Copyright© All Rights Reserved akubukannovelis.blogspot.com

14 Feb 2012

Akulah Puterimu II~




Lima tahun kemudian…

Kini dah masuk 5 kali handphone aku berdering, hish! Aku nak tidur pun tak senang.. aku raba-raba handphone di tepi aku. Tak ada! Mana pulak perginya ni! adoi..  aku baru terasa getar handphone tu dihujung kaki aku. Aku tarik handphone dengan kaki..

Kekanda Ardit! Terus aku berdehem beberapa kali supaya suara aku tidak kedengaran seperti bangun tidur..

“Haloo kekanda..” aku bersuara..

“Dah pukul berapa sekarang?” garang kedengaran suara kekanda Ardit.

“Ala.. lek lu baru pukul 11 pagi..” aku menguap..

“Bagus adik kekanda sorang ni bangun lambat.. macam ni ke anak dara..patut tak ada siapa yang sudi..”

Aku mencebik. “Ye r  kekanda tu lain la.. putera mahkota ramai yang nak.. adinda ni puteri cabuk aje.. sedih la macam ni..”

Sengaja aku buat suara menjauh.

“Ala..merajuk pulak sayang kekanda ni.. ala muchuk..muchuk..bam..bam..” suara kekanda Ardit seolah-olah memujuk kanak-kanak berusia 2 tahun 3 bulan aje.. padahal.. aku ni dah 23 tahun.. ceh!

“Oit..kekanda..agak-agak la.. ingat orang ni.. budak-budak ke?” aku tergelak.. aku betul-betulkan rambut aku yang lurus di hadapan cermin.

Flight pukul berapa sayang?” kekanda Ardit baru tersedar niat sebenarnya.

“Pukul 3 petang..mungkin esok dalam pukul 8 malam sampai la kut.. kekanda datang dengan siapa?” aku buka sedikit tingkap bilik aku, angin sejuk menderu-deru masuk ke kamar. Ala ini sahaja yang terakhir aku buat macam ni.. lepas ni dah nak balik Inderaloka pulak.

“Dengan siapa lagi kalau bukan ayahanda, bonda, dan kekanda semua.. rindu kami tak?”

Of course la tak..” aku ketawa terbahak-bahak.. haha..

Giler la statement berani mati kut.. haha.. okey la my sweetheart kekanda  ada meeting ni.. dah nak fly nanti mesej okey.. Sayang puteri bongsu..”

“Sayang putera mahkota jugak..” terus talian aku matikan.

Aku mengeluh. Nak tinggalkan bumi kanggaro ni dan balik ke Negara yang punya 1001 kenangan tu? Sanggup ke aku nanti.. harap-harap aku dapat lalui dengan tenang.. amin!

***************************************************************************
Jejak sahaja kaki ke lapangan terbang.. orang pertama aku cari ayahanda dan bonda.. uwaaa.. balik tanah tumpah Negara sendiri, siapa tak suka…

“Bonda..! Ayahanda!..” aku berlari-lari anak mendapatkan kedua orang tuaku.  Biar pun boot aku setinggi 3 inci siapa kata tak boleh nak lari?

Aku terus peluk bonda kemudian ayahanda..  ayahanda dah tunaikan janji dia untuk biar aku berdikari.. Alhamdulillah dekat sana aku masih mampu menjaga adab dan sopan.

“Sayang..” kekanda-kekanda aku datang merapati aku.

Kekanda Ardit dah macam ahli korporat.. macho sangat.. kekanda Aryan pun sama..makin handsome.. aku tengok kekanda Arziq dari atas sampai bawah. Kain pelikat denga baju melayu.. ni apa kes ni?

“Kekanda ni nak datang ambil dinda ke, nak pergi masjid ni?”

“Ayahanda la ni tak menyempat tunggu kekanda tukar baju, katanya..dinda tunggu lama la, nanti kena culik la.. takut sesat la..”

Aku hanya tersenyum.. bersyukur aku sebab masih ada keluarga yang ambil berat dan masih sayangkan aku..

“Dinda nak pergi toilet kejap.. tak tahan dah ni.. tunggu dinda dekat kereta tau..”

Aku terus berlalu pergi.. giler tak tahan dah ni.. nak terkeluar dah ni..aku berlari-kari kecil..

Dam!

Aku jatuh terduduk.. tersentap aku nak pergi toilet..

Sorry Miss tak sengaja..”

Suara tu! Aku terkedu. Aku tak boleh nak fikir.. suara tu..suara tu yang buat aku jatuh sakit! Suara tu yang buat aku pergi jauh dari keluarga! Aku kenal suara tu!

Dalam pada aku nak bangun, Azrin sudah pergi meninggalkan aku. Dia langsung tak pandang aku. Dia pergi pun dalam keadaan tergesa-gesa..kenapa aku harus jumpa dia lagi?

Azrin..

***************************************************************************
Kini sudah sebulan aku buka kedai kek aku sendiri, memang jauh etrpesong dari bidang yang aku belajar tapi sahaja nak cuba sesuatu yang baru. bukan aku tak nak kerja dalam bidang lain tapi semenjak berdikari ni aku suka sangat buat kek..jadi tak salahkan.?

Kedai kek aku nama Adrien cake house.. okey kan nama ni? nama ni pun bonda yang cadangkan.. sebab tu aku sayang bonda ketat-ketat..

“Tuan puteri..bila nak kahwin?” aku yang tengah seronok decorate kek Adrien  tersentap..

Aku pandang Juna..

“Tunggu orang masuk meminang la..” aku teruskan balik hiasan aku tadi..  kek Adrien? Ooo.. ni kek hasil aku sendiri.. cheese cake.. tapi cheese ni cheese terbaik yang aku ambil dari Negara Australi.. sebab tu sedap dan harga dia mahal sikit..

Juna tersenyum..

Juna ni anak pembantu di raja, kebetulan dia baru habis SPM aku offer la dia kerja saja di sini.

“Nah angkat kek ni, letak depan.. lepas tu tengok-tengok irang sama.. akak ada kerja lagi ni..”

Aku bagi kek tu dekat Juna.

Juna sambut.. “Berapa nak letak ni?”

Aku terfikir sejenak.. “ ermm letak la 120 ringgit.. yang dah siap potong ni letak 10 ringgit sekeping..”

Juna mengangguk faham.

Sedang aku sibuk-sibuk buat kerja.. aku terdengar suara Juna ketawa. Amboi seronok betul minah ni.. jap aku nak dengar dia sembang pasal apa.. tengah naik daun apa minah ni..

“Abang ni pandai buat lawak la.. abang ni nak beli kek apa?” Juna masih lagi bersisa ketawa..

“Kek yang paling sedap dalam kedai ni..”

Azrin! Aku tersentap..aku mengintai dari celah pintu. Ye! Azrin.

“Ni haa.. kek Adrien.. terbaik dari ladang..” Juna mempromosikan kek aku.

“Kalau betul sedap bagi kek ni sebiji.. kalau tak sedap abang datang balik mintak duit balik..boleh?” azrin seolah-olah mengugut Juna.

“Tapi tunggu saya blah dulu r..”

Mereka kembali ketawa..

Raut wajah tu yang aku paling rindu.. senyuman tu.. lesung pipit tu.. segala milik lelaki ni aku rindu.. tanpa sedar aku tersenyum sendiri.

Bila kaki Azrin melangkah keluar, aku menanggalkan apron aku.

“Akak keluar kejap.. tolong jaga kedai tau..”

Aku terus berlalu meninggalkan Juna yang dalam keadaan terpinga-pinga.

Aku ikut Azrin dari belakang.. aku nak tahu dia kerja di mana.. aku ikut dia selama 15 belas minit, betul cakap aku, tak jauh kedai aku dan office dia.. yeay! Boleh selalu aku jumpa dia.. hati aku berbunga-bunga kembali..

Cinta aku kembali mekar macam dulu.. hati aku kuat untuk Azrin.. betul kata orang cinta pertama susah nak lupa..aku berjalan kembali ke kedai kek.. tak sabar nak tunggu Azrin datang balik kedai aku.

****************************************************************************

Hari ni aku buat kek Adrien lagi tapi versi Azrin.. kenapa versi Azrin? Sebab kek ni berwarna oren.. warna kesukaan Azrin! Aku siap tulis lagi ‘just for you’

“Juna.. kalau ada abang semalam tu datang, Juna bagi kek ni tau.. half price ingat tau!” juna yang tengah menyapu sampah di belakang, terkejut.

“Amboi.. mentang-mentang first client dia yang beli.. dia nak bagi murah-murah pulak.. dia sorang saja ke puteri?” Juna merapati aku.

“Yup..only him..” 

Juna tersengih-sengih..

“Apa sengih-sengih?” aku buat-buat marah..

“Ala puteri ni.. berhenti nanti baru tau..”

Tu sahaja la ayat budak ni nak ugut aku.. cubit nanti baru tau..

“Assalamualaikum..” kedengaran suara Azrin di kaunter pembayaran.

Hati aku berdegup kencang.. aku berpeluh. Fuhhh!

“Bawak kek ni..jangan bagitau akak yang buat tau..” aku bagi kek Adrien dekat Juna. Juna angguk perlahan kemudian dia membawa kek ke depan.

Aku yang berada di dalam, mengintai dari celah pintu.. aku keluarkan telefon bimbit kemudian aku snap..snap..snap..gambar Azrin..banyak-banyak..

Azrin jauh beza dulu dengan sekarang.. aku tersenyum.. mau saja aku keluar dan tegur Azrin..tapi aku takut peristiwa 5 tahun lepas terjadi lagi. Aku takut kehilangan Azrin lagi..

Biar la aku nampak dia dari jauh.. biarlah aku jadi pemerhati dia dari jauh.. aku sanggup.. aku rela..

Azrin mula berlalu pergi..jadi aku pun macam biasa la..ikut dia keluar..

Sampai saja satu simpang aku dah tak nampak bayang Azrin.. mana mamat ni pergi. Hish! Takkan dah hilang.. belum pun sampai office dia lagi.. hais! Kacau betul la. Aku ikat rambut aku. Panas pulak tu.
Gaya aku nak kalih belakang saja.. Azrin betul-betul berada di belakang aku..

“Auw!” aku menjerit terkejut.. aku urut dada perlahan-lahan.

“Dah lama ikut saya?” Azrin bertanya..

Aku terkesima.. dia cakap dengan aku la.. face to face lagi.. bau perfume Polo Sport menusuk hidung aku.. bau ni.. dari dulu sampai sekarang Azrin tetap sama..

“Hello..” dia kedip-kedipkan ibu jarinya di hadapan aku..

Aku tersedar.. jauhnya mengelamun..

“Haaa..er..er..” aku tergagap.. nak cakap apa ni.. ‘hello..apa khabar’ tak pun ‘saya masih cintakan awak’ oih! Tu dah terlebih..macam ni okey tak ‘ohaiyo’ kang dia pelik pulak.. ‘saya minta maaf’..

“Abang..” aku terdengar suara perempuan dekat sebelah Azrin.

Sayang? Dia panggil sayang? Oih! Pakwe aku tu..kau nak sayang – sayang pehal pulak ni?

Gadis yang sama tinggi aku tu..berambut perang dan berskirt labuh memandang aku..

“Sayang..You naik dulu nanti I follow..” Azrin memberi arahan kepada gadis tu, belum sempat gadis tu blah aku yang blah dulu..

Sakit hati aku jumpa budak ni.. tapi macam mana dia terperasan yang aku boleh ikut dia, mintak-mintak la dia tak tau aku tuan punya kedai kek tu.. yang penting sekarang ni.. aku sakit hati.. aku nak nangis.. nak nangis…!!!!!!!

Jeritan Azrin yang memanggil aku pun aku buat tak tahu.. yang ku tahu..aku tak nak tengok muka dia.. hari ni saja la.. hari lain aku nak..

******************************************************************************

Tiap-tiap hari aku buat kek dengan warna yang sama..cumanya tulisan atas kek tu saja yang lain.. ‘I love u’ ‘I’m sorry’ ‘I need u’ suma la aku letak.. kek tu hanya untuk Azrin saja.. hari-hari dia akan datang kedai aku dan hari-hari juga aku mengintai dia dari balik dapur..

Kalau tak pagi, petang..kalau tak petang, malam.. dapat dengar suara pun jadi la..

“Tuan puteri ni suka dekat abang tu ke?” Juna duduk di kerusi yang tersedia di dapur.

“Kenapa tanya macam tu?” aku yang tengah buat red velvet tak kalih tengok Juna pun..

“Yela.. puteri hari-hari buat kek untuk abang tu..”

Aku tersenyum.. “ nak dengar cerita tak?”

Juna angguk laju.

“Masa akak belajar dulu..akak ada seorang kawan ni.. dia ni anak orang kaya.. pakwe dia pun anak orang kaya juga.. mula-mula diorang bergaduh lepas tu diorang bercinta. Sweet sangat kami tengok.. pakwe dia baik sangat.. setia.. jujur.. baik.. beriman..” aku menahan air mata yang hampir terkeluar.

 Aku sambung balik “ sampai la suatu hari tu.. kawan akak tu terkantoi menipu pakwe dia..”

“Kawan akak tu curang ke? Eee.. jahatnya..” Juna mencebik muka tanpa meluat.

Jahat? Ye kut..

“Bukan curang.. selama ni dia tipu laki tu dia cakap dia anak orang susah..bukan suka-suka dia menipu tapi ada sebabnya.. dia tak nak lagi tu tau dia anak orang kaya..dia tak nak identity dia sebagai VVIP dikenali..dia nak orang kenal dia sebagai orang biasa..”

“Habis laki tu macam mana?” Juna menyampuk lagi.

“Laki tu bila dapat tau awek dia tipu, dia pergi macam tu aje..langsung tak dengar  penjelasan. Sejak tu kawan akak pun buat kek.. dia akan luahkan rasa kasih sayang dia dekat kek tu..akak belajar buat kek dengan dia la..”

“Kesian kan kawan akak tu.. lelaki tu pun dengar la penjelasan dulu..ni tak main lari macam tu aje..lepas tu kawan akak sekarang ni apa citer?” Juna macam tak puas hati saja.

“Kawan akak tu masih lagi tunggu pakwe dia..sampai sekarang..” aku tersenyum.. erm..masih lagi menunggu..

*************************************************************************
“Ikut ayahanda la..” aku duduk di bilik rehat bersama ayahanda, bonda dan kekanda-kekanda aku..

“Anakanda tak nak kenal dulu jejaka tu?” bonda tanya lagi.

“Tak payah la..ikut bonda la..” aku berkata malas.. Azrin pun dah ada awek  aku nak tunggu apa lagi..

“Tengok la gambar dia dulu..” kekanda Arziq pula berkata sambil memegang beberapa keping foto.

“Tak nak la..”

“Tengok la..” kekanda Aryan pula menyampuk.

“Orang kata tak nak kan..” aku memegang remote control mencari-cari siaran yang boleh masuk kepala.

“Tak nak sudah..nanti apa-apa hal jangan nak naik angin pula..” kekanda Ardit memeluk tubuh.

Aku kembungkan pipi..malas nak layan.. muda-muda suruh kahwin.. kekanda-kekanda aku pun tak kahwin lagi.. dah suruh orang kahwin. Benci!

“Ayahanda dengar budak tu baik budi bahasanya.. peramah.. setia.. “ sengaja ayahanda tekan perkataan setia.

Setia la sangat..

“Perkara lama jangan di kenang dinda.. dah tak ada jodoh..” kekanda Aryan menampar-nampar lembut bahu aku.

Mula la ni nak suruh aku buat drama air mata dekat sini.

Aku campak beruang koala dekat kekanda Aryan.

Kekanda Aryan tersengih. Suka erh nyakat aku. Tumbuk nanti baru tau kut.nak?

**********************************************************************************

Beberapa bijik kereta mewah terparkir canti di perkarang istana. Cepat sungguh masa berlalu. Sekejap lagi aku akan jadi tunang orang.. erm.. jadi tunang Azrin taka pa la jugak.. ni tunang entah siapa2.. aku tak suka la.. aku benci..

Majlis bertunang kali ni penuh adat istiadat..ni baru tunang belum nikah.. kadang-kadang rasa malu jugak.. orang lain bertunang simple aku pulak gah macam anak raja.. memang anak raja pun.. haha

Saat cincin tersarung di jari manis aku bakal-mak-mertua aku bisikkan sesuatu..  “Em selalu cerita pasal tuan puteri dekat kami.. bila dah jumpa betul la cantik sangat.. baik..sopan..”

“Mak cik panggil Yana sudah la.. jangan bertuan puteri pulak. Malu la saya macam ni..” aku berkata dalam senyuman.

“Kalau macam tu panggil makcik mama.. Em tak datang hari ni.. dia kena pergi Malaysia.. katanya ada kerja dekat sana.. ada projek baru nak naik..”

Aku angguk perlahan. Kemudian aku cium tangan dia.. kedua belah pipi aku di kucup mesra.

Baiknya makcik ni.. Em? Nama tak glamour langsung..

*******************************************************************************
Aku dah tak tahan macam ni.. sejak dari aku bertunang.. Azrin langsung tak jejak kedai aku.. aku tak boleh sabar..nak jadi apa..jadi la.. aku nak jumpa dia sekarang..

Aku bergegas ke pejabat Azrin. Aku naik lif menuju ke tingkat 6. Keluar saja dari perut lif aku terus mencari Azrin.

“Saya nak jumpa Azrin..” aku cakap dekat penyambut tetamu tu.

“Encik Azrin ada hal.. dia tak nak di ganggu..” kata penyambut tetamu yang muka macam Wawa Zainal tu.

Tanpa banyak soal aku terus meredah bilik yang tertulian Tuan Azrin.. lantak kau la.. suka tak suka aku nak datang jugak..

Pintu bilik dia aku buka dengan kasar.

“Awak ni kan..dah lima tahun saya minta maaf dengan awak.. tapi awak langsung tak nak dengar penjelasan saya.. awak tau tak saya dah bertunang..minggu depan saya dah nak kahwin…awak tak rasa apa-apa ke? Kenapa awak lari macam tu saja? Aku tak kesian ke dekat saya?”

Azrin kelihatan tenang. Aku sambung lagi..

“Awak langsung tak ambik kisah hal saya.. awak langsung tak nak dengar penjelasan saya.. kenapa? Kenapa awak buat saya macam ni? Kenapa! Teruk sangat ke saya ni? Saya tunggu awak dari lima tahun yang lalu..tapi awak langsung tak cari saya.. kenapa?”

Aku terhenti seketika.. menarik nafas panjang..

“Awak tahu tak sayang nak kahwin… ye awak mungkin tak tahu..sebab awak tak kisah pun fasal saya kan? Saya memang teruk.. teruk sebab terlalu cintakan awak..tapi awak..”

Belum sempat aku nak habiskan ayat Azrin dah mencelah..

“Saya tahu dan tahniah”

Walaweh mamat ni! bikin waa panas pulak..

“Sampai hati awak kan? Awak memang..hish!” aku terus berlalu.. geram!

“Yana..dengar dulu..” Azrin dah tarik tangan..

“Lepas r.” aku rentap tangan aku..

Aku berlari bersama air mata yang tak tertahan. Oh hati wanita memang macam ni..

**********************************************************************************
Hari ini istana menjadi gilang gemilang.. penuh adat istiadat.. perarakan dan tembakan meriam.. kecoh seketika satu Negara apabila puteri bongsu akan menamatkan zaman bujangnya.. ramai wartawan yang berada di perkarangan istana bagi meraikan dan merakam detik yang penuh adat itu.

Jantung aku makin berdegup kencang.. Kimah setia menanti di sisi aku. Kamar diraja aku penuh dengan warna putih tak lupa juga bunga tulip segar kesukaan aku penuh satu kamar. Akad nikah di istana, majlis persandingan juga di istana..

Ayahanda kata nak buat nikah dengan majlis sanding sekali.. sebab nanti tak payah susah-susah nak tukar baju..lagipun memang adat diraja kami macam ni..

Aku rasa macam nak nangis saja.. sejak kes aku serang office Azrin..dia langsung tak tunjuk muka dekat kedai aku. Memang dia tahu ke yang tu kedai aku? Hish! Takkan la kut..
“jom turun..” Kimah dengan Juna berdiri di kiri dan kanan aku.

Aku pandang mereka berdua sambil gelengkan kepala.

“Kenapa?” Kimah tanya..

“Tak nak kahwin..” aku muncungkan mulut. Hyep! Dah macam budak-budak dah ni..

“Jangan nak gatal tuan puteri.. jom..jom..” Kimah tarik tangan aku.. nak tak nak aku kena ikut jugak.. hish! Benci r aku tak kenal pun mamat tu.

Sampai di anak tangga ke tiga. Aku pusing dan patah balik ke belakang..  “Tak nak r kahwin..”

“Hey! Jangan nak gatal.. “ Kimah tarik kuat tangan aku. Giler r minah ni.. nak patah tangan aku dah ni.. aku cepuk kang haaa..

Aku duduk di atas singgahsana yang berwarna putih.. warna diraja puteri bongsu.. aku mencari kelibat bakal-suami-aku.. tapi tak nampak bayang pun.. dekat mana ceruk dia duduk pun tak tahu.. aku masih menanti lafaz ijab dan Kabul.

“Muhammad Azrin Yuzreem bin Tuan Besar Ahmad Kadir temenggong.. aku nikahkan dikau dengan yang mulia tuan puteri bongsu kesuma dewi Asriyana Adrean  dengan mas kahwinnya sebanyak 3,333 hengget Inderaloka.”

Aku hanya dengar dari pembesar suara yang disediakan. Oih! Oih! Tu macam nama Azrin sahaja.. nama sama la pulak. hais! Macam-macam la..

“Aku terima nikahnya yang mulia tuan puteri bongsu kesuma dewi Asriyana Adrean  dengan mas kahwinnya 3,333 hengget Inderaloka. “

Woi! Memang dia r..

“Sah..” tok kadi menghala pandangan kepada saksi dan juga ayahanda

“Sah..” ayahanda, kekanda-kekanda aku serta beberapa saksi yang lain mengia dan mengangguk tanda sah.

“Yang mulia tuanku, permaisuri, putera mahkota, putera tengah dan putera bongsu..” tok kadi mengangkat sembah.

4 das tembakan meriam dilepaskan.

Setelah Azrin solat sunat dia merapati aku di atas singgahsana.. mau saja aku tendang dia kuat-kuat.. tahniah konon.. tahniah ngok ngek mu!

“Hai sayang..” Azrin duduk di sisi aku.

“Sayang taik kucing awak..” aku berbisik perlahan tapi masih tersenyum. Terbakar kut hati aku.

“Nanti abang terangkan.. sekarang bagi tangan tu.. tangan yang abang rindu sangat.. tangan yang pandai buat kek Adrien..”

Azrin memegang tangan aku, kemudian dia sarungkan cincin di jari manis aku.. ngaa! Aku ternganga.. mana dia tau ni.. nampaknya ada rahsia yang aku kena korek ni..

“Meh abang sayang sikit..” dia mencium dahi aku..

Kenapa dalam hati aku ni meletup-letup macam ada bunga api ni.. aku cium tangan Azrin..

****************************************************************************

Aku berpeluk tubuh di dalam kamar, masih menanti penjelasan Azrin..

“Sebenarnya abang dah tau kedai kek tu sayang yang punya.. Azriq yang bagitahu.. sejak sayang tipu abang tu, abang datang balik cari sayang tapi sayang dah pergi Australia..  putera mahkota cakap sayang bawak diri.. abang datang nak minta maaf dan abang nak sayang tunggu abang balik dari Spain..” Azrin merapati aku kemudian dia selitkan tulip di celah telingan aku.

Aku hanya biarkan saja..  seronok juga ada orang pujuk.

“Abang selalu datang istana tunggu sayang balik.. tapi 5 tahun sayang tak balik, sampai la Arziq cakap nak pergi airport nak ambil sayang.. abang pergi la sana.. abang sengaja langgar sayang.. sebab abang rindu sangat-sangat..” Azrin peluk tubuh aku dari belakang.

Aku tersenyum tapi cepat-cepat aku sembunyikan senyuman aku tu.

“Habis yang perempuan seksi tu siapa?” aku tanya dia.

“Tu skandal.. tapi sekarang dah putus.. sebab abang memang gilakan sayang..”

Dia pusing badan aku suruh mengadap dia.

Aku muncungkan mulut.

“Abang sayangkan sayang sangat-sangat.. jangan bawak diri lagi erh sayang.. abang boleh jadi gila tau sebab sayang.. abang cintakan sayang.. “ dia tarik aku dalam pelukan dia.

“Yana pun cintakan abang..”

“Kalau cintakan abang buktikan.” Azrin tersengih.

“Tak cukup ke 5 tahun tu?” aku tarik manja telingan Azrin..

“Tak.. nak lebih lagi..” Azrin kenyit mata..

“Gatal..” aku tampar lembut bahu Azrin..


Kini.. kebahagian milik aku.. aku bersyukur..  Azrin kini milik aku sepenuhnya.. Alhamdulillah.. syukur ya Allah..


-TAMAT –

*tak dew sambung-sambung dah tau.. hehe.. sorry klu x best sgt tau..*

12 comments:

  1. ada baiknya cite nie bt novel best sesngt...

    ReplyDelete
  2. zati rasa macam merepek saja citer nie..huhuhu.. hehe..insyaAllah tq sis..:)

    ReplyDelete
  3. Amna - aha scandal.. kuang..kuang..kuang..

    ReplyDelete
  4. mule2 bce x phm,, lme2 bru phm..
    btulkan ejaan..
    terbaik -_-

    ReplyDelete
  5. syira baca x yang versi I punya?? zati mmg careless cket sowy..hehehe

    ReplyDelete
  6. Amalina > tq tq tq tq.. hehehehe

    ReplyDelete
  7. Haha,sweet sgt2..untung lh kn jdi org lawa,yg tak lawa mcm sy nie..emm,takde yg suka.apa2 pun kak,truskn bkarya ek.suka ngan cite2 akak..

    P/S : kak,kalo dpt buatlh pnjg2 sikit ek :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua org lawa la... lawa pada muka watpe baik lawa pada hati..hehe.. time kasih.. insyaAllah.. :)

      Delete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete