Copyright© All Rights Reserved akubukannovelis.blogspot.com

14 Jun 2016

LURUHNYA CINTA DIBUMI KOREA (3)






Sejak aku pindah sini, Lee Jong Hyun adalah kawan pertama aku. Beberapa kali kami seringbertemu dan berbual. Kata Lee Jong Hyun hari nie pun dia nak datang sini. Nak hantar kimchi yang omma kirimkan.


Beep!

Cepat-cepat aku buka. Aku sambut Lee Jong Hyun dengan senyuman.


“Kimchi.” dia suakan bekas Kimchi ke arah aku.


Aku sambut sambil minta dia masuk dan duduk sementara aku siap mee maggi cup perisa kari. Kenapa maggi? Oh, haritu Lee Jong Hyun datang, dia ternampak maggi kari aku tersusun elok dalam almari. Hari nie aku buatkan untuk dia. Dua minit kemudian aku bawakkan maggi kari cup ke balkoni tempat Lee Jong Hyun duduk dan lepak.


“Cuba rasa.” aku suakan cup maggi ke arahnya.


Sebelum makan dia bau dulu. “kari.”


Aku angguk sambil buat isyarat suruh dia makan.


Dia terus masukkan maggi yang masih panas tu dalam mulut. “Waaa.. sedapnya. Nie ke maggi orang Malaysia?” dia teruskan suapan di mulut.


“Banyak lagi perisa. Tomyam. Ayam. Asam laksa. Tapi yang nie paling terkenal sekali di Malaysia.” aku terang satu-satu.


Tak sampai beberapa minit maggi kari cup habis licin Lee Jong Hyun makan.


“Malam nie kita keluar nak? Tengok wayang. Lusa dah start kelas. Saya takut tak sempat saja.” Lee Jong Hyun lap muka dengan tisu.


“Tengok wayang? Cerita apa?” aku teruja. Jujurnya. Aku pun dah lama tak tengok wayang.


“Conjuring 2.” dia angkat kening dekat aku.


Terus aku angguk laju. Wah! Seronoknya dapat tengok cerita hantu.


Malam tu aku bersiap ala kadar. Leggings, t-shirt lengan panjang dan rambut aku ikat sanggul tinggi. Perfecto! Sementara tunggu Lee Jong Hyun datang jemput aku dekat rumah. Aku baru teringat tiket wayang tak beli lagi. Dua hari tayangan mesti penuh. Ala macam mana nie.




BEEP!


Aku terus berlari ke arah pintu. Semanis senyuman aku hadiahkan dekat Lee Jong Hyun.


“Kita naik apa nie?” aku tanya dia. Butang G dia tekan.


“Naik kereta nak?” dia tanya lagi.


Aku jungkit bahu tanda tak kisah. Lagipun kalau naik kereta bukan jauh pun dalam 15 minit dah sampai.


*****************************


Aku pandang Lee Jong Hyun tanda tak puas hati.


Wae yo?” pelik muka dia sambil tanya kenapa.


“Kenapa tak cakap awal-awal awak dah beli tiket?”


“Awak tak tanya pun.” senangnya jawapan.


Rasa nak ketuk-ketuk saja mamat nie. Kami terus membeli popcorn dan air sebagai makanan ringan nanti.


Bila nak masuk aje, kami berasak-asak dengan yang lain. Cepat-cepat Lee Jong Hyun paut bahu aku. Sebelah tangan dia pegang popcorn sebelah tangan lagi dia paut bahu aku. Bila nak masuk ke Hall pulak dia pegang tangan aku kemas. Sekali lagi aku terasa seperti terkena renjatan elektrik. Tapi aku suka. Aku selesa.


Bila skrin dah mula tayang cerita Conjuring, aku mula tahan nafas takut terkejut. Tapi bila sampai part terkejut saja, aku peluk tangan Lee Jong Hyun. Lee Jong Hyun tengok aku sambil tersenyum.


Dia angkat tangan dia dan letak atas bahu aku. Tubuh kami rapat dan dekat. Sebelah tangan lagi dia pegang mesra tangan aku. Aku pandang kiri kanan. Ada jugak beberapa couple yang berpelukan mesra sambil menonton.


Bila datang part terkejut dan hantu cepat-cepat aku sorok muka dekat dada bidang Lee Jong Hyun. Seperti memahami Lee Jong Hyun usap perlahan kepala aku.


Sampai habis cerita Conjuring aku berkeadaan macam tu. Aku selesa dengan Lee Jong Hyun bila macam tu. Lagipun tak pernah mana-mana lelaki peluk aku macam. Atau pun lebih tepat aku tak pernah ada hubungan yang rapat dengan mana-mana lelaki. Lee Jong Hyun yang pertama.


Selepas tamat Conjuring kami terus pulang ke rumah. Lepas saja Lee Jong Hyun hantar aku ke rumah. Mula lah rasa takut datang. Tiba-tiba boleh pulak aku terbayang hantu valak tu dekat tingkap rumah. Bunyi coral yang dalam gereja. Alahai.


Terus aku berlari masuk dalam bilik. Duduk dalam selimut. Sampai pukul 4 pagi aku tak tidur. Bila nak tidur saja terus terbayang valak tu ada dekat belakang. Takpun terasa dia duk perati aje aku. Kes naiya nie. Kalau aku tau aku tak tengok cerita Conjuring tu.


Akhir sekali aku tak sedar pukul berapa aku tertidur. Sedar-sedar saja ada lebih 10 misscall dar Lee Jong Hyun. Aku pisat-pisat mata yang masih dalam keadaan separuh sedar. Aku tengok jam dekat handphone pukul enam petang.


Aku terus dail number Lee Jong Hyun. Tak sempat berbunyi panjang. Terus dia angkat dan minta aku duduk diam-diam dekat rumah sebab dia nak datang.


Tak sampai beberapa saat dia dah terpacak depan pintu. Tak perlu mukadimah yang panjang terus dia menapak masuk.


Dia pandang aku banyak kali dari atas sampai bawah.


Wae yo?” aku duduk di sofa. Tak payah la pandang orang macam nak telan.


“Kenapa tak mandi lagi? Baru bangun tidur?” Lee Jong Hyun duduk tepi aku.


Aku angguk perlahan. “Aha. Semalam tak boleh tidur.”


“Pergi mandilah. Saya masakkan dekat awak.” dia tarik tangan aku bangun.


Malasnya. Rasa macam tak larat. Tak bermaya.


Dia tolak aku masuk bilik sebelum tutup pintu. Tengah aku nak capai tuala. Dia buka pintu balik.


“Passwood rumah awak berapa?”


“2511”


Kamsahamnida.” terus dia tutup pintu.

***************************


Semerbak bau Sup kimchi menusuk hidung. Aku yang baru lepas mandi terus ikatkan rambut dengan tuala.


“Sorry masuk dapur awak.” dia tegur, bila nampak aku keluar dari bilik.


“It's okey.” aku tarik kerusi dan duduk depan Lee Jong Hyun yang tengah masak.


Aku perati dia yang tengah pukul telur. Gayanya macam seorang chef. Mak buka restoran mestilah pandai masak. Mesti nak buat egg roll nie. Kami saling berpandang dan seketika bertukar seyuman.


Selesai masak terus dia hidangkan depan aku. Nasi putih, sup kimchi dan egg roll.


“Nie saja yang saya jumpa dalam peti sejuk awak.”


“Buat susah awak je.” aku terus saupkan sup kimchi dalam mulut.


Boleh tahan sedapnya. Aku terus makan tanpa banyak cakap. Lepas habis makan aku bawak pinggan ke singki. Kami sama-sama kemas dapur malam tu. Ternyata Lee Jong Hyun memang pandai masak.


Masa kami tengah lepak-lepak dekat rumah aku. Satu pertanyaan yang aku tak jangka akan keluar dari mulut Lee Jong Hyun.


Han kaji chilmun al haedo toemnikka.”


Aku angguk. Tanya la soalan. Aku tak kisah pun.


“Awak tak ada kekasih?”


Aku pandang dia tanpa sebarang riak. Mengiya pun tak menidak pun tak.


“Agak-agak?” aku angkat kening.


“Cepatlah.” dia kelihatan mendesak.


Aku ketawa kecil. “Tak ada lah.”


Kalau ada baik aku duduk dengan boyfriend aku saja. Buat apa duduk dekat hang.


“Dekat malaysia?” dia menduga lagi.


“Tak ada.. dekat Korea tak ada.. dekat malaysia pun tak ada.”


Satu senyuman tergaris dibibir Lee Jong Hyun.


“Awak.?” aku tanya dia pulak.


Tak tunggu lama terus dia angguk.


“Siapa?” aku agak sedikit kecewa. Dah ada girlfriend tapi berkepit dengan aku aje


“Awaklah.” terus dia ketawa.


Terus nak rasa gembira tapi bila dia ketawa aku anggap sajalah sebagai satu gurauan. Hurm. Gurauan.


Sebab malas nak layan dia sangat. Aku terus buka youtube dekat handphone. Terasa nak dengar lagu melayu. Dah la 24 jam cakap Korea. Nak cakap melayu pun bukan dia paham.


Aku search lagu Yuna. Oh bulan. Lepas tu lagu Janna Nick mungkin saja. Aku turut nyanyi sama. Tak sedar yang Jong Hyun leka perati aku nyanyi.


“Lagu orang Malaysia ke?” Lee Jong Hyun duduk dekat aku nak tegok sama youtube.


“Aha.” aku jawab sepatah kemudian kembali nyanyi.


“Bila nak ajar saya cakap bahasa Malaysia?”


Aku terus tak jadi menyanyi. Dia nie biar betul nak suruh aku ajar cakap bahasa Malaysia pulak.


“Nak belajar betul-betul ke?”


Laju dia angguk. Okey. Dah alang-alang ada masa baik aku ajar dia cakap bahasa Malaysia. Aku masuk bilik, ambik pen dan kertas.


Na – saya.” aku tunjuk diri sendiri. Kemudian dia ikut.


Tangsin I – awak.” aku tunjuk diri dia.


Hari nie kita belajar basic sajalah. Awak, saya, nak makan apa, apa khabar, sihat ke tak, demam, lapar, jom keluar, selamat tinggal. Terima kasih.


Kemudian aku banyak suruh dia dengar lagu-lagu malaysia. Adalah aku senarai beberapa artis Malaysia. Macam Faizal Tahir, Yuna, Noh Hujan, Aizat Amdan, Siti Nur Haliza.


Agak-agak lepas nie adalah kawan nak cakap bahasa malaysia sama-sama.




















1 comment:

  1. Dah tau penakut buat apa p tgk cite antooo

    ReplyDelete