Copyright© All Rights Reserved akubukannovelis.blogspot.com

8 Feb 2012

Bila blogger jadi maid ep 14


aku menyusun majalah di atas meja di bilik Wafiy. Aku tak tahu pula yang PA kena buat kerja ala-ala cleaner. Lepas sahaja aku susun majalah aku pergi pula susun meja Wafiy. Wafiy yang sedang duduk di kerusinya hanya memerhati.

“Apa pandang-pandang?” Aku bersuara bila perasan Wafiy dari tadi duk usha aku.

“Amboi garang bukan main.! Kalah mak beruang ni”

Amboi di samakan aku dengan beruang. Kira baik la ni aku tolong dia duk kemas bilik. Kalau aku mintak up gaji nanti baru tahu.

“Memang la sebab tu mak beruang tak berani jumpa saya..”

“Eleh! Konon garang. Macam saya takut.” Dia bersuara berlagak.

Aku menjeling tajam. Memang la aku yang patut takut sebab dia yang bayar gaji aku.

“Awak suka makan apa?” dia bertanya.

“Lipas masak merah, tikus goreng kicap.. sedap!” aku toleh ke arah Wafiy. Ternyata reaksi mukanya menunjukkan dia geli.

“Haha..” aku ketawa satu persatu.

“Esok bawak saya nak rasa..” aku menoleh lagi sekali kea rah Wafiy. Biar betul. Gila apa mamat ni.

“Haaa..” aku terkejut. “Gila apa Wafiy ni..” aku kerutkan muka. Maunya aku resign aku.

Ketawa pecah dari mulut Wafiy. “kan saya kata, saya tak takut. Berani awak kata bos awak gila?” keningnya terangkat.

“Eh! Saya main-main saja la. relaks la Wafiy.” Aku pula yang kalut.

Cis! Berani sungguh dia main-main kan aku. Nasib baik majikan aku.

“Awak pandai masak?” dia tanya lagi.

“Mesti la, tengok kaki la..” aku berkata lagi.

“Awak masak pakai kaki ke? Eee.. tak senonoh betul la.”

Aku mencebik. Mulut aku muncungkan. Terkena lagi. Haishhh!

“Ala-ala.. tomeynya dia, buat la muka macam tu saya cubit pipi Risya nanti nak?”

Aku tersenyum. Pintu bilik di kuak. Kami menoleh pada gadis di depan pintu. Aku memandangnya dari atas sampai bawah. Gila seksi minah ni!

“Hai sayang!” gadis itu memeluk Wafiy tanpa segan silu di hadapan aku. Aku alihkan pandangan ke arah lain.

“Apa ni peluk-peluk? Tak malu ke kan ada orang dalam bilik ni. kau nak apa?” Wafiy menolak Dilla. Buat malu aku saja dengan Risya.

“Ala dekat pub kau peluk aku boleh pulak.” Dilla berkata kasar sambil menjeling tajam aku. Eleh! Macam aku nak dekat Wafiy ni! jeling-jeling aku apa hal? Nak cari gaduh la tu.

“Itu dulu okey.. kau apa hal datang sini? Kenalkan Risya.. Risya ni Dilla kawan saya..” aku menyuakan tangan untuk bersalaman tapi tangan aku di pandang sepi. Eleh ingat aku heran sangat tak nak salam aku? Kau yang dosa bukan aku. Dah la pakai baju pun tak cukup kain.

“Saja.. ni awek kau erh?” Dilla tanya lagi.

“Aha.. awek aku. Sweet kan? Bukan macam kau. Pakai seksi sangat. nasib baik iman aku kuat.”

Aku hampir ketawa bila dengar ayat yang di tuturkan Wafiy. Tapi cepat-cepat aku tekup dengan tangan. Macam-macam.

“Menyampah la dengan kau ni.” Dilla terus berlalu meninggalkan kami.

“Kenapa cakap saya awek awak?” aku pula tanya Wafiy bila Dilla sudah berlalu meninggalkan kami.

“Saja..” tu saja perkataan yang terpancul dari mulut Wafiy. Tapi Wafiy memang maksudkan yang Risya akan jadi miliknya. Tapi bagi Risya perkataan yang terpancul dari mulut Wafiy memang saja-saja mungkin tak ada isi tersirat.

******************************************************************************
Ash melihat jam di tangan lagi lima pukul tiga. Dia menghirup air mocha blended di restoren mewah itu. Sempat dia menghantar pesanan ringkas buat Risya yang menyuruh Risya tunggu juga jika dia terlewat tiba.

“Tengku Yusri Ashraf?” lelaki di hadapannya bersuara sambil tersenyum.

“Abdul Wafiy?” tangan Ash menyuakan tangan untuk bersalaman. Tangannya bersambut “Have a seat.”

My pleasure..” Wafiy menarik kerusi dihadapnnya. Setelah membuat pesanan mereka kembali bermesyuarat.

“Okey macam ni, saya nak menjalankan kerjasama dengan syarikat Encik Wafiy untuk membekalkan simen untuk projek saya di Putrajaya. Macam mana?” Ash memulakan bicara.

“Saya tak ada masalah, tapi jangan la berencik-encik macam dah tua pula. Panggil Wafiy sudah la..”

“Kalau macam tu awak panggil saya Ash dah la tak payah nak bertengku-tengku.”

Kepala wafiy di anggukan perlahan. “Nanti untuk harga Ash boleh buatkan paper work dan akauntan saya akan menilai la.”

“Boleh tak ada masalah. Semuanya sudah siap.” Ash tersenyum. Pembekal sudah dapat. Orang tempatan pula tu. Lagi senang kerjanya.

Congratulation on your wedding.” Wafiy menghirup air jus amra.

Ash tersenyum. Cepat sungguh tersebarnya. “ thanks, jemput la datang hujung bulan ni. nanti saya bagi kad.”

“Pelik pula ila bersaya awak, rasa macam cakap dengan awek. Panggil aku kau boleh?” Wafiy membetulkan tali lehernya.

“Aku no hal.” Mereka kedua ketawa. Bermula la episod perkenalan mereka kemudian menjadi rakan.

****************************************************************************
Aku berjalan ke arah Zu. Bosan pula bila tak ada benda nak buat.

“Zu..” Aku panggil Zu yang sibuk duk tonyoh pelembap bibir di mulutnya.

“Ye..” dia menyahut. Kemudian di alih pandangan ke arah aku,

“Awak cantik-cantik ni nak pergi mana?” aku menyoal.

“Nanti Encik Wafiy balik. Takkan nak comot-comot pula.”

Laaa. Nak mengorat Wafiy rupanya. Ye la bos muda lagi kacak macam tu. Siapa tak nak.

“Awak berkenan dekat Wafiy erh?”

Zu mengalihkan pandangan ke arah aku.. mukanya sedikit terkejut.

“Wafiy?” keningnya terangkat.

“Aha, kenapa?” ada masalah ke?

“Dekat sini semua orang panggil bos ataupun encik Wafiy, tapi awak kenapa panggil Wafiy aje? Korang ni ada skandal ke?”

Alamak aku nak jawab apa ni? mampus aku!

“Maksud saya Encik Wafiy la tadi.” Cepat-cepat aku membetulkan ayat aku tadi. “tak takut ke dekat Dilla?” aku teringatkan perempuan sombong tadi,

“Dia tu bila datang jangan di layan. Encik Wafiy kata dia tu datang sebab nak interframe je lebih, nak jadi model tak dapat sebab kaki dia pendek. Sebab tu dia datang sini, konon nak tunjuk dia tu cantik.”

Aku ketawa pecah. Wafiy pun tak suka dia ke? Ingatkan dia tu girlfriend Wafiy tadi.

*************************************************************************
Sesampainya di rumah, Ash terus duduk di atas sofa dalam keadaan yang letih. Matanya di pejamkan. Aku hanya memerhati tingkahnya.

“Tengku..” badannya aku goyangkan. Sepi.

“Tengku…” aku mencuba lagi sekali. Aku goyangkan badannya dengan kuat. Aku letakkan telapak tangan di dahi Ash. Sejuk. Tak demam pun.

Baby..yuhuuuuu..bangun la sayang..” aku bersuara manja.

“Ye sayang, abang bangun ni..” terus Ash membuka matanya dan tersenyum mesra ke arah aku.

Aku terus mencubit pinggang Ash. “main-main erh”

Ash memegang tangan aku. “Sakit sayang oi..” dia masih memegang tangan aku.

“Orang kejut tak nak bangun. Gatal.” Aku cuba menarik tangan dari genggaman Ash.

“Nak tidur dengan yayang abang malam ni..” mulut Ash dimuncungkan tajam. Aku ketawa.

“Gatal!” aku cubit pinggang Ash sekali lagi.

Ash terus menarik aku ke dalam pelukannya. Aku cuba melepaskan diri namun gagal. Dan aku terus memijak kaki Ash. Terus pelukan di lepaskan. Ash menjerit kesakitan.

“Tengku sorry tak sengaja..” aku menekup mulut. Mula rasa bersalah.

“Abang merajuk. Jangan panggil abang.” Ash terus berlalu meninggalkan aku.

Orang merajuk mana bagitahu. “tengkuu..” aku memanggil namun Ash tak mengendahkan panggilan aku.
Ala merajuk ke? Aku nak buat apa ni? aku bukan sengaja pun. dia berlaku spontan. Ala Tenngku sayang. Jangan la merajuk. Aku dah la tak tahu nak pujuk memujuk ni. padan muka aku.!



1 comment:

  1. salam dik...leh email akak x?nk tnye sumthing ttg novel ni...qaira85@yahoo.com.my

    ReplyDelete