Copyright© All Rights Reserved akubukannovelis.blogspot.com

17 Jan 2013

NOVEL : BILA BLOGGER JADI MAID




NO. ISBN: 978-967-365-146-7
Sem. Malaysia: RM 20.00
Sabah / Sarawak: RM 23.00

Boleh ke si blogger jadi maid? Bagi Risya, sikit pun tak menjadi masalah buatnya. Asalkan dia tidak goyang kaki di rumah itu, sudah cukup baik. Rutin hariannya sebagai maid, tak adalah sesusah mana. Tapi yang buat susahnya, bila dia jumpa mamat poyo, Ash.

Ash yang sering mengusik, membuatkan hubungannya dan Risya rapat. Bergurau dan bergelak ketawa sudah menjadi rencah dalam hidup mereka berdua. Tanpa diduga, Ash mahu Risya menjadi suri di hatinya saat Aimie, kekasih hatinya tidak hadir semasa majlis pernikahan mereka.

Jadi, nak saya buat apa?” 

Awak kahwinlah dengan saya.” 

Jodoh sudah tertulis buat mereka. Dalam keadaan terpaksa, mereka disatukan. Mulalah episod baru dalam hidup Risya. Memandangkan tiada rasa cinta dalam diri Risya, Risya dan Ash telah membuat satu perjanjian bodoh. Perjanjian yang menentukan sama ada status suami isteri itu masih kekal ataupun tidak.

Dalam Risya mengharap perjanjian yang dicipta menjadi nyata, ada satu rasa hadir dalam dirinya buat Ash. Saat bahagia mula menyulam rasa, hadir Wafiy yang mencintai Risya dan muncul Aimie, kembali menagih cinta Ash.

Akan bahagiakah hubungan yang Risya dan Ash jalinkan?

Perjanjian apa yang dimeterai Risya dan Ash?

Berjayakah Wafiy dan Aimie menarik perhatian insan yang disukai?

Mampukah Risya dan Ash mempertahankan rasa sayang yang mula berkembang dalam hati?

Atau, antara mereka akan ada yang berpaling tadah?

Bila blogger mampu jadi maid, adakah maid mampu menjadi seorang isteri?



21 comments:

  1. fuiyoo! fuiyoo!
    tahniah tau

    ReplyDelete
  2. yahoo....bru je beli td..xsbr nk baca..

    visit me

    hikarinur88.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. superb la kak...
    jln cerita best kak.. part2 last tuh sedih skit..
    thankz n gud luck utk n0vel yg sterusnyaa..

    ReplyDelete
  4. finally bru dpt beli semlm setelah berulang kali mencari kat kdai Popular tue.. Yihaaa time tuk bace plak.. hehehe

    ReplyDelete
  5. salam hai kak zati sayaa dah hampir nak tamat kan kisah cerita cinta Risya dan Ash .. Nice story i loike :) sambil tuh meh laa singgah blog Ieka

    http://dunia-iekafarhana.blogspot.com/2013/01/bila-blogger-jadi-maid.html

    p/s : sorry ter-copy and ter-paste hahaksssss

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum... akak... Serius, saya cakap, saya suka sangat baca cerita Risya dengan Ash. Suke... suke... Oh ya... saya ada buad review pasal novel ni.

    http://the-izrahomi.blogspot.com/2013/02/bila-blogger-jadi-maid-3.html

    ;3

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum..hai kak zati..i dont know how to say but seriously your novel "Bila Blogger Jadi Maid' ni mmg superb..best giler ! saya sangat2 suka..GOOD JOB sis ! and KEEP IT UP ! =)

    ReplyDelete
  8. http://kalausayaceriaboleh.blogspot.com/2013/02/bila-blogger-jadi-maid.html Saya review novel ni sebab best sangat!Hehe

    ReplyDelete
  9. Saya dah baca novel sulung kamu..izinkan saya review nanti ye....sbb saya juga blogger...bila nampak novel ada perkataan blogger terus tertawan....keep up good work....

    -saya tak boleh imagine muka tengku ash sbb tak kenal orang yang zati umpamakan itu...._

    ReplyDelete
  10. terbaikkkkk.. sangat2 menjiwai ..

    ReplyDelete
  11. bak kata Boboiboy, "terbaikk..." (^_^)

    ReplyDelete
  12. Tak pernah bosan dgn novel ni! Keep it up kak :)

    ReplyDelete
  13. asalamualaikum. .bez la novel ne akak. .slpz sy bca novel ne la,aty sy tergerak nk uat blog. .jd ari ne t'hasil la blog sy y xbpw smprna lg ne. .hehe. .thankz akak. .sbb hsilkn nvl ne. .

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum kak zati. saya dah baca novel ni. Best sangat :) sambil tuh meh la singgah blog saya http://nuraqilahbloggie.blogspot.com/ :)

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  16. Salam.. ada jual lagi ke novel ni? Preloved pun ok berminat nak baca smpai habis.. kalau ada nak jual pls email zieis77@yahoo.com. tq

    ReplyDelete
  17. Salam.. ada jual lagi ke novel ni? Preloved pun ok berminat nak baca smpai habis.. kalau ada nak jual pls email zieis77@yahoo.com. tq

    ReplyDelete