Copyright© All Rights Reserved akubukannovelis.blogspot.com

24 Feb 2016

NOVEL : NIAN TAUFIK - 4

 Muncung mulut aku bila nampak abah tersengih sambil tunggu ketibaan kami. Tak suka la macam nie. Aku tak mau Taufik rapat sangat dengan family kami. Bukan sebab tak suka Taufik tapi entah la aku rasa Taufik nie macam ada benda tersembunyi.


“Assalamualaikum Pakcik.” Taufik menerpa ke arah abah. Diikuti yang lain.


“Waalaikumsalam. Masuk-masuk. Makcik ada dekat dalam. Nian bawak kawan-kawan masuk.”


Aku pun bawak diorang masuk. Tengok semua lauk untuk makan tengahari mak dah siap susun dekat bawak. Aku suruh diorang duduk sementara masuk dapur dan tolong ambik pinggan bawak keluar.


Gulai kepala ikan, sambal kuinin, ulam, telur masin dan sambil tumis udang. Sedap!


Aku tak terus makan dengan diorang, sebaliknya duduk didapur dengan mak. Tolong masak air. Tambah mana-mana lauk yang tak cukup.


“Berkenan sungguh abah dekat Taufik tu.” mak tegur aku perlahan-lahan.


Aku pandang mak. “Mak. Kakak dengan Taufik tu kawan ajelah.”


“Mak tengok macam lain ja. Macam dia ada hati dekat hang Nian.” mak masak air nak buat air gula.


“Tu pada zahirnya mak. Batinnya kita tak tau.” aku duduk atas keusi.


“Nian.. bawak mai gulai lagi nie.”


Abah jerit dari ruang makan depan. Cepat-cepat aku jalan ke arah abah. Clear! Tiga mangkuk gulai clear. Abah kalau masak gulai memang sedap. Kalah tauke nasi kandar beratur.


Masa aku nak ambik gulai tu. Aku terperasan Taufik pandang aku sambil senyum.


Terus tak selesa nak buat kerja.


“Nian bancuh air teh dengan kopi.” sempat lagi abah selit pesanan ringkas.


Aku angguk aje.


“Petang nie masak apa mak?”


sebab aku nampak ada ubi kayu dekat dapur belakang.


“Masak ubi kayu rebus.”


Aku tolong masakkan air panas. Ubi kayu rebus kesukaan aku tu. Makan dengan sambal tumis.


“Mak kenapa tiba-tiba abah ajak Taufik tu datang tidur sini?” saja nak korek rahsia.


“Sebab abah cakap Nian tak pernah bawak balik lelaki datang kenal-kenal, asyik Ujang aje. Bila dah jumpa Taufik nie, abah terus berkenan.”


Abah nie! Boleh pulak berkenan dekat si Taufik tu. Aku nie tak ada hati dekat dia nie macam mana?


Dari dapur nie aku dengar suara gelak ketawa abah dengan Taufik. Kira ngam la tu.


“Malam nie abah buat BBQ.” mak cakap lagi.


Bertambah-tambah terkejut aku. Tiba-tiba buat BBQ nie dah kenapa?


“Abah nak buat kenduri ke mak?”


“Abah nak sambut menantu.” mak tersengih sambil pandang aku.


**********


Petang tu abah, Taufik dan kawan-kawan Taufik yang lain ikut abah ke laut. Ambik udang, sotong dan ketam untuk buat BBQ malam nanti. Ayam pulak awal-awal mak dah perap. Kawan-kawan perempuan Taufik yang lain. Ada yang ambik angin dekat pondok depan. Ada jugak yang tolong buat coslaw.


Aku pulak ambik kesempatan naik bilik. Sejak tadi tak jenguk lagi bilik sendiri.


“Kakak Nian, abang Ujang bagi.” adik aku yang paling bongsu suakan satu beg kertas yang dalamnya berbalut dengan pembalut hadiah.


“Abang Ujang mana?” aku terus capai beg tersebut.


“Dia dah balik India.” Adik main-main kereta hotweel pemberian Taufik atas katil.


Balik India? Awalnya bukan hujung bulan nie ke dia balik.


Aku terus buka beg kertas. Terpegun aku sekejap, tengok kain sari warna krim pink. Boleh la buat baju raya tahun nie.


Aku terus buka WhatsApp, last seen dua hari lepas. Buka facebook pulak. Yes online. Terus aku hantar meseg dekat dia. Aku tanya kenapa dia balik awal sangat. Tunggu punya tunggu tak balas-balas jugak. Merajuk ke Ujang?


“Mak. Ujang balik India dah ka?” aku terus cari mak dekat dapur.


“Balik dah dua hari semalam.”


“Kenapa balik awal sangat. Dia cakap hujung bulan.”


“Entah. Haritu ada dia mai sini cari hang. Tapi abah cakap hang tak ada keluar dengan boyfriend.”


Hampir nak terlepas pisau ditangan. Abah cakap macam tu?


Abah memang nak sangat ke Taufik jadi menantu dia?


Aku rasa macam lelaki-lelaki lain memang dah tak ada peluang dah bila Taufik datang.


Aku dengar ada suara-suara bising dekat luar. Dah balik la tu. Abah dan Taufik terus masuk dapur dari pintu belakang sambil bawak ketam, udang dan sotong. Nie la untung duduk tepi laut semua fresh. Dah tu, abah pulak part time nelayan. Memang lagi senang la nak makan hasil laut.


Letak aje ketam, sotong dan udang tadi. Abah dengan Taufik beriringan menuju ke depan. Aku perhati aje abah dengan Taufik nie. Rapat betul siap tepuk-tepuk bahu lagi. Macam best buddy.


“Nian tengok apa tu. Hantar air sirap dengan ubi kayu nie dekat depan.”


jarang aku tengok abah senyum sampai telinga. Aku dengan abah nie bukan baik sangat sebenarnya. Sebab dulu ada satu kes abah hampir nak kahwin satu lagi. Mak dengan abah bergaduh teruk. Mak lari tinggal la aku sorang-sorang dalam rumah. Mak lari bawak adik saja sebab adik masih lagi menyusu. Mak terpaksa bawak adik. Tiga hari aku tak makan. Nasib baik ada mak Ujang bawak aku duduk dengan dia. Masa tu aku umur 10 tahun. Kecik sangat. Abah pulak kejap ada kejap tak ada sebab cari mak. Lepas tu nak siapkan perkahwinan abah lagi. Terus tak terurus aku tengok abah.


Sejak tu aku tak berapa suka abah. Cakap pun bila perlu. Tokwan bapak kepada abah nasihatkan abah macam-macam. Sampai abah sedar khilaf dia. Mana nak uruskan mak lagi. Nak siapkan hal kahwin lagi. Dari elok terus tak terurus. Macam tu nak kahwin dua. Lagi tak terurus la kami langsung.


Bila abah berbaik dengan mak, aku diambil balik. Tapi aku boleh teringat macam mana mak dengan abah gaduh. Macam mana abah terjerit-jerit minta mak sign. Macam mana mak menangis sampai bengkak mata-mata. Dan sampai sekarang aku tak percaya mana-mana lelaki kecuali kawan baik aku Ujang.


Tapi itulah kehidupan berumah tangga takkan lari dengan masalah. Tapi paling takut kalau libatkan masalah kewangan.


“Nian.. ketam nie nak masak apa?” mak yang tengah siang ketam berpaling menghadap aku.


“Masak dengan telur masin. Takpun kita buat masak pedas letak telur.” kalau bab ketam aku memang pandai reka cipta resepi.


Udang dengan sotong buat bakar aje.


Lepas isyak, abah dah start bakar arang. Yang lain-lain pun tolong. Aku dengan mak ambik port masak dalam rumah. Bila dah siap semua baru bawak keluar dekat beranda luar. Malam-malam makan BBQ dapat pakej dengan angin laut memang best. Malam tu penuh dengan gelak ketawa. Ada jugak babak-babak aku dengan abah bergurau. Aku rasa dengan kehadiran Taufik sedikit sebanyak. Hubungan aku dengan abah dah semakin baik.


Masa aku tengah duk main bakar-bakar ayam tiba-tiba Taufik dah berdiri depan aku. Turut sama tolong aku bakar ayam.


“Seronok duduk sini.” dia pandang muka aku sambil senyum.


“Tau takpa.. malam-malam memang best tapi duduk tepi laut kalau tengahari memang panas ya amat.” aku sokong ayat dia sikit-sikit.


“Esok pagi-pagi saya nak balik KL dah. Awak tak rindu?”


aku sebenarnya terkejut tapi saja buat-buat cool dalam hati tuhan saja yang tahu.


“Buat apa nak rindu.”


“Mana la tau lepas nie rindu abang Taufik.”


Aku sengih aje sebab tak tau nak cakap apa.


Malam pun dah lewat. Aku ajak kawan-kawan perempuan Taufik tidur bilik aku. Taufik dengan abah ada dekat luar masih bersembang. Aku saja belek-belek telefon. Ujang tak online WhatsApp. Inbox aku pun dia tak balas. Aku taip lagi meseg dekat inbox.


'Ujang..kenapa balik tak bagi tau. Aku tak puas la jumpa hang.'


tak lama lepas tu Ujang balas.


'Aku tak mau kacau orang bercinta. Dah ada boyfriend habaq dekat aku pun tak.'


dia nie merajuk dengan aku ke?


'bila balik sini balik?'


'tak tau la..sibuk dengan thesis nie. Okey la Nian. Bye.'\
\
terus nampak dia dah tak online aku pun buka la news feed. Nak tengok apa yang patut sekali ternampak status Ujang


Ujang – bunga bukan sekuntum.. kumbang bukan seekor. Tapi seekor kumbang nie tetap mahu bunga yang satu tu walaupun si bunga sudah punya sang lebah.


Bawah sikit aku nampak status Taufik pulak.

Taufik – tika ini jiwa kumbang gembira kerana bersama bunganya. Selamat malam bunga. Walaupun di dahan yang sama tetapi terpisah kerana ikatan yang belum sah.


Alahai bunga-bunga pulak. Aku nak tulis la.


Nian – musim bunga dengan kumbang ke sekarang?


**********



Esok pagi-pagi lepas sarapan Taufik dan kawan-kawannya dah nak balik KL. Abah sempat pelawa lagi Taufik datang lain kali.


Sebelum Taufik bertolak. Sempat dia bagi satu kotak kecil hadiah untuk aku. Nak tak nak terpaksa aku terima.


Masa kereta Taufik dah bergerak dan hilang dari pandangan. Abah hela nafas lega.


“Abah suka dekat Taufik tu.” abah senyum pandang aku.


“Mak bapak dia pun keluarga yang elok-elok.” abah sambung lagi.


Amboi abah nie sempat temuduga ke? Semua benda dia tanya.


“Abah nie. Kami kawan la. Okey la Nian masuk bilik dulu nak rehat.” aku terus berjalan masuk bilik.


Aku buka kotak hadiah yang Taufik bagi.


Wei! Nie gelang yang aku nak beli dekat Batu Feringghi tu. Gelang ala-ala pandora. Mana dia tau aku suka nie.


Aku letakkan gelang tersebut atas kain sari yang Ujang bagi. Wah! Cantik, warna masuk. Rezeki..rezeki.


Tiba-tiba aku dapat WhatsApp dari Taufik.


'I hope you like it'


Memang suka pun. Lepas tu dia balas lagi.


'Nanti saya bawak awak jumpa mummy. Jaga hati awak untuk saya Nian.'


Apakah?










3 comments: