak membenarkan sesiapa
membuka mulut mengenai hal semalam.
Malam itu selepas sembahyang maghrib di surau.. aku
bergegas ke asrama kerana tertinggal surah Yassin di dalam laci.
Aku tekan punat lampu. Laaa kenapa tak nak menyala
nie.? Nasib baik lampu luar di koridor tidak membuatkan bilik gelap sangat.
Kakiku langkah perlahan berhati-hati takut tersadung..
“Nor..Nor..”
Aku telan air liur tu macam suara Nia aja..
“Nia kau ke tu?”
“Nor tolong aku Nor..tolong..”
Aku berjalan merapati Nia yang duduk di atas katil
tingkat atas.
“Nor apa yang lama sangat ambik surah Yasin tu?”
Aku pusing mengahdap pintu. Cerah lampu tepasang dan
aku nampak Nia di muka pintu.. habis yang aku cakap tadi dan mintak tolong tadi
siapa? Bukan Nia ke?
“Errr..tadi bukan ke kau….” Belum sempat aku nak habis
cakap cepat Nia tarik tangan aku.
Masa dekat makmal nak melintasi surau tiba-tiba aku
tak sedap hati. Terasa lain macam sangat malam nie.
“Nia kau ada rasa apa-apa tak?”
“Kenapa kau rasa nak period ke?”
“Hish tak la.. aku rasa macam lain macam sangat malam
nie.. rasa macam.. ada yang tengah tengok kita..”
“Kau nie buat aku seram je la.”
Tiba-tiba langkah kami terhenti bila ada sesuatu yang
melintas.. aku pandang Nia, Nia pandang
aku dan masing-masing terdiam..
kami memandang ke bawah bila terdengar ada bunyi benda
mengesot.
Ya Allah!
Terus Nia terjerit-jerit.. aku kaku, badan aku
mengeras.. terus Yasin di tangan terlepas..
“Aghhh! Arghhh!” aku terjerit sama..
Matanya bulat, besar dan merah.. baunya begitu hanyir
sekali… baju putihnya penuh dengan kotoran tanah.. rambutnya kusut…
“Nor..Nor.. jangan panggil namaku…”
Lagi aku ke belakang.. lagi dia menghampiri.. hingga
muka kami terpisah 4 inchi..
Kepalanya terliuk lentok kiri dan kanan memandang
aku..aku dapat merasai kukunya yang panjang memegang pipi ku…
“Nor..Nor..” berkali-kali nama aku di panggil.
Aku terjerit minta dilepaskan… kaki dan tangan ku
terkunci…
Hanya satu yang aku ingat iaitu Allah.. aku takbir
berulang-ulang…
Hingga suasana gelap, panas dan hanyir..
***************************************************
Sejak kejadian itu aku diberi cuti selama seminggu
oleh pihak sekolah… duduk di rumah sikit
sebanyak melegakan resah yang melanda aku.
Aku pun tak tahu apa sebenarnya yang berlaku antara
aku, Zila dan Nia.. mungkin secara kebetulan atau ada yang memanggil.
Ibu dan ayah keluar bekeja. Maka tinggal la aku di
rumah seorang diri. Adik-adik pulak ke sekolah petang nanti baru pulang. Ibu nak
suruh makcik Bedah jaga aku di rumah tapi aku menolak sebab aku rasa kejadian
malam tu mungkin kebetulan saja.
Laptop di dalam bilik aku buka dan aku cari Folder
Korea. SNSD 1st Japan Tour in Tokyo aku buka.. seronok jugak layan
konsert macam nie..
“Kakak..”
Dari bayanyan laptop aku nampak kelibat adik aku. Aku pusing
belakang. Aik macam suara Qalesya adik aku tapi orangnya tak ada..
“Kakak..hihi..”
Kelibat kanak-kanak berlari di belakang aku. Aku pusing
dan….
“Kakak.. jom main..”
“Ibu.. tolong ibu…” aku berlari ke tingkat bawah…
“Nor..nor..jangan lari Nor..tunggu..”
“Tolong la jangan ganggu aku.. tolong la…” aku menangis
tersendu-sendu… takut campur marah.
Marah sebab kenapa aku yang jadi mangsa kenapa aku
yang kena? Kenapa aku yang kau cari?
“Jangan panggil aku.. tolong.. jangan sebut namaku..”
Cepat-cepat aku dapatkan telefon rumah dan number ibu
cepat aku dail.
“Ibu tolong kakak ibu.. kakak takut.. ibuuu kakak nak
lari..”
“Ibu balik sekarang.”
“Nor… Nor..” aku menyorok di celahan sofa..
“Nor.. kenapa kau panggil aku.. kenapa kau puja aku…”
Sunyi..
Aku keluar dari celahan sofa… terintai-intai aku seketika.. elok aku nak berpaling
ke belakang dan…
Pengsan!
************************************************
“Ibu.. Zila telefon… dia nak jumpa Nor..” aku duduk di
sebelah ibu..
Tengahari tu lepas pengsan ibu terus bawak aku jumpa
pengamal perubatan islam.. katanya aku telah memberi makhluk itu makan dan
sejak itu dia tercari-cari aku dan menganggap aku tuannya..
Aku jadi keliru setahu aku.. aku tidak penah memuja
atau memberi makan sesiapa..
“Bila tu?” ibu tanya lagi.
“Tak tahu.. mungkin petang nie kut… Nor tak sedap hati
la ibu..”
“Banyak-banyakkan baca ayat kursi dan jangan lupa
sentiasa berwuduk.”
Petang ibu dengan bantuan ibu bapa Zila mereka tiba
dirumah aku. Terkejut aku melihat wajah Zila yang sangat kurus dan pucat..
“Aku nak minta maaf..” Zila terus peluk aku..
“Kenapa dengan kau nie?”
“Aku dah banyak buat salah dekat kau.. aku yang
sebenarnya puja benda tu..”
“Apa kau cakap nie..”
“Mari aku ceritakan..”
Aku bersama ibu dan ayah mendengar cerita yang keluar
dari mulut Zila.
**********************************
“Zila kau gila?”
Nia tampar bahu Zila.
“Ala kita try la
tak cuba tak tahu..” Zila dengan muka cengengnya berkata.
“Habis nak pakai
darah apa?”
“Pasal darah
jangan risau semuanya seahkan dekat aku.. ayam jantan hitam dan telur aku dah
siapkan.. malam nie kau ikut saja aku.”
Nia menghela
nafas.. mahu tak mahu dia harus menemani Zila.. Nia menggeleng kepala melihat
langkah Zila.
Nia dan Zila
menghampiri Nor yang tengah membasuh kain bilik dobi.. pisau kecil dikeluarkan
dari poket Zila..
“Nor tolong
bukakan pisau lipat nie.. ketat la..”
Nor yang tidak
tahu apa-apa teus berpusing dan lengannya terkena pisau tersebut.
“Laa tu la tak
hati-hati lagi..” Zila cepat-cepat menadah darah yang mengalir dari lengan Nor.
“Nia bawak Nor
sapu minyak..”
Setelah Nor
pergi Zila memasukkan darah tersebut di dalam beg plastic. Semua dah cukup
tunggu malam nie je.
Malam menjelang
tiba.. malam keliwon di pilih.. Nia dan Zila duduk bertentangan.. ayat pemuja
di leuarkan dari poket seluar.
“Mana kau dapat
nie?”
“Aku ambik dalam
internet la..”
Nia memandang
sekeliling.. takut pula dia.. hutan di belakang sekolah menjadi pilihan
mereka..
Selepas membaca
ayat pemujaan Zila meletakkan darah Nor bersama ayam jantan hitam dan telur
rebus..
“Siapa nama
kau..” Zila menjerit kuat..
“Aku rasa benda
nie penipu nie.. mana la kau dapat idea bodoh macam nie?” Nia tidak senang duduk.. dia dapat merasakan
sesuatu..
“Aku baca dalam
internet la.. aku saja nak try dah tak jadi tak apa la..”
“Menyusahkan orang
betul..”marah Nia..
Elok mereka
mengangkat punggung mahu berlalu.. tiba-tiba..
“Kenapa panggil
namaku..”
Kedua-duanya
terkaku.. telur rebus dan bangkai ayam jantan jatuh ke tanah begitu juga dengan
darah milik Nor..
**********************************************
“Sampai hati korang..” air mata aku sapu dihujung
mata..
“Aku minta maaf.. Nia ICU di hospital..keadaanya
kritikal lepas jatuh bangunan.. aku tak nak terima nasib yang sama aku minta
maaf..”
“Kenapa nak minta maaf? Dah tentu aku yang tak tahu
apa-apa nie akan terima nasib yang sama macam korang..”
Sungguh aku takut.. aku tak tahu apa-apa..
“Aku tak nak
mati..” Zila merayu melutut dekat aku..
“Aku tak nak mati
bodoh! Aku tak nak mati!” tiba-tiba Zila ketawa..
Ibu dan ayah aku
serta kedua orang tua Zila tergamam..
“Kenapa sebut
namaku! Kenapa panggil aku?”
“Zila mengucap
Zila.. mengucap..”
Tanpa mempedulikan
sesiapa Zila terus berlari keluar dai rumah dan menuju ke jalan besar.. tanpa
memandang kiri dan kanan..Zila terus melintas dan..
Pin…! Bommm!
Treler panjang
telah melanggar Zila dan dia digilis..
Lepas nie gilian
aku… “Ayah.. kakak tak nak mati.. kakak tak salah….”
Ayah membaca ayat
kursi dan beberapa ayat lain di telinga aku.. aku terduduk lemah sambil
menangis..
***********************************************
Seminggu kemudian…
Aku berulang alik
berubat di pusat rawatan islam.. Zila
dan Nia telah selamat menghadap Illahi.
Perlahan-lahan aku
telah pulih dengan sedia kala.. aku ditukarkan ke sekolah biasa dan aku masih
lagi di bawah pengawasan ibu dan ayah.. pergi dan balik aku berjemput..
Namun, kejadian
itu aku tidak dapat lupakan hingga bila – bila..
Hanya pada Allah
aku berserah..
TAMAT…
P/S > sory kalau citer nie entah apa-apa.. maklum la 1st time buat citer hantu..hihi..
seraamm.......
ReplyDeletegambar hantu tu yang seram sgt tuh...
ReplyDeleteseram lah jugak kang ..... siap main sorok-ii lagi depan komputer ni
ReplyDeleteserammmm ! aptah lgi bca tym tgah malam .. dgn gmbr hantunye lagi ... eeeiii ! takut ..
ReplyDeleteTngh baca malam" kat blik, smpai kt dlm selimut buka torchlight, dhlh gmbr pon seramm,
Deletewuuu seramnya >.< naseb ta baca malam malam kalau tak memang tak boleh tidur hmmhmmm
ReplyDeletebest but seram..gambar hantu tu memang takkan tengok la kan..hahha..good job ! baca time siang pun terasa seramnya..
ReplyDeletekaget sama gambar cewe ngerayapnya...hehehe
ReplyDeletetelan air liur je masa baca
ReplyDeleteLuabiase seramnye,tapi mantap mantap!!!
ReplyDeletecool.
ReplyDeleteSeram n sngt real
ReplyDeleteUuuu mmg seram,
ReplyDeleteSeramnya. ...sy bc smbil peluk bantal sbb cerpen ni seram samgat
ReplyDeleteMemang terbaiklah huhuhu. ...
seram ye gak ,bace malam" ade gamabar antu yang seram agek tu
ReplyDeleteSeram gak....sbb duduk asrama.Idea yg menarik
ReplyDeleteMohon share Ye😀😀😀
ReplyDelete
ReplyDeleteYuk segera join di KHARISMAPOKER situs poker terpercaya, teraman dan tercepat. Pelayan terbaik dan tercepat oleh CS yang berpengalaman dan ONLINE 24 jam.
PROMO TERBARU KHARISMA POKER:
* Bonus Referral 20% Seumur Hidup
* Bonus Turnover 0,5% Setiap Harinya
KEUNGGULAN KHARISMA POKER:
* SEMUA BANK KAMI ONLINE 24 JAM !!
* NO ROBOT & ADMIN
* 100% Fair Play Member Vs Member
* Proses Withdraw & Deposit Tercepat
* Customer Service yang baik, ramah dan cantik.
MELAYANI TRANSAKSI VIA BANK :
* BCA
* BNI
* BRI
* MANDIRI
* DANAMON
Dengan syarat minimal deposit hanya Rp 20.000 !!
PENDAFTARAN GRATIS HANYA DENGAN MENGISI DATA DI : http://www.kharismapoker.com/Register
SITUS POKER ONLINE TERPERCAYA
LIVE CHAT ; DISINI
Telp :+85587983703
BBM ; khpk02
WA : +85587983703
LINE ; khpk02
Link Alternatif Kharismapoker :
http://wwwkharismacash.com
Apakah nama penulis cerita inI?
ReplyDeleteunsur seramnya agak longgar bagi saya..namun cerita ini mempunyai pengajaran yang nyata kepada semua orang. dimana sikap dan kelakuan yang tidak sepatutnya atau yang tidak diingani oleh alam yang sukar dipandang mata kasar jangan la dilakukan kerana ia mampu mengundang musibah yang tidak baik.
ReplyDeleteYaa betul tuu, kta sepatutnya tidak membuat perkara² yg mendatangkan bahaya kepada kita dengan sembarangan, cerita ini memberi kita iktibar supaya kita jangan membangkitkan sesuatu Yang boleh membahayakan diri kita lagi² melibatkan nyawa orang lain,
Delete