Copyright© All Rights Reserved akubukannovelis.blogspot.com

11 Oct 2016

CERPEN : SEPARUH CINTA KU PERGI...





*CERITA INI TIADA KAITAN DENGAN YANG HIDUP ATAUPUN YANG TELAH PERGI.*

********



“Wei diari aku tertinggal.” Shida berhenti tengah-tengah jalan.


Aku yang tengah main telefon turut sama berhenti.


“Apa lagi kau nie Shida.” aku marah Shida.


Kelam – kabut nak keluar lepas tu tertinggal macam-macam.


“Diari aku tertinggal dalam kelas, matilah aku wei. Macam mana aku bercinta dengan Remy lepas tu diam-diam aku pasang skandal. Mati aku wei. Lepas tu aku tulis aku curi-curi dating. Keputusan SPM pun aku tulis dalam tu. Dah la teruk. Lagi gila macam mana first time aku masak meggi segera pakai minyak tak letak air. Bla bla bla...”


Aku malas nak dengar minat nie membebel pasal isi diari dia. Aku terus tarik tangan Shida bawak pergi bilik kuliah tadi. Nasib baik tak ada orang. Cari punya cari memang tak ada.


Memang patut pun hilang sebab aku rasa lebih 2 jam kami tinggalkan bilik kuliah nie. Lepas kelas tadi lepak library, lepas tu pergi kafe. Masa nak jalan balik hostel baru si Shida nie teringat.


“Ada kemungkinan tak diari aku di ambik?” Shida buat analisis sendiri.


“Ada.” aku jawab sepatah.


“Kau rasa ada kemungkinan tak orang yang ambik diari aku baca apa yang aku tulis kat dalam?” tak habis lag buat analisis.


“Ada.”


“Kau rasa ada kemungkinan tak...”


“Cuba kau diam kejap. Kat diari tu ada tulis number telefon tak?” aku potong cakap Shida.


“Ada. Bukan setakat number telefon, nama facebook, Ig, alamat rumah, nama penuh bapak aku, number office mama aku, number telefon polis kalau kecemasan. Semua ada. Haaa number telefon kau sekali.”


“Apasal pulak number telefon aku?” aku geram betul kat budak nie.


“Aku tulis kalau tak dapat hubungi number di atas sila hubungi orang ini.”


Aku dapat rasa Shida nie memang nak makan luku aku. Fuh! Sabar Fatin sabar.. sabar tu separuh daripada iman.


“Nanti orang tu telefon la kau, nak pulangkan balik diari. Cuba bawak bersabar. Paham?” aku mula nak berjalan keluar dari bilik kuliah.


“Kalau dia tak telefon?” Shida berjalan seiringan dengan aku.


Aduh! Ingatkan assingment Puan Nurul tu dah cukup susah rupanya soalan dia nie lagi susah.


“Dia telefon. Kau sabar la.” aku rasa nak nangis dah sekarang nie.


“Yelah aku sabar..” Shida muncungkan mulut.


Malam tu kami sama-sama pakat tunggu call orang yang ambik diari Shida. Dari sejam ke sejam. Macam tak nampak bayang. Bila aku tengah sedap-sedap layan kdrama tiba-tiba Shida datang lompat.


“Wei budak nie whatsApp aku dia kata. Kalau nak diari jumpa dia esok dekat kafe.” Shida tunjuk aku whatsApp budak tu.


“Dah tu, pi la jumpa...” aku teruskan layan kdrama.


“Fatinnnnnnn.. pleaseeee..” Shida dah merengek-rengek manja.


Apa lagi budak nie. “Kau nie dah kenapa?”


“Tolong menyamar.. kau cakap la diari nie kau punya.” Shida cabut earphone dekat telinga aku.


Butang pause aku tekan.


“Tak nak aku. Tak ada kerja.”


“Boleh la wei. Kau cakap je terima kasih, pastu kita cabut la.” Shida buat muka manja depan aku.


Apasal la boleh dapat kawan senget macam nie. “Yelah..yelah..”


*************************************


Seperti yang dijanjikan dengan baju kurung hijau bertudung krim tercangak la aku dengan Shida berdua dekat kafe. Teh ais sebagai peneman, kami berborak kosong sambil pandang-pandang sekeliling. Pukul 4 nie jarang ada orang datang kafe.


“Shida?” satu suara tegur kami dari belakang.


Serentak! Dua-dua menoleh. Sorang lelaki baju belang-belang rambut stail biasa, sorang lagi lelaki berkemeja polos rambut cacak-cacak.


“Ye saya.” cepat aku mengaku.


“Nah diari awak.” lelaki berkemeja polos tu suakan dekat aku.


“Terima kasih.”


Lepas aku ambik diari tu, masa nak bangun aje lelaki berkemeja tu cakap.


“Dalam diari tak ada tulis pun awak takut kucing.”


Weh! Kurang ajar. Mana dia tau aku takut kucing. Sempat aku hadiahkan dia jelingan maut sebelum aku blah dari kafe tu.


“Mana dia tau kau takut kucing?” Shida ambik diari tu sambil belek-belek .


Aku jungkit bahu. Aha mana mamat tu tahu aku takut kucing?


Malam tu lepas balik dari kafe, aku dah siap-siap tarik selimut nak baring nie sambil-sambil layan facebook.


“Fatin. Rahsia kita dah pecah.”


Dalam gelap tu hanya nampak cahaya telefon saja.


“Rahsia apa?” tempat makan enak di sekitar Pulau Pinang. Okey like.


“Diorang dah tahu, diari tu aku punya. Yang jumpa diari tu bukan mamat yang pakai baju kemeja tadi tapi yang pakai baju belang-belang.”


Apa-apa jelah. Aku dah mengantuk nie.


“Aku bagi … dekat dia.” mata aku terus tertutup. Mengantuk. Zzzzzz


****************************


“Fatin..Fatin..”


Aku pusing belakang, mamat baju kemeja semalam. Apatah nama dia Aiman? Aha yela tu.


“Apa lagi?” jawab aku malas-malas.


“Single lagi ke dah berpunya?”


“Dah kenapa?”


Aku berdiri depan lif sambil tekan punat down.


“Saya suka awak.”


Aku pandang muka Aiman. Dia nie main-main ke betul-betul?


“Saya suka awak!” lagi sekali dia sebut perkataan tu sambil tersenyum.


********************************


8 tahun berlalu...


Alhamdulillah aku dah selamat bergelar isteri kepada lelaki bernama Aiman. Dikurniakan seorang cahaya mata berusia 4 tahun. Nur Zara Irdina.


Disebabkan Aiman tak henti-henti duk mengayat aku. Akhir terjebak jugak aku masuk dalam hati dia.


6 tahun perkahwinan. Ada jugak pasang surut tapi tak la sampai teruk sangat. Hidup aku sangat-sangat bahagia. Aiman seperti biasa kadang-kadang layan aku baik. Kadang-kadang bila penat mula nak moody, sebagai isteri layan saja. Syurga isterikan bawah tapak kaki suami.


Hari nie menu istimewa adalah. Nasi ayam. Kegemaran encik suami. Cuti-cuti hari minggu elok lah buat edisi gemukkan suami.


Elok aku hidang atas meja, siap-siap nak panggil. Tengok-tengok dia dah turun segak bergaya macam nak pi dating.


“Abang nak gi mana? Fatin masak nasi ayam nie. Abang sukakan?” aku cedukkan nasi untuk dia.


“Abang nak keluar nie. Dah janji dengan kawan-kawan reunion.” bersahaja dia betulkan rambut depan cermin di ruang tamu.


“Fatin tak tahu pun.” aku buat muka muncung. Merajuk.


“Dah awak tu sibuk dengan anak memang la semua tak tahu.” suara dia sedikit keras.


Aku tarik nafas dalam-dalam. “Dah awak tak nak jaga. Sibuk main telefon.”


“Awak tu semua nak betul.”


Terus dia keluar tinggalkan aku sorang-sorang macam orang bodoh. Huh! Tak habis-habis salah aku.


Malas nak pikir panjang. Aku terus makan nasi macam biasa. Tapi hati isteri asyik rasa yang tak kena saja.


Malam tu, aku duduk depan tv sambil tonton cerekarama. Dah pukul 10 tapi kelibat Aiman masih tak nampak. Call tak terangkat. WhatsApp pulak tak nak balas.


Dalam aku tertunggu-tunggu. Akhirnya Aiman pulang. Bagi salam dan duduk depan aku.


Aiman senyum. Aku balas senyuman dia. Perlahan-lahan dia duduk tepi aku sambil usap pipi aku lembut.


“Tolong sign.”


Sehelai surat seperti borang diletakkan atas riba aku.


Aku ambik dan baca. Kebenaran poligami. Aku ambik dan baca berkali-kali. Poligami. Sungguh aku tak kuat.


“Kenapa? Apa dosa saya?” air mata aku yang hampir gugur tak dapat aku tahan lagi.


“Awak baik.. awak tak ada dosa apa-apa pun dengan abang.”


“Kenapa buat saya macam nie? Saya dah tak cantik macam dulu ke? Ada kurang apa-apa ke dekat saya? Tolong la beritahu.” aku dah nak tersedu-sedu. Sakit hati nie.


“Awak sempurna..”


aku rasa diperbodohkan dan dipermainkan saja sekarang nie.


“Abang.. jangan sampai bila dah kehilangan baru kita nak hargai.”


Aku bangun dan berlalu tinggalkan Aiman. Borang poligami tadi aku ronyok-royok dan koyak kecik-kecik. Malam nie aku tidur dengan Zara. Sampai pagi aku tak dapat lelap. Banyak benda main dalam kepala aku. Siapa bakal madu aku? Apa salah aku? Kenapa Aiman macam nie? Apa dosa-dosa aku? Aku tunggu jugak sampai pagi. Kut-kut la Aiman nak cakap dia bergurau saja. Tak pun dia nak cakap Suprise. Tak pun ketuk pintu nak pujuk. Langsung tak ada. Terkapai-kapai aku sorang-sorang.


Aku ambik wudhuk dan solat tahajud, istiqarah. Mohon Allah buka petunjuk. Mohon Allah bukakan jalan.


*************************


Pagi sampai tengahari aku langsung tak jamah apa-apa bukan tak lapar tapi tak lalu nak makan. Hanya Zara yang beria-ia makan. Dalam dunia nie aku hanya ada Zara. Zaralah aset aku dunia akhirat. Zara lah segala-galanya. Cinta dan permata hati aku.


“Assalamualaikum.”


Tengah aku bersiap di dapur, Aiman bagi salam. Aku tahu dia keluar, pagi-pagi dah keluar. Pergi mana tak pulak bagi tahu.


“Waalaikumsalam. Ayah..” Zara lari-lari dapatkan ayah dia.


“Masuklah.” Aiman menyuruh seseorang masuk.


Aku terintai-intai jugak siapa yang dia panggil masuk. Rupa-rupanya! Nah! Wanita muda lebih kurang umur 24 tahun. Cantik bergaya. Muda. Bertudung litup.


“Masuklah. Duduk.” aku buat layan tak layan.


“Saya Syaza. Kekasih Aiman. Akak Fatin kan?”


Amboi lunaknya suara. Sikit sebanyak rasa hati membuak-buak. Kalaulah Malaysia tak ada undang-undang rasanya dua-dua dah arwah.


“Hurm. Nak apa?” aku pandang dua-dua.


Aiman banyak diam.


“Saya nak kahwin dengan Aiman. Akak boleh izinkan tak?”


“Tak!” suara aku sedikit kuat.


“Bieee tolong la baby.”


Syaza dah gedik-gedik merayu dekat suami aku. Bini dia ada depan nie. Hormat sikit.


“Sayang..tolong izinkan kami kahwin.” Aiman pulak menyampuk.


Oh! Dah nak kahwin pandai nak bersayang-sayang pulak dengan aku.


“Kau nak kahwin dengan suami aku? Kau boleh beranak ke? Boleh bagi dia anak?” aku rasa macam kurang ajar gila ayat aku nie.


“Ehh boleh kak. Lagipun kami dah rancang macam-macam. Lagi ramai lagi bagus.” beria-ria Syaza bercakap.


“Kau tahu? Anak dia yang sorang pun tak terjaga. Tambah kau nak anak ramai. Tu budak tu. Ada bapak dia main dengan dia? Luangkan masa dengan dia? 24 jam main handphone. Sabtu ahad keluar.” aku perli dalam-dalam punya. Biar Aiman terasa. Tapi tiba-tiba rasa bersalah rasa berdosa.


“Bie...” Syaza merengek manja lagi.


Aku tarik nafas dalam-dalam. Aku cuba untuk fikir masak-masak. Aku harap Allah ada bersama-sama dengan aku. Pimpin aku untuk ke syurga.


“Dari korang buat maksiat kahwinlah. Kalau tu yang terbaik. Pergilah balik.” aku dukung Zara bawak masuk bilik.


Ambik wudhu dan menangis atas sejadah.


“Kenapa mama nangis?” Zara datang peluk aku.


Ya Allah hai. Lagi aku tak kuat.


“Mama nangis sebab mama dah lama tak cerita dekat Allah masalah mama. Zara tak nak solat dengan mama? Kita mengaji sama-sama nak?” aku cium dahi Zara. Lama. Sumber kekuatan untuk aku.


“Nak.” terkedek-kedek dia cari tudung nak pakai.


Sumpah aku tak kuat. Tapi kalau dah cara tu buat Aiman bahagia. Aku terpaksa. Untuk ikhlaskan sesuatu keadaan mungkin ambik masa. Tapi aku cuba. Kata ustaz aku dulu. Nak dapatkan Syurga ujian bukan sikit. Macam-macam kita kena tempuh. Syurga itu harganya mahal.


********************


Lagi sebulan Aiman nak nikah. Wajahnya berser-seri macam pengantin baru. Orang tua Aiman tahu hal ini. Hari-hari mereka call aku untuk memujuk. Ipar duai semua marah aku sebab izinkan Aiman kahwin. Apa hak aku untuk halang Aiman dari menikah? Aku lebih suka terang-terang macam nie dari tau dia kahwin di siam ataupun kena tangkap basah.


Aku jalankan rutin macam biasa. Langsung tak tanya tentang bakal madu. Aku pulak dah hantar surat resign. Hari-hari aku masakkan untuk Aiman. Masak kegemaran dia. Layan dia macam baru kahwin dulu. Bersiap. Aku terpaksa tidurkan Zara awal sebab nak luangkan masa dengan Aiman. Tiap-tiap malam sebelum tidur aku minta maaf dekat dia. Lepas tutup lampu aku ajak dia bersembang.


“Abang boleh bagi Fatin syurga?” aku tanya dia.


“Boleh sayang.”


“Fatin minta maaf sepanjang tempoh kita kahwin Fatin tak jadi isteri yang sempurna. Fatin banyak abaikan abang. Fatin minta maaf minta ampun. Fatin selalu terbayang kita tua sama-sama. Main dengan cucu. Kemana pi pun bersama. Tapi tak lama lagi abang ada peneman baru. Abang jaga diri baik-baik. Jangan angin tak tentu pasal. Jangan sibuk main handphone taw.”


Aku telan air liur. Kenapa rasa nak nangis nie.


“Fatin ikhlas?”


“Tak. Tapi Fatin cuba untuk kebahagiaan abang.walaupun Fatin tak kuat.”


“Hurm..”


“Abang.. kalau Fatin mati paling kurang Fatin rasa lega. Ada orang boleh jaga abang. Boleh tengok-tengokkan abang.”


“Tapi kadang-kadang abang rimas dengan Syaza tu. Tergedik dengan jantan sana. Tergedik dengan jantan sini. Puas abang nasihat.” Aiman pusing mengiring menghadap aku.


“Hal abang dengan Syaza. Saya tak nak dengar. Abang yang pilih dia. Abang kena terima lah.” aku bersuara agak tegas.


“Okey sorry.”


“Satu Fatin nak pesan dengan abang. Jangan bila dah rasa kehilangan baru kita nak hargai. Kadang-kadang nak perbaiki hubungan bukan dengan cara kahwin lain. Tapi perbanyakkan amalan kita dengan tuhan.” air mata turun dipipi.


Aku sambung lagi. “mungkin selama nie Fatin banyak buat silap. Banyak abaikan abang. Fatin minta ampun. Abang halalkan makan minum Fatin ya. Dari dulu sampai sekarang cinta Fatin untuk abang tak pernah berkurang. Bila abang minta izin nak kahwin lain. Fatin rasa separuh cinta Fatin dah pergi. Jauh terbang melayang.”


Dan malam tu aku berjaya sembunyi sedu tangisan aku. Separuh cintaku pergi.


**************************


Aku siap gosok baju pengantin Aiman. Esok pagi-pagi aku dah dapat madu. Berkali-kali rasa nak nangis tapi berjaya aku tahan. Aku dah minta izin Aiman nak balik Kota Bharu dengan Zara. Nak melawat kubur arwah Umi dan abah. Dan kemas rumah arwah sekali.


“Selamat pengantin baru sayang.” aku cium tangan Aiman lama.


“Halalkan makan minum Fatin ya. Fatin minta ampun untuk semua dosa-dosa Fatin.”


“Abang rasa abang tak nak kahwin.” Aiman pandang aku. Mata merah.


“Apa abang nie. Rosak majlis sebab abang nanti.” aku cuba nasihat dia.


“Betul cakap Fatin, perbaiki keadaan bukan dengan kahwin lain tapi dengan amalan. Abang pun banyak dosa. Kadang-kadang abang solat sorang-sorang saja tak bawak Fatin jemaah sekali. Abang rasa abang silap. Abang tak cintakan Syaza. Tapi abang suka saja dekat dia. Abang tak nak kahwin.” dia capai tangan aku.


Aku hembus nafas dalam-dalam tak tau nak cakap apa. Patut rasa gembira. Tapi entah lah.


“ Abang.. semua dah diuruskan. Nanti buat malu orang aje. Abang fikirlah masak-masak. Fatin tak boleh tolong.”

Aiman diam. “abang ingat lagi macam mana abang nak mengorat Fatin. Abang nampak Fatin angkat kaki bila kucing lalu dekat Fatin. Abang tak tau nama Fatin. Abang gelak aje tengok Fatin dari jauh. Muka fatin pucat gila. Masa jumpa diari tu. Abang tak sangka tu Fatin. Punya syok gilaaa. Abang dah rasa Fatin jodoh abang.”


“Abang cepat la hantar Fatin pergi TBS. Nanti abang janji nak ambikkan? Zara dah beriya-iya nak naik bus.” aku cepat-cepat potong cakap dia. Nanti nangis lagi.


Sepanjang perjalanan ke TBS. Aiman genggam kuat tangan aku. Tak terlepas walaupun sekejap. Zara pulak manja sangat dengan ayah dia. Kejap-kejap nak cium.


Elok nak masuk dalam terminat berlepas. Aiman peluk aku dengan Zara serentak. Syahdunya rasa.


“Abang nak cakap. Fatin dah dapat syurga yang Fatin impikan.”abang bahagia sangat-sangat. Esok abang akan batalkan majlis pernikahan abang. Abang cuma nak Fatin sorang dalam hidup abang. Nanti esok abang datang Kota Bharu kita pergi honeymoon.”


Ya Allah rasa nak sujud syukur sekarang. Aku betul-betul rasa bahagia. Rasa gembira.


“Mama nak naik bus. Jom lah..” Zara dah tarik-tarik tangan aku.


“Sayang ayah dulu.” Aiman duduk kemudian dia peluk dan cium Zara lama.

“I love you sayang.” Aiman bisik dekat telinga aku.


“I love you too husband.” aku senyum sampai telinga.


Benar- benar bahagia.


**************************


Keadaan hujan lebat dan jalan berpusing-pusing menyebabkan pemandu bus memandu dengan berhati-hati. Zara dah lena di pangkuan aku. Aku masih tak dapat lelap. Berzikir dalam hati.


Tiba-tiba aku dengar bunyi hon yang kuat dari bus yang kami naik. Sambil pemandu bus terjerit-jerit Allah Allah Allah.


Aku yang terkejut terus peluk Zara. Hentakkan yang kuat di kepala. Terasa bus melambung-lambung. Keadaan bus yang bising dengan jeritan. Ada yang mengucap. Ada yang meraung. Aku dapat merasa kaca tingkap terkena tangan dan badan. Hentakkan demi hentakan. Aku peluk Zara kuat.


Sunyi.


Aku pandang Zara dalam dakapan. Nak bergerak tak boleh. Perlahan-lahan aku rasa denyut nadinya. Kosong!


Aku menangis dalam hati. Keadaan samar-samar. Rasa sakit saat nyawa dicabut kian terasa. Ashaduallah Illah Haillallah.. aku peluk Zara kuat. Gelap.


*******************


SABTU – kemalangan paling dasyat dilaporkan setakat ini. Melibatkan bus Asmara dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu. Kejadian yang meragut nyawa sebanyak 24 orang penumpang termasuk pemandu bus terkorban ditempat kejadian. Kemalangan dilaporkan paling terburuk setakat ini. Mangsa adalah.


Mohd Ali bin Bakar (45 tahun) – pemandu bus.
Fatin Erina binti Mohd Zuki (32 tahun) – serta anaknya
Nur Zara Irdina binti Mohd Aiman (4 tahun)






-TAMAT-
JANGAN BILA DAH KEHILANGAN BARU KITA TERASA MAHU  MENGHARGAI.
 SEPARUH JIWAKU PERGI.







8 comments:

  1. Best . Sedihh . Huhu . Kesian fatin . Kak buat laa cite pasai si aiman tuh pulak . Nak tengok macam mana die punya meroyan bila fatin dengan zara dah meninggal

    ReplyDelete
  2. Dapatkan Penghasilan Tambahan Dengan Bermain Poker Online di www,SmsQQ,com

    Keunggulan dari smsqq adalah
    *Permainan 100% Fair Player vs Player - Terbukti!!!
    *Proses Depo dan WD hanya 1-3 Menit Jika Bank Tidak Gangguan
    *Minimal Deposit Hanya Rp 10.000
    *Bonus Setiap Hari Dibagikan
    *Bonus Turn Over 0,3% + 0,2%
    *Bonus referral 10% + 10%
    *Dilayani Customer Service yang Ramah dan Sopan 24 Jam NONSTOP
    *Berkerja sama dengan 4 bank lokal antara lain : ( BCA-MANDIRI-BNI-BRI )

    Jenis Permainan yang Disediakan ada 8 jenis :
    Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker - Bandar 66

    Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi Kami Di :
    WA: +85577773548
    Skype: SANTI WINATA888@GMAIL.COM

    KALAU MINAT DAFTAR CHAT WA AJA AKU YAH ALL

    WELCOM : WWW . SMSQQ . COM

    I SANTI WINATA BIG BOS SMSQQ

    ReplyDelete