Copyright© All Rights Reserved akubukannovelis.blogspot.com

8 Feb 2012

Bila blogger jadi maid ep 5


Aku pandang Tengku Ashraf dengan rasa bersalah. Minta maaf la Tengku. Bukan saya sengaja pun. aku suruh Ash duduk  dekat meja makan di dapur. Kemudian aku ambik minyak gamat dekat dalam bilik. Kesian dekat dia. Tolong aku sampai terluka.
“Minta maaf” aku bersuara perlahan sambil sapu minyak gamat dekat lengan Ash.
“Ala kau ni sikit je pun bukannya apa-apa sangat.. tak macho la kalau tak tolong awek yang dalam kesusahankan?” Ash bersuara perlahan dan syahdu.. alahai! Jangan la buat suara macam tu meremang dah ni.
“Err..kalau bukan sebab saya yang ajak Tengku keluar mesti tak jadi macam ni.” nasib baik luka tu tak besar dan tak panjang. Ada la dalam dua inci sahaja. Aku sapu perlahan minyak gamat di tangan Ash.
“Habis tu kalau kau keluar sorang-sorang lagi la bahaya.. entah-entah tadi dah jadi kenduri pun. nak ke?”Ash menangkat kening, pantas aku geleng kepala perlahan. Mulut Ash ni capoi sangat la.
“Nasib baik aku yang gagah perkasa ni ada.. kau berhutang nyawa tau dengan aku.” Ash sambung lagi. Gagah ke? Badan keding saja aku tengok boleh lagi mau cakap badan tu gagah. Tolong la! Ya. Aku memang berhutang nyawa dengan Ash..
“Terima kasih Tengku.” Kami masing-masing mendiamkan diri. Aku letak plaster dekat lengan Ash.. tak lama lagi tu okey la..bukan terus sangat pun aku tengok luka Ash tu.
Masa aku bangun nak letak minyak gamat dalam bilik, Ash sibuk suruh aku duduk pula.. pelik betul tiba-tiba jadi macam ni. nak buat kejutan apa pulak ni.
Aku amati insan yang bernama Tengku Yusri Ashraf  lama-lama masa dia tengah sibuk buka laci , dari pandang aku Ash ni, handsome la jugak ada la muka dia tu iras-iras Johan Ariff  Asari ala botak juvana tu. Cuma ni versi ada rambut, badan tuff, hidung mancung sikit.. mungkin bagi aku handsome lagi la dari botak juvana tu.. kalau Ash tau mampus perasan budak tu.
“Hoi!” tangan kanannya menampar meja.
“Hoi Ashraf botak!!” cepat-cepat aku menekup mulut.. alamak melatah lagi.. dah la tadi panggil dia pisang dah tu sekarang panggil botak pula.. tapi siapa suruh dia gatal tangan pergi tampar meja depan aku ni. kan aku dah terkejut. Bila terkejut aku melatah la.. sekarang salah siapa?
“Kau ni la Anis.. dah la panggil aku pisang dah tu sekarang panggil aku botak pulak.. muda-muda lagi dah melatah lepas ni aku panggil kau makcik pula la” dia terus letak dua mug yang berisi air coklat Cadbury pansa.. berasap-asap lagi tu.. baiknya tengku ni.. so sweet.. tapi kan semakin lama aku kenal Ash ni semakin banyak cakap la pulak. Dah macam orang tua.
“Tak la..saya tengok Tengku ni ada iras-iras Johan Ariff..” aku tiup air coklat tu.. tengok aku cover baik punya.
“Siapa mamat tu?” dia tengok aku semacam sambil keningnya terangkat.
“Laa.. tak kenal?” aku jungkitkan kening. Ash geleng laju. “Tu cerita juvana tu.. botak..” Aku cakap lagi..pergh! ketinggalan LRT dah ni.. sikit punya famous boleh pula tak kenal.
“Entah.. tak kenal pun..” Ash buat muka selamber sambil hirup air coklat Cadbury tu.
“Ish..ish.. teruk betul.. cerita tu dapat ranking 4.2 juta penonton tau.. tu Yusra tu sampai jatuh cinta dekat Apek..” aku bercakap dengan penuh semangat.. rupanya ada juga manusia yang tak tengok televisyen..
“Korang ni.. tak payah la nak jatuh cinta bagai, padahal pelakon-pelakon tu pun dah ada awek dah..” kepala Ash digeleng perlahan..
Aku mencebik ala kalau dah jodoh nak kahwin dengan pelakon nak buat macam mana.. bonus la tu ye idak?
“Eleh Tengku dengki la tu..” aku menghirup perlahan air coklat yang dah suam sikit tu. Sedap jugak.
“Tak ada maknanya aku nak dengki.. awek aku tu model lagi.. kau ada?” Ash tersenyum bangga. Hish berlagak betul mamat ni.. aku luku nanti baru tau. Model tak model.
“Kenapa Tengku tak bertunang dulu? Kenapa nak kahwin terus?” aku dah lama tanam niat nak tanya tapi sekarang baru dapat tanya.
“Ala.. macam menyusahkan aja nak tunang dulu.. lagipun kami ni asyik sibuk mana ada masa nak tunang-tunang.”
“Ala Tengku kan kedekut..” aku berkata perlahan.
“Amboi mulut.. bukan kedekut la lagipun parents Aimie tu dah lama meninggal so susah la.. bukan ada orang nak uruskan pun.” Ash bersuara keras. Marah ke? Dengar pula aku cakap dia kedekut.
“Mesti Tengku tak sabar nak jadi suami kan?” aku meneka.
“Ish memang.. aku ni la suami paling romatis abad ni.” Perasan!
“Kesian Aimie dapat suami perasan macam ni..”
Tiba-tiba aku terdengar suara Ash ketawa dengan kuat.. aku yang mula nak basuh cawan dekat singki terus terbantut. Apa hal mamat ni.
“Kenapa?” aku buat muka tak faham.
“Kau la..kelakar betul tadi , aku kena sikit saja yang kau jerit macam nampak aku kena tikam tu apasal?” Ash ketawa sambil memegang perut.
“Ye la.. kalau mati anak orang macam mana? Saya juga yang susah.. kena turun naik mahkamah.. uih! Tak sanggup saya.” muka aku dah merah.. memang aku ni cepat panik.
“Comel la kau ni.. macam muka Lisa Surihani..” terus dia letak cawan dalam singki.
“Baru tahu ke?” aku tersengih-sengih. Bab puji memuji ni memang aku suka.
“Aku puji sebab nak suruh kau basuh cawan aku..bukan saja-saja aku nak puji..basuh cawan tu, aku nak tidur” Ash terus meninggalkan aku dekat dapur sendirian.. kurang ajar betul!
***************************************************************************
Malam tu sempat lagi aku up date blog walaupun jam dah hampir pukul satu setangah pagi.

TERIMA KASIH!

Sorry dah lama tak  up date blog.. sorry ye kawan-kawan..
Tadi masa aku nak pergi beli burger ekonomi ada orang nak culik aku wei.. wei! Sedar tak apa aku cakap ni.. CULIK! Ya.. culik.. nasib baik ada encik Tengku yang baik hati + perasan yang tolong selamatkan aku. Fuh! Terima kasih Encik Tengku..
Tapi Encik Tengku ni suka perasan la.. ada ke dia cakap dia aku jadi suami yang paling romantik abad ni.. (haruslah korang tutup telinga) tapikan kalau korang perasan.. muka Encik Tengku tu macam muka Johan Asari kan? Kan? Kan? Ala.. Johan asari aka Botak JUVANA.. haaa.. ingat?
Kalau korang tak percaya belek la gambar yang aku curi dekat dalam facebook Encik Tengku.. Sorry Encik Tengku..

-Gambar pertama.. percaya?

-gambar kedua.. hampir-hampir nak percaya?

-Gambar ketiga.. sikit lagi nak percaya?

-Gambar keempat.. haa.. haruslah percaya.. kerana gambar ni time Encik Tengku pergi umrah..

Percaya? Percaya kan?

Dan korang tahu tak Encik Tengku cakap muka aku macam Lisa Surihani.. (Aku dah jadi kembang semangkuk ni)

p/s >> thanks Encik Tengku kerana telah menyelamatkan Cik Lisa Surihani celup ni.. haha..

lepas sahaja aku up date blog, facebook dan twitter.. aku terus rebahkan diri atas katil.. esok tak payah buat kerja rumah sebab Puan Sri bagi cuti sampai. Ash kahwin.. tak berapa hari lagi Ash nak kahwin dah.. mesti nanti bosan.. kalau Ash tu ada mesti best..
tak apa la orang dah nak kahwin dah sampai seru.. dan aku akhirnya terlelap..bawak sekali Tengku Ashraf masuk dalam mimpi aku.
******************************************************************************
Aku tengok jam di atas meja dekat lampu tidur.. baru pukul enam pagi.. siapa yang ketuk pintu ni.. aku teruskan balik tidur..
Tok! Tok! Tok!
Kacau betul la..!
“Iye kejap..” aku terus mencapai tudung dihujung katil dan sarungkan ke kepala.. lampu aku buka..baru terang sikit.
Good morning Anis..” Suara Ash memecah hening pagi..
“Nak apa?” aku masih menutup mata dan kepala aku lentokkan di dinding.
“Pergi siap-siap semua orang dah tunggu nak solat jemaah sama-sama..” Suara Ash kelihatan segar..
“Segarnya Tengku pagi ni.. tak tidur ke semalam?” aku masih memejamkan mata..
“Ala aku dah biasa la macam ni.. banyak kerja tak siap..”
“Nanti saya naik..” aku terus tutup pintu cepat-cepat.. segar betul mamat ni..

Lepas lima belas minit.. aku yang bertelekung terus naik ke tingkat atas yang memang di khaskan ruang untuk solat berjemaah dan yang menjadi imam pagi itu adalah.. Encik Tengku Yusri Ashraf.. sila tepuk beramai-ramai, patut la beria kejutkan aku bangun solat subuh. Rupanya ada ayam disebalik bihun sup. Aku mengambil tempat di sebelah kak Airin. Walaupun mualaf tapi tak kekok pun dalam soal agama bagusnya abang Yuzril ni ajar wife dia yang comel ni.
Kami merapatkan saf masing-masing.Ash mengimamkan solat subuh pagi itu dan selepas kami menyudahkan solat Ash memberi tazkirah aku dah tersengguk-sengguk tapi aku cuba berlagak cool masa tazkirah tadi ada satu ayat yang menyedarkan aku tentang sesuatu.. ya! Tentang sesuatu.

Yusra tarik tangan aku ke taman berdekatan dengan kolam ikan..
“Baik akak cerita cepat..” belum sempat aku nak duduk Yusra dah buka mulut sambil bercekak pinggang, ramping jugak pinggang budak ni.
“Cerita apa?” aku buat muka tak faham. Cer cite..cer cite
“Semalam tu la..” Yusra tenung muka aku macam nak makan.
“Baca blog akak erh?” aku tersenyum. Kantoi sudah..Post lagi dalam belog kan padan dengan muka aku!
“Akak kena apa-apa tak?” Yusra belek-belek tangan aku, dia pengang-pengang pula muak aku yang licin ni.
“Tak la.. akak okey saja.. tapi Tengku tu luka sikit tangan dia..”Aku berkata perlahan..
“Yusra tahu..” Yusra tersenyum..
“Macam mana Yusra tahu?” aku buat muka yang penuh dengan tanda tanya kalau boleh nampak mesti boleh nampak tanda seru..
“Abang datang bilik Yusra pukul empat pagi semata-mata nak cakap dia jadi hero..” Yusra baling makanan ikan ke dalam kolam ikan  yang dah tersedia dekat taman tu, banyak ikan dalam tu..aku pun turut baling sama..
“Abang Yusra tu memang tak tidur ke?”
“Abang tu kalau banyak sangat kerja dia tak tidur sebab dia tak suka tangguh-tangguh kerja..” macam tu ye.. patut la ceria semcam pagi ni..
Halo gegirl..” satu suara garau berada di belakang kami. Aduh! Potong betul..
“Laa ingatkan tidur tadi..”Yusra tersenyum memandang abangnya.. segera dia memaut lengan Ash.
“Jom gegirl teman abang pergi test baju nikah..” Ash yang siap bergaya aku pandang dari atas sampai bawah.. handsome!
“Yusra mandi dulu erh..” Yusra pergi meninggalkan kami berdua..
“Haa.. cik adik manis sorang ni tak nak siap ke?” Ash berkata lagi sambil melabuhkan punggungnya di sebelah aku.
“Dijemput ke?” aku melirik mata ke arah Ash.. bau minyak wangi yang di pakai Ash menusuk ke hidung.
“Ye la.. nak duduk rumah sorang-sorang? Semua orang keluar tau..” laa yeke semua orang nak keluar? Kalau duduk sesorang pun okey juga boleh aku tidur sepanjang hari.
“Ye la nak siap la ni..” aku terus bangun.. bonda tak cakap pun nak keluar.. sampai hati!
*****************************************************************************

Dilla tersenyum gembira sambil memaut lengan Aimie..tak sangka kawan sepermainanya sejak kecil dalam beberapa jam sahaja lagi sah bergelar isteri orang.
“Kau dah kahwin nanti buang semua perangai kau.. bukan calang-calang orang kau kahwin ni tau.” Dilla tersenyum memandang Aimie yang sedang mengilatkan kukunya.
“Aku tahu la beb..takkan aku nak malukan maruah aku sendiri” Aimie tersenyum gembira.. lelaki pujaan malaya akan menjadi miliknya dalam beberapa jam sahaja lagi..
“Mesti kau cantikkan malam ni..” Dilla tersenyum bangga mana taknya Dilla pun nak tumpang glamor jugak dengan jadi pengapit kepada Aimie. Dapat la selit-selit sikit muka dia.
“Siapa boleh kalah dengan aku..aku kan paling cantik dekat Malaysia ni.. siapa tak kenal aku?” mereka ketawa bersama.. ketawa menggila langsung tak pernah nak merendah diri.. Subhanallah!
“Aku nak pergi toilet la sakit perut..” Aimie bangun lantas berjalan ke bilik air..
Tiba-tiba..
“Argh..!!” Jeritan kuat mengejutkan Dilla yang tengah sibuk mencalitkan pewarna kuku di jarinya. Sepantas kilat dia berlari mendapatkan Aimie.
“Ya Allah Aimie..” Dilla menekup mulut saat sampai ke bilik air. Macam mana boleh jatuh ni..
“Kau okey tak ni?” Dilla cuba mengangkat Aimie.. “kalau Excited nak kahwin pun sabar la..” Dilla tersenyum kemudian menggelangkan kepalanya. Dilla mula terperasan seluar jeans yang dipakai Aimie penuh dengan darah.. ni bukan darah datang bulan ni.
“Kau pregnant ke?” Dilla memangku Aimie..
“Tolong Dilla.. sakit..” Aimie mengerang kesakitan.. sakit keguguran yang pernah di alami dulu tak pernah sesakit ini..
“Aku telefon ambulans..”
“Jangan..” Pintas Aimie cepat.. “nanti semua orang tahu aku mengandung..kau bawak aku pergi klinik..”
“Nak pergi klinik mana” Dilla cemas.. kali pertama berhadapan situasi sebegini..
“Nanti aku bagitahu.. sakit Dilla..” dia terpaksa memapah Aimie hingga ke kereta.. tak ada masalah cari masalah.. ni la orang cakap cari penyakit.
***************************************************************************
Bilik hotel Golden Horses mula dipenuhi dengan cameraman, juru mekap dan semestinya pereka baju nikah Aimie malam ni.. Hatta Dolmat.
“Tolong pakaikan inai..” Ash menyuakan aku inai 3 minit.. inai ni memang cepat merah dan cepat juga hilang merahnya.
“Ala.. malas la..” tak boleh ke kalau tak menyusahkan aku? dalam bilik tu selain cameraman dan orang-orang belakang tabir terdapat keluarga aku dan juga Tengku Ashraf..
“Tolong la.. ingat kau ada terhutang nyawa dengan aku.” Ash dah duduk depan aku sambil menyuakan jarinya. Lempang nanti baru tau mengungkit je tahu.
Aku dengan perasaan malas terus sapukan inai tersebut di jari hantu sebelah kanan dan diikuti jari manis dan kelingking dan kemudian beralih pula ke sebelah kiri. Kalau ikut hati aku yang tulus dan suci ni malas aku nak sapu inai dekat tangan Ash ni. tapi disebabkan terhutang nyawa terpaksa la aku merelakan diri dalam keterpaksaan. Macam lagu la pulak.
“Kenapa kena pakai inai erh?” Ash dah tersenyum-senyum sambil pandang aku. Aku terdiam. Takkan nak cakap inai ni untuk naikkan nafsu sebab warna merah yang tu boleh menaikan nafsu pasangan masing-masing.
“Entah..” aku buat-buat tak tahu.
“Ala..malu-malu pula.. bukan untuk naikkan nafsu pasangan ke?” Ash dah tersengih-sengih. Aku ni dah la pantang malu sikit mula la pipi nak macam pakai blusher.
Aku jeling dekat Ash.. “gatal punya Tengku. dah siap dah, pergi main jauh-jauh..” tanpa sempat aku nak bangun Yusra pun nak juga pakai Inai.. budak ni pun satu dah gatal nak kahwin la tu.. nikahkan sekali dengan abang dia baru tahu.
Disebabkan tangan aku dah comot dengan inai Yusra pula pakaikan aku inai. Si Ash tu dah tersengih-sengih dekat aku. Suka la tu nak menyakat. Tak apa la lagipun lepas ni tak ada dah orang nak sakat kita.. huhu.. kalau ada pun dah jadi laki orang.
Tapi kenapa aku tiba-tiba nak sedih ni? sedih la, baru nak ada kawan ‘tempat kerja’ tapi kawan tu dah nak kawin jadi terpaksa la aku kawan dengan budak-budak bawah umur macam Yusra..hehe






3 comments:

  1. cepatlah kahwin..hahaha ~gatai plak ak~

    ReplyDelete
  2. knp bnyk ejaan slh cth:pengang-pengang,tlg fokus kalau nk maju

    ReplyDelete
  3. ayat agak tunggang terbalik... pening... pening....

    ReplyDelete