Copyright© All Rights Reserved akubukannovelis.blogspot.com

1 Nov 2012

PENULIS NOVEL @ ONLINE SEBENARNYA...

Salam dan selamat pagi.. sihat ke? 

okey kat sini bukan luahan perasaan ke, apa ke, nak emo tetiba ke.. bukan.bukan,bukan. cuma ada la terbaca status facebook penulis-penulis novel yang meluahkan perasaan. ada yang terasa, kecik atie, nak berhenti menulis. 

kenapa macam nie? jangan la.. biar la orang nak kata apa. mulut orang kita tak boleh tutup. teruskan niat kita sebagai penulis. tulis selagi kita mampu. kenapa mesti nak ikut cakap orang? kenapa tak ikut kehendak kita sendiri?

mungkin sebab ada yang cakap asyik-asyik cinta kahwin paksa lepas tu jatuh cinta, lepas tu tak jadi cerai. alamak korang nie.. open minded la sikit.. majoriti orang msia suka cerita nie. dan tak jadi masalah pun buat pembaca novel. mereka suka dan sebab tu penulis akan tulis selagi follower suka. lagipun jalan citer lain-lain.. mungkin konsep je sama. jalan citer lain. kan? lagipun 90% pembaca novel adalah perempuan.. perempuan suka citer cinta nie. 

mesti ada yang cakap mesti la suka sebab ada 'ehem-ehem' apa ehem-ehem? okey la novel melayu tak keterlaluan sangat jika nak dibandingkan dengan novel english.. luar dalam habis diorang citer. kenapa tak ada yang komen pun pasal nie? kenapa novel melayu buat ayat berkias sikit korang dah kisah? sampai nak label novel lucah? okey bagi aku tak ada la lucah pun sekadar 'memberikan cintanya' 'aku kini menjadi isterinya' takan nak cakap 'malam itu kami dah melakukan  @#%^&*' agak2 la kut. sebab tu ada yang cakap novel melayu tak boleh masuk HARVARD, memang, sebab novel-novel melayu ini ditapis sebelum di terbitkan.. tak masuk HARVARD pun tak apa tak rugi you!

lagi satu tak salah kalau nak komen, nak kritik, tapi jangan sampai mengaibkan penulis tu sendiri contoh :
aku tak paham langsung apa writer nie tulis. korang-korang jangan beli tau novel nie. rugi i tell u..
okey memang tak salah sebab hak korang. tapi jangan sampai memalukan penulis. kenapa tak private kan benda nie? contoh :
salam kak, saya dah baca novel akak. maaf la kak nak cakap sikit.. saya tak boleh masuk la dengan novel akak. mungkin jalan cerita tak kena gaya. minta maaf erh kak. 
budi bahasa budaya kita kan? email la tak pun inbox je.. tak payah nk kecoh2.. 

lagi satu nama dalam novel. kadang-kdang aku pun tak paham kenapa nak nama belit-belit omputih bagai. tapi kan nak letak nama siti aminah binti abdullah takpun abdul jalil bin ahmad.. memang tak kena la sekarang zaman Iphone, Ipad, Tab, harus la letak nama moden sikit kan.. nama tu bukan masalah besar kut. itu masalah kecik sahaja.

apa-apa pun nak jadi penulis anda harus tabah. sebab penulis-penulis novel yang aku kenal memang tabah, sabar dan jenis lantak korang la nak kata apa pun. jangan cepat melatah. kalau la korang tahu sebenarnya nak jadi penulis ni susah. mesti korang akan paham perasaan penulis tu sendiri. 

ops! banyak cakap pulak aku kali ni.. sebenarnya nak tulis lagi nie.. tapi terpaksa skip takut ada yang muntah pulak baca benda nie.. haha.. confirm la pasni nama aku blacklist tapi.. ada aku kisah? hahaha.. tak apa nanti ai tulis lagi sebab ada yang tak paham isi hati seorang penulis novel/online  nie..

ok..bye :)