Copyright© All Rights Reserved akubukannovelis.blogspot.com

31 Mar 2017

TAJUK : SIHIR PEMISAH (CERPEN)








Selalu aku terbaca pasal cerita sihir pemisah nie.. tapi kali nie betul – betul kena dekat diri aku. Pada mulanya aku tak tahu lagi aku kena sihir. Pada tiga bulan pertama perkahwinan bahagia saja rasa. Pantang suami pergi kerja kejap terus rasa rindu. Masuk bulan ke empat. Aku dah mula rasa lain. Apa suami aku buat semua serba tak kena. Bukan suami aku saja. Seluruh ahli keluarga dia pun aku jadi meluat. Jadi benci. Susah nak kawal diri. Kalau balik rumah mertua aku terperap dalam bilik saja.


Malam tu suami aku kerja. Lepas pukul 5 petang dia dah bergerak pergi kerja, maklumlah kerja kilang mesti ada shift kan. Aku macam biasalah tengok cerita dekat tv3 nie pukul 7. aku malas nak solat. Tak tau kenapa terasa berat sangat nak solat.


'psssttt..pstttt..'


Aku toleh belakang. Tak ada orang. Perasaan aku saja nie. Sambil sambil leka duk tengok tv. Tiba – tiba terdengar suara budak kecik duk bergelak. Sebabkan aku nie nak bersangka baik. Maka aku pun anggap sajalah anak jiran sebelah duk main tengah – tengah maghrib nie.


Waktu menginjak sedikit demi sedikit. Tengok jam dah pukul 11 malam. Aku tutup lampu ruang tamu. Disebabkan rumah teres satu tingkat yang tak besar mana jadi aku hanya buka satu lampu saja iaitu lampu dapur.


Tengah – tengah sedap duk layan cerita shrek dekat Tv nie aku perasan ada orang duk memerhati dari celah pintu dapur. Bila ditoleh tak ada. Mula rasa jantung berdegup laju. Peluh pun dah mula nak keluar. Masa nie baru rasa takut. Aku terus tekan number telefon suami aku. Walaupun aku tahu kalau masuk kilang masa kerja telefon kena off tapi harapan aku tinggi yang suami aku mungkin akan buka telefon dia.


Tiga kali aku telefon masuk voice mail.


'Sayangg..hihihihihihihiiiiiii...'


Terus mata aku berlari ke arah dapur. Suara tu dari arah dapur. Tapi orang tak ada. Terus aku berlari menuju ke bilik. Tv aku tak tutup. Aku tekan suis aircond dan terus masuk dalam selimut. Habis satu badan aku bungkus.


Sekarang nie macam – macam perasaan ada. Aku masih tak putus harapan. Aku cuba lagi telefon suami aku. Berkali – kali sampai telefon jadi hang.


Tiba – tiba aku terasa tilam di tepi aku terhenyak seolah – olah ada orang yang datang duduk.


Aku tak bergerak sebab nak pastikan betul – betul keadaan di tepi aku masa itu.


Betul. Ada benda dekat tepi aku sebab aku tergoyang – goyang.


Aku buka selimut sikit sebab nak pastikan yang dekat tepi aku nie ada orang atau tak. Tak nampak.


Aku buka lagi sikit dan aku betul – betul terkejut.. sebab.. dekat tepi aku nie... errkkk.. dekat tepi aku nie sebenarnya.. aku telan air liur. Tak percaya.. dekat sebelah aku nie sebenarnya...




***************


Aku buka lagi sikit dan aku betul – betul terkejut.. sebab.. dekat tepi aku nie... errkkk.. dekat tepi aku nie sebenarnya.. aku telan air liur. Tak percaya.. dekat sebelah aku nie sebenarnya..


Suami aku! Fuh lega..


Aku terus buka selimut sambil duduk tepi dia. Rambut yang tutup muka aku ikat sanggul.


“Kenapa tak cakap dah balik?” aku marah dia. Kita nie dah la tengah takut boleh dia main – main.


Dia senyum saja pandang aku. Lepas senyum tu dia berjalan keluar dari bilik tapi sampai dekat depan pintu dia pusing dan senyum dekat aku. Senyum sinis.


Aku kerut muka. Apa hal pulak nie. Tiba – tiba aku telefon berdering. Nama suami aku dekat skrin.


Aish! Pelik bin ajaib. Terus aku angkat. Pada firasat aku mungkin telefon suami aku jatuh lepastu orang yang jumpa mungkin nak pulangkan balik telefon tu.


“Kenapa awak call saya? Saya tengah kerja nie. Tau la kan kerja kilang mana boleh bawak masuk telefon.” firasat aku salah.


“Bukan awak dah balik ke?” aku perlahankan volume suara.


“Balik esok pagi la pukul 7. kenapa?” garang betul suara suami aku.


“Habis yang tadi duduk sebelah saya tu siapa?” aku pandang dekat ruang tamu luar.


Memandangkan pintu terbuka luas. Maka, sah sah boleh nampak ruang tamu dekat luar.


“Siapa duduk sebelah awak?”


'Yana.......'


Aku telan air liur. Siapa pulak panggil nama aku? Mata aku tetap tak pandang luar.


“Awak... balik laaaa... saya takut...” aku dah rasa nak nangis.


“Mana boleh saya kan kerja..”


'Yana.......hik hik hik...'


Sebab kan sifat ingin tahu tu mendalam, jadi aku secara tak sengaja terpandang la dekat luar pintu kawasan ruang tamu.


Rambut yang panjang menutup muka. Jalan merangkak – rangkak dari ruang tamu dengan kepala terteleng – teleng.


“balik laaaa!.. balik sekarang!.. aku cakap balik.. balik laa..!” aku dah terjerit – jerit macam orang gila dekat atas katil nie.


Perasaan aku sekarang nie tak tau nak gambar kan macam mana. Yang aku tahu aku menangis semahu – mahunya sebelum aku tak sedar apa yang terjadi.


#####


bangun saja pagi tu.. satu badan aku terasa sakit – sakit. Letih ya amat. Kepala berat semacam. Aku pandang sekeliling. Malam tadi betul ke mimpi?


“Dah bangun dah? Awak dah okey?” suami aku duduk dekat hujung katil.


“Kenapa dengan saya?” aku tanya dia balik sebab nak kan kepastian.


“Saya jumpa awak pengsan dekat dapur. Tak ingat?”


Aku geleng tak ingat.


“Saya rasa rumah kita ada hantu.”


Tiba – tiba suami aku gelak. “Mende la hantu – hantu nie. Percaya sangat. Itulah kuat sangat tengok tv haaa..”


Terus tersirap rasa baran aku. Tajam pandangan aku dekat suami aku.


“Aku cakap apa semua kau tak nak caya. Macam aku nie jahat sangat. Aku yang rasa. Aku yang jumpa aku tau la!” terhambur segala rasa marah aku.


Kenapa nie susah sangat nak kawal.


“Awak nie kenapa? Baran semacam akhir- akhir nie. Semua saya buat semua tak kena.” suami aku dah naik fed up.


“Kau janji macam – macam dengan aku. Kau layan aku baik – baik. Last – last kau tinggal aku macam nie. Kau kahwin dengan perempuan lain. Sampai hati kau kan...”


Terus aku menangis teresak – esak macam susah gila nak kawal diri sendiri. Dah macam orang lain kawal.


Suami aku terdiam. “Awak nie kenapa? Saya tak kahwin dengan siapa pun. Awak isteri saya yang pertama.” dia duduk sebelah aku.


“Kita pergi berubat nak?” suami aku pandang aku.


Aku geleng. Tak nak.


“Sekali nie saja. Please.”


Lagi sekali aku rasa tak terkawal.


“Aku kata tak nak tu.. tak nak lah.. kau nie bodoh sangat tak paham bahasa tu kenapa? Berambus la dari sini. Menyampah aku tengok muka kau!” aku tolak suami aku keluar.


“Kau jangan cabar aku.” suami aku cakap sebelum keluar dari bilik.


Sejam lepas tu aku rasa panas gila badan aku. Berpeluh – peluh walaupun aircond terpasang. Ke hulu ke hilir aku berjalan dalam bilik. Bau badan aku dah macam bau bangkai pun ada. Terus aku termuntah – muntah. Muntah kosong keluar angin. Sakitnya masa muntah tuhan saja yang tahu.


***************


“Malam nie mak dengan ayah nak datang.”


Aku pandang muka suami aku yang tak beriak.


“Orang tak larat nak layan family awak. Orang nak rehat.” aku masih berbaring atas katil.


“Mak ayah nak teman awak saja. Lagipun dah dua hari awak tak sihat. Saya kan kerja malam.”


Aku diam malas nak jawab apa – apa. Nanti gaduh pulak. Aku terus pejam mata. Tidur lagi bagus.


Dalam pukul 11 lebih macam tu aku terjaga apabila terdengar bunyi tv di ruang tamu. Terus aku bangun dan bersalaman dengan mak ayah.


“Mak dah masak. Pergi lah makan.”


Aku hanya angkat kening saja sebelum berlalu masuk dapur. Buka saja tudung saji ada ikan goreng, telur masin, ayam masak merah. Terus aku jamah lauk yang ada. Rasa betul – betul lapar. Dengan rakusnya aku capai saja apa lauk yang ada depan mata nie. Tak tahu kenapa rasa betul – betul sedap dan berselera. Seronoknya.


Tangan sebelah kanan pegang ikan sebelah kiri pegang ayam dekat mulut ada telur. Aku jilat -jilat tangan kiri aku. Tak terkawal rasanya.


“Yana.”


Aku berhenti makan dan aku pandang pada pintu dapur. Ayah mertua pandang aku sambil mulut terkamit – kamit. Serta merta tangan aku menggigil.


“Sudahlah makan nak.. mari duduk depan dengan mak dan ayah kita borak – borak.” ayah mertua senyum arah aku.


Aku terus lap tangan dekat baju. Berjalan menuju ruang tamu. Aku duduk atas sofa. Kaki rapat ke dada sambil memeluk kedua lutut. Badan aku bergoyang – goyang.


Tiba – tiba aku menangis. Aku rasa sedih sangat. Jauh di lubuk hati paling dalam. Rasa betul – betul sedih. Aku menangis teresak – esak.


“Dia tipu aku.. dia janji nak kahwin dengan aku.. dia tinggal aku macam tu saja. Dia kahwin dengan orang lain.” aku rasa aku tak kawal. Aku tak paham apa yang aku cakap. Aku cuba nak berhenti bercakap tapi tak boleh.


“Ayah minta maaf kalau keluarga ayah ada sakitkan Yana. Yana atau pun Shahrul tak pernah berkahwin. Nie perkahwinan pertama mereka. ” lembut tutur bicara ayah mertua aku.


“Kami selalu habiskan masa sama-sama. Sampai satu hari aku jumpa gambar dia kahwin. Dia buat aku nie macam simpanan dia saja.” badan aku masih tak henti bergoyang.


Aku cuba nak hentikan gerakan tapi tak boleh. Aku tak paham apa yang aku cakap.


“Anak nie siapa ye?” Mak mertua aku pulak tanya.


Terus mata aku tajam merenung mak dan ayah mertua silih berganti.


“Yana kan menantu mak dan ayah. Menantu sendiri tak kenal ke? Ke dah ada calon menantu baru?” terus aku terasa nak gelak mengilai – gilai. Rasa seronok sangat.


Aku dah rasa bukan diri aku nie. Aku sedar apa yang aku buat. Tapi tak boleh nak kawal.


“Dah teruk budak nie abang. Lagi lama lagi bahaya nie.” aku dengar saja mak mertua aku cakap.


Tiba – tiba jari jemari aku bergerak sendiri seolah – olah aku sedang menari makyong. Aku perhati ke dua – dua belah tangan sambil mulut menyanyi irama lagu siam.


Aku cuba nak hentikan tapi tak boleh. Makin lama makin asyik dan asyik. Irama lagu senada dengan gerak tubuh. Lentik dan cantik.

Tiba – tiba terdengar surah Al – Baqarah ayah mertua aku baca sebelum aku rebah tak sedarkan diri.


####


Sebab terlalu haus aku tersedar dari lena. Sakit kepala, sakit pinggang dan badan aku jadi sakit – sakit.


Aku pusing kiri ada mak mertua di sebelah yang tengah tidur sambil pegang tasbih. Manakala ayah mertua pulak tidur di sofa. Malam tu kami tidur di ruang tamu.


Rasa bersalah dan berdosa bila pandang wajah mereka. Mak ayah maafkan Yana. Bila mertua datang rumah menantu sepatutnya di layan elok. Sekarang lain pulak jadinya.


Lepas puas minum air aku berjalan menuju ke ruang tamu. Aku tarik selimut dan tutup badan mak mertua yang kelihatan sangat letih. Manakala ayah mertua pulak aku letakkan bantal di hujung kepala.


Tiba – tiba pintu rumah diketuk kuat. Aku yang hampir nak berbaring terus terkejut. Aku tengok jam di dinding tiga setengah pagi. Suami aku dah balik mungkin. Tapi kenapa awal pulak.


Elok aku nak pegang tombol pintu, tiba – tiba ketukan berhenti sendiri.


'Yana.. oi.. Yana..Pssttt..Psstttt'


Air liur aku telan. Aku pusing belakang mata terarah ke arah ruang dapur yang cerah.


Ada tok sami berbaju kuning sambil memegang tasbih besar berjalan ke hulu dan hilir dalam ruang dapur. Tiba – tiba dia berhenti.


Dia menoleh arah aku, rupanya seburuk – buruk manusia. Rambutnya diikat sanggul tinggi sambil dicucuk bunga warna kuning dan putih. Dia meratib depan aku. Serta merta aku berbau kemeyan yang sangat kuat.


Perlahan – lahan langkah di atur menuju ke arah aku.


Aku jatuh terduduk. Cuba nak capai ayah mertua yang hanya jarak tak sampai 10 inchi.


Semakin dekat dan mendekat.


“Arghhhhhhhh” aku menjerit sekuat hati bagaikan orang histeria..


********


Jiwa aku tak keruan. Aku rasa sangat marah dan sedih dalam dua keadaan. Aku hilang punca diri yang sebenar. Sejak aku nampak hantu sami itu jiwa aku seolah – olah hilang tanpa arah. Aku rasa ini bukan diri yang sebenar. Aku sedang di kawal.


Lepas histeria malam itu, mak dan ayah mertua terus tak tidur. Mereka jaga aku sampai pagi. Macam – macam doa mereka baca untuk aku. Kejap – kejap aku ketawa. Kejap – kejap aku menari. Dan yang paling tak tahan boleh pulak aku berborak dengan ayah dan mak mertua dalam bahasa siam. Aneh dan pelik.


“Nanti lepas balik kerja ustaz tu datang. Mungkin lepas isyak. Shahrul cuti hari ni ayah mak.” Suami duduk di sisi aku.

Rambut yang panjang aku uraikan dengan jari sambil menyanyi – nyanyi merdu.


“Kamu tak tahu ke apa jadi dekat isteri kamu?”


Suami aku diam.


“Chan wang xubay kha!”. Aku jawab bagi pihak suami. Dia tipu aku tutur aku dalam bahasa siam.


Mata tertumpu arah aku.


“Tay.” aku main jari dengan rambut. Mati.


“Yana.. kamu kena kuat nak. Lawan dia Yana. Hanya kamu saja yang mampu.” ibu mertua pulak menyampuk.


Aku menangis semahu – mahunya. Bila tiba waktu azan secara sendirinya aku akan pengsan.


Waktu yang di nanti telah tiba. 9.37 minit malam. Badan aku menggeletar. Satu badan terasa sejuk.


“Yana nak keluar. Yana nak makan dekat luar. Yana lapar. Awak.... Yana lapar.” aku pujuk suami aku.


“Kejap lagi kita keluar.” suami aku jawab lembut.


“Nak keluar sekarang... nak keluar sekarang...” aku meronta – ronta nak keluar dari rumah itu. Hati aku nak sangat keluar.


“Awak.. kawan saya nak datang nanti kita keluar.”


“Kau tak faham bahasa ke? Aku cakap nak keluarkan. Nak keluar la sekarang.” aku dah menjerit – jerit macam orang tak betul.


Mak mertua peluk aku erat – erat. Dia berzikir sebelah telinga aku.


“Assalamualaikum.”

Ustaz yang mengubat aku sudah tiba. Tiba – tiba aku terus berlari arah dapur. Menyembunyikan diri di situ.


Ada empat orang lain di belakang ustaz. Aku perhati dari celah dapur.


Ustaz membaca sesuatu sebelum memandang tepat arah aku.


“Mari sini. Ustaz nak tanya.”


Aku geleng kepala.


“Awak marah siapa?” ustaz tu tanya lagi.


Aku tunjuk arah suami.


“Kalau macam tu kita hapuskan suami awak. Setuju?”


Aku geleng lagi.


“Awak nak hapuskan siapa?”


Aku tunjuk diri sendiri. “tay!” mati.


Kemudian aku ketawa macam orang tak betul. Sambil melentok – lentok badan. Jari jemari aku lembutkan sebaik mungkin. Tarian tradisional negara Thailand.


Lenggok kiri dan kanan sambil jari jemari di gerak penuh letik hingga hujung kepala. Kemudian jari jemari di turunkan kebawah hingga paras dada. Liuk lentok yang asyik dan sungguh pesona hingga semua mata yang memandang terdiam.


Terkumat kamit mulut ustaz dan anak buahnya membacakan sesuatu. Tiba – tiba aku rebah ke lantai. Tiada lagi tarian asyik. Aku merangkak ke arah ustaz. Aku kini sedar yang aku dikuasai benda lain.


“Ustaz tolong saya ustaz.” aku merangkak – rangkak mendapatkan ustaz.


Semua yang ada hanya memandang. Cepat – cepat ibu mertua papah aku hingga ke hadapan ustaz. Kaki aku dilunjurkan. Hujung kaki di tutup dengan sejadah kecil.


Ayat rukyah di baca di kanan telinga kemudian ditiup. Aku dah terasa panas sepanas – panasnya. Nak bergerak tak boleh. Bila ayat rukyah di baca di telinga kiri. Terus aku hilang kawalan. Aku sedar apa yang aku lakukan cuma aku tidak mampu untuk mengawal diri sendiri. Aku tolak ustaz dengan kedua belah tangan sambil ketawa berdekah – dekah.


“Sawadekap.. sawadekap.” aku rapatkan kedua jari di dada sambil menunduk badan sedikit.


Aku beri salam hormat pada semua yang ada.


Ustaz duduk di hadapan aku. Manakala anak buahnya duduk di belakang aku.


Ayat rukyah berselang seli dengan mantera siam yang aku baca.


“Sakitlah bodoh!” aku jerit pada anak buah ustaz di sebelah kiri.


“Mati.. mati.. mati.. mati.. mati..mati..mati..” aku meratib perkataan mati sambil badan bergoyang – goyang.


“Yana.. lawan dia Yana. Zikir Yana Zikir.” Ustaz pandang tepat anak mata aku.


“Sakit... sakit la bodoh.. sakit..” aku meraung kuat bila anak buah ustaz menarik sesuatu di ubun – ubun kepala aku.


Seketika kedengaran surah Al- Mulk di baca kuat.


#####


Aku terjaga dari lena pukul 11. 45 minit malam. Sakit kepala yang teramat sangat. Macam nak pecah kepala nie.


“Nak air.” aku pandang suami aku.


Dia suakan aku air kosong di dalam gelas.


“Tak nak air nie.” aku geleng kepala.


“Minum la sikit.” dia suakan dekat mulut aku pulak.


Terus aku ambik gelas nak baling ke dinding. Kemudian aku ketawa kuat – kuat.


“Kau tak kenal aku siapa?” aku tanya suami dengan nada sinis.


Semua yang ada mengelilingi aku. Aku duduk bersila hadapan suami.


“Kau bawa aku ke sana ke sini. Kau cakap kau bujang tak ada kekasih. Kau buat aku macam kekasih kau. Lepas itu kau tinggal aku. Kau kahwin dengan perempuan nie. Selama nie aku kau anggap sebagai apa? Kawan? Kalau kawan kenapa bagi aku harapan?” aku menangis semahu – mahunya. Dalam masa yang sama aku menangis dalam hati.


Rahsia apa yang aku tak tahu pasal suami aku? Siapa perempuan yang dia pernah taburkan janji?


“Maafkan aku Suzana.” suami sujud depan kaki aku.


Siapa Suzana?


Tiba – tiba aku ketawa. Aku tak boleh nak kawal diri aku. Ada benda lain yang menghuni diri aku saat ini.


“Kalau main hati. Jawapannya mati.” tiba – tiba aku baca mantera dalam bahasa siam. Kuat. Serta merta aku muntah darah.


Ustaz di sekeliling aku membaca rukyah dan azan.


Pang! Lampu di bahagian dapur pecah berderai.


Aku tumbuk muka aku semahunya sampai berdarah hidung. Aku hantuk kepala di dinding kuat. Sampaikan suami aku tak mampu untuk menahan.


“Mati..mati..mati..mati..mati..mati..mati..mati..” aku duduk mencangkung sambil hentak kepala dekat bucu meja.


Suami hanya mampu memeluk tubuh aku sambil menangis. Sekelian yang ada membaca suruh al – baqarah sekuat mungkin.


Saat ini kalau tuhan ambil nyawa aku pun. Aku redha. Tak tahan menanggung derita. Muka aku bermandi darah pekat.


Ustaz capai hujung kaki aku.


“Dengan nama-Mu ya Allah. Tuhan sekelian alam. Bantulah hamba mu dalam menghapuskan syaiton durjana ini yang merosakkan hubungan anak adam.”


Aku ketawa sebelum mengejek – ejek cakap ustaz. “Tuhan ku. Tuhan mu. Tolong..tolong.. hahahahahhhahahahahahah..”


Ustaz membacakan beberapa surah dan ayat rukyah. Hujung kaki aku ditekan kuat. Aku dapat merasakan sesuatu di dalam urat aku yang mencengkam hingga ke tulang dalam. Sakitnya hanya tuhan yang tahun.


“Wahai syaiton durjana aku perintahkan kau keluar dari tubuh anak adam ini!”


Serta merta tubuh aku terasa kejang. Terasa benda tu keluar menjalar di dalam urat aku. Serta merta aku rebah ke lantai. Terasa satu bebanan yang kuat telah keluar. Tapi siapa Suzana?


Suami memangku aku sambil meminta maaf. Mak mertua di sisi menyapu darah yang memeleh di wajah aku dengan tisu.


“Lepas ini mandikan Yana dengan air daun bidara yang di baca Al-Fatihah dan tiga Kul. Buat tiga hari berturut-turut. Banyakkan solat dan jangan lupa berzikir.” ustaz sambung lagi. “Kalau kita ada buat salah dengan siapa- siapa minta maaf. Kadang- kadang bila orang sakit hati macam – macam jadi lagipun jangan percaya sangat cakap syaiton tujuannya memecah belahkan umat adam di dunia ini. Sama- samalah kita audit balik diri mana yang kurang. Assalamualaikum.”


tamat.


Nota : pengajaran dalam cerita ini. Janganlah kita bermain hati dan perasaan orang lain. Kadang – kadang pengharapan yang kita beri sedikit sebanyak memberi kesan ke atas orang lain. Jangan pernah bermain hati.



























2 comments:

  1. Terbaik,novel luruhnya cinta dibumi korea diterbitkan lagi tak.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete