Copyright© All Rights Reserved akubukannovelis.blogspot.com

7 Aug 2015

CERPEN : BERBUNGA CINTA DIBUMI MALAYSIA

           
SAMBUNGAN DARI CERPEN LURUHNYA CINTA DI BUMI KOREA.. KALAU YANG BELUM BACA BOLEH BACA DISINI cerpen : luruhnya cinta di bumi korea



 Bukan tak nak uruskan Restoran Sushi mama atau kerja syarikat pengiklanan papa tapi aku sudah memilih untuk bekerja sebagai wartawan di salah sebuah syarikat media terkenal di Malaysia. Walaupun tak sampai enam bulan berkhidmat di sini namun sudah banyak story yang aku cover , hinggakan bos aku Tuan Loqman begitu berpuas hati dengan pencapaian aku.

            Izz yang dulu sudah lama mati.. mati dibumi Korea bersama cinta hati Lee Jong Hyun. Kini, Izz yang sekarang sudah berubah 360 darjah. Memakai tudung, menutup aurat berbindang Izz dulu yang seksi, rambut sentiasa bertukar warna. Hingga suatu ketika Izz yang dahulu memberi dara nya buat lelaki yang bukan suaminya.

            “Sakinah.. Tuan Lokman panggil.. ada story baru katanya.” Hakim menyapa dari belakang.

            Aku yang tengah ralit memandang rantai tangan pemberian Lee Jong Hyun tersentak. Entah kenapa aku masih rasa berat mahu menanggalkan rantai tangan ini.

            Dan ya! Di Malaysia aku kenalkan diri sebagai Sakinah.. Izzni Sakinah.

            Aku ketuk perlahan bilik Tuan Loqman.

            “Masuk.” Jerit Tuan Loqman dari dalam.

            “Salam Tuan, nak jumpa saya untuk apa ye.” macam biasa nota dan pen di tangan sentiasa tersedia untuk mencatat benda penting.

            “Sakinah duduk dulu. Saya ada satu story untuk awak. Dan saya gerenti.. mesti story awak macam pisang goreng panas nanti.”

            Uih! Tak sabar rasanya nak dengar nie.

            “Minggu depan ada satu kumpulan k-pop dari Korea yang akan buat konsert dekat Malaysia. Dan saya nak awak yang cover story nie. Dari mereka datang sampai mereka balik. Segala aktiviti dekat Malaysia nanti saya nak awak cover dan saya akan dapatkan pass untuk awak semasa diorang practice dan jugak pass masa konsert nanti dan pastikan kita dapat shoot yang terbaik dan jugak story yang mantap.” panjang lebar Tuan Loqman terangkan dekat aku.

            Pergh! Best nie lama tak pergi konsert. Mesti syok habis nie.

            “Lagi satu kalau story nie meletup saya akan promote awak untuk kenaikan pangkat . Macam mana setuju?”

            Tak payah tanya la Tuan Loqman setuju ke tak setuju. Dah tentu aku setuju.

            “Saya setuju Tuan.” cepat saja aku sambut.

            “Kalau macam tu saya nak yang terbaik untuk awak..”

            Aku angguk tanda setuju. Eh kejap main setuju saja nie kumpulan apa pulak yang nak datang buat konsert dekat Malaysia nie. Buatnya tujuh atau lapan kumpulan datang buat konsert sekali. Mati aku nanti cover salah story.

            “Sekejap Tuan Loqman. Kalau boleh saya tahu kumpulan mana yang nak datang buat konsert dekat Malaysia minggu depan?”

            “Awak tak tahu Sakinah?” Tuan Loqman tanya macam tak percaya saja aku tak tahu.

            Aku geleng kepala. Dah duduk dalam tempurung tuan mana nak tahu.

            “Kumpulan Wazzup la.. yang under YG tu. Lupa?”

            Apa? Wazzup..

            “Wazzup? Saya tak nak la Tuan Loqman.” cepat-cepat aku menolak.

            “Kenapa pulak tak nak? Tadi dah setuju.” makin tinggi pulak volume suara Tuan Loqman nie.

            “Saya tak rasa saya boleh lagipun nie kali pertama saya cover pasal hiburan. Selalunya kan pasal kemasyarakatan, pasal politik, pasal isu-isu terkini.” ayat lepas diri, mintak-mintaklah diterima.

            “Saya pilih awak sebab awak lulusan Universiti di Korea dan awak fasih berbahasa Korea. Saya tak nak guna penterjemah bahasa sebab nanti story kita lambat. Saya tak nak dengar apa-apa alasan sebab awak dah kata setuju. Saya tak suka orang yang tak yakin. Sekarang awak boleh keluar.” tegas sekali suara Tuan Loqman.

            Adoi! Masak aku. Kenapa aku terus-terus kata setuju tadi.

            Kerana mulut badan binasa!

            *************************************

            Kini tibalah masa yang dinanti. Segala persiapan telah aku buat.. mask aku gunakan untuk menutup hidung dan mulut. Aku akan pakai mask nie sepanjang waktu bila ada kumpulan wazzup

            “Yang kau tiba-tiba pakai mask nie kenapa?” Hakim yang sentasa tersedia dengan lensa kamera tiba-tiba menegur aku.

            “Aku selsema la.” Alasan terbaik setakat ini aku rasa.

            “Tadi okey saja aku tengok.” Hakim masih lagi memandang pelik aku.

            Aku biarkan pertanyaan Hakim tidak terjawab. Sebenarnya sejak kelmarin lagi kumpulan Wazzup sudah tiba di Malaysia. Tapi tugasku bermula hari ini kerana kumpulan Wazzup akan adakan press conference bersama media di Malaysia.

            Aku duduk di barisan ketiga dari hadapan. Sengaja aku memilih untuk duduk disini sebab aku tak mahu dikenali.

            Ehh kenapa yakin sangat yang seolah-olah terasa di kenali. Sedarlah Izz entahkan Lee Jong Hyun pun dah tak ingat aku.

            Pengumuman dibuat bahawa artis-artis Wazzup akan masuk dalam masa lima minit lagi.

            Aku tarik nafas dalam. Sedalam mungkin untuk cari kekuatan.

            Lensa kamera bercahaya menandakan kelima-lima mereka sedang berjalan masuk. Mata aku tertumpu pada mereka

             Kelima – lima ahli kumpulan Wazzup kini sudah berada di hadapan aku.

            Mata aku begitu tertarik dengan Lee Jong Hyun.

            Aku ralit perhati dirinya. Badanya makin berisi, makin tegap. Mukanya berseri-seri. Segaris senyuman di wajah menandakan dirinya sedang gembira. Bahagia. Bahagiakah dia? Mungkin.. lepas saja aku pergi satu berita pun aku tidak terima dari dia.

            Semua aplikasi sosial di Korea aku matikan. Tak mahu dibuhungi.

            Mereka memperkenalkan diri satu persatu. Pada ketikanya aku memang cukup kenal mereka semua. Suatu ketika dahulu ketika aku di zaman jahiliah.

            Soalan yang ditanya aku rakamkan dengan voice record. Mata aku galak memerhati Lee Jong Hyun. Rindu. Ya! Aku rindu.. rindu bagai nak gila. Tapi bila ingat kembali apa yang dia lakukan pada aku. Sakit hati kian menjadi-jadi.

            Tiba-tiba mata kami bertentang. Dia tersenyum memandang aku. Cepat-cepat aku larikan anak mata. Jangan la dia kenal aku.

            “I think that person with the mask wanna ask me some question?”  Lee Jong Hyun tunjuk ke arah aku.

            Kini semua mata melekat kepada aku. Mati. Rasa nak lari saja nie.

            Aku geleng kepala. Jangan keluar suara nanti dia cam.



            “Nevermind you can ask me how many question you like.” masih tidak mengalah nampaknya Lee Jong Hyun nie.

            “Do you have a girlfriend? Are you now dating with korean celebrity? Hana Lee?” tanpa sedar aku bertanyakan Lee Jong Hyun soalan.

            Hana Lee. Hana Lee yang berpelukan dengan dia suatu masa dahulu. Yang ketika mereka sama-masa mabuk. Yang membawa aku pulang ke bumi Malaysia.

            Sunyi. Semua mata memandang aku. Alamak! Tadi kata tak nak keluar suara. Kenapa keluar jugak! Rasa nak balik saja sekarang nie.

            “Nope. I still single but not available. I still waiting someone.. I don't know where is she but I know she is in Malaysia.”

            ringkas. Padat. Tepat.

            I still waiting someone.

            Kini berbagai soalan diajukan kepada Lee Jong Hyun mengenai gadis Malaysianya. Tapi dia lebih bersikap diamkan diri. Sebelum bersurai sempat anak matanya memandang aku tepat. Segaris senyuman di lemparkan buat aku.

            Lama.

            Aku membalas senyuman tersebut tapi sayang senyuman itu tiada siapa yang melihat.

 *********************************************

            Aku masuk ke bilik hotel yang disediakan khas untuk aku. Dan di hotel nie jugaklah yang menempatkan Lee Jong Hyun dan jugak ahli kumpulannya. Aku pandang senarai yang disediakan untuk aku bersama mereka.

            Makan pagi.. sesi latihan untuk konsert.. semasa konsert berlangsung..semasa pulang.

            Sesi latihan untuk konsert diorang dah sehari. Masa konsert tu dari tengahari sampai tengah malam.. sehari lepas konsert baru diorang balik. Lama pulak rasanya. Alahai. Lagi nak menjauh lagi terasa dekat.

            I still waiting someone.

            Ah! Kenapa ayat nie yang selalu bermain dalam kepala aku.

            Terbayang pulak muka Lee Jong Hyun.

            Tolonglah kenapa terbayang muka dia pulak nie. Apa yang dia buat dekat aku sedikit pun aku tak boleh lupa. Macam mana dia sakitkan hati aku. Macam mana dia boleh bercumbu dengan perempuan lain masa mabuk. Dan macam mana kami boleh sekatil. Dan macam suami isteri.

            Aku hela nafas panjang. Masa silam yang menyakitkan. Masa silam yang penuh dengan dosa. Aku harap lepas nie aku boleh terus lupakan dia dalam hidup aku. Sampai bila-bila.

            Bila malam-malam macam nie perut terasa lapar pulak. Nak bawak maggie lupa pulak. Aku tengok jam di handphone. Pukul sepuluh setengah malam. Malam-malam macam nie nak makan dekat mana. Rasanya macam ada kedai 7eleven dekat sini. Dapat beli maggie pun dah cukup baik nie.

            Terus aku lilit shawl di kepala. Jom cari maggie.

            Aku pandang 3 cup maggie kari yang aku beli dekat 7eleven tadi. Sementara nak menunggu lif tiba aku perati cup maggie nie. Nie kegemaran Lee Jong Hyun. Maggie kari.

            Aku terdengar suara-suara bising di belakang. Bila aku toleh saja aku nampak Lee Jong Hyun dan beberapa mamat korea yang berjalan dengan dia sedang menuju ke tempat lif. Alamak! Habislah aku. Dah la aku tak bawak mask. Dengan pantasnya aku tarik shawl yang aku pakai hingga menutupi hidung dan mulut.

            Aku pura-pura buat tahu. Yang pasti buat tak nampak.

            Dia berdiri betul-betul tepi aku. Dan bau minyak wangi yang dia pakai itu adalah minyak wangi yang aku hadiahkan. Aku masih ingat lagi bau nie.

            “Hai.” dia menyapa aku.

            Aku hanya menunduk dan membuat isyarat mata. Seram sejuk dah badan nie.

            “Wow.. My favourite maggie. Can I have one?” Lee Jong Hyun terus menyapa.

            Aku pandang maggie yang tersusun elok dalam beg plastik 7eleven.

            Nampak la pulak. Dah tu tak malu mintak dekat orang.

            Teragak-agak aku nak buka beg plastik tu dan bagi dekat dia satu. Kerana terlalu mengeletar cup maggie terjatuh dari tangan aku semasa aku nak bagi dekat dia.

            “Sorry..sorry.” Lee Jong Hyun meminta maaf sambil mengambil cup maggie yang terjatuh tu.

            “ken-chan-na.. ken-chan-na..” (Tak apa- tak apa)

            Lama matanya merenung aku. Mata kami bertentang lama. Ting! Bunyi pintu lif terbuka benar-benar mengejutkan kami berdua.

            Masa dekat dalam lif masing-masing terdiam. Aku masih cover muka aku dengan shawl. Sesekali aroma minyak wanginya menerjah masuk ke hidung aku.

            “Izz..” perlahan Lee Jong Hyun sebut nama tu.

            Aku terpana. Dia sebut nama aku?

            Berkali – kali dia sebut nama tu.. biarpun perlahan namun jelas di telinga aku.

            Tingkat 13.

            Aku mula mahu melangkah keluar.

            “Izz.. kumawoo”  (terima kasih) sambil memegang maggie cup perisa kari.

            Aku terus berjalan keluar tanpa mempedulikan dia. 

            Aku bukan Izz..aku Sakinah.. nama aku Sakinah.

****************************

            Aku bersiap-siap mahu ke stadium tertutup Putra. Nasib baik segala pengangkutan disediakan. Aku duduk dilobi sambil menunggu Hakim. Sesekali aku membuka instagram. Terasa mahu membuka intagram Lee Jong Hyun pulak. Instagram yang aku follow senyap-senyap dua malam lepas. 

            Mata aku tertumpu pada post gambarnya pada pukul 12 tengah malam semalam. Gambar manggie cup dengan caption. I miss you.

            “Sakinah.. lama dah tunggu aku?” Hakim tiba dengan kameranya.

            Cepat-cepat aku simpan Iphone dalam beg.  “Tak la baru saja.”

            “Wei aku sakit perut la. Aku rasa tak boleh join untuk hari nie.” Hakim menahan kerut-kerut di muka.

            “Sakit perut pulak. Semalam kau makan apa?”

            “Malam semalam aku keluar dengan Kaira. Dia datang ambik aku dekat sini. Keracunan makanan nie. Kau cover sorang erh.” Kaira tu tunang Hakim.

            Aku menghela nafas panjang. Nak tak nak kena cover jugaklah habis nak buat macam mana lagi. Terpaksalah.

            Aku menaiki van yang disediakan oleh company. Aku belek – belek gambar yang Hakim ambil semasa press conference semalam. Banyak jugak gambar yang dia ambil. Aku belek satu persatu gambar tersebut. Dalam tak sedar aku ukir senyuman.

            Kini, aku tiba di stadium tertutup Putra. Dengan menujukkan pass media. Aku masuk ikut pintu belakang. Kelihatan beberapa staff sedang siapkan pentas, sound system dan macam-macam lagi. Dan ternyata stadium yang besar gila macam nie boleh habis tiket dijual. Kagum!

            Aku duduk di satu penjuru dan mengambil gambar setiap yang dilakukan oleh mereka. Aku rasa banyak saja media yang masuk untuk shoot diorang tengah pracktise. Aku ambil satu tempat yang tak perlu untuk aku bergerak banyak. Sebab aku kadang-kadang terasa sesak pakai mask nie. Aku duduk di satu kerusi yang boleh menampakkan mereka beraksi.

            Bersungguh – sungguh Lee Jong Hyun berlatih. Sesekali dia bergurau dengan kawan – kawannya. Sesekali dia serius.. aku terbuai seketika. Banyak shoot yang aku ambil. Dan yang pasti kesemuanya adalah gambar dia.

            Aku buka laptop dan tulis laporan yang perlu di hantar kepada Tuan Loqman. Semalam siapkan laporan sampai pukul 3 pagi lepas tu tadi subuh bangun lepas tu confirm – confirm tak boleh tidur balik.

            Lepas makan tengahari yang disediakan oleh pihak penganjur. Aku duduk bersandar di satu sudut yang agak tersorok sikit. Dapat tidur setengah jam pun jadilah. Aku buka mask dan simpan dalam beg laptop. Kamera aku sangkutkan ditengkuk. Jam aku setkan pukul 2 petang. Takut terlepas zuhur nanti.

************************************
           
            Kini tibalah hari yang di nanti.. konsert kumpulan Wazzup yang pertama di Malaysia. Yang julung – julung kali diadakan di Malaysia. Dengan pas media yang tergantung di leher. Kami sesuka hati boleh berjalan dengan selesa di belakang pentas. Hakim mengambil tempat khas di tepi pentas, manakala aku duduk di belakang pentas bagi memudahkan kerja-kerja aku untuk menyiapkan laporan untuk dimasukkan di muka hadapan pada esok hari. 

            Satu.. dua.. tiga..

            kumpulan Wazzup masuk ke pentas utama dengan disaksikan beribu-ribu peminta dari setiap pelosok negeri. Stadium kedengaran gamat dengan bunyi jeritan. Mereka memulakan konsert dengan lagu terbaru mereka dan diikuti dengan percikan api ditepi pentas.

            Aku yang berdiri dari jauh, tersenyum sendiri. Ini yang awak mahukan dari dulu Jung Hyun.. cita-cita dan impian awak menjadi penyanyi yang versetail. Dan yang pasti saya takkan pernah lupa cita – cita awak untuk menakluk seluruh dunia. Saya sentiasa doakan awak Jung Hyun.




            “Apa khabar Malaysia!” jeritan dan Dalpo mengamit suasana kembali hingar.

            “I learn this from my Malaysia friend long time ago.” sambung Dalpo lagi.

            Aku senyum lagi. Malaysia friend? Aku la agaknya yang di maksudkan.

            Selepas memperkenalkan diri masing – masing membuat persembahan solo.

            Kini tiba giliran Jung Hyun.

            “I create this song long time ago.. for the girl who take my heart. Keep it. Saya masih sayang awak. I still loving you.”

            Lagu still loving you mula kedengaran di senegap ruang. Lagu dalam bahasa Korea tersebut bebenar menyentuh hati aku.


            Maafkan aku kerana telah melukai hatimu.
            Maafkan aku untuk segalanya.
            Sungguh, aku masih menyintai kamu.
            Dari dulu hingga sekarang.
            Sayang.
            Pulanglah ke pangkuanku.
            Aku masih cintakan kamu.



            Aku pejamkan mata rapat – rapat. Mengumpul kekuatan yang sedia ada. Lagu Jung Hyun benar – benar menikam jiwa. Aku hela nafas panjang – panjang.

            Patut ke aku lupakan segala kesalahan dia dan kembali kepada dia semula ataupun lupakan dia dan hidup bahagia di Malaysia. Bahagia ke aku?

            Aku mungkin bisa maafkan dia tapi untuk aku kembali kepada dia mungkin tidak. Aku bukan yang dulu. Maafkan aku Jung Hyun.

            Malam ini, selesai tamat konsert maka tamatlah tugas aku yang telah Tuan Loqman arahkan. Maka tamatlah jugak sesi aku bersama dengan Jung Hyun. Dan mulai esok aku kembali berkeadaan seperti biasa. Mula melakukan tugas – tugas harian sebagai wartawan, setiap hari buat tugas luar.

            Dan sama juga seperti Jung Hyun, kembali ke Korea. Penuhkan jadual dengan modeling, lakonan, nyanyian, masuk variety show, jadi guest untuk Runningman tak pun masuk We Got Married ke.

            Malam tu aku dapat panggilan dari Tuan Loqman, berita yang aku cover untuk kumpulan wazzup telah viral di media sosial. Satu lagi kejayaan untuk aku.

            Lepas saja tamat sesi konsert aku dan semua para media. Tidak dibenarkan pulang lagi kerana ada sedikit jamuan ringan dari pihak YG untuk kami para wartawan dan juga untuk semua staff YG termasuk kumpulan Wazzup.

            Makanan Korea dan Malaysia dihidang bersama. Buat pertama kalinya aku duduk setentang dengan Jung Hyun biarpun berlainan meja. Aku cuba untuk tidak memandangnya namun apakan daya aku tidak mampu menahan mata aku untuk menatap wajahnya buat kali terakhir.

            Seketika mata kami bertentangan. Dia hadiahkan sebuah senyuman buat aku. Aku membalasnya tapi sayang dia tidak boleh lihat kerana terlindung dengan mask yang aku pakai.

            Ketika masing – masing sedang sibuk menjamu selera, aku hanya mampu memerhati saja. Bukan tak lalu tapi mask nie yang menghalang aku untuk mendedahkan identiti aku.

            “Kimbab for you. I know you hungry.” James suakan kimbab dekat aku.

            Aku hanya angguk sahaja. Kimbab sedapnya.

            “Tomorrow we are going back to Korea. 2.30 pm.”

            Aku angguk lagi. Seperti gaya tak puas hati, James merenung aku tajam.

            “How do you know about Hana Lee? Only Izz know about this.

            Aku telan air liur! Alamak! Mati aku. Aku cepat – cepat masukkan kimbab dalam beg dan bersiap – siap untuk pulang.

            “Hangukmal hasil jul aseyo?” awak boleh berbahasa Korea? Lagi dia tanya aku.

            Peluh mula membasahi aku.

            “Sorry. I have to go.” aku terus melangkah pergi.

            Dalam tak sedar James terus mengekori aku hingga ke pintu.

            “Izz. Maafkan Jung Hyun.” James berbahasa Korea.

            Langkah aku terhenti.

            “Sejak awak pergi, hidup Jung Hyun hanya di dalam studio. Sejak awak pergi dia dah tak mabuk. Dia dah tak pandang perempuan lain. Tiap- tiap hari dia lihat gambar awak. Macam nak gila dia bila dia google semua pasal awak. Izz.. maafkan Jung Hyun.” James kembali menyambung.

****************************

            Aku tiba diperkarangan hotel tempat Jung Hyun menginap. Nak terus serbu bilik dia masalahnya aku tak tahu dia tinggal di bilik mana, tingkat berapa. Last-last terpaksa tanya receptionist pasal Jung Hyun. Katanya, Jung Hyun sudah pun check-out pukul 10 pagi tadi.

            Aku pandang jam di tangan masih tak terlewat lagi kalau aku pergi KLIA nie. Dengan berbekalkan hati yang kental, aku terus memandu ke perkarangan KLIA. Disebabkan suasana yang agak lengang aku memerhati sekeliling. Hinggakan mata aku terhenti di starbuck. Aku dapat melihat Jung Hyun menerusi cermin kaca.

            Aku pakaikan mask di muka dan berjalan merapati Jung Hyun. Kami hanya terpisah dengan cermin kaca.

            Elok aku nak buat mukadimah nak kenalkan diri aku walaupun terpisah dengan cermin kaca, tiba – tiba dia bangun seolah – olah mahu berjalan keluar. Aku cuba untuk berdiri di hadapan pintu starbuck tapi kelihatan peminat -peminat kumpulan wazzup sudah penuh memenuhi ruang hadapan pintu.


 

            Aku berasak- asak bersama mereka. Rasa macam masa tak sesuai pulak. Dari celah – celah peminat aku dapat melihat wajah Jung Hyun yang bersahaja. Mungkin dia sudah biasa berkeadaan begini di Korea.

            Mungkin tak ada harapan aku nak menunjukkan diri aku yang sebenar. Aku terus mengekori mereka hingga ke tempat pemeriksaan. Aku berdiri di dinding kaca bertentangan dengan tangga eskalator.

            Elok Jung Hyun berdiri di atas tangga eskalator dia menoleh ke arah peminat sambil melambai – lambai tangan. Hingga matanya terperasan akan aku. Aku kaku seketika nak bagitahu ke tak nak.


            Aku angkat pass press yang aku sangkut di leher semasa berada bersama – sama mereka dua hari lepas, mungkin pass ini akan ingatkan dia pada aku. Dia angkat tangan sambil melambai – lambai pada aku. Ternyata dia masih ingat aku. Tanpa berlengah aku terus buka mask yang aku pakai tadi.

            Dan ternyata Jung Hyun terkejut. Hampir terlepas passport yang di pegangnya dan ternyata bukan dia seorang saja yang perasaan tapi kesemua ahli kumpulan Wazzup.

            Aku tersenyum dari atas.

            “Anyeonghi gaseyo.” aku melambai – lambai tangan sambil mengucapkan selamat tinggal buat mereka.

            Izz..

            Dari gerak mulut Jung Hyun aku tahu dia menyebut nama aku.

            Senyuman terakhir aku sebelum aku berlalu tinggalkan mereka. Yang pasti Jung Hyun.

            Mungkin kami takkan berjumpa lagi. Dan tak mungkin aku akan jadi kekasihnya lagi. Aku tak tahu apa yang dia fikirkan sekarang bila dia nampak aku.

            Elok aku memasuki kereta mahu tinggalkan perkarangan KLIA. Telefon aku berdering.

            Tuan Loqman. Mesti nak cakap bahawa aku dah boleh jadi editor minggu depan tak pun suruh aku jadi penolong editor.

            “Saya ada berita gembira untuk awak Sakinah.” kedengaran ceria suara Tuan Loqman.

            Aku dah agak dah!

            “Ye Tuan ada apa Tuan.”

            “Syarikat dengan berbesar hati akan sediakan pakej percutian untuk awak selama seminggu.”

            Membulat biji mata aku. Apa percutian? Seronoknya. Sejak enam bulan bekerja dengan syarikat swasta nie nak minta cuti pun payah. Mesti nak suruh aku pi bercuti dekat Maldives nie.

            “Betul ke Tuan.. terima kasih. Bila saya boleh bercuti nie?” tanya aku tak sabar.

            “Minggu hadapan. Semua syarikat sediakan. Awak hanya bawak pakaian awak dan jugak duit untuk shopping.”

            Yes! Yes! Yes! Tiba – tiba rasa nak menangis sebab terharu.

            “Maldives ke tuan?” saja nak tahu, nak buat persiapan.

            “Tak la Korea.”

            “Ooo Korea.. okey jugak tu.”

            What! Korea?

            “Kenapa Korea tuan?” tak senang duduk di buatnya.

            “Sebab awak fasih berbahasa Korea.” oh! Senangnya jawapan.

            Alah! Korea saja pun.

            “Haa lagi satu ada tugasan untuk awak.” Sempat lagi Tuan Loqman nie.

            “Apa dia tuan?” lemah semangat nie, ingatkan Maldives tadi.

            “Masa dekat Korea nanti, awak akan cover tentang Konsert kumpulan Wazzup dekat sana, diorang ada big konsert dekat Seoul nanti, saya dah uruskan semua. Nanti awak jumpa staff YG dekat sana. Paham Sakinah. Masa balik Malaysia nanti baru penilaian akan dibuat berdasarkan tugasan awak untuk kenaikan pangkat. Bye Sakinah. Good luck!”

            Talian terus dimatikan.

            Uwaa! Kan aku dah cakap syarikat bukan saja-saja nak bagi aku cuti.

            Kenapa aku? Kenapa? Kenapa?

            Maknanya minggu depan kena pi Korea? Minggu depan kena jumpa Jung Hyun.

            Mimpi ngerikah ini?

            TAMAT


 picture credit to google
           


            

14 comments:

  1. Akak sambung lagi besttt....sian sakinah,lgi nk elakkn berjmpa dgn jung hyung lgi kne jumpa ...

    ReplyDelete
  2. Dik. Sambung laa lagi. Tergantung nie......

    ReplyDelete
  3. Sambung lagi boleh tak? Please....

    ReplyDelete
  4. Sambungla lagi... Mcm tergantung jer.. Dh teruja ni

    ReplyDelete
  5. Sambung la sis.. Kisah tergantung ni. Banyak persoalan timbul.. TQ

    ReplyDelete
  6. sambung la lg sis crta nie best sgt,nk tau ending ia cm mna plis2x

    ReplyDelete
  7. Sambunglah... Nk thu kisah selanjutnye.. 😂😂

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum akak.. cite ni mmg best sngt.. akk smbung la cerpen ni smpi dia gi korea.. please akk I beg u 😖😖

    ReplyDelete