Copyright© All Rights Reserved akubukannovelis.blogspot.com

7 Feb 2012

Bila blogger jadi maid ep 1


Pagi itu aku terjaga dengan senyuman yang melebar.. kenapa? Sebabnya aku dah habis belajar. Yeah! Misi utama kali ni adalah cari kerja.. tapi tu la masalahnya sebelum final exam lagi aku dah cari kerja tapi masalahnya tak dapat-dapat lagi.. takkan selamanya nak jadi ‘penanam anggur’ kut.  Aku buka laptop yang tersedia di atas meja dalam bilik aku. Apa lagi up date blog la.

BEBAS..
Tajuk kat atas nie macam nak tunjuk aku baru log out dari penjara jew.. kan? Kan?korang memang kejam! Bukan la.. korang nie memang taw.. aku baru aje habis belajar.. ala macam tak tau.. menyampah.. so aku kena la cari kerja.. kerja apa?? Tengah cari la nie.. cuba bawak bertendang erh.. bertenang.. semua kawan-kawan blogger yang terchenta tolong la ye cari I kerja.. oh trimas2.. so out2..
Pssss > lepas ni dah boleh join aktiviti nuff nang atau join apa-apa event..hehehe. tu pun kalau ada yang sudi carikan I kerja di KL.. thanks~

Lepas je update blog.. aku terus baring-baring atas katil.. sibuk dok fikir nak cari kerja apa.. degree dah dapat kerja je belum dapat.. mana nak cari kerja?? Berpuluh resume aku hantar. Tapi hampeh.
“Morning bonda..” Arisya mencium pipi bondanya sambil memisat-misat mata. Bila aku panggil mak aku bonda aje mesti ramai yang buat muka terkejut plus teruja. Konon-konon nak kata aku anak raja. Suka hati aku la nak panggil apa pun. Who care? Mak aku..
“Anak bonda ni.. busuk la. mandi la dulu.” Puan Jasmin meneliti anak daranya dari atas sampai bawah. Pijamanya sampai ke lutut, sambil memakai kasut pooh kesayangan. Memang budak-budak tapi usia dah dua puluh dua tahun. Nasib tak ikat rambut bertocang dua.
“Ala bonda ni.. relax la..nanti girl mandi la baru pukul sepuluh kan..” aku terus menarik kerusi dan membuka tudung saji. Cun ahh!! Nasi lemak beb..
“Ni dah basuh muka ke belum ni?” Bonda menampar tanganku. Aku tersengih.
“Dah..mandi ja belum.” Aku tersengih lagi. Anak dara bonda ni memang suka sengih kut.
“Yang sengih-sengih ni kenapa?” bonda kembali menyambung kerjanya memukul kek coklat lembab.
“Dulu masa bonda ngandungkan Risya bonda suka sengih kut. Sebab tu girl suka sengih.hehe” aku menyuap nasi lemak ke dalam mulut. Nikmatnya. Dulu masa duduk UUM jarang balik rumah maklum la sibuk belajar. Padahal bukan jauh pun Penang dengan Perlis. Saja suka bagi alasan tau.
“Adik-adik pergi sekolah ke bonda?”
“Tak la ada dalam bilik air basuh baju.” Bonda buat muka serius.tengok bonda aku ni pandai melawak korang saja yang tak tahu.
“Kesian adik-adik, budak-budak lain sibuk pergi sekolah diorang sibuk basuh baju. Ish..ish..ish..” aku berkata sambil geleng kepala.
“Saja erh buat lawak tak pandai dekat sini.” Cehh! bonda guna ayat berlapik bagi perkataan lawak bodoh. Syabas bonda.!
“Haha..” saja aku gelak kuat-kuat. Suka sangat nyakat bonda. Aku tak tahu macam mana nanti kalau bonda tak ada. Memang sedih!
“Dah ada plan nak kerja mana.?” Bonda duduk di hadapanku setelah memasukkan kek ke dalam ketuhar. Aku senyum je pandang bonda. Bonda ni kalau masuk bab kerja lepas lima minit kemudian dia akan masuk bab kahwin pula. Begitu la comelnya ibu saya.
“Bonda, abah bila balik.” Aku cepat-cepat tukar topik. Aku memang rindu dekat abah. Sebab dah seminggu balik penang jumpa abah pun tak lagi.
“Minggu depan kut. Kenapa?”
“Yela lama tak jumpa abah.. dalam tiga bulan seminggu ja balik.” Aku buat suara sayu. Sayu la sangat.
“Abah tu kan assistant ketua engineer dekat pelantar minyak tu. Memang la jarang balik. Duduk tengah-tengah laut. Lagipun dia sentiasa kena pantau kerja-kerja dekat sana.” Bonda menongkat dagu mungkin dia pun rindu juga dekat abah kut. Ya.. kami semua memang rindukan abah.
************************************************************************

Pagi tu aku terasa macam nak cari kerja dekat dalam surat khabar saja. aku pun selak la Berita Harian. Tiba-tiba sesuatu menarik minat aku. Yeah! ‘PEMBANTU RUMAH DIPERLUKAN, UNTUK RUMAH KELUARGA MELAYU.’ Boleh tak aku nak try.. saja nak cari pengalaman. Sebulan dua pun okey apa. Lagipun dekat KL.. nak  ke bonda dengan abah bagi pergi? Nak bagitau ke tak. Baik call dulu number ni.
***************************************************************************
Betul ke keputusan yang aku buat?? Tapi sebelum tu.. kita update blog dulu..

BLOGGER VS MAID

Hello kamu semua.yang jauh mari dekat, yang dekat mari rapat. Cewah! Macam nak jual minyak dah pula..bila tengok entry dekat atas mesti korang tertanya-tanya apa ke bendanya tu.. jeng..jeng..jeng.. teruja tak?? Ok..ok.. aku cakap.. actually aku dah made desion untuk jadi maid.. ini bukan cobaan ini betul-betul..
Sapa la yang bertuah dapat aku yang tak reti buat kerja rumah nie kan.. opss.. terlebih suda..
K la korang selamat mendoakan aku berjaya.. adios..

Aku kemudian turun ke bawah mendapatkan bonda. Aku berdoa dalam hati banyak-banyak.
“Bonda.Risya dah dapat kerja.” Aku tersengih girang dekat depan bonda.
“Bagus la kerja apa?” bonda memandang aku. Ala nak bagitahu ke tak?
“Jadi pembantu rumah.” Aku berkata perlahan.
Bonda menghentikan kerjanya “Betul-betul la.”Muka aku macam muka tak betul ke?
“Betul bonda Risya dah call orang yang tawar kerja tu. Dia cakap Risya dah boleh start…”sengaja aku diamkan. Bonda dah pandang aku semacam.”minggu depan”
“Minggu depan tu bila”?
“Hari isnin.” Aku tunduk.. ala boleh la bonda please. Aku merayu-rayu dalam hati.
“Hanis Arisya isnin minggu depan tu lagi tiga hari saja lagi.” Bonda dah geleng kepala. “Tanya abah la bonda tak tau” alamak nak tanya abah tu yang susah tu.
“Yela nanti Risya call abah.” Aku berjalan menuju ke bilik. Malas lah nak call abah nanti mesti abah tak bagi. Mesti abah marah entah rumah siapa-siapa entah nak jadi orang gaji. Lepas tu mesti abah kata bilik tidur sendiri pun tak kemas nak kemas rumah orang pula. Ala.. macam mana ni. dah la aku confirm dah nak kerja sana. Tak apa la nanti esok aku call abah minta izin.
*****************************************************************************
Lepas dah call abah minta izin dan abah pun dah bagi green light aku melompat-lompat syok.. uwaaa syoknya hidup ni. aku kemas baju aku mana yang patut aku bawa. Hehe tak lupa juga koala kesayangan aku yang abah beli dekat Australia. Benda nie sentimental tau abah beli masa umur aku 5 tahun, aku merajuk dekat abah sebab apa entah. So abah beli la beruang koala ni nak pujuk aku. Aku peluk beruang tu kuat-kuat. Sayang lala..
Bonda mesti marah aku. Esok aku nak pergi naik bus, tak nak bonda hantar sebab yela kalau hantar nampak sangat aku ni macam tak layak je jadi maid kan. So nak melebihkan acting aku, aku kena la naik bus dari Penang sampai KL, aku naik bus pagi sampai dalam pukul tiga petang macam tu la. Lepas tu aku naik la Teksi.
******************************************************************************
Mak oi.. besar giler rumah nie.. dah macam istana aku tengok.. betul ke alamat nie.. try usha la dulu.. aku keluar dari teksi. Nasib baik pakcik teksi ni baik tak bawak aku pergi tempat bukan-bukan.
“Assalamualaikum” aku memberi salam sebaik tiba dipintu rumah banglo tiga tingkat ni. mula-mula terkejut juga takut salah tapi pemandu teksi ni kata betul aku pun betul la.aku tekan lagi takkan tak ada orang. Lepas tu aku tekan loceng.
“Waalaikumsalam.” Ada seorang makcik tua datang sambil tekan remote control pintu pagar automatic. Aku kemudian salam dengan makcik tersebut.
“Rumah Tan Sri Tengku Radzman ke” aku tanya makcik tu.
“Betul la yang nie rumah Tan Sri Tengku Radzman. Anak ni Anis ke?” aku kemudian tersenyum. Betul la.. nasib baik.! Kemudian aku mengangguk. Makcik tersebut menjemput aku masuk dan kami masuk ikut pintu belakang maklum la orang gaji. Aku redha je.. huhu..
Beberapa minit kemudian datang seorang makcik yang tua sedikit pada mak aku tapi fuhh.. muka awet muda tu..cun lagi.. makcik ni nampak moden sedikit dengan gaya tudung yang up to date. Memang moden. Makcik tu senyum je masa turun dari atas. Dekat belakang ada seorang gadis yang macam baru muka budak-budak mengekori makcik tersebut.
“Anis ke?” aku mengangguk kemudian bersalaman dengan mereka.
“Saya Puan Sri Faridah..Anis boleh panggil saya Puan Sri sahaja dan ni anak perempuan saya Tengku Yusra Atikah.” Aku tersenyum sahaja. Nasib tak panggil makcik tadi “Mari saya tunjukkan bilik.” Aku hanya mengekori mereka berdua. Mak Jah hilang di sebalik dapur mungkin menyidai baju di belakang. Bilik orang gaji agak besar juga la dengan katil saiz queen dan ada sebuah almari dan meja solek.
“Saya duduk seorang sahaja ke Puan Sri ?” aku betanya.
“Aha sebab mak Jah pun selepas pukul 9 malam dah balik rumah dia.”
“Oooo..”Aku memerhati sekeliling.. ok la not bad. Tapi bilik aku lagi besar ni gaya macam bilik tetamu dekat rumah aku saja.
**************************************************************************** 
“Akak nie umur berapa erk?” Yusra duduk di birai katil.
“Cuba teka” aku tersenyum. budak ni cantik la.
“Lapan belas tahun kut.” Yusra meneka.
“Muda betul umur akak lapan belas tahun. Best betul..” Aku tersenyum bangga.. ada juga orang kata umur aku baru lapan belas tahun.
“Dah muka akak macam budak-budak. Cepat la kak cakap..” Yusra merayu-rayu sambil menggoyangkan tangan aku. Ala-ala comelnya.
“Umur akak baru dua puluh dua sayang..”
“Akak belajar mana sebelum ni?” Yusra masih lagi ligat bertanya.
“Belajar dekat Malaysia la..” aku malas nak beritahu siapa diri aku yang sebenarnya. Bukan berlagak tapi tak best la..
Tiba-tiba pintu bilik diketuk. Terjengul muka Puan Sri Faridah.
“Nanti Pukul enam tolong mak Jah dekat dapur.. mak Jah akan ajar Anis apa yang kena buat la.. Yusra jangan kacau kakak Anis.. kesian Kakak tu penat.” Puan Sri Faridah tersenyum memanggil anak gadis tunggalnya.
“Ala ibu nanti la..” Yusra merengek manja. Sah anak mak budak ni.
Come sayang..” Puan Sri Faridah menarik tangan Yusra.. aku hanya tersenyum memerhati gelagat dua beranak tersebut.
“Puan Sri..” Aku memanggil Puan Sri Faridah. “kalau saya pakai seluar track dengan t-shirt boleh tak atau kena pakai kain batik?” ok tak soalan aku tu? ye la pertama kali sandang jawatan orang gaji yang berijazah. Bukan senang nak apply.
Puan Sri faridah tersenyum memandang aku. “Pakai la apa pun..jangan pakai bikini sudah nanti suami dengan anak-anak saya tak keluar rumah kut.” Yusra ketawa terkekek-kekek..
Aku tersenyum. Puan Sri Faridah nie pandai buat lawak.. macam bonda saja perangai. Bonda, tiba-tiba teringat dekat bonda. Bonda tengah buat apa la sekarang erh? bonda rindu tak dekat aku? Aku rindu la dekat bonda. Tak sampai seminggu dah teringat dekat bonda. Maklum la aku ni kan anak perantauan.

3 comments:

  1. i begin 2 read..erm,pmulaan yg mnarik.. gud job writer

    ReplyDelete
  2. Menarik...tak sabar nak tau kisah seterusnya....

    ReplyDelete
  3. Aku dapat novel astu BACA best Gile!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete