Dan apabila di negara sendiri kita lupa apa agama kita. Bebas berkeliaran umpama burung tiada sarang. Keliru mana malam mana siang. Halalkan mana yang haram. Dan dijejak ini, kita mula terasa Allah hantar signal cinta supaya kita tidak lupa agama...
kini, baru aku rasa bertuhan di Banda Aceh, Indonesia. Selusuri signal cinta yang Allah bagi. Dan Aku adalah pengembara dunia bernama Adlin. Di Malaysia aku bebas bersuka ria. Perempuan adalah keutamaanku. Yang mana haram aku halalkan ikut rentak aku.
'Bro.. esok flight gua pagi. Lu ambik kat KLIA2'
Adlin tekan punat send. Tak lama lepas tu Hafiz balas.
'Tadahal bro. Apa-apa roger'
Adlin pandang sekeliling. Kali nie di Banda Acheh dia sewa motor. Pengembaraan solo yang ke lapan barangkali. Korea, Jepun, Taiwan, Krabi, Texas, London, India dan kali ini dia memilih Banda Aceh, sebabkan dia berjalan ketika duit tengah ada tak ada jadi Aceh masuk dalam senarai. 1 jam 30 minit dari KLIA 2 tak sampai 4 hari berkampung disini jadilah lepas gian.
Muzium Tsunami Acheh, Adlin duduk di tangga. Topi di kepala dibuka dan letak atas riba. Keadaan manusia yang agak ramai membuatkan dia berhenti rehat seketika. Beg sandang dia letak bawah kaki bahagian belakang. GoPro di ambik dan dihala ke kiri dan kanan. Snap gambar ambil video. Cantik! Boleh la buat modal update Facebook.
Adlin meraba-raba bahagian bawah.
“Mana beg nie. Aduh. Rasanya aku letak bawah.” dia pusing ke kiri ke kanan. Dari duduk terus bangun.
Dia pandang keliling. Hilang! Wei! Beg aku hilang.
Mati la wei. Handphone, beg duit, kad bank, passport dan tiket kapalterbang. Adlin tepuk dahi. Azab!
“Oh my god! Shit!” Adlin bentak sendiri.
Terkaku Adlin di tangga keseorangan. Nak minta tolong dekat siapa? Dah la sorang-sorang. Aduh! Bala...
“Assalamualaikum. Malaysia?”
Adlin pusing kiri. Dua orang budak lelaki memandang dia sambil tersenyum. Sorang berkopiah sorang lagi botak. Tak susah nak kenal orang Malaysia dekat sini.
“Waalaikumsalam. Malaysia jugak ke?”
Ada sinar-sinar nak rasa lega sebab jumpa orang Malaysia jugak dekat sini, paling kurang tak ada rasa bosan. Tapi yang betulnya ada tempat boleh minta tolong.
“Aha. Malaysia.” keduanya tersenyum.
“Ohh yes! Wei lega gila.” terus Adlin senyum sampai telinga.
“Ada masalah ke bro? Nampak macam ada yang tak kena je.” lelaki yang pakai kopiah perasan dari tadi Adlin macam tak keruan.
“Beg aku hilang. Habis semua barang dalam tu. Dah la esok nak balik Malaysia. Passport pun hilang.” Adlin garu kepala yang tak gatai. Serabut.
“Macam nie la. Sekarang pun dah pukul 5 lebih, tak lama lagi nak maghrib, pejabat semua dah tutup. Sekarang nie awak ikut kami balik dulu la, kita boleh bincang apa-apa yang patut. Saya Johan, yang pakai kopiah nie Amir.” Johan tepuk bahu Adlin.
“Haa betul tu.. sekarang pakai telefon kitaorang call pihak bank bagitau kad hilang.” Amir hulur telefon bimbit dia dekat Adlin.
Adlin terus ambik telefon dari tangan Amir dan tak sampai beberapa minit dia sua balik telefon dekat Amir. “Settle. Aku Adlin, selamat berkenalan.” mereka berjabat tangan macam sesi ice breaking masa orientasi.
“Lega gila wei jumpa korang. Kalau tak, tak tahu nak buat apa.” Adlin sambung lagi.
Mereka bertiga jalan menuju ke arah tempat parking motor.
“Alhamdulillah, kitaorang pun saja singgah sini tak cadang pun. Rupa-rupa Allah hantar signal nak tolong orang.” Johan senyum sekilas. Betulah dia tak niat pun nak datang sini, tiba-tiba tergerak hati pulak nak menyinggah.
Adlin senyum. Signal dari Allah. Macam kelakar.
*******************
“Wei Adlin dah solat belum.” Johan yang baru lepas solat diruang depan tegur Adlin yang ralit menghadap komputer.
“Jap gi sampai hotel aku solat la.” Alasan!
Johan senyum senget. “Lepas isyak kita keluar makan, pastu kau balik hotel, esok pagi kau datang la sini. Hotel kau sampai pagi esok saja kan?”
“Ehh aku nak tanya nie kalau dekat Aceh kan, masjid dia memang malam-malam sementara nak tunggu subuh tu memang pasang ayat al-quran je erh?” Adlin pandang Johan yang dah bertenggek tepi dia.
“Aha la kenapa?”
“Korang tak rasa bising ke? Tak ganggu ke?”
Johan pandang Adlin sambil tersenyum.
“Taklah. Okey apa.. kurang-kurang kita dapat jugak pahala walaupun kita dengar aje. Dekat Aceh nie semua benda tak jangka. Mati pun tak jangka.”
“Maksud kau?” Adlin pandang Johan pelik.
“Masa Tsunami 2004 orang Aceh tak jangka pun nak jadi tsunami, diorang langsung tak jangka akan ada gempabumi yang maha dasyat macam tu. Berapa ribu orang meninggal. Sampai sekarang 2016 kau masih lagi boleh tengok kesan tsunami. Tu semua signal Allah nak bagi atas kelalaian kita. Macam kita sekarang malas gila rasa nak solat. Kejap lagi la. Awal lagi la. Nanti dulu la. Belum sempat nak taubat Allah dah cabut nyawa kita. Berapa banyak la pahala kita ada nak tunjuk dekat Allah nanti?”
Glup! Adlin telan air liur. Terkena aku. Menyesal tanya.
“Aku nak solat isyak dulu. Kau siap-siap la. Jom la jemaah sekali bukan senang dapat imam bakal ustaz Ar-Raniny.” sengaja Johan guna ayat macam tu mana tau tergerak nak solat jemaah sekali.
Adlin senyum sekilas “kau gi solat dulu. Jap gi aku datang.”
Johan geleng-geleng kepala. Dah nasihat pun tak jalan. Haish la manusia.
***********************
“Esok pagi-pagi lepas kelas kitaorang datang..lepas hantar motor sewa kau nie kita buat apa yang patut. Buat passport sementara sekali. Boleh la kau balik cepat. Handphone nie kau pakai dulu. Esok senang nak call. Tapi takde whatsApp la.” Amir hulur nokia jenis lama dekat Adlin.
Adlin sengih macam kerang busuk. Awek aku confirm dah merajuk teruk sebab langsung takde whatsApp dari aku, muahahaha. Balik Malaysia nanti confirm kena cerai punya.
Lepas Amir, Johan dan kawan-kawan bergerak pulang. Adlin menapak masuk hotel empat tingkat itu terus saja dia kemas backpack. Mandi lepastu lepak atas katil. Solat? Kejap lagi la rehat dulu layan sinetron apa ke dulu. Last-last dia tertidur dengan keadaan lampu menyala televisyen terbuka.
7 December 2016. 5.03 pagi WIB (Waktu Indonesia Barat) Adlin masih diulit mimpi. Lena. Tiba-tiba terasa katilnya bergoncang teruk. Makin lama makin kuat. Kedengaran gegaran pintu almari bilik hotel, cawan atas almari jatuh berkecai. Adin terkejut. Katil digoncang teruk. Kaget. Dalam keadaan terhuyung hayang Adlin lari melihat luar tingkap. Kelihatan ada yang lari lintang pukang ada yang memecut motor.
“Ayuh keluar ayuh.. gempa bumi. Allahuakhbar.. Ya Allah.. lari semuanya.. lariii..”
Adlin panik. Gempa bumi? Terus saja dia capai kunci motor dan telefon bimbit. Keadaan yang masih goyang akibat gempa bumi menyukarkan pergerakan Adlin. Dia membuka kunci pintu tapi malangnya pintu tidak dapat dibuka.
“Allah.. Ya Allah kenapa nie.. aku tak nak mati lagi.. tolong.. tolong..” dia tarik sekuat hati. Tak boleh buka jugak. Dengan sepenuh tenaga dia menarik tombol pintu dan akhir dia berjaya keluar. Berlari sekuat hati bersama yang lain. Keadaan sesak semasa menuruni tangga.
Adlin berdiri ditengah-tengah jalan. Kedengaran masjid masih lagi mengalunkan ayat al-quran. Adlin pucat. Yang lain masih lagi beristifar. Ada juga yang melaungkan azan. Otaknya kosong. Yang dalam mindanya adalah dia belum bersedia untuk mati. Dia belum sempat taubat.
“Lari nak.. buat apa lagi disini? Ayuh lari. Mungkin tsunami datang lagi. Selamatkan diri.” seorang bapak tua menegur Adlin sambil lalu.
“Haa nak lari mana?”
“Masjid nak.. masjid.” Laung bapak tadi kuat.
Adlin terus hidupkan motornya dan ikut bapak tadi dari belakang. Sampai saja di Masjid Baitulrahman kelihatan ramai orang disana. Adlin buntu dia berjalan masuk diruangan solat. Tiba-tiba bapak tadi menegur Adlin.
“Udah solat nak? Ayuhlah solat.. minta Allah jagain kita. Mungkin aja ini solat kita yang terakhir.”
Terus saja Adlin ambik wudhuk. Ini solat kita yang terakhir. Terngiang-ngiang ayat nie di telinga Adlin. “Ya Allah, ampunilah dosa aku ya Allah. Sesungguhnya aku lalai, aku leka. Aku banyak mengangguhkan perintahmu. Mungkin ini isyarat-Mu untuk aku tidak terus leka. Ampunilah aku Ya Allah.”
selesai solat Adlin masih lagi berteleku di atas sejadah.
“Syukur Nak. Enggak ada potensi tsunami. Allah dengar doa kita. Alhamdulillah ya Allah.” bapak tadi duduk sebelah Adlin.
Adlin senyum lega. “Alhamdulillah.” untuk beberapa tahun ini, rasanya pertama kali Adlin ucap perkataan ini.
“Anak ini dari mana?”
“Dari Malaysia bapak.”
“Belajar sini yak?”
“Tak bapak. Saya bercuti disini seorang.”
“MasyaAllah berani amat ini anak. Udah berjalan sekitar Banda Aceh?”
“Sudah ke muzium tsunami saja. Mahu berjalan lagi. Tetapi barang saya dicuri. Sepatutnya hari ini pulang ke Malaysia, tetapi kena buat passport sementara dulu.”
“Ya Allah. Udah laporin ke polisi belum? Habis gimana sekarang?” muka bapak tadi seakan risau sangat.
Adlin senyum. “saja terjumpa orang Malaysia semasa di muzium. Mereka sudah tolong.”
Bapak tadi angguk-angguk kepala tanda paham.
“Allah itu maha hebat, bila kita susah dia hantar orang untuk bantu kita.”
Adlin angguk. Signal dari Allah.
“Kalau di Aceh begini biasalah gempa bumi, cuma kita harus bersedia. Banyakkan solat. Kerana kita tidak tahu bila ajal mahu menjemput kita. Kejadian tsunami itu mengajar kita jangan terus lalai. Udah ke kapal apung?”
Adlin geleng.
“Kapal apung itu menunjukkan kekuasaan Allah dimana ombak laut boleh menolak kapal besi yang begitu besar dan berat ke tengah-tengah kawasan bandar. Allahuakhbar. Besarnya seperti padang bola. Kalau ada masa pergi aja disana. Ada jugak kapal atas rumah. Bencana tsunami itu mengingatkan seluruh umat islam dunia tentang kehebatan Allah, kekuasaan Allah. Nampaknya keadaan udah tenang. Bapak permisi dulu. Assalamualaikum.”
Waalaikumsalam. Adlin jawab dalam hati.
Allah hantar signal untuk aku yang lalai.. Yang leka. Bila kita keseorangan baru sedar diri ini bertuhan. Baru rasa nak minta tolong dengan Allah.
Bila keadaan kembali tenang. Adlin pulang ke bilik hotel. Sampai saja kawasan parking motor. Kelihatan Johan, Amir da n kawan-kawan yang lain menanti Adlin.
“Wei risau giler kitaorang dekat kau. Kau okey tak?” Amir nampak muka Adlin yang pucat.
“Okey je.”
“Kau ambik barang terus check-out. Berita cakap ada gempa susulan. Duduk dengan kitaorang la apa-apa hal senang.”
Adlin terus saja berlalu ambik bagpack dan terus turun bawah. Sempat dia tengok keadaan bilik yang tunggang-langgang.
Sempat Adlin pandang sekeliling semasa nak bergerak ke rumah sewa Amir dan Johan. Alhamdulillah Banda Aceh masih selamat. Keadaan beroperasi seperti biasa, cuma ada kerosakan kecil saja.
“Wei Pidie Jaya teruk wei. Ramai yang terkorban. Dekat Malaysia pun dah sampai berita. Ramai yang tanya keadaan kita disini.” Amir tunjuk gambar-gambar dekat facebook.
Adlin tersentak. Kalau dah sampai Malaysia maknanya mak dengan abah mesti tau jugak. Mesti mak abah risau.
“Pinjam phone nak call mak aku.” Adlin pandang Amir minta izin.
“Guna ajelah.” Amir senyum. Sahabat susah kena tolong.
Adlin hembus nafas berat. Bukan boleh kalau dengar suara mak dalam keadaan macam nie.
“Assalamualaikum mak. Adlin nie.” adlin telan air liur. Selalu kalau call mak. Terus saja keluar perkataan mak takde mukadimah Assalamualaikum.
“Waalaikumsalam. Ya Allah anak mak. Selamat tak anak mak? Mak tengok berita tadi, risau mak. Adlin bila balik? Balik la nak..” kedengaran tangisan kecil dihujung talian.
Adlin diam lama. Terasa sebak tiba-tiba.
“Adlin balik lambat sikit kut mak. Barang Adlin kena curi. Kena beli tiket lain lepas tu kena buat passport sementara lagi. Mak jangan risau Adlin okey. Kat sini tak ada apa-apa. Adlin nak minta maaf kalau Adlin banyak susahkan mak. Selalu buat mak risau. Adlin minta maaf.”
“Barang hilang habis tu macam mana? Duit nak makan? Tidur mana Adlin nanti?”
“Ada nie pelajar Malaysia dekat sini tolong Adlin. Tumpang makan dan tidur rumah diorang mak. Alhamdulillah masa Adlin susah Allah hantar orang bantu Adlin. Kalau tak tahu la macam mana. Dah la sorang-sorang. Mak jangan risau. Anak mak nie lelaki.”
“Yelah kalau macam tu. Apa-apa telefon mak ye. Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam.” talian dimatikan.
“Terima kasihlah korang banyak tolong aku. Terpaksa pinjam duit. Tumpang tidur lagi. Urusankan aku lagi.” Adlin pandang bawah. Bukan senang dia nak ucap terima kasih dekat orang.
“Takde hal lah. Kita kan kawan. Kawan kena tolong kawan.” Johan tepuk bahu Adlin.
“Duduk kat sini baru aku sedar nikmat Allah bagi. Bila-bila masa Allah boleh tarik nyawa kita. Salah aku jugak, selama nie aku lalai. Bila time solat buat-buat lambat, kadang terus aku tak solat. Pahala dengan amalan aku pun rasanya tak cukup untuk aku bawak pergi jumpa Allah nanti.”
Mereka senyum pandang Adlin. Senyuman lega. Bila jadi gempa nie kurang-kurang Adlin ingat rasa diri tu bertuhan.
“Biasalah, kadang-kadang bila dekat Malaysia kita tak rasa semua nie. Bila dekat sini banyak ujian kita kena tempuh. Barang hilang kena curi, gempa bumi. Maknanya Allah hantar signal cinta untuk kau ingat Allah. Kau minta tolong dengan dia. Dekat Malaysia mungkin kau rasa selesa. Tapi kat sini. Macam-macam kau kena tempuh.” panjang lebar ceramah Johan untuk Adlin kali nie.
Hurm. Bila dekat Malaysia kita rasa terlalu selesa. Kadang-kadang sampai lupa diri ini bertuhan. Allah hantar signal cinta untuk bagitahu yang Allah ada untuk setiap hambanya yang memerlukan pertolongan.
-TAMAT-
Zati kongsikan kisah semasa kejadian gempa bumi di aceh bulan disember 2016 yang lalu. ya Allah, kali pertama rasa macam tu. hanya Allah ja yang tahu. masa tu tak ingat siapa dah. ingat nak selamatkan diri saja. dengan pintu bilik tak boleh buka, elektrik terus blackout. sumpah seram. hanya pikir hidup dengan mati saja.
kat bawah nie zati kongsi gambar husband dan kawan-kawan pergi Pidie Jaya untuk membantu apa yang patut.
Apela kau.. Aku tunggu yang kisah chenta dia tadi terkejut dah tamat. Haha.
ReplyDelete“Udah solat nak? Ayuhlah solat.. minta Allah jagain kita. Mungkin aja ini solat kita yang terakhir.” sedih ja ayat ni...
Kalau nak kisah cinta tercipta di banda aceh aku boleh tlg.. insyaAllah cukup agamanya..hihi
DeleteKalau nak kisah cinta tercipta di banda aceh aku boleh tlg.. insyaAllah cukup agamanya..hihi
Delete