Copyright© All Rights Reserved akubukannovelis.blogspot.com

21 Mar 2012

Bila blogger jadi maid ep 20


Pagi tu bila aku bangun aku tengok Ash dah tak ada dekat sebelah aku, tempat tidur yang sebelah ni pun macam tak terusik. Mamat ni pergi mana? Dia tidur mana malam tadi.. aku terus masuk dalam bilik air..cuci muka dan gosok gigi.. selamat aku jumpa berus gigi yang baru dalam bilik air ni. Tak apa nanti boleh mandi.. lagipun sejuk-sejuk ni nak mandi tak best.

Aku buka sliding door bilik Ash dari atas aku nampak adik-adik aku dan ada la sedara aku tiga empat orang tengah seronok mandi swimming pool. Ada gaya kuak lentang ,gaya rama-rama, macam-macam gaya la.. aku menggeleng kepala.

“Tengok apa tu?” Ash menyergah aku dari belakang. Terkejut aku di buatnya nasib baik aku tak bagi tendangan percuma.

“Tengok orang la.. takkan tengok anak beruang..” bersahaja aku jawab.

“Kalau anak beruang abang pun nak tengok jugak..” terus dia merangkul pinggang aku dari belakang.

Aku cuba melepaskan rangkulan Ash tapi tak berhasil. Tenaga lelaki lagi kuat dari perempuan. Macam mana nak lawan. “Abang..nanti la.. Risya tak selesa la macam ni..” aku cuba memberi alasan.

“Sekejap saja..” Ash berbisik di telingan aku.

Meremang bulu roma aku. Fuh! “Abang.. Jangan la macam ni..kan Risya cakap bagi Risya masa..” aku mencuba lagi..

“Lima minit saja sayang.. please..Bonda dengan abah tengah tengok tu..” lembut tutur kata Ash.

Ya Allah kuatkan la iman aku.. aku berdiri kaku. Sejuk tangan aku dah ni.

“Wanginya rambut Risya.” Ash berkata lagi.

Aku dapat merasa mulutnya begitu hampir dengan tengkuk aku. Gulp! Aku telan air liur.. fuhh. Berpeluh- peluh dah ni…

“Abang Ash..kak Risya.. turun makan..” Sarah terpekik di luar bilik. Serta merta rangkulan Ash terlepas. Cepat saja aku berlari keluar.

Ash tersenyum sendiri, kita kena pandai ambil kesempatan cuma yang berbeza pada caranya sahaja. Ash berjalan keluar mengekori Risya. Hatinya berbunga riang. Risya ibarat merpati.. bila dekat dia tak lari bila nak tangkap tu , punya la susah.


“Kakak.. pakai baju abang Ash..sweet gila la..”

Sekali lagi Ash tersenyum. suara Sarah yang macam loudspeaker boleh dengar satu rumah. Ash terus turun mendapatkan meja makan. Dia duduk di sebelah Risya.. bau nasi lemak membuat perut Ash lapar dan seleranya terbuka.

“Yang lain mana bonda?” Ash bertanya sambil menanti aku cedukkan nasi.

“Semua pakat nak makan dekat kolam tu haaa..” Bonda tersenyum.

Aku yang mendengar hanya membiarkan saja perbualan mereka. Aku terus masukkan nasi dalam mulut. Sedapnya bonda masak. Mana aku ni tak pandai masak. Dah bonda aku ni pandai masak mesti la aku pun pandai masak. Acehhh! Perasan betul.

Mata abah, bonda dan Ash memerhati ke arah aku. Aku buat muka tak bersalah.. aku terus suapkan nasi dalam mulut. Nyum..nyum..

“Risya…” Abah tegur aku.

“Ye abah..” aku menghentikan suapan..

“Dah patah tangan Ash tu pegang pinggang.” abah langsung tak tengok aku. Cuma dari riak muka abah macam abah ni nak gelakkan aku saja.

“Ooo..” tu saja ayat yang keluar dari mulut aku.

Aku sambut pinggan dari tangan Ash kemudian aku cedukkan nasi. Kemudian, aku letak pinggan depan dia dan sambung makan.

“Kesian Ash orang bagi makan nasi saja.” Dia suap nasi ke dalam mulut.

Hish! Manja betul la.” Aku ceduk sambil tumis ikan bilis, telur goreng dan timun ke dalam pinggan dia.

Ash tersengih.

“Bonda nak balik kejap lagi tau.” Bonda hirup air milo panas.

“Awalnya bonda, tinggal la lama lagi dekat sini.” Ash bersuara.

Satu bintang aku bagi dekat Ash sebab pandai layan bonda dengan abah aku.

“Tak nak kacau orang baru kahwin ni.” Bonda tersenyum.

Aku mencebik, apa bendanya baru kahwin lama dah kahwin.

“Tak kacau pun bonda.” Ash tersengih.

Suka la tu mamat ni.. menyampah!

*********************************************************************
Sebelum bonda balik sempat bonda bagi nasihat percuma.

“Kalau boleh bonda nak tengok Risya bahagia bersama dengan Ash bonda tak nak anak bonda ni kecewa.” Bonda usap-usap pipi aku.

“Bonda.” Aku pegang tangan bonda.

“Bonda sayang sangat dekat Risya, kalau boleh bonda tak nak tengok Risya tak bahagia. Ash tu baik sangat bonda tengok. Dia pandai layan Risya, dia pandai ambik hati abah dengan bonda.

“Tapi bonda.”

“Tak ada tapi-tapi.”

“Tengok la dulu bonda.” Aku garu-garu kepala. Sebenarnya malu nak mengaku aku suka Ash. Siapa tak jatuh cinta kalau hari-hari layanan yang dia bagi tu superb

“Boleh pulak tengok-tengok Risya ni. Ash dah cukup baik dah untuk anak bonda ni.”

“Bonda yakin ke.?”

Bonda tersenyum sambil pandang aku.

“Allah dah sampaikan jodoh Risya, Risya kena yakin. Risya kena terima hakikat yang Aiman dah tak ada buat selama-lamanya sayang. Buka hati Risya untuk lelaki lain.” Bonda usap kepala aku.

“InsyaAllah bonda.”

“Bonda tak nak Risya sia-siakan Ash, bonda tengok dia tu sayang sangat dekat Risya, majlis sebelum ni pun dia yang bertungkus lumus. Risya nak apa lagi untuk Ash tunjukkan yang Ash tu sayang dekat Risya?”

Aik! Sepatutnya Ash la yang tak boleh sia-siakan aku ni terbalik pulak.

Aku lentok kepala dekat bahu bonda. “Risya nak yakinkan diri Risya yang Ash tu betul-betul sayang dekat Risya bonda. Sebulan dua ni boleh la kut cakap sayang nanti lama-lama siapa tau.”

“InsyaAllah sayang. Bonda yakin sangat yang Ash tu jodoh Risya.” Dahi aku di kucup.

Terima kasih bonda.


*************************************************************************

Aku duduk berteleku di atas katil. Agak-agak Ash ni betul-betul ke nak dekat aku ke nak main-main saja? aiseh! Bukan boleh percaya sangat lelaki zaman sekarang ni auta(kelentong) je lebih. Entah-entah saja nak tengok kut-kut aku ni senang ke jatuh cinta tak pun saja nak test market. Nasib baik aku tak letak harapan tinggi dekat Ash.

Aku terus buka laptop kemudian online facebook. Sempat aku usha-usha apa yang ada, aku terperasan kata-kata Wafiy yang dia tulis dekat status dia ‘aku doakan kau bahagia’. Ramai juga orang like nie. aku pun dengan keadaan yang tak tahu malu terus tekan butang like. Aku kan kaki like.

Kemudian aku terarah pula pada status Ash ‘syoknya dapat kawen’ . entah apa-apa mamat ni boleh pulak post benda-benda macam tu. Ehh! Baru lima belas minit yang lalu la dia post. Lorh! Mamat ni online dekat mana? Bilik sebelah kut.

Aku masukkan lagu Yuna , tajuk dia Terukir Bintang. Jom kita tengok siapa yang perasan. Tapi sebelum tu sempat aku ucapkan terima kasih dekat kawan-kawan facebook aku yang duk ucap ‘selamat pengantin baru’ yang paling tak tahan perkataan tu Ya allah putar belit macam ni ‘wah..boodark tu darh kaqwent larh’(wah..budak tu dah kahwin la) sempat aku balas balik.. ‘tiyimaa tauceh’ (terima kasih) lantak kau la nak faham ke tak.. dah berjuta kali aku kena baca balik. Buat angin je.

Sempat aku update blog. Disebabkan rasa serba salah sebab tak jemput kekawan blog ni masa wedding hari itu aku dengan rasa baik hati lagi mulia bercampur comel. Menjemput sekian alam kekawan aku.

Jemputan Ke Majlis Kesyukuran

Ehem..ehem.. hello darlings (macam gaya Fazura) .. dengan rasa rendah diri yang sememangnya rendah ini menjemput pembaca blog yang tercinta sekalian ke MAJLIS KESYUKURAN Hanis Arisya dan Tengku Yusri Ashraf pada hari sabtu minggu depan 31/12 bertempat di bukit Kiara.. sila datang! Terima Kasih ya..

Okey majlis ni start lepas Zohor sampai sebelum magrib. Kalau rasa nak ambik gambar dengan saya sila la datang awal.. buekkk.. sila jangan baca.

Datang tau korang dan sorry tau tak ada kad jemputan. Orang sungguh-sungguh jemput ni jadi korang kena datang tau! Muahhh..

p/s > kalau nak alamat sila bagitahu by email.. terima kasih.


“Risya..” Ash ketuk pintu bilik aku dari luar.

Dasar Usop Santorian betul. Bukan tadi dia online ke?

“Kenapa?” aku menjerit dari dalam.

“Lapar la..”

“Makan la..”

Oit Senah! Awak tu mana masak! Asyik online je.” Ash merungut.

“Makan la apa yang ada.. malas la nak masak.” Terus rambut yang lepas tadi aku ikat sanggul. Aku jalan rapat ke pintu. “suka-suka panggil orang Senah.. awak tu Usop Santorian tau tak?” aku terus berjalan dahulu meninggalkan Ash.

Ash terus capai tangan aku. Laaa.. dalam rumah pun nak pegang tangan ke? nasib baik aku ni baik. Aku biarkan saja dia pegang tangan aku.

“Ala tak apa la, Risya duduk aja biar abang masak untuk sayang abang ni.” Ash hantar aku ke sofa depan. Dia tolong bukakan TV untuk aku. Baikkan Ash ni?

“Masak sedap-sedap sikit tau.” Sempat aku pesan dekat Ash.

Dia kenyit mata dekat aku.

**********************************************************************
Sweetheart..” Ash menjerit dari dapur.

“Dah siap ke?” Aku menyahut dari depan TV.

Ash berjalan menghampiri aku. Terus necktie di letakkan di mata aku. Konon nak bagi kejutan la tu. Apa la yang istimewanya yang Ash masak kan. Waaa.. tak sabarnya..

Ash letakkan aku di kerusi yang di khaskan.. wei! Ada bau kari la, Ash masak kari ke? mee kari kut. Dasyatnya mamat ni. aku pun tak reti masak kari tambah lagi mee kari.

“Sedapnya bau abang..”

Terus necktie di tanggalkan.. tadaaaaaaa

Waaa! Rasa nak hantuk kepala dekat dinding saja.. dia masak meggi je? Meggi??

Aku pandang dia dengan mata yang berkelip-kelip. Ash pula pandang aku lepas tu pandang meggi silih berganti.

“Meggi ke?” aku tanya dia minta kepastian mana nak tau aku mimpi ke kan.. tak pun aku mengigau.

“Meggi la.. kenapa?” dia pandang aku tak puas hati.

Aku buat muka nak nangis.. bajet masak mee kari tapi meggi dia bagi aku. Dah tu punya la lama sampai setengah jam aku duduk depan TV. Belasah saja la..

“Pergi ambik sos cili lepas tu potong cili letak kicap tau..” Aku arah Ash macam dia bibik aku pulak. tapi tak apa la bukan selalu aku buli dia kan. He..he..he.

“Dah pedas tambah pedas lagi. Giler la budak ni!” Ash merungut perlahan.

“Nah..” dia sua sos cili kepada aku..

Aku tuang sos cili semahunya. Waw! Sedapnya… aku nampak Ash macam pandang aku saja sambil tengok aku tuang sos cili. Takut ke bang?

“Dah la tu.. tuang sikit-sikit naik gerun abang tengok..”

“La sikit la ni.. nak?” aku sua sos cili dekat Ash. Laju saja dia menggelengkan kepala.

“Tak elok makan pedas-pedas ni, nanti boleh dapat afendix..lepas ni tak boleh makan pedas-pedas dah tau..” sempat dia berpesan dekat aku sebelum sudukan meggi ke dalam mulut.

“Orang tak boleh la kalau tak makan pedas, takkan nak makan kicap sahaja kut. Tak boleh la makan..” aku mengeluh.

“Suka sangat bagi alasan.” Dia gelengkan kepala. Aku tersengih.

“Betul la sedap apa.” Slurp! Meggi masuk mulut aku.

“Risya pernah tak drift?”

“Mesti la pernah dalam video game selalu main. Tapi bila nak drift saja terlanggar benteng.”

Aku dengan Ash sama-sama ketawa.

“Nanti abang bawak nak.?” Ash pandang aku sambil tiup meggi yang berasap-asap tu.

“Tak nak la takut.” Pantas aku geleng.

“Jom la.”

“Tak nak!” bentak aku. Agak-agak la aku ni muda lagi kut.

Ash tersengih. Tak nak ye.


8 comments:

  1. sweet sangat lah Ash tu..
    sambung tau! :)

    ReplyDelete
  2. baca dekat p2u bab 21 dah ada..hehe

    ReplyDelete
  3. bila lg ni nk publish?????
    dh berjanggut ni tunggu.....
    cian kite....

    ReplyDelete
  4. Weh..dah byk tulis novel eh? Ptut la lama hilang..haishh!

    ReplyDelete
  5. Meh no fon hang. Aku nak jemput mai kenduri ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wei xleh num kat sini.. hehe.. hang kerja mn? t aku p jumpa.. ritue p harfa x jmpa hang pun weiii... sob..sob

      Delete