Copyright© All Rights Reserved akubukannovelis.blogspot.com

30 Dec 2012

Selamat Tahun Baru..

salam dan hai.. 

esok dah masuk tahun 2013, permulaan yang baik dalam hidup zati sebab Bila Blogger Jadi Maid akan ada di pasaran menjelang Januari 2013.

segala usaha, penat lelah. bersengkang mata nak siapkan BBJM nie, akhirnya jadi jugak sebuah buku. zati tak tahu penerimaan pembaca nanti macam mana.. mungkin ada yang okey dan mungkin ada yang tak. tak apa zati tak kisah itu semua, sebagai permulaan banyak kesalahan yang mungkin akan kita lakukan. dan sebagai manusia haruslah kita ambik ia sebagai satu pengajaran. biar pun kadang-kadang sakit untuk di baca tapi itu yang terbaik sebenarnya.

meh zati bagitau apa yang best tahun 2012 nie :

> citer yang paling best adalah BATTLE SHIP.. best giler kut.. mungkin sebab hero dia handsome kut.. wakaka.

> lagu paling best adalah lagu BLUE, BIG BANG.. dan saya adalah VIP! konsert dia je tak pergi sebab tiket dah habis. ciskek sungguh!

> buku novel paling best ada THE WEDDING BREAKER dan UNTUK SEMUA DOSAKU. kenapa.. TWB sebab kerana mulut badan binasa, sapa dah baca mesti paham. kerana fitnah badan tergadai. USD pulak sebab perubahan yang Lisa lakukan banyak giler dugaan dia. from bad girl to a good girl. 

kadang-kadang manusia nie bila orang dah berubah suka tak percaya lagi dikatanya. kenapa macam tu? sedih tau.. tak apa.. tak apa nanti zati buat citer pasal nie okey?

tahun 2012 ni yang tak bestnya adalah citer hantu tak seram langsung... aku ni dah la penggila citer hantu... tengok citer hantu sambil tutup lampu dan makan popcorn. ohsem!

untuk tahun 2013 ni jangan lupa dapatkan BBJM ya






Boleh ke si blogger jadi maid? Bagi Risya, sikit pun tak menjadi masalah buatnya. Asalkan dia tidak goyang kaki di rumah itu, sudah cukup baik. Rutin hariannya sebagai maid, tak adalah sesusah mana. Tapi yang buat susahnya, bila dia jumpa mamat poyo, Ash.

Ash yang sering mengusik, membuatkan hubungannya dan Risya rapat. Bergurau dan bergelak ketawa sudah menjadi rencah dalam hidup mereka berdua. Tanpa diduga, Ash mahu Risya menjadi suri di hatinya saat Aimie, kekasih hatinya tidak hadir semasa majlis pernikahan mereka.

Jadi, nak saya buat apa?” 

Awak kahwinlah dengan saya.” 

Jodoh sudah tertulis buat mereka. Dalam keadaan terpaksa, mereka disatukan. Mulalah episod baru dalam hidup Risya. Memandangkan tiada rasa cinta dalam diri Risya, Risya dan Ash telah membuat satu perjanjian bodoh. Perjanjian yang menentukan sama ada status suami isteri itu masih kekal ataupun tidak.

Dalam Risya mengharap perjanjian yang dicipta menjadi nyata, ada satu rasa hadir dalam dirinya buat Ash. Saat bahagia mula menyulam rasa, hadir Wafiy yang mencintai Risya dan muncul Aimie, kembali menagih cinta Ash.

Akan bahagiakah hubungan yang Risya dan Ash jalinkan?

Perjanjian apa yang dimeterai Risya dan Ash?

Berjayakah Wafiy dan Aimie menarik perhatian insan yang disukai?

Mampukah Risya dan Ash mempertahankan rasa sayang yang mula berkembang dalam hati?

Atau, antara mereka akan ada yang berpaling tadah?

Bila blogger mampu jadi maid, adakah maid mampu menjadi seorang isteri?




dan akhir sekali..

selamat tahun baru 2013!!



zati mohd, hariz mirzuar and faris,,

bubye 

p/s > pinangan ke 20 tahun depan baru zati update.. wakakaakkaka

4 comments:

  1. hoho.. VIP jugak ah nie... minat sape?...

    sama la kita xpegi konsert sbb balik kg.... sedih + sadis tgk rumate sndiri pg konsert

    ReplyDelete
  2. tu r sadis giler bile member zati letak gambar tiket konsert dlm istagram.. zati munat sume.. suma kacak2.. haha

    ReplyDelete
  3. happy new year zati n all the best ! :)

    ReplyDelete