AKU
berdiri kaku sambil menghadap telefon.
Siapa
la yang rajin sangat nak kacau aku ni. Aku perhati saja number tu
lama-lama. Macam tak ada tanda-tanda nak buat misscall lagi nie.
Kacau!
Aku baru umur 16 tahun mana boleh kacau-kacau main usik-usik anak
dara orang..
Aku
simpan telefon di dalam beg galas dan mintak pemandu bus tu kunci
pintu bus semula.
Aku
berjalan laju sambil memegang kasut getah untuk masuk ke kawasan paya
bakau. Hanyir dan melekit-lekit. Kalau kena dekat badan mesti sehari
semalam pun bau dia tak hilang.
Selangkah
kaki aku berjalan mula rasa melekat kaki di lumpur. Eeeyuwww.. aku
masukkan kaki lagi sebelah. Mak aih melekat dua-dua nie.
Dalam
pada nak imbang badan. Pap! Badan aku jatuh di aatas lumpur.
Hanyirnya..
Hahaha..
ada suara gelakkan aku dekat belakang. Aku toleh belakang. Aku nampak
ada seorang budak lelaki tengah duduk sedap atas pokok sambil tengok
aku jatuh.
Mesti
dia nampak habis badan aku. Malunya. Rasa macam nak goncang pokok
bagi dia jatuh saja.
“Apa
gelak-gelak?” tu dia ayat power dari cik Zara kita nie.
“Dah
rasa lawak gelaklah.”
Ehh,
melawan kau ye.
Aku
bangun balik dan cuba bertenang. Kaki aku sudah tenggelam sampai ke
lutut. Macam mana nak tarik nie. Aku mula dengan kaki kanan. Satu..
dua.. tiga.. tarik..!
“Arghh”
jatuh lagi. Malunya rasa macam badut buat free show pulak dekat sini.
Orang lain dah tanam anak pokok bakau dah pun.
Budak
lelaki tu turun dari pokok dan relaks sahaja berjalan dalam lumpur.
Aku perhati saja dari dekat. Tak pakai kasut..patut la hebat..
“Angkat
kaki kanan perlahan-lahan.. tolak badan tu ke belakang sikit. Kalau
tolak ke depan memang la jatuh.” Budak tu dah ada dekat sebelah
aku.
Satu
penerangan untuk sesi masuk hutan paya bakau ye kawan-kawan.
Aku
cuba ikut apa dia cakap.. yeay..menjadi la..
“Saya
Adam..Adam Fahrin..sekolah di Al-Manshoor. Dan umur saya 17 tahun.
awak Zara kan?”
Fuh
hebat Adam Fahrin nie. Nama aku pun dia tahu. Mana dia tahu nie. Nak
jadi stalker ke?
“Aha
tapi bukan Zara Zya.. Nur Zara saja.” aku tersengh dekat dia. Mana
nak tahu dia ingat nama penuh aku Zara Zya nanti tak pasal-pasal
terfemes pulak. Tak ke haru.
“Nur
Zara saja memang tak pernah nampak saya ke sebelum nie?”
tercengang
aku. Nur Zara saja?
“Cuba
ulang balik nama saya.” mana tahu aku salah dengar ke.
“Nur
Zara saja.” memang bersahaja pun dia bercakap tak rasa langsung
diri tu nak kena makan tendangan aku.
“Bukan
Nur Zara saja tapi Nur Zara..” rasa nak baling saja anak pokok
bakau nie dekat muka dia. Geram betul aku.
“Ohhh
ingatkan Nur Zara saja tadi.. patut macam pelik.” tersengih-sengih
dia bercakap.
Kami
sama-sama berjalan dan sama-sama tanam anak pokok bakau. Tadi masa
sembang-sembang kak Wan ada cakap lagi 5 tahun kita boleh tengok
hasil tanaman kita nie. Aku nak datang balik sungai Aceh nie memang
tak la. Jalan pun aku tak ingat.
Hari
berganti hari hubungan aku dan Adam Fahrin kian rapat.setiap kali
cuti sekolah kami akan berhubung melalui sms ataupun telefon
kadang-kadang kalau ada kelapangan kami akan habiskan hujung minggu
dengan aktiviti dia pusat bowling ataupun aktiviti ARAS.
Oh
ya lupa nak cakap ARAS tu singkatan untuk AKTIVIS REMAJA ALAM
SEKITAR. ARAS nie macam duta kecil Sahabat Alam Malaysia. ARAS nie
adalah pertubuhan luar sekolah yang akan menjalankan
aktiviti-aktiviti berkaitan alam sekitar.
“Zara
tak ada boyfriend?” ayat Adam Fahrin malam tu macam semacam aje.
Nak
melamar aku ke?
“Tak
ada kenapa?” aku baring sambil menghadap siling.
“Kalau
kita nak buat perempuan tu jatuh cinta macam mana?” Adam Fahrin
tanya aku lagi.
“Maksudnya?”
aku tanya lagi. Tak paham aku dengan dia nie. Cuba cakap
terang-terang kan senang.
“Maksudnya..
Adam suka dekat budak nie, tapi yelah Adam kan tak pernah bercinta.
Macam mana nak buat dia suka Adam.” terang-terang dia cakap dekat
aku.
Habis
ingat aku nie pernah bercinta? Lagi la aku tak pernah bercinta. Tanya
salah orang la dia nie.
“Adam
ambil berat pasal dia. Tunjuk sikit sikap kelakian Adam tu. Bagi
segak bergaya sikit. Ala lepas SPM baru la bercinta. Nie SPM pun tak
ambik lagi dah sibuk nak bercinta.” nah! Ayat pedas dari cik Zara
kita.
“Yelah
kita tahu..kita nie gemok.. tak kacak.. macam doreamon.”
Amboi
merajuk habaq
hang.
“Yelah-yelah
meh Zara terangkan.”
malam
tu sibuk duk terangkan dekat dia pasal cara-cara nak pikat gadis.
Sembang punya sembang dah tak sedar sampai pukul tiga pagi. Gila
kalau sembang dengan mamat nie.
Minggu
nie kami budak-budak ARAS akan ke Bukit Panchor untuk berkhemah di
sana.. kami hanya pergi sebiji bus sahaja lima perempuan dan 30 orang
lelaki. Sampai saja di Bukit Panchor kami di bahagikan kepada
beberapa kumpulan dan yang pasti aku satu kumpulan dengan Adam
Fahrin.
Abang
Fasilitator kumpulan kami adalah abang Anuar pengerusi Sahabat Alam
Malaysia.
“Baiklah
abang nak adik-adik lukis sesuatu yang menggambarkan diri adik-adik.
Contoh abang bagi dekat sini.. adik-adik nak lukis dan laut itu
menggambarkan sikap adik yang tenang. Sukakan keindahan. Okey ada
paham?”
“Paham.”
kami semua menyahut serentak. Aku tahu nak lukis apa. Ting! Sepantas
kilat aku melukis. Padam sikit-sikit kemudian lukis. Dah jadi..
cantiknya..comelnya..
“Ehem.”
Ada suara berdehem di sebelah.
“Tak
cantik langsung.” Adam Fahrin menjuih bibir tanda dengki.
Aku
rasa nak backhand saja dia nie. Biar dia rasa sakit. Tapi aku tak
peduli. Aku tahu yang itu ayat dengki.
“okey
time's up..now please show your identity. Ladies first please.”
sederet aje ayat abang Anuar.
Semua
mata tertala dekat aku. Aku sorang je perempuan. Memang terkena la..
Dengan
lafaz bismillah..
“Okey
ini hasil lukisan Zara.” aku tayang hasil lukisan aku.
Teddy
Bear!
“Perghh..
bajet cute.”
Aku
jeling mamat kat sebelah siapa lagi. Fahrin Ahmad la.. ehh silap,
Adam Fahrin la.
“Teddy
bear nie menggambarkan diri Zara yang sukakan perhatian, kasih sayang
dan yang pasti Zara anak tunggal perempuan dalam keluarga dan Zara
rasa begitu berharga sekali.”
“Kerana
diriku begitu berharga.” ayat pedas dari Adam Fahrin.
Dia
nie kalau tak mengusik aku sehari tak boleh aman kut hidup dia.
Macam
over tak ayat aku? Belasahlah.
“Okey
next. Adam awak pulak.”
“Ehem..”
Adam Fahrin berdehem sebagai pembuka kalimah.
“Tara..”
ingatkan
aku sorang saja yang gelak.. rupanya satu kumpulan gelakkan Adam
Fahrin. Tu binatang apa yang dia lukis tu. Keliru empat saat.
“Nie
la utraman saya.”
pergh!
Lagi aku gelak kaw-kaw. Ultraman macam orang lidi..ehh tak macam
badut ehh bukan macam joker yang dalam citer badman tu.
Aku
memang saja gelak kuat-kuat nak kenakan dia. Kalau mak aku dengar
mesti aku kena marah. Apa nie anak dara gelak kuat-kuat tak manis
tahu? Tahu mak..
“Teruskanlah
Adam.” Abang Anuar masih bersisa ketawa lagi.
“Ultraman
nie saya gambarkan diri saya sebagai seorang pelindung, seorang yang
gagah dan seorang yang mampu diharapkan. Dan saya juga akan
melindungi seseorang dengan penuh kasih sayang.” matanya dilirikkan
kepada aku.
Macam
manis saja ayat dia. Eh budak sekolah mana boleh bercinta lagi..hihi.
Selesai
sesi ice breaking kami pula disajikan dengan berbagai-bagai aktiviti
yang melibatkan alam sekitar.
Selesai
makan tengahari kami rehat sebentar senemtara menunggu untuk solat
zohor berjemaah. Aku duduk di gigi air sungai sambil rendamkan kaki
dan menikmat suasana bunyi hutan.
“Zara.”
Ada
suara yang memanggil. Aku berpaling. Adam Fahrin.
“Haaa..kenapa?”
aku masih tak lepas pandang dia.
“Amboi
garang macam singa.”
ceh!
Samakan orang dengan singa pulak.
“Zara
lepas nie Adam tak join program ARAS dah tau.” sayu saja suara dia.
“Kenapa?”
aku main dengan air sungai yang sejuk.
“Sebab
Adam kan nak SPM.. kena kurangkan aktiviti luar.” satu nafas dihela
panjang.
“Tak
apalah nanti pun boleh jumpa kan?” aku buat ayat sedapkan hati dia.
“Lepas
SPM lah.”
Lepas
SPM maknanya lagi 3 bulan? Tak lama la tu.
“Alah
tiga bulan bukannya lama pun. Pejam celik..pejam celik dah tiga
bulan.” aku senyum dekat Adam Fahrin.
“Zohor
dah masuk woi.”
Pekikan
Azlan menyedarkan kami.
“Jom
solat dulu.”
kami
mula beransur dan menuju ke khemah masing-masing. Aku mencapai
telekung yang memang terletak di tepi pintu masuk khemah. Aku
letakkan telekung di ruang dan solat dan masuk ke tandak untuk
berwuduk. Selesai mengambil wuduk aku mula berjalan ke ruang solat.
Aku
terpaku saat mata memandang Adam Fahrin yang sedang mengambil wuduk.
Wajahnya tenang. Setenang air di sungai. Raut wajahnya ibarat
matahari yang ingin memancar cahaya pagi. Hati aku bergetar. Satu
persatu perbuataannya meresap hingga ke minda. Aku kaku dan keliru.
Apakah perasaan ini. Perasaan yang kian menular sedikit demi sedikit.
Beberapa
tahun kemudian.
Aku
tarik luggage yang tak berapa besar tu. Sementara nak tunggu Najwa
datang jemput aku dekat KLIA nie..aku duduk lepak dekat Secret Recipi
sekejap. Menikmati mango delight beseta hot chocolate. Satu kombinasi
yang hebat. Sehebat Zul Aiffin dan Ayda Jebat. Ehh tiba-tiba
Sambil
menikmati keenakan kek ini. Mata aku terpandang pada seseorang yang
tak pernah aku lupa raut wajahnya. Raut wajah yang masih berada dalam
lingkaran hati walaupun minda terus meminta aku untuk lupakannya.
Adam
Fahrin.
Segak
bergaya dengan baju kerjanya. Gayanya masih seperti dahulu. Walaupun
duduk setentang dia masih tak perasan aku. Seronok bergelak ketawa
bersama rakannya.
Aku
perhati saja dia dari meja aku.
Tiba-tiba
mata bertentang. Lama.
Lidah
kelu tak terkata. Mata terpaku penuh rasa.
Tiba-tiba
dia teruskan perbualan dengan rakan-rakannya. Tak perasan aku ke?
Mungkin dia tak kenal aku dah la tu.
Aku
terima panggilan telefon dari Najwa. Katanya dia sudah tiba dan
menunggu di luar. Cepat-cepat aku habiskan minuman dan bangun untuk
beredar.
“Zara.”
Tanpa
sedar namaku di panggil dari belakang.
Aku
menoleh.
Adam
Fahrin.
“Zara
kan? Memang Zara kan?”
Aku
angguk sambil tersenyum. Syukur dia masih belum lupa aku.
“Zara
pergi mana selama nie? Puas Adam cari.. Adam tak boleh lama-lama Adam
ada kerja. Nie kad Adam.. malam nie kalau rasa free.. please call
Adam. I'm waiting.”
Fuh!
Satu nafas ayat Adam Fahrin. Cepat-cepat dia beredar tinggalkan aku
seperti terkejar sesuatu.
Aku
masih dalam kebingungan. Aku amati kad nama Adam Fahrin.
ADAM
FAHRIN
JURUTERA PESAWAT MAS
JURUTERA PESAWAT MAS
Aku
simpan kad nama dalam beg. Simpan elok-elok. Kalau hilang sampai
bila-bila pun tak dapat cari nie.
Malam
kedua baru aku berani menghubungi Adam Fahrin. Ternyata dia masih
tidak pernah lupakan aku.
Cuma
bezanya.. Adam Fahrin kini tunangan orang. Tunangan Husna. Husna yang
dia cintai masa umur 18 tahun tapi atas desakan aku Adam Fahrin
mengalah apabila aku suruh Adam Fahrin kerja dahulu baru mengorat
Husna balik. Sebenarnya itu helah aku bila aku tidak mahu Adam Fahrin
memberi perhatian kepada orang lain selain aku.
Adam
Fahrin.
Nama
yang tidak pernah aku lupa saat umur aku 16 tahun. Kisah cerita kami
dan kisah cinta pertama aku bersama manusia bernama Adam fahrin. Tapi
kini dia milik orang. Milik gadis yang dia cintai seawal usia 17
tahun.
Salah
aku kerana tidak meluahkan rasa cinta ini? Aku tidak mahu menganggap
ia sebagai cinta monyet. Cinta yang hanya main-main. Cinta yang boleh
dipakai buang. Tapi aku mahu jadikan ia cinta pertama. Cinta yang
pertama terwujud kerana dia dan yang terakhir jugak kerana dia.
“Mak
dah pinangkan ustaz Hafiz untuk hang.”
Terkaku
aku. Mak pinangkan? Ke telefon nie buat perangai.
“Apa
mak ulang lagi sekali. Tak dengaq la.” minta kepastian sebenarnya.
“Mak
dah pi pinang ustaz Hafiz untuk hang. Untuk Zara.” satu persatu mak
cakap.
Amboi.
“Awat
mak pi pinang dia. Orang kenai pun dak dia tu sapa.” keluar dah
lograt utara aku.
“Nanti
hang kenai-kenai la. Baru balik Jordan. Sekarang nie tengah apply
jadi pensyarah. Ustaz tu takkan tak mau kut.”
aku
garu kepala yang tak gatal nie. Mak nie kan orang kata tak mau kahwin
lagi.
“Mak
tau dak ustaz nie nanti kahwin empat. Ikut sunnah.” alasan untuk
emak. Eh tapi betul apa fakta. Ustaz kan suka kahwin lebih dari satu.
“Nie
ustaz moden. Mak tak rasa macam tu.” mak membangkang
“Mak
tau dak nanti kahwin dengan ustaz anak ramai. Susah la.” alasan
kedua.
“Anak
ramai itu rezeki. Yang tak akhwin tapi beranak anak tu dibuang-buang
yang dah kahwin nak sangat anak tak dapat-dapat. Kalau hang anak
ramai tu rezeki.”
Fuh
ayat mak. Buat peluh satu badan.
“Habis
mak pi pinang dia. Mak ke abah yang sarung cincin? Ada pelamin mini
tak? Dia pakai baju kembang-kembang dak?” aku saja kenakan mak.
Haha..
“Budak
nie.. loayr buruk sangat. Nanti balik penang. Kami nak bincang pasal
tarikh nikah hang.”
“Mak..”
Belum
sempat aku nak jawab. Mak dah letak telefon. Mungkin mak tahu nanti
aku banyak cakap.
Mak
hati Zara belum sedia lagi. Nak lupakan cinta pertama perit rasanya
mak. Walaupun hati Zara begitu setia. Bertahun-tahun hati Zara tak
ada penghuni. Zara tetap mahukan Adam Fahrin.
Pagi
tu dengan menaiki kereta myvi kesayangan hati aku bergerak menuju ke
Penang. Bergerak dengan fikiran yang bercelaru.
Kata
Adam semalam sebulan lagi dia akan bernikah dengan Husna. Kecamuk
hati. Berdarah jiwa.
“Nah
Kad kahwin Adam.. jemput la tau ajak encik tunang sekali.”
Encik
tunang. Saja aku bercerita mengenai ustaz Hafiz. Konon-konon nak bagi
dia tahu yang aku nie pun laku jugak.
Aku
senyum plastik. Tak bukan senyum plastik tapi senyum kayu mungkin
jugak senyum sumbang.
Sampai
dekat penang. Esok paginya mak cakap keluarga ustaz Hafiz nak datang.
Aku
berekasi tenang. Setenang air di sungai tapi jangan sangka tak ada
buaya ya.
Aku
berbaju kurung kedah warna pink. Secalik lipstik di bibir. Sempurna.
Air
di dulang aku angkat perlahan. Takut tertumpah depan tetamu tapi
dalam masa yang sama hati aku ingin mengintai siapa dia ustaz Hafiz.
Tak
nampak yang berkopiah atau bersongkok pun tadi. Yang memakai snowcap
ada la. Takkan dia tu kut.
Aku
duduk sebelah mak dan abah. Dalam hati tertarik dengan mamat rambut
wak doyok nie.
“Hafiz
minum.. jemput minum semua.”
aku
tunggu siapa yang bernama Hafiz. Ada dua jejaka di sini.
Dua-dua
capai gelas serentak. Laa! Siapa Hafiznya. Aku nak tanya tapi nanti
mesti mak bagi jelingan pedas berapi kaw-kaw punya.
“Hafiz
dah dapat kerja ke?” abah pulak bertanya.
Tunggu..siapa
nak jawab..dan..
“Dah
pakcik.. in sha Allah minggu depan start mengajar.” Hafiz tersenyum
mesra.
What!
Rambut wak doyok nie ustaz Hafiz.
Aku
ulang balik. Ustaz Hafiz okey. Paham tak aku cakap?
Pakai
seluar jeans.. baju kemeja dan rambut ala-ala wak doyok berjanggut
pendek.
Betul
ke dia nie ustaz? Dia mesti nak tipu mak bapak aku nie.
Malam
tu aku terima panggilan dari ustaz Hafiz. Dia mahu melamar aku secara
berhemah.
Katanya.
Saya
bukan mahu mainkan awak. Saya dah lama pandang awak. Pandang dari
sisi cinta. Saya mohon pada Allah andai awak jodoh saya maka jejak
kaki saya dia bumi Malaysia awak bukan milik siapa-siapa. Dan
termakbul. Saya sedar saya bukan terlalu hebat untuk awak menilai
saya sebagai ustaz. Tapi cukup awak menilai saya sebagai lelaki yang
inginkan cinta pertama, bilamana bunga yang diidam belum di petik
orang. Andai awak terima saya. Saya gembira andai awak menolak saya
redha. Saya beri awak sebulan untuk memikir. Tiada paksaan buat awak.
Aku
hela nafas panjang.
Sebulan
dari sekarang Adam Fahrin akan bernikah
sebulan
dari sekarang aku harus fikirkan jawapan.
Sebulan
ada 30 hari.
30
hari macam-macam boleh jadi. Adam Fahrin putus tunang. Tunang Adam
Fahrin meninggal. Jahatnya aku.
Dan
dari 30 hari itu setiap hari ustaz Hafiz bertanyakan khabar melalui
SMS dan satu pun tidak aku balas. Setiap hari juga dia akan kirimkan
kata yang bagi orang lain boleh jatuh cinta tapi pada aku tidak. Ayat
biasa-biasa saja.
Dan
masa 30 hari itu aku selalu hubungi Adam Fahrin tapi saya belasan SMS
nya pun pendek-pendek kadang-kadang tak balas langsung. Setiap hari
juga aku tanyakan khabar Adam Fahrin melalui SMS. Dia jawab nak tak
nak saja.
Aku
tekad.
Dengan
ini aku dah buat keputusan. Harap bersabar tunggu besok.
“Mak
Abah.. Zara dah buat keputusan. Zara tak mahu ustaz Hafiz. Zara nak
sambung belajar balik di Dubai.”
aku
tipu. Mana ada aku apply apa-apa Universiti.
Cincin
pemberian ustaz Hafiz aku pulangkan dekat mak. Aku minta maaf kepada
mak dan abah. Sungguh hati aku tak mampu untuk menerima siapa-siapa
melainkan Adam Fahrin.
Dan
untuk Adam Fahrin. Aku minta untuk berjumpa tiga hari sebelum dia
bernikah. Kerana tarikh itu aku akan berlepas ke Dubai.
KLIA.
Aku
duduk setentang dengan Adam Fahrin. Aku meminta agar tidak bawak
Husna bersama.
“Adam
Fahrin. Nama yang cukup hebat di hati Zara. Hebat sehingga nama insan
lain pun tak boleh merempuh masuk dalam hati Zara. Bertahun-tahun
Zara simpan perasaan. Perasaan cinta yang mendalam. Kegembiraan kita
di ARAS. Bila Adam ada masalah Zara jugak Adam cari. Rasa berharga
sangat. Sampai suatu hari kita terputus hubungan. Bertahun-tahun Zara
mencari dan menunggu akhirnya di sini kita bertemu.”
Aku
diam. Ada air mata yang mahu mengalir.
“Zara
sangat cintakan Adam. Terlalu. Adam cinta pertama Zara. Sampai
bia-bila pun Zara ingat memori kita. Tapi lagi tiga hari Adam akan
jadi suami orang. Dan Zara harap sangat orang tu adalah Zara. Tapi
silap sebenarnya Husna.”
“Zara..
Adam. Tak tahu..” tersekat-sekat suara Adam.
“Tak
apalah Adam. Zara dah redha. Kita tak berjodoh. Zara harap Adam jadi
suami yang baik. Jga Husna baik-baik. Kisah cinta pertama kita biar
Zara simpan kemas dalam kocek memori.”
pengumuman
untuk ke Dubai di buat.
Aku
bangun dan tarik lunggage sambil jalan perlahan-lahan.
“Nie
hadiah Zara untuk Adam dan Husna. Moga bahagia hngga Jannah.” aku
beri sekotak kecil hadiah yang mengandungi tasbih kepada Adam.
Lambat-lambat
Adam capai.
“Terima
kasih.” Adam berlalu pergi.
Pergilah
membawa memori ku sekali Adam. Memori kita. Kisah cinta pertama.
Dari
kejauhan aku terpandang susuk tubuh seseorang.
Ustaz
Hafiz.
Laju
aku berjalan. Sampai aku hampir tersadung.
“Zara
nanti dulu.”
aku
berdiri aku tapi muka langsung tak toleh tengok ustaz Hafiz.
Ustaz
Hafiz berdiri depan aku sampai memakai rayban di mata.
“Zara
ambik nie. Peluang untuk Zara masih terbuka. Fikirkan sekali lagi.”
cincin
yang berada di dalam kotak di letakkan di atas luggage aku.
Ustaz
Hafiz berlalu.
Sepi.
Tanpa
kata.
Aku
terpaku. Aku capai cincin tersebut dan meneruskan perjalan.
Dubai.
Dunia baru. Hidup baru.
Selamat
tinggal Malaysia.
Selamat
tinggal kenangan.
************************
hai
korang! Terhibur tak? Okey tak? Zati dalam proses untuk menyiapkan
manuskrip penuh KISAH CINTA PERTAMA nie. Harap-harap semua berjalan
lancar.
Dalam
manuskrip nanti kisah lebih details dan banyak memori Zara bersama
Adam Fahrin. Dan mampukah Ustaz Hafiz mendapatkan cinta Zara?
Menyesalkah Adam Fahrin bila tahu Zara begitu menyintainya
bertahun-tahun? Adakah Zara dengan jurutera kapalterbang atau dengan
Ustaz ala wak doyok?
Doakan
Zati untuk siapakn manuskrip nie ye.
Selamat
membaca.!
SALAM SAYANG DARI,,
ZATI MOHD
CER TEKA KITA YANG MANA.. HIHI
best2
ReplyDeletewarna hijau tu..
ReplyDeletebesttt...
ReplyDeleteZATI MOHD . awk tolong secepatnya siapkan cerita "cinta pertama" nii yah, enjoy dgn cerita nii.cepat yerrrr
ReplyDeleteboleh. nanti masuk dalam kompilasi novel yg saya terbit sendiri
Delete
ReplyDeleteYuk segera join di KHARISMAPOKER situs poker terpercaya, teraman dan tercepat. Pelayan terbaik dan tercepat oleh CS yang berpengalaman dan ONLINE 24 jam.
PROMO TERBARU KHARISMA POKER:
* Bonus Referral 20% Seumur Hidup
* Bonus Turnover 0,5% Setiap Harinya
KEUNGGULAN KHARISMA POKER:
* SEMUA BANK KAMI ONLINE 24 JAM !!
* NO ROBOT & ADMIN
* 100% Fair Play Member Vs Member
* Proses Withdraw & Deposit Tercepat
* Customer Service yang baik, ramah dan cantik.
MELAYANI TRANSAKSI VIA BANK :
* BCA
* BNI
* BRI
* MANDIRI
* DANAMON
Dengan syarat minimal deposit hanya Rp 20.000 !!
PENDAFTARAN GRATIS HANYA DENGAN MENGISI DATA DI : http://www.kharismapoker.com/Register
SITUS POKER ONLINE TERPERCAYA
LIVE CHAT ; DISINI
Telp :+85587983703
BBM ; khpk02
WA : +85587983703
LINE ; khpk02
Link Alternatif Kharismapoker :
http://wwwkharismacash.com
Yuk segera join di KHARISMAPOKER situs poker terpercaya, teraman dan tercepat. Pelayan terbaik dan tercepat oleh CS yang berpengalaman dan ONLINE 24 jam.
ReplyDeletePROMO TERBARU KHARISMA POKER:
* Bonus Referral 20% Seumur Hidup
* Bonus Turnover 0,5% Setiap Harinya
KEUNGGULAN KHARISMA POKER:
* SEMUA BANK KAMI ONLINE 24 JAM !!
* NO ROBOT & ADMIN
* 100% Fair Play Member Vs Member
* Proses Withdraw & Deposit Tercepat
* Customer Service yang baik, ramah dan cantik.
MELAYANI TRANSAKSI VIA BANK :
* BCA
* BNI
* BRI
* MANDIRI
* DANAMON
Dengan syarat minimal deposit hanya Rp 20.000 !!
PENDAFTARAN GRATIS HANYA DENGAN MENGISI DATA DI : http://www.kharismapoker.com/Register
SITUS POKER ONLINE TERPERCAYA
LIVE CHAT ; DISINI
Telp :+85587983703
BBM ; khpk02
WA : +85587983703
LINE ; khpk02
Link Alternatif Kharismapoker :
http://wwwkharismacash.com
cantik wehhhhhh.....
ReplyDeleteDapatkan Penghasilan Tambahan Dengan Bermain Poker Online di www,SmsQQ,com
ReplyDeleteKeunggulan dari smsqq adalah
*Permainan 100% Fair Player vs Player - Terbukti!!!
*Proses Depo dan WD hanya 1-3 Menit Jika Bank Tidak Gangguan
*Minimal Deposit Hanya Rp 10.000
*Bonus Setiap Hari Dibagikan
*Bonus Turn Over 0,3% + 0,2%
*Bonus referral 10% + 10%
*Dilayani Customer Service yang Ramah dan Sopan 24 Jam NONSTOP
*Berkerja sama dengan 4 bank lokal antara lain : ( BCA-MANDIRI-BNI-BRI )
Jenis Permainan yang Disediakan ada 8 jenis :
Poker - BandarQ - DominoQQ - Capsa Susun - AduQ - Sakong - Bandar Poker - Bandar 66
Untuk Info Lebih Lanjut Dapat menghubungi Kami Di :
WA: +85577773548
Skype: SANTI WINATA888@GMAIL.COM
KALAU MINAT DAFTAR CHAT WA AJA AKU YAH ALL
WELCOM : WWW . SMSQQ . COM
I SANTI WINATA BIG BOS SMSQQ