Copyright© All Rights Reserved akubukannovelis.blogspot.com

3 Mar 2013

review komik - CATATAN PENGEMBARA SEORANG FLOWERMAN

hai assalamuaikum. saya la zati mohd tuan punya belog ini. waaa lama sudah zati menghilangkan diri.. hehe.. bukan menghilang kadang-kadang kita kena spendkan masa untuk diri sendiri setelah banyak masa di habiskan untuk benda lain.

dah lama kan tak update blog. tak letak cerita baru. sebenarnya cerita dah ada nak letak tu yang tak sempat. hehe. tiba-tiba pulak zati nak buat review untuk komik kan? dah puas baca novel ke cik zati?

sebenarnya komik nie best sangat-sangat. komik ni kisah realiti seseorang. hehe. dan komik ni sad ending. betul zati tak tipu komik ni seronok sangat-sangat. 


CATATAN PENGEMBARAAN SEORANG FLOWERMAN. kisah ini kisah benar. segala macam yang ditulis semuanya benar. tiada yang benar melainkan yang benar-benar belaka. muahaaha.


di karyakan oleh seorang pemegang PHD Dr Shah Ibrahim


disebabkan penulis jual sendiri makanya boleh pergi ke website terus untuk membeli ye kat FLOWERMAN


ia sebuah novel grafik yang sangat-sangat seronok. betul. baca-baca macam ehhh dah habis.. laa cepatnya.. nak baca lagi.. mesti tuan empunya tu cakap kepochi la budak nie nak tau kisah orang... hehehe.. 


kisah dia pasal Dr Shah nie suka dekat Lily.. tapi last-last Dr Shah dapat tau Lily dah ada boyfriend... hish.. baca la komik grafik nie.. best tau.

kalau korang baca macam.. kesiannya kenapa Lily tu macam bagi harapan je dekat Shah kalau tau dah ada boyfriend! eh, emo plak zati nie.. hehe.. 

buku nie sangat-sangat cantik... sila la beli dari penulis nie. zati jamin 100% buku ni sangat seronok walaupun sad ending.

akhir kata sokonglah penulis tempatan.. cewahhh.. macam kempen pulak.. hehehe..

terima lah... hehehe..




ps > buat yang dah baca BBJM terima kasih banyak atas sokongan anda yang tak balas dengan kata-kata. hanya Allah saja dapat membalas jasa kalian. untuk yang buat review. terima kasih banyak-banyak. zati baca walaupun tak komen tau.

nantikan novel kedua. YANG TERTULIS DALAM NOVEL CINTA.

hehe. salam.

3 comments:

  1. akak dah beli dah novel zati BBJM...sedang baca..

    ReplyDelete
  2. zati....thanks bagi novel dan pesanan ringkas tue!!terharu je, ko jgn risaw!aku bace novel ko...bukan senang nak dapat BFF seorang penulis....

    so gud luck and ble dh popular jgn lupa kawan k?love u....

    p/s : aku siap promote novel ko kat anak murid aku lagi taw.... ~__<

    ReplyDelete
  3. Akak bila na sambung pinangan ke 20 tuh rasanya ta sabar na tahu crita mereka seterusnya :)

    ReplyDelete