Copyright© All Rights Reserved akubukannovelis.blogspot.com

31 Mar 2017

TAJUK : SIHIR PEMISAH (CERPEN)








Selalu aku terbaca pasal cerita sihir pemisah nie.. tapi kali nie betul – betul kena dekat diri aku. Pada mulanya aku tak tahu lagi aku kena sihir. Pada tiga bulan pertama perkahwinan bahagia saja rasa. Pantang suami pergi kerja kejap terus rasa rindu. Masuk bulan ke empat. Aku dah mula rasa lain. Apa suami aku buat semua serba tak kena. Bukan suami aku saja. Seluruh ahli keluarga dia pun aku jadi meluat. Jadi benci. Susah nak kawal diri. Kalau balik rumah mertua aku terperap dalam bilik saja.


Malam tu suami aku kerja. Lepas pukul 5 petang dia dah bergerak pergi kerja, maklumlah kerja kilang mesti ada shift kan. Aku macam biasalah tengok cerita dekat tv3 nie pukul 7. aku malas nak solat. Tak tau kenapa terasa berat sangat nak solat.


'psssttt..pstttt..'


Aku toleh belakang. Tak ada orang. Perasaan aku saja nie. Sambil sambil leka duk tengok tv. Tiba – tiba terdengar suara budak kecik duk bergelak. Sebabkan aku nie nak bersangka baik. Maka aku pun anggap sajalah anak jiran sebelah duk main tengah – tengah maghrib nie.


Waktu menginjak sedikit demi sedikit. Tengok jam dah pukul 11 malam. Aku tutup lampu ruang tamu. Disebabkan rumah teres satu tingkat yang tak besar mana jadi aku hanya buka satu lampu saja iaitu lampu dapur.


Tengah – tengah sedap duk layan cerita shrek dekat Tv nie aku perasan ada orang duk memerhati dari celah pintu dapur. Bila ditoleh tak ada. Mula rasa jantung berdegup laju. Peluh pun dah mula nak keluar. Masa nie baru rasa takut. Aku terus tekan number telefon suami aku. Walaupun aku tahu kalau masuk kilang masa kerja telefon kena off tapi harapan aku tinggi yang suami aku mungkin akan buka telefon dia.


Tiga kali aku telefon masuk voice mail.


'Sayangg..hihihihihihihiiiiiii...'


Terus mata aku berlari ke arah dapur. Suara tu dari arah dapur. Tapi orang tak ada. Terus aku berlari menuju ke bilik. Tv aku tak tutup. Aku tekan suis aircond dan terus masuk dalam selimut. Habis satu badan aku bungkus.


Sekarang nie macam – macam perasaan ada. Aku masih tak putus harapan. Aku cuba lagi telefon suami aku. Berkali – kali sampai telefon jadi hang.


Tiba – tiba aku terasa tilam di tepi aku terhenyak seolah – olah ada orang yang datang duduk.


Aku tak bergerak sebab nak pastikan betul – betul keadaan di tepi aku masa itu.


Betul. Ada benda dekat tepi aku sebab aku tergoyang – goyang.


Aku buka selimut sikit sebab nak pastikan yang dekat tepi aku nie ada orang atau tak. Tak nampak.


Aku buka lagi sikit dan aku betul – betul terkejut.. sebab.. dekat tepi aku nie... errkkk.. dekat tepi aku nie sebenarnya.. aku telan air liur. Tak percaya.. dekat sebelah aku nie sebenarnya...




***************


Aku buka lagi sikit dan aku betul – betul terkejut.. sebab.. dekat tepi aku nie... errkkk.. dekat tepi aku nie sebenarnya.. aku telan air liur. Tak percaya.. dekat sebelah aku nie sebenarnya..


Suami aku! Fuh lega..


Aku terus buka selimut sambil duduk tepi dia. Rambut yang tutup muka aku ikat sanggul.


“Kenapa tak cakap dah balik?” aku marah dia. Kita nie dah la tengah takut boleh dia main – main.


Dia senyum saja pandang aku. Lepas senyum tu dia berjalan keluar dari bilik tapi sampai dekat depan pintu dia pusing dan senyum dekat aku. Senyum sinis.


Aku kerut muka. Apa hal pulak nie. Tiba – tiba aku telefon berdering. Nama suami aku dekat skrin.


Aish! Pelik bin ajaib. Terus aku angkat. Pada firasat aku mungkin telefon suami aku jatuh lepastu orang yang jumpa mungkin nak pulangkan balik telefon tu.


“Kenapa awak call saya? Saya tengah kerja nie. Tau la kan kerja kilang mana boleh bawak masuk telefon.” firasat aku salah.


“Bukan awak dah balik ke?” aku perlahankan volume suara.


“Balik esok pagi la pukul 7. kenapa?” garang betul suara suami aku.


“Habis yang tadi duduk sebelah saya tu siapa?” aku pandang dekat ruang tamu luar.


Memandangkan pintu terbuka luas. Maka, sah sah boleh nampak ruang tamu dekat luar.


“Siapa duduk sebelah awak?”


'Yana.......'


Aku telan air liur. Siapa pulak panggil nama aku? Mata aku tetap tak pandang luar.


“Awak... balik laaaa... saya takut...” aku dah rasa nak nangis.


“Mana boleh saya kan kerja..”


'Yana.......hik hik hik...'


Sebab kan sifat ingin tahu tu mendalam, jadi aku secara tak sengaja terpandang la dekat luar pintu kawasan ruang tamu.


Rambut yang panjang menutup muka. Jalan merangkak – rangkak dari ruang tamu dengan kepala terteleng – teleng.


“balik laaaa!.. balik sekarang!.. aku cakap balik.. balik laa..!” aku dah terjerit – jerit macam orang gila dekat atas katil nie.


Perasaan aku sekarang nie tak tau nak gambar kan macam mana. Yang aku tahu aku menangis semahu – mahunya sebelum aku tak sedar apa yang terjadi.


#####


bangun saja pagi tu.. satu badan aku terasa sakit – sakit. Letih ya amat. Kepala berat semacam. Aku pandang sekeliling. Malam tadi betul ke mimpi?


“Dah bangun dah? Awak dah okey?” suami aku duduk dekat hujung katil.


“Kenapa dengan saya?” aku tanya dia balik sebab nak kan kepastian.


“Saya jumpa awak pengsan dekat dapur. Tak ingat?”


Aku geleng tak ingat.


“Saya rasa rumah kita ada hantu.”


Tiba – tiba suami aku gelak. “Mende la hantu – hantu nie. Percaya sangat. Itulah kuat sangat tengok tv haaa..”


Terus tersirap rasa baran aku. Tajam pandangan aku dekat suami aku.


“Aku cakap apa semua kau tak nak caya. Macam aku nie jahat sangat. Aku yang rasa. Aku yang jumpa aku tau la!” terhambur segala rasa marah aku.


Kenapa nie susah sangat nak kawal.


“Awak nie kenapa? Baran semacam akhir- akhir nie. Semua saya buat semua tak kena.” suami aku dah naik fed up.


“Kau janji macam – macam dengan aku. Kau layan aku baik – baik. Last – last kau tinggal aku macam nie. Kau kahwin dengan perempuan lain. Sampai hati kau kan...”


Terus aku menangis teresak – esak macam susah gila nak kawal diri sendiri. Dah macam orang lain kawal.


Suami aku terdiam. “Awak nie kenapa? Saya tak kahwin dengan siapa pun. Awak isteri saya yang pertama.” dia duduk sebelah aku.


“Kita pergi berubat nak?” suami aku pandang aku.


Aku geleng. Tak nak.


“Sekali nie saja. Please.”


Lagi sekali aku rasa tak terkawal.


“Aku kata tak nak tu.. tak nak lah.. kau nie bodoh sangat tak paham bahasa tu kenapa? Berambus la dari sini. Menyampah aku tengok muka kau!” aku tolak suami aku keluar.


“Kau jangan cabar aku.” suami aku cakap sebelum keluar dari bilik.


Sejam lepas tu aku rasa panas gila badan aku. Berpeluh – peluh walaupun aircond terpasang. Ke hulu ke hilir aku berjalan dalam bilik. Bau badan aku dah macam bau bangkai pun ada. Terus aku termuntah – muntah. Muntah kosong keluar angin. Sakitnya masa muntah tuhan saja yang tahu.


***************


“Malam nie mak dengan ayah nak datang.”


Aku pandang muka suami aku yang tak beriak.


“Orang tak larat nak layan family awak. Orang nak rehat.” aku masih berbaring atas katil.


“Mak ayah nak teman awak saja. Lagipun dah dua hari awak tak sihat. Saya kan kerja malam.”


Aku diam malas nak jawab apa – apa. Nanti gaduh pulak. Aku terus pejam mata. Tidur lagi bagus.


Dalam pukul 11 lebih macam tu aku terjaga apabila terdengar bunyi tv di ruang tamu. Terus aku bangun dan bersalaman dengan mak ayah.


“Mak dah masak. Pergi lah makan.”


Aku hanya angkat kening saja sebelum berlalu masuk dapur. Buka saja tudung saji ada ikan goreng, telur masin, ayam masak merah. Terus aku jamah lauk yang ada. Rasa betul – betul lapar. Dengan rakusnya aku capai saja apa lauk yang ada depan mata nie. Tak tahu kenapa rasa betul – betul sedap dan berselera. Seronoknya.


Tangan sebelah kanan pegang ikan sebelah kiri pegang ayam dekat mulut ada telur. Aku jilat -jilat tangan kiri aku. Tak terkawal rasanya.


“Yana.”


Aku berhenti makan dan aku pandang pada pintu dapur. Ayah mertua pandang aku sambil mulut terkamit – kamit. Serta merta tangan aku menggigil.


“Sudahlah makan nak.. mari duduk depan dengan mak dan ayah kita borak – borak.” ayah mertua senyum arah aku.


Aku terus lap tangan dekat baju. Berjalan menuju ruang tamu. Aku duduk atas sofa. Kaki rapat ke dada sambil memeluk kedua lutut. Badan aku bergoyang – goyang.


Tiba – tiba aku menangis. Aku rasa sedih sangat. Jauh di lubuk hati paling dalam. Rasa betul – betul sedih. Aku menangis teresak – esak.


“Dia tipu aku.. dia janji nak kahwin dengan aku.. dia tinggal aku macam tu saja. Dia kahwin dengan orang lain.” aku rasa aku tak kawal. Aku tak paham apa yang aku cakap. Aku cuba nak berhenti bercakap tapi tak boleh.


“Ayah minta maaf kalau keluarga ayah ada sakitkan Yana. Yana atau pun Shahrul tak pernah berkahwin. Nie perkahwinan pertama mereka. ” lembut tutur bicara ayah mertua aku.


“Kami selalu habiskan masa sama-sama. Sampai satu hari aku jumpa gambar dia kahwin. Dia buat aku nie macam simpanan dia saja.” badan aku masih tak henti bergoyang.


Aku cuba nak hentikan gerakan tapi tak boleh. Aku tak paham apa yang aku cakap.


“Anak nie siapa ye?” Mak mertua aku pulak tanya.


Terus mata aku tajam merenung mak dan ayah mertua silih berganti.


“Yana kan menantu mak dan ayah. Menantu sendiri tak kenal ke? Ke dah ada calon menantu baru?” terus aku terasa nak gelak mengilai – gilai. Rasa seronok sangat.


Aku dah rasa bukan diri aku nie. Aku sedar apa yang aku buat. Tapi tak boleh nak kawal.


“Dah teruk budak nie abang. Lagi lama lagi bahaya nie.” aku dengar saja mak mertua aku cakap.


Tiba – tiba jari jemari aku bergerak sendiri seolah – olah aku sedang menari makyong. Aku perhati ke dua – dua belah tangan sambil mulut menyanyi irama lagu siam.


Aku cuba nak hentikan tapi tak boleh. Makin lama makin asyik dan asyik. Irama lagu senada dengan gerak tubuh. Lentik dan cantik.

Tiba – tiba terdengar surah Al – Baqarah ayah mertua aku baca sebelum aku rebah tak sedarkan diri.


####


Sebab terlalu haus aku tersedar dari lena. Sakit kepala, sakit pinggang dan badan aku jadi sakit – sakit.


Aku pusing kiri ada mak mertua di sebelah yang tengah tidur sambil pegang tasbih. Manakala ayah mertua pulak tidur di sofa. Malam tu kami tidur di ruang tamu.


Rasa bersalah dan berdosa bila pandang wajah mereka. Mak ayah maafkan Yana. Bila mertua datang rumah menantu sepatutnya di layan elok. Sekarang lain pulak jadinya.


Lepas puas minum air aku berjalan menuju ke ruang tamu. Aku tarik selimut dan tutup badan mak mertua yang kelihatan sangat letih. Manakala ayah mertua pulak aku letakkan bantal di hujung kepala.


Tiba – tiba pintu rumah diketuk kuat. Aku yang hampir nak berbaring terus terkejut. Aku tengok jam di dinding tiga setengah pagi. Suami aku dah balik mungkin. Tapi kenapa awal pulak.


Elok aku nak pegang tombol pintu, tiba – tiba ketukan berhenti sendiri.


'Yana.. oi.. Yana..Pssttt..Psstttt'


Air liur aku telan. Aku pusing belakang mata terarah ke arah ruang dapur yang cerah.


Ada tok sami berbaju kuning sambil memegang tasbih besar berjalan ke hulu dan hilir dalam ruang dapur. Tiba – tiba dia berhenti.


Dia menoleh arah aku, rupanya seburuk – buruk manusia. Rambutnya diikat sanggul tinggi sambil dicucuk bunga warna kuning dan putih. Dia meratib depan aku. Serta merta aku berbau kemeyan yang sangat kuat.


Perlahan – lahan langkah di atur menuju ke arah aku.


Aku jatuh terduduk. Cuba nak capai ayah mertua yang hanya jarak tak sampai 10 inchi.


Semakin dekat dan mendekat.


“Arghhhhhhhh” aku menjerit sekuat hati bagaikan orang histeria..


********


Jiwa aku tak keruan. Aku rasa sangat marah dan sedih dalam dua keadaan. Aku hilang punca diri yang sebenar. Sejak aku nampak hantu sami itu jiwa aku seolah – olah hilang tanpa arah. Aku rasa ini bukan diri yang sebenar. Aku sedang di kawal.


Lepas histeria malam itu, mak dan ayah mertua terus tak tidur. Mereka jaga aku sampai pagi. Macam – macam doa mereka baca untuk aku. Kejap – kejap aku ketawa. Kejap – kejap aku menari. Dan yang paling tak tahan boleh pulak aku berborak dengan ayah dan mak mertua dalam bahasa siam. Aneh dan pelik.


“Nanti lepas balik kerja ustaz tu datang. Mungkin lepas isyak. Shahrul cuti hari ni ayah mak.” Suami duduk di sisi aku.

Rambut yang panjang aku uraikan dengan jari sambil menyanyi – nyanyi merdu.


“Kamu tak tahu ke apa jadi dekat isteri kamu?”


Suami aku diam.


“Chan wang xubay kha!”. Aku jawab bagi pihak suami. Dia tipu aku tutur aku dalam bahasa siam.


Mata tertumpu arah aku.


“Tay.” aku main jari dengan rambut. Mati.


“Yana.. kamu kena kuat nak. Lawan dia Yana. Hanya kamu saja yang mampu.” ibu mertua pulak menyampuk.


Aku menangis semahu – mahunya. Bila tiba waktu azan secara sendirinya aku akan pengsan.


Waktu yang di nanti telah tiba. 9.37 minit malam. Badan aku menggeletar. Satu badan terasa sejuk.


“Yana nak keluar. Yana nak makan dekat luar. Yana lapar. Awak.... Yana lapar.” aku pujuk suami aku.


“Kejap lagi kita keluar.” suami aku jawab lembut.


“Nak keluar sekarang... nak keluar sekarang...” aku meronta – ronta nak keluar dari rumah itu. Hati aku nak sangat keluar.


“Awak.. kawan saya nak datang nanti kita keluar.”


“Kau tak faham bahasa ke? Aku cakap nak keluarkan. Nak keluar la sekarang.” aku dah menjerit – jerit macam orang tak betul.


Mak mertua peluk aku erat – erat. Dia berzikir sebelah telinga aku.


“Assalamualaikum.”

Ustaz yang mengubat aku sudah tiba. Tiba – tiba aku terus berlari arah dapur. Menyembunyikan diri di situ.


Ada empat orang lain di belakang ustaz. Aku perhati dari celah dapur.


Ustaz membaca sesuatu sebelum memandang tepat arah aku.


“Mari sini. Ustaz nak tanya.”


Aku geleng kepala.


“Awak marah siapa?” ustaz tu tanya lagi.


Aku tunjuk arah suami.


“Kalau macam tu kita hapuskan suami awak. Setuju?”


Aku geleng lagi.


“Awak nak hapuskan siapa?”


Aku tunjuk diri sendiri. “tay!” mati.


Kemudian aku ketawa macam orang tak betul. Sambil melentok – lentok badan. Jari jemari aku lembutkan sebaik mungkin. Tarian tradisional negara Thailand.


Lenggok kiri dan kanan sambil jari jemari di gerak penuh letik hingga hujung kepala. Kemudian jari jemari di turunkan kebawah hingga paras dada. Liuk lentok yang asyik dan sungguh pesona hingga semua mata yang memandang terdiam.


Terkumat kamit mulut ustaz dan anak buahnya membacakan sesuatu. Tiba – tiba aku rebah ke lantai. Tiada lagi tarian asyik. Aku merangkak ke arah ustaz. Aku kini sedar yang aku dikuasai benda lain.


“Ustaz tolong saya ustaz.” aku merangkak – rangkak mendapatkan ustaz.


Semua yang ada hanya memandang. Cepat – cepat ibu mertua papah aku hingga ke hadapan ustaz. Kaki aku dilunjurkan. Hujung kaki di tutup dengan sejadah kecil.


Ayat rukyah di baca di kanan telinga kemudian ditiup. Aku dah terasa panas sepanas – panasnya. Nak bergerak tak boleh. Bila ayat rukyah di baca di telinga kiri. Terus aku hilang kawalan. Aku sedar apa yang aku lakukan cuma aku tidak mampu untuk mengawal diri sendiri. Aku tolak ustaz dengan kedua belah tangan sambil ketawa berdekah – dekah.


“Sawadekap.. sawadekap.” aku rapatkan kedua jari di dada sambil menunduk badan sedikit.


Aku beri salam hormat pada semua yang ada.


Ustaz duduk di hadapan aku. Manakala anak buahnya duduk di belakang aku.


Ayat rukyah berselang seli dengan mantera siam yang aku baca.


“Sakitlah bodoh!” aku jerit pada anak buah ustaz di sebelah kiri.


“Mati.. mati.. mati.. mati.. mati..mati..mati..” aku meratib perkataan mati sambil badan bergoyang – goyang.


“Yana.. lawan dia Yana. Zikir Yana Zikir.” Ustaz pandang tepat anak mata aku.


“Sakit... sakit la bodoh.. sakit..” aku meraung kuat bila anak buah ustaz menarik sesuatu di ubun – ubun kepala aku.


Seketika kedengaran surah Al- Mulk di baca kuat.


#####


Aku terjaga dari lena pukul 11. 45 minit malam. Sakit kepala yang teramat sangat. Macam nak pecah kepala nie.


“Nak air.” aku pandang suami aku.


Dia suakan aku air kosong di dalam gelas.


“Tak nak air nie.” aku geleng kepala.


“Minum la sikit.” dia suakan dekat mulut aku pulak.


Terus aku ambik gelas nak baling ke dinding. Kemudian aku ketawa kuat – kuat.


“Kau tak kenal aku siapa?” aku tanya suami dengan nada sinis.


Semua yang ada mengelilingi aku. Aku duduk bersila hadapan suami.


“Kau bawa aku ke sana ke sini. Kau cakap kau bujang tak ada kekasih. Kau buat aku macam kekasih kau. Lepas itu kau tinggal aku. Kau kahwin dengan perempuan nie. Selama nie aku kau anggap sebagai apa? Kawan? Kalau kawan kenapa bagi aku harapan?” aku menangis semahu – mahunya. Dalam masa yang sama aku menangis dalam hati.


Rahsia apa yang aku tak tahu pasal suami aku? Siapa perempuan yang dia pernah taburkan janji?


“Maafkan aku Suzana.” suami sujud depan kaki aku.


Siapa Suzana?


Tiba – tiba aku ketawa. Aku tak boleh nak kawal diri aku. Ada benda lain yang menghuni diri aku saat ini.


“Kalau main hati. Jawapannya mati.” tiba – tiba aku baca mantera dalam bahasa siam. Kuat. Serta merta aku muntah darah.


Ustaz di sekeliling aku membaca rukyah dan azan.


Pang! Lampu di bahagian dapur pecah berderai.


Aku tumbuk muka aku semahunya sampai berdarah hidung. Aku hantuk kepala di dinding kuat. Sampaikan suami aku tak mampu untuk menahan.


“Mati..mati..mati..mati..mati..mati..mati..mati..” aku duduk mencangkung sambil hentak kepala dekat bucu meja.


Suami hanya mampu memeluk tubuh aku sambil menangis. Sekelian yang ada membaca suruh al – baqarah sekuat mungkin.


Saat ini kalau tuhan ambil nyawa aku pun. Aku redha. Tak tahan menanggung derita. Muka aku bermandi darah pekat.


Ustaz capai hujung kaki aku.


“Dengan nama-Mu ya Allah. Tuhan sekelian alam. Bantulah hamba mu dalam menghapuskan syaiton durjana ini yang merosakkan hubungan anak adam.”


Aku ketawa sebelum mengejek – ejek cakap ustaz. “Tuhan ku. Tuhan mu. Tolong..tolong.. hahahahahhhahahahahahah..”


Ustaz membacakan beberapa surah dan ayat rukyah. Hujung kaki aku ditekan kuat. Aku dapat merasakan sesuatu di dalam urat aku yang mencengkam hingga ke tulang dalam. Sakitnya hanya tuhan yang tahun.


“Wahai syaiton durjana aku perintahkan kau keluar dari tubuh anak adam ini!”


Serta merta tubuh aku terasa kejang. Terasa benda tu keluar menjalar di dalam urat aku. Serta merta aku rebah ke lantai. Terasa satu bebanan yang kuat telah keluar. Tapi siapa Suzana?


Suami memangku aku sambil meminta maaf. Mak mertua di sisi menyapu darah yang memeleh di wajah aku dengan tisu.


“Lepas ini mandikan Yana dengan air daun bidara yang di baca Al-Fatihah dan tiga Kul. Buat tiga hari berturut-turut. Banyakkan solat dan jangan lupa berzikir.” ustaz sambung lagi. “Kalau kita ada buat salah dengan siapa- siapa minta maaf. Kadang- kadang bila orang sakit hati macam – macam jadi lagipun jangan percaya sangat cakap syaiton tujuannya memecah belahkan umat adam di dunia ini. Sama- samalah kita audit balik diri mana yang kurang. Assalamualaikum.”


tamat.


Nota : pengajaran dalam cerita ini. Janganlah kita bermain hati dan perasaan orang lain. Kadang – kadang pengharapan yang kita beri sedikit sebanyak memberi kesan ke atas orang lain. Jangan pernah bermain hati.



























6 Jan 2017

TIPS MENULIS



 Assalamualaikum dan hai.. okey kat sini kak zati nak kongsi sikit tips penulisan untuk adik-adik yang berminat nak jadi penulis tapi tak tahu nak mulakan macam mana.


Ini cara kak zati ye tolong jangan compare kan dengan penulis lain sebab setiap penulis itu berbeza caranya ya!


Kak zati bahagikan penulisan buku nie dalam 3 fasa.


Baik. Kita mulakan dengan fasa pertama .


Hat nie yang paling penting. iaitu Tajuk.. tajuk tak cantik jangan harap pembaca nak baca buku hang. Dia pandang sepi angin lalu je wei. Ala kak zati tak reti la nak buat tajuk best-best. Ehhh ehhh cakap nak jadi penulis be a creative man! Macam kak zati nak menulis kak zati cari tajuk dulu sebab apa? Sebab tajuk tulah yang nak tunjukkan apa yang kita nak sampaikan dekat pembaca. Contoh tajuk : TENGAH TENGOK HUJAN.


Buku hang tajuk TENGAH TENGOK HUJAN tersusun la dekat rak-rak kedai buku. Satu petang seorang pembaca lalu, sambil lalu terpandang la buku hang tu TENGAH TENGOK HUJAN.
Maka berdiri la pembaca tersebut dihadapan buku hang sambil dalam hati berkata “apa benda la tajuk merepek-repek nie” tapi tangan dah capai buku tu. Nampak tak?

Dah dapat tajuk maka buatlah SINOPSIS ye adik-adik. sinopsis nie kena padat dan penuh. sinopsis nie adalah cerita yang akan kita sampaikan dekat pembaca. kak Zati kalau taknak buat sinopsis dulu tak pe ke? ehhh takpe.. kalau korang ingat apa yang korang nak tulis tak payah la buat tapi nanti jangan pulak muka depan cerita lain. tengah cerita lain. belakang cerita lain. rangkalah cerita apa yang kita nak tulis. mulalah merangka watak, plot, klimaks, dan penyelesaian. 

Ehhh sat ada lagi.. lepas tu kita nak MENGORAT PEMBACA pulak. BAB 1 – BAB 10 adalah bab mengorat dan mengayat pembaca. Kalau bab nie hang failed. Sorry pembaca takkan baca sampai habis. Maka bab 1- bab 10 tolong jangan buat ayat bunga-bunga terlalu panjang tapi kosong. Ala macam kita tengok cerita hollywood sembang dah sejam setengah jam baru mula action. Kalau nak intro pun sampai bab 3 paling maksimum. Kalau tak kena skip la penat kita tulis tau.


Tolong jangan campur POV. Kalau POV 1. Dari mula sampai akhir pov yang sama. Bab 1 POV 1 bab 2 POV 3 satgi bab 5 POV 2. dah jadi cerita merepek-repek. jangan tanggung risiko untuk buku anda diletakkan ditepi. 


Dah settle bab nie dah jadi 1 manuskrip penuh maka kita ke FASA 2. nak masuk fasa dua silalah berehat cuti dalam 2 3 hari. Sebab fasa ini dipanggil MUNTAH HIJAU. Bukan mak kau hijau haaa..


fasa nie adalah fasa hang nak meng'edit' manuskrip tu dari bab 1 sampai bab akhir. Typo la, spacing la, enter la. Mungkin mengambil masa dalam sebulan macam tu.


FASA 3. nie yang paling best nieee sebab nak jadi buku dah. Time nie akan ada sesi penilaian dari penerbit. Maknanya tunggu 3 bulan untuk manuskrip tu lulus atau tak. Kalau dah lulus, penerbit akan hantar surat setuju terbit sekali dengan SURAT PERJANJIAN. Okey yang nie sila baca betul-betul kalau tak faham tolong tanya dan buat photostat untuk simpanan kita.


Bila dah jadi buku. Maka selamat datang ke dunia baru. Orang dah kenal, lepas tu akan ada orang puji, orang kritik. Time kritik tu jangan nak poyo sangat paling kurang cakap la saya minta maaf dan next buku saya akan buat lagi. Jangan kena kritik sikit dah nangis tepi bucu. Takmo. Takmo macam tu ye anak-anak. Lagi satu prepare la sign lawa-lawa. Sebab nanti pembaca akan usung buku minta sign. Masa nie sila senyum dan jangan buat muka kekwat. Berkawan la dengan penulis-penulis lain kongsi ilmu sama-sama.


Lagi satu hakak nak pesan nie adik-adik. Nak menulis sila CIPTA IDENTITI sendiri. Jangan tiru gaya penulis lain sebab nanti hang akan lost dengan diri sendiri dalam dunia penulisan. Sila bawa identiti sendiri. Setiap penulis pasti akan ada identiti dia sendiri.


kalau rasa ada yang terbit buku sendiri pada kak zati. jangan dulu! tunggu anda ada tempat dalam platfom dunia penulisan. biar orang kenal baru boleh terbit sendiri ya. 


Jadi adik-adik selamat menulis!  

4 Jan 2017

CERPEN : SIGNAL CINTA DI BANDA ACEH






Dan apabila di negara sendiri kita lupa apa agama kita. Bebas berkeliaran umpama burung tiada sarang. Keliru mana malam mana siang. Halalkan mana yang haram. Dan dijejak ini, kita mula terasa Allah hantar signal cinta supaya kita tidak lupa agama...


kini, baru aku rasa bertuhan di Banda Aceh, Indonesia. Selusuri signal cinta yang Allah bagi. Dan Aku adalah pengembara dunia bernama Adlin. Di Malaysia aku bebas bersuka ria. Perempuan adalah keutamaanku. Yang mana haram aku halalkan ikut rentak aku.


'Bro.. esok flight gua pagi. Lu ambik kat KLIA2'


Adlin tekan punat send. Tak lama lepas tu Hafiz balas.


'Tadahal bro. Apa-apa roger'


Adlin pandang sekeliling. Kali nie di Banda Acheh dia sewa motor. Pengembaraan solo yang ke lapan barangkali. Korea, Jepun, Taiwan, Krabi, Texas, London, India dan kali ini dia memilih Banda Aceh, sebabkan dia berjalan ketika duit tengah ada tak ada jadi Aceh masuk dalam senarai. 1 jam 30 minit dari KLIA 2 tak sampai 4 hari berkampung disini jadilah lepas gian.


Muzium Tsunami Acheh, Adlin duduk di tangga. Topi di kepala dibuka dan letak atas riba. Keadaan manusia yang agak ramai membuatkan dia berhenti rehat seketika. Beg sandang dia letak bawah kaki bahagian belakang. GoPro di ambik dan dihala ke kiri dan kanan. Snap gambar ambil video. Cantik! Boleh la buat modal update Facebook.


Adlin meraba-raba bahagian bawah.


“Mana beg nie. Aduh. Rasanya aku letak bawah.” dia pusing ke kiri ke kanan. Dari duduk terus bangun.


Dia pandang keliling. Hilang! Wei! Beg aku hilang.


Mati la wei. Handphone, beg duit, kad bank, passport dan tiket kapalterbang. Adlin tepuk dahi. Azab!


“Oh my god! Shit!” Adlin bentak sendiri.


Terkaku Adlin di tangga keseorangan. Nak minta tolong dekat siapa? Dah la sorang-sorang. Aduh! Bala...


“Assalamualaikum. Malaysia?”


Adlin pusing kiri. Dua orang budak lelaki memandang dia sambil tersenyum. Sorang berkopiah sorang lagi botak. Tak susah nak kenal orang Malaysia dekat sini.


“Waalaikumsalam. Malaysia jugak ke?”


Ada sinar-sinar nak rasa lega sebab jumpa orang Malaysia jugak dekat sini, paling kurang tak ada rasa bosan. Tapi yang betulnya ada tempat boleh minta tolong.


“Aha. Malaysia.” keduanya tersenyum.


“Ohh yes! Wei lega gila.” terus Adlin senyum sampai telinga.


“Ada masalah ke bro? Nampak macam ada yang tak kena je.” lelaki yang pakai kopiah perasan dari tadi Adlin macam tak keruan.


“Beg aku hilang. Habis semua barang dalam tu. Dah la esok nak balik Malaysia. Passport pun hilang.” Adlin garu kepala yang tak gatai. Serabut.


“Macam nie la. Sekarang pun dah pukul 5 lebih, tak lama lagi nak maghrib, pejabat semua dah tutup. Sekarang nie awak ikut kami balik dulu la, kita boleh bincang apa-apa yang patut. Saya Johan, yang pakai kopiah nie Amir.” Johan tepuk bahu Adlin.


“Haa betul tu.. sekarang pakai telefon kitaorang call pihak bank bagitau kad hilang.” Amir hulur telefon bimbit dia dekat Adlin.


Adlin terus ambik telefon dari tangan Amir dan tak sampai beberapa minit dia sua balik telefon dekat Amir. “Settle. Aku Adlin, selamat berkenalan.” mereka berjabat tangan macam sesi ice breaking masa orientasi.


“Lega gila wei jumpa korang. Kalau tak, tak tahu nak buat apa.” Adlin sambung lagi.


Mereka bertiga jalan menuju ke arah tempat parking motor.


“Alhamdulillah, kitaorang pun saja singgah sini tak cadang pun. Rupa-rupa Allah hantar signal nak tolong orang.” Johan senyum sekilas. Betulah dia tak niat pun nak datang sini, tiba-tiba tergerak hati pulak nak menyinggah.


Adlin senyum. Signal dari Allah. Macam kelakar.


*******************


“Wei Adlin dah solat belum.” Johan yang baru lepas solat diruang depan tegur Adlin yang ralit menghadap komputer.


“Jap gi sampai hotel aku solat la.” Alasan!


Johan senyum senget. “Lepas isyak kita keluar makan, pastu kau balik hotel, esok pagi kau datang la sini. Hotel kau sampai pagi esok saja kan?”


“Ehh aku nak tanya nie kalau dekat Aceh kan, masjid dia memang malam-malam sementara nak tunggu subuh tu memang pasang ayat al-quran je erh?” Adlin pandang Johan yang dah bertenggek tepi dia.


“Aha la kenapa?”


“Korang tak rasa bising ke? Tak ganggu ke?”


Johan pandang Adlin sambil tersenyum.


“Taklah. Okey apa.. kurang-kurang kita dapat jugak pahala walaupun kita dengar aje. Dekat Aceh nie semua benda tak jangka. Mati pun tak jangka.”


“Maksud kau?” Adlin pandang Johan pelik.


“Masa Tsunami 2004 orang Aceh tak jangka pun nak jadi tsunami, diorang langsung tak jangka akan ada gempabumi yang maha dasyat macam tu. Berapa ribu orang meninggal. Sampai sekarang 2016 kau masih lagi boleh tengok kesan tsunami. Tu semua signal Allah nak bagi atas kelalaian kita. Macam kita sekarang malas gila rasa nak solat. Kejap lagi la. Awal lagi la. Nanti dulu la. Belum sempat nak taubat Allah dah cabut nyawa kita. Berapa banyak la pahala kita ada nak tunjuk dekat Allah nanti?”


Glup! Adlin telan air liur. Terkena aku. Menyesal tanya.


“Aku nak solat isyak dulu. Kau siap-siap la. Jom la jemaah sekali bukan senang dapat imam bakal ustaz Ar-Raniny.” sengaja Johan guna ayat macam tu mana tau tergerak nak solat jemaah sekali.


Adlin senyum sekilas “kau gi solat dulu. Jap gi aku datang.”


Johan geleng-geleng kepala. Dah nasihat pun tak jalan. Haish la manusia.


***********************


“Esok pagi-pagi lepas kelas kitaorang datang..lepas hantar motor sewa kau nie kita buat apa yang patut. Buat passport sementara sekali. Boleh la kau balik cepat. Handphone nie kau pakai dulu. Esok senang nak call. Tapi takde whatsApp la.” Amir hulur nokia jenis lama dekat Adlin.


Adlin sengih macam kerang busuk. Awek aku confirm dah merajuk teruk sebab langsung takde whatsApp dari aku, muahahaha. Balik Malaysia nanti confirm kena cerai punya.


Lepas Amir, Johan dan kawan-kawan bergerak pulang. Adlin menapak masuk hotel empat tingkat itu terus saja dia kemas backpack. Mandi lepastu lepak atas katil. Solat? Kejap lagi la rehat dulu layan sinetron apa ke dulu. Last-last dia tertidur dengan keadaan lampu menyala televisyen terbuka.


7 December 2016. 5.03 pagi WIB (Waktu Indonesia Barat) Adlin masih diulit mimpi. Lena. Tiba-tiba terasa katilnya bergoncang teruk. Makin lama makin kuat. Kedengaran gegaran pintu almari bilik hotel, cawan atas almari jatuh berkecai. Adin terkejut. Katil digoncang teruk. Kaget. Dalam keadaan terhuyung hayang Adlin lari melihat luar tingkap. Kelihatan ada yang lari lintang pukang ada yang memecut motor.


“Ayuh keluar ayuh.. gempa bumi. Allahuakhbar.. Ya Allah.. lari semuanya.. lariii..”


Adlin panik. Gempa bumi? Terus saja dia capai kunci motor dan telefon bimbit. Keadaan yang masih goyang akibat gempa bumi menyukarkan pergerakan Adlin. Dia membuka kunci pintu tapi malangnya pintu tidak dapat dibuka.


“Allah.. Ya Allah kenapa nie.. aku tak nak mati lagi.. tolong.. tolong..” dia tarik sekuat hati. Tak boleh buka jugak. Dengan sepenuh tenaga dia menarik tombol pintu dan akhir dia berjaya keluar. Berlari sekuat hati bersama yang lain. Keadaan sesak semasa menuruni tangga.


Adlin berdiri ditengah-tengah jalan. Kedengaran masjid masih lagi mengalunkan ayat al-quran. Adlin pucat. Yang lain masih lagi beristifar. Ada juga yang melaungkan azan. Otaknya kosong. Yang dalam mindanya adalah dia belum bersedia untuk mati. Dia belum sempat taubat.


“Lari nak.. buat apa lagi disini? Ayuh lari. Mungkin tsunami datang lagi. Selamatkan diri.” seorang bapak tua menegur Adlin sambil lalu.


“Haa nak lari mana?”


“Masjid nak.. masjid.” Laung bapak tadi kuat.


Adlin terus hidupkan motornya dan ikut bapak tadi dari belakang. Sampai saja di Masjid Baitulrahman kelihatan ramai orang disana. Adlin buntu dia berjalan masuk diruangan solat. Tiba-tiba bapak tadi menegur Adlin.


“Udah solat nak? Ayuhlah solat.. minta Allah jagain kita. Mungkin aja ini solat kita yang terakhir.”


Terus saja Adlin ambik wudhuk. Ini solat kita yang terakhir. Terngiang-ngiang ayat nie di telinga Adlin. “Ya Allah, ampunilah dosa aku ya Allah. Sesungguhnya aku lalai, aku leka. Aku banyak mengangguhkan perintahmu. Mungkin ini isyarat-Mu untuk aku tidak terus leka. Ampunilah aku Ya Allah.”


selesai solat Adlin masih lagi berteleku di atas sejadah.


“Syukur Nak. Enggak ada potensi tsunami. Allah dengar doa kita. Alhamdulillah ya Allah.” bapak tadi duduk sebelah Adlin.


Adlin senyum lega. “Alhamdulillah.” untuk beberapa tahun ini, rasanya pertama kali Adlin ucap perkataan ini.


“Anak ini dari mana?”


“Dari Malaysia bapak.”


“Belajar sini yak?”


“Tak bapak. Saya bercuti disini seorang.”


“MasyaAllah berani amat ini anak. Udah berjalan sekitar Banda Aceh?”


“Sudah ke muzium tsunami saja. Mahu berjalan lagi. Tetapi barang saya dicuri. Sepatutnya hari ini pulang ke Malaysia, tetapi kena buat passport sementara dulu.”


“Ya Allah. Udah laporin ke polisi belum? Habis gimana sekarang?” muka bapak tadi seakan risau sangat.


Adlin senyum. “saja terjumpa orang Malaysia semasa di muzium. Mereka sudah tolong.”


Bapak tadi angguk-angguk kepala tanda paham.


“Allah itu maha hebat, bila kita susah dia hantar orang untuk bantu kita.”


Adlin angguk. Signal dari Allah.


“Kalau di Aceh begini biasalah gempa bumi, cuma kita harus bersedia. Banyakkan solat. Kerana kita tidak tahu bila ajal mahu menjemput kita. Kejadian tsunami itu mengajar kita jangan terus lalai. Udah ke kapal apung?”


Adlin geleng.


“Kapal apung itu menunjukkan kekuasaan Allah dimana ombak laut boleh menolak kapal besi yang begitu besar dan berat ke tengah-tengah kawasan bandar. Allahuakhbar. Besarnya seperti padang bola. Kalau ada masa pergi aja disana. Ada jugak kapal atas rumah. Bencana tsunami itu mengingatkan seluruh umat islam dunia tentang kehebatan Allah, kekuasaan Allah. Nampaknya keadaan udah tenang. Bapak permisi dulu. Assalamualaikum.”


Waalaikumsalam. Adlin jawab dalam hati.


Allah hantar signal untuk aku yang lalai.. Yang leka. Bila kita keseorangan baru sedar diri ini bertuhan. Baru rasa nak minta tolong dengan Allah.


Bila keadaan kembali tenang. Adlin pulang ke bilik hotel. Sampai saja kawasan parking motor. Kelihatan Johan, Amir da n kawan-kawan yang lain menanti Adlin.


“Wei risau giler kitaorang dekat kau. Kau okey tak?” Amir nampak muka Adlin yang pucat.


“Okey je.”


“Kau ambik barang terus check-out. Berita cakap ada gempa susulan. Duduk dengan kitaorang la apa-apa hal senang.”


Adlin terus saja berlalu ambik bagpack dan terus turun bawah. Sempat dia tengok keadaan bilik yang tunggang-langgang.


Sempat Adlin pandang sekeliling semasa nak bergerak ke rumah sewa Amir dan Johan. Alhamdulillah Banda Aceh masih selamat. Keadaan beroperasi seperti biasa, cuma ada kerosakan kecil saja.


“Wei Pidie Jaya teruk wei. Ramai yang terkorban. Dekat Malaysia pun dah sampai berita. Ramai yang tanya keadaan kita disini.” Amir tunjuk gambar-gambar dekat facebook.


Adlin tersentak. Kalau dah sampai Malaysia maknanya mak dengan abah mesti tau jugak. Mesti mak abah risau.


“Pinjam phone nak call mak aku.” Adlin pandang Amir minta izin.


“Guna ajelah.” Amir senyum. Sahabat susah kena tolong.


Adlin hembus nafas berat. Bukan boleh kalau dengar suara mak dalam keadaan macam nie.


“Assalamualaikum mak. Adlin nie.” adlin telan air liur. Selalu kalau call mak. Terus saja keluar perkataan mak takde mukadimah Assalamualaikum.


“Waalaikumsalam. Ya Allah anak mak. Selamat tak anak mak? Mak tengok berita tadi, risau mak. Adlin bila balik? Balik la nak..” kedengaran tangisan kecil dihujung talian.


Adlin diam lama. Terasa sebak tiba-tiba.


“Adlin balik lambat sikit kut mak. Barang Adlin kena curi. Kena beli tiket lain lepas tu kena buat passport sementara lagi. Mak jangan risau Adlin okey. Kat sini tak ada apa-apa. Adlin nak minta maaf kalau Adlin banyak susahkan mak. Selalu buat mak risau. Adlin minta maaf.”


“Barang hilang habis tu macam mana? Duit nak makan? Tidur mana Adlin nanti?”


“Ada nie pelajar Malaysia dekat sini tolong Adlin. Tumpang makan dan tidur rumah diorang mak. Alhamdulillah masa Adlin susah Allah hantar orang bantu Adlin. Kalau tak tahu la macam mana. Dah la sorang-sorang. Mak jangan risau. Anak mak nie lelaki.”


“Yelah kalau macam tu. Apa-apa telefon mak ye. Assalamualaikum.”


“Waalaikumsalam.” talian dimatikan.


“Terima kasihlah korang banyak tolong aku. Terpaksa pinjam duit. Tumpang tidur lagi. Urusankan aku lagi.” Adlin pandang bawah. Bukan senang dia nak ucap terima kasih dekat orang.


“Takde hal lah. Kita kan kawan. Kawan kena tolong kawan.” Johan tepuk bahu Adlin.


“Duduk kat sini baru aku sedar nikmat Allah bagi. Bila-bila masa Allah boleh tarik nyawa kita. Salah aku jugak, selama nie aku lalai. Bila time solat buat-buat lambat, kadang terus aku tak solat. Pahala dengan amalan aku pun rasanya tak cukup untuk aku bawak pergi jumpa Allah nanti.”


Mereka senyum pandang Adlin. Senyuman lega. Bila jadi gempa nie kurang-kurang Adlin ingat rasa diri tu bertuhan.


“Biasalah, kadang-kadang bila dekat Malaysia kita tak rasa semua nie. Bila dekat sini banyak ujian kita kena tempuh. Barang hilang kena curi, gempa bumi. Maknanya Allah hantar signal cinta untuk kau ingat Allah. Kau minta tolong dengan dia. Dekat Malaysia mungkin kau rasa selesa. Tapi kat sini. Macam-macam kau kena tempuh.” panjang lebar ceramah Johan untuk Adlin kali nie.


Hurm. Bila dekat Malaysia kita rasa terlalu selesa. Kadang-kadang sampai lupa diri ini bertuhan. Allah hantar signal cinta untuk bagitahu yang Allah ada untuk setiap hambanya yang memerlukan pertolongan.


-TAMAT-


Zati kongsikan kisah semasa kejadian gempa bumi di aceh bulan disember 2016 yang lalu. ya Allah, kali pertama rasa macam tu. hanya Allah ja yang tahu. masa tu tak ingat siapa dah. ingat nak selamatkan diri saja. dengan pintu bilik tak boleh buka, elektrik terus blackout. sumpah seram. hanya pikir hidup dengan mati saja.


kat bawah nie zati kongsi gambar husband dan kawan-kawan pergi Pidie Jaya untuk membantu apa yang patut.







29 Oct 2016

NOVEL : NIAN TAUFIK (5)





DAH dua minggu berlalu. Aku dah balik kampus. Sekarang tengah pening dengan internship pulak. Mana nak cari tempat intern nie woi!


“Wei Farah tolonglah aku!” aku pandang muka Farah yang tengah duk senyum sorang-sorang.


“Aku nak tolong macam mana? Aku mana la tau tempat kau dekat penang tu.”


Aku raup muka dengan tangan. Masalahnya semua kata dah penuh. Huhu. Sedihnya hidup aku.


“Kalau dekat KL?” paling kurang dekat KL ada LRT.


“Nanti aku cuba tanya siapa-siapa.” Farah masih menghadap skrin telefon.


Taufik! Tiba-tiba nama nie naik dekat fikiran aku. Aish! Apa pulak nak tanya Taufik. Aku pun jarang contact dia. Dia pun jarang contact aku. Meseg dia pun aku tak balas. Tak mau. Tak mau. Tiba-tiba nak minta tolong orang yang tak rapat. Buat malu saja.


“Nah kak Zara bagi.” Farah tunjuk aku screen telefon dia.


03- 2244556 Temaju Holding.


Cepat-cepat aku salin masuk dalam phone.


“Tapi kau kena call dulu. Lepas tu follow la macam mana nak buat intern dekat sana.” farah simpan phone balik dalam beg.


“Terima kasih Farah. Terharunya aku.” rasa nak nangis saja sekarang nie.


“Tu saja aku mampu tolong.” Farah tersengih.


“Dengar cerita Taufik datang penang haritu kan?” Farah sambung lagi.


Habislah!


“Kau dengar cerita daripada siapa?” aku buat-buat tenang. Padahal dalam hati dah rasa nak meletup.


“Aku dengar la. Betul ke?”


“Entah.” aku jawab sepatah.


“Betul kau tak tau nie?” Farah tanya lagi.


“Kau nie dah kenapa? Kan aku cakap tak tau.” aku hirup air the ais.


“Ala aku tanya pun nak marah.” Farah mencebik.


Rahsia kena simpan elok-elok. Tapi mana Farah tau.



“Taufik tu kacakkan?” Farah sambung lagi.


“Boleh la kacak la jugak.”


Farah dah tersengih. Kemudian dia pandang aku penuh makna.


“Kau suka dia kan?” Farah mengusik.


“Oiii tak kuasa aku nak suka dia aih.”


Terasa membahang pulak muka aku nie. Apasal tiba-tiba nie.


“Apasal muka kau war...”


“Wei kita ada kelaslah. Nanti lambat, bising Puan Ila.” terus aku potong cakap Farah. Dia nie bukan boleh. Nanti ada saja nak kenakan aku.


Aku capai beg dan fail atas meja terus tinggalkan Farah. Lagi lama rasanya boleh mati aku jawab soalan dia.


***************************


Pagi nie aku dah mula untuk internship di Temaju Holding. Syarikat yang mengusahakan kayu balak untuk pasaran eksport antarabangsa.


Baju kurung pink. Selendang warna biru muda sesuai dengan bunga baju. Secalit lipstik. Siap.


Aku senyum menyapa penyambut tetamu yang duduk di hadapan pintu masuk.


“Selamat pagi. Saya Nian Zara. Saya pelajar yang datang untuk internship pagi nie.” aku ber senyuman paling manis.


“Selamat pagi cik Nian. Duduk dulu ye. Encik Jamil tak datang lagi.”


Aku angguk sambil duduk di sofa.


“Nama akak Tini. Encik Jamil tu cuma manager sumber manusia aje. Bos yang betul-betul masuk lambat sikit. Handsome.” kak Tini membulatkan matanya menandakan bos tu betul-betul handsome.


“Nama apa bos tu kak?” aku pun sama naik.


Handsome-handsome pun suami orang buat apa.


“Nama dia..”


“Morning Tini.”


Aku dan kak Tini serentak pusing kepala menghadapa orang yang sedang berdiri di depan meja kak Tini sekarang.


“Encik Jamil. Nie Nian.” kak Tini lirik mata arah aku,


Terus aku bangun dan bagi senyuman dekat Encik Jamil.


“Nian boleh ikut saya sekarang.” Encik Jamil jalan laju masuk bilik dia.


Aku ikut dari belakang sambil kak Tini melambai-lambai tangan arah aku.


“Nian Zara binti Mohd Zaki.”


Aku angguk kepala.


“Nanti saya tunjukkan tempat awak. Sekarang saya bagi fail nie. Awak boleh semak akaun tahunan syarikat. Cukai. Audit. Kita aset. Ekuiti. Liabiliti. Supaya senang nanti awak nak buat kerja. Awak jugak mungkin akan terlibat dengan pengiraan kos bahan kasar untuk sesebuah projek. Itu bergantung pada bos kita nanti.” panjang lebar Encik Jamal bagi penerangan.


Aku dah ternganga kat sini. Aku budak intern saja. Bukan staff sini.


“Kenapa muka awak macam nak nangis?” Encik Jamil sengih dekat aku.


“Tak ada apa-apa” terus aku geleng kepala.


“Mari saya tunjukkan tempat awak.”

Aku dan Encik Jamil sama-sama bangun berjalan dan menuju ke tempat aku. Sempat jugak aku berkenalan dengan tiga empat orang staff dekat sini.


“Bos tak masuk lagi. Mungkin lepas lunch. Awak buat la apa yang patut dulu.” Encik Jamil tinggalkan aku dan berjalan masuk bilik.


Haish! Bosan, hari pertama dah tak tau nak buat apa. Aku pun buat-buat la rajin dengan semak-semak fail apa yang patut padahal apa pun aku tak paham dalam tu. Aku meneruskan sesi semak – menyemak sampai lah ke tengahari.


***********************************


Masuk saja lunch kak Tini dapat intercom dari bos supaya aku masuk bilik dia sekarang. Dengan macam-macam doa yang aku baca aku ketuk bilik perlahan.


“Masuk.”


Aku buka pintu dengan senyuman paling manis. Dan bila mata aku nak pandang wajah bos terus senyuman aku mati.


Taufik!


Kat mana aku ada, kat situ dia ada. Memang tak boleh lari.


Aku tarik nafas panjang. Relaks okey Nian. Taufik saja pun bukan orang lain. Tapi kenapa jatung aku berdebar lain macam.


“Duduk.” Taufik lempar senyuman manis untuk aku.


Aku tarik kerusi dan duduk depan dia.


“Selamat datang ke Temaju Holding.”


Aku angguk perlahan.


“Sebelum awak perkenalkan diri awak. Saya nak tanya satu soalan. Kenapa susah nak balas whatsApp saya?” Taufik sandar badan dekat kerusi sambil bermain-main dengan pen atas meja.


Nie soalan untuk budak intern macam aku ke?


Wajib jawab?


“Soalan apa tu encik Taufik.” aku pandang dia bersahaja.


“Soalan wajib jawab kalau nak keluar cepat dari bilik nie.” senyuman sakarstik dia bagi.


“Sebab saya sibuk.” aku rasa nie jawapan selamat.


“Sibuk sebab?” masih tak putus asa.


Adoi! Kenapa aku internship dekat sini.


“Sebab saya banyak assignment, banyak kuiz, banyak exam.”


“Paling tak pun balas la apa-apa. Kenapa read tapi tak balas?”


Alamak! Susahnya mamat nie. Terdiam aku kejap tak tau nak jawab apa.


“Awak tahu tak Nian. Awak dah mainkan perasaan saya tau tak.” Taufik sambung lagi.


“Ehh apa pulak saya mainkan perasaan awak. Bukan saya girlfriend awak pun.” aku nak marah la nie.


Tiba-tiba cakap kita mainkan perasaan dia pulak.


“Awak girlfriend saya okey. Girlfriend kan kawan perempuan.”


Ada saja benda dia nak jawab. Sel- sel otak tengah berhubung apa.


“Okey baik. Sekarang nie awak nak apa panggil saya masuk bilik awak?” aku pandang tepat dalam anak mata dia sambil senyum semanis mungkin.


Cepat-cepat dia larikan anak mata.


“Haa.. err.. erm.. saya nak awak.. nak.. ermh..” Taufik lipat lengan baju dia.


Yang dia nak tiba-tiba gelabah nie kenapa?


“Nak apa?” aku ketuk meja perlahan.


“Nak masuk meminang awak.” satu nafas.


Taufik terdiam. Aku pun sama.


Dah tak betul ke mamat nie? Banyak sangat tengok drama petang-petang nie.


“Pinangan awak ditolak.” awal-awal aku reject dia.


Padan muka.


“Atas alasan?” Taufik jungkit kening sebelah.


Aku ketap bibir. Atas alasan apa?


“Petak kosong dalam hati saya belum dibuka untuk tempahan.” aku senyum membalas.


Dah macam ayat novelis dah aku nie.


“Saya tunggu sampai tempahan dibuka.” Taufik senyum senget.


Main kasar nampak...


“Taufik.. mummy...”


Aku dan Taufik kalih pandang ke arah pintu bilik Taufik.


Wanita yang pertengahan usia. Moden dan cantik memandang kami sambil tersenyum.


Mummy? Mummy Taufik.


“Mummy.. rindu dekat mummy.” taufik bangun dan menuju ke arah wanita yang di panggil mummy itu.


Taufik bersalaman sambil cium tangan dan kedua belah pipi mummy di kucup.


Aku hanya jadi pemerhati sajalah.


“Siapa tu Taufik.” wanita itu memandang aku.


Aku terus berdiri sambil tersenyum.


“Bakal menantu mummy.” Taufik senyum. Senyuman ada makna.


Aku terkedu. Terhenti semua pergerakkan.


Nah! Dia nie main tarik tali nampaknya.




















11 Oct 2016

CERPEN : SEPARUH CINTA KU PERGI...





*CERITA INI TIADA KAITAN DENGAN YANG HIDUP ATAUPUN YANG TELAH PERGI.*

********



“Wei diari aku tertinggal.” Shida berhenti tengah-tengah jalan.


Aku yang tengah main telefon turut sama berhenti.


“Apa lagi kau nie Shida.” aku marah Shida.


Kelam – kabut nak keluar lepas tu tertinggal macam-macam.


“Diari aku tertinggal dalam kelas, matilah aku wei. Macam mana aku bercinta dengan Remy lepas tu diam-diam aku pasang skandal. Mati aku wei. Lepas tu aku tulis aku curi-curi dating. Keputusan SPM pun aku tulis dalam tu. Dah la teruk. Lagi gila macam mana first time aku masak meggi segera pakai minyak tak letak air. Bla bla bla...”


Aku malas nak dengar minat nie membebel pasal isi diari dia. Aku terus tarik tangan Shida bawak pergi bilik kuliah tadi. Nasib baik tak ada orang. Cari punya cari memang tak ada.


Memang patut pun hilang sebab aku rasa lebih 2 jam kami tinggalkan bilik kuliah nie. Lepas kelas tadi lepak library, lepas tu pergi kafe. Masa nak jalan balik hostel baru si Shida nie teringat.


“Ada kemungkinan tak diari aku di ambik?” Shida buat analisis sendiri.


“Ada.” aku jawab sepatah.


“Kau rasa ada kemungkinan tak orang yang ambik diari aku baca apa yang aku tulis kat dalam?” tak habis lag buat analisis.


“Ada.”


“Kau rasa ada kemungkinan tak...”


“Cuba kau diam kejap. Kat diari tu ada tulis number telefon tak?” aku potong cakap Shida.


“Ada. Bukan setakat number telefon, nama facebook, Ig, alamat rumah, nama penuh bapak aku, number office mama aku, number telefon polis kalau kecemasan. Semua ada. Haaa number telefon kau sekali.”


“Apasal pulak number telefon aku?” aku geram betul kat budak nie.


“Aku tulis kalau tak dapat hubungi number di atas sila hubungi orang ini.”


Aku dapat rasa Shida nie memang nak makan luku aku. Fuh! Sabar Fatin sabar.. sabar tu separuh daripada iman.


“Nanti orang tu telefon la kau, nak pulangkan balik diari. Cuba bawak bersabar. Paham?” aku mula nak berjalan keluar dari bilik kuliah.


“Kalau dia tak telefon?” Shida berjalan seiringan dengan aku.


Aduh! Ingatkan assingment Puan Nurul tu dah cukup susah rupanya soalan dia nie lagi susah.


“Dia telefon. Kau sabar la.” aku rasa nak nangis dah sekarang nie.


“Yelah aku sabar..” Shida muncungkan mulut.


Malam tu kami sama-sama pakat tunggu call orang yang ambik diari Shida. Dari sejam ke sejam. Macam tak nampak bayang. Bila aku tengah sedap-sedap layan kdrama tiba-tiba Shida datang lompat.


“Wei budak nie whatsApp aku dia kata. Kalau nak diari jumpa dia esok dekat kafe.” Shida tunjuk aku whatsApp budak tu.


“Dah tu, pi la jumpa...” aku teruskan layan kdrama.


“Fatinnnnnnn.. pleaseeee..” Shida dah merengek-rengek manja.


Apa lagi budak nie. “Kau nie dah kenapa?”


“Tolong menyamar.. kau cakap la diari nie kau punya.” Shida cabut earphone dekat telinga aku.


Butang pause aku tekan.


“Tak nak aku. Tak ada kerja.”


“Boleh la wei. Kau cakap je terima kasih, pastu kita cabut la.” Shida buat muka manja depan aku.


Apasal la boleh dapat kawan senget macam nie. “Yelah..yelah..”


*************************************


Seperti yang dijanjikan dengan baju kurung hijau bertudung krim tercangak la aku dengan Shida berdua dekat kafe. Teh ais sebagai peneman, kami berborak kosong sambil pandang-pandang sekeliling. Pukul 4 nie jarang ada orang datang kafe.


“Shida?” satu suara tegur kami dari belakang.


Serentak! Dua-dua menoleh. Sorang lelaki baju belang-belang rambut stail biasa, sorang lagi lelaki berkemeja polos rambut cacak-cacak.


“Ye saya.” cepat aku mengaku.


“Nah diari awak.” lelaki berkemeja polos tu suakan dekat aku.


“Terima kasih.”


Lepas aku ambik diari tu, masa nak bangun aje lelaki berkemeja tu cakap.


“Dalam diari tak ada tulis pun awak takut kucing.”


Weh! Kurang ajar. Mana dia tau aku takut kucing. Sempat aku hadiahkan dia jelingan maut sebelum aku blah dari kafe tu.


“Mana dia tau kau takut kucing?” Shida ambik diari tu sambil belek-belek .


Aku jungkit bahu. Aha mana mamat tu tahu aku takut kucing?


Malam tu lepas balik dari kafe, aku dah siap-siap tarik selimut nak baring nie sambil-sambil layan facebook.


“Fatin. Rahsia kita dah pecah.”


Dalam gelap tu hanya nampak cahaya telefon saja.


“Rahsia apa?” tempat makan enak di sekitar Pulau Pinang. Okey like.


“Diorang dah tahu, diari tu aku punya. Yang jumpa diari tu bukan mamat yang pakai baju kemeja tadi tapi yang pakai baju belang-belang.”


Apa-apa jelah. Aku dah mengantuk nie.


“Aku bagi … dekat dia.” mata aku terus tertutup. Mengantuk. Zzzzzz


****************************


“Fatin..Fatin..”


Aku pusing belakang, mamat baju kemeja semalam. Apatah nama dia Aiman? Aha yela tu.


“Apa lagi?” jawab aku malas-malas.


“Single lagi ke dah berpunya?”


“Dah kenapa?”


Aku berdiri depan lif sambil tekan punat down.


“Saya suka awak.”


Aku pandang muka Aiman. Dia nie main-main ke betul-betul?


“Saya suka awak!” lagi sekali dia sebut perkataan tu sambil tersenyum.


********************************


8 tahun berlalu...


Alhamdulillah aku dah selamat bergelar isteri kepada lelaki bernama Aiman. Dikurniakan seorang cahaya mata berusia 4 tahun. Nur Zara Irdina.


Disebabkan Aiman tak henti-henti duk mengayat aku. Akhir terjebak jugak aku masuk dalam hati dia.


6 tahun perkahwinan. Ada jugak pasang surut tapi tak la sampai teruk sangat. Hidup aku sangat-sangat bahagia. Aiman seperti biasa kadang-kadang layan aku baik. Kadang-kadang bila penat mula nak moody, sebagai isteri layan saja. Syurga isterikan bawah tapak kaki suami.


Hari nie menu istimewa adalah. Nasi ayam. Kegemaran encik suami. Cuti-cuti hari minggu elok lah buat edisi gemukkan suami.


Elok aku hidang atas meja, siap-siap nak panggil. Tengok-tengok dia dah turun segak bergaya macam nak pi dating.


“Abang nak gi mana? Fatin masak nasi ayam nie. Abang sukakan?” aku cedukkan nasi untuk dia.


“Abang nak keluar nie. Dah janji dengan kawan-kawan reunion.” bersahaja dia betulkan rambut depan cermin di ruang tamu.


“Fatin tak tahu pun.” aku buat muka muncung. Merajuk.


“Dah awak tu sibuk dengan anak memang la semua tak tahu.” suara dia sedikit keras.


Aku tarik nafas dalam-dalam. “Dah awak tak nak jaga. Sibuk main telefon.”


“Awak tu semua nak betul.”


Terus dia keluar tinggalkan aku sorang-sorang macam orang bodoh. Huh! Tak habis-habis salah aku.


Malas nak pikir panjang. Aku terus makan nasi macam biasa. Tapi hati isteri asyik rasa yang tak kena saja.


Malam tu, aku duduk depan tv sambil tonton cerekarama. Dah pukul 10 tapi kelibat Aiman masih tak nampak. Call tak terangkat. WhatsApp pulak tak nak balas.


Dalam aku tertunggu-tunggu. Akhirnya Aiman pulang. Bagi salam dan duduk depan aku.


Aiman senyum. Aku balas senyuman dia. Perlahan-lahan dia duduk tepi aku sambil usap pipi aku lembut.


“Tolong sign.”


Sehelai surat seperti borang diletakkan atas riba aku.


Aku ambik dan baca. Kebenaran poligami. Aku ambik dan baca berkali-kali. Poligami. Sungguh aku tak kuat.


“Kenapa? Apa dosa saya?” air mata aku yang hampir gugur tak dapat aku tahan lagi.


“Awak baik.. awak tak ada dosa apa-apa pun dengan abang.”


“Kenapa buat saya macam nie? Saya dah tak cantik macam dulu ke? Ada kurang apa-apa ke dekat saya? Tolong la beritahu.” aku dah nak tersedu-sedu. Sakit hati nie.


“Awak sempurna..”


aku rasa diperbodohkan dan dipermainkan saja sekarang nie.


“Abang.. jangan sampai bila dah kehilangan baru kita nak hargai.”


Aku bangun dan berlalu tinggalkan Aiman. Borang poligami tadi aku ronyok-royok dan koyak kecik-kecik. Malam nie aku tidur dengan Zara. Sampai pagi aku tak dapat lelap. Banyak benda main dalam kepala aku. Siapa bakal madu aku? Apa salah aku? Kenapa Aiman macam nie? Apa dosa-dosa aku? Aku tunggu jugak sampai pagi. Kut-kut la Aiman nak cakap dia bergurau saja. Tak pun dia nak cakap Suprise. Tak pun ketuk pintu nak pujuk. Langsung tak ada. Terkapai-kapai aku sorang-sorang.


Aku ambik wudhuk dan solat tahajud, istiqarah. Mohon Allah buka petunjuk. Mohon Allah bukakan jalan.


*************************


Pagi sampai tengahari aku langsung tak jamah apa-apa bukan tak lapar tapi tak lalu nak makan. Hanya Zara yang beria-ia makan. Dalam dunia nie aku hanya ada Zara. Zaralah aset aku dunia akhirat. Zara lah segala-galanya. Cinta dan permata hati aku.


“Assalamualaikum.”


Tengah aku bersiap di dapur, Aiman bagi salam. Aku tahu dia keluar, pagi-pagi dah keluar. Pergi mana tak pulak bagi tahu.


“Waalaikumsalam. Ayah..” Zara lari-lari dapatkan ayah dia.


“Masuklah.” Aiman menyuruh seseorang masuk.


Aku terintai-intai jugak siapa yang dia panggil masuk. Rupa-rupanya! Nah! Wanita muda lebih kurang umur 24 tahun. Cantik bergaya. Muda. Bertudung litup.


“Masuklah. Duduk.” aku buat layan tak layan.


“Saya Syaza. Kekasih Aiman. Akak Fatin kan?”


Amboi lunaknya suara. Sikit sebanyak rasa hati membuak-buak. Kalaulah Malaysia tak ada undang-undang rasanya dua-dua dah arwah.


“Hurm. Nak apa?” aku pandang dua-dua.


Aiman banyak diam.


“Saya nak kahwin dengan Aiman. Akak boleh izinkan tak?”


“Tak!” suara aku sedikit kuat.


“Bieee tolong la baby.”


Syaza dah gedik-gedik merayu dekat suami aku. Bini dia ada depan nie. Hormat sikit.


“Sayang..tolong izinkan kami kahwin.” Aiman pulak menyampuk.


Oh! Dah nak kahwin pandai nak bersayang-sayang pulak dengan aku.


“Kau nak kahwin dengan suami aku? Kau boleh beranak ke? Boleh bagi dia anak?” aku rasa macam kurang ajar gila ayat aku nie.


“Ehh boleh kak. Lagipun kami dah rancang macam-macam. Lagi ramai lagi bagus.” beria-ria Syaza bercakap.


“Kau tahu? Anak dia yang sorang pun tak terjaga. Tambah kau nak anak ramai. Tu budak tu. Ada bapak dia main dengan dia? Luangkan masa dengan dia? 24 jam main handphone. Sabtu ahad keluar.” aku perli dalam-dalam punya. Biar Aiman terasa. Tapi tiba-tiba rasa bersalah rasa berdosa.


“Bie...” Syaza merengek manja lagi.


Aku tarik nafas dalam-dalam. Aku cuba untuk fikir masak-masak. Aku harap Allah ada bersama-sama dengan aku. Pimpin aku untuk ke syurga.


“Dari korang buat maksiat kahwinlah. Kalau tu yang terbaik. Pergilah balik.” aku dukung Zara bawak masuk bilik.


Ambik wudhu dan menangis atas sejadah.


“Kenapa mama nangis?” Zara datang peluk aku.


Ya Allah hai. Lagi aku tak kuat.


“Mama nangis sebab mama dah lama tak cerita dekat Allah masalah mama. Zara tak nak solat dengan mama? Kita mengaji sama-sama nak?” aku cium dahi Zara. Lama. Sumber kekuatan untuk aku.


“Nak.” terkedek-kedek dia cari tudung nak pakai.


Sumpah aku tak kuat. Tapi kalau dah cara tu buat Aiman bahagia. Aku terpaksa. Untuk ikhlaskan sesuatu keadaan mungkin ambik masa. Tapi aku cuba. Kata ustaz aku dulu. Nak dapatkan Syurga ujian bukan sikit. Macam-macam kita kena tempuh. Syurga itu harganya mahal.


********************


Lagi sebulan Aiman nak nikah. Wajahnya berser-seri macam pengantin baru. Orang tua Aiman tahu hal ini. Hari-hari mereka call aku untuk memujuk. Ipar duai semua marah aku sebab izinkan Aiman kahwin. Apa hak aku untuk halang Aiman dari menikah? Aku lebih suka terang-terang macam nie dari tau dia kahwin di siam ataupun kena tangkap basah.


Aku jalankan rutin macam biasa. Langsung tak tanya tentang bakal madu. Aku pulak dah hantar surat resign. Hari-hari aku masakkan untuk Aiman. Masak kegemaran dia. Layan dia macam baru kahwin dulu. Bersiap. Aku terpaksa tidurkan Zara awal sebab nak luangkan masa dengan Aiman. Tiap-tiap malam sebelum tidur aku minta maaf dekat dia. Lepas tutup lampu aku ajak dia bersembang.


“Abang boleh bagi Fatin syurga?” aku tanya dia.


“Boleh sayang.”


“Fatin minta maaf sepanjang tempoh kita kahwin Fatin tak jadi isteri yang sempurna. Fatin banyak abaikan abang. Fatin minta maaf minta ampun. Fatin selalu terbayang kita tua sama-sama. Main dengan cucu. Kemana pi pun bersama. Tapi tak lama lagi abang ada peneman baru. Abang jaga diri baik-baik. Jangan angin tak tentu pasal. Jangan sibuk main handphone taw.”


Aku telan air liur. Kenapa rasa nak nangis nie.


“Fatin ikhlas?”


“Tak. Tapi Fatin cuba untuk kebahagiaan abang.walaupun Fatin tak kuat.”


“Hurm..”


“Abang.. kalau Fatin mati paling kurang Fatin rasa lega. Ada orang boleh jaga abang. Boleh tengok-tengokkan abang.”


“Tapi kadang-kadang abang rimas dengan Syaza tu. Tergedik dengan jantan sana. Tergedik dengan jantan sini. Puas abang nasihat.” Aiman pusing mengiring menghadap aku.


“Hal abang dengan Syaza. Saya tak nak dengar. Abang yang pilih dia. Abang kena terima lah.” aku bersuara agak tegas.


“Okey sorry.”


“Satu Fatin nak pesan dengan abang. Jangan bila dah rasa kehilangan baru kita nak hargai. Kadang-kadang nak perbaiki hubungan bukan dengan cara kahwin lain. Tapi perbanyakkan amalan kita dengan tuhan.” air mata turun dipipi.


Aku sambung lagi. “mungkin selama nie Fatin banyak buat silap. Banyak abaikan abang. Fatin minta ampun. Abang halalkan makan minum Fatin ya. Dari dulu sampai sekarang cinta Fatin untuk abang tak pernah berkurang. Bila abang minta izin nak kahwin lain. Fatin rasa separuh cinta Fatin dah pergi. Jauh terbang melayang.”


Dan malam tu aku berjaya sembunyi sedu tangisan aku. Separuh cintaku pergi.


**************************


Aku siap gosok baju pengantin Aiman. Esok pagi-pagi aku dah dapat madu. Berkali-kali rasa nak nangis tapi berjaya aku tahan. Aku dah minta izin Aiman nak balik Kota Bharu dengan Zara. Nak melawat kubur arwah Umi dan abah. Dan kemas rumah arwah sekali.


“Selamat pengantin baru sayang.” aku cium tangan Aiman lama.


“Halalkan makan minum Fatin ya. Fatin minta ampun untuk semua dosa-dosa Fatin.”


“Abang rasa abang tak nak kahwin.” Aiman pandang aku. Mata merah.


“Apa abang nie. Rosak majlis sebab abang nanti.” aku cuba nasihat dia.


“Betul cakap Fatin, perbaiki keadaan bukan dengan kahwin lain tapi dengan amalan. Abang pun banyak dosa. Kadang-kadang abang solat sorang-sorang saja tak bawak Fatin jemaah sekali. Abang rasa abang silap. Abang tak cintakan Syaza. Tapi abang suka saja dekat dia. Abang tak nak kahwin.” dia capai tangan aku.


Aku hembus nafas dalam-dalam tak tau nak cakap apa. Patut rasa gembira. Tapi entah lah.


“ Abang.. semua dah diuruskan. Nanti buat malu orang aje. Abang fikirlah masak-masak. Fatin tak boleh tolong.”

Aiman diam. “abang ingat lagi macam mana abang nak mengorat Fatin. Abang nampak Fatin angkat kaki bila kucing lalu dekat Fatin. Abang tak tau nama Fatin. Abang gelak aje tengok Fatin dari jauh. Muka fatin pucat gila. Masa jumpa diari tu. Abang tak sangka tu Fatin. Punya syok gilaaa. Abang dah rasa Fatin jodoh abang.”


“Abang cepat la hantar Fatin pergi TBS. Nanti abang janji nak ambikkan? Zara dah beriya-iya nak naik bus.” aku cepat-cepat potong cakap dia. Nanti nangis lagi.


Sepanjang perjalanan ke TBS. Aiman genggam kuat tangan aku. Tak terlepas walaupun sekejap. Zara pulak manja sangat dengan ayah dia. Kejap-kejap nak cium.


Elok nak masuk dalam terminat berlepas. Aiman peluk aku dengan Zara serentak. Syahdunya rasa.


“Abang nak cakap. Fatin dah dapat syurga yang Fatin impikan.”abang bahagia sangat-sangat. Esok abang akan batalkan majlis pernikahan abang. Abang cuma nak Fatin sorang dalam hidup abang. Nanti esok abang datang Kota Bharu kita pergi honeymoon.”


Ya Allah rasa nak sujud syukur sekarang. Aku betul-betul rasa bahagia. Rasa gembira.


“Mama nak naik bus. Jom lah..” Zara dah tarik-tarik tangan aku.


“Sayang ayah dulu.” Aiman duduk kemudian dia peluk dan cium Zara lama.

“I love you sayang.” Aiman bisik dekat telinga aku.


“I love you too husband.” aku senyum sampai telinga.


Benar- benar bahagia.


**************************


Keadaan hujan lebat dan jalan berpusing-pusing menyebabkan pemandu bus memandu dengan berhati-hati. Zara dah lena di pangkuan aku. Aku masih tak dapat lelap. Berzikir dalam hati.


Tiba-tiba aku dengar bunyi hon yang kuat dari bus yang kami naik. Sambil pemandu bus terjerit-jerit Allah Allah Allah.


Aku yang terkejut terus peluk Zara. Hentakkan yang kuat di kepala. Terasa bus melambung-lambung. Keadaan bus yang bising dengan jeritan. Ada yang mengucap. Ada yang meraung. Aku dapat merasa kaca tingkap terkena tangan dan badan. Hentakkan demi hentakan. Aku peluk Zara kuat.


Sunyi.


Aku pandang Zara dalam dakapan. Nak bergerak tak boleh. Perlahan-lahan aku rasa denyut nadinya. Kosong!


Aku menangis dalam hati. Keadaan samar-samar. Rasa sakit saat nyawa dicabut kian terasa. Ashaduallah Illah Haillallah.. aku peluk Zara kuat. Gelap.


*******************


SABTU – kemalangan paling dasyat dilaporkan setakat ini. Melibatkan bus Asmara dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu. Kejadian yang meragut nyawa sebanyak 24 orang penumpang termasuk pemandu bus terkorban ditempat kejadian. Kemalangan dilaporkan paling terburuk setakat ini. Mangsa adalah.


Mohd Ali bin Bakar (45 tahun) – pemandu bus.
Fatin Erina binti Mohd Zuki (32 tahun) – serta anaknya
Nur Zara Irdina binti Mohd Aiman (4 tahun)






-TAMAT-
JANGAN BILA DAH KEHILANGAN BARU KITA TERASA MAHU  MENGHARGAI.
 SEPARUH JIWAKU PERGI.







26 Jun 2016

LURUHNYA CINTA DIBUMI KOREA - (4 )


\
  “HAI awak apa khabar?”

Terkedu aku. Ewah dah pandai cakap bahasa Malaysia. Tapi ada pelat Korea sikit.

“Hai awak, khabar baik. Dah lama ke tunggu?” aku jalan merapati Lee Jong Hyun yang duduk atas kerusi dalam mall.

“Dah leyma tugu?” Lee Jong Hyun kecikkan mata dia tanda tak paham.

Terus aku gelak depan-depan dia. Sorry tak boleh nak selindung lagi sebab ayat dia memang lawak.

Why??” dia renung aku tajam.

Haa sudah.. keluar bahasa English pulak.

“Not dah leyma tugu but dah la-ma tung-gu” aku duduk disebelah dia sambil hulur air susu pisang kegemaran Lee Jong Hyun.

“Means?”

“Means you wait too long.”

“Okey.. thank you.”

Aku angguk dan senyum dekat dia. Disebabkan esok dah mula kelas untuk semester akhir jadinya aku dan Lee Jong Hyun dah janji nak keluar beli barang sama-sama. Lepas saja keluar dari studio Lee Jong Hyun terus janji dengan aku nak jumpa dekat sini.

“Minggu depan awak lapang?” Lee Jong Hyun tanya sambil belek kertas A4 dirak.

“Tak tahu lagi. Kenapa?” aku pandang dia sekilas.

“Saja tanya. Kalau free bagitahu saya erh.”

Aku angguk tanda setuju sebab masih sibuk mencari ballpen yang sesuai.

“Awak suka lelaki korea?” Lee Jong Hyun masih tak pandang aku.

Aku rasa nie soalan killer nie. Final exam punya soalan pun tak susah sampai macam nie.

“Suka macam mana? Cinta?” aku letak ballpen dalam bakul dan pandang dia lama.

Lee Jong Hyun angguk. Muka dah merah.

“Saya pun tak tahu.” aku jungkit bahu.

“Kalau ada lelaki Korea minat awak?”

aku gigit bibir. “Boleh dipertimbangkan. Mungkin.”

Lee Jong Hyun tersenyum.

“Antara lelaki Malaysia dan Korea?”

Aduh! Dia punya soalan.

“Kalau saya dah suka lelaki Korea maknanya lelaki Korea sajalah. Tak ada dah lelaki Malaysia. Tapi kalau saya tak ada teman lelaki Korea nanti balik Malaysia saya carilah.” haaa.. details tak penerangan aku.

Letihlah cakap Korea.

“Kalau ada teman lelaki Korea tak cari lelaki Malaysia dah?” lagi sekali Lee Jong Hyun nie tanya aku.

Aduh.. nanti aku cakap bahasa Malaysia nanti baru tau.

“Yes.”

“Sekarang nie awak pilih lelaki Korea ke Malaysia?” Lee Jong Hyun pandang aku mintak jawapan.

Rasa nak lari balik saja sekarang nie.. aku letak tangan dekat dahi dia. Tak demam. Aku raba-raba muka dia. Tak ada kesan kena pukul ke apa.

Wae yo?

“Awak okey?” aku tanya dia pelik. Memang pelik pun dia nie.

“Saya okey. Awak tak jawab lagi soalan saya.” dia capai jari aku.

Letih nk jawab soalan dia. “lelaki Korea.”

Terus senyuman dia melebar. Lebar sangat.

Lepas saja beli barang dan makan-makan. Lee Jong Hyun janji nak bawak aku ke kelas esok sama-sama dengan dia. Aku ingat nak naik bus saja jimat sikit tapi dah alang-alang dia ajak baik aku ikut saja.

*********************

Minggu nie kami sama-sama sibuk. Jarang sangat dapat jumpa. Kalau jumpa pun dia datang makan maggi kari kesukaan dia tu saja. Aku yang tengah siapkan jurnal untuk assignment kelas penyiaran tersentak bila dapat meseg dari Lee Jong Hyun.

내일 오후 4. N 서울. “ - Tomorrow 4 pm. N Seoul Tower.

“Okey”

Aku balas lepas tu sambung buat kerja. Nasib esok kelas aku sampai tengahari saja. Tapi lepas tu boleh lepak library kejap nak cari bahan untuk presentation. Tiba-tiba nak jumpa aku dekat Namsam tower pulak. Boleh je jumpa dekat rumah tak pun kat kampus ke. Bukan tak pernah terserempak.
*****************
Skirt pendek paras lutut, t-shirt baby tee dan kasut boot tinggi hingga lutut serta rambut diikat tinggi menyerlang sedikit penampilan aku harinie. Suasana N Seoul Tower harinie agak sedikit lengang. Berbekalkan beg kelas, aku panjat tangga keseorangan. Rata-rata pengungjung di sini semuanya berpasangan. Hanya aku saja yang sendiri. Cemburu.


Aku duduk dia atas kerusi yang disediakan. Lock love! Aku hanya memerhati pasangan kekasih memasang lock love di setiap pagar. Dalam sedar aku tersenyum sendiri. Aku cuba hubungi Lee Jong Hyun. Tak angkat mungkin tengah memandu. Aku hantar sms memberitahu aku sudah tiba dan setia menantinya di sini.

Sesekali angin petang bertiup di kawasan N Seoul Tower. Aku tengk jam.

Lima minit.


Sepuluh minit.


L is for the way you look at me
O is for the only one I see
V is very, very extraordinary
E is even more than anyone that you adore can

Love is all that I can give to you
Love is more than just a game for two
Two in love can make it
Take my heart and please don't break it
Love was made for me and you


Aku pusing belakang.. Lee Jong Hyun! Oh may god!


Aku tercengang..terkesima.. dia menyanyi bersama petikan gitar dan pandangan yang redup sambil memandang aku. Dia melutut menghadap aku sambil menghulurkan sekuntum bunga ros merah. Aku tergamam. Terkejut. Adakah ini lamaran?


Semua mata yang ada disitu terpaku memandang kami. Aku tahu dalam hati mesti nak cakap romantik giler kan. Tapi dalam hati aku cakap. Malu giler. Nak buat apa nie?

Ottokey.. ottokey..

“Awak cakap kalau ada lelaki Korea suka dekat awak, awak akan terima kan?” Lee Jong Hyun pandang aku.

“Saya lelaki Korea yang suka awak. Awak terima?” dia cakap lagi bersama petikan gitar tapi aku tak tahu irama apa.

“Awak betul-betul suka saya?” aku tanya dia.

“Love. I love u. from the deep in my heart”

Aku terkesima. Jujur aku tak tahu nak cakap macam mana. Kalau bab perasaan. Memang aku akui aku selesa sangat dengan dia. Cinta? Mungkin.

“Terima saya?” Lee Jong Hyun masih lagi melutut.

Dengan senyuman semanis mungkin. Aku paut tangan dia dan aku anggu. Apa salahnya buka ruang hati untuk lelaki yang bernama Lee Jong Hyun.

Terus dia peluk aku erat. “Kumawo.”

Aku balas pelukan dia. Bahagia.

Dalam hati berbunga-bunga rasa cinta yang membara. Nama aku dan Lee Jong Hyun di sematkan dia atas lock love. Kuncinya kami baling jauh-jauh. N Seoul Tower lambang cinta kami.

“Kenapa tak cakap yang awak suka saya selama nie?” Lee Jong Hyun tanya semasa kami dalam perjalanan untuk pulang ke rumah.

Sebelah tangannya memegang stereng mana sebelah tangan lagi menggenggam jari jemari aku.

“Eh, saya kena cakap ke? Saya kan perempuan.” Aku pandang dia sambil tersenyum.

“Kalau perempuan pun tak salahkan kalau nak meluahkan rasa?” dia pandang aku sekilas tapi yang pasti tangan dia tak lepas dari mengenggam tangan aku. Perlahan-lahan diambil dan dicium.

“Perempuan Malaysia kan pemalu.” Ayat cover dari aku.

“Habis awak nak cakap lelaki Korea tak tahu malu la?” Matanya mencerun memandang aku..

“Ehh saya pulak yang kena. Awak romantik.. baik..kacak..bla..bla..bla..” belum sempat aku nak cakap lagi dia tarik hidung aku. Matanya di kenyit pada aku.

Hanya ada satu rasa dalam jiwa. Bahagia.
“Esok awak ada kelas?” aku tanya dia.

“Esok saya masuk studio sebab bulan depan YG panggil saya audition.”

YG? Syarikat rakaman yang sangat terkenal dekat Korea. Penyanyi dia pun bukan calang- calang. Kalau dapat masuk sana memang hebatlah.

“Good luck.” aku tiup kata-kata semangat.

“Saya nak panggil awak apa?”

oh panggilan? Kat Korea lebih kurang macam Malaysia. Ada panggilan manja-manja untuk kekasih.

“Honey? Darling?” dia tanya lagi.

Aku geleng kepala. “Call me sayang. Bahasa Malaysia sayang means darling.”

“Sayang?” Lee Jong Hyun cuba panggil dalam bahasa Malaysia.

“Yes sayang.”

“Okey sayang.” Lee Jong Hyun lirik manja ke arah aku.

Kami sama-sama tersenyum. Sungguh aku terasa akan ada cinta mekar dibumi Korea.